*
*
*
*

29.10.04

Tajuk : Kemeriahan Terasa

Bersambung sekejap dengan entri yang lepas. Api kemarahan aku telah padam. Rasa menyesal pulak dengan sikap aku ni. Marah tak tentu pasal. Sekarang ni, semua pegawai kat unit aku dah mula berhati-hati kalau nak bagi aku sesuatu tugasan. Hemph! takut aku naik angin lagi. Ish..dasyat jugak aku ni. Tapi..aku bukanlah senang-senang aje nak marah tak tentu pasal. Aku ada sebab dan mungkin jugak waktu tu..aku di belenggu oleh keadaan diri aku yang tidak berapa sihat. Aku batuk, selsema, hidung tersumbat, kepala pening, sakit geraham yang baru nak tumbuh dan macam-macam lagi. Semua tu menjadikan aku agak agresif sikit di pejabat sejak kebelakangan ni. Aku tau, dalam bulan yang mulia ni..aku tak elok berkeadaan terus-terusan macam ni. Kesabaran aku perlu dipertahankan. Ohhhh..mujurlah sekarang, penyakit tu semua dah beransur baik...

Semalam, aku berbuka puasa di Masjid KLCC bersama-sama dengan sahabat-sahabat cyber aku (Extro.Biz). Tak ramai yang datang. Cuma kami berlima. Syukur lah. Tak lama pun di situ. Lepas saja solat Maghrib, masing-masing dah minta diri untuk pulang. Aku pun tak terkecuali.

Alhamdulillah, majlis tu berjalan dengan baik. Seronok sebab dapat kenal dengan sorang lagi sahabat baru. Hehehehehe...

Kat ofis sekarang ni, dah meriah sangat-sangat. Lampu kelap-kelip merata-rata. Ada yang gantung, ada yang sangkut kat pokok-pokok bunga..pendek kata...memang terasa kemeriahannya lah. Tak sabar rasanya nak balik kampung.

[Agi Idop @ 11:46 AM]

26.10.04

Sabarku Ada Batasan

Pagi ni, kesabaran aku benar-benar teruji. Geram dengan kerenah pegawai-pegawai di unit aku. Di tambah pula dengan kerenah Dato'KP yang semuanya..hanya dia yang betul. Aku memang tak suka dengan perangainya yang satu ni. Mendera mental dan fizikal orang bawahan. Dalam hati, memang mendidih-didih tapi siapalah aku untuk memberontak tentang hal ni. Silap-silap haribulan, aku pula dapat WARNING.

Surat ni berstatus Sulit. Memang lah penting. Berkait rapat dengan kontraktor. Projek lah katakan. Apa yang aku tahu, aku cuma mengikut arahan mereka. Tapi, apa yang membuatkan aku geram tu..lain yang dicakap lain yang disuruh buat. Kepala otak aku bingung. Pening. Mana satu yang betul. Dah la..pening dengan penyakit yang datang kat aku ni. Selsema, hidung berhingus, geraham bongsu nak tumbuh sebelah lagi, ulser mulut, suara tak keluar. Ish! boleh gila aku dibuatnya.

Sekejap kata bagi. Sekejap kata tak. Bila dah bagi, suruh ambil balik pulak. Tak ke buruk siku namanya. Ah..tu tak kira. Yang penting, mesti ada protokol!!! Kata orang tua tu. Hishh..! kadang-kadang meja aku ni jadi mangsa. Nasib baik kemarahan aku ni masih boleh lagi dikawal.

Aku ingat dah setel lah semua. Dua tiga kali aku tanya, nak pos ke tidak surat ni. Pos je la. Cuma jangan faks. Ok, aku faham. Aku buat semuanya. Fotostat 26 salinan yang rata-rata setebal 1 cm. Mujurlah mesih fotostat tu tak jem.

Last-last, surat tu KIV. Ini semua atas arahan Dato' KP tu. Aku memang bengang. 'Bengkek' je rasa. Dah fotostat berlambak-lambak dah. Tup-tup tak jadi. Sampai sekarang ni, hati aku masih lagi terasa bahangnya. Alhamdulillah, lepas tadarus tadi..baru kurang sikit.

Kadang-kadang tu terfikir juga. Mungkin ini satu ujian buat aku. Tapi, nak buat macammana. Sebagai manusia, aku tak terlepas dari berperasaan macam ni. Astaghfirullahal'azim...kurang pahala puasa aku hari ni.

[Agi Idop @ 1:36 PM]

23.10.04

Tajuk : Sok, Sek, Sok, Sek....

