*
*
*
*

29.6.05

Kerja

Semalam dan hari ni aku kesorangan. Member sebelah MC pulak. Kalut jugak aku. Selalu tu..kalau dia lambat, dia pegi breakfast dulu. Tapi semalam...dah pukul 10 lebih pun...takde kabar berita. Aku nak call pun...takde nombor dia. Sudahnya...biarkan ajelah. Nak kata dia cuti, tengok dalam form takde pulak dia mintak cuti. Ishhh..budak ni. Memang nak kena sekeh betul la.

Ntah cemane...member kepada member aku ni tipon. Macam biasa le nak cakap ngan budak sorang ni. Aku cakap kat dia, budak tu takde. Tak datang keje. Dia terkujat @ terkejut le tu. "Dia tak call ke?" Dia tanya. "Tak". Aku jawab balik. Huh! Geram pun ada jugak masa tu. Ye le..lain kali kalo tak datang, bagi tau le awak-awal. Takde le orang susah-susah tercari-cari.

Lebih kurang sejam kemudian, baru aku dapat sms dari dia yang mengatakan dia ambik MC. Aisehhhh...baru nak cakap? Hemmm...pening kepala kot tengok bil telepon dia berlambak. Ambik kau! Masa telepon sedap je bercakap. Sekali dapat bil..hah! Terkejut? Mane taknye...dekat seratus jugak le...dasyat tu...

Hari ni..kul 9 pagi kang..ada meeting unit aku. Setelah sekian lama takde meeting, tetibe semalam bos cakap nak buat. Hah! Kelam kabut aku pi mengorder air. Huhuhuhu...ni nak kena cari point le ni untuk bercakap. Apa ekk? Takpe lah..aku nak cakap pasal perlawanan boling antara bahagian tu nanti ngan punchcard yang perlu diset balik jam nye. 1hb lusa je. Yes!

Dan lusa ni..bermula le waktu kerja yang baru. Balik pukul 4.30. Eheehehe..aku bukan apa, takut terlupa je. Tengok jam dah pukul 4, kelam kabut plak nanti capai handbag dan terus chow. Sekali semua mata tertumpu kat aku je sebab balik awal. Orang lain tak balik lagi aku plak yang lebih. Ahaks! Jangan wei..malu nanti...huhuhuhuhu...

[Agi Idop @ 8:15 AM]

28.6.05

Bla, Bla, Bla..

Minggu ni merupakan minggu pertama untuk semua penjawat awam bekerja selama 5 hari dalam seminggu. Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti. Syukur Alhamdulillah. Aku dah pilih waktu kerja aku iaitu waktu pertama. Masuk kerja pukul 7.30, balik pulak pukul 4.30. Molek le dah tu kan...

Ahad lepas, aku ngan Kak I keluar shopping. Takde shopping apa pun sebab dalam kepala dah set nak beli baju tu saja. Takde beli benda lain. Pukul 10 pagi...kami dah keluar. Tinggal Kak K sorang je kat rumah. Pukul 10 lebih..kami sampai kat KL. Turun bas kat Globe. Jalan-jalan cuci mata kat Jalan TAR. Wahhh...seronok tengok kain pasang lawa-lawa. Chinese silk. Ishhh..memang kalau takde beli apa..aku dah sapu dah. Bleh jadi giler sekejap. Tapi...aku tak tergoda pun lagi sebab ada benda yang lebih penting perlu dibeli.

Jalan punya jalan, pilih punya pilih..maka hajat di hati pun dah tercapai. Dek kerana tak tau nak buat keputusan sebab rambang mata, maka aku pilih kebaya labuh sebagai baju tunang aku. Kaler biru kehijauan. Hehehehee..mula-mula tu..takut jugak nak ambik sebab nampak macam beria. Tapi Kak I kata...dah ok. Lagipun..boleh pakai untuk akad nikah nanti. Takyah susah-susah cari baju lagi. Hemmm..ape pun..melayang jugak le dua ratus lebih. Huhuhuhuu...ni le pompuan. Tapi takpe..sebab aku dah memang bajet pun. Kira..takde le terbuang banyak kan...hehehehe..

