*
*
*
*

30.6.04

Tajuk : Aku Dan Skolah Part 1

Ummm..ari ni nak citer pasal pe arr? Ade orang tu, dia suh aku citer pasal pengalaman hidup aku. Ehehehehe..aku sebenonye takde idea. Tapi takpe la..tunggu aku perah jap idea ni..

Wokey! Aku dah dapat satu idea bangang. Uiks! Bangang ke? Ntah le..Aku pun tak tau nak kategorikan hape..muehehehehe..

Tingat aku masa skolah dulu. Skolah menengah. Masa tu, aku form four. New student kat satu skolah di Seri Iskandar, Perak. Seblom tu, aku cam bese le..skolah kat Beruas..tapi memandangkan aku dapat offer ke skolah tu based on aku nye result PMR, so...aku accept tawaran tu even ati berat untuk meninggalkan family. Almaklum le..first time nak dok berjauhan dari keluarga. Sape tak sedih beb...

Mulanya, aku takmo pi sebab aku tau...family aku sure tak mampu nye nak tanggung kos pembelajaran aku. Aku takmo pi. Sungguh! Tapi..mak pujuk gak suh aku pi. Dia kata..dia bangga sangat bila aku dapat masuk skolah tu sebab bukan senang nak dapat masuk situ. Hemmm..aku ni serba salah sebenonye. Ye le..dengan pendapatan abah yang ciput tu..bleh ke nak tanggung aku study kat situ?? Pat ploh lima kali aku pikir. Nak pi ke tak? Nak pi ke tak? Last-last..berbekalkan semangat yang kental..rela dalam paksa..aku pi jugak kesana dengan sorang lagi member sekelas. Maka, bermula le citer bangang yang aku nak citer ni...Muehehehehehee...

Dengan ati yang berdebor-debor, dengan rasa tertakut-takut...aku pun mula le mendaftar as a new student kat skolah tu..Yang mengantor aku masa tu pun..just abah, kakak, mak sedara ngan tok aku. Hehehe..mak aku takmo ikut sebab..aku ada adik kecik masa tu..kekekeke..paham-paham je le..:P

Dalam ati aku, toksah cakap le. Sedih banget. Sok sek sok sek dahh..sedih ni nak berpisah ngan diorang sumer tapi aku cover. Malu le..orang nengok..control ayu gitu. Muahahaha..Aku tengok cikgu kelas aku cam baikkkk jek. Ooo..dia ngajo English. Favourite subject aku tu. Heheheheehe...

Lepas abih mendaftar, aku ngan kengkawan yang lain dibawak ke asrama untuk ditempatkan di dorm-dorm yang dah ditetapkan. Best nye citer, aku ngan classmate aku tu dapat dok dalam dorm yang sama. Nama dorm tu tak silap aku le..Qurratun Aini. Atau lebih tepat lagi..Dorm Q. Hehehehe..kat situ le bermula segala-galanya.....

Bermula kat skolah ni..aku jadik pendiam. Aku tak banyak cakap sebab masa tu..aku terlalu le rasa rendah diri teramat sangat. Dalam kepala otak aku..awat le aku masuk skolah ni? Trus tip top aku jadik budak bodoh. Ye le..aku bukannye pande sangat kalo nak dicomparekan ngan diorang tu sume. Lagi pun, aku orang susah..diorang sumer anak orang best-best. Kaya lak tu. Aku ni hape le yang ada...huhuhuhu..tetiap ari aku nangis. Tetiap ari aku tingat kat kampung dan tetiap ari jugak le aku plan ngan classmate tu nak balik semula ke skolah lama..muehehehehe tu le idea bangang aku.

Tapi...idea bangang aku ni akan bersambung untuk esok ari coz..tak bley citer panjang-panjang. Nanti orang boring. Pinau bijik mata. Sape yang susah? Korangggg..jugak yang susah kan? Wokeyy..to be continued on part 2...di sini.....di sini....di siiiiiiiiiniiiiiiiiiiiiiii.....

[Agi Idop @ 12:43 PM]

29.6.04

Tajuk : Bla, bla, bla..

Hehehehee....makan-makan kat umah aku Ahad lepas terpaksa dikenselkan atas sebab-sebab tertentu. Sebab utamanya ialah, penghuni rumah tak cukup korum. Kak L kene balik Melaka sebab takmo derhaka kat husband dia. Aku paham..Ummm..maybe diorang nak sambut birthday dia kat sana kot. Biar le..orang ada laki. Yang takde laki..dok situ dendiam. Ehehehehee...

So, ari tu..kitorang buat laksa penang jek. Kueytiow tomyam tu kitorang postponed ke minggu kedua coz minggu pertama tu kitorang ada family day. Yeahhhooo..!! Yabeda-bedu..!!! tak sesabo dah aku nak pi nih. Dah gatai tapak kaki dah niii..muehehehe...

Malam tadi, aku tengok drama sedih lagi. TERIMA KASIH AYAH!! sedih banget. Kisah sorang budak laki (Adik) yang cacat..bukan cacat pun..cuma kaki dia lembik. Tak boleh nak jalan. Umur dia baru nam tahun. Tetiap ari, dia dipaksa berlatih berdiri dan berjalan oleh bapak dia (Hamid) yang tak penah jemu-jemu melatih dia. Biasa le..kalo suh berlatih tu..ada jugak le tengkingan dan herdikan dari sorang bapak yang benar-benar mahukan anak dia boleh berjalan macam budak-budak lain. Tapi, cara dia tu..dah membuatkan sorang penduduk kampung (Malik) ni geram. Mendidih jek rasa. Malik menganggap yang Hamid telah mendera Adik. Tapi sebenarnye tidak. Ye le..bapak mane yang tak sayang anak dia. Kalo ada pun..tu bapak haruan namanye...

Berkat kesabaran, keusahawanan dan ketabahan Hamid dan Adik, maka..Adik berjaya jugak mencapai impian dia untuk jadi YB. Hahahahaa...kaki dia pun dah ok. Sorii..citer ni sedih sebenonye..tapi jadik tak sedih sebab aku short-cut kan dia. Nak tulih panjang-panjang bulehhh..tapi takut ada yang sedih meraung-raung la pulak kang. Kekekekee..