Syukur Alhamdulillah. Dapat juga aku berpuasa lagi tahun ini. Moga-moga..tahun hadapan pun aku dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan Al Karim ini.

Setiap hari, aku bangun bersahur jam 4.15 pagi. Mungkin bagi sesetengah orang, waktu itu terlalu awal tapi bagi aku tidak kerana waktu yang panjang ini tidak membuatkan aku menggelabah untuk mengejar masa. Bersesuaianlah dengan aku yang hendak ke luar rumah pada pukul 6 pagi nanti.

Seperti biasa, rutin harianku tetap sama. Memanaskan lauk berbuka semalam. Masih ada lagi. Panaskan saja. Buat apa nak membazir. Sambil itu, aku masak air. Capai mug, masukkan sesudu gula dan sesudu milo. Itu minuman aku untuk bersahur. 4.30, aku bersahur sendirian. Tiada teman. Dua orang housemate aku tak biasa bersahur macam aku. Bukan apa, bagi aku..bila bersahur dengan nasi..aku dapat menahan daripada kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.

Semalam, kakak di kampung telefon. Tok sebelah mak aku sakit. Sekarang ini, dia masih lagi berada di Hospital Lumut (TLDM). Sakit yang dideritai bertahun-tahun dulu menyerangnya semula. PARKINSON. Itu nama penyakit tok aku. Walaupun mereka tak tahu apa nama penyakit itu, tapi..melihatkan dari caranya..aku dapat meramalkan yang tok menghidap penyakit itu. Penyakit yang membuatkan seluruh anggotan badan terutamanya tanggan akan menggeletar.

Pagi tadi, kakak telefon lagi. Katanya..rumah aku di kampung sekarang..sudah dinaiki air. Hujan lebat dari pagi sampai ke malam turun tak henti-henti. Memang selalu begitu. Aku dah masak benar. Setiap kali hujan lebat, sungai di belakang rumah aku itu tak dapat menampung kuantiti air yang semakin banyak. Apa yang perlu dilakukan? Mengangkat barang-barang ke bahagian atas rumah. Itulah tugas kami bila banjir tiba. Yang pening, mak dan abah. Hai...dugaannn....

[Agi Idop @ 9:54 AM]

21.10.04

Posekah Aku Ari Nih???

Adehhh...bz sungguh aku ari ni. Semalam pun sama. Awat aa? Awat aku bz sangat nih? Dah ada PT sorang lagi pun..bz lagi. Heh! Ini dah melampau...!!! Eh, betoi le..aku memang bz sungguh semalam dan ari ni. Ntah le...mungkin kot..beban keje aku semakin bertambah. Lagipun...aku masih lagi kene ajor PT baru tu. Setakat ni..keje dia bleh le tahan. Blom di tahap memuaskan lagi. Heh! Memuaskan ati aku le...cewahhhh...berlagak cam bos plak. Ahaks! Sesekali jekk...

Ari ni aku baru start pose. Oppss! Eheh! Iye..seblom ni aku tak pose..tapi..alasan aku kukuh tau!!! Haaa...jangan memain. So...demi menjaga kesempurnaan pose aku ni...aku pun terpaksa le bersabo banyak-banyak. Dugaan banyak kat opis ni....hehehehe...

Tengah ari tadi..macam biasa...seperti tahun-tahun yang lepas dan selepasnya..tadarus Al Quran di adakan di kalangan staf-staf pempuan jek kat Kementerian aku nih. So, untuk Jabatan..aku join skali. Pertama kali kat opis ni. Alhamdulillah...aku berjaya melaksanakannya dengan baik. Walaupun tak ramai, tapi seronok.

Malam ni plak..oleh kerana aku dah berpose..maka aku tingin nak pegi Terawih. Tak tau le..tercapai ke idak. Kalo ada geng..Insyaallah..aku nak pegi. Dah lama aku tak pegi Terawih. Insaf betoi le..huhuhuhuhu...dok kat skolah dulu bleh le tetiap ari Terawih. Kalo takmo pun..kene pegi jugak. Hehehe..tapi, bila dah kuar skolah ni..ishhh...payah nak buat. Tapi..tahun ni..aku harap sangat le dapat buat, kan? Aminnnnn...

[Agi Idop @ 2:39 PM]

19.10.04

Tajuk : Gelagat Bukak Pose

Mengarut lagi kat sini. Kekekee...bulan pose memang bulan menahan nafsu dan segala godaan kan? Tapi aku heran la. Mak kata, bulan pose ni...segala setan-setan, iblis, jin eprit dan seangkatan dengannya la..dah kene ikat. Kene penjara. Tapi..apesal ramai gak orang yang tak pose aaa? Takkan dah kene ikat pun diorang masih lagi buleh menggoda manusia-manusia ni. Ish, ish, ish...musykil aku.

