*
*
*
*

29.11.04

Tajuk : Jahat Sangat Ke Aku ni?

Sabtu lepas, tengah sedap-sedap dok buat kerja..tiba-tiba henset aku berbunyi. Misscalled. Sekali lagi dia berbunyi. Pun misscalled jugak. Kali ketiga berbunyi...aku biarkan. Geram sungguh rasanya. Lagi sekali dia berbunyi. Lama. Aku angkat. Takde suara. Aku diam. Seketika kemudian aku dengar suara perempuan di hujung talian.

Perempuan : Helo...

Aku : Helo...

Perempuan : Errr..nak tanya..ni kat mana ni?

Aku tak jawab soalan dia sebaliknya..aku tanya dia balik.

Aku : Ni sape?

Perempuan : Takde..awak lain kali..kalau nak kawan ngan lelaki..tanya dulu laki tu suami orang ke...tunang orang ke...pakwe orang ke...

Belum sempat aku nak tanya lebih lanjut, dia terus off. Aku pelik. Suami sape pulak yang aku kawan sekarang ni? Tunang sape? Pakwe sape? Rasanya...aku kawan dengan semua orang pun semua sama je. Ada yang level ayah, level pakcik, level abang, level adik, level anak..semua ada. Takde lebih-lebih sebab aku tau batas-batasnya.

Untuk dapatkan kepastian, aku sms perempuan tu. Aku tanye dia, aku kawan ngan sape? Dia tu sape? Silap nombor ke? Aku tunggu jawapan dia. Takde.

Malam tu, baru dia balas.

"Tolong jangan tipon2 B***** H***** lagi. Permintaan dari seorang perempuan..."

Aku tergelak. Pompuan...pompuan. Ada jugak jenis yang macam ni ye. Mamat tu ke yang dia maksudkan? Kalau betul, maknanya dia silap. Apa dia ingat aku ni jahat sangat ke? Nak kacau laki orang? Tunang orang? Pakwe orang? Sape yang telefon sape selama ni? Aku ngan mamat tu hanyalah rakan sekerja masa aku kerja kat Manjung dulu. Kami kawan biasa je. Dia pernah kontek aku dua bulan yang lepas. Bukan aku yang kontek dia. Lagipun..aku tak tau lagi dia masih wujud ataupun tak. Mungkin dia kot dia dah kawin. Tu pasal dia senyap. Aku tak kisah la..malas nak pikir sebab banyak lagi benda lain nak pikir. Tapi kontek just untuk bertanya kabar sebagai seorang kawan...takde masalah kan? Dia pernah cerita kat aku yang dia dah putus cinta. Dah serik nak bercinta konon...aku dengar je. Lepas tu...dia terus senyap. Aku tak kisah. Sepanjang aku kerja kat sana dulu, tak tau le pulak dia ada awek ke isteri ke hape ke...malas nak ambik tau.

Aku cerita kat housemate. Diorang pulak yang rasa geram dengan pompuan ni. Hehehehe...aku senyum je. Takde la terasa sangat. Pompuan...biasa le tu. Kene pulak yang jenis cemburu giler. Hancus le.

Last-last...aku sms balik. Aku cakap, kalau mamat tu yang dia maksudkan...ambik le. Aku pun taknak. Buat malu je...nak gaduh-gaduh pasal laki buat hape. Takde faedah langsung!!

Untuk kali terakhir, aku sms mamat tu. Aku cerita kat dia terus terang pasal pompuan tu...dan tak sangka..ada pulak yang mencari aku. Mungkin itu last sms aku kat dia.

Ape pun, aku harap lepas ni takde lagi berlaku macam ni sebab aku ikhlas kawan ngan sape-sape pun. Aku kawan ngan semua orang. Takde pilih-pilih bulu. Tapi...macam ni le pulak jadinya. Apa aku ni jahat sangat ke? Nak ambik suami orang, nak ambik tunang orang, nak ambik pakwe orang...?? Aku tau sape aku. Aku tau sape diorang. Tu pasalnye sekarang ni...aku malas dah..nak suka-suka macam dulu. Takde lagi gather-gather...dah kurang. Sebab aku takut jadi benda yang sama. Aku harap korang faham...

