*
*
*
*

28.8.04

Tajuk : Balik Kampung

Ooo..ari ni aku balik kampung..kul 11.30 kang dah nak kuar dari opis..hehehehe..sonoknye..dah lama tak balik ni..rindu melantun-lantun. Lagipun..aku bari jek beli kamera. Nanti bley le bergambo..klik-klik sana..klik-klik sini..huk alohhh..beshnyekk..tak dapat nak kubayangkan..

So,..sepanjang pemergian aku neh..blog ni akan menyepi buat sementara waktu sampailah 6hb nanti..baru le akan bersuara kembali...yeyehhhh...

Wait for me, k!!!

O ye, buat DASY..thanks a lot pasal informkan tajuk lagu and penyanyi Dalam Hati Ada Cinta tu..i love it!! thanks!

[Agi Idop @ 10:40 AM]

26.8.04

Tajuk : Bajet

Semalam, aku ambik gaji. Alhamdulillah...ditambah dengan baki yang masih ada...bernafas sket le aku. Segala-galanya..dah setel. Sewa rumah, bil letrik, duit dapur..tunggu bil air ngan gas jek lagi. Senang. Takyah nak pikir-pikir hutang sana..hutang sini. Penin pale oo..

Ape pun aku kesian ngan housemate aku sorang tu. Kak K. Tiap kali gaji..muka dia mesti monyok. Ye le..memang jauh beza gaji aku ngan gaji dia. Tapi..nak buat cane. Dia banyak sangat buat potongan. Aku pun takleh nak cakap apa. Potong itu la..ini la..tambah lak skang ni..sewa umah untuk sorang makin tinggi. Mujur le..duit untuk parents dia dah tak hulurkan..kalo takkk..mau tak makan. Dalam pada tu..aku pun pelik gak..duit claim perjalanan..kerap jugak dia dapat..tapi sumer tu ntah kemana.

Bagi aku..aku hargai apa yang aku dapat dan capai selama ni. Bukan taknak buat potongan..tapi skang ni..aku takmo lagi. Aku lebih rileks..bajet betoi-betoi..dan Alhamdulillah..aku masih lagi boleh bernafas walaupun kengkadang tu semput jugak. Bajet untuk sewa umah, segala bil-bil yang ada, untuk family, untuk henset, untuk simpanan dan selebihnya..baru le aku guna. Tu pun aku gunakan for something yang aku rasakan betoi-betoi keperluan untuk diri aku.

[Agi Idop @ 7:46 AM]

25.8.04

Tajuk : Selagi Aku Idop..

Buat keje tanpa rungutan. Biarpun bertimbun-timbun..tapi keje tetap keje. Ntah la. Aku sendiri pun pelik dengan sikap aku ni. Kat rumah..kemain riuh lagi aku..tapi kat ofis..perwatakan aku tiba-tiba aje berubah. Bukan semalam, bukan hari ni tapi sejak mula lagi aku keje kat sini. Aku tak suka nak main-main. Lantak la apa orang nak kata. Dan..dari hari ke hari..masa aku untuk berchatting di YM dah semakin terbatas. Dek keasyikan bekerja, aku lupa tu sumer.

Mungkin..pasal aku dah mula sedar..tanggungjawab aku kat sini dah semakin banyak. Kalo aku tak selesaikan sumernye..sikit demi sikit..alamat lingkup la aku. Apatah lagi bila mengenangkan projek yang bakal dilaksanakan mendapat tentangan pihak-pihak tertentu dan dah semestinya aku terpaksa pulang semula ke tempat asal.

Housemate penah cakap yang perwatakan aku kat rumah dengan ofis memang jauh berbeza. Heh! tak kisah la..janji aku boleh idop..dan terus idop. Apa pun..biar masa yang menentukan...

[Agi Idop @ 2:25 PM]

24.8.04

Tajuk : Biasa Le..Orang Famous..

Pagi tadi, aku dapat emel best dari sorang kawan. Emel berkenaan dengan penyanyi nombor satu negara kita. Ala...sape lagi kalo tak Siti Nurhaliza. Opps! Aku bukan peminat dia. Sorry ye.

