*
*
*
*

31.7.04

Tajuk : Pontianak Harum Sundal Malam

Hehehehehhahahahahahaha...!!!! (mengilai dulu)..

Kelako plak aku tengok citer ni. Bukan hape..citer ni tak berjaya nak menakutkan aku yang sememangnya penakut gak le sesikit. Betoi! Tak seram langsung..!

Malam tadi, aku ngan housemate kepingin sangat nak tengok citer ni. Mulanya housemate takmo tengok malam-malam, sebab dia kata dia takut. Tapi aku bantah sebab aku kata, kalo tengok memalam le best. Nak uji keseraman citer. Tapi, rupanya..hampeh! citer bodo. Patut le lagu tema pun tajuk pulangkan..rupanya memang nak suh pulangkan. Cit!

Hehehe..rugi benor kalo pi panggung wayang semata-mata nak tengok citer antu bodo ni. Setakat muka tu cat putih pehtu kuku panjang, mata merah..gigi taring..rambut mengerbang..heh! setakat tu jek takyah le..bukan hape..takde 'feel' tau!

Sungguh! aku bukannya nak cakap besor, tapi aku mengaku aku ni pun penakut jugak...tapi bila tengok citer antu ceni aku boring la. Tak seram. Gelak lagi ade la. Udah le tak paham. Takut setakat muka jek. Yang lain tu takde hape.

Bagi aku le kan, citer seram bebetoi yang penah aku tengok le..citer pontianak dedulu tu..filem lama. Tak silap yang jadi antu tu Noor Kumalasari. Hah! yang tu memang meremang bulu roma. Pehtu, citer antu indon. Huh! tabik spring la..memang seram. Mak Lampir..and lagi satu citer Nangnak. Yang tu pun seram..

Sebenonye, orang kita bukan takleh nak wat citer seseram centu..boleh..cuma ada pihak-pihak tertentu yang tak membenarkan pembikinan citer yang terlalu seram. Iye dak?? Hehehehe....

So, kesimpulannya..citer ni tak seram! hampeh dan bodo!!! bole bagi 2 bintang je le kottt....

[Agi Idop @ 9:04 AM]

30.7.04

Tajuk : Api! Api! Help! Help!

1, 2...3..ok! Umah terbako panggey bombe..bombe datang berlumbe-lumbe..ewahhh..!!

Hehehhe..pagi tadi masa aku nak datang keje, masa dok dalam bas le..dari jauh aku nampak something yang membuatkan ati aku berdebor-debor. Uiks! Api le. Eh, terbako....dua bijik keter bombe ada kat situ.

Kebiasaannya, bas yang kitorang naik tu akan masuk ke satu simpang tu (Jalan Kg. Bandar Dalam) untuk mengambil penumpang dan terus ke Sentul sekaligus ke Pusat Bandar Damansara. Tapi pagi ni..jalan tu ditutup untuk kenderaan yang besor-besor. Tak silap aku, yang terbako tu umah kedai. Plak tu..ada satu bengkel motor betoi-betoi kat tepi jalan tu. Aisehhhh..balik ni, kalo lalu sure dah tinggal rangka.

Api masa tu jangan cakap la. Memang marak giler. Seingat aku, ni kali keempat kot aku tengok kebakaran depan mata. Pertama kali dulu, aku baru skolah rendah. Maybe darjah lima atau enam. Umah jiran depan umah aku terbako. Yang ni kes khianat. Dibakarnya keter jiran aku tu pastu trus merebak ke umah. Sib baik sempat dipadamkan.

Kes kedua, masa aku keje kilang kat Manjung dulu. Kali ni..blakang kilang tu terbako. Puncanya..ada orang bakor lalang kat seblah kilang tu pastu trus merebak ke situ. Bukan hape..cuaca memang panas masa tu ditambah plak dengan angin yang bertiup. Tu pasal le dia cepat merebak. Segala tong-tong gas yang ada..sempat diselamatkan daripada meletup. Aiyaa...

Kali ketiga plak, bas terbakor. Bas intrakota. Nombor brape ntah..dah lupe..terbakor kat Jalan Raja Muda Musa dekat Kg. Baru. Memang sebijik bas tu itam legam. Takut gak aku bila naik bas ni. Bukan hape..drebar bas ni kengkadang..bila dah berasap baru nak ambik tindakan. Dah jadi centu sapa yang susah???

Selama ni..aku tengok dalam tv jek. Tapi bila dah berlaku depan mata..baru rasa dan tau cane. Sumer harta benda musnah. Nyawa pun tak ketinggalan. Malang yang nak jadi tu memang tak berbau. Kan, kan, kan...

[Agi Idop @ 8:08 AM]

29.7.04

Tajuk : Pencarian Telah Berakhir

Jeng..jeng..jeng...dah dapat..yey! yey!..dah dapat..

Aku sebenonye..baru jek dapat dua orang bakal penghuni baru umah aku. Dedua nye baru masuk keje kat tempat aku ni. Sorang umoq 19..sorang lagi 29. Heheheehhe...kureng le sket duit sewa nanti.

Semalam, tipon aku bz menerima panggilan masuk bertalu-talu. Sumernye dari bebudak dua orang tu. Dengor suara cam sedih jek. Ye le..tak tau nak tido kat mane malam nanti. Aku pun kesian jugak sebab aku dapat rasakan cane idop kitorang dulu masa nak dapatkan umah. Ramai plak PT yang baru masuk tahun ni. Ada 17 orang. Laki pun ramai jugak.

Hehehehe..kelako plak aku rasa. Memasing tak tau nak dok kat mane buat sementara. Iye le..kalo yang ada sedara tu maybe senang le sket..tapi yang takde sedara..huh! kene berdikari le. Ada yang tido lam keter, ada yang tido kat balas polis le..macam-macam. Sian plak aku dengor.

Tapi takpe..aku blom jumpa lagi ngan bebudak dua orang tu. Sorang kene panggey kakak sorang kene pangey adik. Nak kene scan dulu. Ok ke tak ok. Muehehehehe...dapat yang satu kapla buleh masuk jek mana-mana..memang cantekkk arr...

[Agi Idop @ 8:42 AM]

28.7.04

Tajuk : Angkat Berangkat

Chatting ngan PAKWE ENSEM tu tadi, dia citer pasal adik angkat. O ye! tingat plak kat kakak angkat aku zaman skolah dedulu. Dah lama kami tak bercontact. Nama dia A.

Dedulu, aku rasa macam dah jadik tradisi atau kewajipan bagi deme-deme yang dok kat asrama untuk mencari seberapa banyak kakak, abang atau adik angkat. Apa sebabnya aku pun tak tau la...aku bodo lagi bab-bab ceni masa tu.

Tahun 1995, aku form one. Pertama kali aku jumpa dia..salam perkenalan yang aku dapat. Katanya..dia nak kenal ngan aku lebih rapat lagi bila dia nak jadikan aku sebagai adik angkat dia. Huh! patut le selama ni bila berselisih jek dia asyik pandang-pandang..senyum-senyum sampai aku naik pelik. Ape kene agaknye?

Bila ari pertama kitorang dating, dia amik gamba aku. Katanya sebagai kenangan. Hemm..aku pun tak tau apa faedahnya berangkat-angkat ni. Ye le..budak hingusan lagi...

Seminggu sekali, surat yang bersampul bunga, berbau wangi akan aku terima dari dia. Banyak jugak la..jiwang sih...

Aku citer kat kakak aku. Dia jeles. Agaknye la..dia kata.."Hang dah takdak kakak ke yang nak berangkat-angkat tu" Ngeeeee..aku sengih. Lantak aku arrr..

Tanpa aku sedar, di sebalik mee yang terselit sekor udang tu, ada sorang member sekelas aku yang bersedih. Dia kecik ati ngan aku sebab dia kata aku dah rampas kakak dia. Uiks! bila masa plak? Oo..rupa-rupanya..dia ni adik angkat kepada Kak A dulu. Kiranye..yang pertama le ni...muehehehe...aku bitau kat dia, bukan aku yang cari dia..tapi dia yang cari aku. Aku terima je sebab aku taknak kecikkan ati orang dan selama ni..aku tak tau pun yang dia ada adik angkat lain selain aku. Aku tak kisah..kalo dia nak kembali semula kat Kak A tu..kalo nak, ambik le..tapi aku bukan jenis centu. Aku abaikan.

