*
*
*
*

28.5.05

Bilakah Saatnya Itu

Uih...lamanya aku tak update blog. Dah seminggu lebih rupanya. Bukan sengaja pun, cuma sekarang ni banyak benor keje kat opis yang perlu diselesaikan dan lagi satu PALING PENTING...tak buleh berinternet pada waktu keje. Haaa...tu yang aku kene hadkan sikit masa nak bertenet ni....

Minggu lepas, aku balik kampung. Dan alhamdulillah...debaran tu telah berakhir. Selamat. Heheeheh...tapi ni debaran sikit je. Seperti yang dirancang, aku dah jumpa family 'dia' masa balik kampung hari tu. Terpaksa le aku memalukan diri. Kononnya...ala-ala sopan gitu. Ekekekekee...nasib baik parents 'dia' sporting-morting. Sempat lagi makan tengahari bersama-sama. Lepas makan, borak-borak kejap sambil tengok tv. Cewahhh...dan dalam masa yang sama, kitorang sempat lagi membincangkan pasal tarikh yang sesuai untuk majlis pertunangan nanti. Bincang punye bincang, kata sepakat telah diambil. Iaitu..selepas hari raya puasa. Hujung tahun la kot. Huhuhuhu..cepatnye....

Nampaknya..aku kena le menabung mulai sekarang. Ececehhh...selama ni bukannya aku tak pernah menabung, tapi menabung kali ni mungkin memerlukan wang yang lebih sikit dari sebelumnya..So, kena pandai le bajet kan????

Ape pun, aku harapkan semoga ikatan yang bakal dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat aku dan 'dia'. Insyaallah...Huhuhuhu....rasa macam tak percaya pulak. :)

[Agi Idop @ 10:19 AM]

19.5.05

Debaran Kian Hampir

Huhuhuhu...makin cepat masa berlalu..makin pantas degupan jantungku. Adehhh..macammana nak cover ni? Kepala otak aku takde keje lain. Asyik dok terbayang macam mana le situasi aku masa kat sana nanti. Masa makan dok terbayang. Masa mandi dok terbayang. Masa nak tidur apatah lagi. Pendek kata..selagi hari tu belum aku tempuhi, selagi tu lah kepala otak aku asyik menggatal membayangkan suasana pada hari tu. Ishhh...!!! Berdebar ni. Tak tau nak cakap cemane lagi.

Korang mesti pelik apa benda yang aku dok susah hati sangat ni kan?? Ehek! Ceritanya macam ni. Sabtu ni aku balik kampung. Tapi, ntah macam mana....'dia' pulak plan nak bawak aku jumpa ngan parents dia. Konon nak ajak lunch sesama. Huhuhuu..itu yang aku takut. Dah le aku sensorang. Segan banget le. Mau kelu lidah seribu bahasa. Nak cakap apa pun tak tau. Ye le...first time ni...first time. Apa yang aku nak sembang nanti? :(

Dalam hati, memang le seronok. Ye la..sape yang tak seronok bila masa dan ketika itu semakin menghampiri kita tapi tu la...ishh..korang paham kan apa yang aku rasa sekarang ni???? Adoiiii...hari tu jugak le nanti...diorang nak bincang pasal tarikh merisik la, bertunang la...ececehhhh...suka ati korang la...

Makin dipikir makin sakit kepala otak ni. Bila tak pikir, nak try buat selamber...konon takde apa yang berlaku..eheh! tak buleh le...nak pikir jugak..so, apa pun...semuanya bergantung pada diri aku sendiri. Pandai-pandai le aku menyetelkannya. Arghhhhhhhhhhhh....

[Agi Idop @ 2:24 PM]

14.5.05

Hadkan Masa Berinternet

Malam tadi, aku tanya Kak I dah bukak emel ke belum? Dia kata...dah dua hari tak bukak. Bukan apa....takut nak bukak sebab cerita pasal bukak emel ni dah jadi topik hangat dalam meeting Kementerian. Uiks! Ye ke? Alamak...abih le.....

Antara yang paling banyak menggunakan internet untuk urusan emel ialah jabatan aku dengan pihak kementerian sekali. Eheheehehe...cenggitu ke??? Ahhh...sudah. Lepas ni...aku kena hadkan masa penggunaannya. Tak boleh sembarangan.

