*
*
*
*

30.4.05

Raja Sehari

1 Mei 2005 ini..tiga orang sahabat aku akan melangsungkan perkahwinan mereka. Alangkah gembiranya hati aku. Syukur, sekurang-kurangnya..terbinalah dua lagi masjid tanda berseminya ikatan suami isteri antara mereka.

TAHNIAH! Semoga ikatan kasih sayang mereka akan terus subur dan mekar mewangi sehingga ke akhir hayat. Binalah hidup baru dengan penuh rukun dan damai agar kemesraan dan kebahagiaan itu sentiasa berkembang selama-lamanya.



Selamat Hari Pekerja

Yes! Selamat Hari Pekerja aku ucapkan khas buat diriku sendiri dan juga kepada rakan-rakan yang telah bergelar pekerja serta seluruh rakyat Malaysia. Diberi cuti pada tiap-tiap 1 Mei setiap tahun menandakan bahawa status sebagai seorang pekerja tidak kiralah penjawat awam, swasta, pekebun, peladang, nelayan, penoreh getah, peniaga dan macam-macam lagi pekerjaan yang ada di Malaysia ini (yang halal sahaja) adalah dihargai. Kerana tanpa pekerja tiadalah Malaysia.

Dulu-dulu, Hari Pekerja dipanggil Hari Buruh. Tetapi beberapa tahun selepas itu, Hari Buruh telah ditukar kepada Hari Pekerja kerana tidak sesuai digunakan memandangkan perkataan buruh itu sendiri adalah terhad kepada mereka-mereka yang bekerja sebagai peladang dan petani.

Dengan termeterinya pertukaran itu, maka wujudlah Hari Pekerja untuk semua pekerja di Malaysia. Jalankanlah tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Setiap keringat yang menitis ke bumi adalah jasa mereka yang tidak ternilai kepada negara.

[Agi Idop @ 8:59 AM]

28.4.05

Bila Memori Kembali Menjelma-Bah. 1

Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Berdebar-debar rasanya hati. Jantungku semakin berdegup kencang. Aduhhhh...malam tadi, buletin utama telah mengumumkan tarikhnya. Semakin dekat, semakin serba tak kena aku dibuatnya. Dengan langkah yang longlai, perlahan-lahan aku menuju ke bilik air untuk berwuduk. Menunaikan solat sunat dua rakat agar diberikan petunjuk dan ketetapan hati supaya esoknya aku bisa mengukirkan sebuah senyuman kegembiraan.

"Shah, kau tak takut ke?"

"Takut apa nya? Rilek laaa..aku pun takut jugak. Haaa...jantung ni pun tak berhenti berdegup lagi tau." Pantas Shah mengayuh basikalnya.

Aku cuba untuk berlagak tenang. Namun keresahan yang melanda diri semakin meninggi. Sambil mempercepatkan kayuhan basikal, hati aku semakin tidak keruan. Apalah keputusannya nanti.

...................................................

"Waaaa....!! Tahniah Zila, Tahniah! Wida pun sama jugak. Aku memang dah agak korang akan dapat result yang best pun." Aku juga tumpang gembira. Melakarkan sekuntum senyuman kelegaan. Walaupun tidak seberapa, tapi sekurang-kurangnya..dengan keputusan ini...hati mak abah aku sedikit ceria.

"Kau dapat berapa Sal?"

"Aku? Sikit je. Kurang satu 'A' dari Zila.

"Eh, orait lah tu. Kalau kau kurang satu dari Zila, aku pulak kurang satu dari kau!! Ha..Jangan tak caya. Hahahahahaa..." Berderai ketawa kami bila Shah mula meriuhkan keadaan.

Itu cerita dulu. Cerita tatkala masing-masing sibuk mengambil keputusan PMR. Tahun 1997 menjadi sejarah. Dalam kelas, Biha dan Razif adalah yang terbaik dengan keputusan 5A. Manakala Zila dan Wida masing-masing mendapat 4A diikuti aku, Ayu dan Dayah 3A serta Shah dan Nazlin 2A. Alhamdulillah...dengan kejayaan itu semua...kami bersama-sama mengimpikan sebuah kejayaan yang lebih cemerlang untuk masa akan datang.

Pulang saja ke rumah, wajah aku biasa saja. Tak tahu pada siapa harus aku kongsikan kegembiraan yang tidak seberapa ini. Mak dan abah masih lagi di kebun getah. Menoreh adalah rutin harian mereka. Yang tinggal hanya kakak sulung aku dan adik-adik yang masih tak mengerti apa-apa.