Lastly, aku memang suka tengok citer-citer yang beremosi ni coz bleh menguji tahap keemosian aku. Hahahahahaahahampagasssssssssssss...!!

[Agi Idop @ 7:46 AM]

26.6.04

Tajuk : Perancangan Untuk Hari Ahad (Lusa)

Semalam, aku miss satu entri. Kosong. Idea aku hilang. Aku tak tau nak tulis ape. Disebabkan itu, aku jadi malas untuk menulis dan mujur le hari ni kemalasan aku tu berjaya diatasi sekaligus kotak ideaku pun datang secara tiba-tiba. Tap! Aku petik jari.

Petang semalam, lepas balik keje..aku lepak-lepak ngan akak housemate kat ruang tamu. Ecewahhh..sekali..dok berpikir-pikir nak makan ape ahad nanti ekk. Selalunya..kalo hujung minggu, kitorang akan plan nak masak satu benda. Sebab..ari tu le pun kitorang bleh masak best sket. Tetibe otak aku tertangkap pada satu masakan tu. Heh, heh, heh..apa kata kita buat bihun tomyam nak?? Aku sengih. Best jugak idea aku kali ni coz diorang sumer pun setuju.

Bincang nye bincang..plan nye plan..kitorang sepakat nak buat makan-makan sket kat umah ari ahad tu nanti. Tapi..idak le jemput ramai sangat pun..just..dua tiga orang kenamaan jek. Muehehehehe..Nak buat dua jenis masakan jek. Alerrr..Laksa Penang ngan Kueytiow Tomyam. Orait dak?? Heh! Padan le ngan duit yang ciput tu..

Kekekee..so, petang nanti..kitorang nak singgah kat pasaraya tu..nak beli seksiap barang-barang yang perlu. Sok dah busy..takleh diganggu. Hehehe..

Actually, ada kengkawan yang ajak aku gi kenduri umah Rudy Bluehikari ngan Insyirah Ahad tu..tapi aku takmo pegi sebab...memang aku saje takmo pegi. Heh! jahat ke aku? Sori ye kengkawan...lenkali jangan ajak aku lagi tauuu!!! Muahahahaha..

[Agi Idop @ 9:53 AM]

24.6.04

Tajuk : Kisah Aku dan Dunia Cyber-Part 1

Sebut pasal dunia cyber, terus terang aku cakap yang aku mula kenal dengan dunia ni sebaik saja aku mula berpijak kat bumi KL ni 2 tahun yang lepas. Seblom ni, aku cuma mampu dengor jek orang sekeliling dok sebut-sebut pasal internet le, chatting le..emel le..tapi aku tak penah jumpa pun mende-mende tu sumer. Bukannye aku tak teringin nak menggunakan mende-mende canggih tu, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Hehehehehee...mungkin masa tu aku kecik lagi kot nak tau pasal mende-mende tu..tapi takpe..aku akan tunggu jugak masa dan ketikanya. Jeng..jeng..jeng...

Awal Tahun 2002, aku datang KL. Tu pun sebab aku dapat keje kat sini. Alhamdulillah..setiap staf dibekalkan dengan satu pc sekaligus bersama dengan internet connection. Dan dari sini le aku mula nak mengenal, merangkak, bertatih dan sekarang dah pande sket-sket le pasal internet ni. Hehehehe..

Website first sekali yang aku bukak ialah SYUKUR.COM. Tak silap aku..gitu le namanye. Kat dalam tu..aku mula menjelajah ke seluruh pelusuk alam maya. Oleh kerana aku ni minat le bebenor ngan novel dan seumpamanya lah..maka aku mula tanam lam hati yang aku dah minat kat website ni. Sementelah pulak, bila aku baca satu cerpen tu..waduh...waduh...syahdu sungguh. Sedih rasa. Meleleh airmata. Tajuknya...aku dah lupa. Tapi citer dia memang le teramat bestnye.

Nak dijadikan cerita, setelah berminggu-minggu jugak le aku jatuh cinta kat SYUKUR.COM ni..satu ari tu, website tu takleh bukak. Aisehhh..apesal lak? Sampai le ke bulan-bulan seterusnya...aku dah mula hilang arah. Website kesayangan aku dah takde lagi. Huhuhuhuhu...sedih jugak waktu tu. Tapi takpe..dari situ aku mula mengenali apa itu internet. Macammana nak cari mende yang kita nak dan macam-macam lagi.

Tapi dalam pada tu, aku bimbang jugak. Even aku dah tau serba sket pasal internet ni..tapi jari-jemari aku idak le gatal nak mencari mende yang bukan-bukan sebab aku tau aku berada di mana dan untuk apa. Kiranya..aku ni budak baik le. Al maklum le..baru masuk keje. Kene le tunjuk kelaku elok sket. Ye dak? Muehehehehe..

Hari-hari berikutnya, aku dah semakin pandai le sket demi sket. Godak sana...godak sini..sambil buat keje..sambil aku menggodak. Tapi keje..tetap jugak jalan. Tu yang penting.

Kekekekeke...kalo kengkawan sekelas dulu dah pandai bercerita pasal internet, aku masa tu masih lagi bengong tak tau mende pe. Kalo dulu, diorang dok sembang pasal chatting le..emel le..aku buat donno jek. Nak amik tau pun..kita tak tau. So, lantak koranglah..heheheehehe...satu ari nanti, aku akan tau jugak. Cepat ngan lambat jek. Ye dak???

[Agi Idop @ 7:45 AM]

23.6.04

Tajuk : Syukur Alhamdulillahh...

Aku rasa seronok sangat. Aku rasa gembira sangat. Hati aku rasa damai, bahagia dan macam-macam lagi. Kak I dah mula bercakap dengan aku. Dia dah tak macam ari tu. Aku seronok sangat. Mungkin dia dah sedar, apa yang dia lakukan tu takkan mendatangkan apa-apa kebaikan pada persahabatan kami. Dan apa yang aku harapkan semoga persahabatan kami akan kembali pulih dan menjadi lebih baik dari dulu.

Aku balik kampung ni pun sebenarnya tak dirancang. Tujuan aku, nak mengelakkan dari tinggal berdua dengan Kak I sepanjang cuti Sabtu dan Ahad lepas. Mungkin tu satu tindakan aku yang kurang bijak tapi...sekurang-kurangnya, bila aku balik kampung ni..fikiran aku akan kembali tenang, tak stress macam ari tu..dan sekarang alhamdulillah..aku dah pulih walaupun perasaan was-was tu masih ada sket lagi dalam ati.

