*
*
*
*

29.9.04

Tajuk : Aku Dan Dia-Part 3

Aku kenal 'dia' dah dua tahun. Bulan satu tahun depan, genap le 3 tahun perkenalan kami. Hemph! cepat sungguh masa berlalu. Tapi..antara aku ngan 'dia'..buleh dikatakan setahun..dua tiga kali je berjumpa. Percaya tak? Hemm...mungkin jugak jarak antara kami yang memaksa kami berbuat begitu. Takpe..aku tak kisah...

Malam tadi..aku bersms ngan 'dia'. Aku citer le kat 'dia'..yang aku tengah tolong housemate (Kak I) buat hantaran tunang sebab lepas raya nie..Kak I tu nak tunang. Tapi ntah kenape..tetibe jek aku beremosi sket. Aku sedih.

'Dia' tanya aku, "Bila plak kita nak bertunang?" Aku terkejut. Tak sangka lak soklan tu yang 'dia' nak tanya. Aku tak kisah..dan aku takkan memaksa 'dia' dengan soklan-soklan centu. "Umur brape aku nak kawin?" Ntah le..bagi aku..kalo 2-3 tahun lagi tu sesuai la kot..

Apa yang aku sedih tu..bunyi sms 'dia' cam..aku takkan ada harapan lagi untuk idop bersama ngan 'dia'. Kenape aku pikir centu aa? 'Dia' cakap, ape pun..biar le aku selesaikan dulu segala tanggungjawab aku kat family, adik-adik..tunggu keje confirm dulu..baru kita pikir pasal kawin. Kalo ada jodoh, kalo ada rezeki..kita kawin..kalo takde pun..nak buat cemane..

Ayat terakhir tu yang membuatkan aku sedih. Aku rasa cam 'dia' dah ada pilihan lain..patut ke aku pikir centu? Ishhh..patut ke aku ragu-ragu ngan 'dia'?

Perasaan aku kat 'dia' tak penah berubah. Aku masih lagi macam dulu. Tapi...aku harap..'dia' takkan berpaling pada insan lain..kecuali la kalo aku ditakdirkan mati dan takkan jumpa lagi ngan 'dia' selama-lamanya. Aku redha. Sebab aku tau..MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI....kalau pun aku masih idop..dia ada pilihan lain..aku terpaksa terima. Aku nak tengok dia bahagia sebab aku sayangkan dia...

[Agi Idop @ 10:00 AM]

27.9.04

Tajuk : Sronot Gilerrrrr..

Adehh...letih giler aku semalam. Tapi..letih-letih pun..sronok sangat. Puas ati.

Dua ari berturut-turut aku and the geng kuar gi shopping kat Jalan TAR. Bukan shopping mende pun..just temankan housemate aku tu gi beli barang-barang untuk hantaran dia. Sambil-sambil tu..aku pun menyelit gak le..satu dua barang..muehehehehehe...

Ahad plak, dalam kul 9 lebih centu la..kitorang dah kuar. Menyambung shopping yang tak abih lagi. Lagipun Sabtu tu just survey tempat jek yang mana murah. Pi balik...pi balik area situ..sempat lagi aku sambar sepasang kasut kat Tang Ling. Memang besh kalo dipakai. Dan lagi besh bila aku terus pakai masa beli tu. Muahahahahaha...hampeh btol aku ni.

Lepas mamam, aku ngan member sorang lagi terus tuju India punya Masjid. Housemates lak trus tuju bus stop kat seblah Sogo. Nak balik umah la..ape lagi. Lebih kurang jam 5 petang..kitorang berdua bergerak ke Kotaraya untuk ke Kl Sentral. Haaaaaaa..kat situ le bermulanya citer aku yang sronot giler ni..kua, kua, kua...

Janji kul 5.30 nak jumpe. Tapi..kul 5.30 tu..baru ada dua tiga kerat jek termasuk le aku skali. Sudahnya..kul 6 baru nampak batang idong. Hehehehe..biasak aa tu. Aku masih lagi nak buat-buat slamber..tapi ntah le buleh ke idak. Nasib baik mulut nih tak terkunci. Maknanya..buleh le lagi bercakap. Menegur diorang tu sumer.

