*
*
*
*

30.4.04

Tajuk : Balik Kampung-Sudirman


Perjalanan Jauh Tak Kurasa
Kerna Hatiku Melonjak Sama
Ingin Berjumpa Sanak Saudara
Yang Selalu Bermain Di Mata

Nun Menghijau Gunung Ladang Dan Rimba
Langit Yang Tinggi Bertambah Birunya
Deru Angin Turut Sama Berlagu
Semuanya Bagaikan Turut Gembira

O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
O-Ho-Ho..Balik Kampung..!!
Hati Girang...!! (2x)

Terbayang Wajah-Wajah Yang Kusayang
Satu-Satu Tersemat Di Kalbu
Pasti Terubat Rindu Dihati
Menyambut Kepulangan Ku Nanti.....:P


* Selamat menyambut Hari Pekerja kepada kengkawan aku dan sumer yang bekerja

* Selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

* Selamat balik kampung kepada sesape yang balik kampung tu..

* Selamat memandu dengan penuh berhati-berhati

LASTLY...

*Selamat bercuti kepada sumer yang bercuti termasuk le aku sendiri..muehehehe..

[Agi Idop @ 7:38 AM]

29.4.04

Tajuk : Sampai Masa Kita Pergi Jua

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku sering dikejutkan dengan berita-berita kematian dari insan-insan yang aku kenal. Mereka bukanlah saudara-mara aku. Hanya sekadar insan tersayang rakan-rakan saja. Ataupun mereka yang aku kenal sepintas lalu.

Sebentar tadi, ketika berada di dalam bas untuk ke tempat kerja..telinga aku berdesing lagi. Lama. Aku terkejut. Cepat-cepat aku berselawat. Pesan abah, kalau kita cepat-cepat baca selawat..insyaallah...bunyi berdesing tu akan segera hilang. Masa tu, hati aku tertanya-tanya. Siapakah pula yang dipanggil olehNYA??? Aku pun tak tau...apa yang mampu aku lakukan hanyalah memohon keampunan kepada Allah sekiranya ajalku tiba selepas itu.

Dulu, ketika aku kecil..aku masih lagi mentah untuk memahami apa itu kematian. Kalau pun telinga aku berdesing...aku buat tak tau saja. Ahhh...takde apa lah tu. Tapi sekarang...aku sungguh-sungguh mengambil berat akan perkara ni. Sekurang-kurangnya..bila kita menerima isyarat seperti itu...kita akan insaf buat seketika. Sekurang-kurangnya...kita tak lalai bila kita faham bahawa..ada insan lain yang telah kembali kepada yang hak dan tak mustahil jika kita akan mengikut jejak mereka selepas itu. Mungkin esok dan mungkin jugak tahun depan atau jika dengan kuasa tuhan...sebentar nanti pun kita boleh 'hilang nyawa'. Tak mustahil itu semua.

Bila aku bertanya "Abah, kenapa telinga kita kengkadang tu selalu berdesing? Apa maknanya?"

Abah tersenyum. " Itu tandanya ada orang yang meninggal dunia."

Aku kerut dahi. Meninggal dunia? Tak paham la. Abah masih lagi tersenyum. Dia tau..anaknya yang sorang ini mungkin takkan paham selagi dia tidak menceritakan perkara yang sebenar.

Sebenarnya, setiap umat manusia di dunia ini baik yang hidup ataupun yang sudah mati...masing-masing mempunyai 'daun budinya' yang tersendiri. Pada daun itu telah tercatat nama dan tarikh kelahiran kita. Bayangkanlah...dalam satu rimbunan pokok yang rendang...terdapat berpuluh-puluh ribu daun yang mana setiap helai daun itu adalah manusia yang diciptakan Allah.

Jika salah satu daripada daun itu gugur..itu bermakna..nama yang tertera pada daun itu juga akan gugur (mati). Dan jika ia terkena pada daun kita sebelum ia gugur..itulah puncanya mengapa telinga kita berdesing. Maka, cepat-cepatlah kita beringat yang mungkin kita sedang menunggu masa sahaja.