Emel ni ditulis oleh salah sorang pekerja Astro yang mengirimkan berita ni kepada sorang wartawan Berita Minggu (Siti Jarum). Heh! kali ni bukan cerita puji-pujian kepada penyanyi tu tapi kutuk-kutukan yang melampau. Muahahahaha...tabik spring aaa..!!

Iye la..wartawan..sure lebih tau dari kita..ye dak? Apa yang betul..apa yang tak betul..tapi ntah la. Aku dah banyak kali dapat cerita best ceni..mulanya..aku buat derk jek..tapi bila dah dapat lagi..dan lagi..umpphh..takkan citer ni tak betul kot?

Biasa la tu...orang dah femes. Dah jadi adat pun manusia akan lupa diri bila dia rasa dirinya dah tinggi dari orang lain. Payah la kalo nak jumpa manusia yang betul-betul manusia kat dunia ni. Kalo ada pun..sure satu dalam berjuta-juta tu.

Macam arwah Sudirman dulu tu pun..sama jugak. Kita yang tak tau mungkin akan terus memuji-muji beliau tapi di sebalik tu sumer..kita tak tau apa yang berlaku. Kalo ada yang tau pun..sure akan merahsiakan sebab bimbang berlaku kejadian yang tak diingini. Biasa le..orang femes. Kan, kan, kan....

So, apa-apa citer pun...bior le diorang. Yang tau sumernye..Tuhan jek. Wallahualam...

[Agi Idop @ 8:07 AM]

23.8.04

Tajuk : Cepat Le Masa Berlalu

Ish! rasa cam lambat betoi masa berjalan. Bukan apa..aku dah tak sesabaq nak balik kampung ni. Dah rindu tahap gegiler dah ni. Adehhhh...pikiran aku asyik terbayang kat family jek. Muka abah, muka mak, kakak..pehtu lak bila nengok bebudak jek..udah aku teringat kat adik-adik lak. Aiseyyy..guano ni? Ececece..tapi kan..aku pun rindu someone special kat sana gak. Mintak-mintak le kali ni bleh jumpa...huhuhuhuhuhu...

Tajuk : Kenduri

Pagi Sabtu, ada kenduri kat tempat bermastautin aku. Dalam ati, rasa cam maleh nak pi tapi bila mengenangkan yang kitorang dijemput dengan pemberian invitation card, so..pegi je la. Memula..pikir. Emm..nak pakai baju ape ekk? Takkan nak pakai t-shirt plak kot? Ish! biaq betoi. Bukan apa..kenduri tu just buat kat bawah tu jek. Kat dewan tu. So, maleh aa nak pakai lelawa. Pikir nye pikir..ahhh..lantak ahh..pakai baju kurung la senang. Nampak sket kesopanan dan kesusilaan nih. Auwww...

[Agi Idop @ 11:45 AM]

20.8.04

Tajuk : Samarinda

Nengok Samarinda semalam, ewah! makin best plak. Citer semakin rancak. Aku dah agak yang Alia tu anak angkat. Patut le layanan mak dia..berbeza skali. Huhuhuhuhu..ciannnn..dia. Plak tu..bopren lak kene tunang ngan kakak dia. Adehhhh...susahnye nak terima kenyataan kan? Ecewahhhh...aku plak yang lelebih.

Hehehehe...dah dua minggu aku dok depan tv setiap kali citer ni dimainkan. Bukan hape..nak salin lirik lagu jek. Sedap oo lagu tu. Tapi hampeh le. Tak jelas. Ada le..part-part lirik tu yang telinga aku mahupun telinga housemate tak brape nak dengor. Tah ape bende yang dia sebut pun tak tau le...rugi arr..kalo tak dapat. Sebab aku dah hampir nak dapat satu lagu tu. Penuh. Bila sumer dah ok, baru le aku nak letakkan kat sini.

Kekekeke..sape-sape yang nak lirik tu nanti, bleh le amik kat sini yek! Tapi bukan skang. Just..bila lirik tu dah wujud lam blog aku ni.

[Agi Idop @ 8:50 AM]

19.8.04

Tajuk : Kibarkan Jalur Gemilang..!!