Patut le sekarang ni, lambat sangat 'bumi' kat atas tu bergerak. Server pun lembab. Agaknya...dah tak larat kot nak menampung kapasiti emel-emel yang dihantar. Tu belum masuk lagi website-website yang lain. Ishhh...

So, mulai hari ini...aku perlu berhati-hati. Nak bukak internet pun waktu pagi ataupun waktu rehat je. Ekekeekeke...sian kat server tu kan??? Nak tulis entri blog ni pun kena tulis awal pagi. Betul tak?? Heheheheeh..wokeylah...demi masa depan negara ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...aku mintak maaf ye...:P

[Agi Idop @ 7:25 AM]

12.5.05

Permisi Dari Emak

Semalam, aku sms kakak kat kampung mintak dia call aku guna telefon rumah. Hehehe...biasa la. Kredit aku dah makin kurang. Nak cakap lama-lama mana cukup.

Dalam pukul 9 lebih, henset aku berbunyi. Kedengaran suara kecik kat hujung talian. Emmm..ni mesti suara adik ni. Amboi...dah pandai dia sekarang. Ishh...rindu pulak aku kat diorang. Lambat pulak nak tunggu minggu ketiga ni. Tak sabarnya nak balikkkkkk....

Sebenarnya...aku bukan ape. Baru je sehari yang lepas aku call kampung. Tapi...tak sempat pulak nak cakap pasal ni dengan mak. So...bila dah dapat peluang ni...takkan nak lepaskan pulak. Dapat je telefon, riuh suara mak bertanyakan aku dah makan ke belum, tengah buat apa, apa kabar...ish, ish, ish...mak...mak....sepatutnya aku yang tanya soalan tu. Huhuhuhu....rindunya kat makkkkkkkkkk...

Sembang punye sembang, slow-slow aku tanya mak. Mintak keizinan dari dia pasal hal kitorang berdua. Sape lagi? Aku dan 'dia' le. Macam ni...'dia' ada ajak aku pegi rumah 'dia' masa aku balik kampung nanti. Berkenal-kenalan dengan family 'dia'. Adusssss....tiba-tiba je aku jadi seram sejuk. Aku tanya mak, boleh ke??? Mak cakap...terpulang pada aku. Kalau baik bagi aku, baik jugaklah bagi dia asalkan pandai jaga diri bila di tempat orang. Alhamdulillah...mak dah tak macam dulu. Mungkin dia taknak lagi perkara sama berulang kembali. Syukur pada Tuhan.

So, keputusannya terletak di tangan aku. Dah dapat green light..tinggal aku saja nak jalan ke tak. Hemmm..ntah le. Bila dah sampai bab-bab macam ni...aku jadi gementar. Takut pun ada. Dah sedia ke??? 'Dia' tak paksa aku. 'Dia' cuma mengajak aje lagipun parents 'dia' dah bertanya. Heheheheeh...macammana ni? Nak pegi ke tak? Ape pun...aku berserah pada Tuhan. Kalau DIA bukakan hati aku untuk pegi...aku pegi tapi kalau sebaliknya......errrrrrrr......

[Agi Idop @ 11:56 AM]

11.5.05

Hukuman Yang Tidak Adil

Remaja pertama gagal hadir PLKN dipenjara 14 hari
Oleh: METRA SYAHRIL MOHAMED

KANGAR 10 Mei - Seorang remaja yang merupakan tertuduh pertama dihadapkan ke mahkamah di negara ini kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Remaja yang berasal dari keluarga miskin di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis itu gagal membayar denda tersebut dan memilih untuk dipenjarakan. Mahkamah tersebut turut memerintahkan remaja berusia 19 tahun itu yang mengaku bersalah di atas perbuatannya supaya mengikuti program PLKN selepas selesai menjalani hukuman penjara.....


Aku sedih bila tengok buletin utama tv3 semalam pasal kes kat atas ni. Memang tak patut. Tak tau le pulak orang lain. Bukan apa..hanya kerana kesalahan kecil macam tu, dia dipenjarakan. Apa...takde hukuman lain ke yang boleh diberikan selain daripada penjara??? Pelik betul aku.