Aku tak pasti dimanakah letaknya pokok ni tapi yang aku pasti...memang ia wujud kerana bukan saja abah aku yang berkata begitu..tapi juga beberapa orang ustaz yang pernah memberikan ceramah. Aku yakin, kalian pun pernah terjadi macam aku...jadi..sebagai peringatan kepada kita...bacalah selawat sebanyak yang boleh jika telinga kalian pun turut berdesing.

Sebulan yang lepas, seorang pakcik yang mengidap sejenis penyakit bengkak di kaki telah pergi menemui Ilahi. Beritanya ini pernah tersiar di tv untuk sesiapa menghulurkan bantuan tetapi sehari selepas tu..beliau telah meninggal dunia. Seminggu yang lepas pula..aku mendapat berita bahawa isteri tercinta salah seorang rakanku telah pulang ke rahmatullah setelah sebulan beliau terlantar di wad ICU. Pada keesokkannya pula..seorang rakanku juga telah kehlangan bayi yang dikandungnya selama dua bulan akibat keguguran. Semalam...rakan sepejabatku telah ditinggalkan arwah suaminya selama-lamanya akibat sakit jantung di IJN. Dan hari ini...mungkin ada lagi berita kematian yang akan mengejutkan aku. Oh...tuhan...

Sesungguhnya aku berasa hairan kerana aku selalu memikirkan pasal kematian. Mungkinkah saat untuk aku bersama-sama dengan kalian sudah sampai ke penghujungnya??? Yakinlah bahawa..dari Allah kita datang dan dariNYA jua kita kembali.


[Agi Idop @ 7:32 AM]

28.4.04

Tajuk : Suka Duka Dunia Blog dan Jurnal

Sepanjang minggu ni, aku punya banyak kesempatan untuk melawat blog dan jurnal kengkawan. Bukan aku takde keje...ada..tapi..biasa le..sambil nyelam minum air. Ye le..mane tau..ntah esok, ntah lusa..aku mati...udah tak sempat nak ngengada dan bermanje-manje ngan diorang. Muehehehehe....

Dalam aku dok tinjau-tinjau, dok intai-intai tulisan kengkawan tu...ada jugak le yang bisa menyentuh perasaan aku yang agak tersentuh sket ni. Hehehehe...aku tau...suasana kesedihan tu masih blom ilang lagi. Macam Uncle EP dan Kak Noy...aku doakan diorang semoga tabah dan sabar dalam menghadapi sebahagian dari ujianNYA.

Aku hanya pandai melafazkan kata-kata...tapi yang menanggungnya adalah mereka. Dapat aku bayangkan macammana kalo aku kehilangan sorang ibu yang selama ni aku jadikan tempat bergantung. Macammana kalo aku kehilangan sorang isteri yang sangat aku kasihi andaikata aku menjadi seorang suami. Dapat aku bayangkan macammana kalo aku kehilangan sorang anak yang aku kandung selama sembilan bulan yang selama ni..memang aku impi-impikan untuk menjadi sorang ibu yang baik. Sungguh! Aku memang suka baby. Tapi...tak semua impian kita tu akan tercapai..akan terlaksana sekiranya tidak diberi keizinan olehNYA.

Ada juga sesetengah blog kengkawan aku sedang dilanda oleh ribut taufan dan api kemarahan yang membara. Hehehehe..bukan marah..cuma hangin jek. Ye dak! Rasa tak puas hati terhadap seseorang...rasa sakit hati dengan sikap seseorang...ahhh...semuanya itu merupakan satu musim. Musim 'tak elok' yang sampai masanya akan hilang jugak.

Paling aku suka bila ada kengkawan yang sedang bergembira. Mungkin happy bila ada kengkawan yang wishkan besday, good luck or something special pada mereka. Ada jugak yang bergembira lepas jumpa kengkawan secara face to face yang selama ni hanya berkomunikasi melalui ruang cyber. Muehehehe..aku le tu. Tak dinafikan lagi.

Tapi aku rasa...apa pun kita..jangan le sesekali kita lupa bahawa setiap apa yang berlaku kat kita ni bukan untuk selama-lamanya bahkan sementara saja. Semua ni hanya pinjaman dari Tuhan. Sampai masa nanti...segala perasaan yang lahir dari dalam diri akan ditarik balik oleh Penciptanya. Apa yang kekal hanyalah ilmu, iman dan amalan kita seharian selama kita menjadi hambaNYA.