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang megah kami terasa
Jalur gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua

Jalur gemilang di bawah naunganmu
Jalur gemilang kami semua bersatu
Perpaduan..ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia...

Berkibarlah..berkibarlah..berkibarlah..
Jalur gemilang..!!


Maka, dengan ini..aku ingin melaungkan 'MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! sebagai menyahut cabaran PM kita..kibarkanlah jalur gemilang..di dalam blog anda...!! Yehaaaaa..!!!


[Agi Idop @ 8:28 AM]

18.8.04

Tajuk : Kita Atau Dia Yang Terluka

Apa akan jadi kalau seorang lelaki yang memang kita anggap sebagai sahabat bermula dari rakan sepermainan hinggalah ke alam persekolahan....tiba-tiba meluahkan perasaannya terhadap kita??

Dia ingin sekali menjadikan kita sebagai permaisuri dalam hidupnya. Dia ingin sekali menjadikan kita teman hidupnya dan segala-galanya untuk diri kita. Segala-galanya.

Jika dua insan (lelaki dan gadis itu) punya perasaan yang sama..mungkin itu tidak mengapa. Tapi jika gadis itu punya perasaan sebaliknya...aduh! bagaimana mahu selesaikannya?

1-Berterus-terang walaupun hati lelaki itu terluka & kecewa?
2-Pendamkan saja walaupun hati kita yang merana & terpaksa?

Fikirkanlah! Setiap yang hidup perlukan pengorbanan. Berkorban untuk diri sendiri, untuk keluarga atau untuk orang yang tersayang.

Sampai bila kita mahu mementingkan keegoan diri sendiri? Sampai bila kita mahu mengikut kata hati? Fikirkan dan buatlah keputusan yang terbaik agar sempurna, bahagia dan kekal hingga ke akhirnya. Moga Allah merestui segalanya.....amin..

Aku berpesan pada diriku sendiri...(^_^)

[Agi Idop @ 3:34 PM]

17.8.04

Tajuk : Mimpi Yang Tak Best

Ishh..malam tadi aku mimpi sesuatu yang menakutkan. Gila. Nak kata tak baca doa..aisehhh..segala doa aku baca. Nak kata tak basuh kaki..pat lima kali aku basuh. Ala..bese le kan..orang tetua kata..mimpi tu kan mainan tidur. Ahaks! Mainan? Iye le tuuuu...

Jarang aku mimpi macam ni. Mimpi kena kaco dek setan yang menjelma jadi mende-mende something la. Tapi..setiap kali mimpi centu..syukur..aku buleh lagi nak membaca mana-mana ayat al-quran. Walaupun pada mulanya..suara tak kuar..tapi aku gagahkan jugak. Aku lawan dia. Alhamdulillah..aku menang. Dia kalah. 'Plinggg..!!' dia trus ilang.

Ada skali tu..masa kat asrama..aku mimpi menatang ni lagi. Masa tu..aku baru sampai umah. Tak tau le plak dari mana. Waktu tu waktu senja. Tetibe jek aku kene kejor dek menatang tu. Tak tau rupa cane sebab dia berselubung itam. Dia tarik tangan aku. Tak kasi aku masuk lam umah. Aku cuba lari tapi tak buleh. Nak menjerit, suara plak tak kuar. Aisehhh..cane ekk? Nak jek aku tarik kain selubung dia tu..tapi tak bulehh..dia elak. Last-last..aku baca ayat Kursi. Apa yang aku terkejut, dia ikut aku baca skali. Ek elehh..natang ni. Nak kene btul. Sambil meronta-ronta..sambil mulut aku baca. Walaupun tak kuar suara..tapi aku kuatkan jugak semangat nak perabihkan ayat tu. Dia tetap ikut aku baca. Sah! natang ni memang degil.