Bila tengok sirap bandung ke, buah tembikai ke dan segala jenis kuih-muih yang enak-enak le rasanya..aku mula terliur. Heh! biasa le...zaman muda-muda. Bila time nak bebuke tu..mula la aku sibuk. Bukan sibuk ape...sibuk nak bancuh air itu la...air ini la...kekekeke...konon cam buleh abih jek malam tu jugak! Tapi..sekali dah kena seteguk...adehhh..udah mula rasa kekenyangan. Tu blom tambah ngan makanan-makanan yang ada. Itu nak capai, ini nak capai. Sudahnya...tersandar kat dinding sambil menjeling perut yang tenat. Ahaks!

Tu la aku. Tapi..itu dulu punye citer. Zaman tok kadok. Skang ni aku dah pandai untuk membahagikan waktu nak bebuke. Mana yang perlu telan dulu..mana yang tak. Bukan apa...mengenangkan waktu maghrib yang cepat sangat berlalu. Takkan dia nak tunggu kita abis makan kot. Ye dak? So, pandai-pandai le.....hehehehee...

Sambung esok dan esok lagi....

[Agi Idop @ 1:43 PM]

18.10.04

Tajuk : Macam-macam Pe'el

Hehehe..dah lama aku tak update ekk. Sampai ada orang tu marah le..kekekeke...sabo..sabo...bukan aku takmo update..tapi kesibukan masa tu yang membataskan waktu aku untuk mengupdate..

Ok la. Ape nak citer yek? Hemm..sebenonye..bila dok dalam bulan pose skang ni..banyak sangat le pengalaman-pengalaman pahit, manis, masin, masam piang sumer ada lam idop aku. Tak tau nak cakap. Banyak sangat. Sampai aku pun dah lupe...hik, hik, hik...

Ikutkan, aku start pose masa umur lima nam taun kot. Agaknye le. Aku pun tak hingat. Tapi pose masa tu..bukan le pose penuh pun. Tak komplit. Kiranya..masa tu..pose memain je le...hehehehe...nak blajo le katekan....

Mak kata, kalo tak larat..pose le setengah ari jek. Setengah ari tu..sampai bila? Mak kata...kalo setakat kul doblas tengah ari tu..setengah ari le dah tu namanye..heh, heh, heh...kemain sronok lagi aku. Maknanya..bleh le ngap-ngap-ngap lepas ni ekk...?? Yihaaa...Eh, jap! Kalo ari ni setengah ari...esok plak setengah ari..baru dapat satu ari. Haa...okesh le tu. (Kataku sambil mengira-ngira dengan jari-jemariku).

Sepanjang aku pose..kekecik dulu le..tak penah skali pun aku disogok ngan adiah atau ape-ape jek. Cam bebudak skang..kalo pose penuh..bleh le dapat duit raya. Ye dak? Tapi aku..tak. Mak abah aku tak penah janji pun dengan mende-mende tu sumer. Pesal ekk? Sebab aku rajin pose ke? Ish..ish..ish...Rajin pe kebende? Kalo sebulan...ada le kot..pat lima nam ari jek aku monteng. Muahahaha...

Tapi...bebetoi nye cakap..aku mula pose penuh masa aku darjah lima ngan nam kot. Hah! tak caya? Biasa le..bebudak...macam-macam le alasan. Memang le masa tu..aku jeles bila nengok mak, kakak-kakak aku bleh tak pose. Pesal? Takpe..aku dah paham kenape dan sebab ape...hehehehe....

Ok la. Aku berenti sini dulu ekk. Esok aku sambung ngan pengalaman pertama aku berpose....hehehe...

[Agi Idop @ 2:25 PM]

14.10.04

Tajuk : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1425H

Ari ni..tengok anak bulan. Pasal pe? Pasal ari ni le penentuan samada esok ataupun lusa umat Islam kat seluruh Mesia akan mula berpose. Kalo pose esok, maknanya...kita pose 30 ari. Tapi kalo pose lusa, maknanya kita pose 29 ari jek le....macam tahun-tahun lepas..

Ish...tak sabor aku nak pose. Masa ni le nak tambah amalan banyak-banyak sket. Kalo pun tak cukup 30 ari...tapi..dapat gak le kepuasan tu kan? Rugi tau kalo tinggal pose.