Actually..ni le first time gathering kecil-kecilan yang aku join dalam Komuniti Extro. Biz ni. Pertama kali. Syukur Alhamdulillah..sahabat-sahabat baru sumer..ok. Paling besh sekali bila aku dapat majalah Blues Selamanya..preeeeeeeeeeeeee jek. Tak yah bayor dari Brader Macho. Ahaks! cane la aku tak perasankan nama dia masa baca BS itu ari. Ish, ish, ish....

Ape pun...terima kasih untuk sumer sahabat extro. Yang tak datang tu..takpe..lenkali bleh join lagi. Insyaallah..cuma aku sket segan le..bila sumer sahabat muslimah pakai tudung labuh..tapi aku..tiga segi jek. Err...bukan takmo pakai, memang ada terdetik kat ati nak pakai balik cam dedulu tu..tapi blom bersedia lagi..ehehehehe..

Doakan aku dapat memenuhi impian aku tu yek! Moga sempat le hendaknya...amin...

[Agi Idop @ 2:20 PM]

25.9.04

Tajuk : Everything In My Mind

Petang semalam, lepas balik dari opis..aku ngan housemates turun kat Pasaraya OTK tu. Hajat nak beli barang-barang dapur. Buat bekalan untuk bulan pose nanti. Aku rasa..tak banyak sangat barang-barang yang nak dibeli. Tapi..parah jugak la semalam..sebab masing-masing rasa cam nak patah bahu jek mengangkat barang-barang tu sumer bawak balik umah. Agak aku, bulan pose ni memang berat badan aku akan turun dengan mendadak nye. Takyah eksesais lagi. Kompom!!!! Hehehehehe..raya ni balik kampung sure mak abah terkezut. Wakakaakakaka...

Ari ni plak...lepas waktu opis..nak terus ke KL Sentral. Beli tiket untuk balik raya nanti. Risau plak aku kalo abih kang. Huhuhuhuhuhu..takmo aku raya kat sini. Nengok bangunan jek kiri kanan. Sekali lagu Sudirman berkumandang...meleleh jek ayor mata...uwaaaaaaa...

[Agi Idop @ 9:28 AM]

23.9.04

Tajuk : Hensetku Bukan Hensetmu

Huhuhuhu..aku baru jek top-up henset aku ari ni. Biase le kannnnn...ari ni kan ke 23 aribulan. Muehehehehe...Ape? Ape dia? O ye....gaji. A'ah..ari ni aku n the gomen staf..amik gaji ari ni. Syukur le. Tapi..aku idak le bergantung harap pada duit gaji aku pun..sebab baki bulan lepas..ada lagi. Ecewahhh..berlagak lak!!! bukan berlagak..udah kenyataan. Tu pasal..aku bleh bernafas lagi. So, bleh le aku bertit-tot, tit-tot..kejap. Kalo takkk..sonyap yo. Nak tembak-tembak orang pun takleh. Ahaks! Rasa cam dok lam gua mana ntah. Fuh! takde enset..tak idop le aku. Tapi..agi idop agi ngelaban. Kan, kan, kan...

Semalam gak..akak aku yang kat kampung tu tipon. Biase arr..takde mende lain. Sure nak tanya pasal enset yang aku kasi kat dia aritu. Problem lagi la tu. Iye le..low brand. Low..low pun, tiga ratus maaa...Hehehehe..alah..masa tu, nak pegang Nokia ceni pun..ngetor tangan. So, beli yang cikai jek dah le..

Okey la. Sambung balik. Enset tu memang slaloo problem pun sejak dua menjak ni. Bateri la, charger la..ntah hape-hape ntah. Skang ni..udah takleh nak send message lak. Emm..aku suh le dia check kat Message center tu..kot-kot le number dia ilang..sebab kalo ilang number tu..mane bleh sms. Tu la..banyak sangat tangan yang nak bermain-main dengannya. Tu pasal jadik lagu tu. Yang aku peliknya..number tu bleh tukor jadik number enset aku lak. Adehh..sah le..adik aku bermain-main dengannya ni. Aku suh dia isi balik ngan number tu..tapi tetap gak takleh send.