Aku tak penah ungkitkan kat dia pasal classmate aku tu sebab aku maleh nak panjang-panjangkan citer. Bagi aku...sumer orang aku kawan...

Tamat PMR Exam, Kak A tukor skolah ke skolah yang lebih baik dan meninggalkan aku kat sini. Sejak pada tu..kitorang dah jarang berkontek. Bukan aku tak penah cuba..tapi malangnya..takde jawapan dan balasan. Mungkinkah dia merajuk ataupun dah bosan aku pun tak tau..sampai skang, kabar berita sepi centu je..

[Agi Idop @ 10:43 AM]

27.7.04

Tajuk : Berdosakah Aku?

Citer ni dirakamkan pada tahun 2000. Heh! kira le brape umoq aku masa tu. Bagi aku...ni le pengalaman pertama aku (ecewahhh...) berkenalan ngan sorang laki yang aku tak penah jangka atau sangka apatah lagi nak merasa. Muehehehe...

Perkenalan aku ngan mamat ni bukan atas permintaan aku..jugak bukan atas kehendak aku sebab...ati aku tak pernah mintak untuk mengenali dia. Tapi...dah tersurat...sumer tu dah menjadi kenyataan.

Masa tu, aku tau..aku masih lagi mentah dan bodo dalam bab-bab berkawan ngan laki ni tambah lak nak pegi jauh lagi daripada tu. Sungguh! aku tak penah terlibat dalam mende-mende ceni. Bukan aku taknak..tapi aku takut. Takut dengan mak ngan abah yang terlalu mementingkan pergaulan anak-anaknya.

Bila aku berkawan ngan dia..sungguh! aku tak ikhlas. Aku terima pun atas dasar kesian. Heh! jahat dak aku? Aku nak jaga ati dia..kenape? Sebab aku tak suka dia. Tapi aku tak cakap terus terang kat dia..sebab aku taknak kecikkan ati dia.

Setiap kali dia call, aku nak taknak jek layan dia. Hemph! memang aku tak suka dia. Pulak tu..dia asyik ajak aku kluar sedangkan..seumor idop aku tak penah kluar ngan laki. Aku takkan buat macam tu...tapi dia beriya ajak. Permintaannye cuma sekali.

Ok, aku akur. Cuma sekali. Aku kluar ngan dia. Tu pun waktu rehat opis aku..dan paling aku rasa membuatkan dia terkilan bila aku minum saja. Sekadar sirap. Itu aje. Alasan aku tetap sama. Aku tak ikhlas dan terpaksa.

Sampai satu tahap, aku betul-betul benci ngan dia bila satu ari dia datang opis aku sebab nak jumpa aku. Nasib baik aku tak datang ari tu. Sejak daripada tu..aku langsung benci dengan dia dan peluang aku terbuka luas untuk berada jauh daripada dia bila aku diminta tukar keje ke tempat lain. Syukur. Tanpa khabar berita..aku pegi centu jek. Berkali-kali dia call umah makcik aku tapi jawapan tetap sama. Aku dah takde lagi kat situ.

Sampai skang, aku rasa bersalah plak. Tapi sungguh..aku tak suka dia. Dan sebelum apa-apa terjadi..biarlah aku pegi..daripada dia bertepuk sebelah tangan...

Berdosakah aku??

[Agi Idop @ 3:09 PM]

26.7.04

Tajuk : Karipap

Hak, hak, hak...best betoi le. Petang semalam, lepas makan tengahari..kitorang sibuk dok buat karipap lak. Hehehe..bukan ape..nak blajo. Blajo dari sorang tok guru yang memang dah pande bab-bab kuih-muih ni...Kalo nak buat inti tu..rasa-rasanya..lepas la. Cuma yang aku tak brape nak yakin lagi tu bab nak mengadun dan seterusnya mengkelepetnye sampai berjaya. Muhehehehehe..

Bagi aku, buat karipap ni senang jek. Kene plak kalo inti nye yang sedap. Fuyoooo...terangkat..kekekeke..Setakat ni, setelah beberapa kali mencuba dan mempelajari cara-cara nak mengkelepet tepinye tu..alhamdulillah..aku dah boleh buat. Cuma tak le secantik dan selawa hasil keje tangan orang yang pande tu...

Hemm..lepas ni, aku nak try buat sendiri plak. Mintak-mintak le jadi..:P

Tajuk : Audition

Tak sangka sungguh bila peserta favourite aku AMAR berjaya menggondol hadiah sebagai pelakon terbaik. Muehehehehe..dari dulu lagi aku memang suka dia. Muka ngan gaya dia yang kelakar dan selamber tu telah berjaya menarik minat aku untuk menyokong dia. Kekekekeke...tak sesia ropenye..

Mulanya..aku agak CHEDD ataupun SHANEL yang akan dapat RM30, 000 tu..tapi rupanya TRIA yang bawak balik. Aisehhh...bekas pensyarah tu. Sanggup berenti keje sebab nak jadik penyanyi..heheheh...tercapai jugak le hajat dia tu...

SHANOR plak diambil sebagai artis rakaman warner music. Ish, ish, ish..beruntung sungguh depan no. Lepas ni..kita tengok WHO WILL WIN THE TOPSTAR plak..31 Julai ni...Yeyehhhh...

[Agi Idop @ 8:40 AM]

23.7.04

Tajuk : Lif Yang Hampeh!!!

Aku kesejukan ari ni. Nak tulih hape bende pun tak tau le. Otak aku ni pun dah beku sekaligus membekukan segala idea-idea aku yang telah kunjung tiba. Hampeh!!!

O ye, korang penah dak terperangkap lam lif? Alerrr...lif kat opis-opis korang tu le...tau dak? Alerr..yang gitu-gitu tuuu...

Baru-baru ni..bila ntah..dah lupa lak tarikhnye..(Opss! aku tak mamam kepale ikan aaa) Muehehehe...yang mana ari tu aku turut mengalami peristiwa yang sama. Tambah menyayat ati lagi...aku sensorang plak tu. Adehhhh...siot betul!!!

Masuk dalam lif tu aku tekan le nombor 3. Pintu lif pun tertutup. Sekali bunyi...'Ting!' bermakna..aku dah sampai tingkat 3. Pintu pun terbukak. Tapi..sejengkal jek terbukaknye. Ah sudah..aku mula menggelabah. Ye le..sensorang. Kalo ramai takpe le jugak. Aku mula pandang kiri kanan, ateh bawah. Kalo lif ni takmo terbukak jugak..adakah aku akan mati? Ayooo...

Aku tarik napeh. Bior lega sket. Pelan-pelan dengan kekuatan yang ada..aku cuba tarik pintu tu bior terbukak sumer..tapi tak berhasil. Ecewahhh..konon kuat le tu. Ok takpe..kalo ko takmo terbukak jugak..aku nak try tutup. Aku cuba rapatkan pintu tu balik. Pun..tak buleh jugak. Aisehhh..camno ni? Aku takmo menjerit sebab apa yang aku tau...aku nak usaha jugak sampai buleh.

Aku mula nak tunjuk brutal. Heh! aku tendang pintu tu. Gedegang! gedegang! aku ketuk-ketuk pintu tu. Mintak-mintak ada orang dengor. Tapi..senyap. Aku tekan-tekan simbol tutup kat lif tu. Pun takleh. Tekan bukak. Pun takleh gak. Cit! ko nak main-main ngan aku ekk? Takpe...siap le ko. Dengan sekuat ati..aku tendang pintu tu. Masa tu..aku tak kira dah. Janji, aku dapat kuar.

Berkat kebrutalan aku tu..maka, pelan-pelan pintu tu tertutup balik. Cepat-cepat aku tekan simbol bawah supaya lif tu tak naik ateh. Syukur alhamdulillah..dia turun balik dan kuar le aku dengan selamatnya..Seblom kuar, aku pesan kat lif tu.."Lenkali jangan buat lagi tau!!"