"Ha! Macam mana? Dapat berapa?" Itu soalan pertama yang diajukan oleh kakak.

Aku diam. Sebaliknya menghulurkan slip keputusan itu kepadanya.

"Eh, ok lah ni. Tapi...akak pelik macam mana kau boleh score subjek BI ni haaa???"

Hemm..aku senyum. Ntah lah. Dah Tuhan berikan aku kelebihan sebegitu...jadi..lebih baik aku manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Tanpa banyak bicara, aku melangkah lesu menuju ke bilik. Sedih juga bila teringatkan teman-teman yang lain. Ada wajah suka, ada wajah duka. Tak sabar rasanya nak berkongsikan kegembiraan ni dengan mak dan abah...

[Agi Idop @ 10:48 AM]

26.4.05

Di Manakah Nilai-Nilai Ketimuran Kita???

Dewasa ini, aku tengok makin banyak pertandingan-pertandingan realiti tv yang dianjurkan oleh agensi-agensi tertentu untuk menjadikan rakyat malaysia ni sebagai artis. Baik dalam bidang lakonan, mahupun dalam bidang nyanyian. Banyak sangat. Itu belum masuk yang kecil-kecilan. Kononnya, nak menyumbang kepada ekonomi negara.

Cuba kira, Malaysian Idol, Audition, Akademi Fantasia, Who Will Win, Bintang RTM, dan yang terbaru Mentor. Banyak kan? Semuanya nak menjuruskan lagi mereka-mereka ni kepada perkara-perkara yang tak elok.

Aku peninglah. Kenapa ibu dan ayah zaman sekarang begitu sporting untuk menghantar anak-anak mereka menyertai pertandingan-pertandingan seperti ini? Sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghantar, menemani malah menonton pula persembahan anak-anak mereka. Astaghfirullahal'azim. Apa faedah yang mereka dapat? Setakat untuk menjadi glamor? Popular? Terkenal macam orang lain? Nak masuk Malaysia Book Of Records? Dapat kahwin dengan Datuk? Boleh pergi luar negara? Dapat banyak anugerah? Wang? Huh! Semua tu takkan ke mana.

Semakin banyak peringatan dan ujian yang Tuhan turunkan, semakin banyak pula kemungkaran yang berlaku. Puncanya dari siapa? Diri kita sendirilah. Asuhan dan didikan ibu bapa. Langsung tak ambil kira bab-bab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kononnya, selagi belum terlanjur...boleh saja nak buat apa pun.

Tengok saja Akademi Fantasi dan Audition. Masing-masing sudah tiada rasa segan dan malu untuk saling berpelukan tanpa mengira jantina. Berlaga pipi apatah lagi. Tengok saja pakaian mereka. Memang tiada langsung ciri-ciri ketimuran dan nilai-nilai Islam. Sedih aku. Kenapa hendak tiru orang luar? Kenapa hendak ikut budaya orang lain? Bukankah budaya kita sendiri sudah begitu istimewa dan dipandang mulia oleh masyarakat asing? Tak faham aku.

Jadilah diri kita sendiri. Tak usahlah hendak meniru orang lain. Kerana 'Di Sana' nanti pun kita akan bersendiri juga. Fikir-fikirkanlah.

[Agi Idop @ 2:16 PM]

23.4.05

Renjis-Renjis Di Pilis, Ditepungilah Tawar

Image hosted by Photobucket.com


Memang tepat jangkaan aku. Tidak dapat disangkal lagi. Besar sungguh gambar diorang di muka depan Utusan Malaysia hari ini.Kesimpulannya, kebanyakan selebriti-selebriti dan artis-artis Malaysia yang popular semakin mengejar popular bila ramai yang menamatkan status bujang dengan insan-insan sebegini.Apa pun, harapan aku semoga kedua-duanya berkekalan dan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Amin....

[Agi Idop @ 12:02 PM]

22.4.05

Pengorbanan Seorang Ayah

14 Mei 2002-Sepagi bersama Setiausaha Timbalan Pengarah, ada cerita duka yang merenjat perasaan Melayu Islamku. Katanya, 10 tahun bekerja sebagai Setiausaha kepada Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi yang lalu, telah menyedarkannya betapa anak bangsa kita seperti lupa akan sesuatu.