Bukan sekali aku jadi macam ni. Dua tiga kali. Berlainan individu. Tapi...aku abaikan. Mungkin setakat tu saje la. Tak sangka pulak akan jadi lagi macam ni. Sebenarnya..aku sayangkan hubungan persahabatan yang terjalin...aku taknak putuskan tapi...atas sebab-sebab macam ni..aku terpaksa. Biarlah...mungkin ada hikmahnya kot...

[Agi Idop @ 8:30 AM]

27.11.04

Tajuk : Sambung Citer Raya Kat Kampung

Dua hari lepas, aku tak dapat nak update blog. Sebab pertama ialah..aku bizi sket. Ye lah..minggu ni aku sorang je yang kene buat keje. Kawan baru tu..bercuti. Mungkin minggu depan baru masuk opis. Sebab kedua ialah...server internet kat sini lembab sket menjalankan tugasnya. Mungkin pasal...makan kuih raya banyak sangat kot. Hehehe...aku teke je.

So, hari ni..aku harap sangat..dapat le aku berposting setelah dua hari menyepikan diri. Banyak citer yang nak diciterkan nih..tapi..takpe le. Kita citer slow-slow ok! Aku sambung balik citer masa aku bercuti kat kampung ekk...

15 November 2004 (Isnin)

Aku tak dapat lagi nak berjalan-jalan sebabnya..rumah aku tak henti-henti menerima tetamu. Semuanya sedara-mara sebelah abah dan mak. Elok je nak keluar..elok je masa free..udah ujan turun plak. Lebat kemain. Aiseyyy...

16 November 2004 (Selasa)

Hari ni ex-classmate aku kawin. Pompuan. Memang aku nak pegi. Tapi...ntah cemane...family tunang kakak aku plak datang beraya. Penuh le plak umah aku tu. Riuh rendah suasana. Hampeh btol! Nak taknak..aku jugak yang kene buat air. Adehhh...ingatkan sekejap je. rupanya berlama-lamaan plak. Hemm..kalo nak mintak permisi tu memang dah buleh la..tapi aku kesian plak kat mak aku. Nak buat keje sensorang. Last-last...kenduri tu berlalu begitu saje. :(

17 November 2004 (Rabu)

Aku dok umah lagi. Memang tak berjalan kemana. Melayan tetamu sokmo-sokmo. Petang tu baru aku pi beraya umah member. Tu pun dah petang sangat. Balik umah pun dah kul 7.

18 November 2004 (Khamis)

Pegi umah tokwan. Naik motor baru. Aku bawak adik. Siap bawak kamera. Nak tangkap gambo buat kenangan. Balik tu, singgah umah Pak Long. Tengok sepupu udah bersiap-siap nak balik KL. Awenye. Fuh! kekecik dulu bleh le usik mengusik. Dah besor ni..terasa segan plak.

19 November 2004 (Jumaat)

Aku dah kemas beg separuh. Hajat hati memang nak balik KL hari Ahad. Ish..hati aku berbelah bagi. Nak balik ke tak...nak balik ke tak....

20 November 2004 (Sabtu)

Aku amik keputusan. Terpaksa amik cuti hari Isnin ni. Aku kene gak pi kenduri sepupu ni. Maka, petang tu..bergegas aku ngan kakak ke Stesen Bas Parit untuk tukor tiket. Nasib baik buleh. Malam tu...umah aku riuh rendah ngan suara-suara sedara-mara, sepupu-sepapat yang tido kat umah. Adehhh..penin kepala. Pukul 3 pagi pun tak tido lagi!

21 November 2004 (Ahad)

Hari kenduri. Sibuk buat makanan pengantin. Kelam kabut jadinya. Aku dipaksa untuk mengukir buah tembikai sebagai santapan mempelai nanti. Huh! ingat senang ke? Malam nye...aku tido awal. Mengantuk sangat. Mungkin letih kot siang tadi.

Ape pun..raya tahun ni memang memenatkan. Tahun depan cemane le pulak....aargghhhhhhh..!! kenduri kakak dah tak lama lagi...!!

[Agi Idop @ 9:27 AM]

24.11.04

Tajuk : Al Fatihah Untuk Arwah Pakcik

Terkilan aku. Sungguh-sungguh aku rasa terkilan. Menyesal pun dah tak guna. Kenapalah aku tak pegi ziarah pakcik raya hari tu. Ish...jahatkah aku? Takkk...bukan aku taknak pegi. Tapi keadaan yang tak mengizinkan. Astaghfirullahal'azim....