[Agi Idop @ 2:33 PM]

22.7.04

Tajuk : Aku Dan Dia-Part 2

Tengah sesedap main mesej, ada panggilan masuk. Tak sempat nak bunyik pun aku dah angkat tanpa sengaja. Heh! Alahaiii..dari cik abang rupanya...alerrr..rindu le plak. Cam tau-tau je. Hehehehe..

Patut le aku rasa dia cam dok jauh jek dari aku sejak dua menjak ni..rupanya dia kene outstation kat Pangkor. Katanya sebulan. Huk alohhh..lamanye. Sok, kalo aku balik..cane nak jumpa? :(

Ari ni dia balik Ipoh. Ahad sok..dia pegi lagi ke Pangkor selagi keje dia kat sana tak abih. Sembang nye sembang..tetibe jek terputus. Aku call balik. Dia kehabisan kredit. Hemm..kredit aku pun dah ciput ni..alang-alang perabih terus laaa..hehehe..rindunya..!! bila nak balik ni!!!!

Tajuk : Rahim Maarof

Pagi tadi, cam bese bila gaji dah masuk..aku n the gang terus menuju ke bank. Maybank kepala rimau tu. Hhehehe..tengah dok beratur, aku nampak sorang mamat yang berambut kerinting, tinggi, kulit cerah, pakai topi, track-suit belang itam putih berjalan masuk ke kedai kiosk. Lima minit kendian..dia kuar balik dan terus masuk ke Restoran Mc Donald yang berjiran ngan Maybank ni. Aku buat tak kisah je le..

Tetibe Kak K cuit aku. "Eh, Rahim Maarof ler..". Aku terkejut. "Ye ke?" Aku pandang mamat tu. "A'ahh..la.." Oo..tak perasan plak aku tadi. Maybe sebab suasana pagi yang masih gelap kot. Heh!

Aku pandang ke Mc D. Ooo..ada penggambaran rupanya. Patut le..dia sibuk ke hulu ke hilir. Hehehehe..masuk tv lagi Mc D sini. Ari tu kalo tak silap aku..iklan couple nyanyi lam Mc D tu pun buat kat sini gak le..kekekeekeke..tengok jangan tak tengok..

[Agi Idop @ 7:48 AM]

21.7.04

Tajuk : Pasar Malam O Pasar Malam

Malam semalam, aku ngan Kak Siti kuar berpoya-poya. Kat mana? Ehehehe..shhh..dendiam tau! Kitorang gi pasar malam.

Alerr..bukannya hape..aku nak tunaikan hajat aku yang dah berbulan-bulan tak dapat ni. Ishh..susah benor. Aku kepingin skali mau membeli kain pasang untuk dibuat baju. Bukan baju raya..baju nak poei koje le..muehehehe..baju yang dah sediada ni pun..di sponsor oleh kakak aku. Asal tak muat jek bagi kat aku. Sib Baik le bleh pakai. Hehehehe..Tapi tu le..orang dah bagi takkan aku nak tolak plak kot. Ngap je le. Ye dak? Eheheehe..

Ikutkan nafsu, kalo takleh kontrol lagi..aku perabih jek duit yang ada. Ahaks! Tapi..iman masih kuat lagi mendebik nafsu yang menggiler itu lalu..aku berjaya mengontrolnya lantas membeli tiga pasang saja kain pasang yang amat-amat le aku berkenan. Kaler peberet memang takleh tinggal la..biru dan kuning. Tu wajib! Muahahaha..

Lepas membeli-belah..kami berjalan-jalan lagi sambil mencuci mata. Masa tu..orang tak ramai lagi. Iye le..balik keje trus jek pegi. Kalo tunggu malam..mau lemas aku.

Tak sedor, nafsu membeli aku datang lagi. Kali ni..aku nak beli skirt labuh plak. Dah lama tak membeli. Eheehehe..Kak Siti pun amik jugak. Konon-konon padan le untuk dia..skali balik umah..aku yang belasah..muahahahaha...biaso la kannn..badan cam aku ni..bleh jek masuk..hehehehe..ciannn kat dia.

Mueheheh..gumbira aku tidak terkate. Setelah mendapat apa yang dicite. Balik kampung nanti nak tempah kat mak le. Bukan ape...nak pakai pegi keje..:P

P/S : Cadang nak wat sendiri tapi takut tak lawa plak..kekekeke..

[Agi Idop @ 2:07 PM]

20.7.04

Tajuk : Tido Sensorang..

Huhuhuhu...dah dua malam aku tido sensorang tau. Takde sape pun nak neman aku tido cam slaloo tu. Aku bukannye takut, tapi..sekurang-kurangnya ade gak le peneman di kala kesorangan....

Nak kata aku gaduh sampai tido setilam pun udah takmo lagi tu idak le. Nak kata aku silap cakap pun idak le..tapi aku rasa..aku takde wat salah pa pe pun. Tapi apsal aku tido sensorang gak. Slaloo tu ada gak le rasa kehangatannya..tapi dua malam ni asyik sejuk jek. Udah le ujan turun lak memalam centu. Ishh..nak peluk sape nanti..huhuhuhu...

Takde sape nak sembang ngan aku. Takde sape nak borak ngan aku. Kalo tak suka kat aku lagi pun toksah le sampai takmo tido setilam lagi..uhuk! uhuk!..sedih tau!!!

Ummm....malam ni mungkin aku takkan tido sorang lagi. Aku dah ada penemannya. Penemannya dah balik. Mungkin pepetang satgi kot sampai le umah tu. Ehehehhee....

P/S : Housemate aku dua orang tu gi Langkawi. Jadi urusetia meeting kat sana. Aku jek tak ikut. Tu pasal le aku kesorangan..muahahahaha...

[Agi Idop @ 1:30 PM]

19.7.04

Tajuk : Hari Itu Dalam Sejarah

Hari : Jumaat (16 Julai 2004)
Masa : 4.30 Petang

Sepanjang dua tahun aku keje kat KL ni, tu la sejarah dalam idop aku bila tempoh masa aku balik keje ke umah adalah 3 jam. Heh! Menyamai rekod aku balik kampung. Seblom ni, tak sampai setengah jam pun aku dah ada kat depan pintu. Tapi ari tu...huh! jangan cakap la. Aku rasa, bukan aku sorang jek jadik lagu tu..orang lain pun maybe kene gak kan?

Petang tu, ujan toksah citer la. Punye le lebat. Menggiler btol! Dah le kat opis pun sejuk, kluar opis pun lagi sejuk. Adehhhh..tunggu bas setengah jam, dok dalam bas dua jam. Heh! paneh punggung. Tak silap bleh kematu. Giler btol. Jem terukkkkkkkkkkk...

Masuk jek Jalan Duta..sumer transport takleh bergerak. Silap aribulan, ada yang cium bontot keter sesama sendiri. Dengan bunyi siren bomba nye kat blakang..cane nak lalu? Terbang bleh le kot!! Ahaks! Ujan makin giler turun. Seolah-olah nak basuh sumer kekotoran yang ada kat KL ni. Bior hanyut segalanya. Aman dan tenteram sket.

Aku rasa, seblom ni takde le teruk sangat ceni. Abih-abih pun...setengah jam jek. Pastu..elok le balik kalo ujan pun. Ini tidak...siap bleh lompat-lompat lagi dari satu bumbung keter ke satu bumbung keter. Heh! aku tak buat pun..just nak bayangkan jek cane teruknya tu.

Bila dah melepasi Bulatan Segambut tu..ingatkan dah takde le jem lagi..rupanya..masuk jek Jalan Kuching...lagi teruk. Muahahahaha...mana taknye...banjir. Balai Bomba kat PWTC tu naik air. Kekekekeke...diorang lak yang kene selamatkan diri. Iye le..air sungai tu udah melimpah ruah. Hemm..masa tu mula le aku bayangkan kampung sendiri. Bila banjir-banjir centu..adik-adik aku le yang paling seronok. Berkubang sakan depan umah.

