*
*
*
*

29.12.04

Bola Sepak Piala TIGER

Haaa...cakap pasal bola sepak ni, sebenarnya..aku memang peminat bola sepak. Tapi minat pun sekadar gitu-gitu je. Tak ada lah sampai nak over-over pulak. Sejak bila aku boleh meminati sukan ni pun, tak tau lah..tapi seingat aku, perasaan tu wujud bila aku menyaksikan satu perlawanan akhir Piala Malaysia kalau tak silap aku dalam tahun 2001 antara Perak dan Terengganu yang mana tahun tu, Terengganu telah dinobatkan sebagai juara piala tersebut. Aku kecewa. Tapi takde lah sampai menonggeng-nonggeng. Itu dah gila namanya...

Semalam pulak, aku sekali lagi menyaksikan satu perlawanan bola sepak separuh akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia. Apa yang aku nak fokuskan kat sini ialah pada nama piala tersebut iaitu PIALA TIGER. Apa sebenar maksud di sebalik nama TIGER itu?? Adakah ia sekadar nama ataupun mempunyai maksud yang tersirat. Benar-benar tersirat??? Cuba fikirkan...

Mulanya...aku kurang arif dalam hal-hal macam ni...tapi setelah aku mengikuti satu perbincangan antara sahabat-sahabat dalam foum Extro.Biz..ramai yang mengatakan bahawa nama TIGER tersebut adalah diambil sempena nama sejenis ARAK. Heh! Pernah ke kita terfikir sampai ke situ? Nauzubillah..macam-macam cara yang dilakukan untuk memesongkan aqidah kita.

Ok lah..ape pun..aku sambung esok. Ari ni tak sempat. Kejap lagi dah nak balik...bye..

[Agi Idop @ 3:19 PM]

28.12.04

Bila Dunia Semakin Uzur

Heh! Dah seminggu aku tak menulis di sini. Bukan apa...kesibukan kerja membataskan waktu. Arghhhhhhhhhhhhhh...!!

Bercakap pasal bencana alam yang menimpa negara kita kelmarin, hati aku berat mengatakan yang ini adalah satu peringatan dari Allah kepada kita di atas segala perbuatan yang sememangnya sudah di tahap melampau. Kenapa aku kata begitu? Ya! Tengoklah dunia sekarang. Tak payah dunia lah...tengok Malaysia pun dah ok. Apa yang kita nampak? Apa yang kita lihat? Huh! nauzubillah...

Mungkin apa yang dapat aku simpulkan di sini ialah, dunia dah semakin uzur. Bumi sudah tidak dapat lagi menampung bermacam-macam persengketaan, kerosakan dan kemungkaran oleh penghuninya. Masing-masing begitu ghairah mengejar hidup di dunia sehingga tidak lagi menghiraukan kehidupan di akhirat. Usah pandang pada penganut lain. Pandanglah pada penganut Islam itu sendiri. Astaghfirullahal'azim...

Tsunami mungkin akan melanda sekali lagi tetapi difahamkan bahawa Tsunami kali ini tidak begitu besar seperti dua hari lepas. Hem...ramalan manusia bukan selalunya tepat. Aku bukan apa, bimbang jika Tsunami itu hanya menunggu masa dan detik 12 malam bersama-sama ribuan manusia seluruh dunia yang begitu meriah hendak menyambut kedatangan Tahun Baru. Ketika itu, mulut hanya mampu ternganga. Tanpa kata-kata, hanya tangisan, raungan dan ratapan yang bergema di sana-di sini. Ohhh...tuhan..

[Agi Idop @ 8:09 AM]

22.12.04

Makan Lagi Dan Lagi

Alhamdulillah...rezeki...rezeki. Rezeki aku tahun ni kan..lebih banyak kepada makan, makan, makan. Fuh! memang save le duit. Walaupun tak selalu dapat makan free, tapi...dalam seminggu ni..dua tiga kali jugak le dapat undangan dan jemputan makan-makan. Muahahahaha...lepas raya puasa ni lagi banyak undangan makan dan makan. Whoaaa..hebat. Macam boleh buat moto "HIDUP UNTUK MAKAN". Uik! Tak baik..tak baik..makan je..keje tarak..tak jadi jugak. So, biar le "MAKAN UNTUK HIDUP" kan???? Baru sesuai...

Okes...nak pegi makan dah ni. Babai...takde idea nak tulis. Mungkin lepas makan ni mencurah-curah le kot. Gamaknye la...Heheheheh...



[Agi Idop @ 8:15 AM]

21.12.04

Terus Terang Aje Le...

