*
*
*
*

31.1.05

Bila Kegembiraan Terbit Di Hati

Semalam, baru aku tau macammana gembiranya hati mak ngan abah bila aku dapat offer ke SMKA tu dulu. Dan kali ini, kegembiraan tu telah menyelubungi diri aku pulak bila adik bawah aku tu dapat offer ke sekolah teknik. Oh...syukur pada tuhan. Nikmat kegembiraan tu telah tuhan berikan pada aku pula walaupun tidak seberapa tapi pada orang yang macam kami ni, kurniaan seperti tu dah dikira cukup berharga.

Dulu, aku pernah berjanji pada diri aku. Tamat aje SPM...aku nak keje. Bukan taknak study lagi...niat tu memang sentiasa ada tapi mengenangkan mak abah aku dah tua, adik-adik pulak masih sekolah lagi..jadi..takde sape lagi yang perlu diharapkan melainkan diri aku sendiri. Azam aku..nak bantu family ngan adik-adik pulak. Biarlah aku berkorban untuk diorang. Dan sekarang..dah terbukti aku perlu kotakan janji aku tu. Aku nak tengok keluarga aku hidup senang dan gembira macam orang lain.

Pagi-pagi semalam, kakak telefon. Dia cakap, adik dah dapat tawaran masuk ke Sekolah Teknik Sri Manjung. 14hb ni dia dah kene lapor diri. Alhamdulillah. Mak abah setuju aje. Aku cakap, ok. Tunggu aku balik 9hb ni. Nanti...kita boleh prepare apa-apa yang patut. Dari segi yuran perbelanjaan, insyaallah aku boleh tolong. Persiapan lain tu..pakaian dan barang-barang keperluan..nanti kita cari sama-sama. Jangan risau pasal tu ok. Aku tolong support.

Bukan apa, sebenarnya..aku nakkan adik aku ni belajar hidup berdikari di tempat orang. Selama ni, dia banyak bergantung pada mak, abah dan kakak. Kalau dia tinggal kat asrama tu...sikit demi sikit hidup dia akan lebih teratur, belajar mengikut jadual, lebih berdisiplin dan matang dalam menentukan hala tuju hidupnya. Kalau sebelum ni, dia banyak main-main..tapi aku harap dia boleh berubah kepada yang lebih baik. Insyaallah...

Sekarang ni, tinggal dua orang lagi adik aku yang masih di bangku sekolah rendah. Sorang tu darjah empat. Mulai minggu depan, dia dah kena hadiri tuisyen setiap hari sampai pukul 3 petang. Sorang lagi darjah satu. Bebanan buku sekolah semakin meningkat. Pening jugak kepala aku bila tengok buku-buku teks diorang. Dah macam student sekolah menengah pulak. Huh! sekolah..sekolah...semakin hari semakin susah.

[Agi Idop @ 8:05 AM]

28.1.05

Hensetku, Hensetku Jua

Entah cemane semalam, masa kelam-kabut nak balik rumah...aku terus capai handbag dan terus blah dari opis. Tak teringat langsung kat henset aku yang senyap menyepi kat dalam laci meja tuh. Selalu tu...aku check dulu samada dah masukkan ke belum semua barang-barang yang penting tapi semalam entah apa yang aku ingat...sampai 'teman sejati' tu pun boleh tinggal. Huhuhuu..sian kat dia tidur sensorang.

Bila sampai je kat rumah, macam biasa..aku bukak le handbag sambil tangan dok meraba mencari henset kesayangan. Aik! takde? Kemana pulak peginye? Takkan tinggal kot? Ishh...aku tak puas hati. Cepat tangan mengangkat handbag sementara lima jari-jemariku pantas menggeledah segala isi perutnya. Huh! takde le. Mana pegi? Ishhh...haru le macam ni. Hati aku mula tak sedap. Sepantas kilat, ingatan aku tertancap kat opis. Ah! sudah. Sah! aku dah tertinggalkan dia. Uwaaaaaaaaaaaaaa.....menangis aku sengaja dibuat-dibuat untuk menunjukkan kesedihan tahap cipan.