Sampai kat Tawakal tepat jam 6.30 petang. Tunggu bas tak muncui-muncui gak..last-last..tahan teksi dan terus zzzuuppppppppppp..ke umah. Tengok jam pukul 7. Fuh! Buat O.T. tiga jam lam basssss..cayalahhh...!!!

Aku rasa..kalo aku bawak keter le masa tu..cane ekk? Memang menguji kesabaran aku le...muehehehehe...

[Agi Idop @ 7:59 AM]

15.7.04

Tajuk : Lemas Dalam Kesibukan

Semalam adalah ari paling sibuk buat aku yang hina dina ini. Penin kapla oo. Meeting manjang dua ploh pat jam. Takdan aku nak bermesra-mesraan ngan pc aku neh!

Hampir giler gak le aku dibuatnye. Tension! Sumernye aku. Kenape aku? Takde orang lain ke? Adehhhhhh....Pasal takde orang lain le maka aku yang kene. Aiseymennnnnn..

Skang ni, bilik meeting kat tingkat pat tu takleh pakai. Diorang renovate baru. Dah tu, bilik meeting kat unit aku nih le jadik sasaran. Sket-sket nak book. Sket-sket nak book. Dah le keje lain pun melambak lagi. Nak faks surat le. Nak rekod surat le. Nak masukkan surat lam fail le. Nak minit surat le...Huh!

Plak tu, aku nih seolah-olah jadik cam urusetia diorang nye meeting. Manyak cantikkkk...

Tapi kann..memang aku hangin sungguh semalam. Tak tau le nape. Rasa cam nak jerit bior satu opis ni dengor. Aku tak laratttttttt....!!!

Dah dekat-dekat nak balik baru le keje dah kurang. Huh! kalo cenggini le slaloo mau kering aku. Uwaaaaaaa....

[Agi Idop @ 10:33 AM]

13.7.04

Tajuk : Alahaiii Leng Seng

Korang penah dengor dak nama Leng Seng? Tu nama drebar aku. Muahahahaha..bukan...bukan. Tu nama bas yang aku slalu dok naik masa balik keje. Huhuhuhuhu, sedih aku tau! Nanti..balik keje aku nak naik menatang hape? Bas tu udah takde. Udah pencen. Aku dengor-dengor kabor angin taufan, bas tu last ada pun ari Rabu ni. So..ari-ari lain..takde le? Huk alohhhh....

Kalo seblom-seblom ni, sharp kul pat jek aku dah tersemput-semput berlari turun tangga nak kejor bas. Kalo terlepas bas tu..memang naya le aku. Nak tunggu bas khas pun plak, huh! kematu la aku. Start jalan pun kul 5. Heh! sampai umah kul brape? Kalo aku naik bas Leng Seng ni...paling cepat pun kalo tak jem, aku sampai umah lagi seploh minit kul 5. Haaa..betapa awenye. Tapi, bila udah takde ni...leceh arr..

Orang kata, sumer drebar bas Leng Seng tu..mogok. Tak tau le plak mogok pasal pe. Bila dah mogok ceni..orang awam le jadik mangse. Hampeh btul.

Dua tiga ari lepas, aku n the geng balik naik teksi. Dari opis trus ke umah...lebih kurang dalam 20 minit. Tu pun pasal jem. Kalo tak jem..sure seploh minit jek. Berbaloi arr. Tambang pun kene dua tiga belas ringgit jek. Ahaks!

Tajuk : Dia

Hehehe, aku rasa...perasaan aku ngan dia dah tak dapek nak dikontrol lagi atau paling umph nye..tak dapek nak disembunyikan lagi. Kekekeke..masing-masing udah saling merindu. Ye le..dok berjauhan. Tetiap ari nengok gambor jek. Mana lalu ye dak?

Ape pun, ada satu ayat sms tu dari dia yang membuatkan aku ni tidur tak penahnya tak lena, makan tak penahnye tak lalu dan mandi pun tak penahnya tak basah. Muehehehe...dok jenjauh ni..kesetiaan tu penting!! Uwaaa...Aku sayang dia...!!!

[Agi Idop @ 8:18 AM]

12.7.04

Tajuk : Keje Sampai Muntah

Uwekkk..!Uhuk! Uhuk! Muntah...jangan tak muntah. Warghh..! Kah! kah!..keje korang..jangan tak keje..tak keje tak dapek duit. Tak dapek duit takleh le nak mamam. Takleh nak mamam berlapo le. Bila lapo ari-ari badan pun jadik kering. bila kering, maka...kita pun jadik seksi hingga menampakkan segala jenis tulang. Bila dah seksi centu...kalo pompuan udah akan dapat penyakit yang dinamakan ANEROKSIA. Hehehee...maka, tunggu le panggilan kubur yang sentiasa melambai-lambai...Muehhehehe..

Ari ni aku bizi sangat. Bizi buat keje yang tak penahnye abis. Sib baik blom muntah jek lagi. Kalo takk..mau MC sebulan. Ahaks!

Kat sini, aku jek sorang PT. Maka, segala keje-keje PT dah ditanggung oleh aku yang hina ini. Ari ni pun aku dah setelkan keje pasal mesyuarat untuk esok, lusa, tulat, tungging dan seterusnya...book bilik mesyuarat la, faks surat panggilan mesyuarat la, book minuman untuk mesyuarat nanti la..pendek kata sumer tu keje aku. Biasa le..kuli batak cam aku ni memang le keje banyak sokmo.

Sambil nyelam minum ayaq. Sambil faks surat, sambil tulis minit lam fail. Pastu lak, naik atas anto surat. Bukan keje PT jek aku buat ni, keje PAR pun sambaq sekali. Sesekali jek aku jadik PTR. Tu pun...bos yang suruh. Adehhh..kengkadang tu..operator pun bleh jadik. Aisehhh...dok kat kaunter pertanyaan la ceni.

Sib baik le aku ni sorang yang penyabo. Ehek! Penyabo ke? Sket-sket je la. Kengkadang tu terlepas gak semburan api ala-ala mak naga. Ye le...pompuannn...

So, ari ni pun aku kurang sangat berchatting matting. Just chatting ngan sorang kawan tu jek. Asyik-asyik dok tanya dah update ke blom..dah update ke blom..Muehehehe...

[Agi Idop @ 3:23 PM]

10.7.04

Tajuk : Gelap

Malam semalam adalah ari kegelapan buat aku dan penduduk-penduduk sekitar flat bilamana kami semua diselubungi kegelapan tu lebih kurang jam 10 lebih. Hahahahaha...

Aku yang masa tu masih lagi dok bercengkerama dalam bilik tetibe jek terkejut dan terkesima lantaran tetibe jek mata aku langsung tak nampak ape-ape. Gelap. Takde cahaya langsung. Teraba-raba tangan aku mencari pintu untuk keluar dari bilik. Hajat nak cari lilin. Sib baik le henset aku ni bleh memberikan jasa buat seketika. Even suluh lobang idong pun tak nampak, tapi..dalam masa darurat centu...cahaya darinya amat-amatlah diperlukan.

Fuh! sib baik aku dapat capai lilin pastu trus nyalakan kat dapur dan....teranglah semula rumah kami malam tu. Huhuhuhuhu...rindu lak kat cahaya api centu. Ye le..dedulu masa kecik aku still lagi dapat merasa idop lam cahaya lampu pelita sebelum wujudnya lampu kat umah aku masa tu. Tapi skang ni, nak jumpa lampu pelita centu pun tunggu ari raya je le....

Akibatnya, segala baju ngan tudung yang aku nak pakai untuk keje udah tak bergosok. Mana taknye..aku lebih suka iron baju waktu pagi. Heh! nak senang citer..aku bawak iron tu gi opis. Muehehehehe....dan pasal kegelapan jugak lah..cincin aku tertinggal kat umah. Aiyeee...nak turun tangga pun takut-takut. Siap bilang lagi satu-satu anak tangga tu. Sekali pijak bilang..sekali pijak bilang..sampai la abih 4 tingkat tuh. Kekekeekeke...tu orang yang celik jadik buta. Kalo orang yang dah buta centu sure lagi susah pergerakan dia. Oh-ho-ho..insafnya aku.

