*
*
*
*

31.3.05

Pus...Pus...Puspanita..ahahaha

Pepagi tadi dalam pukul 7.30, aku dah turun bawah. Bergegas turun cepat takut kene tinggal dek bas plak nanti. Errr..kejap? Turun kemana????? Laaa...ke lobi opis laaa. Bukan aku sorang je..ramai lagi. Pendek kata...dah penuh le kat bawah tu. Tapi...memandangkan melayu punye janji ataupun manusia punya janji, 7.30 ditangguhkan ke pukul 8. Hampeh betul!!! Kalo aku pi beli breakfast pun sempat lagi. Ni la manusia. Lenkali, kalo nak pi awal...tulih kat poster tu kene ada kat lobi pukul 7 pagi. Baru betoi...!! Takde le nyusahkan orang lain.

Hemph! Geram aku. Tapi takpe..aku sabor...sebab bukan aku sorang je yang menghadapi situasi macam ni. Orang lain pun ramai lagi. Hai...ni sumer pasal nak pi Mesyuarat Agung Puspanita kementerian aku la ni. Buat kat INTAN Bukit Kiara. Situ je yang mampu. Hehehehe...

Aku bukan apa sebenornye. Saje nak meramaikan je. Kalo takk..jangan harap le nak pi sana. Takde mende ape pun. Just diorang bagi ucapan, ada perlantikan AJK, persembahan koir ngan cabutan bertuah. Makan-makan pun ada le jugak.

Biasa le..mak-mak datin yang pegang jawatan AJK. Mana taknye. Pi mai, pi mai...tang tu jugak! Ahaks! lantik pun orang-orang 'deme' jugak. Abih tu..kita ni dengor je le. Kekekee..kira ahli tak aktif le ni. :P

Aku tunggu-tunggu jugak kot-kot dapat lucky draw walaupun aku tau..aku tak bertuah pun. Pi le kat mane pun. Mesti nama tak naik. Apsal aaa? Heran gak. Tapi takpe..dah dapat door gift pun kira bersyukur le tu. Dah diberikan makanan pun kira orait le tu. Kan, kan, kan...setahun sekali nak join mesyuarat...berbaloi le yuran seploh ringgit..

P/S : Puspanita...puspanita...puspanita...tenaga isteri dan wanita (lagu tema Puspanita)...dengor sampai abis sure tangkap lentok punye..muahahahahaha...

[Agi Idop @ 3:11 PM]

30.3.05

Marilah Bergoyang.....

Semalam, negara kita digemparkan dengan satu bencana alam yang berlaku di Sumatera iaitu gempa bumi. Kesan dari gempa bumi tersebut, negara kita mengalami gegaran yang berlaku selama 6 minit. Hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia terlibat dengan gegaran tersebut.

Malam tu, aku tidor pukul 10 lebih. Lebih kurang pukul 12 setengah, henset aku berbunyik. Masa tu aku tengah mamai. Tak sedor pun. Dalam dok mamai tu, aku capai henset, aku tekan butang on dan aku cakap ape ntah pastu trus aku letak balik. Tak tengok pulak sape yang telefon.

Pagi esoknya, bila aku bangun..aku tengok ada mesej kat henset aku. Dari sape? Dari kakak. Mesej dia macam ni "tak rasa gegar ke kat sana?" Aku pelik. Gegar? Gegar ape? Takkan Tsunami jadi lagi kot?

Dalam dok tertanya-tanya tu, Dj kat RMKL tu dok sibuk baca sms dari sahabat sumer pasal gegaran yang berlaku. Ohh..pasal ni ke? Ada gempa bumi kat sumatera. Ishhh..aku tak rasa ape-ape pun. Aku tanya Kak K. Aku tanya Kak I. Diorang pun kata tak rasa ape-ape. Hemmm..pelik. Ke...dekat tempat aku tu memang tak kene gegaran? Tak kisah la tu..bersyukur je le sumernye selamat...