Arghhhhhhh...susah-susah, biaq la dulu. Tunggu sampai aku balik. Tau la aku nak godek cane. Bior terburai isi perut dia. Muahaha..sampai raya la jawabnya. Ala..sekejap jek. Masa tu kan berlalu ngan pantas. Kan, kan, kan...

Ok lah..ape-ape pun..aku dah buleh senyum dah skang ni kerna enset aku dah buleh dibunyikkan. Kakakaakaka..tetibe jek jari-jemariku gatal kembali...auwwwwww...

[Agi Idop @ 8:44 AM]

22.9.04

Tajuk : Renungan Untuk Aku Dan Korang

Muahahaha...moh le pakat-pakat menginsafkan diri seblom masing-masing diinsafkan..huhuhuhu..aku takde idea sebenonye..tambah lak..kebizian tahap buragas giler dah ni..so, untuk tidak mengosongkan entri aku ari ni..aku copy paste je le from forwarded emel. Moga-moga sama-sama jadikan renungan dan amalan..amin.

Cecahkan dahimu ke sejadah,
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan,
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan.

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan,
Dengan kain kafan yang serba putih,
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah Solat Jenazah,
Dengan empat kali takbir dan satu salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah.

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus,
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud,
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.

Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum kamu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan,
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan.

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal,
Bukan yang pergi,
Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istighfarkan,
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan,
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya,
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti,
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak patuk itik tak sudu,
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari malaikat,
Lahirmu bukan untuk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah',
Dengan penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falah',
Jalan kemenangan akhirat dan dunia,

Ingatlah yang kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jalan,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan.

Pada hari itu tiada berguna harta, takhta dan putera,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

[Agi Idop @ 3:09 PM]

20.9.04

Tajuk : Apa Aku Buat Masa Cuti

Masa cuti dua ari ni..aku banyak abiskan kat umah jek. Nak kuar pun rasa maleh. Tambah lak ari ujan. Pagi petang ujan. Syukur le. Idak le panehhhh...jek manjang. Sesekali tu nak juge kesejukan. Lagipun...sian kat pokok-pokok yang tumbuh kat muka bumi ni. Dahaga sokmo. Ahaks!

Bila dok kat umah..aktiviti aku banyak di perabihkan kat buku-buku, majalah dan juge surat kabor. Aku memang suka membaca. Sehari tak membaca memang tak lengkap idop aku. Abih buku, majalah lak aku baca. Abih majalah..sekabor lak aku baca. Bak kata orang tetua..kira aku ni cam ulat buku la jugak kot. Muehehehehe...

Bukan apa, bila membaca..aku bleh le tau serba sket perkembangan semasa. Kalo orang tanya..idak le tergaru-garu nak menjawab soklan. Paling penting, isu-isu semasa yang berlaku kat Mesia ni, pastu..perkembangan astis-artis tanahair...pastu...resipi-resipi baru ke..even tak sure lagi masak ke idak..just buat koleksi je udah le..kekekeke....

Semalam, aku baru jek abis 'mengoter' baju aku ni. Dah lama beli tapi tak pakai lagi coz besor sket. Kalo pakai sure jadik kelambu. So...berbekalkan ilmu yang ada sket ni..aku pun jahit le balik..tang mana yang perlu. Last-last..ari ni aku pakai. Yeyehhh...! Baru le seswaaaaiiiiiii. Hemmm...cadang nak buat baju sendiri tak lepas-lepas lagi. Bila ekkk? Nak kene cari kain murah sket ni..hehehe..bukan ape..kalo rosak ke..idak le terkilan sangat..kan, kan, kan...

[Agi Idop @ 8:40 AM]

16.9.04

Tajuk : Aku Mintak Maaf

First of all, aku nak mohon maaf kat kengkawan sumer..specially kat kengkawan Gengjurnal coz dah lama aku menyepi. Aku dah terlalu lama tak menjenguk blog @ jurnal korang sumer. Aku harap, korang sumer jangan kecik ati yek dengan keputusan yang aku buat ni.