Tajuk : Makan

Malam tadi, aku lapo yang amat. Giler-gilernye lapo. Sib baik le nasik lebih yang aku masak semalam tu still ada lagi. So...senang citer..buat nasik goreng la. Sebenonye..mood nak masak ni ikut kerajinan. Kalo malehhh...hemph! jangan suruh la..Kekekekeke..

Senang jek. Aku tumbuk seulas bawang merah ngan bawang putih dan 5 bijik cili kecik kaler ijau tu. Yang tu untuk menumis. Nasik yang keras kejung dok lam peti ais tu aku lembutkan ngan campuran air dan sedikit garam sesedap rasa. Pastu..panaskan minyak dan tumiskan mende yang nak ditumis tadi. Bila dah nampak garing sket, aku masukkan sambal tumis yang Kak K bawak balik tu..pengganti kepada kicap. Hahahaha..

Dah agak-agak bau wangi bleh membuatkan sumer penghuni flat tu bersin, aku pun masukkan sebijik telur yang dah dipecahkan tadi. Kacau bior hancur. Dah ok, baru aku masukkan nasik tadi. Aku gaul dan aku kacau-kacau bior rata. Dah nampak molek, sebijik cili merah yang dah dihiris trus aku masukkan lam nasik agar nampak berseri. Bukannya hape pun..orang kata, kalo tak sedap pun..bior nampak selera. Hehehehehe...dah ok sumernye dari segi rasa dan bau, so..aku pun angkatlah kedalam pinggan untuk dihidang. Hehehe..jadi le nasik goreng ala-ala. Makan le aku sampai kekenyangan....

[Agi Idop @ 7:43 AM]

9.7.04

Tajuk : Bukan Realiti

Entri semalam adalah permulaan kepada cerpen yang aku karang dulu, kini dan selamanya..

Korang musti cakap yang tu citer betoi, tapi sebenonye bukan. Citer tu hanya rekaan aku semata-mata. Takde kene mengene ngan diri penulis ataupun orang lain. Aku dapat idea tu pun secara tiba-tiba...nak wat cemane..dah idea datang tu...amik je le ye dak? Kang ilang kang..udah susah lak nak korek lain...kan senang ooooo..

Selain daripada citer ni, aku ada citer lagi satu. Haaa..yang tu aku nak wat novel sebab aku rasa..citernye terlalu panjang. Muehehehehe...ala..bukannya best sangat pungg citer aku ni..hingusan lagi le katakan...

Kekekeke..Bukan apa, aku ni kengkadang tu kehabisan idea. Tu yang ter'stop' sekejap tuh. Hehehehe..Ok..sambung balik citer semalam...

Tajuk : Cerpen-Selamat Tinggal Sayang

Siang malam aku asyik teringatkan wajahnya. Senyuman manisnya. Gelak tawanya. Semua itu membuatkan aku jadi tidak menentu. Oh tuhan! apa yang dah jadi dengan aku ni??

Aku sedar, siapalah aku untuk menagih cinta darinya. Antara kami bagai langit dan bumi. Aku tahu, aku tak sepadan dengannya. Aku tak layak. Aku hanya orang bawahan manakala dia seringkali berurusan dengan orang-orang yang berjawatan besar. Aku sering bermonolog sendiri, 'Sesuaikah aku dengannya? Apakah dia sudi untuk bersama denganku?' Tiap malam, aku selalu bermimpi akan kehadirannya. Dia menghulurkan tangan kepadaku lalu aku menyambutnya dan lantas kami berjalan berpimpinan tangan menuju ke satu tempat yang sungguh indah.

" Wei Sya!!! kau menangis lagi ek?? Sudah la tu...kering air mata tu nanti." Tanpa ku sedari, rakan sebillikku Muna telah melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku terkejut. Perlahan-lahan aku mengesat airmata yang berjuraian di pipi. Muna memelukku erat bagai kasihnya seorang kakak terhadap adiknya. Kami merupakan rakan karib sejak pertama kali bekerja di syarikat itu.

" Aku sedih Muna, aku sedih sangat. Macam mana aku nak buat pilihan ni..tolong la aku Muna..." aku menyembamkan muka ke bahunya. Terhinggut-hinggut tubuhku menahan tangis.

" Aku faham perasaan kau Sya. Mungkin susah bagi kau nak lupakan dia. Tapi, kau kena terima hakikat ni jugak Sya. Kau dengarlah nasihat aku ni, pilihlah orang yang menyintai diri kita daripada orang yang kita cintai. Aku tahu, kau tak suka dengan pilihan mak dan ayah kau kan. Kau kena terima juga. Kalau kau nak tunggu dia, sampai bila Sya? Sampai bila?? Sanggup ke kau tunggu dia walaupun dia dah ada orang lain?" Muna memberikan penjelasan dengan pertanyaan ku tadi.

" Aku tahu tu semua Muna. Aku tahu. Tapi aku tak boleh nak lupakan dia. Aku dah sayang dengan dia Muna. Aku cintakan dia." Aku menangis lagi. Sampai sekarang, aku tak tahu lagi dah berapa banyak airmataku tumpah hanya kerana dia. Lelaki pertama yang aku cintai.

" Aku minta maaf pada kau Sya atas tindakan aku dulu." Aku tersentak. Terkejut dengan kata-katanya. Serta merta ingatanku terbang pada peristiwa yang berlaku dua tahun lalu.

::Bersambung...::

[Agi Idop @ 8:12 AM]

8.7.04

Tajuk : Cerpen-Selamat Tinggal Sayang

Arghhh!!! Aku keliru. Aku buntu. Aku tak tahu yang mana satu harus kupilih. Saban malam, aku asyik menangis mengenangkan nasib diriku. Oh tuhan! apakah ini ujianmu untukku? Cukuplah. Aku tak sanggup lagi untuk menghadapinya.

"Abang.....saya sayangkan awak bang..."aku merintih. Walaupun aku tahu, dia tiada di sisiku. Di dalam bilik kala keseorangan, aku teringat kenangan-kenangan yang membawa ku pergi jauh bersamanya.

Sebaik saja tamat SPM, aku telah mula memohon pekerjaan di sana sini. Pantang nampak suratkhabar saja aku mula menyelak-nyelak helaian demi helaian. Mana tahu, ada peluang pekerjaan yang memerlukan pelajar lepasan SPM macam aku ni. Namun semuanya hampa. Seminggu kemudian, Pak long memintaku untuk menghadiri temuduga sebuah syarikat swasta sebagai kerani. Tapi bukan tetap. Sekadar sementara saja. Aku tak kisah lalu menurut saja. Asalkan dapat kerja sudah. Niat aku cuma satu iaitu ingin membantu keluarga. Mana tahu, ada rezeki aku di situ. Tak payah lagi aku nak belek-belek suratkhabar hari-hari. Alhamdulillah, sebulan selepas temuduga itu, permohonan ku diterima. Aku melonjak kegembiraan. Mak dan abah juga tumpang gembira.

Aku tahu, sepatutnya dalam usia ku sekarang ini, aku sedang berada di mana-mana IPT. Menyambung pelajaran bersama-sama rakan-rakan yang lain. Tapi aku tahu, dengan keadaan keluargaku yang agak sederhana, mak dan abah yang sudah lanjut usia, aku tak mahu lagi membebankan mereka dengan masalahku. Biarlah aku berkorban untuk mereka pula. Sementelah, adik-adik aku masih kecil. Aku anak sulung. Kalau bukan aku yang bantu mereka siapa lagi ?

Seminggu aku bekerja di situ, semua staf dari yang berjawatan besar hinggalah yang kecil telah aku kenali. Alhamdulillah, mereka boleh menerima aku sebagai sebahagian dari mereka. Aku betul-betul gembira. Dengan gaji yang aku perolehi, aku simpan dan selebihnya aku bahagi-bahagikan untuk keperluan keluargaku.

Namun, siapalah aku untuk menghalang keinginan sebagai seorang manusia. Aku juga ingin hidup berpasangan seperti insan lain. Kesana-sini bersama dengan orang yang disayangi. Aku juga ingin menyinta dan dicintai. Tatkala aku berangan-angan itu, tanpa ku sedar aku telah tewas dengan panahan cinta seorang lelaki apabila pertama kali aku terpandangkan wajahnya. Dialah lelaki pertama yang telah berjaya membuka pintu hatiku.