Dekat ofis, henset aku berbunyik lagi. Panggilan dari kampung. Sibuk kakak aku bercerita pasal gegaran tu sebab kat kampung aku memang terasa. Kuat jugak katanya. Lebih kurang seminit gegarnya. Abih sumer lemari, katil, meja bergoyang. Air dalam baldi pun bergoyang. Hemmm...aku rasa mungkin pasal Ruffedge banyak sangat nyanyi lagu goyang kot..muehehehe..buat lawak plak.

Ape pun..aku kena lebih berhati-hati lagi lepas ni. Huhuhuhu...cuti ni aku tinggal sorang je le kat umah. Kak K ngan Kak I balik kampung. Uwaaaaaaaaaaaaaa...

[Agi Idop @ 8:22 AM]

29.3.05

Harapan Seorang Aku

Dulu-dulu, kawan-kawan aku penah cakap...'Kalo kita kawan rapat bertiga ke, berlima ke..pasti one day salah sorang darinya akan tersisih.' Aku tak percaya. Aku nafikan segala kata-kata tu sebab aku taknak ia berlaku kat diri aku tapi akhirnya..aku terpaksa akur jugak pada ungkapan tu.

Aku banyak makan hati dengan kawan-kawan. Aku banyak pendamkan segala-galanya keseorangan. Aku taknak diorang tahu apa yang aku rasa. Aku taknak diorang susah hati dengan apa yang aku alami. Aku sekadar ingin melihat diorang gembira, ceria dan hidup macam orang lain.

Aku manusia lemah. Manusia yang punya banyak kekurangan dan kelemahan diri. Tak mampu untuk menjadi macam yang diorang mahukan. Terasa diri ini seolah-olah takde ape. Asing sangat pada mata diorang sedangkan aku kawan diorang. Diorang kenal aku. Tapi aku tak kisah...aku tak suka nak bermusuh dan aku tak suka nak bergaduh.

Sedaya upaya, aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang aku ada. Seboleh-bolehnya aku nak sangat jaga hati kawan-kawan aku. Toleransi dalam setiap pekerjaan. Aku tak kisah andainya hati aku yang sakit asalkan kawan-kawan aku bahagia. Macam tu ke aku? Sesungguhnya hanya aku je yang tau apa yang tersirat dalam hati ni.

Harapan aku, cukuplah sekadar diorang mengenali aku sebagai seorang kawan. Tak perlu untuk datang kat aku, tanya khabar aku, tolong aku dan buat macam-macam. Mengenali aku sudah memadai. Ingat aku sebagai kawan sudah mencukupi sebab aku terlalu menghargai ikatan sebuah persahabatan....dan aku sentiasa ingatkan diorang...

[Agi Idop @ 9:37 AM]

28.3.05

Musnahnya Sebuah Harapan

Hari ni aku dah berenti dari bermain batu seremban. Aku dah kalah...Lemah semangat aku bila sikit je kesilapan teknikal yang dilakukan maka...harapan untuk menang kian malap..tipis dan semakin tipis sedangkan pihak lawan semakin ghairah untuk bangkit menentang. Akhirnya...aku hanya dapat menarik nafas kekecewaan. Punah! Berkecai segala harapan aku. Ishhh...kenapa ini terjadi? Ahhh...mungkin ada hikmahnya...

Tengahari tadi, kumpulan A sibuk berjuang menentang pihak lawan. Aku harap diorang akan menang dan harapan itu menjadi kenyataan. Alhamdulillah...berjaya jugak akhirnya...

[Agi Idop @ 2:21 PM]

25.3.05

Aku Bukan Kalian

Wahai teman...
Wahai sahabat...
Mengertilah...aku bukan kalian...
Mampu berceloteh saban hari di mana-mana
Bisa bertandang ke sana-sini setiap masa

Aku bukan kalian...
Sesekali...punya rasa ingin bersama..
Terkadang...gelak ketawa meruntun jiwa....

Aku bukan kalian...
Kesibukan kerja membataskan masa
Hanya jurnal ini yang sudi menerima luahan hati...
Emosi hidup seorang insan....

P/S : Coretan yang ntah apa-apa ntah! huhuhuhuhu...:(

Laporan Kedua Dari Bilik Sukan-Batu Seremban

Yes! Yes! Dan Yes Lagi.....!!! Muahahahaha...semalam, kumpulan aku A dan B berjaya meraih kejuaraan untuk kedua-dua perlawanan. Syukur Alhamdulillah. Hari ni, kejuaraan itu akan dikekalkan lagi sehingga ke akhirnya. Amin....