Alamatnya, malam tadi aku tidur tanpa bertemankan sorang lagi 'teman sejati' yang selalu ada kat sisi. Huhuhuhu...henset aku. Tak ceria sungguh aku malam tu. Cemane le bleh tertinggal. Bukan apa...takleh le aku nak bertit-tot..tit-tot ngan 'dia'. Ehehehehehe...

Semalaman tak jumpa, rindu giler wehhh...percayalah! korang pun tentu akan rasa macam apa yang aku rasa kan??? Tapi yang aku maksudkan ni bukan le sape-sape. Dia ialah henset kesayanganku. Walaupun cuma Nokia 3310, tapi..jasa yang telah diberikan pada aku amatlah membanggakan. Muahahahahahahahaa...

[Agi Idop @ 10:47 AM]

27.1.05

Beruas, Tak Sehebat Namanya

Ahad lepas, aku terpaksa bermalam kat rumah member kat Manjung barang sehari sebelum aku bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Bukan apa, kebiasaannya aku naik Transnasional kat Parit tapi kali ni aku terpaksa cari alternatif lain sebab kaunter bas Transnasional kat Parit tu dah tutup. Apa sebabnya aku pun tak tau. Jadi, bila kaunter tu dah tutup...maka susah le untuk aku balik macam dulu. Nak taknak, pagi Ahad tu aku terus ke Stesen Bas Manjung bertanyakan tiket tu masih ada lagi ke tak? Malangnya...tiket hanya ada jam 12 malam. Takde pilihan, aku cepat-cepat ambil untuk hari Isnin. Maknanya...aku kena tambah cuti satu hari lagi le. Tak kisah la...janji aku dapat balik ke sana.

Lepas ambil tiket, aku call member. Hajat hati nak bermalam kat rumah dia. Lepas bagitau mak abah yang aku stay kat rumah dia..maka aku pun terus ke destinasi yang dituju.

Member aku ni keje kat pasaraya. Jadi, seharianlah aku lepak kat pasaraya tu. Bos dia pun ok. Lepak dari pagi sampai ke malam. Pukul 10.30 baru balik. Letih ooo. Pagi esoknya...member ni hantar aku kat stesen bas.

Sebenarnya...lokasi kampung aku taklah strategik sangat kalau nak ikutkan. Beruas. Nak balik ikut Ipoh boleh....nak ikut Manjung boleh...nak ikut Taiping pun boleh. Tapi tiga-tiga tempat tu bukannya dekat dengan kampung aku. Kalau naik bas makan masa 1 jam lebih. Tambang dah sah-sah RM3 ke atas. Semuanya sebab...Beruas takde kemudahan stesen bas. Kenape? Mungkin sebab tak famous macam tempat lain kot padahal kalau dikaji-kaji balik...Beruas patut jadi ibu negeri Perak. Sebab? Beruas adalah bandar tertua dalam negeri Perak.

Heh! Kalau belajar sejarah...Gangga Negara adalah nama asal bagi Beruas. Tapi...bila tengok apa yang ada kat Beruas, pasti ada yang senyum kambing. Sekali pandang macam berada dalam tahun 70, 80-an. Bank kat situ cuma ada Bank Simpanan Nasional. Jangan cuba-cuba cari bank lain. BSN yang tak boleh MEPS. Stesen bas yang hampeh! Pekan Rabu yang hanya 3 jam beroperasi. Lepas tu tutup kedai. Huh!

Pentingkan bandar-bandar besar. Tapi bandar-bandar kecik macam ni biarkan saja. Lepas tu...sumbat dalam tong sampah!!!!