::Bersambung....::

[Agi Idop @ 7:54 AM]

7.7.04

Tajuk : Eksiden...

Err...korang penah eksiden dak? Sape penah sila angguk pale..hehehehe...

Ok, seumur idop aku..aku penah eksiden dua kali. Skali masa aku darjah tiga, skali lagi masa bulan lapan tahun lepas. Heh, heh, heh...sakit oo eksiden ni. Sakit segala-galanya...

Aku bukak citer ni bukan hape..skang ni banyak sangat eksidennye. Bukan ari ni je..kelmarin, dulu dan tahun-tahun lepas pun centu jugak. Eksiden, eksiden, eksiden. Pendek kata..kalo sehari lam berita tu takde cakap pase eksiden..hemph! tak pemes le berita tu. Ye dak?

Ish, ish, ish..tengok le! baru-baru ni kan ada eksiden lori treler ngan bas Transnasional kat Temerloh. Tak silap aku le. Udahhh..dedua drebar parah teruk. Drebar lori putus dua, drebar bas kritikal. Aisehhh..cane tuh? Sape nak disalahkan? Heh! Tepuk pale tanya diri sendiri le..

Tahun 1993 membuka balik lembaran sejarah itam aku bilamana masa tu aku eksiden. Sib baik le aku tak mati. Kalo takkk..dah dok lam kubur dah skang. Nak tau citer? Muehehehe...sebenonye gini, pagi tu..aku nak pi skolah le cam bese. Oleh kerana, mak tak harap lagi kat aku nak bawak beskal sensorang..so, mak suh kakak aku anto naik beskal chopper tu. So..ding..dong..ding..dong..kitorang pun bergerak le.

Ntah cemane..sampe kat satu selekoh yang mmg pemes eksiden pun...beskal kitorang ni dirempuh dengan satu objek yang aku rasa cukup kuat masa tu. Tetibe jek aku dengor bunyi 'GEDEGANGGGGG..!!' dan bedebuk! aku jatuh ateh jalan. Adehhhh...masa tu hanya tuhan je le yang tau. Sakit tak terkira. Tapi aku tak nangis. Cuma menyeringai je le..tahan sakit. Bila nak bangun berjalan, aku jatuh balik. Aku rasa kaki aku sakit sangat. Rupanya..pale lutut aku berdarah. Peha aku luka terseret kat jalan. Kakak aku luka sket jek. Aku yang teruk. Sib baik le masa tu takde keter yang lalu. Kalo takk...sure dah hancussss badan aku masa tu. Tinggal kutip satu-satu jek. Heh!

Korang tau sape yang rempuh kitorang? Heh! Hampeh sungguh. Rupanya anak tok ketua kampung aku rupanya. Tanpa mintak maaf pun..dia terus blah dari situ. Mane taknye..ada ke tetengah jalan nak main race-race plak. Ingat jalan bapak dia ke?

Tapi, cemane pun..aku trus gak pi skolah ngan jalan terhencut-hencut. Pi skolah, aku citer kat member dan punye le baik ati..dia bawak aku pi jumpa cikgu kat bilik guru. Sambil tahan pedih..ayaq mata aku meleleh. Huhuhuhuhu...cikgu sapu ubat kat luka aku. Sampai skang parutnya masih ada dong! hehehehee...

Eksiden tahun lepas lak membuktikan bahawa aku ngan member aku ni sememangnya cuai. Sib baik le umoq tu panjang lagi. Kalo takkk..ishh...

Cuti tu, aku ikut member kedah ni balik kampung dia kat Kuala Nerang. Konon nak tengok negeri tok nenek aku. Oleh kerana member aku ni ada motor, maka..tak jadik problem le bagi kitorang ni nak ronda-ronda pekan Aloq Setaq. Pagi tu..kiorang dah kuar. Ati rasa tak sesabo. Sampai kat Pekan Rabu, kitorang parking motor tu kat situ. Hajat nak pi singgah kedai lain lagi. Jalan kaki je dah le.

Alah..cam bese, nak lintas macam ayam..lampu isyarat ada takmo guna..nak mencelah-celah jek. Konon terer sangat. Sekali aku dah nampak lampu merah dah tukor ijau tapi aku rasa sempat lagi kot nak lintas sebab sumer kenderaan pun dok slow lagi. Tanpa tengok kiri kanan, aku lintas jalan. Sekali pandangan aku terlindung disebalik van kaler putih. Sambil berlari..aku trus lintas. Mungkin takde ape...skali tu...zaaaasssssss..GEDEGANG..!! member aku berlanggar ngan satu motor tu. Dia jatuh ateh jalan. Drebar motor tu dah kepucatan ketakutan. Aku pun sama jugak. Mana taknya..mujur aku terlepas cuma lengan aku jek terseret kene handle motor tu. Adehhhh...

Dalam ati, berdebar-debar. Jantung pun rasa dah tak larat nak pam darah. Punye le kecut masa tu. Aku ingat aku dah mati dah. Mula teringat mak abah kat kampung. Kalo aku tak mati..kubur aku kat kedah le..muehehehehe..

Mujur kitorang takde ape-ape. Cuma seluar member aku tu terkoyak kat lutut. Fuh! Lega. Aku rasa..kalo keter le yang langgo kitorang..memang sah-sah dah kitorang masuk spital. Mana taknye...dedua laju...huhuhu..lepas pada tu, aku dah fobia nak lintas jalan. Takut. Sure kene tengok dulu kirin kanan kiri kanan pat lima ploh kali sampai clear baru lintas. Muahahahahahahahaha...penangan eksiden...

[Agi Idop @ 1:06 PM]

6.7.04

Tajuk : Terkenang Kisah Dulu

Sesekali..bila terkenangkan zaman skolah dulu..aku sure akan ingat kat sorang mamat kiut ni. Memang kiut. Kecik molek. Kiraa..kalo dia jadi pakwe aku masa skolah dulu pun cam pinang dibelah dua la..muehehehehe...O ye, nama dia R*****.

Mamat kiut ni dok sekelas ngan aku. Hehehe..tu yang best tuh. Ari-ari bleh tengok muka dia. Kalo lapo le time tu..leh kenyang arr...kekekeke..tapi sayang seratus kali sayang...dia ni dah ada aweks yang mana aweks dia tu kawan karib aku yang dok sekampung ngan aku jugak. Tetiap ari pi skolah pun kayuh beskal sama-sama. Huhuhuhuhu...dia slaloo sembang pasal mamat kiut tu kat aku. Aku dengor je le. Hehehehe...

Actually, aku ingat mamat kiut tu tak perasan yang aku suka tengok dia..tapi apa yang aku jangkakan tu tak tepat sama sekali bila kengkadang lam kelas, mata kitorang bersabung pandang. Ecehh..! time tu le..rasa cam ada kilat lak menyambor diri ini..hehehehehe...

Tapi, aku idak le sebegitu kejam nak amik pakwe orang. Aku tau...aku berada kat mane masa tu. Bagi aku..aku sekadar minat jek. Suka tengok muka dia. Tu jek. Lagipun, aku ngan mamat tu tak penahnye bertegur. Malu le katakannnn...

Mamat kiut ni memang pendiam. Walaupun cara dia berpakaian tu tak le sekemas mana pun..tapi aku rasa dia tu kiut la. Alerr..biasa le tu..bebudak skolah...

Satu ari, aku dapat surat offer ke skolah baru. Memang aku sronok sungguh masa tu sampaikan aku langsung tak ingat kat dia dah. Sesekali..dia ada jugak tengok aku tapi aku dah tak peduli lagi. Sronok nye pasal. Masa aku dapat surat offer tu..aku rasa dia tau yang aku nak pegi sana..tapi aku tak duli...dia cam sedihhh jek. Kengkadang dia lambat masuk kelas. Maybe, dia sedih kot aku nak tukor skolah...