[Agi Idop @ 7:55 AM]

23.3.05

Laporan Dari Bilik Sukan-Batu Seremban

Keputusan perlawanan bagi peringkat pertama adalah 50-50. Kenape aku cakap 50-50? Sebabbbbb...ada menang, ada kalah. Huhuhuhuhu..sedih siot. Tension sih. Tak dapat nak aku gambarkan macammana le perasaan aku skang. Beriya praktis kat umah, kat opis..lima hari non stop...tapi..keputusannya sungguh mendukacitakan...Arghhhhhhhhhhhhh....!! Tensen den! Tensen..!!

Citernye macam ni. Setiap bahagian mesti dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Setelah dicongak-congak, maka aku tergolong dalam kumpulan B. Kumpulan yang bodoh-bodoh alang. Ahaks! (Boleh ke dikategorikan centu). Oppss..maksud aku..baru nak bertatih le. Takde pengalaman lagi...

Semalam, kumpulan A yang lawan dulu. Lawan punye lawan...di saat-saat genting iaitu pusingan yang ketiga atau terakhir, baru le masing-masing dapat menimbang. Akhirnya..dapat le kutip 14 markah. Fuh! Lega.

Tapi hari ni plak kumpulan aku yang lawan. Sekali lawan kitorang akak-akak senior, veteran yang dah berpengalaman ke MAKSWIP. Peh! Ngetor tangan weh. Debuk debak jantung aku. Tiga kali pusingan..apa yang kitorang kutip??? Heh! Segan plak nak cakap. Telur ayam ajo..huhuhuhu..sedih kan? Terkilan aku.

Kesimpulannya..permainan ni bukan bergantung pada kehebatan atau keterroran pemain tapi ia bergantung pada nasib masing-masing. Kalo ok...syukur Alhamdulillah...

So...untuk keputusan esoknya...tunggu ekk..k, aku chow dulu dengan penuh kefrustan..uwaaaaaaaaaaaaaaaa

[Agi Idop @ 3:26 PM]

22.3.05

Patut Ke? Tak Patut...Patut...Patut Menang..Wakakakaka

Hari ni bermulanya perlawanan batu seremban antara bahagian kat Kementerian aku. Pukul 12.45 tengahari. Moga-moga apa yang kitorang harapkan tercapai. Kemenangan. Itu matlamat utama.

Tadi 'dia' sms. Ada ke patut (tiru waheeda sat) (patut ke tak patut ke..tak patut jugak!) dia doakan supaya aku kalah? Hampeh betul!!! Kalo dekat, mau aku sekeh je pale tu. Takpe..takpe...we'll wait and see. Huh!




[Agi Idop @ 11:44 AM]

21.3.05

Ringannye Palotak

Huh! Lega hati aku. Ringan kepala otak ni. Terasa cam aku dah terlepas dari memikul satu beban yang beratttttt sangat.

Bukan apa..bermula dari Khamis lepas...aku jadi macam kucing hilang anak. Tercari-cari sesuatu. Sesuatu yang amat penting bagi aku dan sorang officer tu. Kalau hilang...alamat tak makan la aku bulan ni. Penat-penat aku buat, aku fotostat, aku tampal..tetibe plak hilang cenggitu jek! Mana tak hangin. Ingat dah setel. Ishhh...kalo hari-hari macam ni, mau giler aku.

Ceni citernye...sorang officer aku ni buat claim perjalanan. Pastu...bagi kat aku untuk di setelkan. Aku pun uruskan le macam biasa. Siap fotostat sumer kepada 3 salinan..aku pun letak atas meja dia untuk ditandatangani. Aku ingat, dia nampak le. Tapi..dah dua hari..dia asyik tanya mana dia punya claim. Aku terkejut la..Sambil ingat-ingat lupa, aku cakap yang claim tu dah masuk dalam bilik bos. Tunggu punye tunggu..tak keluar jugak. Awat lama sangat? Sampai le cuti dua ari ni, kepala aku pusing-pusing. Pening dok memikirkan kemana hilangnya claim tu? Mati le aku macam ni. Kalau beratus claimnye..alamat tak makan le aku bulan ni. Ye le..gaji aku habih bayor claim dia je sebagai ganti rugi.