[Agi Idop @ 1:02 PM]

26.1.05

Antara Aku Dan Dia

Aku kembali lagi. Kembali ke sini dengan hati yang gumbira. Hehehehe. Raya haji dah lepas. Tapi aku tak beraya kemana pun. Just pegi umah tok sebelah abah ngan tokwan sebelah mak. Tu jek. Selebihnya..aku dok umah je. Bukan apa...tak rasa macam raya pun.

Masa borak-borak ngan mak ngan abah, diorang pernah bersuara supaya aku tukar kerja kat Perak. Tak kisah le kat mane pun...janji...dalam negeri Perak. Senang aku nak balik kampung dan senang jugak le diorang nak menjenguk aku kalau ada apa-apa hal. Kalau aku dapat, mungkin aku dapat kat Ipoh. Dekat le sket ngan 'dia'. Kalau dapat kat Manjung pun ok jugak.

Tapi, kalau aku mintak tukar, apa alasan kukuh yang aku nak bagi? Nak kata ikut suami? Heh! aku belum kawin lagi. Nak jaga mak abah, alasan tak kuat. Jadi, apa alasan yang best.....sekali hah????

Aku cadang bila dah confirm ni...aku nak le beli kereta sebijik. Buat kemudahan untuk aku ulang alik pegi opis. Takde le kurus sangat kan? Ahahahahaa...

Tapi sebenarnya aku ada cerita lain. Apa yang aku nak ceritakan ni ialah pasal 'dia'. Bukan apa...semenjak kami berjumpa masa aku turun kat Ipoh ari tu...'dia' ceria kemain lagi. Kenape? Sms yang 'dia' hantar pun...ayat semuanya menggambarkan yang 'dia' tu macam seronok sangat. Hehehe...rajin plak bersms dengan aku. Selalu tu, macam boring je bila aku sms 'dia'. Aahahahaha...boring? Ntah le...

Raya Cina ni aku balik lagi. 9hb Februari. Huhuhuhuhu...cuti panjang weh! Takkan nak dok sensorang kat umah. Baik balik kampung. Baru je beli tiket semalam kat KL Sentral. Bleh jumpa 'dia' lagi...ahaks!

[Agi Idop @ 8:07 AM]

18.1.05

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Esok cuti, yey! Esok balik kampung, yey! Esok cuti, yey! Esok balik kampung, yey!!! Hehehehehehe.....gumbiranya aku tidak terkata. Bila masanya sudah pun tiba. Sambut raya bersama keluarga. Rindu terubat rasa bahagia. Cewahhhhh...berpantun pulak dah.

Hehehehe, ok. Aku straight to the point je la ekk. Emmm...yang sebenor-benornye, aku dah mula cuti esok hari. Sebab....aku nak balik kampung. Naik bas kat Hentian Duta tu pukul 9.45 pagi. Macam biasa lah...aku turun Ipoh. Ekekekekeke....dup! dap! dup! dap! jantung aku. Tak sesabor nak balik.

So, di kesempatan ini..aku teringin le nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban kepada semua kawan-kawan, sahabat handai..yang kenal ataupun tak kenal. Hati-hati le kalau balik kampung tu.

YES..!! Sekali lagi aku nak announce nih. ESOK AKU CUTI....:)

[Agi Idop @ 2:26 PM]

17.1.05

Antara Aku Dan Dia

Sabtu lepas, aku join senamrobik yang dianjurkan oleh PUSPANITA kementerian. Saja nak merasa. Best ke tak. Kalau tak best, malas lagi aku nak join. Tapi...tengok pada instructurenye dan step-step yang dia ajar, aku rasa macam nak join lagi. Lagipun aku memang suka aktiviti macam ni. Bersenam, berjoging, pendek kata..aktiviti bersukan memang aku suka. Bukan apa...boleh keluarkan peluh setelah seharian terperuk dalam ekon. Penyakit pun boleh bertandang bila-bila aja. Ishhh...aku taknak le macam tu. Esoknya..hari Ahad, macam biasa....aku dan housemate meneruskan aktiviti berjoging waktu pagi. Keluar rumah dalam pukul 6.45 sampai pukul 8. Dapat sejam pun jadilah.