Esoknya, tiba ari aku nak pegi tu..aku mintak izin kat mak ngan abah yang aku nak pegi jenguk skolah tu kejap buat kali terakhir dengan harapan aku dapat tengok dia for a last time.

Memang sedih..tapi aku control. Kebetulan waktu tu waktu untuk Pendidikan Jasmani. So, sumer student kelas tu kene turun padang. Lepas aku peluk cium sumer kengkawan...mata aku melilau cari kelibat dia tapi tak jumpa. Aku agak dah..sure aku takkan jumpa dia lagi. Dalam ati ni dah rasa nak nangis. Tapi aku tahan. Masa aku nak balik..member-member aku antor. Kitorang pakat-pakat dok peluk cium skali lagi dan tiba-tiba dia ngan kengkawan dia lalu. Aku nampak dan aku pandang dia. Sekaligus dia pun pandang aku sambil berlalu pegi. Sebaknya rasa ati. Masa nak sorong beskal nak balik tu..aku cakap lam ati, R*****...kau palingkan le muka kau skali untuk kali terakhir seblom aku pegi. Dua tiga langkah aku berjalan...aku paling muka aku pandang dia...dannn....serentak tu jugak dia pun pandang aku. Aduhhhhhhhhhhhhhhh...terima kasih, R...

Aku rasa nak lambai jek kat dia masa tu..tapi aku segan dan pelan-pelan..aku kayuh beskal pulang kerumah...

Skang ni, aku dah tak jumpak dia lagi. Tak tau le dia masih lagi study or dah keje cam aku. Takpun..dah kawin. Hulalalala...ahh...lantak dia lahh..tu citer dedulu...ye dak? Forget it!!!

[Agi Idop @ 10:46 AM]

5.7.04

Tajuk : Bercanda Di Perbukitan

Tarikh : 3-4 Julai 2004
Tempat : Selesa Hillhomes Resort, Bentong, Pahang

Hak, hak, hak...berjaya jugak akhirnya aku menjejakkan kaki ke bukit tu. Muahahahaha...kalo sesaje nak pi heh! toksah harap le..tambah lak kene bayor. Sape yang nak oit!

Ari Sabtu lepas, aku pi Family Day yang dianjurkan oleh Jabatan aku ke Bentong, Pahang. Hemmm..tahun ni buat dekat sket sebab Dato' KP takmo pi jejauh. Letih. Tapi bagi aku..jejauh le best. Adventure sket. Dedekat ni tak rasa hape. Takdan nak paneh punggung udah sampai. Tak rock le centu kannnnnn...

Bertolak dari opis kul 9 pagi dengan menaiki bas bomba yang cun gitu. Sampai sana lebih kurang jam 10.30. Sebenonye..seram jugak aku bila nak lalu sekali lagi kat Karak Highway ni..takut..macam-macam mende dok pikir. Bukan pikir mende positif. Pikir mende negatif. Happa daaa...

Kul 3 baru kitorang sumer bleh check-in. Giler betul. Lama tu. Sib baik le Kak Ani..selaku urusetia tu dok serumah ngan aku. So, bleh le aku check-in dulu..yeyehhhhhh..hahahahahaha..! Urusetia datang sehari lebih awal dari kitorang. Biase le..bila dah nama urusetia ni, macam-macam keje le yang perlu diuruskan dan apa yang paling penting..dia kene setia pada keje yang diuruskan tu. Kalo takkk..bukan urusetia le namanye..hak, hak, hak..

Acara pertama acara untuk bebudak kecik. Biaso la..takde acara lain dah selain mewarna tu. Mueheheeheh..lepas pada tu..kitorang makan tengahari sesame. Kul 3.30 baru ada acara untuk orang tetua lak termasuk le kitorang yang muda remaja laie ni. Kekekekeek..Oleh kerana, acara untuk orang bujangan ada tiga jek..so..tiga-tiga acara tu kitorang menang. Adiahnya takde le hape sangat. Just dapat hamper pat ploh lima bijik. Ngeeeeeee...:D..best, memang best. Aku suka sangat. Heh, heh, heh...

Malamnye pulak..kul 8 udah ada dinner. Macam bese le...makan musti sedap. Pendek kata..macam-macam ada. Sambil makan, sambil berhibur. Sambil makan, sambil amik adiah. Acara karaoke pun ada skali. Huhuhuhuh..time ni, aku tarik siri saat-saat akhir coz lagu yang aku nak nyanyi tu tarak lam simpanan diorang. So..aku memang dah cakap, kalo takde lagu tu..aku takmo nyanyi. So..memang takde pun dan tindakan aku tarik diri tu..dah buat ramai orang marah. Kekekekekeke..Diorang pelik nape aku tarik diri? Takut? Takkk..aku tak takut pun cuma aku blur bila diorang suh aku pilih lagu lain. Bukan senang nak nyanyi oo...kalo tak kene gaye..orang bleh gelak. Tambah lak ada VVIP yang datang. Ikut aku, nyanyi bior puas ati kita ngan ati orang. Nak buat yang terbaik. Tu jek..tapi kalo dah takleh nak wat cemane...:P

Cemane pun..aku tak balik ngan tangan kosong malam tu bila aku dapat adiah untuk Badminton ari tu ngan Lucky Draw. Tak kisah la..janji ada.

Pagi Esoknye pulak..aku dah siap berkemas-kemas. Bukan apa..takut kang tak kelam kabut. Kul 7, kitorang kene join senamrobik pastu..kul 9 ada acara terakhir. Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar ngan Treasure Hunt. Aku tak masuk Bola Sepak sebab aku pompuan lagipun aku tak pande nak sepak bola tu..hehehehe..Bola Jaring pun aku tak masuk sebab aku tak minat. Bola Tampar tu aku minat cuma aku tak masuk sebab acara tu untuk orang laki jek. Jabatan aku lawan ngan Majlis Daerah Bentong. Tiga-tiga kalah sekadar meraih naib juara je. Tapi kalo juara tu..toksah tanye le..udah tentu le.pihak Majlis tu sendiri. Ye le..diorang ada team sendiri. Sonang la..

Untuk Treasure Hunt plak...aku masuk. Satu group lima orang. Apa yang aku nak citer kat sini ialah..soklan untuk Treasure Hunt ni memang pemes dan susah. Para peserta nye memang memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Bukan suh cari mende misteri just cari nama yang bersesuaian ngan soklan yang diberikan. Dah banyak dicuba oleh peserta lain yang pernah datang ke sini.

Petang kul 2, kitorang dah bertolak balik ke KL dengan wajah ceria dan kepenatan mengangkat beg dan hamper2 yang dimenangi. Sib baik bas tu lalu Gombak. So, takyah le susah-susah kitoragn tahan teksi lagi. Letih woo..nak naik tangga lagi.

Satu jek yang aku rasa tak selesa ialah penginapannya. Memang le atas bukit tapi sekurang-kurangnya..ish! tak sesuai. Memang tak sesuai. Terlalu jauh jarak dari satu tingkat ke satu tingkat. Penat tau kalo nak panjat tangga slaloo. Pulak tu..dekat ngan hutan. Kalo jadi apa-apa kat penghuni bawah tu..langsung sape sorang tak tau. Lagi satu, satu apartment ada dua or tiga tingkat. Ingatkan setiap level macam apartment bese, rupa..level 1 dok kat bawah tanah nun..udah le gelap..sunyi plak..adehhhh...tak sesuai untuk anak-anak dara nak bercuti lelama kat situ...

[Agi Idop @ 9:24 AM]

2.7.04

Tajuk : Aku Dan Skolah Part 3 (Episod Akhir)

Aku sambung citer semalam ye....

Ok, dalam masa dok pikir-pikir tu..tetiba aku dapat satu idea. Yess! mintak-mintak le berjaya. Fuh! fuh! aminnn...

Waktu sumer orang sibuk nak turun ke dewan makan, aku ngan member sorang ni sengaje dok melewat-lewatkan turun ke bawah. Nekad dalam ati, apa jugak yang berlaku kene hadapi sama-sama. Bila sumer orang dah abis gi skolah...aku bergegas naik ke atas dan terus masuk ke tandas dengan alasan sakit perut. Muehehehehe...