Lastly, aku suka betoi dengan lagu ni. Cuba korang pakat-pakat hayati lirik lagu ni..

Bila Diri Disayangi-Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kau luah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu


Tiada batasan waktu
Tiada tempatMu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapa pun hambar keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah takdir


Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu


Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangMu
Ku berserah diri...


[Agi Idop @ 8:56 AM]

27.4.04

Tajuk : Balik Kampung

Semalam, tercungap-cungap aku berlari kesana kemari..mengejar masa. Aku takmo masa kejar aku sebab aku rasa..memang dah termaktub di mana-mana yang masa takkan sekali-kali menunggu kita. So, kalo kita tak menghargai dengan setiap saat yang berlalu tu..bermakna kita dah terlepas satu peluang yang amat berguna untuk kita.

Sape tau, mungkin satu saat yang berlalu tu boleh menjadikan kita sorang manusia yang kaya-raya, ataupun sorang manusia yang cukup beruntung atau jugak sorang manusia yang tertinggal jauh ke belakang. Segalanya ditentukan oleh Rabbul-Alamin.

Actually, lepas aje abih waktu opis..aku bergegas mengejar bas Putra untuk ke Bangsar. Hasrat di hati..aku nak amik tiket untuk pulang ke kampung cuti panjang ni. Masa tu...aku bukan lagi jalan sopan-santun. Lenggang-lenggok ala-ala mak minah tapi aku jalan rupa sorang minah brutal walaupun aku pakai baju kurung. Heh! pecaye dak?? Memang korang takkan pecaye sebabnye korang akan cakap..aku ni penuh sopan santun. Bukan aku nak perasan..dah memang betoi. Kalo aku jalan sensorang mesti aku akan jalan cepat-cepatnye. Lain le kalo aku berteman.

Hehehehe...maka, terpulang le pada penilaian memasing. Aku tak kisah. Kira nasib jugak lah sebab masa tu aku pakai baju kurung. Kalo aku pakai seluar, heh! aku rasa..lagi brutal kot. Muehehehe...dapat ke korang bayangkan aku brutal cenggitu rupa??

Ape pun...syukur aku dapat tiket pada tarikh yang aku nak. Dah tak sabar rasanya nak balik ni. Last aku balik ari tu pun..masa raya aji. Haaa...kira le brape lama dah aku tak balik. Huhuhuhu..rindu-rinduan gilos ni..

So, untuk minggu depan...blog aku ni sunyi sepi le buat seketika. Seminggu aku amik cuti. Jumpa le kembali 10hb ekk. Untuk kengkawan, aku cuti pada :-

5hb Mei 2004-7hb Mei 2004

Balik kampung-30hb April (1.30 tgh ari)

Jumpa kembali pada-10hb Mei 2004


Ok, chowwwww.....

[Agi Idop @ 2:07 PM]

26.4.04

Tajuk : Jalan-Jalan Jumpa Kawan

Tarikh : 24 April 2004
Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman

Hajat di hati nak main boling kat Pertama Kompleks..malangnya..tempat tu tutup. Dua minggu dah tak beroperasi. Hampeh betoi. Aku siap dah berangan-angan lagi nak buat 'strike' banyak kali. Cececeyy....macam terror benor. Bukan apa..kitorang maleh nak pi tempat lain. Susah nak balik. Kalo kat situ..senang nak dapat transport. Last-last...kitorang amik keputusan nak gi teman Kak Izan beli barang-barang hantaran untuk abang dia. Heh! tak di sangka-sangka..dalam 'Sayang You' tu..aku jumpa Kak Zar ngan Mushroomcute tengah sibuk dok prepare untuk dinner PUSPANITA diorang. Hehehehehe...tu le...KL ni kecik aje..:P

Tarikh : 25 April 2004
Tempat : Masjid As-Shakirin KLCC

Satu lagi program yang dianjurkan oleh Gengjurnal. Majlis bacaan Tahlil untuk arwah isteri EP yang baru saja meninggal dunia sehari yang lepas. Innalillahiwaiinnailaihiroji'un...Aku dapat berita ni pun dari sms Mushroomcute pukul 1.50 pagi. Masa tu..aku dah lelap. Terkejut jugak. Patut le..sejak akhir-akhir ni..telinga aku asyik berdesing jek. Rupanya..sorang demi sorang dah menyusul pergi.