Sampai abis ayat kursi tu aku baca..dia still menten. Lerr..dia ni..degil tu. Dah tak tau nak baca apa lagi..aku baca surah Al-Fatihah lak. Kali ni dia takleh ikut. Hak, hak, hak..padan muka. Macam tadi, suara aku masih gak tak kuar. Takpe..aku teruskan. Sampai kat 'MALIKIYAUMDDIN'..tu aku tepis muka dia ngan tangan aku. Tetibe jek tangan aku rasa sakit. Rupa-rupanya..aku tepis locker. Kuat plak tu. Adehhh..takpe..aku teruskan baca sampai abis..and lastly..dia mengalah..

Dia lepas tangan aku. At the end, aku tengok dia hancur jadik cam serbuk kecik-kecik colourful lagik..ecehhh..trus berterbangan di udara. Fuh! berjaya gak aku.

Bukan apa..diorang ni saje jek nak kaco kita. Nak tengok kita ni lemah semangat ke idak. Tapi mujur le..segala-gala yang aku alami ni bukannya realiti. Sekadar mimpi jek. Kalo realiti..tak tau arr nak cakap cane. Hadapi le sendiri. Takut ke idak..sendiri tau. Ekekekekekekeke...

[Agi Idop @ 11:20 AM]

16.8.04

Tajuk : Kenapa Dia Begitu?

Sabtu lepas, aku terima kad jemputan dari sorang staf kat jabatan aku ni. Lelaki. Mungkin sebab aku dah tau dan mungkin jugak sebab aku takde ape-ape perasaan ngan dia..so, aku terima berita tu dengan rasa gembira. Seronok bila mengenangkan bertambah la lagi sorang family opis aku ni.

Sejak aku mula keje kat jabatan ni..dia tak lepas dari mengusik aku. Biasa lah..orang bujang. Aku faham dan aku buat tak peduli jek. Tapi kadang-kadang tu..malu jugak bila depan kawan-kawan dia pun..dia still lagi dengan perangai giler-giler dia tu. Bagi aku..tu sumer takde ape. Aku jadikan perkara tu sebagai asam garam keje kat opis. Tapi, terkadang..ati aku terusik jugak. Ahh..pedulikan.

Cuma apa yang aku pelik, air muka dia seakan tak ceria macam hari-hari biasa. Bagi aku, kalau dah nak kawin tu sure le seronok kan. Tapi..dia ni plak lain. Iye! aku perasan dia macam tu. Slow jek tangan dia masa nak serahkan kad tu pada aku. Mulanya dia suruh aku teka kad tu sape punye. Tapi..aku senyum jek sebab aku dah tau..memang dari dia. Dia cakap kat aku, jangan lah sedih. Senyum la sikit. Lerr..dia tak perasan ke yang aku tengah senyum ni. Memang aku akui, ati aku sedikit berdegup bila nama dia tertera pada kad tu..tapi cecepat aku nafikan yang aku takde perasaan apa-apa pada dia.

Lama dia duduk depan meja aku. Mungkin dia nak tengok reaksi aku kot. Takde perkara apa yang kami cakapkan. Masing-masing diam membisu sementelah plak lidah aku akan jadi kelu bila berdepan dengan dia sampai lupa nak ucapkan tahniah. Pelan-pelan..dia terus berlalu dari situ..dengan wajah yang mungkin sedikit kecewa dengan reaksi aku agaknya..

Balik umah, ruang otak aku asyik berlegar-legar ngan soalan "Kenapa dia begitu?" Hemm..jenuh aku pikir. Tak berani nak cakap apa..sebab segala-galanya dah ditentukan tuhan.

Err..ape pun..lepas ni..aku akan mengelak dari terserempak ngan dia lagi. Aku taknak dia ulang perkara yang sama sebab aku tau..dia sudah dimiliki. 'Moga berkekalan ke akhir hayatmu.'

[Agi Idop @ 7:42 AM]

14.8.04

Tajuk :Just Think Of It-The Sparrow

Once upon a time there was a nonconforming sparrow who decided not to fly south for the winter. However, soon the weather turned so cold that he reluctantly started to fly south.

In a short time, ice began to form on his wings and he fell to earth in a barnyard, almost frozen. A cow passed by and crapped on the little sparrow. The sparrow thought it was the end. But the manure warmed him and defrosted his wings.