Pakcik adik abah. Muda lagi. Lewat 30-an. Aku tak pasti...pakcik sakit apa. Doktor kata...pakcik sakit buah pinggang. Sepanjang bulan puasa lepas, pakcik terlantar kat Hospital Manjung. Akhir puasa, pakcik dah keluar dari hospital. Hanya berehat kat rumah. Makan, minum, mandi dan sebagainya..semuanya perlukan bantuan. Pakcik dah tak terdaya nak buat sendiri.

Hari raya tu, aku tak sempat nak pegi kemana pun. Memang. Aku dah niat nak pegi ziarah dia...tapi..tak berkesempatan. Kenape ye?

Baru sekejap tadi, kakak call dari kampung. Dia cakap, pakcik dah takde. Pakcik dah pegi jauh...subuh tadi dia hembus nafas yang terakhir. Terkejut aku!!! Memang terkejut. Aku tak sangka...pakcik akan pegi dulu dari abang-abang dia yang lain. Masa tu, baru rasa menyesal menyelinap kat dalam diri aku.

Ahhh...banyak betul kenangan yang dicipta antara pakcik dengan anak-anak sedara dia masa kekecik dulu. Aku pun tak terkecuali. Ahhh...banyak....memang banyak...rasa nak nangis pun ada.

Sebak rasa. Pakcik dah pegi meninggalkan sorang isteri dan dua anaknya. Innalillahiwainnailaihiroji'un....Al-Fatihah untuk arwah pakcik. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

[Agi Idop @ 8:57 AM]

23.11.04

Tajuk : Suasana Raya Di Kampung

Fuh! penat, letih dan macam-macam lagi. Banyak rasa yang buleh aku kategorikan dalam suasana raya yang aku sambut kat kampung baru-baru ni. Tahun ni jugak adalah tahun yang bersejarah dalam hidup aku sebabnya...aku lahir pada 1 Syawal 1425H...hehehehe...kembang sekejap...Ahaks!

So, dari mana nak mula ni? Aku tengah penin skang ni. Penin ngan keje yang melambak-lambak kat opis ni. Balik je dari kampung....aahhhhhhh...dah bertimbun surat-surat ateh meja. Masa aku mengedit posting untuk ari ni pun..aku tengah sibuk. Tapi aku curi-curi masa jap. Bukan apa...kalau ditunggu...sampai bila-bila pun blog aku akan sunyi sepi. Uhuhuhu....

Ok la...aku mula citer dari ari pertama aku pulang ke kampung ekk...

11 November 2004 (Khamis)

Aku pulang ke kampung dengan menaiki keter. Kuar umah elok-elok jek sesudah subuh. Nak elak jem. Tumpang keter housemate punye kawan. Keter kancil. Ari tu..memang aku semput. Tak cukup napeh rasanya. Mana taknya, dalam keter tu penuh ngan beg-beg kitorang yang besor giler. Muahahaha...Orang pun dah tak nampak..nampak beg jek. Kekekeke...tapi masih lagi buleh mementenkan diri...sib baik le slamat sampe kat umah tepat jam kul 2 petang. Sampe kat Stesen Bas Medan Gopeng, aku jumpe 'dia' kejap. Hehehe..nak lepas rindu. Nak balik tu...aku dapat present. Huhuhu..ingat gak 'dia' kat besday aku. Mekasihhh....

12 November 2004 (Jumaat)

Ada kat umah. Masih lagi pose. Aku mintak-mintak jangan le 'ter'cuti ujung-ujung pose ni. Bukan ape..tak larat nak mengganti. Hehehehe..takde wat pe pun. Just siapkan baju raya aku yang masih blom siap lagi. Agak-agak sempat dak aaa?? Huhuhu...malamnye..masing-masing dok mengadap tv sebab nak tunggu orang paling glamor muncul. Penyimpan Mohor Besar. Esok ke lusa? Esok ke lusa? Yeyey...!!!

13 November 2004 (Sabtu)

Pepagi lagi abah dah bli kaki lembu untuk dibuat sup. Adehhh...aku tak minat sangat sup ala-ala kaki lembu nih. Petang plak, daun palas telah dianyam untuk dibuat ketupat. Tahun ni, kitorang tak buat lemang sebab abah tak larat nak pi carik buluh.