Minggu ni, hubungan aku dan 'dia' makin ceria sikit. Kalau minggu lepas, aku rasa macam dah tak best tapi minggu ni alhamdulillah....semuanya ok balik. Bukan apa...bila dua ari 'dia' tak mesej aku...pikiran aku mula fikir lain. Hemmm...dia dah lupa kat aku ke? Mulanya..aku menafikan...mungkin dia takde kredit kot. Hehehehe..takpe la..aku tak kisah...tapi...bila satu malam tu..aku sms dia...uik! ok aje dia balas. Huhuhuhuhu..rasa nak nangis aku masa tu. Kenape? Kenape dia senyap. Eheh! Mungkin ke aku ni banyak sangat tanya. Taklah...mungkin dia bz kot.

Korang tau tak? Satu je perangai pelik aku ialah aku selalu nervous bila masa aku nak call dia. Ishh...tak boleh le. Kenape ekk? Bukannye takut. Cuma...aku tak banyak idea bila nak cakap dalam telefon. Tapi..kalau jumpa..ok aje. Hehehe..tu satu kelemahan aku.

Hari Rabu ni aku balik kampung. Raya hari Jumaat. Sempat lagi. Macam biasa, aku turun kat Ipoh. Jumpa 'dia' kejap. Lepak kat kedai makan, sembang-sembang...pastu balik. Macam tu le kebiasaannya kalau kami berjumpa. Maklum le masa pun terhad. Bukan macam orang lain. Lepas makan pegi jalan-jalan. Hehehehe...lagipun bila jarang berjumpa ni..aku segan sikit. Tapi...tak tau le lagi, hari Rabu tu 'dia' kerja ke tak. Mujur le minggu ni 'dia' tak pegi Pangkor. Aku tak kisah pun. Jumpa ke tak jumpa ke...semuanya tuhan yang tentukan. Ada rezeki, ada jodoh jumpa le kitorang. Kan, kan, kan????

[Agi Idop @ 8:57 AM]

14.1.05

Bila Malaysia Jadi Gelap

Aku terkejut jugak semalam. Tengah sedap-sedap buat keje tiba-tiba je opis aku jadi disko. Lip lap lip lap lampu dia. Hoh! Dia buat pulak...aku mula rasa seram sejuk. Bulu roma pun dah meremang. Masa tu...mula fikiran aku terbang melayang memikirkan benda-benda pelik yang bakal berlaku sekejap lagi.

Namun, tak lama kemudian...cahaya lampu kembali macam biasa. Tak silap aku masa tu dah dekat pukul satu tengah hari. Aku pun rilek le. Mungkin nak blackout kot. Tu je lah jawapan yang mampu aku bagi.

Tiba-tiba, telefon kat atas meja aku berbunyi. Panggilan dari bahagian admin. "Ct, tolong pesan kat pegawai-pegawai tempat ko, suruh diorang save cepat-cepat segala file-file yang ada. Opis nak blackout!" Aku pun angguk je la. Haaa..kan aku dah cakap. Takde ribut, takde angin...tiba-tiba je nak padam. Sekali lagi fikiran aku melayang ke insiden yang berlaku pada 26 haribulan tuh. Ada sangkut-paut ke? Issshhh...

Tengahari...aku turun bawah. Saje jalan-jalan cuci mata. Ingatkan jualan kat atas tu ada lagi..rupanya diorang dah angkut semua. Hemmm...takpelah. Masuk KFC kejap. Saje nak teman member. Sekali satu KFC tu gelap. Ah sudah. Blackout ke? Sah! blok depan ni dah padam. Aisehhh...musti opis aku pun dah padam. So, dalam waktu tu...semua kedai-kedai, bank-bank dan pejabat-pejabat yang ada kat blok tu..takleh beroperasi buat sementara waktu.