Tajuk : Suasana Di Kampung

Kat kampung, aku tak banyak aktiviti. Aku lebih suka menghabiskan masa petang aku dengan duduk-duduk, lepak sambil berborak ngan family, menghirup udara segar...yang takkan dapat aku rasa bila balik semula ke sini.

Kali ni, aku tengok belakang rumah aku dah berubah sket. Segala semak samun, hutan belukar dah lapang sama sekali. Nun...berdekatan ngan kolam tu, abah dirikan sebuah pondok. Lawa. Memang lawa. Beratapkan daun rumbia, berdindingkan batang pokok bertam dan berlantaikan batang pinang yang dah dibelah dua, aku mengaku pondok yang abah buat kali ni sebijik macam pondok yang abah buat untuk aku masa kekecik dulu.

Petang Sabtu yang lepas, kami sekeluarga makan tengahari kat pondok tu. Aduhhhh...bila lagi aku nak kecap keseronokan macam tu? Kali terakhir makan bersama masa kat pondok pun..waktu bendang masih ada lagi. Tu pun, aku masih lagi budak kecik. Belum masuk sekolah lagi. Ah! Alangkah seronoknya kalo aku ada kamera masa tu. Dah tentu aku takkan lepaskan peluang keemasan macam ni. Akan aku abadikan gambar tu buat kenang-kenangan.

Abah kata, dia buat pondok tu supaya senang dia nak lepak-lepak situ sambil halau kera atau binatang-binatang lain yang nak menghampiri kebun sayur dia. Orang tua, biasa le. Sementelah pulak orang kampung. Bukannye duduk diam. Ada jek keje yang diorang nak buat.

Masa aku nak balik semalam, aku dapat rasakan yang mak macam menangis. Mungkin dia sedih bila aku nak balik semula ke KL. Ye lahhh...sorang demi sorang anak-anak bakal tinggalkan dia nanti. Mungkin esok lusa, Kak Dah pulak akan tinggalkan dia mengikut suami. Tulat pulak, mungkin adik lelaki aku yang dah tamat PMR..dan masa tu..dia akan rasa kesunyian tanpa gelak tawa dan gurau senda kami semua. Sabar la mak, dah lumrah hidup..dunia akan berputar ibarat roda. Masa aku bersalam ngan dia pun, aku dapat rasakan yang dia seolah-olah taknak lepaskan tangan aku. Lama. Oh Mak! semestinya aku akan merinduimu dan abah selalu...

[Agi Idop @ 9:27 AM]

18.6.04

Tajuk : Aku Cuti Dua Hari

Errr...jap gi, kul 11 lebih aku nak kuar opis untuk ke Hentian Duta. Nak balik kampung le. Aku amik half day ari ni. Hehehehe..macam le ada gaji bayar half day. Pastu, aku akan datang sini balik ari Rabu. Amik cuti ari senin ngan selasa.

Balik kampung ni, nak jumpak mak, nak jumpa abah..nak jumpa kakak, nak jumpa adik-adik, anak-anak sedara yang kiut-miut tu..hehehehe..rindu plak kat diorang.

Pasal citer semalam, aku harap dia boleh terima dengan apa yang aku dah lakukan. Dia pun dah ucap tima kasih kat aku pasal ganti barang tu secepat yang mungkin dan aku harap sangat-sangat semoga perhubungan kami ni akan berjalan lancar semula macam dulu...aminnn...

[Agi Idop @ 8:08 AM]

17.6.04

Tajuk : Sesungguhnya Aku Mengikut Kata Hati

Astaghfirullahalazim. Aku baru jek baca teguran dari Uncle Ep kat seblah tu tadi. Sesunggunya apa yang dia tegur tu..memang betul. Aku terlalu ikut kata hati dengan apa yang aku alami skang. Aku ikut nafsu. Bukan akal fikiran aku. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni???

Aku tak sepatutnya berjanji macam tu. Itu bukan satu keputusan yang baik. Mana lah tau..jika ditakdirkan tuhan nak uji aku sekali lagi..hati aku berubah, mungkin aku dah terlanggar janji aku tu. Adehhhh...!!

So, aku nak tarik balik lah apa yang aku dah cakap kat bawah tadi. Thanks to Uncle Ep. Aku perlu lebih bijak dalam menangani masalah ni kan? Betul tak? So, kengkawan..sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang punya banyak kelemahan dan kekurangan..tak siapa pun yang sempurna di dunia ni melainkan DIA Yang Maha Esa.

Bila dah jadi macam ni..aku akan ingat balik lagu SURATAN ATAU KEBETULAN tu. Memang banyak hikmah di sebaliknya.

[Agi Idop @ 2:55 PM]

Tajuk : Cukuplah Setakat Ini

Kesinambungan dari entri semalam, petang ni aku nak singgah kat satu kedai tu. Mungkin kat situ aku buleh dapatkan pengganti kepada barang dia tu. Aku harap sangat-sangat. Aku tau..benda tu susah nak cari..tapi nak buat cemane..aku akan usaha jugak sampai dapat.

Mungkin macam ni saja cara dia untuk menghukum aku. Ok, aku terima. Aku tak kisah benda tu mahal ke tak asalkan barang dia tu..aku dapat ganti balik.

Sebenarnya, aku pun terkilan jugak sebab dia meletakkan semua kesalahan tu atas bahu aku sorang jek sedangkan dia marah pada sumer orang. Alih-alih, aku sorang je yang dia tak tegur. Aku pun tak paham. Tapi, tak kisah lah..aku terima demi sorang kawan. Aku taknak panjang-panjangkan cerita. Biar tamat setakat ni je. Cukup lah!!!

Lepas ni, aku janji pada diri aku sendiri..aku takkan lagi sentuh barang-barang dia atau barang sesape pun. Aku taknak kejadian tu berulang lagi. Aku dah serik..

[Agi Idop @ 7:51 AM]

16.6.04

Tajuk : Tuhan, Kuatkanlah Hatiku..