Beriya aku mencari pepagi tadi. Dalam bilik bos, dalam fail-fail (takut terselit), dalam laci aku (takut termasuk), dalam bilik officer lain, dalam bilik dia...tapi tetap gak tak jumpa. Frust dah aku. Kemana le claim tu menghilang? Hati aku gundah gulana. Risau beb! Duit tu. Tapi..hati aku tetap mengatakan yang claim tu still ada kat opis. Cuma..tak tau mana lokasinye.

Ye tak ye...aku bangun dan terus tuju bilik dia yang terbuka tuh. Pelan-pelan aku masuk. Sambil tarik nafas..aku baca bismillah. Mintak2 ada le mende tu kat sini. Aku pun selak2 le segala kertas2 atas meja dia tuh. Selak punye selak, mata aku tertancap pada sehelai kertas kaler biru. Uik! Cam kenal je kertas ni. Aku tarik keluar. Omak kauuuuu..!! Bil telefon. Pastu aku tarik lagi. Hah! Tu dia...dah jumpa. Rasa nak menjerit pun ada. Claim dia ada kat sini. Ya Allah...apsal la dia buat aku macam ni??

Beriya kata takde. Nak bertekak ngan aku jugak. Kan dah kena..!! Huh! Geram je..rasa. Aku capai deduanye..dan aku letak atas meja dia tanpa gangguan dari kertas-kertas lain. Lepas tu, elok je dia kuar meeting..aku terus cakap kat dia. Hah! terkejut beruk. Tu la...lenkali cari dulu kat meja..baru tanya aku. Huhuhuhuhuhu...


[Agi Idop @ 10:11 AM]

16.3.05

Kesimpulan Dari Pengalaman

Sesungguhnya...pengalaman itu mengajar aku erti kehidupan. Hidup berdikari. Banyak manfaat yang aku dapat sepanjang aku berkursus kat sana. Dalam sesi LDK, macam-macam ilmu yang aku kutip. Aku dapat ramai kawan dari pelbagai lapisan umur. Alhamdulillah...semua ok. Dari situ jugak, aku mula kenal ciri-ciri seorang kawan. Walaupun baru 5 hari tinggal kat sana...tapi...aku dah kenal macammana sikap diorang. Mungkin aku pun macam tu jugak. Masing-masing punya tanggapan dan persepsi yang berbeza.

Bila dipikir-pikir balik, terasa diri macam nak join lagi kursus macam ni. Seronok sangat. Tapi...bila dah dua kali pikir, rasa serik plak. Ye la...disiplinnya ketat sangat. Lain la...tentera.

Ape pun....segala-galanya sudah selesai. Aku cuma perlu tunggu surat pengesahan jawatan dari JPA dan jugak sijil kursus dari BTN. Moga semuanya lulus dengan cemerlang. Amin....

[Agi Idop @ 9:49 AM]

15.3.05

Pengalaman Kursus Di KIWA, Sepang

Hah! Meh sini meh. Aku nak citer pasal pengalaman aku sepanjang berkursus kat Sepang nun. Best giler. Tapi ada jugak yang tak bestnye. Walaucemanepun..bagi aku...lebih banyak best dari yang tak best. Haaaa....tetiap ari buleh tengok kapal terbang. Mendarat dan berlepas. Besor giler...macam kursus kat KLIA plak. Ahaks! Ok lah...meh sini aku citer apa yang berlaku dari hari pertama sampai hari terakhir kat korang ekk...baca jangan tak baca, baca jangan tak baca, baca jangan tak baca......zzzeeeuuuuuuuuuuupppppppppppppppppp...