Pukul 1.30 aku masuk opis. Eh, cerah lagi. Nape tak padam? Ohhh...diorang sempat pasang generator. Patut la. Kalo takkk..blok sini pun sure dah gelap. Apa lagi, balik le. Takkan nak duduk dalam. Panas giler. Tapi..tak lama lepas tu, TNB pasang generator untuk semua blok yang ada. Depan dan belakang. Selamat le Pusat Bandar Damansara tengah hari tu.

Apa yang aku dengar, waktu kejadian berlaku...seluruh KL berlaku kesesakan lalu lintas akibat lampu isyarat yang tidak berfungsi. Tengok dalam berita malam tadi, staf TNB pun buleh jadi polis trafik. Muahahahahaha...sian betul. Banyak jugak le eksiden kecik-kecik yang berlaku. Lagi teruk, bila LRT dan Komuter tak buleh bergerak waktu tu. So, orang-orang yang ada kat dalam perut train tu cemane? Kalo yang masih ada kat platform tu ok lagi..tapi kalo berenti tengah-tengah landasan tu cemane? Muahahahaha...nak keluar, boleh lagi le kot..berjalan kat landasan tu. Tapi kalo monorail? Ahaks! imagine sendiri la. Silap langkah...jatuh ke bawah.

Huh! Betapa susahnya hidup kalo takde sumber elektrik. Semua tak berfungsi. Nasib baik waktu siang. Kalo malam? Ohhh....tak sanggup aku nak membayangkan. Ape pun...ini mungkin satu lagi tanda yang berkait rapat ngan Tsunami. Sape tau kan?????

[Agi Idop @ 10:32 AM]

13.1.05

Lirik Nasyid

Best! Memang best. Aku dah dapat lirik lagu yang aku idam-idamkan selama ni. Lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz. Serius aku cakap, semua lagu-lagu yang Hijjaz nyanyi memang best. Bukan Hijjaz je, kalo In-Team pun memang best jugak. Pendek kata, dalam banyak-banyak kumpulan nasyid yang ada kat Malaysia ni...kumpulan Hijjaz le yang paling aku minat.

Pertama kali aku dengar lagu tu kat corong radio RMKL, aku terus jatuh cinta. Peh! Syahdu je rasa. Lagu ni dipetik dari album terbaru mereka iaitu DAMAI. Tajuk lagu ni ialah Berkorban Demi Cinta. Sori le, kalo nak cakap aku ketinggalan zaman pun..sebabnya aku rasa..album ni dah lama keluar kat pasaran. Cuma aku je yang tak beli. Hehehehehe...

Hari ni aku puasa. Puasa sunat 2 Zulhijjah. Moga-moga puasa aku diberkati Allah...amin...

Ok le, takde ape lagi yang aku nak ceritakan. So, aku selitkan lagu nasyid favourite aku ni sebagai pengganti....

Album : Damai
Penyanyi : Hijjaz
Tajuk : Berkorban Demi Cinta

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan Yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini
Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu
Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang
Semoga…
Sisa hidup ini takkan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi
Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya....

Okesh...setakat ini saja...aku chiow dulu...bubbye...

[Agi Idop @ 8:46 AM]

12.1.05

IMej Baru

Hari ni imej aku ke tempat kerja dah berubah. Impian yang dah lama aku simpan, akhirnya tercapai jugak. Aku tak pasti dengan pandangan orang lain tentang aku. Mungkin ada yang mencebik, mungkin jugak ada yang tersengih, tak kurang jugak ada yang buat donno aje. Aku tak kisah apa orang nak kata sebab pada aku....aku berubah bukan untuk orang lain. Tapi...aku berubah untuk diri aku sendiri.

Tudung labuh. Itu dulu. Masa aku sekolah dulu-dulu. Tapi semenjak aku dah keje, tudung tu aku tak pakai lagi. Mungkin tak sesuai dengan diri aku kot. Tapi hari ni...aku dah mula pakai. Slow.....slow. Tudung yang sinonim dengan negara Turki tu aku beli minggu lepas. Ok jugak. Takde lah licin sangat. Boleh lagi dibentuk.