Warm and happy, able to breathe, he started to sing. Just then a large cat came by and, hearing the chirping, investigated the sounds. The cat cleared away the manure, found the chirping bird, and promptly ate him.

Moral Of The Story

1) Everyone who SHITS on you is not necessarily your ENEMY.
2) Everyone who GETS you out of the SHIT is not necessarily your FRIEND.
3) And if you're warm and happy in a pile of shit, KEEP your mouth SHUT.

[Agi Idop @ 8:35 AM]

12.8.04

Tajuk : Sebab Aku Tau...

Hidup dalam keluarga penoreh getah memberikan aku banyak pengalaman, pengajaran, ilmu dan kenangan yang tak ternilai. Dari aku kecik, sampai le ke besar macam skang..aku masih lagi anak kepada penoreh getah. Aku tak malu. Aku tak segan nak mengaku yang mak dan abah aku adalah penoreh getah sebab aku tau..dari duit tu la..aku buleh jadi macam skang.

Tiap kali nak pi skolah, abah akan hantar aku dengan beskal tua dia. Masa tu, abah tak mampu lagi nak beli motor. Hanya beskal tua dia tu je la yang jadik peneman setia kemana je. Duduk atas galang beskal, tangan pegang handle..aku pegi skolah. Walaupun punggung rasa sakit, tapi aku diamkan sebab aku tau..abah pun susah. Lepas hantar aku, abah terus pegi kebun. Bukan kebun bebuahan..tapi kebun getah. Kebun getah yang penuh semak samun melebihi kepala orang dewasa tu la tempat keje abah aku. Pak Belang, babi hutan, ular sawa jangan cakap la. Dah semestinya ada. Tapi mengenangkan yang masing-masing nak cari makan..jadi pandai-pandai la jaga diri.

Cuti skolah, aku ikut mak abah pi kebun. Tulong mak kutip sekerap, kutip getah beku..tu dah jadi keje aku. Kadang-kadang..kalau ada pokok getah yang kecik-kecik tu..aku pun menoreh skali. Seronok. Memang best bila tengok susu getah akan keluar ikut alur torehan tu dan terus masuk ke dalam bekas. Nyamuk jangan cakap la. Memang banyak. Bila balik umah je..sure muka aku merah-merah dan bengkak-bengkak. Tapi aku tak peduli..sebab aku tau..esok lusa aku akan pegi ke situ lagi.

Abis keje, aku dan mak balik umah tapi abah pulak terus ke tempat mesin getah untuk buat getah keping. Kadang-kadang aku tengok, abah mengeluh jugak. Ye la..dengan kaki dia yang sket tempang tu..mungkin sukar bagi dia nak buat keje.

Aku paham. Mak abah aku orang susah. Tak mampu nak bagi kemewahan macam orang lain. Aku penah pakai kasut skolah 'pallas' dari darjah satu sampai darjah tiga. Bila jalan, ibu jari kaki aku mesti terkeluar. Tapi..kasut skolah tu tetap putih untuk seminggu. Walaupun dah rabak, aku pakai jugak sebab aku tau..abah tak mampu nak beli kasut lain. Beg skolah aku pun tak penah betukar. Dalam ati, aku nak sangat beg baru tapi aku tak penah suarakan. Diamkan saja dan telan sendiri.

Mohon biasiswa dah jadi lali pada aku. Berpuluh-puluh kali mohon tapi jawapannya sia-sia. Mungkin sebab, kami orang susah jadi bayaran balik jika dah bekerja nanti mungkin tak termampu bagi orang-orang yang macam kami ni. So, abaikan.

Kat skolah, aku bawak bekal. Cuma nasik putih ngan telur goreng jek. Tu pun dah kira ok. Nak kata mintak duit blanja tu...jauh skali la.

Bila aku masuk asrama tahun 1998-1999, aku slaloo menangis. Di kelilingi kawan-kawan yang agak berada..aku slaloo rasa rendah diri. Penah aku terpikir, nak balik semula ke skolah lama..tapi mak abah tak kasi. Abah cakap, kalau aku balik semula ke skolah tu...lebih baik aku berenti terus. Dia susah payah bayar yuran persekolahan aku dengan duit simpanan dia. Duit hasil menoreh. Itu pun, mujur cikgu kat sini bersimpati dengan aku..dan yuran makan untuk setahun pihak skolah yang tanggung.