Seorang ayah. Seluarnya lusuh. Kemejanya kumal dan koyak di ketiak. Berselipar jepun yang sudah haus. Berbekalkan plastik gantung yang diisi sehelai kain pelikat, sehelai tuala mandi yang sudah kusam dan sehelai T-shirt pagoda yang sudah kekuningan mengetuk pintu Bahagian Pengambilan Matrikulasi. Katanya, datang dari Utara. Rezekinya hanya pada ternakan itik yangtidak seberapa. Bapa kepada 9 anak yang masih kecil dan perlu disuap rezeki dari setiap sen jualan telur itiknya. Sebahagiannya disimpan buat anakpertamanya seorang gadis sunti yang diterima masuk ke program matrikulasi. Sayangnya tempat untuknya di dalam kampus yang bayarannya sangat minimum sudah habis dirampok mereka yang lebih berkuasa. Lebih berkemampuan. Dia perlu bayar mahal untuk matrikulasi francais luar kampus.

Dulu, sebelum matrikulasi diambil alih oleh Kementerian Pendidikan, katanya ia terpulang kepada universiti untuk menentukan hala tuju pengambilan. Tempat dalam kampus yang dikhaskan untuk anak-anak miskin, dirampok habis oleh mereka yang berkepentingan. Menggunakan kedudukan istimewa dan jawatan tinggi 'booked' awal-awal tempat untuk kaum keluarga dan anak-anak kenalan serta kroni. Istimewanya matrikulasi dalam kampus yurannya rendah. Biasiswanya pula diiringi sebagai hadiah. Akibatnya anak-anak miskin dari luar bandar dipaksa mengisi tempat di luar kampus yang dijalankan secara francais.Yuran pertama sahaja sudah mencecah RM2500. Itu belum lagi sara hidup. Biasiswa pun belum tentu dapat. Mana mungkin bapa ini mampu menyara pendidikan anaknya.

Merayu dia kepada Setiausaha. Berlinang air mata satu pejabat mendengarkan ceritanya. Betapa karenah kroni menidakkan hak anak-anak ini diberi tempat dengan bayaran yang murah. Kepada Timbalan Pengarah, Setiausaha mengadu. Berikan tempat kepada gadis sunti ini. Insya Allah, anak inilah yang bakal mencorak hidup keluarganya. Baiknya hati Timbalan Pengarah. Di situ juga diberi lulus. Sujud bapa itu di kaki Timbalan Pengarah dengan linangan air mata. Terpempan Timbalan Pengarah, segera dihalangnya. Dia bukan Tuhan. Tetapi pemegang amanah yang akur kepada kehendak birokrasi. Sedikit keikhlasannya, membuatkan satu pejabat tersentuh hati.

Kau tahu? Cerita ini tidak tamat di sini. Anak ini tidak mengenang budi rupanya. Wang biasiswanya dijoli buat beli pakaian dan aksesori tambahan. Handphonenya adalah yang paling mahal. Pakaiannya berjenama dan harganya menjangkau ratusan ringgit. Setiap malam keluar berjalan. Apatah lagi, boyfriend mengeleknya ke sana-sini dengan RXZ idaman! Kuliah entah ke mana. Belajar juga diletak nombor dua. Baginya, inilah kemewahan yang selama ini didambakan.

Setahun berlalu. Seorang bapa mengetuk bilik Bahagian Matrikulasi. Setiausaha menyambut dengan hati yang tertanya-tanya. Apa lagi masalah bapa yang pernah sujud di kaki Timbalan Pengarah setahun yang dulu ini? Penampilannya tetap sama seperti dulu. Wajah tuanya mendung. Ada sisa air mata dikelopak matanya. Dibawa sama anak gadis suntinya mengadap Timbalan Pengarah. Merayu-rayu sang bapa mohon anaknya diterima masuk semula. Mohon pembuangan anaknya dari program matrikulasi ditimbang semula. Mereka miskin. Anak ini perlu diberi peluang kedua. Panjang lebar nasihat Timbalan Pengarah. Ceramahnya menusuk-nusuk hati si gadis sunti. Cerita bapanya sujud di kaki Timbalan Pengarah pertama kali didengar. Serta-merta dia sujud di kaki ayahnya. Meraung-raung dia menangis pilu. Betapa pengorbanan ayahnya begitu besar dan tak berbayar.