Lepas beli, kitorang terus chow balik rumah. Takde tunggu-tunggu lagi. Tunggu pun bukan boleh beli. Duit dah takde. Memang aku bawak cukup-cukup untuk itu. Muahahahaha..padan muka. Lain kali kene buat macam tu.

Huhuhuhu...terasa cepat le pulak masa berlalu....adussss...sori ye, takde cerita apa...takde idea maaaa....

[Agi Idop @ 8:46 AM]

21.6.05

Lima Hari Bekerja. Orait La Tuuu..

Aku mintak maaf ye kengkawan semua. Sejak dua menjak ni, entri aku banyak menceritakan pasal jalan-jalan menuju ke gerbang perkahwinan. Hehehehe..bukan apa, ntah le. Takde cerita lain yang aku nak tuliskan buat masa sekarang. Lagipun, sape yang tak seronok kan. Perhubungan yang dibina setelah sekian lama akan berakhir dengan ikatan murni yang sebegini. Moga-moga ia akan berpanjangan dan berkekalan. Itu harapan aku. Mungkin jugak harapan orang lain.

Hari ni kat ofis, kerja aku tak banyak sangat. Bukan apa....bila bos takde, kerja pun kurang sikit. Tapi bila bos ada....huhuhuhuhu....jangan harap le nak dapat tulis entri ni hari-hari.

Seminggu dah berlalu. Tinggal seminggu je lagi bos aku akan menamatkan Kursus PTK 6 nya. Minggu depan dia masuk ofis balik. Sepanjang ketiadaan dia ni, KPP1 akan ambik alih tugas dia buat sementara waktu. Segala surat-surat dan dokumen akan diserahkan kat dia selepas direkod.

O ye, baru-baru ni...semua kementerian dan jabatan kerajaan seluruh Malaysia telah diedarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005 iaitu Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu. Haaa...mengikut kata pekeliling dari KP/JPA ni, ia akan dapat memantapkan lagi produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta menggalakkan budaya pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Selain itu, kakitangan awam juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga pada waktu cuti hujung minggu.

Kalau diikutkan jadual waktu bekerja kat KL dan Putrajaya ni...ada 3 peringkat waktu rupanya. Takde lagi masuk kerja pukul 7 pagi ataupun 8.15. Dan takde lagi balik pukul 4 petang ataupun 4.45 petang. Haaaa...macam ni kan senang. Pakai suku-suku ni susah nak kira.

Kalo ikut aku...aku tetap akan ambik waktu peringkat 1 iaitu dari pukul 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Sebabnya...pukul 5 setiap hari Isnin dan Khamis, aku ada kelas mengaji. So...kalau habis pukul 5....bila masa aku nak belajar? Ok tak? Ok kan??? Dah elok la macam ni. Tak payah nak diubah lagi. Kami yang bujang-bujang ni pun...boleh le balik kampung selalu. Ehehehehehe...

[Agi Idop @ 3:32 PM]

20.6.05

Damai Di Hati

Huhuhuhuhu..terharu lak rasanya hatiku. Ramai pulak yang dah tau. Ehehehhee...terima kasih atas wish kalian tu. Aku amat menghargainya. Sungguh.

Entahlah...sejak dua menjak ni..aku bz sket. Tambahan pulak, internet tak boleh online selalu. Tu lah sebabnya kenapa aku jarang dah nak update blog ni. Ape pun..aku akan tetap memberikan yang terbaik untuk blog yang tak seberapa nih..huhuhuhuh

Macam yang kalian semua tau, hujung bulan tujuh ni aku akan bertunang. Berdebar pulak rasanya hati. Hemmm..sikit demi sikit aku akan pikul satu lagi tanggungjawab yang besar. Menjadi seorang isteri kepada seorang suami. Kemudian, menjadi seorang ibu kepada anak-anak. Haiii..lepas tu....jadi nenek, moyang dan sampai la masa..masuk pulak dalam kubur. Tu la...kitaran hidup seorang manusia.