14 November 2004 (Ahad)

Dah terbukti. Ari ni ari raya. Dah termaktub. Aku lahir di pagi Syawal. Adehhh..bestnyek rasa. Tapi..aku paham..takkan ada sape yang nak wish kat aku ari tu sebab sumernye pakat dok sibuk nak sambut raya. Huhuhu..aku paham..aku paham....pagi tu aku tak kemana. Dok rumah, layan tetamu specially bebudak kecik, basuh pinggan mangkuk, gelas dan cawan, buat air, idang kuih raya lastly...kepenatan. Lepas zohor...baru aku mula nak bergerak ke rumah Tok. Lepas Zohor tu.....cayalah....!!

Hehehe...ok, untuk ari-ari berikutnya..aku sambung esok plak ekk...

[Agi Idop @ 1:13 PM]

10.11.04

Tajuk : Balik Kampung..!! Wo Ho-Ho Balik Kampung..!! Yehaaa!!

Huh! Seronoknya rasa hati. Riang ria terasa di jiwa. Kembang kuncup, kembang kuncup hidung ni menandakan kegumbiraannya. Adehhhh...

Hari ni ofis aku dah sunyi sepi. Huhuhuhu..teman sebelah aku dah lama balik Kluang. Kampung dia. Tinggal le aku sensorang. Dua orang officer aku juga dah balik. Aku bila lagi? Takkan nak dok melangut sini je. Taknak! Taknak! Aku pun nak balik gak. Ecehhhh...

Bos dah keluar. Nak pegi ambik anak katanya. Sorang lagi officer tu dedekat nak raya ni pun kene pegi meeting lagi kat EPU, Putrajaya. Sorang lagi pun sama gak..nak ambik anak. Ewahhh...ewahhh..cam diorang je yang ada anak. Aku pun ada gak. Ahaks! Anak pe? Ehehehehe..anak mata, anak telinga, anak tekak, anak sedara..anak le jugak tu. Kekekekee..

Ok la. Pendekkan cerita le senang. Petang karang, dalam kul 3 aku dah nak blah dari ofis untuk ke KL Sentral. Aku ngan Kak K nak pegi Bangi. Tido umah kawan yang tumpang keter tu. And then, pepagi besok..sesudah subuh..elok terang-terang tanah je la..kitorang pun bergerak meredah highway PLUS.

Apa yang aku harapkan, moga semuanya selamat dalam perjalanan dan selamat sampai ke kampung hendaknya. Aku ni, nampak je seronok padahal hati ni debuk, debak, debuk, debak. Takut weh! Ni first time aku balik raya naik keter. Kalo takk..manjang jek aku naik bas. Sampai kat Ipoh..udah kene call cik abang plak. Dia kata nak jumpa kejap. Aku ikut je. Hehehehe..mana le tau..kot-kot le dia nak kasik present untuk hari lahir aku raya nanti. Ngeeee...

O ye, cakap pasal present, pasal besday..aku nak gak le mengheboh-hebohkan kat blog aku ni yang hari lahir aku jatuh pada 1 Syawal 1425H (Tu pun kalo hari tu hari raya le). Haaa...korang tau tak, satu Malaysia ni akan sambut besday aku..jangan kata Malaysia...negara-negara luar pun sama. Ecehhhh..berlagak sekejap. Bila lagi kannnn...Muahaahahahahaha...

So, dah habis mengarut, aku nak ambik peluang ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf dipinta seandainya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terlajak kata sepanjang aku bersuara dalam blog ni. Juga kepada rakan-rakan dan sahabat jurnal, extro...aku hulur sepuluh jari mintak dimaafkan segalanya...mana le tau, kot-kot..aku tak kembali lagi ke sini..ke dunia ini..adehhh sedih plak rasa...meninggalkan alam ini. Mane le tau kannn..Allah Maha Berkuasa. Ok, 0-0 ekk. Aku pulang dulu. Babai...assalamualaikum ;-)

[Agi Idop @ 9:37 AM]

8.11.04

Tajuk : Raya? Muehehehehe

Semalam ari ahad kan? Huhuhuhu...bermula awal pagi lagi aku dah kemas beg. Kemas beg untuk balik kampung raya ni. Pening kepala la. Banyak sangat barang yang nak di bawak balik. Tak tau mane satu. Bila dah isi-isi, sekali cuba le nak angkat beg tu. Mak oiii..!! berat giler. Patah tangan aku ceni. Ape mende yang aku bawak ni? Hemmm...pikir nye pikir...ari ni aku nak buang sket..mende-mende yang tak brape penting walaupun pada aku memang penting pun. Huhuhuhu...kene berkorban le nampak gayanya...