Setiap minggu, mak abah diorang akan datang menjenguk. Setiap kali datang, tak penahnya tangan kosong. Mesti ada isi. Aku yang takde sape ni..duduk je la dalam dorm. Menangis dalam ati. Satu ari, aku ngan beberapa kengkawan lain..kene tahan dek warden sebab balik kampung tanpa kebenaran. Padahnya..kami terpaksa menandatangani surat salah laku disiplin. Depan warden, kami disoal siasat. Sampai turn aku..dengan suara sebak dan air mata yang bergenang..aku mengatakan yang aku betul-betul kehabisan duit blanja. Sungguh! balik semula ke sini..mak bagi aku RM 20 untuk sebulan. Cukup ke?

Aku rela. Aku terima. Aku pasrah. Aku tak penah menyesal lahir dalam keluarga yang macam ni. Aku bersyukur sebab punya mak dan abah yang dah banyak berkorban. Skang ni, biar la aku pulak yang berkorban demi adik-adik. Aku nak tengok diorang berjaya. So, jangan tanya kenapa aku tak sambung study lagi. Tuhan..kau restukanlah impianku ini..Amin...

[Agi Idop @ 10:52 AM]

11.8.04

Tajuk : Ketika Ini 1

Ketika ini...
Tatkala mentari mula terbenam di ufuk barat
Aku masih leka di sini..
Leka memerhati suasana rembang senja
Dengan sinar suria yang kemerahan jingga..
Kicauan unggas tidak lagi kedengaran
Kerna semuanya sudah pulang ke sarang

Aku mengucap panjang..
Memuji kebesaran ilahi..
Dengan kasih dan rahmatnya
Aku kecapi rezeki
Yang tak pernah henti...

Ku dengar laungan azan..
Merdunya suara muazzin..
Agungnya tuhanku..
Allhuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!
Ku langkahkan kaki
Membawa diri
Untuk menyucikan hati..
Dari dipalut noda kehitaman..

Ketika ini..
Aku bersujud..
Memohon keredhaan dan keampunan dariNYa.
Memohon keberkatan dan limpah kurniaNYa
Ampunkan aku Ya Allah..!!!!

Perahan Idea
tulipbiru 23 September 2003
1.19 p.m


P/S : Coretan Di Kala Boring..muehehehe

[Agi Idop @ 9:28 AM]

10.8.04

Tajuk : Malang Yang Berbau

Tengok citer ni semalam, membuatkan aku terkedu sekejap. Merenung diri. Menghitung brape banyakkah dosa dan pahala yang dah aku kumpul selama ni? Adakah sama banyak? Atau berat salah satunya?

Mulanya..aku dan housemate memang tak paham langsung jalan citer dia. Konfius. Jenuh aku pikir. Tapi masih tak dapat jawapan. Sampai la satu tahap, dua orang housemate aku dah dibuai mimpi indah. Tinggal la aku terkulat-kulat menunggu citer yang belum berkesudahan. Bagi aku citer ni best. Lain dari yang lain. Walaupun mata aku dah berat, tapi aku gagahkan diri nak tengok jugak citer ni sampai abis.

Dalam pikiran aku, aku cuba meneka-neka. Apa kaitan dengan tajuk citer tu? Banyak yang aku teka. Macam tu dan macam ni. Akhirnya...Sah! tekaan aku tepat. Aku berjaya dapat jawapannya.