10hb Mac 2005 (Hari Pertama)

Pukul 1 lebih aku sampai kat KIWA. Tengahari le. Takkan malam plak kot. Drebar opis antor aku. Nak harapkan pakwe-pakwe yang ada suruh tolong antorkan...huh! Kirim salam...ecewahhh...macam le pakwe aku ramai sangat :P. Lepas mendaftar, tak silap...aku peserta kedua yang sampai dulu...terus tuju bilik. Dalam bilik tu ada katil double-decker 3. Bermakna, satu bilik musti muat 6 orang. Biliknye kecik je. Cepat-cepat aku tuju katil bawah. Bukan aku tak suka katil atas, tapi..untuk memudahkan segala urusan...maka aku pilih katil bawah. Mujur le aku dah lunch ngan drebar masa nak datang tu sebab bila dah daftar, diorang takkan benarkan peserta keluar semula untuk lunch sebab itu dah jadi tanggungjawab diorang. So, masa dok dalam bilik tu..cepat-cepat aku 'iron' baju. Takut kelam-kabut plak nanti. Malamnye...kitorang ada taklimat untuk jadual esoknye. Tak lupa jugak, sesi perlantikan AJK-AJK yang sepatutnya. Tak aku sangka, nama aku telah terpilih untuk menjadi MC (pengerusi) bagi pembentangan kertas kerja keesokan hari. Huih! Bukan peserta yang pilih AJK. Fasilitator yang pilih. Aduiii..cemane le aku bleh tersenarai neh? Ape pun, itu merupakan bonus untuk aku mencapai markah yang terbaik nanti kan??? Tetibe je aku jadi tak menentu. Ye le...MC untuk ceramah yang pertama. Allamakkkkkkkkkk....

11hb Mac 2005 (Hari Kedua)

Aku dah dapat ramai kawan. Walaupun aku sensorang je wakil dari KPKT ni...tapi alhamdulillah..aku boleh bawak diri. Aku tak kisah..bab ni memang aku tak risau sebab aku dah biasa. Cuma yang aku risau sangat hari tu pasal transport je la. Ape pun..sumer dah setel. Awal pagi, pukul 5.45...sumer peserta dah kene tercongok kat surau untuk solat subuh berjemaah. Lepas tu..kitorang bersiap untuk aktiviti senaman/riadah. Berkawat. Bab ni pun ok sebab pengalaman aku menyertai perbarisan kawat kaki masa skolah dulu-dulu. Kiranya..tak susah le untuk aku berkawat tu. Selesai berkawat, kitorang terus ke dewan makan ikut kumpulan masing-masing. Kumpulan aku ada 13 orang. 8 lelaki, 5 pompuan. Lepas makan, masing-masing bersiap-siap plak untuk ke dewan. Haaaa...masa ni le aku rasa jantung aku debuk, debak, debuk, debak. Lepas bersiap, aku terus ke tempat pendaftaran. Kene tunggu penceramah untuk amik biodata dia. Sambil-sambil tu, aku ringankan mulut bertanya kat fasi pompuan tu (umi) serba-sikit pasal jadi MC ni. Hehehehe...markah tu markah. So, bila penceramah dah sampai...aku kene jalan seiring ngan penceramah tu terus sampai ke dewan. Ecewahhhh..cam VIP lak. Ehehehe...bila dah sampai kat dewan, kitorang berdua pun masuk. Serentak tu, sumer peserta bangun dan ramai-ramai pakat menyanyi lagu WAWASAN 2020. Bila sumer dah duduk, sampai le giliran aku untuk berucap. Tapi...otomatik, aku tak gabra atau gelabah. Rilekkkk je. Macam takde ape. Bayangkan, 105 orang peserta yang ada kat depan aku tu termasuk fasi sekali. Giler..telan ayaq lioq jugak aku. Dengan lafaz bismillah...aku terus menyusun kata-kata....Hehehehehe....bila fasi dah selesai berucap, aku sekali lagi mengemsikan diri. Dan untuk menyedapkan ucapan, serangkap pantun aku selitkan. Kekekekekee.......tamat sudah ceramah pertama, tepukan gemuruh yang aku dapat. Alhamdulillah....