Drama air mata itu buat semua staff menangis pilu. Inilah pengajaran. Inilah cerita kehidupan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Timbalan Pengarah memberi kata dua. Mahu berjaya atau terus miskin dan dihina. Surat akujanji ditandatangani. Peluang kedua diberi. Bapa itu berjanji, itu kali terakhir dia meminta-minta. Selepas ini terpulanglah kepada anaknya. Dia sudah dewasa. Masa depan di tangannya. Malunya kepada Timbalan Pengarah hanya Tuhan yang tahu!

5 tahun berlalu. Sejambak bunga dan sekeping kad sampai di pejabat Timbalan Pengarah. "Tuan Profesor, pengorbanan ayah menjadikan saya begitu bersemangat untuk mengubah nasib keluarga. Terima kasih atas segala nasihat. Dari kesilapan itulah saya merangkak, bangun, berjalan dan berlari menuju kejayaan. Cukuplah kesilapan itu. Saya insaf kini. Terima kasih Profesor. Tergenggam di tangan saya skrol ijazah idaman. Janji akan saya kotakan. Harapan mereka tak akan saya persiakan. Moga budi Profesor dibalas dengan seribu kebaikan dan rahmat dari Tuhan." Timbalan Pengarah tersenyum lega. Mengurut dada tanda syukurnya kepada Allah Taala. Anak bangsa oh anak bangsa!

[Agi Idop @ 11:11 AM]

19.4.05

Saat Aku Dilanda Kemiskinan

Aku sebenarnya sedang mengubahsuai wajah blog aku ni. Nak cuba warna lain tapi warna ni jugak yang nampak serasi. Cadangnya, nak ubahsuai sikit lagi tapi memandangkan banyak kerja yang harus aku selesaikan, maka aku siapkan dulu mana yang patut.

Minggu ni aku betul-betul miskin. Duit yang ada di tangan sekarang hanya cukup-cukup untuk tambang bas ke tempat kerja je. Aku tak boleh nak belanjakan untuk benda lain lagi sebab aku kena berjimat. Sebelum ni, bukannya tak pernah berjimat..tapi duit yang ada perlu dilaburkan untuk hal-hal yang lebih mustahak.

Sudahnya, hajat untuk menjenguk Pesta Buku di PWTC tu terpaksa aku pendamkan sehingga ke tahun depan. Langsung tak berkesempatan. Sebelum gaji..tak boleh pegi. Selepas gaji pun tak boleh pegi jugak. Ohhh..tuhan. Sedihnya aku rasakan saat ini.

Syukurlah Khamis ni cuti Maulidirrasul. Pejabat kerajaan semua tutup. Maknanya..'save' lah sikit bajet untuk tambang bas. Hemmm...orang-orang kampung semua ingat aku dah kaya bila duduk kat KL ni..tapi hakikatnya..aku sendiri yang menanggung. Konon, alah..kerja kerajaan, gaji banyak, kerja tetap pulak tu, banyak dapat faedah..senanglah dia kat sana tu. Heh! aku senyum saja sebab apa yang aku harapkan..kata-kata mereka tu akan jadi kenyataan. Bukan kah kata-kata itu merupakan satu doa. Hehehehehe....

[Agi Idop @ 3:39 PM]

15.4.05

Bila Tersirat Di Sebalik Tersurat

Balik dari masjid semalam tepat pukul tujuh malam. Hari pun dah gelap. Cepat-cepat kaki kami melangkah meninggalkan masjid untuk ke Central Market. Jauh juga jarak perjalanan. Tapi, bila dah ramai-ramai...penat tu tak terasa.

Sampai rumah jam dah pun menunjukkan ke angka 9. Sepatutnya, setengah jam lebih awal dari itu kami dah sampai..tapi terpaksa singgah kat sebuah gerai makan yang berhampiran untuk mengisi perut terlebih dahulu. Lapar sangat.

Dalam perjalanan pulang ke rumah semalam, fikiranku ligat mengingati apa yang diterangkan oleh ustaz siang tadi. Rupa-rupanya, banyak lagi benda yang tersirat di sebalik semua huruf-huruf hijaiah tu yang selama ni tak pernah kami dengar. Memang banyak. Yang aku tau...cuma tersurat saja. Kalau tak betul-betul faham, memang pening kepala. Tapi..alhamdulillah..sebab selama ni aku memang pernah terjumpa dengan benda-benda tu semua cuma tak mengetahui kenapa dan bagaimana wujudnya benda tu.