Aku tau, kat luor sana ada beberapa orang pengawas yang masih lagi bertugas memeriksa setiap dorm kalo-kalo ada student yang nak ponteng. Hehehehe..nak ponteng nye pasal...berani tu..

Sampai jek kat tandas, macam bese..tandas tu slaloo tersumbat. Air lak penuh sampe melimpah ke luor. Aku telan air liur. Nak masuk ke tak? Masuk kang..basah la kasut skolah aku. Tak masuk kang...aku kene tangkap. Ishhhh...ahhhhh..pedulik hape aku. Nak lepas...berani tanggung la!!!

Last-last, aku redah jugak le air lam tandas tu. Terasa sejuk jek..kasut skolah aku bila air dah mula memenuhi segenap pelosok kasut tu. Untuk tidak membuatkan pengawas tu syak yang aku masuk tandas tu..maka..aku pilih bilik tandas yang hujungggggg....skali. Dalam ati, takut jugak. Mane le tau..lam tandas apa-apa jek bleh berlaku. Udah le gelap. Tak bukak lampu lak tu. Kang terserempak ngan something kangg..naye jek! Ishhh...jahat betoi pikiran aku ni. Sambil tu..aku dok berdoa mintak takde sape perasan aku masuk lam tandas tu.

Sekali tengah sedap dok menyorok untuk melepaskan diri...aku dengor bunyi tapak kaki berjalan ke tandas. Pastu..aku dengor suara orang bercakap-cakap..

"Eh, aku nampak tadi cam ada orang masuk lam tandas ni"

"Iye ke? Ko mengarut la! Sape yang nak masuk lagi..sumer dah pegi skolah.."

"Iye..aku nampak tadi. Ada budak tu lari naik atas pastu trus masuk sini"

"Ish! ko bior betul. Air melimpah ni..cemane dia nak masuk? Basah le kasut dia"

"Ye tak ye gak. Tapi...betul le..aku nampak tadi..baju putihhh.."

"Ko jangannnn...putih-putih ni sensitip. Kang benda lain lak yang ko nampak. Udah le tandas lak tu. Jom ahh..bukan tu. Mende lain kotttt..."

"Ishh..ntah le..aku kompius ni..jom ahhh..eeiiii..seram aku tunggu lelama sini.."

Muehehehehe..aku gelak dalam ati. Kusssss...semangat. Sib baik diorang tak syak ape-ape. Aku urut dada tanda lega. Bermakna..plan aku dah berjaya. Tapiii..member aku sorang lagi tu cemane lak? Kalo dia kantoi..aku pun kantoi skali laaa..apa le nasib dia gamaknye ye..??

Lebih kurang suku jam dialog luor tandas tu berlaku, aku pun jenguk ke luor. Mane le tau..kot-kot diorang ada lagi. Kali ni..kalo kene..memang abis arr. Setelah yakin..diorang sumer dah gi skolahh..aku keluor dan berjalan menuju ke dorm. Aku bukak pintu. Nengok gelap. Skali..aku tengok, member aku tu..bleh rileks jek dok terbaring depan lemari besor gedabak tu. Uiks! cemane ko bleh terlepas? Aku garu kepale. Dia sengih..hampeh nye kawan!

Aku yang kesejukan ni dah menggigil tahan cipan dah. Dia bleh tanya aku kemane aku pegi? Lerrr...pi menyuruk le..pi mane lagi. Warghhhh..!! dia punye le gelak kat aku kaw-kaw nye. Mane taknye..dia elok jek slumber naik ateh bila sumer orang dah pegi skolah. Pengawas tak tanye dia pun. Ahhhhhhhhh...Hampeh ko! hampeh!!!

Aku rasa nak cekik-cekik jek dia. Tu le idea bangang yang pernah aku buat seumor idop. Nasib baik terlepas jek. Kalo takkk..aku bukan lagi student SMKASAS. Huhuhuhuhuhuhu....

[Agi Idop @ 8:21 AM]

1.7.04

Tajuk : Aku Dan Skolah Part 2

Ok, aku sambung citer semalam ekk. Citer bangang tahap cipan tertelan sudu. Muehehehehehee...Ummm...ok, nak dijadikan citer, walaupun aku ngan classmate aku ni dok dalam dorm yang sama, tapi kitorang ditempatkan dalam kelas yang berlainan. Huk alohh..ni yang tak best ni. Nak bertepuk tampor cam dulu pun dah takleh. Aku dok dalam kelas 4B atau 4 Al Bukhari sementara classmate aku tu dok lam kelas 4H atau 4 Al Haitham. Whoaaa..bab berpisah ni yang aku tak berkenan ni. Dah le budak baru. Kenal sape pun idak lagi. Ade geng pun dok kelas lain pulak. Hemm..nak wat cemane..kene terima le. Err..masa ni le classmate aku tu tak pueh ati sebab masa kat skolah lama dulu dia dok lam kelas sains tapi bila tukor ke sini..dia tak layak dok situ. Dia tetap tak pueh ati. Ok, fine! cikgu nak masukkan dia lam kelas sains tapi dia pulak takmo sebab sumer student lam kelas tu pande-pande belaka. Ishhh..banyak songeh lak dia ni. Dah orang bagi tu amik je la!

So, hari-hari yang berlalu..aku blajo kat kelas tu. Sket demi sket aku dah mula kenal ngan beberapa orang kawan tapi tak le begitu rapat lagi. Ada yang ramah tamah, ada gak yang slow cam aku, ada yang riuh siot. Tak terkecuali cam sombong pun ada. Hehehee..bese le tu...

Pertama kali aku merasai alam skolah berasrama, ati aku tak seronok. Jadual waktu terlalu padat. Siang ke skolah, petang lak ada prep. Masa free pun just lepas prep antara kul 5 sampe kul 6. Pastu..maghrib ngan isyak kene jemaah kat masjid. Pastu, start balik prep kul 9 sampe kul 10.30. Centu le rutin harian aku dan student kat skolah ni. Maka, pertama kali jugak le dalam idop aku, tetiap ari datang skolah sure kene tidor dulu. Mengantuk tak terkira dah. Dah sampe tahap mane pun aku tak tau le. Ni le satu habit tak elok kalo dok asrama. Huh!

Oleh kerana, classmate aku tu tak bese idop dalam suasana ceni, maka dia mula buat hal nak tukor balik ke skolah lama dulu. Aku yang still tak ramai kawan ni..mula le nak ikut balik sama. Ye le, takde kawan tak best le. Ye dak?? Lagipun...diorang kat sini sumer nampak cam kerek jek. Tambah lak rindu-rinduan ngan kengkawan lama dulu tak ilang lagi..Hehehehe...Dalam masa seminggu dok kat skolah tu..kitorang berdua dah start merancang satu rancangan yang tak best dan hampeh!! Sib baik tak kantoi jek!!

Boleh dikatakan, tetiap ari seblom atau selepas prep..kitorang berdua akan call kampung. Tujuannya..nak meluahkan segala rasa yang tak best sekaligus rasa rindu kat mak ngan abah. Kekekeek..masa tu, umah aku kat kampung takde tipon lagi so aku kene le call umah mak sedara aku. Nak kata jauh tu idak le..dekat pun idak..hehehe..sipi-sipi le..bila aku cakap ngan abah, aku nangis. Aku merayu kat dia suh dia datang amik aku balik. Aku takmo skolah kat situ. Pueh dia pujuk aku tapi aku takmo jugak. Last2 dia kata..ok! sok abah datang. Tapi..aku takkan dapat skolah lagi sebab bila aku balik jek dari skolah ni bermakna aku dah berhenti skolah! Uiks!!! gitu skali??? Uwaaaaaaaaa...!! Tapi takpe..nak balik tetap nak balik!

Esoknya, aku ngan classmate aku tu plan takmo pi skolah. Tapi, kitorang dah pakai baju skolah. Lam kepala otak ni ligat dok pikir cara nak elak dari dikantoikan pengawas. Pikir nye pikir..pikir nye pikir...idea tetap jugak takmo datang. Ishhh..cemane ekkk..??

To be continued...:)

[Agi Idop @ 8:08 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==