12hb Mac 2005 (Hari Ketiga)

Sesi LDK. Latihan Dalam Kelas. Bersyukur aku dapat fasi yang sporting giler. Rata-rata sumernye dah kenal aku masa aku jadi MC hari tu. Dalam LDK 1, 2, 3 dan 4...kami duduk dalam satu bulatan. Fasi kat tengah. Berdasarkan topik-topik yang diberikan...kami diminta memberikan pendapat masing-masing. Pulak tu, kami dibahagikan pulak kepada 3 kumpulan. Group aku ada 5 orang. 3 lelaki dan 2 pompuan. Dalam LDK, kami lebih banyak diberikan latihan yang lebih menjurus kepada uji minda atau IQ. Alhamdulillah..aku buleh jawab.

13hb Mac 2005 (Hari keempat)

Masih lagi berada dalam sesi LDK 5, 6, 7 dan 8. Kali ni...hati dan seronok sikit sebab...esoknya dah nak balik. Gembira tak terkira. Tak ingat dah pada kawan-kawan yang baru jumpa ni.

14hb Mac 2005 (Hari kelima)

Hari terakhir aku berada kat KIWA. Sedih pulak nak tinggalkan kem tu. Pagi-pagi lagi...lepas breakfast, selama 2 jam, kami dibenarkan mengulangkaji buku-buku rujukan yang telah dibekalkan masa hari first. Tapi tak sempat pun nak baca. Just selak-selak dan ingat beberapa fakta penting. Itu je. Abih masa dua jam, tibalah saat untuk menghadapi ujian yang sebenarnya. Bermula awal tahun 2005, tengok buku dah tak dibenarkan lagi semasa ujian. So, kami tak bernasib baik sebab arahan tu dah tak berkuatkuasa lagi. Walau ape pun...kami redha..Kekekeke...masuk dalam dewan peksa....masing-masing macam student stpm nak amik exam. Ye le..pakai baju putih...kain plak kaler itam. Laki pun sama. Memang sejibik cam budak skolah. Tapi takpe...jawab soklan dengan tenang. Seblom pukul 11.30...masing-masing dah siap menjawab. Soklan...bagi aku buleh tahan power jugak. Sumernye berkisarkan tentang sejarah penubuhan Malaysia dan jugak isu-isu semasa. So...sape-sape yang blom pegi tu dan akan pegi..aku nasihatkan supaya...banyak-banyaklah selak buku sejarah adik-adik atau anak-anak. Bukan apa...memang masuk peksa subjek tu. Lepas peksa...kami trus pada sesi kembara. Dalam banyak-banyak sesi...sesi ni le yang aku paling suka. Sebab aku memang suka aktiviti lasak macam ni. Malangnya...kembara kat KIWA ni memang tak best dan tak mencabar ketahanan fizikal aku. Just masuk dalam hutan lalang, sendayan dan pokok paku yang setinggi 5 hingga 6 kaki, lorong yang sempit..sebesar tapak tangan, akar-akar kayu yang besar-besar...itu je. Balik dari kembara, baru buat halangan. Menyusup bawah kawat berduri, menyeberang sungai dengan tali lepas tu merangkak atas dua batang besi yang merentangi sungai. Apa yang peritnya..aktiviti tu buat masa tengahari. Memang panas giler. Ramai yang takut bertukar warna kulit sebab terik sangat panasnya. Tapi aku buat dek je sebab memang aku minat pun. Ingatkan ada la flying fox tu, abseiling...dan yang lebih mencabar lagi. Tapi sumer tu takde. Mungkin pasal tempatnya yang tak seberapa. Ape pun..ok le tu kan....Pukul 2, masing-masing...masuk dewan peksa balik sebab ada taklimat terakhir dari fasilitator. Masa ni sedih sangat. Tapi aku sedih lam ati je. Terbayang wajah kawan-kawan sumer. Teringat telatah dan gelak tawa diorang. Pukul 3 sumernye cabut balik umah. Tak sanggup lagi kot nak dok lama-lama kat KIWA tuh. Sempat amik nombor henpon sorang je kawan kusus. Yang lain tu tak sempat. Last sekali...baru aku balik. Naik keter drebar. Alhamdulillah..pukul 6 aku sampai umah.....mengantuk giler. Tapi hati sronok.