Dia diperlakukan seolah-olah dia seorang penjenayah yang sangat dikehendaki polis. Siap gari tangan lagi. Aku tau...kalau aku berada kat tempat dia sekarang pun, aku tak tau mana nak sorok muka ni. Malu jangan cakaplah. Siapa yang nak masuk penjara tu? Tempat yang belum tentu baik buruk masa depannya. Disebabkan takde duit, dia rela masuk penjara. Duit. Memang orang zaman sekarang ni mata duitan. Langsung tak boleh fikir dengan rasional.

Aku sokong kata-kata 'Awang' dalam akhbar utusan hari ni yang mengatakan bahawa...tidak dinafikan remaja itu memang bersalah kerana telah melanggar undang-undang PLKN tetapi...bila dilihat kepada hukuman yang dikenakan memang tidak adil. Apa salahnya jika hukuman penjara itu ditukarkan kepada hukuman dari segi kerja-kerja kemasyarakatan. Ada juga faedahnya daripada duduk terkurung selama 14 hari di dalam penjara tu.

Sayang betul bila beria-ia PM mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju ke hadapan tetapi tanpa disedari..kita sendiri telah merosakkan anak bangsa sendiri dengan mengambil keputusan mudah mengurung mereka dalam penjara. Apa beza mengambil, membela dan menjaga penagih-penagih dadah ini dengan penuh istimewa berbanding remaja-remaja yang dikurung dalam penjara kerana tidak mengikuti PLKN?

Aku tak hairan dan tak pelik jika selepas ini, remaja yang dikurung ini akan bertindak di luar jangkaan akibat tertekan dengan hukuman yang diberikan. Yelah, masa depannya musnah setelah diri bergelar bekas banduan. Mungkin nak minta kerja pun dah jadi susah. Apa yang akan berlaku pada keluarganya? Adik beradiknya? Sedangkan dialah tempat mereka bergantung. Fikir-fikirkanlah....

Kadangkala...aku terfikir...dunia ni memang semakin kejam. Semakin bergerak maju ke hadapan, semakin kiamat datang menjelma. Hemmm...ntah le...

[Agi Idop @ 2:18 PM]

10.5.05

Segalanya Telah Berakhir

Syukur alhamdulillah. Segala-galanya telah berakhir. Konflik yang berlaku antara aku dengan Kak I akibat salah faham telah dapat diselesaikan petang semalam. Tak payahlah aku ceritakan kat sini sebab bagi aku, apa yang berlaku merupakan satu pengajaran yang perlu ditanam kemas dan kukuh dalam hati agar ia menjadi ingatan supaya tidak berulang lagi. Lega rasanya hati. Dah boleh tidur lena lepas ni.

Selagi masalah tu masih berkecamuk dalam diri, selagi masalah tu asyik berlegar-legar dalam ruang kepala otak ni selagi itulah hati aku takkan tenteram. Seboleh-bolehnya, aku mahu selesaikan seberapa segera yang mungkin. MESTI!!!.

Kalau korang tengok kat sebelah tu, gambar bunga tulip dah bertukar kepada gambar manusia. Manusia tu aku lah. Bukan orang lain lagi. Tu gambar masa aku ambik kat Pulau Perhentian dulu. Tapi...sekejap aje le dia duduk kat situ. Mungkin seminggu kot. Lepas ni, dia akan bertukar balik kepada yang asal. Hehehehehe....

Okey, hati pun dah seronok balik. Takde cerita apa yang aku nak tuliskan. Mungkin esok atau lusa ada le cerita baru. K....chow dulu....babai...

[Agi Idop @ 1:03 PM]

9.5.05

Konflik lagi

Sunyi dan sepi. Takde lagi gelak ketawa dan riuh rendah macam selalu. Ni semua gara-gara konflik yang berlaku antara aku dengan Kak I. Kami berdua lagi. Ntah la....mungkin kami berdua ni tak serasi kot.

Aku pun tak tau apa punca dan sebabnya. Tiba-tiba saja Kak I bermasam muka dengan aku. Langsung taknak cakap bila ditegur. Pandang muka aku pun taknak. Teruk sangat ke aku ni? Jahat sangat ke? Pening kepala aku bila asyik dok memikirkan pasal benda ni. Yang lagi teruk, Kak K le. Serba salah jadinya dia.