Watak utama citer ni adalah Lini (Zizi). Menjadi isteri kedua pada seorang lelaki (Shaharudin Tamby) yang sedang di landa masalah kewangan adalah jalan terbaik baginya untuk lari jauh daripada kedua-dua parentsnya. Dia juga punya satu keistimewaan yang tak ada pada manusia lain. Dia boleh mengetahui kejadian yang buruk yang bakal berlaku pada sesiapa juga termasuk dirinya. Tinggal sebumbung dengan madunya (Norseha) membuatkan dirinya sentiasa tak tenteram akibat tingkah laku madunya yang lebih kepada sakit mental. Satu hari, dia ditinggalkan suami dan madunya yang mahu lari dari belenggu Along (ceti haram). Keseorangan di rumah, dia ketakutan. Lantas, dia insaf dan ingin pulang ke kampung berjumpa dengan kedua orang tuanya. Mungkin di sebabkan mengantuk, dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. Perlahan-lahan, rohnya pulang ke rumah kerana ingin memohon ampun dan maaf dari kedua-dua parents dia tapi malangnya..mereka masih lagi menunggu akan kepulangannya. Hairan dan pelik dengan apa yang berlaku..dia cuba menangis, merayu-rayu minta diampunkan tapi semuanya hampa kerana mereka langsung tak mendengar apa yang disuarakan. Dia cuba menafikan yang dia bukan DEJA-VU cuma mimpi namun hakikatnya..dia sendiri dapat melihat yang jasadnya terbujur kaku di tengah rumah. Sambil menangis, dia cuba memohon ampun atas keterlanjurannya namun semua sia-sia. Syukur kepada Allah..dia telah insaf kerana apa yang dia saksikan itu hanyalah bayangan rohnya saja (Mungkin dia koma). Berkat keistimewaan yang diperolehi dia berjaya mengelak sebuah kereta daripada berlakunya kemalangan. Hakikatnya..dia masih hidup.

Aku insaf tengok citer ni. Sungguh! Banyak pengajaran yang buleh aku dapat darinya. Paling penting..jangan sekali-kali kita meninggikan suara kepada kedua mak abah kita walaupun cuma dengan satu perkataan iaitu "Ah!!". Nauzubillahhh..

[Agi Idop @ 11:46 AM]

9.8.04

Tajuk : Apa Nak Jadi..

Semalam, aku naik komuter masa balik dari UKM. Apa yang aku nampak..rata-rata sumernye adalah orang melayu yang berpasang-pasangan. Bila dah berpasang-pasangan tu..tanpa segan silu lak nak berpeluk-peluk n bercengkarama depan orang. Adehhhh..takde sifat kemaluan langsung!!!

Aku bukan jeles. Takde untungnya aku nak jeles tak tentu pasal. Tapi, aku sakit ati jek. Terasa macam maruah kaum aku ni..rata-rata orang Islam macam dah takde harga. Maruah bleh dijual dan dibeli kat mana-mana jek. Astaghfirullahal'azim.

Mungkin betoi la kot. Dunia dah nak akhir zaman. Maksiat merata-rata. Bersepah macam sampah. Buleh jek dicari kat mana saja. Kengkadang aku takut bila mengenangkan cemane le keadaannya bila sampai zaman anak-anak cucu cicit aku nanti. Sure lagi dasat. Sure lagi HEBBB BBOHHHH..!!! (sebut betoi-betoi).

Err..terover plak! O ye..pasal lagu Samarinda-Dalam Hati Ada Cinta tuu..aku blom dapat lagi lirik dia. Tengok aa malam ni..aku risik-risik k. Dah dapat sok..don't worry...aku siarkan kat sini..So, Adiosssss..

[Agi Idop @ 8:28 AM]

6.8.04

Tajuk : My Lovely Collection

Muehehehe, ish! mende le aku ni. Dah tulih, padam. Dah tulih, padam. Ate, bila nak publishnye? Huhuhuhuhuh..memang aku tulih..tapi bila dibaca-baca balik..ehek! tak sesuai la. Tak sedap untuk bacaan umum. Ingat senang ke nak tulih entri-entri ni..kene tapih jugak oit! Bukan bleh hentam kromo centu je. Silap tulih! adehhhh..malu sih! Ekekeekeke..