Walau macammana pun...aku harap...akan dapat jumpa lagi ngan kawan-kawan tu sumer...insyaallah....ok, aku chow dulu. Panjang giler citer aku. Letih korang nak baca. Sori.....adiossssssssssssssss

[Agi Idop @ 11:53 AM]

4.3.05

Makan, Makan, Dan Makan Lagi

Omakkkk...aku dah kuat makan le skang ni. Apesal buleh jadi cenggitu aa? Sejak dua menjak ni..perut aku asyik nak makan je. Mungkin sebab 'something special' yang mak aku bekalkan dari kampung itu hari kot...tonik. Hehehehe..tak penah-penah aku makan ubat tu..tapi kali ni aku makan. Bukan apa, ubat kampung...banyak khasiat. Salah satunya...lalu makan. Heh! mungkin pasal tu le kot..aku asyik lalu makan jek sejak dua menjak ni....ok le tu kan...kalo tak...eheheheheheehe...

Ye le...pagi tadi aku tak makan. Tengahari jap tadi, aku turun pi beli nasik. Lepas tu...sempat lagi aku sambar goreng pisang singgit ngan goreng ubi singgit. Naik opis, aku makan nasik. Lepas makan nasik...aku makan plak goreng pisang tu. Tapi tak perabih pun. Tinggalkan untuk akak-akak yang dua orang tu. Tak lama...aku rasa kenyang. Ketat lak perut. Adehhhhh...tapi balik umah kang, aku nak makan lagi. Uwaaaaaaa....dasatnye aku. Makan, makan dan makan....bestnye.

[Agi Idop @ 3:19 PM]

2.3.05

Kursus Biro Tatanegara

Semalam, aku bukak laman web Biro Tatanegara. Saja nak cek status permohonan aku untuk mengikuti kursus kenegaraan tu. Dah lama mohon takkan tak dapat lagi. Kak I pun dah dapat. Aku bajet, mungkin dua tiga minggu lagi kot. Sempat le nak buat preparation mana yang patut. Tapi rupa-rupanya...segala tekaan aku salah sama sekali. Sebabnya...aku kena pegi kursus tu minggu depan. Arghhhhhhhhhhh....!!!

Kak I pegi esok 3hb sampai 7hb. Bermakna, lepas dia balik rumah dua hari..aku pulak yang pegi. Aku tak kisah sebenornye...lagi best kalau dapat pegi sekarang. Apa yang menjadi masalah tu..ialah...macammana aku nak pegi ke sana nanti. Kursus tu kat KIWA, Sepang. Aku cuba 'booking' trnasport ofis semalam, tapi Pn. Maimon kata..dia pun tak sure lagi boleh bagi ke tidak sebab kalo pegawai lain nak pakai..dia terpaksa ikut arahan. Ye le....sape le orang bawah macam kita ni.

Apa yang aku tau, JPA dan keluarkan pekeliling baru. Kepada staf government yang belum 'confirm' lagi tetapi sudah mencapai khidmat 3 tahun...bermakna..dia tak perlu lagi untuk mengikuti kursus kenegaraan tu. Dah kira ok dan boleh terus ambil PTK kalau nak. Lain le kalau dah 'confirm' tapi belum cukup 3 tahun...dia masih tetap kena pegi kursus tu. Hemmm...bila dihitung-hitung, maknanya..aku dah tak perlu lagi nak pegi tapi...rasa macam tak cukup syarat le kan. Nak jugak rasa macammana pengalaman yang dikutip.

Lagipun, mana le tau...di kemudian hari nanti...entah-entah keluar pulak pekeliling baru lagi yang meminta mana-mana staf yang tak ikuti kursus tu lagi walaupun dah 'confirm' wajib pulak pegi. Ah! Sudah...kan dah parah. Masa tu...mungkin aku dah tua. Mungkin jugak dah tak larat lagi nak bereksesais. Muehehehehehe...

So, daripada takde baik ada. Cuma itu je le satu masalahnya. Aku nak pegi dengan apa?? Jalan kaki? Naik beskal? Naik kereta? Naik flight? Huh! Bersarang sungguh kepala otak aku ni. Takkan nak naik teksi sorang-sorang ke sana? Mak aiii...aku takut. Kalau dekat boleh tahan lagi. Hemmm..cemane yek??? Apa pun tawakal je le kan, kan, kan????? Moga selamat semuanya...

[Agi Idop @ 7:38 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==