Aku tak tau kenape bende ni jadi kat aku. Seumur hidup, ni le first time diri aku betul-betul rasa bersalah sangat-sangat. Aku rasa, sampai bila-bila pun aku tak dapat nak maafkan diri aku ni selagi dia tak maafkan aku sungguh-sungguh.

Bukan niat aku nak rosakkan harta benda dia. Aku tak sengaja. Sungguh. Sebab selama ni pun aku memang berhati-hati dengan apa jua barang yang kami kongsi bersama. Tapi, aku tak tau kenapa hari tu..benda tu buleh jadi. Mungkin dah nak jadi. Nak buat cemane lagi. Kebetulan pulak, dia takde kat rumah masa hari kejadian dan aku memang bercadang nak maklumkan kat dia bila dia balik nanti tapi memandangkan aku ni sorang manusia yang banyak kekurangan, aku langsung terlupa nak bagitau kat dia pasal benda tu sampailah dia tau sendiri hari ahad tu.

Lepas pada tu..dia terus tak bertegur ngan aku. Aku susah hati. So, semalam aku pegi jumpa dia dan aku mintak maaf kat dia atas apa yang berlaku. Aku pegang tangan dia..aku bersalam ngan dia..walaupun aku rasa dia seolah-olah taknak maafkan aku. Hati aku jadi sebak tapi aku tahan. Aku merayu kat dia..mintak dia maafkan aku. Dia senyum tapi aku tau..senyuman tu hanya paksaan yang dibuat-buat malah dia langsung tak pandang muka aku. Aku tak kisahhh..sebab aku tau..kalau aku berada kat tempat dia sekarang pun tentu aku akan rasa apa yang dia rasa..tapi terus terang aku cakap, aku mudah nak maafkan kesalahan orang sebab aku taknak benda tu berlarutan. Sementelah pulak tinggal serumah.

Kat rumah, aku tengok dia masih lagi berdiam diri. Hati aku serba salah. Aku tanya kat dia " Akak, akak marah lagi ke?"

Tanpa pandang muka aku dia cakap "Akak nak, Sal ganti balik benda tu."

Waktu tu terus mata aku berkaca. Sah lah! dia masih lagi tak maafkan aku. Dan aku rasa dia takkan maafkan aku lagi..sampai bila pun aku tak tau la.

Pelan-pelan aku cakap "Ganti? Ok, takpe..nanti kiter ganti balik benda tu."

Malam tu, aku nangis lagi. Ntah la. Kenape bila jadi macam ni aku lebih suka menangis. Mungkin menangis bleh legakan hati aku sikit tak?

Sekarang pun..aku dan dia masih lagi dingin. Aku rindukan suasana yang dulu. Aku taknak macam ni. Aku susah hati kalau orang tak maafkan aku sebab aku takut, ditakdirkan aku mati nanti di saat-saat macam ni..astaghfirullahh...kat mana aku nak cari dia???

Lepas ni, aku nekad dah takkan sentuh lagi barang-barang dia atau barang sape-sape pun. Biar le aku guna barang aku sendiri. Kalau rosak pun biar le aku yang tanggung sendiri..tak susah hati.

Hemph! Ntah la..aku tak tau le lepas ni..walaupun aku dah ganti barang dia..tapi hati dia takkan mudah nak maafkan aku dan aku pasti hubungan persahabatan kami takkan kembali macam dulu lagi.

Petang ni, aku nak ajak Kak L gi survey barang tu..pastu esok baru nak ganti balik. Aku taknak tunggu lama-lama. Dan Jumaat mi..aku nak balik kampung. Nak tenangkan hati dan fikiran kat sana....

Mungkin dah takdir, persahabatan kami akan berakhir macam ni...

[Agi Idop @ 2:31 PM]

15.6.04

Tajuk : Teruk Sangat Ke Aku Ni????

Ari ni..konflik antara aku ngan Kak I semakin berjalan dengan lancar. Aku tengok, dia dah bercakap dengan Kak K. Tapi tidak dengan aku. Mungkin, dia letakkan segala kesalahan tu atas bahu aku. Gamaknye la...!!

Semalam, balik keje..aku cuba tegur dia bila aku tengok kelibat Kak Siti tak kelihatan. Aku datang kat dia yang duduk bersebelahan ngan Kak K. Malangnya..dia palingkan muka dia ke arah lain. Masa tu ati aku boleh bersabar lagi. Aku panggil jugak nama dia. Nak tengok dia jawab ke tak? Aku tanya dia.."Mana Kak Siti?" Antara nak dengan tidak..antara dengar dengan tidak..dia jawab,"Pudu". Tu pun aku rasa..kalo orang yang ada masalah pendengaran sure kena tanya banyak kali. Tapi takpe..aku sabar lagi. Aku rileks. Aku bukannya manusia yang nak hamburkan kemarahan kat khalayak ramai. Aku masih punya akal pikiran lagi. Masih tau bezakan baik ngan buruk.

Sampai kat Hospital Tawakal, macam tadi jugak..dia langsung tak mengadap aku, bersembang seperti hari-hari lain. Aku relaks jek. Masih lagi mau menegur. Tapi dia buat endah tak endah jek sampai le kitorang bertiga naik bas untuk pulang ke rumah. Oleh kerana bas tu penuh, maka kitorang bertiga dan yang lain-lain terpaksa berdiri. Mulanya, dia berdiri sebelah kanan Kak K dan aku sebelah kiri..tapi bila salah sorang penumpang tu dah turun, Kak K pun duduk. Maka, aku dan dia pulak berdiri bersebelahan. Masa tu, aku dapat rasakan yang dia tak selesa. Aku pulak sengaja nak rapat kat dia lagi tapi ternyata dia memang tak tentu arah. Sengaja aku nak tengok reaksi dia.

Turun aje bas, kemain laju lagi dia berjalan pulang ke rumah. Aku gelak jek dalam ati. Sambil tu, dok pikir jugak apa yang tak kena sampai macam tu sekali reaksi dia kat aku.