Khamis ni dapat gaji. Hujung minggu, aku dah plan ngan housemate nak kuar KL gi shopping. Bleh le survey baju kejap. Baju untuk tunang nanti. Aku tak tau nak pilih yang macammane. Tapi..yang pasti..aku nak try cari kaler biru. Biru laut. Eeee...suka sangat. Taknak le over sangat. Aku bukan artis. Biasa-biasa je dah le. Cuma orang kata...sekali seumur hidup, apa salahnya kita pakai yang cantik sket. Betul tak?

Hemmm...aku takde buat hantaran apa pun. Cuma buat makanan, kuih-muih, puding, buah-buahan. Itu je. Nak beria-ia nanti..tunggu masa majlis langsungnya. Bila? Ntah..aku pun tak pasti. Ada umur panjang...mungkin tahun depan...

K, kengkawan...doakan kami berdua bahagia dan berkekalan ke akhir hayat ye. Amin...:)

[Agi Idop @ 1:08 PM]

14.6.05

Syukur Pada Tuhan

Wahhhhh...gembira rasanya dan syukur sesangat sebab semuanya dah berakhir dengan jayanya. Tuhan dah permudahkan segala urusan aku dari nak beli tiket sampai le aku balik ke sini.

Majlis pertunangan kakak aku dah berlangsung Sabtu lepas. Buat ala kadar saja. Jemput dua tiga orang sedara-mara. Lepas bincang-bincang, kata putus telah diambil. Majlis perkahwinan pula akan menyusul pada 25 Disember tahun ni. 5 bulan lebih aje diorang bertunang. Lepas tu...kawinnnnnn...muahahaahahaha..

Tu la orang kata. Kalau dah sampai jodoh tu, takyah nak lari kemana. Akan sampai jugak akhirnya. Lambat dengan cepat aje. Kan, kan, kan....

Hemmm...aku plak akan bertunang 30 Julai ni. Ari Sabtu. Senang untuk aku balik kampung dan balik KL balik. Kali ni abah kata, dia nak buat besar sket. Besar macam mana tak tau le plak aku. 'Dia' pun aku tengok dah beria-ia bincang itu ini. Pasal hantaran la, pasal duit la...macam-macam. Tak sangka kan, perhubungan yang berlangsung selama 3 tahun ni..akan berakhir dengan sebuah ikatan yang murni. Alhamdulillah...dan aku harap ia akan terus berkekalan sampai ke akhir hayat...

Bila dikenang-kenang balik pertemuan kami berdua, rasa lucu plak sebab semuanya diatur oleh kawan-kawan. Thanks a lot to them.

Nampaknya sebulan lebih je lagi masanya akan tiba. Apa persiapan yang aku nak buat? Nak survey baju ngan selendang le. Tapi bila? Tunggu gaji laaaa...pasal hantaran tu...just bagi kuih-muih aje...huhuhuhuhuhuhu....

[Agi Idop @ 12:25 PM]

9.6.05

Semput Sekejap

Hampeh betul la hari ni. Asyik nak buat aku marahhhhhhhhhh je. Pc ni pun satu. Aku dah post dah entri hari ni...alih-alih...tak keluar pulak. Sakit hati betul la. Gerammmm je rasa. Mana dengan kelam-kabut lagi. Kepala pusing. Macam-macam ada la. Kata tokwan astro tu. Huh!

Semalam, kakak sms aku. Dia kata, pihak lelaki nak datang sarung cincin Sabtu ni. Maknanya..lusa la. Adehhhh..awat la buat cepat sangat. Takleh tunggu bulan depan ka. Aku dah la tengah kering ni. Nak taknak kena balik jugak. Terkejar-kejar sana-sini. Pening la.

Bukan aku tak suka. Aku suka. Cumaaaa...waktu tu tak kena sket. Ingatkan lambat lagi. Sebab aku target mungkin diorang nak datang sebulan atau dua bulan lagi. Alih-alih...seminggu selepas merisik. Dan kemungkinan...lepas raya ni nak dibuat majlis pernikahan dan persandingan sekali lah. Adoiii. Tu la..orang kata, kalau dah sampai jodoh tu...cepat je berjalan.