Syukur...sekurang-kurangnya...ilmu pengetahuan yang aku peroleh ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk kegunaan masa depan terutamanya untuk bakal anak-anak dan cucu cicit aku nanti. Insyaallah..itu pun kalau aku sempat untuk merasai kehadiran mereka. Masih lagi diberi nafas untuk terus hidup. Jika tidak pun, aku redha...

[Agi Idop @ 9:39 AM]

14.4.05

Dekat Di Hati

Image hosted by Photobucket.com

Sebenarnya takde apa yang boleh aku ceritakan dalam entri hari ni. Idea aku hilang. Takde apa yang menarik berlaku dalam hidup aku sepanjang minggu ni. Hari-hari yang berlalu...sama saja. Kalau paginya cerah, petangnya pulak hujan. Kalau paginya hujan, petangnya pulak cerah dan macam tu jugak lah hari-hari yang lain. Ntah lah, musim hujan pun dah tak menentu sekarang.

Petang nanti, macam biasa...lepas waktu ofis, aku n the geng akan terus bergerak ke Masjid Bukit Aman. Banyak lagi perkara yang perlu aku pelajari. Ilmu itu penting. Tuntutlah sebanyak mana pun, ia takkan merugikan. Malah, menguntungkan lagi adalah. Daripada masa menunggu bas tu terbuang macam tu aje, lebih baik aku isi dengan perkara yang berfaedah. Pahala pun dapat.

Gambar kucing comel yang dok tersenyum simpul tu takde kena mengena langsung dengan diri aku. Saja je aku nak letak. Nak menyerikan sikit pemandangan blog aku ni. Kosong je. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku pahala sedekah sebab kucing tu dah sedekahkan senyuman dia. Muehehehehe...

Ok lahh...nak melalut lagi pun dah kehabisan idea. Tengoklah..esok ke lusa ke..aku melalut lagi. Kena cari bahan-bahannya dulu. Dah ada nanti baru ngam sket nak melalut. K, chiow..

[Agi Idop @ 2:06 PM]

13.4.05

Special For My Friend
Image hosted by Photobucket.com

Baca slow-slow ok. Korang pasti akan dapat hasilnya...:)


[Agi Idop @ 7:35 AM]

9.4.05

Kahwin Cepat-Yang Berkat Jadi Mudarat?

Citer ni aku dapat dari emel yang diforwardkan kat aku. Harap ianya jadi panduan dan teladan dalam meneruskan hari-hari yang mendatang.

Majlis akad nikah itu baru sahaja selesai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwin cepat?" "Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang..."

Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang. Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak. "Bahagia Tuk?" "Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!" Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.
"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar," adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!""Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya saya semacam mengusik.

"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar... umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu..." tajam Tuk membalas. "Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat."Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur... Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri... Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh
sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang."Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul... nanti tak kahwin pula!" usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan... umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah,
batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga."

"Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik... kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?" Cuit saya, kembali ke tajuk asal.

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun
masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi.
Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu... apa orang kata... ... parenting skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga... Nanti terjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua
dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama... sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion... Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?" terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kita pilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!"

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

[Agi Idop @ 10:20 AM]

7.4.05

Ilmu Pelita Hidup

Petang ni..aku nak ikut Kak I pi Masjid Negara. Dah lama dah hati ni teringin nak join tapi blom berkesempatan lagi. Alhamdulillah..hari ni aku nak pegi. Mudah-mudahan...niat aku ni dapat pahala.

Aku pi sana sebab nak memperdalamkan lagi ilmu pengetahuan yang ada. Nak belajar mengaji dari ustaz-ustaz yang berpengalaman. Setakat ni..alhamdulillah..aku bleh jugak le kalo nak mengajar orang ngaji tapi..terkadang tuh..tersasul jugak satu dua.

Dulu, masa aku skolah menengah..ramai jugak sepupu-sepupu aku yang kekecik lagi tuh datang ngaji kat umah aku. Mak aku yang ngajo. Dan aku pun turut terlibat sama. Bagi tunjuk ajor kat diorang dalam mengenal huruf, makhraj dan tajwid.

Skang ni, bila dah ada peluang keemasan macam ni..aku taknak lepaskan peluang tu. Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri Cina. Maksudnya...walau jauh dan di mana berada sekalipun, walau ilmu apa sekalipun..asalkan yang baik, itu amat dituntut dalam Islam.