Walaupun aku tak dapat nak menatap wajah allahyarhamah buat kali pertama dan terakhir..tapi aku dapat bayangkan macammana rasanya jika aku kehilangan seorang ibu yang amat dikasihi. Pergi untuk selama-lamanya dan pastinya tak akan kembali lagi.

Pukul 3 lebih aku sampai kat sana bersama-sama ngan Mely, Ct Zie dan Bluheppo. Sumernye..first time aku kenal. Hehehehehe...seronok dapat jumpa diorang.

Setelah selesai segalanya, aku, Mely dan Ct Zie..terus gi jenjalan dan cuci mata sekejap kat dalam KLCC tu...yang lelain ada yang dah balik..selebihnya..join meeting KLD. Pukul 6..kitorang bertiga berpisah kat Putra KLCC..fuh! aku letih sebenornye...tapi seronok.

Lastly, semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh allahyarhamah dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman...aku sekadar dapat mendoakan dari jauh...Al-Fatihah...

[Agi Idop @ 2:23 PM]

23.4.04

Tajuk : Apakan daya...ati tak sampai..

Eh, silap..bukan ati tak sampai...tak sampai ati...huhuhuhuhuhu...aku bukan merajuk le..aku sesaje jek nak pi release tension yang bergelumang lam palotak nih. Tension??? Nak kata..aku tension..idak jugak..tapi..kira adik beradik le tu.

Tiap kali masuk blog...nengok blog yang tak berapdet..sian pulak. Sunyi sepi jek. Macam umah kene tinggal. Heh! Sok..datang makhluk lain menginap sini cemane? Aku jugak yang susah....kan, kan, kan...

Bulan lima nanti...bagi aku merupakan bulan aku kalut ngan kusus. Satu lagi..bulan untuk aku memperabihkan segala duit gaji yang aku ada. Aku nak jimat..tapi..tak tau le...buleh control ke dak...Ye le..skang ni..nak buat ape pun sumernye pakai duit. Takde le yang pree. Takde duit..segala keje tak jalan. Nampaknya...duit untuk family kat kampung terpaksa le aku tarik sehelai. Takpe lah...diorang paham. Aku baru jek habaq kat diorang semalam.

Kalo aku buleh idop lagi dengan tak menarik sehelai not tu..maknanya...memang aku takkan tarik. Sebab...bila aku betoi-betoi takleh idop..baru le..aku buat cenggitu. Huhuhuuhu...sedihnye...

27hb Mei-31hb Mei..aku kene turun Kuala Kangsar. Pi Ulu Kenas. Kusus BTN kat sana selama 5 ari. Tak kisah le tu. Negeri aku. Apa yang aku peningkan ni..bimbang kalo dapat another kusus gak bulan tu. Adehhhh...lingkup...tapi best jugak..settle sumer. Tunggu surat konfirm jek. Yes..!! Lepas tu..baru le buleh...nak pikiaq pasai beli keter ke...beli umah ke...ape-ape lagi le...muehehehehe...

[Agi Idop @ 1:05 PM]

20.4.04

Tajuk : Aku Nak Menyendiri

Keterlaluankah aku semalam? Huhuhuhu..bukan apa...aku geram sangat..!! Dengan cara tu jek aku buleh lepas geram. Aku ni...baik sebenonye. Tak suka marah-marah...tapi..kalo aku marah..cenggini le gaye nye...kekeekke...

Oppps...aku nak menyendiri barang pat lima hari. Aku nak legakan kepala otak yang tengah serabut dan pening ni. So...kalo aku tak update tu..mintak mahap le ye...lagipun..aku rasa..kalo aku tak update punggg...bukannya ada yang masuk kesini..ye dak? Tak de ape bende pun...hehehehehe....ntah la. Aku ni tak pandai nak berblog...kekekeke..

Okey...aku chow dulu...adiosss...!!

P/S : MeMbAwA hAtI yAnG dUkA lArA...huhuhuhuhuhu....

[Agi Idop @ 12:55 PM]

19.4.04

Tajuk : Bengangnye aku!!!!!!!!!!