Bukan aku tak ingat kat korang, bukan jugak aku dah lupa kat korang malah dari hari ke sehari..tahap kerinduan aku kat korang dah semakin maksima. Hehehehe...

Program GJ pun dah lama aku tak join. Last aku join pun masa majlis bacaan Yasin dan Tahlil kat Masjid KLCC untuk arwah wife Uncle Ep aritu. Tak silap aku...bulan 5. Betul tak?

Skang ni..aku semakin sibuk nak bereskan sumer keje yang ada. Bukan apa...aku takut tak sempat. Sape yang nak buat keje aku nanti. Nak update fail, nak setel benda-benda yang penting...Blog ni pun aku tulis..pasal aku curi-curi masa je sket.

Hemm..YM pun dah jarang aktif. Pesal aaa? Aku pun pelik. Tapi takpe la..insyaallah..buat korang sumer..kalo umur aku masih panjang lagi sampai abih tahun ni...and then kalau aku masih lagi dapat bernafas lama lagi kat bumi ni...aku jumpa gak ngan korang ekk.

Ok...Miss You All!!!

[Agi Idop @ 8:29 AM]

14.9.04

Kawan Lama

Tengah sesedap dok buat keje tadi, henset aku bunyik. Uiks! mesej la. Sape ekk? Dia ke? Opps..bukannn...dari nombor yang tak aku kenal. Hemm..sape yek! Gaya bahse macam kawan lama aku tapi sape? Kawan skolah ke..kawan keje? Ishh...kompius tul la.

Aku tanya dia..sape? Dia kata..dia la balak yang aku dok sayang masa kat PTD dulu. Uiks? Sape pulok doh? Rasa aku...takde sape pun. Err..kat Ipoh ke..Manjung ekk? Hemm..berteke-teki jap aku. Aku cuba teke. Mungkin ke budak tu. Agak je le..sebab dari no. henset lama yang di kasi..macam penah tengok.

Tak lama aku mengompiuskan diri..henset aku bunyik lagi. Kali ni bukan mesej. Tapi call from the number. Aku angkat. Uiks! Hah! Sah...mamat ni. Aku memang dah agak. Kawan lama tempat keje aku dulu masa kat Manjung. Muahahahaha...hampeh btul. Dah lama aku tak kontek dia ni. Tak silap dah dekat dua tahun gak le. Lama tu..Bukan pasai pe..bila aku kontek dia nampak gaya cam nak taknak jek membalas..huh! tu pasal le nombor dia aku delete. Ingatkan dah tak ingat member lagi.

Dia kata...kalo bleh..dia nak buat reunion untuk sumer member-member keje dulu..tapi malangnya sumernye dah lost contact. Masing-masing dah bawak haluan..keje le..study le..ada yang dah jadik mak orang pun..macam-macam lagi la. Yang klakonye..bila aku sebut nama member-member keje masa kat Ipoh. Mana la dia kenai. Heh! Aku kompius sebenaqnya...

Dalam pada tu..dia dok tanya gak apa status diri aku skang ni. Adakah kat KL ataupun Perak. Aku cakap Perak. Kat Ipoh. Insyaallahh...Heh! Bior dia tau sket. Takmo sorok-sorok. Kan senang. Risau gak orang laki ni...bahye...muahahahaha....ape pun ati aku tetap kat 'dia'. Ahaks!

[Agi Idop @ 1:00 PM]

13.9.04

Tajuk : Bengang

Tadi aku bengang sungguh bila keje yang bukan aku buat orang cakap aku buat. Tapi...kenangkan diorang lebih tua dari aku, lebih tinggi jawatan dari aku...aku diam jek walau dalam ati rasa gerammmmmmm..sangat. Mentang-mentang la aku pose..so, ada jek dugaan yang datang. Sabaq je la...