Semakin hari semakin banyak pula kerja aku di ofis ni. Semakin lama semakin berat pula tugas aku sebagai kerani di sini. Projek dah bermula. Mesyuarat sana. Mesyuarat sini. Dengar kata, ofis aku ni..nak dinaikkan taraf sebagai TETAP. Bukan lagi SEMENTARA. Dan bilangan staf pun semakin bertambah. Apa yang patut ada, yang sebelum ni tak ada...akan diadakan. Hah! bagus tu.

Sebenarnya..patutkah kita lukakan hati seseorang demi menyenangkan hati kita sendiri? Patut kah kita buat begitu seandainya insan yang kita lukai itu adalah rakan kita sendiri yang juga bekas rakan sekelas? Dan patutkah kita lukakan hatinya sekiranya ia berkaitan dengan CINTA? Fuh! Persoalan demi persoalan bermain dalam fikiranku.

Cinta tak boleh dipaksa. Begitulah kata sesetengah mereka yang arif tentang cinta. Jika bertepuk sebelah tangan dah tentu takkan berbunyi. Lainlah kalau bertepuk di paha, di dahi atau sebagainya. Tapi..jika tidak kena pasangannya mungkin tepukan tu tak sesedap mana...betul tak?

Bagi aku, kejujuran dalam sesuatu perhubungan itu adalah satu teras yang paling penting. Berterus terang adalah aspek utama. INGAT!!! Berkatalah benar sekalipun ianya pahit.

Huh! aku dah tak tau nak cakap apa lagi. Okes...chiowwww...

[Agi Idop @ 9:40 AM]

16.12.04

Berfikir Lagi?Adussss...

Detik demi detik. Saat berganti minit. Jam terus berlalu menggantikan usia kita dengan satu lagi angka yang pastinya lebih besar dari semalam. Apa ada pada angka? Ada. Kerana itu bermakna...usia kita semakin hampir...dan hampir menuju ke destinasi yang kekal abadi. Bila? Hanya DIA yang tahu segala-galanya.

Hari ini, aku masih lagi berfikir. Kenapa aku berfikir? Kerana aku punya akal yang diberikan Allah untuk berfikir. Apa yang aku fikir? Aku fikir bagaimana mahu menjadikan blog ini lebih memenuhi citarasa diriku. Aku mahukan blog ini menjadi sebahagian dari diri aku kerana sememangnya menulis merupakan hobi aku yang telah lama wujud dalam diri ini. Syukran Ya Allah.

Jadi, apa perlu aku lakukan? Berfikir dan terus berfikir. Huh! pecah kepala jika selalu berfikir begini. Otak pun mahu juga berhenti rehat buat seketika setelah penat bekerja. Arghhhhhhh...

[Agi Idop @ 2:23 PM]

15.12.04

Realiti? Fantasi? Imaginasi? Si? Si? Arghhhhhhh

Aku masih lagi berfikir dan berfikir. Mencari dan terus mencari. Sesuatu yang masih belum ditemui. Saat ini, aku terasa seolah-olah jasad ini telah hilang dan terbang di alam khayalan. Bukan lagi hidup di alam realiti. Kemana aku pergi? Ntahlah..aku pun tak pasti...

Mimpi fantasi. Bayangan imaginasi. Ohhh...macam-macam 'si' lagi yang aku fikirkan. Kenapa begitu? Ahhhh...kepala otakku sudah berserabut. Mengarut dan merepek yang bukan-bukan. Sebenarnya...aku masih lagi mencari sesuatu yang dapat merubah dan mengubah rekabentuk blog ini seperti mana yang aku impikan. Mencari sesuatu yang betul-betul serasi dan sesuai dengan citarasa aku. Tapi bagaimana?? Dimana? Hemmm...

Tunggulah..akan tiba juga masanya...okeshhh..adiosss..CooL beBeHHHHH...:)

[Agi Idop @ 1:33 PM]

14.12.04

Mencari Idea Mengorek Ilham

Fuh! Apa yang aku cerita ni haaa? Sebenarnya...aku ada impian. Aku punya cita-cita. Cita-cita yang lebih menjurus ke arah penulisan jurnal atau blog. Mungkin bermula tahun depan, blog aku akan bertukar wajah. Tak pasti pulak aku menarik atau tak. Bagi aku, blog aku nanti...bisa membuatkan hati aku tenang, ceria dan happy selalu walaupun terkadang..emosi aku lebih banyak negatif dari positif. Heheheheehe....