Bukan nak berbangga diri cuma aku bersyukur sebab Allah anugerahkan aku kelebihan yang ada sket ni buat bekalan untuk masa depan. Untuk bakal anak-anak dan cucu-cicit aku. Jadi, manfaatkanlah ia dengan sebaiknya. Mudah-mudahan...segala yang aku buat akan direstui oleh Allah. Amin.

[Agi Idop @ 2:12 PM]

6.4.05

Senyum Seindah Suria

Apa perasaan korang kalo masa tengah berselisih bahu dengan salah sorang staf opis kita, wajah dia langsung tak menampakkan kemesraan apatah lagi nak senyum bila kita menghadiahkan dia sebuah senyuman. Bukan ada niat apa pun, cuma sekadar tanda hormat dan tanda kita saling kenal-mengenali antara rakan sekerja. Aku cakap ni, bukan senyum antara staf laki ngan pompuan tapi senyum sesama staf pompuan. Huh! Sakit ati jugak kengkadang tuh. Tapi aku buat dek je. Dalam ati aku mengatakan mungkin dia tuh takde urat senyum kot. Takpun, urat senyum dia putus. Muahahahahahaa...

Susah sangat ke nak senyum dengan orang?? Aku pelik le kalo berhadapan dengan orang yang macam ni. Sombong sangat ke? Takpun...jijik dengan orang yang tak setaraf ngan dia. Takpun...dengki. Ishhh...!! Geram aku ngan orang macam ni. Bukan suruh bayar pun kalo nak senyum.

Patut la ramai orang dok komplen pasal kakitangan awam langsung tak berbudi bahasa. Memang patut pun komplen. Dah terbukti pun. Yelah! Nak bagi senyuman pun payah. Just tarik je mulut tu bagi lebar sket. Bukannye susah.

Bukan sekali dua situasi macam ni berlaku. Banyak kali. Start aku masuk keje sampai le skang. Macam-macam orang. Setengah tu, tak kenal pun kemain lagi senyum nye. Seolah-olah dah macam dah kenal rapat. Itu yang bagus. Kalo pun tengah takde 'mood', sekurang-kurangnya, setakat buat-buat pun jadi le walaupun tak ikhlas. Ini tak..orang bagi senyuman, dia langsung tak senyum. Malah, tengok orang pun jeling ngan ekor mata. Ada ke patut macam tu? Taknak lah! Eh, eh...tersasul plak. Memang tak patut le. Nak je...aku koyak mulut dia tu biar puas ati aku.

Selalu yang jadi macam ni staf pompuan. Staf laki tu aku tak heran sangat. Tak senyum pun takpe. Kang senyum lain plak jadinye. Nak senyum pun..kalo dah kenal je. Hehehehe..tapi staf pompuan ni yang aku hangin.

Aku ni..nak kata peramah tu idak le. Pendiam jugak aku. Tu pun tengok situasi le. Kalo idea aku banyak nak cakap mencurah-curah..aku cakap. Tapi kalo takde idea, aku lebih suka diam je.

Bagi aku, kalo aku berselisih ngan sapa-sapa kat opis ni..aku sedekahkan sebuah senyuman. Kenal ke..tak kenal ke..aku senyum jek. Dekat makcik cleaner tu pun aku senyum. Tapi..jangan le pulak senyum melampau-lampau. Just senyum sebagai tanda kemesraan. Itu jek. Susah sangat ke? Huh!! Anti sungguh le aku kalo orang susah nak senyum ni.

P/S : Rasulullah pun pernah bersabda bahawa senyum itu satu sedekah.

[Agi Idop @ 3:27 PM]

5.4.05

Semangat Yang Hilang

Idong tersumbat. Rasa tak bermaya plak hari ni. Malam tadi baru terasa gejala-gejala sesema itu menyerang. Aisehhh..Biase le..mungkin musim dia dah kot skang. Kejap-kejap ujan, kejap-kejap panas. Kene plak ngan antibodi yang tak cukup kuat. Senang le virus tu nak masuk.

Pepagi tadi, masa nak pegi keje aku ngan Kak K dah buat excercise. Lari sejauh 50m. Tak silap aku la..jaraknye lebih kurang centu. Jauh jugak tu kan?? Kejar bas punye pasal. Nasib baik bas khas tu bleh tunggu. Kalo tak..mau sampai lambat kat opis. Tak sanggup aku nak naik teksi berdua. Giler. Mau dibedalnya belas-belas ringgit. Naya jek. Kalo naik bas lompat-lompat tu, dah sah le sampai pukul lapan. Ye le..dengan jem nye, dengan kejap-kejap berenti, kejap-kejap berenti, mana ke tak sampai lambat.