Pelik. Memang pelik. Hari Khamis tu, lepas mengaji...kami masih lagi bergurau senda macam biasa. Takde apa yang berlaku. Tapi esoknya...lepas tamat waktu kerja, Kak I langsung taknak bercakap dengan aku. Bila aku tegur sepatah, dia jawab sepatah. Hati aku tiba-tiba rasa sakit. Kenapa dengan dia? Apa yang aku dah buat dengan dia? Nak kata aku patahkan areal tv dia pulak...takde pun. Sungguh aku cakap, lepas insiden hari tu...aku cukup berhati-hati dalam menjaga hati dan perasaan dia. Aku taknak lagi perkara yang sama berulang kembali. Tapi...dah takdir tuhan, ia berlaku lagi.

Dua malam aku tak tidur kat luar dengan diorang. Aku sakit hati. Kecik hati pun ada. Sebab aku langsung tak tau apa salah aku pada dia? Puas aku pikir, puas aku imbas balik apa yang dah aku buat dalam masa sehari (Jumaat) tu..tapi aku tak dapat jawapannya. Hati aku belum kuat untuk bersemuka dengan dia.

Pagi tadi, masa on the way ke bus stop, aku cuba tanya pada Kak K samada dia tau kenapa Kak I benci pada aku. Kak K pun tak tau. Yang dia tau...Kak I marah sebab aku ada bagitau sesuatu pada seseorang pasal dia dan seseorang tu pulak telah menyampaikan pada dia sendiri. Astaghfirullahal'azim. Apa yang aku dah bagitau kat orang? Sape pulak yang menyampaikan tu??? Aku rasa...takde pulak aku nak heboh-hebohkan kat orang lain pasal dia.

Tapi..kalau dah memang salah aku..aku betul-betul mintak maaf. Sesungguhnya..aku bukan baik sangat pun. Dan aku memang selalu buat salah dengan orang. Ingatlah bahawa..walau banyak macam mana pun kebaikan yang kita lakukan pada orang tapi bila sekali kita melakukan kesilapan...hanya kesilapan itulah yang akan dipandang orang. Dah menjadi kelaziman masyarakat sekarang...terima ajelah...

Ya Allah...Ya Tuhanku, kuatkanlah semangat aku untuk berhadapan dengannya nanti. Amin.....

[Agi Idop @ 11:21 AM]

4.5.05

Dugaan Apakah Ini?

Kepala aku tengah pening sekarang ni. Berserabut memikirkan kenapa situasi macam ni selalu kena kat aku. Kenapa tidak orang lain??? Aku dah penat. Aku dah letih. Aku dah tak sanggup lagi nak menghadapi keadaan macam ni.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku pun tak tau macammana diorang boleh meluahkan segalanya dalam masa sesingkat itu. Pelik sungguh. Memang segala yang berlaku tidak diduga. Tetapi dari gerak geri dan cara diorang, aku dapat agak apa yang tersirat di sebaliknya.

Seboleh-bolehnya aku cuba untuk mengelak daripada berlaku tapi aku tak dapat nak menghalang perasaan diorang tu. Tapi kenapa aku? Kenapa tak orang lain sedangkan ramai lagi yang lebih baik, lebih cantik, lebih segala-galanya dari diri aku ni??? Aku segan bila diorang buat aku macam tu dan aku jadi malu bila semua yang ada dalam bas tu tau apa yang berlaku. Aku harap sangat takde cerita yang diheboh-hebohkan kat ofis nanti.

Aku tak bercakap bukan bermakna aku sombong cuma aku perlu berhati-hati sebab aku taknak perkara macam ni berlaku lagi kat aku. Tapi...ntahlah, mungkin dah takdir tuhan...aku akan selalu diuji macam ni...apa boleh buat. Aku tak dapat nak menghalang....Dan aku perlu tolak diorang dengan cara yang baik.