Balik rumah, aku selongkar peti sejuk. Aku keluarkan sumer makanan yang ada untuk dipanaskan semula. Segala makanan yang dia masak pun aku panaskan jugak. Aku tak kira sebab aku tau..masing-masing tentu kelaparan. Bila sumer dah siap, aku hidangkan kat ruang tamu. Aku jamah sket makanan tu pastu aku tutup dengan tudung saji. Lepas aje dia mandi, dia terus ke dapur. Aku tengok..dia pulak selongkar peti sejuk. Nampaknya makanan yang aku panaskan tadi tu..langsung dia tak hiraukan. Aku rileks lagi. Rupa-rupanya..dia tengah menggoreng sesuatu. Aku bangun ke dapur. Sambil tu, aku cakap kat dia "Gi le makan makanan bawah tudung saji tu". Heh! sikit pun dia tak pandang muka aku. Masa tu, aku terasa betapa kerdilnya aku pada mata dia. Betapa teruknya pada pandangan dia.

Aku sabar lagi. Aku pegi mandi. Tapi, bila aku tengok..sikit pun dia tak sentuh makanan bawah tudung saji tu..hati aku jadi kecik sangat. Aku tak tau kenapa. Tapi sungguh-sungguh aku terasa. Mula malam tu..aku berkurung dalam bilik sambil baca novel. Kak Siti datang rumah pun aku tak keluar. Alasan yang aku berikan..aku nak perabihkan novel tu. Tapi..ati aku yang sakit aku biarkan. Aku menangis malam tu. Sampai ke sudah aku tak keluar bilik. Lantak kau lah!

Apa? Dia ingat dia sorang jek yang buleh buat macam tu? Jangan sangka aku yang sebegini..tak berani nak marah-marah orang..tak berani nak sakitkan ati orang...heh! silap besar la tu. Selama ni memang aku bersabar. Aku taknak kecohkan benda yang remeh. Benda yang kecik. Besar sangat ke salah aku kat dia? Teruk sangat ke dosa aku kat dia? Kalau pasal benda tu lah dia nak marahkan aku sampai macam ni..huh! memang salah aku kalau selama ni aku hormatkan dia sebagai sorang kakak!!!!

Tekad aku, Jumaat ni aku nak balik kampung. Aku tak sanggup nak tinggal berdua ngan dia lagi memandangkan Kak Siti, Kak K ngan Kak Ilah takde kat rumah. Arghhhhhhhhhhhhhhh..!!!

[Agi Idop @ 7:36 AM]

14.6.04

Tajuk : Kisah Sabtu Dan Ahad

Sori..citernye terpaksa dipendekkan atas sebab-sebab tertentu. Aku ada problem sket. Tapi apa yang aku nak citerkan kat sini..untuk perlawanan badminton Sabtu lepas, aku dapat tempat ketiga dalam beregu campuran. Alhamdulillah...walaupun aku dah letih masa tu..tapi semangat aku kuat bila ada yang bagi sokongan kat aku. Thanks to Encik Kamalrodin. Bagi aku, dia macam abah aku. Dia tak tekan aku. Kami sama-sama bagi kerjasama untuk menang. Seronok..sungguh-sungguh aku cakap, aku seronok main masa tu..! Tengok le..kalau ada peluang lagi..aku takkan lepaskan..insyaallahh..

Sebenarnya..aku ada konflik sket dengan sorang akak housemate aku tu semalam. Sungguh aku tak sangka, kerana benda tu..perhubungan kami dah jadik hambar. Ni yang susah bila barang hakmilik orang lain digunakan bersama. Dah sehari kami tak bercakap macam dulu. Kalau ye pun..tegur bila perlu. Tu pun..tegur sepatah jawab sepatah. Aku susah hati tau bila jadi cenggini.

Kak I, Kak K dan aku. Kami sama-sama satu jabatan cuma dipisahkan oleh lain-lain bahagian. Dah dua tahun kami tinggal serumah. Dah dua tahun kami kenal ati budi masing-masing. Kak K dan Kak I ni sebaya. Aku jek muda dua tahun dari diorang. Antara diorang berdua, aku lebih rapat dengan Kak K sebab bagi aku..aku boleh kongsi apa saja dengan dia..aku boleh melawak giler-giler ngan dia..tapi dengan Kak I aku mintak maaf. Segalanya perlu aku tapis dulu. Silap haribulan, cenggini la jadinya...

Aku tak tau la kenape..tapi aku yakin, mungkin ada hikmah disebaliknya...

[Agi Idop @ 7:56 AM]

10.6.04

Tajuk : 1 Hari Lagi

"Kalau ada satu hari lagi.......Akan ku hangatkan kedinginanmu..."

Ececehhhh...tu lagu Andrians Band. Aku bukan nak nyanyi lagu tu sebenonye..aku sedang menghitung hari dan waktu nih..hehehehe..tinggal satu ari jek lagi. Eiiii..takut le pulok rasanye..

"Berdebar-debar jantungku bila mendengar namamu. Ah! Ah!" Muehehehehe...

Sabtu ni..12hb Jun 2004, Aku and the gang akan bergerak ke Bangsar untuk menyertai perlawanan badminton dalam Jabatan aku. Hah! Aku ni sebenonye udah jadi bidan terjun. Menggantikan tempat orang di saat-saat akhir. Entah apesal le pulok orang tu taknak datang aku pun tak tau. Yang aku tau..aku kene join perlawanan tu untuk beregu pompuan ngan beregu campuran. Hampeh! Awat aku yang jadik mangsa haaa??

Aku bukannya terror sangat main badminton nih. Tapi kalo setakat nak kalahkan bebudak kat umah aku tu..buleh aje. Ececehhh..Peraturan nak main pun tak tau..tau sket-sket jek..jadi la..

Heheehehehe..jap tadi baru jek nengok jadual sape lawan aku. Ohhh..mereka-mereka ni..ummm..tawakkal je le..petang ni nak praktis lagi..moga-moga ada pulangannya..amin..

[Agi Idop @ 2:36 PM]

9.6.04

Tajuk : Bas Berasap Lagi

Muahahahahahaa...nak gelak aku. Nak gelak guling-guling ari ni...warghhhh! kah! kah! kah!.....

Kelako le. Aku ingat bila aku dah pindah ni..takde lagi le kejadian bas berasap. Rupanya..masih lagi berlaku. Siput betul la...hampeh! hampeh! hampeh nyoq sungguh!

Korang tau tak, pagi tadi masa aku nak datang koje..elok jek bas khas yang kitorang naik tu sampe kat Jalan Ipoh..betoi-betoi kat traffic light, tetibe jek aku terhidu bau hangit semacam. Aku perati kiri..aku perati kanan..mana le tau..kot-kot ada yang melepeh..kua, kua, kua...sekali aku tengok sumer penumpang dalam bas tu..pakat dok toleh ke belakang. Eh, apohal?? Aku tertanya-tanya dalam ati.