Nak lari laju takut plak kasut yang aku pakai ni tertanggal. Ye le..pesyen kasut tutup depan jek. Pesyen skang ni. Ishh..seksi plak kasut aku. Ahask! Plak tu..pakai kain plak. Heh! Kalo pakai seluar mau aku lari giler-gilernye. Ini..ngan nak kontrol ayu lagi..ngan nak kontrol kesopanan lagi..nampak dek bebudak petronas tu kang! merah lak muka aku. Ekekekeke..

Pijak je anak tangga bas tu, sumer orang tersenyum-senyum kambing. Cis!! Gelakkan aku rupanye. Drebar tu pun sama. Dok tersengih-sengih. Tercungap-cungap aku dibuatnye. Rugi mekap lawa-lawa. Muka dibasahi dek peluh. Huh! Tak sesuai. Tapi aku tak kisah pun..janji rock!! :P

Kejap tadi, aku antor surat kat KSU (Ketua Setiausaha). Sembang kejap ngan kerani kat situ (satu batch keje ngan aku). Sekali dia kata dia dah confirm keje. Uik! Cepatnye. Mana tau?? Dia kata, dia dah call SPA. Tanya direct ngan staf yang handle pasal ni. Oooo..apa lagi, aku mintak le nombor tipon staf tu. Takleh jadi ni. Aku pun nak confirm gak. Turun je kat Admin/JKT, aku bagi tau kat Kak I. Hoh! Kalut dia tipon SPA. Tanya punye tanya..Kak I dah confirm bulan 3 ari tu. Aler..aku punye lak cemane. Takleh jadi. Aku kene tipon gak. Aku bagi tau kat Kak K plak pasal ni. Dia pun sama. Tipon punye tipon, maka...dapat le jawapannya.

Aku confirm 29 haribulan Mei 2005. Ikut tarikh last pegi kusus induksi. Huhuhuhu..tak kisah le..ape-ape pun aku terima. Cuma yang sedihnye bila aku dapat tau yang aku punye option pencen tu pihak SPA tak dapat kabar berita. Ini bermakna, pihak pengurusan kementerian aku blom menguruskannya ataupun nama aku tercicir. Adehhhh...lagi le tak bermaya diri aku ni.

Dengan rasa tak puas ati, (ye le..orang lain sumer ada nape aku sorang takde)..aku call akak yang uruskan pasal perkhidmatan sumer staf kementerian ni kan. Dia jawab ape tau? Dia kata.."jangan bimbang. Surat dari SPA dah sampai. Skang akak tengah uruskan nak hantar kat korang la ni. Yang option tu pun ada. " Ok, takpe. Dah dia cakap macam tu. Aku akan ingat. Kalo takde lam surat tu..siap dia!!!

Memang banyak dah komen dan komplen dari berbagai pihak yang pengurusan kementerian aku memang slow dan tak cekap. Huh! Kesian betul. Tapi hari ni memang aku tak bermaya sehinggalah aku betul-betul dapat bukti dari surat tu. Huhuhuhu...bukan apa, nak beli rumah..nak beli keter nanti senang la kan???? Cecece...impian untuk membina masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Haittt..!!

[Agi Idop @ 10:46 AM]

4.4.05

Sesekali Aku Menyepi

Cuti dua hari ni memang best sangat-sangat. Just duduk rumah, buat apa yang aku nak buat. Rutin biasa cam surirumah tangga lak. Ehehehe..bangun pagi, mandi, basuh kain, kemas rumah dan lepas tu..baru prepare breakfast. Nak siapkan anak-anak skolah, takde plak anaknya. Hehehe..anak mata ada le. Pukul 10 lebih, aku dah ready untuk resepi yang pertama. Jeng..jeng..jeng....

Puding Jagung Kastard. Sebenornye..dalam resepi tu lain caranya. Tapi aku buat lain cara. Bukan apa...tak cukup plak bahan-bahannya. Aku main ingat-ingat gitu jek. Sudahnya..terpaksa buat ikut resepi sendiri. Tapi alhamdulillah..jadik jugak akhirnya. Fuh! Lega....