Macam aku dulu masa kekecik, blom skolah..kemain lagi..takmo pose penuh. Tak larat le, lapor le macam-macam lagi alasan yang aku bagi kat mak. Naik skolah rendah..baru le aku mula blajo pose penuh..tu pun tak cukup..sampai le aku btol-btol dah paham erti pose yang sebenor...

Bila nengok mak aku, kakak-kakak aku tak pose satu ari tu..aku dah mula jeles. Ye le..apesal le deme tu bleh tak pose..kite yang kecik ni plak kene pose. Ish..aku memang tak pueh ati masa tu. Penah gak nak memberontak tapi..mak pande pujuk aku. Mak cakap...sampe mase nanti..aku tau le nape tak buleh pose....mak senyum. Aku pelik.

Skang ni, bila tiba masa aku plak..baru le aku tau betapa ruginya bila tinggal pose. Memang rugi. Rasa cam pose tu tak sempurna. Tapi..nak buat cemane...dah itu ketetapan Tuhan. Setiap yang bernama perempuan akan mengalaminya. Ye dak?

So, bagi mane-mane lelaki yang cuba-cuba nak ponteng pose tu..ingat le Tuhan sket. Penuhkanlah pose tu sebulan. Lain le kalo ada keuzuran yang tertentu.

Ok la..untuk sumer kengkawan, sahabat dan sedara-sedari semuslim kat Mesia ni..aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMDHAN AL MUBARAK. Penuhkan le setiap arinya dengan amalan-amalan yang mulia. Paling best bila dapat buat Solat Tarawikh penuh sebulan. Lagi best kalo dapat abiskan satu juzuk al-quran dalam masa sebulan. Tinggalkan le mende-mende yang tak berfaedah yang penah kita buat seblom ni. Apa yang aku harapkan moga RAMADHAN tahun ni membawa sejuta pengertian dan kebahagiaan dalam setiap diri kita. Aminnnnn....

[Agi Idop @ 8:07 AM]

11.10.04

Tajuk : Perak Tetap Beshhhhhhhhh...

Muahahahaha..pepagi lagi aku dah tulih entri untuk ari ni. Nak tau pasal pe? Pasall.....aku betoi-betoi semangat ari ni sebabbbbbbb...Skuad Seladang menang...........yeyehhhhhhhhh....Tahniah le kat engkorang-engkorang sumer...(gelak besau sambil mengembangkan lobang idong).

Heh! mana dia? Mana orang nogori tu? Yang hensem-hensem tu. Kan dah cakap..Perak menang. 3-0 lagik. Hehehehe...dengki la tu. Tu pasal dia sokong Terengganu. Alih-alih...hampeh jugak yang dapat. Ambik kau..ambik......!!!! Penyu semestinya lambat! (jangan mare ekkk).

Semalam, kalo osmet aku yang dua orang tu takde..memang aku stay TV3 jek. Tapi..takpe le...aku tau perasaan orang-orang yang tak suke nengok bola ni. Aku ni jek pelik sket. Tah pesal aku bleh suke pun tak tau le. Cuma aku ni idak le fanatik sangat. Just...suka gitu-gitu jek...wakakaakakakaka....



[Agi Idop @ 7:17 AM]

8.10.04

Tajuk : Adik

Alhamdulillah...pc aku dah kembali kepangkuan aku tengahari semalam. Walaupun tak berapa sihat lagi, tapi...setakat nak buat keje sket-sket tu dah buleh dah. Tapi, walaupun dia dah kembali..ada le jugak dua tiga kerat memori dia ilang. Adehhhh...nak wat cane kan? Kene terima le....

Sebenornye..aku dok teringat adik bawah aku kat kampung nun. Masuk ni dah seminggu dia exam (PMR). Apa yang aku harapkan...dia buleh le jawab sumer soklan tu. Tetiap ari dok sms aku. Mengadu le kononnya. Soklan kertas 1 senang. Soklan kertas 2 susah sket. Hemm..bior le dia. Kalaupu tak dapat 'A' untuk sumer subjek pun...tapi dapat 1, 2 pun jadi la.

Abah penah cakap, kalo le adik-adik aku ni..tak menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran...dia nak suh diorang benti jek. Hish! aku takmo le centu. Pelajaran tu penting. Aku tau..abah dah tak larat lagi nak tanggung persekolahan diorang. Makin hari, perbelanjaan makin besar. Abah dan mak semakin tua. Dok harap kat pokok getah tu je le sebagai sumber pendapatan.

Ape pun, aku dah janji kat diri aku yang aku nak bantu adik-adik aku sampai diorang berjaya dan buleh berdikari sendiri. Tak payah lagi nak bergantung harap kat mak abah. Aku rasa, lepas ni..aku nak masukkan adik aku tu ke sekolah teknik. Sebab aku tau...dia ada kemahiran. Bior dia belajar situ. Masa depan semakin mencabar. Kalo diorang tak kuat untuk mengharunginya....abih la....