Okeshhh...ni aku nak cita pasai satu cita yang sangat-sangat la menghanginkan diri aku ni semalam. Ari ni pun masih lagi terasa bengang nya. Bengang tahap asbestos dah nih! Huh! sakit ati aku.

Petang semalam, aku dapat mesej dari bekas opismate aku yang dah pindah ke Kedah nun. Dia nak ucap tima kasih kat aku sebab poskan dia nya pay slip. Tak kisah la tu. Tapi, mesej dia yang amat membengangkan aku ialah...dia kata...aku dah banyak tulong dia. Pastu...dia kata..dia takdak sapa lagi yang nak dimintak tulongkan melainkan aku...hanya aku...!!!

Uwekkkkkk..!! aku geli tau baca mesej macam tu apatah lagi bila ayat yang cenggitu datang dari dia. Sungguh aku cakap aku memang dah benci dia. Kalo setakat nak ucap tima kasih apa la sangat. Aku pun tak kisah semua tu. Tapi...bila dah ayat pujian melambung melantun-lantun...tu yang buat aku hangin. Aku try bersabaq ni..sebab aku takmo la benci teruk sangat.

Ayat dia ni..aku dah edit sket. Nak tulih sini pun aku rasa kembang tengkuk. Tapi, takpa la...aku try jugak untuk tidak menyalah pahamkan korang. Mula-mula dia sebut nama aku. 'Tie'. Pastu...dia tukaq pulak jadi 'mu'. Antara ayat dia yang buat aku geli ialah "'Dimana tempat harus ku mengadu melainkan mu, Tie." Ciss..!!Hampeh! aku geli! aku geli!!! Sah! dia dah bodo dan bangang sebab tulih ayat cenggitu. Ingat aku ni bini dia ka? Dah ada bini buat la cara ada bini. Pi la mengadu kat bini. Aku bukan pakar kaunseling nak setel masalah orang. Aku bukan terror pun nak tulong orang.

Cakap macam tak ingat tuhan. Pi la mengadu kat Tuhan. Nama jek pakai ketayap tiap-tiap ari masa keja...tapi...bab-bab cenggini...hilang ketayap tu semua. Toksah la nak selindung disebalik ketayap tu. Takdak gunanya.

Aku heran. Bila masa pulak aku banyak tulong dia? Tu la skali aku tulong dia pun. Tu pun pasai aku rasa pay slip tu penting kat dia. Lagipun, dia yang mintak tulong aku poskan kat dia. Heh! kalo takkkk...jangan harap la. Ikutkan ati...aku nak biaq jek berkulat kat laci tu.

Sebelum ni aku hormat dia sebagai sorang kawan yang lebih tua dari aku, sebagai sorang yang berpegang pada agama, sebagai sorang yang dah jadi suami dan bapak kepada dua orang anak...tapi..hormat aku kat dia skang ni dah betoi-betoi hilang. Aku langsung hilang kepercayaan kat dia lagi.

Aku kenai wife dia. Seopis ngan aku cuma lain bahagian. First aku keja kat sini...dia biasa ja. Tapi, bila dah dua tiga bulan keja...aku mula rasa lain macam. Segala gerak laku dan percakapan dia menunjukkan yang dia sorang lelaki yang gatai. Kalo bercakap, mesti nak mengendeng-ngendeng dekat ngan kita. Aku cukup tak berkenan orang yang bersikap cenggitu.

Pernah disebabkan sikap dia tu, aku bermasam muka beberapa minggu. Tiap kali dia tegoq, aku tak jawab. Kalo dia duduk buat keja kat meja dia tu, aku pegi kelain. Aku benci tengok muka dia. Hinggalah satu hari, dia tak puas ati dan mintak penjelasan dari aku. Aku cita kat dia terus terang. Dia terima dan mintak maaf kat aku. Dia janji takkan ulang lagi.

Seminggu berlalu, dia memang berubah. Tapi, lama kelamaan...perangai lama dia datang balik. Ati aku membara lagi. Aku bengang. Tiap kali dia tengok aku tulih cerpen kat pc...atau dengaq lagu best sket..dia mula bawak keluaq dia nya memori dulu-dulu. Dia cita la kat aku pasai bekas awek dia dulu. Aku pekakkan telinga. Buat tak dengaq ja. Dalam ati memang aku menyumpah sangat-sangat.