Apa yang aku harapkan...lepas ni...aku akan terus kekalkan imej begini....insyaallah....:)

[Agi Idop @ 10:06 AM]

11.1.05

Yes!!! Dah Boleh Confirm Keje

Weh! Seronoknye aku. Heheheheeh..kalo semalam mood aku tak best, tapi hari ni mood aku ok. Best giler. Sebab apa? Sebab...petang semalam, dekat-dekat nak balik lebih kurang gitu le..aku dapat surat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia opis aku le...Surat Opsyen samada nak pilih KWSP ke...atau nak pilih pencen. Hemmm..kalo korang, korang nak pilih ape? Dedua ni best bagi aku. Tapi takleh pilih dedua....kena pilih salah satu. Rasa-rasa korang....aku nak pilih ape ekkk? Adakah aku patut pilih A ataupun aku patut pilih B? Muehehehehe....:D

Aku dah pun buat pilihan yang tepat untuk diri aku kejap tadi. Dan aku dah pun submit borang tu kejap tadi jugak. Keputusannya, aku pilih B iaitu pencen. Bukan apa, memang sayang jugak nak tinggalkan KWSP tu..tapi bila dipikir balik...pilih pencen lagi untung. Ye le...kata le masa aku dah tua nanti, keje pun takde...kira tiap-tiap bulan tu...ok lagi la idop dengan duit pencen tu. Kan, kan, kan...Hehehe..

Tak lama je lagi aku akan disahkan dalam jawatan. Dan tak lama jugak lagi...gaji aku akan stabil macam biasa. Diam tak diam dah tahun keempat aku memegang jawatan ni. Syukur alhamdulillah..aku punya kerja yang tetap. Lepas ni, baru le pikir nak beli umah, beli kereta, beli belah dan macam-macam lagi. Kekekekekee....lega rasa ati.

[Agi Idop @ 10:25 AM]

10.1.05

Tak Best. Apesal????

Aku rasa sungguh tak best la hari ni. Tak ceria langsung walaupun aku selalu suruh kawan-kawan aku ceria sokmo. Takde mood. Kemana mood aku pegi? Eiiiii...kenape le jadi macam ni? Buat keje pun slow je. Nak melangkah pun tak terdaya. Segala-galanya rasa tak best. Arghhh!!! Kenape ni? Kenape dengan aku?

Mungkin ke sebab penangan jogging dua hari ni? Seluruh badan aku sakit-sakit. Segala urat saraf dan sendi-sendi terasa tegang. Hoh! Tak pernah-pernah joging, tetibe je pulak nak join. Apehal? Sebenornye..aku memang malas nak joging, tapi aku kesian je kat Kak I tu sebab dia beria-ia nak joging. Aku faham kehendak dia. So...sebagai kawan...aku turutkan memandangkan memang kami berdua je yang tinggal kat umah dua ari semalam.

Aku ni..kalo ikutkan, dah takyah joging lagi dah. Sebabnya..kalo aku joging...makin selim-melim le aku. Ececeh...bukan le nak berbangga diri..tapi dah memang hakikat. Lagipun...tiap-tiap ari dah berjalan. Pegi keje dan balik keje. Kira...bleh jugak le kuar peluh. Tambah pulak lagi..kami naik turun tangga. Fuh! Lemak pun tak berani nak bertandang. Eh! Iye ke??? :P

Tu pasal le ari ni aku rasa tak best. Sebab memang sakit sungguh le badan aku. Mane taknye, setahun sekali baru nak berjoging. Ehehehhe....balik kang kene sapu minyak angin neh..Adoiiiii !!!