[Agi Idop @ 7:55 AM]

7.10.04

Tajuk : Waktu Yang Terbatas

Masuk ari ni dah pat ari aku jadik cikgu kepada anak murid aku tuh! Nasib baik le anak murid jenis yang cepat pick-up. Kalo takkk..mau tensen aku ngajor dia. Dari A sampai le ke Z. Apa aje ilmu berkaitan yang aku tau..sumer aku ajor dia. Bukan apa, masa aku takde nanti..idak le dia terkapai-kapai. Senarai tugas, aku dah kasi kat dia. Cuma buat masa ni..aku blom confident lagi nak harap dia buat sendiri. Apa-apa pun...musti kene tunjuk kat aku dulu baru bleh urut dada kelegaan. Kan, kan, kan...

Pc aku masih lagi dok ada kat wad. ICU agaknya. Sakit teruk la tu. Bila le bleh kuar. Apa yang aku mintak, jangan le memori dia ilang. Kalo takkk..naya aku. Menangis tak berlagu le..banyak dokumen-dokumen penting ada kat dalam tu.

So, skang ni..masa aku untuk bertenet semakin terhad. Agak-agak aku...time lunch je kot..masa pree nye. Masa lain tu...jadik cikgu sokmo. Hemmm..apa nak buat....kene terima le kan. Walaupun pc ni pc yang tak guna, tapi sememangnya dia memang berguna untuk aku yang giler bertenet. Muaahahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaaaaaaa...

[Agi Idop @ 7:09 AM]

5.10.04

Tajuk : PC Aku Masuk Spital

Uwaaaaaaaaaa...sob..sob..isk! isk!..cedih oo..cedih...pc aku masuk spital...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....(melalak sampai nampak anak tekak).

Semalam, aku datang keje. Pepagi tu..cam bese le..aku nak le menatap wajah pc aku jap setelah dua ari tak berjumpa. Rindu oo..tapi..hajat ati aku tu tak kesampaian bila pc aku tu tetibe jek jatuh sakit. Patut le..selama ni..lain macam jek perangai dia. Nak kata dah tua, rasanya muda lagi. Baru dua tahun dia berkhidmat ngan aku. Tapi..mungkin jugak le..dah ketentuan tuhan..yang dia nak jatuh sakit sampai teruk ceni.

Seblom ni, ada gak le..dia sakit. Tapi idak le teruk sampai masuk spital. Huhuhu..aku cedih cangat. Kat mana le tempat aku nak mengadu lagi melainkan dia sebuah je le. Cadangnya, aku takmo call ambulan sebab takut kalo dia masuk spital nanti memori dia ilang dan mungkin dia akan ilang ingatan terus kat aku sebagai teman dia. Tapi, nak buat cane. Kesakitan dia tu musti di ubati. Ye tak ye..aku pun panggil le ambulan pagi ni. Lepas..doktor datang buat check atas dia..pastu trus dia dibawa oleh ambulan ke spital. Uwaaaaaa..agak-agak..cepat le dia sembuh kan? Aminnnn..

Tajuk : Aku Jadik Cikgu

Muahahahahah..disebalik kesedihan tu, ada jugak kegembiraan bila mana..aku ngan rakan-rakan opis yang seangkatan (se batch) kene jadik cikgu plak kat staf-staf baru merangkap anak murid kitorang la...kekekekeke...

Kene tunjuk garang sket ni. Anak murid aku berketurunan India. Umur baru 19 tahun. Masih bujang. Anak kelahiran Kluang, Johor. Sedang menuntut dalam Tingkatan Enam Atas (private). Hehehehe..kalo ada sesapa yang berkenan..bleh le anto pinangan. Muahahahaha...

Dapat gak le pahala ye dak? Mencurahkan ilmu yang ada..walaupun tak seberapa. Ajor je le..mana yang tau. Mana yang tak tau..rujuk le..kat mereka-mereka yang lebih terror, power dan expert dalam bab-bab yang berkaitan. Tapi..bangga le sekejap. Jadik senior ooooo...buli beb! buli........yaaaaaaaaaaa..kita buli mereka....banyak keje tu. Tu pasal le aku lama tak update blog ni..sori...kekekeekeke.

Pc yang aku guna skang pun..pc yang memang tak guna. (Opps..takde bertuan). Kira..terbior le ni. Huhuhuhuhu...

[Agi Idop @ 1:23 PM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==