Aku cari Kak Izan. Angkat kening sket ala-ala The Rock. Pehtu..kitorang senyum. Heh! udah pengalaman dah ni...apo nak heran...kekekekekeke..Aku pandang depan. Dengor pakcik drebar tu dok merungut-rungut. Hek ellehhh..pakcik, tu haaa..bas pakcik dah berasap nun...hahahahaha..aku rilek. Takde lagi gelabah cam dolu-dolu. Biasa arr..

Elok jek lepas traffic light, pakcik drebar tu pun stop kat tepi jalan tu. Dia turun dan terus ke bontot bas. Kitorang stay lagi kat dalam perut bas yang hampeh tu. Asap toksah cerita le. Memang berkepul-kepul masa tu. Aku pelik, apsal penumpang-penumpang Gombak ni bleh rilek lagi arr kat dalam bas? Tak macam penumpang-penumpang Keramat dulu termasuk aku...bila bontot bas tu berasap jek..udah kitorang pakat terpa kat pakcik drebar suh bukak pintu. Hahahahahahaa...tak sempat lagi bas tu nak berhenti. Kelam kabut jadinya. Sila aribulan, kalo cermin tingkap tu sesenang jek bleh dipecahkan..aku dah agak, ramai yang terjun tiruk kot tingkap tu. Ye dak..

Tapi bila dah jadi cenggini lagi...aku dah ok. Tak gelabah cam dolu. Kira..tak panik la. Nak turun bas pun siap beratur lagi. Bersopan santun ala-ala wanita melayu terakhir. Heh! Kalo dulu..tak silap aku..sape yang kecik bleh le keluor dulu. Main celah-celah jek. Muehehehehe..

Panik gak pakcik drebar tu bila jadik cenggini. Tu la..apsal tak bagi bas tu minum dulu. Kan dah berasap. Alamatnya..kitorang kene tunggu bas yang lain untuk ke opis. Kekekekee...

Aku tak kata citer ari ni citer seram, tapi aku kata citer ari ni citer kelako...ye le..cuba korang peratikan..tiap-tiap bontot bas INTRAKOTA mesti itam legam. Ye dak? Kuang, kuang, kuang....

[Agi Idop @ 8:12 AM]

8.6.04

Tajuk : Antara Sahabat Dan Kekasih

Satu hari tu, akak serumah aku pernah tanya.."Antara SAHABAT dan KEKASIH,mana lagi yang lebih penting?" Heheehehehe..aku senyum jek seperti mana status messenger aku 'Senyum Sokmo'. Muehehehehehe....

Pada aku, dua-dua penting. Tapi..biasalah..dah lumrah manusia..hidup tanpa SAHABAT ibarat kera sumbang. Yup! betul. Aku sokong. Sebab tu lah aku suka cari SAHABAT. SAHABAT yang boleh bersama-sama kita tak kira apa jua keadaan. Tapi mana nak cari SAHABAT yang sebegitu rupa? Kalau ada pun..mungkin 1% je kot. Aku pun tak pasti samada aku boleh jadi SAHABAT seperti tu. Setakat ini, Alhamdulillahh...

Ok, bersambung cerita tadi. Aku tak jawab soalan dia. Aku senyum. Tapi kemudian, aku bagi jawapan yang memang memelikkan dia. Aku cakap kat dia.."Kalau kiter la kan, takde KEKASIH..boleh lagi idop..tapi kalau takde SAHABAT, alamat dunia ni jadi sepi sesepinya...senyap sunyi."

Dia cebik bibir. Mungkin tak senang dengan jawapan aku. Lantas..dia keluarkan pendapat dia sendiri. Ternyata jawapannya memang jauh berbeza dari aku. Heh! it's up to u. Aku tak kisahhh..

Oleh kerana dia masih lagi tak puas ati, maka dia tanya aku lagi.. "Kenapa Sal cakap cenggitu? Bleh bagi reason tak?"

Hehehehehehehe.."Pada pendapat kiter le kan kak...nilai seorang SAHABAT ni amatlah berharganya dari nilai seorang KEKASIH. Kiter tak kisah..kalau kiter takde KEKASIH..tapi kiter kisah kalau kiter takde SAHABAT. Bayangkanlah..lahir jek kita kat dunia ni..sapa dulu yang kita cari? Dah tentu Mak dan Abah kan? Mungkin masa tu kita akan anggap Mak dan Abah kita sebagai SAHABAT sebabnya..takde sesape lagi yang kita kenal melainkan dua insan ini...Lepas tu..kita pun akan cari SAHABAT lagi. Dah tentu le adik beradik kita. Bila dah berupaya mengenali insan-insan sekeliling..baru le kita berupaya mencari SAHABAT di luar..iaitu SAHABAT yang benar-benar sahabat. Rakan sepermainan, rakan sekolah, rakan sekerja dan ramai lagi.

Siapa yang nak hidup tanpa SAHABAT? Rasanya..takde kan? Cuba le tanya kat sesape pun..mesti dia akan cakap...dia pun inginkan seorang SAHABAT yang boleh bersama-sama waktu susah dan senang. Tak silap aku, orang jahat tu pun ada SAHABAT jugak. Kakakakakakaa...

Bagi aku, SAHABAT lah tempat aku meluahkan segala rasa yang ingin aku kongsi bersama. SAHABAT lah tempat aku menceritakan segala masalah aku. SAHABAT lah tempat aku mengisi kedukaan..bergelak ketawa..usik sini..usik sana..dan macam-macam lagi. Tapi kalau KEKASIH, tak semua masalah akan aku ceritakan padanya..tak semua kegembiraan boleh aku kongsi bersama..tak semua cerita boleh aku luahkan padanya.

Mungkin disebabkan...faktor jantina yang memberikan aku pendapat sedemikian. Faktor jantina? Tak jugakkk..sebab, SAHABAT tak semestinya yang sama jantina. Ye dak? Heh! Sindiri pikir la..!!!