Karpet yang comey tu aku dah bawak ke opis pagi tadi. Senang nak terus sambar jek balik kampung nanti. Entah muat ke idak keter kawan tu agaknya....sumbat je le...

Adehhh...raya, raya, raya. Memang kuat penangan raya nih. Jap tadi..aku baru jek balik dari RHB Bank. Pi tukar duit singgit untuk raya nanti. Keras-keras maaa...freshh lagi. Sayang plak rasa. Hehehehehe....

[Agi Idop @ 9:19 AM]

6.11.04

Tajuk : Mandi Hujan

Hehehe..kelakar le pulak rasanya mengenangkan cerita semalam. Jadi hindustan le sekejap. Main hujan. Best oo. Apesal le semalam tuh, sape sorang pun tak bawak payung. Hemm...mende dah nak jadi..nak buat macammana kannn.

Memang kitorang basah kuyup. Lencun seratus peratus. Dari atas sampai le ke bawah. Takde miss langsung. Kekekee..pegi pasar ramadhan semalam pun..buat dek je. Penjual-penjual kat situ pakat dok gelak. Nengok kitorang macam bebudak je. Hampeh btol!

Masa tu, aku teringat le balik nostalgia lama tatkala aku ecewahhhh menyewa kat Ipoh dulu. Macam ni jugak le keadaannya. Time balik keje, hujan turun dengan lebatnya. Lebat giler-giler. Masing-masing pulak tak bawak payung. Tapi aku rasa, kalo bawak payung pun..takleh pakai. Basah jugak. Alang-alang basah, baik basah terus kan? Hehehe..dalam perjalanan nak balik ke rumah tu...kitorang berempat jalan kaki dalam hujan lebat tu. Memang basah. Orang tengok kitorang jalan tu..cam tak hujan jek. Rileks je. Selamba wa-wa gitu.

Sudahnya, sampai rumah..masing-masing berebut masuk bilik air. Tanggalkan apa yang patut. Kalau ditunggu lagi..mau menggigil satu badan. Dan malam tu, kitorang tidur tanpa memasang kipas. Kalo pasang jugak..nescaya kitorang bertiga akan beku cam salji tuh. Adehhhh....

[Agi Idop @ 8:08 AM]

5.11.04

Tajuk : Kuih Raya O Kuih Raya

Muahahahaha...kuih raya yang aku order dah pun sampai ke tangan dengan selamatnya. Tak banyak pun...tiga jenis jek. Ada biskut gajus ngan ape ntah satu lagi nama kuih tu. Nampak cam sedap dan enak. Aku pun order je le. Hehehe...ntah cemane, masa nak pegi bayar tadi tuh..aku ambik lagi satu kuih iaitu tat nenas. Tan, tan, taraaaa..maka, jadi le tiga jenis kuih. Kan, kan, kan....

Haiii...sibuk le tokeh-tokeh kuih raya time-time macam ni. Memang sibuk. Dapat duit poket lagi. Buleh buat duit raya nanti kan? Untung beb!!!

Tajuk : Khatam Quran

Hemmm..sekejap lagi ada majlis khatam quran kat opis aku nih anjuran PUSPANITA. So, aku dan yang lain-lain selaku ahli-ahli biasa ni...digalakkanlah untuk menjoinkan diri. Apa yang aku terkejut, aku plak kene jadik wakil untuk jabatan aku nih masa majlis tu. Huhuhuhuhu....kenape aku? Ramai lagi yang lebih layakkkkk...aku tak pandai pungggggg...tapi dah orang percayakan kita, kene terima je la kan? Mintak-mintak sumernye berjalan lancar. Amin.