Biasalah tu. Apa yang aku luahkan di sini semuanya berkisar tentang apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku tak peduli apa orang nak kata. Best ke, tak best ke...aku tak kira! Yang penting aku happy. Ahaahahahahaha...aku dah mula mengarut. Okes, chiow...mencari idea mengorek ilham untuk blog tahun depan.....

[Agi Idop @ 8:32 AM]

11.12.04

Cerita...Ceriti...

Pagi ni..aku kerja macam biasa. Ada sesetengah ofis tu..bercuti diorang hari ni. Hemmm...mungkin KL je kot..yang kerja Sabtu kedua. Lantak diorang lah...
Cakap pasal open house, huh! selagi belum habis bulan Syawal..selagi tu la open house ada kat mana-mana. Kat ofis pun tak melepaskan peluang. Pendek kata..lepas bulan Ramadhan, lepas je beraya kat kampung..masing-masing akan beraya bersama rakan-rakan sekerja dan jiran tetangga pulak. Hemm..pakat mengisi perut semula la.
Apa taknye! berat badan aku turun dengan mendadak dalam bulan puasa ni. Bukan sekillo. Dua tiga kilo maaa...aduhhhhh...jenuh le mementenkan diri. Alih-alih kene usaha balik le untuk ke tempat asal. Takpe lahhh...ada hikmah tu...tak payah eksesais lagi dah...hehehehe..
Ok la..hari Sabtu macam ni..nak merepek meraban pun takde modal. Boring je rasa. Suasana ofis pun mandom. So...tunggu cerita hari Isnin le yek! Babaiii...

[Agi Idop @ 11:15 AM]

10.12.04

Tajuk : Nombor Baru

Bermula awal minggu ni, aku dah start pakai nombor baru. Nombor henset. Nombor lama..aku dah tak guna lagi. Simpan saja buat kenangan. Selama dua tahun aku pakai nombor lama tu...banyak dah memori suka-duka yang tercipta. Huh! kalau dikenang balik...rasa sayang pun ada. Rasa sedih pun ada. Tapi nak buat macam mana, aku perlu jugak tukar. Perlu!! Demi kebaikan aku dan hidup aku.

Bagi aku, bila dah tukar nombor baru ni...takde lagi makhluk-makhluk yang sering mengganggu kehidupan aku. Itu sebab utama kenapa aku tukar nombor baru. Bila melekat saja kad sim tu di perut henset, setelah di 'on' kannnya..aku terus sms kawan-kawan rapat aku untuk maklumkan tentang penukaran nombor ni. Aku tak mau diorang tertanya-tanya kenapa aku menyepi sedangkan aku dah beralih ke nombor lain.

Harapan aku, si pengacau tu tak dapat lagi nak mengacau aku. Aman sikit dunia. Tapi rupa-rupanya pagi tadi...aku dapat satu misscalled dari salah satu nombor yang aku tak kenal. Nak kata, belum diedit nama...mustahil..sebab..aku dah edit semuanya. Aku musykil. Untuk dapatkan kepastian..aku sms nombor tu bertanyakan siapakah gerangannya? Lalu dia menjawab, ****. Aku terkejut. Dari mana pulak dia dapat nombor aku ni? Seingat aku, takde pun aku bagi tau dia pasal nombor ni.

Sebenarnya, orang yang aku maksudkan ni ialah..orang yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni. Orang yang awek @ tunang @ isteri dia yang pernah telefon aku dan sound aku macam tu. Aku betul-betul pelik macam mana dia dapat nombor aku ni. Huh! bila aku tau je dia..terus saja aku reply. Jangan kontek aku lagi!!!!

[Agi Idop @ 1:46 PM]

6.12.04

Tajuk : Gathering Raya Extro.Biz

Tarikh : 04 Disember 2004M/21 Syawal 1425H (Sabtu)
Lokasi : Rumah Baims, Bangsar
Masa : 10.00 pagi

Seronok. Memang seronok. Itu saja yang boleh aku komenkan. Tak tau lagi nak cakap apa. Setelah perbincangan dibuat sebulan yang lalu, alhamdulillah...segala-galanya berjalan dengan lancar. Syukur ke hadarat Ilahi.

Walaupun badan terasa letih, penat, kaki lenguh dan mata yang mengantuk...tapi sekurang-kurangnya...segala perasaan tu..hilang seketika apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat extro yang sudah lama kenal mahupun yang baru saja berkenalan. Eheehehe...