Start aku buat keje sensorang ni...diorang sumer dok ingat yang segala keje-keje ni walaupun tahun lepas punye..aku le yang buat padahal kerani sorang tu pun masih ada lagi masa tu. Ish!

Tanya pasal mende-mende yang dah lepas, mana le aku nak ingat sumer. Ingat palotak aku ni buleh set banyak information cam komputer ni ke. Sedangkan pc aku nih pun kejap-kejap menggantungkan (hang) dirinya. Tak tahan bila banyak sangat mende nak di 'save' lam otak dia. Aku pun centu la jugak. Kalo mende tu aku buat, maybe aku ingat..tapi mende yang bukan aku buat...mane nak ingat. Tengok pun tak penah.

Sudahnye..aku kene selak semula 'float-float' tahun lepas. Baca selai demi selai. Tak cukup tu, fail yang dah tutup pun kene bukak balik. Adusss...penin pale ceni.

Last-last, diorang call mengatakan yang keje tu kerani hampeh yang sorang lagi buat. Bukan aku sebab diorang dah tanya officer yang berkenaan. Ntah mana mende tu ilang aku pun tak tau. Bukan ari ni jek mende-mende ceni terjadi, ari lain pun sama gak...

Terus-terang aku cakap, kalo mende tu aku yang buat...dah sure aku akan mengaku. Eiii..memang dugaan betoi la...

[Agi Idop @ 3:01 PM]

11.9.04

Tajuk : Bajet 2005

Muehehehe...nie la masa yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia. First time Pak Lah bentangkan bajet ni. Hehehehe...dah pat ploh lima kali dia terbatuk-batuk. Err..Minum ayaq dulu naaa...

Perkara penting yang nak aku tulihkan kat sini ialah...BONUS. Buleh dikatakan sumer kakitangan awam dok tunggu-tunggu pengumuman pasal mende ni. Tak bergerak depan tv. Khusyuk dan tawaddhuk. Heh! tapi aku lak pelik. Aku tak kisah pun dapat ke idak bonus tu. Err..awat aa? Adakah aku dah kaya? Ohhh..takk..tapi, betoi la. Aku tak kisah pun...dapat pun takpe..tak dapat pun takpe...ecewahhhh..berlagak lak...pigirahhh..ahaks!

Ok, bagi kami kumpulan sokongan ni..dapat le bonus lam satu setengah bulan. Kalo kumpulan profesional lak..dapat le sebulan. Jadi le tu..bermakna bulan seploh ngan doblas ni..dapat le. O ye, lagi satu...elaun sewa rumah pun naik gak..dari RM30 ringgit. Jadi le tu..ye dak? Ekekeekeke...

Tapi bagi perokok-perokok tegar...mampu ke nak mendapatkan sekotak rokok tu nanti. Iye lahhh...rege rokok dah naik...kekekeke..bertobatlah..sebelom anda ditobatkan..Kua, kua, kua...

P/S : abah aku isap rokok daun jek la...kakakaakkaa..

[Agi Idop @ 1:07 PM]

10.9.04

Boring Tahap Melampau

Errr...takde citer buat masa ni yek! Kepala otak aku boring. Dia cakap dia takde idea. So...aku forwardkan minggu depan la ekk...anyway, kat bawah ni..aku letak lirik lagu dalam SAMARINDA-DALAM HATI ADA CINTA. Kan aku dah janji nak letak seblom ni...so, sape-sape yang nak tu..amik la kat sini..pree jek..takde bayor...

Kisah Cinta-Fauziah Ahmad Daud (Ogy)

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuh harapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...

Sekian, tima kasih....:)

[Agi Idop @ 9:30 AM]

8.9.04

Tajuk : Pesan Mak Abah

Macam-macam peringatan, pesanan dan nasihat yang mak ngan abah aku bekalkan dari kampung. Agak aku, kalo sumer tu bleh nampak...dah sah..beg aku takkan muat nak diisi.

Mak risau sungguh bila aku dok berjauhan dari diorang. Paham-paham je la..skang ni banyak sangat kejadian jenayah yang berlaku. Kalo tak jenayah pun...eksiden la. Langgar sana..langgar sini. Aku pun naik takut jugak nak kuar umah skang ni. Tambah plak kalo sensorang.