Habis jek aku bercerita, dia tersengeh. Tak tau lah samada dia setuju ataupun tak dengan pendapat aku ni. Tapi...sesungguhnya..pendapat aku ni akan aku pertahankan sampai bila-bila. Aku tak kisah orang lain cakap cemana..tapi aku adalah aku!!!

[Agi Idop @ 7:17 AM]

7.6.04

Tajuk : Cuti-Cuti Mesia-Seronoknya..!!!

5hb Jun 2004
Aku pegi kenduri umah Kak Zam kat Jengka, Pahang. Fuh! perjalanan kami memang best. Ni la first time aku berjalan ke Pahang. Ni la first time aku lalu Lebuhraya Karak. Memang kecut perut aku. Tambah lak jalannya yang sebegitu rupa membuatkan ati aku sentiasa berdebar-debar. Kepala otak aku slaloo memikirkan benda-benda yang negatif. Ye le..highway yang popular dengan kemalangan maut. Adehhhh...celupar betul mulut ni!!!

Orang kata, jauh perjalanan tambah pengalaman. Cenggitu le diri aku. Pertama kali sampai kat sana..ati aku rasa tenang jek. Mungkin suasana kampung yang membuatkan ati aku jadi centu. Aku sukakan suasana kampung. Aku rindukan kampung aku. Betul!!!

Lebih kurang jam 2 petang, kami pun sampai ke destinasi. Dari jauh, aku dah dapat mengagak yang kenduri kali ni memang dalam suasana sederhana..simple. Seolah-olah kami menghadiri satu kenduri kesyukuran. Kemeriahan tak terasa. Kenape yek? Aku pun tak tau...sampai rumah, kami masih lagi tertanya-tanya kenape suasananya sebegitu rupa? Aduhhh...tak berbaloi rasanya perjalanan kami yang datang dari jauh ni...

Sungguh! takde apa yang perlu aku cakapkan lagi..cuma itulah pertama kali aku menghadiri majlis perkahwinan yang betul-betul simple dan tak meriah!!!

Maafkan aku kawan! Ape pun..segalanya dah berakhir. Aku doakan kau dan dia semoga berbahagia ke akhir hayat. Terima kasih atas jemputanmu...

6hb Jun 2004
Pagi-pagi lagi, aku dan Kak Kiroh dah turun ke court badminton. Semuanya gara-gara nak berlatih untuk perlawanan badminton yang akan kami sertai minggu depan. Setelah dua tahun aku tinggal di KL ni..itu le pertama kali aku main badminton. Huh! abih sakit-sakit badan aku. Tapi..betullah...skang ni aku dah gian nak main lagi...

Seronokkk..sebab tu adalah sukan favourite aku...!!! Lepas ni..aku nak beli raket sendiri. Senang nak main. Takyah pinjam-pinjam kawan lagi...yey, yey, yeyyyyyy..!!!!

[Agi Idop @ 12:53 PM]

4.6.04

Tajuk : Kenduri Oh Kenduri

Aku tanya : Esok ari pe arrr?

Aku jawab : Ooo..esok ari Sabtu..

Aku tanya : Sabtu ke? Brape aribulan arr?

Aku jawab : Lerrr...kan ke 5hb..

Aku tanya : Ooo..ye ke..uiks!

Aku jawab : Pesal?

Aku tanya : Esok le kenduri kawin ex-osmet kita tu...

Aku jawab : O..ye ke? A'ah la..

Aku tanya : Ape la aku ni..tu pun tak tau..

Aku jawab : Bukan tak tau..aku hampir-hampir lupo larr..


Muehehehehe..tu dialog antara aku dan aku sendiri. Hah! hebat dak? Kekekekeek...

Sok, aku..Kak Siti ngan Kak Kiroh nak pegi kenduri kawin bekas kawan serumah aku kat Jengka. Sebenonye..kitorang takmo pi sebab takde transport. Almaklum le..nak nunggu transport sendiri..lambat lagi ler..hehehehe...

So, bila dah ada transport ni..senang le citer. Lagipun, ramai staf dia nak pi jugak. Kitorang pun ikut sekali. Just bayar sorang RM15 rial..dah ok dah..

Haiii..banyak benor kenduri kawin bulan nii...makan pree le aku...!!!!

[Agi Idop @ 7:12 AM]

3.6.04

Tajuk : Cuti-Cuti Sekolah

Thanks for all atas feedback entri kelmarin dan semalam. Sesungguhnya..kita hanya merancang tapi tuhan jugak yang menentukan...ecewahhhh...

Ok lah, aku taknak citer lagi pasal tu. Kita tutup buku. Skang, aku nak citer pasalll..situasi keje aku kat opis sepanjang minggu ni. Semalam, lepas jek aku tulih entri dalam blog ni...tenet dah takleh masuk. Ishhhh..keciwa jugak aku.

O ye, skang ni musim bebudak cuti sekolah kan? Hemmm..adik-adik aku kat kampung nun musti tengah gumbira tak terkata. Ye le...sape yang tak suka cuti ye dak? Aku pun suka..tapi aku bukan bebudak sekolah lagi..aku dah keje..kalo nak cuti, apply sindiri la!

Cakap pasal cuti sekolah, aku rasa..musti banyak agenda yang dah disusun oleh mereka-mereka yang terlibat ngan cuti sekolah. Contohnya...musim ni le pun ramai yang nak melangsungkan perkahwinan. Ala...cam lagu Waheeda ngan EYE tu.."Kompang dipalu..pengantin baru! Duduk besanding tersimpul malu"..ececehhhh...tu lagu untuk pengantin. So, sesapa yang bakal atau dah jadik pengantin tahun ni tu..aku wishkan 'Selamat Pengantin Baru.' Hik, hik, hik..

O ye, ada jugak mak ayah-mak ayah yang amik kesempatan untuk mengorbankan anak-anak lelaki diorang kepada Tok-Tok Mudim ataupun klinik-klinik yang menjalankan aktiviti 'Berkhatan'. Kekekekekee...waktu ni sure ramai bebudak yang kecut perut. Ada jugak yang dah seronok sebab rasa dia tu dah besor...kekekekeke..geli hati aku bila ingat balik masa adik aku kene korban dedulu. Ahaks! Adik aku yang dua orang lagi tu bila pulak agaknya????