Aku macam biasa. Ramai yang kata..aku hanya riuh dalam forum saja. Tapi di luar..senyap. Eh, ye ke? Tak jugakkk...kesudahannya..keriuhan aku terpadam gara-gara menjadi tukang tuang air untuk para tetamu yang hadir termasuk le Ketua Extro, Abg Supi. Datang jugak dia..ingatkan tak datang...yang lain-lain cuma sua cawan je. Ewah, ewah....Lain kali aku kene letak bayaran le macam ni. Secawan air bersamaan dengan sekupang. Bulehhhh??

Acara makan-makan berlangsung lewat sikit seperti yang dirancangkan gara-gara menunggu ketibaan sahabat-sahabat lain yang masih lagi dalam perjalanan. Ada sup tulang, ayam masak merah, kueytiaw goreng, nasik impit, kuih raya dan pelbagai jenis makanan lagi. Hingga tak terkira banyaknya. Bersepah jugak le rumah baims hari tu. Macam budak-budak pulak.

Kemudian, acara disusuli dengan solat Zohor di masjid dan surau yang berdekatan. Lepas tu, baru le acara rasmi bermula iaitu acara pertukaran hadiah. Macam-macam rupa. Macam-macam bentuk. Paling best bila ada yang membalut hadiah dengan menggunakan kertas surat kabar. Huh! tak romantik langsung. Tapi...ok apa. Isi dia besttt....cayalah Johan!!

Tamat acara hadiah-menghadiahi sesama sendiri...semua sahabat masing-masing pakat melepakkan diri sambil sembang-menyembang mengeratkan lagi silaturrahim...ehem, ehem...ahahaha...la ni la..Kak Aida sakan diusik oleh Abg Macho dan Baims...muahahahaha..kesiannn dia.

Ape pun, hajat di hati...nak jumpa dengan Kak Natie dan Abg Supi tapi...Kak Natie pulak tak dapat datang. Sibuk katanya. Aisehhh...aku rasa, Kak Natie ni segan..ye le..dah banyak mengarut lam forum. Kekekekekee...

Ok la...lagi sekali diucapkan terima kasih buat sahabat-sahabat semua...semoga di gathering lain kali...kita mampu buat yang lebih baik dari ini..k...adiossss

[Agi Idop @ 1:53 PM]

3.12.04

Tajuk : Kenapa Dengan Aku Ni

Apa aku nak tulis ni? Aku nak cerita pasal apa? Kekeringan idea la hari ni. Ntah kenape tiba-tiba kepala aku rasa sakit. Sakit sangat. Menyucuk-nyucuk ni. Rasa cam melayang-layang....

Aku tak selalu jadi macam ni. Sekali sekala je. Kenape ye? Arghhhhhhhhh...nak kene sapu minyak cap kapak ni..

Ok la..I don't have any idea today...continue tomorrow k...bubbye...

[Agi Idop @ 8:29 AM]

1.12.04

Tajuk : Office Aku

Minggu ni...kehidupan aku kat office buleh dikatakan rilek sikit. Tak banyak kerja. Mungkin sebab banyak sangat undangan ke jamuan hari raya kot. Ntah la...selagi bulan Syawal tak abis, selagi tu la..open house ada di mana-mana.

Semalam, Jabatan aku buat jamuan hari raya. Macam-macam makanan ada. Laksa johor, bihun sup, capati, nasik beriani, kuih-muih, sate, dua bakul buah durian, buah-buahan tempatan..dan banyak lagi. Memang rambang mata nak makan yang mana satu tapi aku tetap aku. Just makan nasik beriani dengan sate je. Tak larat nak makan semua sebab space untuk perut aku ni kecik je. Ahaks! Bukan pasal takut badan naik tapi masalahnya..aku makan banyak mana pun..tetap macam tu jugak..hehehehehe...

Dan sepanjang minggu ni jugak, suasana office aku ni makin ceria le sikit. Maklum la...sempena hari kualiti, setiap jabatan, bahagian dan unit masing-masing kat Kementerian ni diminta untuk menyertai pertandingan office tercantik dan berkualiti. Bukan hanya luaran saja, tapi setiap sudut, setiap kelengkapan dan material yang ada kat office ni termasuk le staf-stafnye pun kene jugak berkualiti terutamanya Bilik Fail. Itu yang penting. Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja...pun kena ambik perhatian. ISO beb!

Bagi aku, walaupun office aku tak ditakdirkan untuk menggondol apa-apa hadiah kejuaraan nanti..tapi..sekurang-kurangnya ia berbaloi. Maknanya..takde le masa nak dapat hadiah je kene office lawa-lawa kan, setiap masa pun kene le lawa. So, bila orang luar datang...diorang akan tabik spring la jugak...kan, kan, kan...

[Agi Idop @ 8:04 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==