*
*
*
*

30.8.05

Merdekakah Aku

Tik tok, tik tok, tik tok...jam itu berbunyi. Beberapa jam saja lagi..Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-48. Dataran Merdeka akan bergema lagi dengan laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Tapi..merdekakah kita sekarang ini? Mungkin pada nama sahaja kita memang merdeka..tetapi...hakikatnya..kita masih belum lagi merdeka kerana ramai anak-anak bangsa kita telah dijajah pemikirannya dengan budaya-budaya luar yang tiada langsung nilai-nilai ketimuran. Apa ertinya merdeka jika sikap anak bangsa sendiri rosak dan hancur dengan gejala-gejala yang tidak sihat????

Oklah..lupakan hal itu. Esok..aku akan pulang ke kampung. Naik bas di Hentian Puduraya jam 9.30 pagi. Mungkin aku akan keluar awal dari rumah sebab takut pulan jalan jem nanti. Lambat le aku sampai kat Pudu. Kena tinggal dek bas kang..naya jek.

Hari ni jugak..genap sebulan aku bertunang dengan 'dia'. Cepatnya masa berlalu. Langsung tak terasa. Ada rezeki...dapat le kami berjumpa esok..tapi kalau takde..aku tak kisah...aku faham.

Semalam, aku hantar Kak Siti...jiran rumah aku @ rakan seopis ke hospital (HKL). Sakit dia datang lagi. Pagi tu..memang kami pergi kerja sama-sama. Tapi..dalam pukul 8 lebih, CC (Chief Clerk) call aku. Dia kata..Kak Siti sakit teruk dan suruh aku hantar dia pegi hospital. Aku yang tiba-tiba terkejut terus jadi pelik..kenapa mesti aku?? Takde orang lain ke yang nak pegi hantar? Tapi...aku pikir balik. Mungkin pasal aku ni jiran dia..dan dia dah anggap aku macam anak dia kot..(agaknye la..) Ahhhh...ikut ajelah...

So, bergegas le aku capai purse ngan henset dan terus naik ke tingkat 4. Aku, Kak H dengan CC yang hantar dia ke HKL dengan menaiki kereta opis. Kadang-kadang tu geram jugak aku. Dah berkali-kali kitorang suruh dia buat operation buang batu tu..tapi dia taknak. Dia kata sakit. Memang le sakit. Tapi...sekurang-kurangnya..sakit tu sekejap saja. Sekurang-kurangnya...sakit tu dah hilang. Sanggup ke nak tunggu dan menderita dengan penyakit tu. Kita kena ikhtiar. dia kata biarlah dia tunggu mati je. Hemphh..kalau tuhan kata, ajal dia dah dekat esok lusa ni..takpe le. Boleh le dia tunggu aje. Buat amal ibadat cukup-cukup. Tapi..tau ke kita bila ajal kita? Kalau tuhan kata, ajal kau sepuluh ke dua puluh tahun lagi..cemane? Sanggup tunggu? Penyakit tu takkan hilang macam tu aje kalau kita tak berubat.

Tapi...orang tua. Cakap le cemane pun....dia jugak yang nak menang. Aku akui tu semua. Sama la macam tokwan aku. Sama jugak macam dalam cerita Sekeras Kerikil. Dia saja yang nak menang. Kami bertiga hanya sabar banyak-banyak. Memang ujian buat kami. Dah le nak tahan dengar kerenah dia, tolak sana..tolak sini, pi sana pi sini...aku jadi geram. Tau je lah hospital. Suasana dah jadi macam pasar borong. Ramai betul pesakit. Kalau aku jadi doktor, mau aku gila. Pening kepala macam tu.

Petang ni, aku nak tumpang Kak Ani balik kerja. Pagi tadi aku pi kerja sorang-sorang. Semalam pun aku balik sorang-sorang. Dua member lagi balik kampung. Sebenarnya..aku tak cakap pun kat Kak Ani yang aku balik sorang..tapi Kak Siti yang bagitau. Mungkin dia kesian kat aku dan aku tau..dia memang ambik berat pasal kami. Aku malas nak bagitau...elok aku diamkan aje. Sebab aku taknak susahkan sesapa. Lagipun..aku dah serik dengan peristiwa yang berlaku antara aku dengan Kak I dulu. Cukuplah.