Kalo dulu, zaman aku kekecik dulu..bila tiba cuti sekolah..aku tak pi kemana pun. Just duduk umah..tolong mak abah gi noreh kat kebun. Kutip getah buku, ikut noreh sekali...hehehehe...seronok jugak tau! Bukan senang nak dapat pengalaman cenggitu. Walaupun banyak nyamuk-nyamuk yang kehausan darah, tapi aku tak peduli. Seronok nye pasal..sumer tu dah tak dihiraukan. Masa tu, mak bagi le upah kat aku dalam pat lima ringgit. Okey le tu. Aku pun tak mintak upah sebenonye sebab aku paham keadaan diorang. Ye le..nak sara 5 orang anak masa tu...Kalo ari ujan, mak abah tak gi noreh. Tapi biasa le..orang tua. Tak sukanya dok terperap kat umah. Abih takde keje pun..mak akan ngadap mesin jahit dia siapkan tempahan-tempahan yang dah dibuat. Abah lak..nunnnnnn...jauh dalam hutan gi cari kayu api. Heh! tak silap aku...masa aku lepas SPM baru mak sudi nak guna dapur gas. Alasannya..masak dapur gas tak sesedap masak dapur kayu. Yup! aku sendiri mengakuinya...

Skang ni, kalo cuti sekolah..ntah hape le yang dibuat adik-adik aku tu. Nak suruh ulangkaji pelajaran..huh! jangan harap le..main lebih penting. Tapi peksa, ok pulak..! hehehehehe...biasa le..orang laki..

By the way, orang yang dah keje..tapi boleh cuti masa cuti sekolah.. sape dia? Hahahahahaha...CIKGU la!!! seronoknya diorang...!!

[Agi Idop @ 7:30 AM]

2.6.04

Tajuk : Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus...

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbang kan berulang kesilapan...


Hemmm...cuba renungkan bait-bait kata dalam lirik lagu ni. Nie lagu favourite aku dari dulu sampai skang. Sebabnya? Lirik dia terlalu menyentuh jiwa dan naluri aku sebagai sorang pompuan.

Aku selalu jadikan lirik ni sebagai pendorong aku untuk terus menjalani hidup ni dengan lebih tabah lagi. Terkadang, aku jadi keliru. Aku selalu tertanya-tanya...apakah sesuatu yang terjadi pada aku ni dah tersurat ataupun mungkin sekadar kebetulan.

Aku cuba kaitkan lagu ni dengan entri aku semalam dan segala yang telah berlaku dalam hidup aku sebelum ni. Memang ada benar. Bila aku amati dan dalami maksud dia..sure aku nangis.

Dah lumrah, kita selalu berdepan dengan banyak pilihan. Pilihan yang bakal menentukan hidup dan mati kita. Pilihan yang bakal menentukan jatuh dan bangunnya kita. Kalo tersalah pilih..kesannya terlalu pedih. Dan lebih teruk lagi, ada yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk hilang dan lenyap dari hidup kita.

Kita manusia. Tak terlepas dari buat silap. Tak banyak...sikit pun mesti ada. Tanpa sedar, kita dah melukakan hati seseorang. Di tambah pulak, seseorang itu merupakan orang yang terdekat dengan kita. Dalam hal ni, aku selalu berhati-hati dalam membuat satu-satu keputusan sebab aku taknak lagi berlaku kesilapan yang boleh menyiksakan hidup aku.

[Agi Idop @ 7:42 AM]

1.6.04

Tajuk : Bila Hati Mula Berbicara

Pada sape harus aku citerkan masalah ni? Pada sape? Sape???? Terkadang...Aku rasa nak nangis jekkk bila pikir-pikir, bila ingat-ingat, sakit ati rasa...

Pengalaman kat IKWAS banyak mengajar aku erti pergaulan, kepimpinan, persaudaraan, kerjasama, tolong-menolong dan macam-macam lagi. Aku bercakap dengan sumer orang. Aku tegur sape saje. Aku tak pilih kawan...aku tak pilih bulu..aku rapat ngan sumer. Laki, pompuan..sumer sama.

Tapi semalam, sorang rakan sekursus aku..lelaki..sebaya ngan aku la..sms aku. Dia luahkan perasaan dia yang dia suka kat aku. Aku tak terkejut sebabnya dari memula aku masuk lagi..cara dan perlakuan dia tu aku dah dapat agak tapi aku cuba buang jauh-jauh. Mungkin perasaan aku je kot. Ternyata, sangkaan aku silap bila dia terus meminta kepastian dari aku samada aku ni dah berpunya ke belum. Yes! aku terus terang cakap kat dia yang aku tak buleh terima dia...tapi biasa la lelaki...

Dia cakap, selagi aku belum berkahwin dan belum menjadi isteri kepada sape-sape pun..aku bukan milik sesiapa lagi. Dia takkan putus asa. Aku penin kepala. Lama aku pikir...lama aku diam..dalam ati aku..kenapa mesti aku? Kenape? Kenape tak orang lain? Ramai lagi kengkawan kursus yang lain..tapi kenape aku jugak yang jadi mangsa?

Dengan geram, aku tanya dia. Kenape aku? Kenape bukan orang lain? Jawapannya, orang lain tak sama macam aku. Huh! Jawapan bodoh. Aku takmo cakap kasar-kasar..sebab aku tak suka sakitkan ati orang..tapi ni le padahnya.

Aku bukan nak perasan atau nak bangga diri dengan letakkan citer ni kat sini. Bukan...bukan tu tujuan aku. Bagi aku, bila aku luahkan problem aku ni kat blog...sikit-sikit..kepala aku ni ringan jugak. Seolah-olah..ada juga tempat untuk aku luahkan sesuatu masalah tu. Even tak setel..tapi sekurang-kurangnya..beban yang sarat dalam kepala otak ni akan berkurangan.

Sungguh! aku nangis satu malam tu di IKWAS. Puncanya..aku tak larat nak hadapi benda ni. Aku jadi takut. Macam ni ke nasib pempuan? Tapi aku tak pernah menyesal sebab aku tau...pempuan ni banyak keistimewaan. Bagi aku, aku amatlah menghargai segala curahan perasaan diorang kat aku..segala kata-kata pujian diorang untuk aku even aku ni tak makan pujian..aku ucapkan terima kasih..tapi, bila tak putus-putus aku dilanda problem ni..oh! sape sanggup????

[Agi Idop @ 7:23 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==