Habih resepi yang pertama, aku pegi pulak ke resepi yang kedua. Pajeri Nenas. Akekekeke..malu plak nak sebut. Yelah..bagi orang lain mungkin senang and kacang je tuh tapi bagi aku..yang baru-baru nak mencuba ni..ahaks! Kene le rujuk-rujuk sket kat mende alah tu. Memula, aku kene goreng kerisik dulu. Walaupun bab nak buat kerisik ni aku kureng sket bukan apa, nak tunggu dia kuning tu adehhhh...letih kaki oo berdiri. Tapi berkat usaha aku...memang jadi le resepi tu. Bleh tahan gak le sedapnye. Cecece..puji diri sendiri plak.

Hemmm..lepas ni, aku dah berani nak masak resepi tuh. Tak kisah lagi dah kalo orang nak tengok. Kekekeke...sebab aku dah cuba. Lain le..kalo blom. Ishhh...

Ape pun, duduk kat rumah sekali-sekala tanpa teman-teman memang mem'best'kan sangat. Apa yang kita nak buat itu kita punya suka. Takde sape nak larang. Tapi..biarlah yang betul. Petang semalam, baru Kak I balik. Terasa riuh balik rumah yang sunyi sepi seketika. Sunyi ke? Ntah le..aku pasang radio tak henti. Kekekeekeke.....

[Agi Idop @ 11:31 AM]

1.4.05

Planning Baik Punye
Mulai malam ni, esok hingga petang ahad...aku tinggal sorang je kat rumah. Hehehehe...best tak??? Housemate aku takde. Kak I ngan Kak K balik kampung. Aku je yang tak balik. So, duduk le aku sorang-sorang kat rumah bertemankan radio, tv, henset, sekor beruang pooh kesayangan aku dan sumer-sumer la. Ahaks!

Aku tak kisah pun tinggal sorang sebab aku dah biasa. Kiri kanan ada jiran. Ok le tu. Lagipun...bila lagi nak memprivasikan diri dari orang kan? Sekali-sekala buat macam ni sronok jugak. Yang penting, kene pandai jaga diri dan slaloo ingat kat DIA Yang Maha Esa.

Sebenornye..awal-awal lagi aku dah plan apa yang aku nak buat masa cuti dua hari ni nanti. Yelah..kalo takde plan apa-apa...tak tau nak buat apa, boring jugak kan?? So..aku dah ambik keputusan untuk blajor memasak apa yang aku nak masak. Aku tau..aku bukan pandai masak pun. Tu pasal le aku nak blajor. Sok dah kawin...jadik masalah pulak. Husband slaloo makan kat luar, udah tak best. Oleh sebab itu, aku nak blajor memasak le untuk kemudahan masa depan. Ekekekeke..

Bukan apa, sebenornye..aku ni kureng pandai sket bila masak time orang ada. Sebab orang mesti nak tengok nye apa yang kita masak kan? Ish...! Aku ni cepat kekok bila orang tengok. Otomatik tangan aku kaku nak buat keje. Kalo dia tak tegur, tak komen..bleh tahan lagi..tapi kalo dia komen..tak sedap le. Mula le aku nak suruh dia je yang masak. Akekekekee..(sok kalo husband aku tengok cemane???) Bila dah jadi situasi centu..aku dah tak kisah..sebab aku dah pandai. Hehehehe...

So, balik petang ni..aku nak singgah pasaraya tu sekejap. Nak beli bahan-bahan yang diperlukan. Mintak-mintak le menjadi apa yang diangankan tu..fuh!!!


Selamat Menyambut Ulangtahun Ke-59, RTM


Yes! Akhirnya dapat jugak aku nak tengok wajah-wajah DJ feveret aku dari Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL) tu. Hehehe..peminat RMKL nih. Ishhh...!! Dah lama aku nak tengok diorang. Selama ni aku dapat tengok muka Saiful tu je. Masa tu dia ngan Azwan Ali jadi host untuk rancangan apa ntah kat tv2 tu. Ala..yang muzik rock dari kelab-kelab tu. Ye ke? Agaknye le. Itu je le. Lepas tu..mana ada orang lain dah.

Tapi malam ni..yes! Aku akan tengok diorang sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-59 RTM. Nampaknya..RTM dah ada perubahan sket selepas bertukar menteri baru Datuk Seri Kadir Sheikh Fazir. Moga-moga RTM terus unggul...hehehee..sokong sket-sket je.


[Agi Idop @ 3:00 PM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==