Sekarang ni..aku dah berbeza dengan dulu. Cakap pun aku dah tak banyak. Kalau cakap pun..bila perlu aje atau dengan kawan-kawan yang mengenali aku. Kalau ada rakan-rakan opis yang bertanyakan pasal Kak I atau Kak K...aku malas nak menjawab. Senyum aje. Walaupun ia bukan bersifat peribadi...tapi aku takut sebab aku nak jaga hati diorang. Biarlah aku tak tahu tentang mereka daripada aku banyak tahu. Biarlah orang nak kata 'Alah, duduk serumah pun tak tahu pasal kawan, baik takyah dok serumah'. Takpe, aku tak kisah. Aku rela dapat kritikan macam tu walaupun ada geram di hati.

So, setakat ni jelah yang aku tuliskan. Minggu depan aku tulis lagi. Cerita dari kampung. Kalau ada yang baca blog aku ni dulu lagi..mungkin dia tau..apa yang berlaku antara aku dengan Kak I. Walaupun aku tau..itu sekadar salah faham dia terhadap aku...tapi aku terima. Aku rela mengalah. K...Selamat Hari Kemerdekaan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

[Agi Idop @ 3:17 PM]

23.8.05

Cuba Untuk Memahami

Semalam, aku menangis lagi. Ntah kenapa...sejak akhir-akhir ni, hati aku mudah sangat tersentuh. Sensitif. Mungkin banyak memikirkan tentang kehidupan dulu, kini, dan masa depan.

Sebenarnya...aku rindukan 'dia'. Rindu jugak pada kampung halaman. Cadangnya, aku nak balik 31 Ogos ni. Ambik cuti hari Khamis dan Jumaat. Turun kat Medan Gopeng, dan macam selalunya...kami berdua dah plan untuk berjumpa. Makan-makan, sembang-sembang sekejap dan balik. Tapi....31 Ogos ni..'dia' takde kat Ipoh. 'Dia' join perarakan Hari Kebangsaan kat Teluk Intan. Hemm...takpe lah. Aku lupakan hasrat nak balik hari Rabu tu. Aku plan pulak nak balik hari Jumaat. Tapi...'dia' kerja. Arghhhhh...bencinya...!!!!

Last-last, sms 'dia' semalam...'dia' suruh aku balik hari Rabu. Tak dapat jumpa pun takpelah asalkan aku dapat tinggal lama sikit kat kampung. Masa tu, hati aku dah sebak. Tak sedar bila masa airmata aku menitik satu demi satu. Lama aku tak balas mesej 'dia'. Namun, lebuh kurang sepuluh minit lepas tu....jari aku pelan-pelan menaip ayat untuk dibalas. Pendek dan ringkas. Seolah-olah aku dah tawar hati. Masa tu...aku dah betul-betul frust. Tapi...sms 'dia' selepas tu benar-benar membuatkan aku terus menangis. Hemmmm..ntah hape-hape. Pasal problem kecik ni pun nak menangis.

Bukan...bukan itu masalahnya. Aku menangis sebab perasaan aku dah bercampur-baur. Memikirkan 'dia'. Teringatkan family. Terkenangkan sikap member serumah. Semuanya tu menjadi satu. Menangis adalah salah satu cara untuk aku lepaskan tekanan. Walaupun masalah tu tak dapat diselesaikan..tapi sekurang-kurangnya......ahhh....hanya aku yang memahaminya.

Takpelah...aku faham situasi 'dia'. Dan cuba berusaha untuk memahaminya. Mungkin ada hikmahnya.....hanya Allah yang mengetahui. Semakin jauh, semakin rindu itu menggamit aku saban waktu.

[Agi Idop @ 7:19 AM]

18.8.05

Kalian Tetap Di Hati

Dua minggu aku tak jenguk blog ni. Bukan apa, internet kat opis aku ni tak boleh bukak selalu. Pihak Bahagian Teknologi Maklumat sedang memantau aktiviti stafnya yang menyalahgunakan internet. Bila bukak je..mesti keluar 'page cannot be displayed'. Lama jugak le macam tu sampai le ketika ni...dah boleh bukak. Itu pun...sekejap-sekejap aje.

Oklah. Tak tau nak cerita apa sebenarnya. Sejak bertunang ni...hati ni selalu je meruntun-runtun nak balik kampung. Hehehehee..faham-faham ajelah. Kalau boleh terbang, dah lama aku terbang ke sana. Tapi sebab takde sayap je...aku lupakan hasrat tu. Dan aku tunggu 2hb nanti, aku ambik cuti untuk pulang ke kampung.