Datang keje pulak..aku ni dah kira jadi secretary bos. Eiiii..tak suka la. Kejap-kejap telepon bunyik. Kejap-kejap telepon bunyik. Nak buat appointment la, nak ajak bos lunch la...eiii ingat aku ni ape? Tukang jaga bos? Geram ooo....Telepon la bos aku tu sendiri. Tapi tak bulehhhh....bila diorang telepon bos, bos pulak takde kat bilik, akibatnya...aku jugak yang kene angkat telepon. Bila aku yang angkat, maka.....aku le yang kene. Warghhhhhhh...!!! tak suka! tak suka! Dah le bos tu 24 jam sibuk meeting, meeting, meeting. Huh! Orang penting le katakan.....

Sudahnya...ari ni adalah ari yang tak best buat diri aku....uwaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!

[Agi Idop @ 1:53 PM]

6.1.05

Buat Sehabis Baik

Semalam, aku rasa seronok bila buat kerja kat ofis ni. Rasa best je. Tak tau kenape. Tapi memang best sangat. Sebelum ni...sekali dua je aku rasa best. Nak kata kerja yang aku buat tu takde masalah, tak jugak. Memang ada problem. Tapi...boleh dikatakan hati aku tak pernah pulak nak memberontak, merungut-rungut macam sebelum-sebelum ni. Kenape ye? Mungkin sebab aku tak online YM kot. Dan aku jugak tak rasa terganggu dengan mesej-mesej yang diterima. Kadang-kadang tu, aku baca emel. Hemmm...betullah kata orang. Waktu kerja, biarlah bekerja sungguh-sungguh. Jangan ada pulak nak menyelit buat kerja lain. Kalau tidak, macam ni la apa yang aku rasa sebelum ni. Selalu je rasa tak puas hati setiap kali buat kerja. Rasa tak best tu banyak sangat. Astaghfirullahal'azim. Aku dah banyak silap rupanya. Dan mulai hari ni, aku akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh :)

Malam tadi, aku telefon kampung. Bukan apa, saja nak bertanya khabar family dan persekolahan adik-adik yang tiga orang tu. Syukur, adik bongsu aku dah mula masuk darjah satu. Sebelum ni, dia masuk pra-sekolah. Dan aku tak rasa yang dia tak biasa dengan keadaan tu sebabnya, kawan-kawan dah ramai. Baguslah. Aku harap, dia dapat ikut jejak langkah aku masa kat sekolah dulu dan lagi baik kalau dia boleh tandingi aku nanti. Itulah satu-satunya harapan dan impian aku.

Tahun baru, generasi baru tapi impian aku tetap sama. Ingin melihat keluarga terutamanya adik-adik aku berjaya dalam bidang yang diorang ceburi. Insyaallah...tak sabar nak balik kampung. Rindu dah melantun-lantun!!! Ahaks!

[Agi Idop @ 8:09 AM]

4.1.05

Bila Segala-Galanya Baru

Dah masuk tahun baru dah pun. Tahun 2005. Sekejap sungguh. Pejam, celik, pejam, celik dah tua. Bertambah setahun lagi umur aku. Tapi amalan tak banyak mana pun lagi. Ape la yang aku dah buat sepanjang 22 tahun ni. Apa yang aku kutip? Bekal apa yang aku nak bawak nanti? Ntahlah..yang pasti, aku dapat rasakan yang aku dah berubah kepada yang lebih baik sikit demi sikit. Heh! Boleh rasa ke? :P

Tahun 2004 banyak meninggalkan kesan yang mendalam bagi diri aku. Banyak kenangan manis yang aku ciptakan. Kenangan pahit apatah lagi. Masin, masam semua ada. Tak terhitung. Segalanya berlaku dan hilang begitu saja. Hingga kini, aku bersyukur kerana masih lagi diberi nyawa untuk terus menyambung perjalanan yang tiada berpenghujung ini.

Kebelakangan ini, aku sedikit sibuk. Nak menjenguk blog selalu pun dah payah. Tak lama lagi, blog aku akan berwajah baru. Bila? Tunggu je la...okes, chiow...

[Agi Idop @ 10:50 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==