[Agi Idop @ 10:31 AM]

4.11.04

Tajuk : Balik Kampung

Confirm! Aku balik beraya kat kampung tahun ni dengan menaiki kereta. Tapi..bukan le sampai ke kampung..cuma sampai kat Ipoh saja. Kak K beriya-iya ajak aku balik sekali dengan dia. Hemm..terpaksalah aku jual tiket bas tu balik. Bukan apa, aku taknak menyusahkan tuan punya kereta tu. Dah le kereta kancil, beg aku ni pulak boleh dikategorikan besar le jugak. Bila dah nama pun kancil, bonet pun nanti mesti le kecik jugak. Hehehehe...sumbat je lah nanti kat mana-mana.

Tajuk : Pakcik

Semalam, kakak kat kampung mesej aku lagi. Dia kata, dia dengan mak baru aje balik dari melawat pakcik kat Hospital Manjung. Hemm..aku tau, pakcik sebelum ni pernah jatuh sakit tapi aku tak tau dia sakit apa. Kakak kata, pakcik sakit buah pinggang. Dua-dua biji buah pinggang dia tu dah rosak. Jalan terbaik untuk selamatkan dia ialah dengan menderma sebiji buah pinggang kat dia. Tapi, siapa? Siapa yang nak dermakan? Bagi aku, kalau dah ada sebiji je buah pinggang nanti, jangan haraplah boleh buat kerja-kerja berat. Lagipun, sakit pakcik ni dah sampai tahap kronik. Hemmm..sian jugak kat dia. Beraya kat hospital le dia tahun ni.

[Agi Idop @ 7:56 AM]

3.11.04

Tajuk : Nombor Misteri

Masuk hari ni, dah tiga hari nombor tu asyik menghujani telefon bimbitku. Pening kepala. Rasanya, mahu saja aku hempuk telefon tu. Biar bekecai. Biar bersepai. Tapi...hati aku cepat-cepat menghalang aku dari berbuat demikian. Aku harus bersabar. Geram tak terkira. Sakit hati membelenggu diri. Kenapalah aku selalu sangat diuji dengan perkara-perkara remeh macam ni pada bulan yang mulia ni???

Aku tak tau dia siapa. Perempuankah? Lelakikah? Kenalkah? Hemmm..ntah lah. Bukan saja misscall, malahan smsnya yang berbaur romantik tu membuatkan diri aku geli-geleman bila membacanya. Aduhhhh...kalau off nanti, aku juga yang susah. Nak taknak, aku biarkan saja. Dah letih nanti..dia diamlah. Pedulikan. Jangan dilayan.

Bukan apa, memikirkan..mungkinkah dia tu kawan sekolah aku dulu? Bila ada nombor baru, cuba-cuba lah nak sakat aku. Hemph! Jangan haraplah..aku dah masak dengan perangai mereka. Suka hati kalianlah...yang penting kalian bahagia.

[Agi Idop @ 2:22 PM]

1.11.04

Tajuk : Hobi Baru

Hobi aku bertambah lagi rupanya. Ni semua gara-gara temankan Kak K beli bunga Sabtu lepas. Pijak je lantai kedai tu, hati aku dah tertawan. Tertawan dengan kecantikan dan kecomelan bunga-bunga yang ada di situ. Mana boleh tengok saja. Tangan aku mulalah menggatal mencapai 5 jambak bunga berserta span dan bakulnya sekali untuk digubah di rumah nanti. Bulan-bulan puasa macam ni...tambah pula hari cuti, takkan nak duduk saja je kan. Mestilah ada aktiviti-aktiviti yang best sikit.

Malam tu, aku sibuk melekatkan setem-setem yang dah banyak aku kumpul ke dalam album. Cantik. Warna-warni. Macam-macam rupa..macam-macam kategori. Besar ada kecil pun ada. Dalam dan luar negeri. Hemmm...koleksi nombor dua aku selain dari majalah dan novel.

Pagi Ahad, barulah aku mulakan aktiviti menggubah bunga. Sebenarnya, aku tak pernah ada kemahiran pun dalam bidang ni..tapi aku nak sangat mencuba sebab aku dah jatuh cinta pada bidang ni. Mungkin...aku akan jadikan ia sebagai hobi baru aku. Alah..gubah ikut selera je. Asalkan jadi, itu dah kira satu permulaan yang baik, kan?

Hemm..sembilan hari lagi aku nak balik kampung. Seronoknya....

[Agi Idop @ 8:24 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==