Bukan apa...kalo nak mati sekalipun..bior le orang kata..mati ngan cara yang baik..cukup segala anggota badan. Takmo le nanti..roh terjerit-jerit kesakitan plak.

Haii..ntah la. Makin negara nak melangkah maju..makin huru hara jadinya. Sempat ke sampai wawasan 2020 tu? Masa tu...umur aku pun dah 38 tahun. Maybe...dah anak 2-3 orang...ecewahhh...hehehehe...(kalo panjang umur). Kalo umur pendek, mungkin esok, lusa, tulat...nyawa aku akan melayang. Takde suami, takde anak. Yang ada..anak tekak, anak mata, anak telinga..dan macam-macam anak lagi la...

Ape pun..pesan mak abah tetap aku simpan kukuh dalam hati aku. Sentiasa berhati-hati walau kat mana jugak hatta dalam uamh sekalipun. Benda nak jadi...kat mana-mana pun bleh jadi tanpa mengira waktu. So...pandai-pandai le jaga diri. Kuatkan semangat. Tabahkan hati..

Paling penting, pesan abah..INGAT ALLAH SELALU BILA-BILA MASA. Insyaallah...sempurna segalanya...

[Agi Idop @ 8:17 AM]

6.9.04

Tajuk : Bestnyekkk..

Hulalalala..aku dah kembali semula di sini..aku dah balik wey!Ikutkan ati, aku memang takmo balik..tapi mengenangkan amanah dan tanggungjawab yang patut aku tunaikan so...terpaksa le aku balik huhuhuhuhuhu...

Err...nak citer pe ekk? Citer memang panjang tapi..takpe le..aku short-cut je le yek! Kang citer pepanjang jadik novel lak..hak, hak, hak....

Emm..balik kampung kali ni membuatkan ati aku berbunga ceria. Bukan ape..aku dapat jumpe dia. Walaupun sejam lebih..tapi kira orait sangat le dah tu...dapat nenok muka pun jadi le..kan, kan, kan...rindu siotttt...! Lagipun..aku dah mintak permisi kat mak yang aku nak jumpa dia..alhamdulillah..mak and daddy pun dah izinkan dan diorang pun dah bleh terima pase mende-mende ni..so, gumbira tak terkira la aku...! yeyeh..!!

Hehehe...paling aku suke bila kolam kat blakang umah tu dah makin kering. Ye le..dah lama tak ujan. Ikan-ikan kat dalam tu pun dah makin semput. Takde air. Yang ada hanya le selut-selut yang ditutupi ngan pokok-pokok kiambang. Tak terkecuali..kangkung pun ikut menyelit.

Heh! peluang keemasan sedang menanti. Adik aku pun mula le turun menggagau ikan. Eiii..sonok arr. Ada ikan haruan, ikan keli, ikan puyu, ikan sepat...ikan sepilai..hehehe..best ooo...sudahnye..tengahari tu, aku sefamily pun makan berlaukkan ikan-ikan yang ditangkap tu..peh! cicah ngan ayaq asam..fuh..meleleh ayaq lioq oo..

Ish! takleh lupa arr..memang best giler. Rasa cam nak dok lelame lagi kat kampung..tapi takleh..takut bos ngamuk kang! naye jek!

Tapi tu la..bila dok kat kampung ni..aku rasa lega selega-leganya. Lega dari bunyi bising kenderaan, lega dari menghidu asap-asap yang ada, lega dari kesesakan jalan raya dan macam-macam lagi arr. Paling penting, otak aku ni dapat le rehat sket..mata aku pun segar le jugak sebab bila bangkit pagi jek..nengok pokok-pokok yang menghijau. Idong lak takde le jelaga teruk sangat...muehehehehe....

Dah balik kampung lelame..nak balik KL pun udah rase maleh. Segan jek nak kemas beg. Nape ekk? Huhuhuhuhu....

[Agi Idop @ 8:42 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==