Semalam, aku terpaksa ambil cuti. Letih sangat. Kadang-kadang aku tension bila S tak sudah-sudah hantar mesej kat aku meluahkan isi hatinya. Aku telan air liur. Aku cuba berlagak selamba tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. Aku cuba berterus-terang kat dia duduk perkara yang sebenarnya supaya dia faham dan alhamdulillah dia faham apa yang sedang aku alami. Cuma satu katanya, dia sanggup tunggu aku sampai bila-bila selagi aku belum menjadi milik sesiapa lagi. Oh Tuhan, kenapa sampai begitu jauhnya perasaannya terhadap aku. Aku serba salah. Tak tau nak cakap macammana. Aku taknak bermasam-muka gara-gara perkara macam ni. Lagipun...kami satu jabatan. Nanti apa pulak kata orang...

Pagi tadi pulak, aku terpaksa telefon sorang lagi mamat ni, A yang sama-sama join rombongan jabatan ke Pulau Perhentian tu. Kalau boleh, memang aku nak elak dari bercakap dan bertembung dengan dia tapi...takpe lah. Hari ni je. Aku kuatkan hati. Aku gagahkan jugak dail nombornya. Dan hari ni jugak dia luahkan perasaan dia sama macam apa yang S cakapkan. Ya Allah, apa dah jadi ni? Apa yang aku dah buat ni? A tau, S ada menyimpan perasaan terhadap aku. Jadi, dia lepaskan aku supaya bersama dengan S.

Huh! Tak semudah itu. Kesetiaan aku pada 'dia' nun jauh di sana menguatkan lagi ikatan antara kami. Dan malam tadi, 'dia' sms aku. Rindu sangat. Katanya...'dia' nak kami berdua bertunang
hujung tahun ni. Insyaallah kalau ada rezeki. Aku tak kisah dan aku ikut aje. Kalau baik pada 'dia'...baiklah jugak pada aku. Sebab hati aku hanya untuk 'dia'. Bukan orang lain. Apa yang aku harapkan semoga impian kami berdua ni akan menjadi kenyataan. Amin.

Cuma sampai sekarang aku masih lagi berfikir. Kenapa aku selalu diuji dengan dugaan seperti ini?? Apakah untuk menguji sejauh mana kesetiaan aku pada 'dia'?? Tidak ada apa yang dapat aku katakan melainkan segalanya di tangan Tuhan. Sebab kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan....

[Agi Idop @ 2:49 PM]

Pulau Perhentian

Sabtu lepas, aku dan yang lain-lain telah pergi bercuti di Pulau Perhentian selama 2 hari 1 malam anjuran kelab jabatan. Memang tak puas rasanya. Kalau boleh, biar seminggu. Tapi memandangkan...cuti tak banyak jadi, hasrat tu terpaksalah dikorbankan.

Pulau Perhentian bagi aku memang menarik. Itulah pertama kali aku jejakkan kaki ke Terengganu. Kalau nak pergi sendiri, aku rasa tahun 2020 pun belum tentu dapat pergi. Sebab itulah aku ikut rombongan kelab ni ke sana.

Malam pertama di Besut, Terengganu..kami bermalam di Demong Beach Resort. Pukul 11 lebih (malam) sampai di sana, kami disambut oleh YDP Majlis Daerah Besut. Selepas makan malam..kami terus bergerak ke resort. Letih jangan cakap lah. Memang penat sangat. Seharian dalam bas, membuatkan segala sendi dan otot terasa kejang. :P

Pagi esoknya, kami bertolak ke Pulau Perhentian dengan menaiki bot penumpang. Waktu ini, memang hati dah tak sabar-sabar lagi nak sampai di sana. Lebih kurang 1 jam lebih, kami pun sampai dan disambut oleh warga Pulau Perhentian. Selesai sarapan, masing-masing sibuk menyalin pakaian untuk aktiviti yang seterusnya.

SNORKELING. Yes! Aktiviti ni memang mencabar fizikal dan mental aku. Yelah, pertama kali cuba untuk berenang di tengah laut. Tapi...memang menyeronokkan bila kita dapat tengok banyak ikan-ikan yang cantik dan pelik dari dekat. Macam dalam akuarium. Sempat pulak bagi diorang makan. Tak puas rasanya.

Tapi tu lah....dalam keseronokan tu ada jugak le yang tak seronoknya. Bukan apa...bila dah melibatkan hati dan perasaan tu, aku jadi serba salah. Pening kepala bila memikirkannya. Kenapa ia terjadi lagi? Aku dah penat dengan persoalan macam ni.

[Agi Idop @ 9:31 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==