Skang ni..aku tengah mengintai-ngintai satu lagi lagu baru yang memang sedap untuk didengor. Bagi aku le..korang tak tau le pulak. Ala..kalo korang perasan..Slot Samarinda tetiap ari Isnin sampe Khamis kul 10.30 malam tu. Tajuk, Dalam Hati Ada Cinta. Fuh! lagu dia memang best. Kene plak lagu Fran ngan Jamal. Adehhh..menusuk ke jantung atiku. Bukan apa..aku ni suka mengumpul lirik-lirik lagu. Saje..buat koleksi. :P

Err..ntah le..aku ni suka sangat mengumpul mende-mende yang aku rasa best. Mende yang bleh bagi inspirasi kat aku. Antaranya, Majalah peberet aku..REMAJA. Tak penah miss untuk setiap keluaran. And Then, lirik-lirik lagu. Tak kira le..lagu omputih ke..melayu ke..indon ke..asal sedap dengor..sumer aku kumpul. Pehtu plak..aku suka kumpul kad Prepaid atau kadfon yang dah tak digunakan lagi..untuk apa? Ntah! aku pun tak tau..mungkin satu ari nanti..aku bleh buat satu barang kraftangan yang best dengan mende tu. Idea kreatifku akan dicungkil nanti!!! jeng..jeng..jeng..terakhir skali, koleksi aku ialah setem yang dah diguna pakai. Setem yang kiut, yang lawa, yang cantik, yang colourful..sumer aku simpan.

Hehehehe..apsal aa aku suka kumpul mende-mende ceni? Bukan apa..tu salah satu hobi baru aku sejak aku meninggalkan alam skolah. O ye, lagi satu lupa plak nak cakap. Aku suka kumpul surat atau kad-kad raya or besday yang dikirim oleh memember. Hehehe..ikutkan ati..sumer mende yang aku rasa cantik, sumer aku nak kumpul. Tapi memandangkan nanti, takde tempat nak letak..so, aku abaikan je le. Beg Kertas, Botol Minyak Wangi, Botol Syampu..keychain, heh! tu sumer mende yang terpaksa aku abaikan. Huhuhuhuhu!

Aku sebenonye..sukakan mende-mende yang bersifat seni. Aku suka menghias. Umah sewa aku tu..kalo mengenangkan yang tu umah aku sendiri..memang dah lama aku hias lawa-lawa nye. Tapi..aku ingat balik. Sok, kalo pindah..cane? Kekeke..pikir sindiri la!!

[Agi Idop @ 10:27 AM]

5.8.04

Tajuk : Ketenangan

Minggu ni merupakan minggu ketenangan buat aku. Takde tekanan. Takde tension. Takde bebanan. Otak aku pun dah rasa ringan. Fuh!

Memang ni la yang aku tunggu-tunggu selama ni. Kalo boleh..aku nak macam ni slaloo. Balik rumah...seronok. Datang opis pun seronok. Pendek kata..kalo kene buat keje tu..takde le mengeluh takmo buat le..maleh le..benci le..menyampah le..takde tu sumer. Aku dah tak rasa tu sumer lagi. Maybe..pasal keje tak banyak sangat kot. Tapi..tak jugak. Mungkin, aku dah pande handle segala keje yang diberikan. Syukran jazilan!

Ntah le. Kalo dulu..aku slaloo rasa maleh jek nak buat keje. Kalo ada pun..tangguh-tanguh je. Tapi skang..aku dah tak buat centu lagi. Aku akan setelkan sampai abis. Bior pale otak ni rasa ringan seringan-ringannya.

Hemm..maybe aku dah dapat semangat baru kot. Ye dak? Takpun..aku dah nak mati. Ahaks! Ye le..rajin tetibe jek.

Tapi, takpe..sekurang-kurangnya..apa yang aku buat skang ni dapat memberikan aku satu kepuasan yang tidak lagi membebankan kepala otak aku neh! Semoga berterusan sampai bila-bila di mana jua aku berada..hoyeh!

[Agi Idop @ 1:12 PM]

4.8.04

Tajuk : Don't Know What To Say

Sejak akhir-akhir ni 'mood' aku kurang baik sikit. Bukan disebabkan 'sakit perempuan' tu...tapi biasalah, kengkadang tu...ada baik..kengkadang pulak..ada tak baik..macam ni lah aku.

So, entri hari ni merupakan entri yang paling pendek pernah aku tulis..sorry bebanyak..

[Agi Idop @ 2:32 PM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==