Aku cadang, nak berkejar ke KL Sentral kejap. Nak cari tiket. Kalau ada. Tapi...Kak Ani pulak suggest suruh ikut dia. Pegi cari kat Hentian Duta. Ishhhh..aku risau le tiket habis. Sebab cuti sekolah tak abih lagi ni. Dan kalau tak kena gaya, aku kena amik cuti hari Isnin. Sayang pulak nak tinggal kelas mengaji tu. Tapi nak buat macam mana. Letih badan oo kalau balik hari Ahad. Kalau dekat takpa le jugak.

Bila dah nama pun balik kampung, maka kene le keluarkan fulus sket. Nak beli tiket pun dah habis RM30 lebih. Ye le...tiket ke Ipoh pun dah RM13.40. Dan aku kena jugak amik tiket untuk balik KL semula. Kalo takkk..nangis aku. Cuti sekolah tak abih lagi ni. So, aku amik tiket dari Lumut. Harganya dah RM18 brape sen ntah. Lepas tu, bila dihitung-hitung dan dicongak-congak, jadi le RM30 lebih. Itu belum masuk preparation untuk lusa plak tu. Adehhhhh...

Malam tadi pun, aku call 'dia'. Saja nak maklumlan pasal kepulangan aku esok hari. Kalau takde halangan, bleh le jumpa sekejapppppp aje. Bincang-bincang sket pasal hal kitorang berdua plak. Ikutkan 'dia', nak dibuatnya bulan lapan ni. Aiseyyyy...pening kepala aku. Ntah le cemane. Tunggu le balik ni aku discuss ngan family. Susah betoi le nak buat keputusan.

Ape pun, aku harapkan semoga ikatan yang dibina antara kakak dan *toot* dia tu...akan berkekalan ke akhir hayat. Cukup le dia dikecewakan dua kali. Mungkin ikatan yang ketiga ini bisa mengundang titik-titik kebahagiaan dalam hidupnya. Dan aku pun tak terkecuali. Semoga impian dan harapan itu akan menjadi kenyataan.

P/S : Risau le ngan tiket ni. Ade lagi ke tak aaa? Harap-harap tu ada la hendaknya. Fuh!!! Aminnnn...

[Agi Idop @ 10:57 AM]

2.6.05

Work Is Work!!!

Masa penulisan aku kat blog ni semakin hari dah semakin kurang. Aku dah tak rajin macam dulu. Mungkin sebab banyak masa dihabiskan untuk kerja lain agaknya..dan yang pastinya aku masih setia dengan blog ni. Blog yang membuatkan aku kenal ramai kawan.

Dalam entri yang lepas-lepas, aku pernah tulis yang gambar kat sebelah tu aku letak cuma untuk seminggu saja tapi sampai sekarang dah berminggu-minggu belum jugak bertukar. Bukan taknak tukar balik, cuma aku aje yang takde masa untuk itu. Pulak tu...pc ni bukan selalu ok. Kadang-kadang server down. Susah le sikit nak menggodeknya. Lambat. Lagipun..aku bukan pakar sangat dalam bab-bab IT ni.

Tengoklah, esok...masa rehat panjang sikit. Lagipun...bos ngan pegawai lain semua tak ada. Ramai yang ambik cuti. Maklum le...kan sekarang musim cuti sekolah. So, kepada yang ada anak-anak tu....sibuk le apply cuti nak bercuti-cuti Malaysia. Melainkan aku aje yang tak cuti. Duduk kat opis ni mengadap pc. Ape pun...kerja tetap kerja. Bos takde bukan bermakna...kerja pun takde. Heppp..!! No...!!

Kerja tetap kena jalan. Sekarang pun PM dah sarankan agar waktu kerja cuma lima hari saja seminggu. Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Walaupun begitu..demi meningkatkan produktiviti kerja masing-masing, setiap hari bekerja akan ditambah selama setengah jam lagi..mungkin masuk awal ataupun balik lewat dari sebelumnya. Yes! Aku setuju sangat.

[Agi Idop @ 12:00 PM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==