Banyak kisah yang berlaku kat sini selepas aku bertunang ni tapi...biarlah. Aku lupakan sebab aku tau...sampai bila diorang akan bersikap macam tu pada aku. Tinggal serumah dengan kawan-kawan ni memang banyak dugaannya. Tanyalah pada sape pun. Mesti ada pasang surutnya. Tambah pulak perempuan. Lagi banyak ujiannya. Tapi aku pelik, sejak kami pindah ke Gombak ni...sejak itulah diorang banyak kali bermasam muka dengan aku. Masa tinggal kat Keramat dulu...tak pernah pun. Memang takde langsung. Malah...kami umpama adik-beradik. Tapi sejak duduk sini....aku seolah-olah rasa terpinggir. Mungkinkah sebab kami hanya tinggal bertiga? Ntahlah....setiap kali lepas solat...aku selalu mintak doa pada Tuhan supaya hubungan aku dengan Kak K dan Kak I sentiasa rapat macam dulu-dulu. Aku taknak bila masing-masing dah bawah haluan sendiri....muka pun dah tak kenal lagi.

Tapi...semua tu ada hikmahnya. Aku percaya Allah Maha Mengetahui. Ada sebab kenapa Dia jadikan ini semua. Aku hanya perlu bersabar. Berdoa pada Tuhan semoga hubungan persahabatan kami sentiasa kukuh dan kekal sampai ke akhir hayat. Itu saja.

Kepada Kak I dan Kak K, mengertilah bahawa aku amat menyayangi kalian dan aku anggap kalian sebagai kakakku sendiri. Tapi jika sudah suratan...aku tiada dalam hati kalian...aku redha kerana siapalah aku untuk memaksa kalian menerima diri ini. Aku bukanlah sempurna segalanya kerana aku juga punya kekurangan. Maafkanlah aku andai kesalahanku pada kalian telah banyak membuatkan hati kalian terluka dan sekiranya kita berpisah suatu hari nanti...ingatlah aku dalam doamu....amin...

[Agi Idop @ 10:01 AM]

2.8.05

Sebuah Kebahagiaan

Dah lama aku tak update blog ni. Maaf ye. Aku sibuk sikit dan sejak akhir-akhir ni, internet kat ofis dah semakin slow. Sebab tu lah, aku terpaksa updatekan awal-awal pagi.

Sebenarnya, aku baru saja selamat melangsungkan pertunangan pada 30hb Julai yang lepas. Hari Sabtu. Aku balik kampung hari Khamis. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Kini, aku sudah bergelar tunangan orang. Terima kasih aku ucapkan pada 'dia' kerana sudi menjadikan aku sebagai teman hidupnya.

Dua hari aku ambik cuti. Dan dua hari jugaklah, aku begitu sibuk menguruskan itu dan ini. Debaran kian terasa. Tetapi...lega kemudiannya bila segala-galanya dah setel.

Aku ingatkan takde le ramai sangat tetamu yang datang, tapi rupa-rupanya...hampir satu kampung jugak la penuh kat rumah. Itu pun, ada yang tak datang sebab ada hal lain. Pihak lelaki pulak datang dengan tujuh buah kereta. Bayangkan le berapa orang yang ada. Itu pun, ada yang berhimpit-himpit. Ish, seram pulak rasa. Tapi..sekali-sekala rasa seronok jugak. Hantaran semuanya 5 berbalas 7. Kami tak buat hantaran serba satu pun, cuma berbalas makanan je.

Petang semalam, aku baru ambik gambar yang dah dicuci tengahari semalam. Hehehehe...kelakar pun ada. Yelah, elok je pihak lelaki datang, letrik pulak takde. Memang panas giler. Lepas tu, bila diorang dah turun nak balik...letrik tu ada balik. Eh, pelik plak aku. Ke....ada orang nak sabotaj??? Hehehehee...tak kisah le ape pun, janji semuanya selamat.

Perjanjian yang termeterai adalah setahun. Dalam tempoh setahun tu, kalau masing-masing dah bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental....maka...majlis pernikahan pun akan terus dilangsungkan. Hemmm....syukur pada tuhan. Korang pulak bila lagi? Eheheheehehe...

[Agi Idop @ 7:19 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==