Dia pernah cakap kat aku...yang dia kawin ngan wife dia tu...semata-mata 'tangkap muat' jek. Errkk!! terkedu aku dengaq dia cakap. Sampai ati dia cakap cenggitu kat wife dia. Dah kawin sampai anak dua pun sanggup lagi cakap cenggitu. Dia kata...segala memori dia ngan bekas awek dia dulu..still lagi dia simpan. Wife dia bukan tau. Paling aku benci bila dia memperlekehkan wife dia depan aku.

Aku bersyukur sungguh sebab dia dah pindah ke Kedah. Memang aku bersyukur. Aku tak sanggup lagi nak menghadapi perangai dia yang 'kureng' tu. Bagi aku, kalo masih muda dan tak kawin lagi tu...tak kisah la...sebab dah tau diorang tu...memang gatai. Ini...dah anak dua!!! dia seolah-olah tak menghargai kehadiran wife dia selama ni. Aku tau cemana remuk dan hancussnya ati wife dia kalo dia tau...perangai laki dia selama ni. Aku tau...sebab aku pompuan.

Mungkin selama ni aku bersabaq dengan apa yang dia buat...tapi jangan ingat kesabaran aku akan berterusan selamanya kalo cenggini sikap dia. Aku mudah untuk menyukai seseorang tak kira laki atau pompuan just sebagai kawan dan sahabat tetapi sukar untuk membenci dan membuang diorang. Namun, sekali aku benci atas apa yang diorang buat kat aku...aku akan benci selamanya selagi dia tak mintak maaf kat aku...!!!

Tindakan aku lepas ni...aku akan tukar no. phone baru. Don't worry, aku akan maklumkan kat korang...nombor baru aku tu nanti.

[Agi Idop @ 9:37 AM]

15.4.04

Tajuk : Explorace

Wachaaaaa..!!! Korang penah tengok Explorace tak? Every Wednesday on TV3 at 9.30 p.m. Sape penah moh angkat kaki. Muehehehehe...kalo nak tau...Explorace tu dah jadik my favourite tv program tau. I never missed it every week. Huh!

Aku bangga sebenonye nih. Bangga sebab team favourite aku menang. Fariz and Rina a couple of husband and wife. Aku suka tengok cara diorang. Still maintain cool. Tak penah nampak diorang gelabah or nervous sket pun. Buat mende pe pun...diorang rileks....jek. Fuh! aku salute la kat diorang. Memang patut pun diorang menang. Diorang tak riak and tak over-confident sangat.

Berlainan ngan Jerry and Maria. Dari dulu lagi diorang nampak cam confident bleh menang. Aku tak suka cara Jerry sebab dia terlalu mendesak Maria. Lagipun..kalo tugasan yang susah sket..dia akan suruh Maria yang buat even tugasan tu sepatutnya lelaki yang kene. Huh! aku tak suka dia. Selain berlagak, dia jugak macam selfish. Kalo kaki dia cramp, Maria tunggu dia. Tak penah pun pushed dia. Tapi, kalo Maria yang tercungap-cungap kepenatan..heh! kemain lagi dia berleter. Adussss...sabo je le.

Sanjeev and Ravin lak..kelako. First round diorang join explorace...memang nampak serabut sket. Kekekeke...aku still tak dapat nak cam muka diorang..yang mana satu Sanjeev and yang mana satu Ravin. Apa yang membezakan diorang hanyalah bentuk fizikal. Besar dan kecik. Tinggi dan rendah. Hehehehee...bagi aku, diorang ni..bleh buat. Cuma aku tak puas hati masa diorang dapat masuk ke second round (separuh akhir), yang mana dioorang tak buat betoi-betoi. Diorang tak buat sendiri. Just...follow the other team. Not fair le cenggitu.

Ape pun, aku kesian sebenonye kat Sanjeev and Ravin coz diorang terpaksa eliminate di saat-saat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sayang. Tinggal 2 lokasi jek lagi. Rugi. Memang rugi sebab diorang sampai lambat ke lokasi tu. Dah malam pun. Tambah pulak ujan lebat. Adusss..hancuss sumernye.

Kat sini, aku dapat ambik satu pengajaran dan pengalaman dari diorang. Even aku tak join tapi..aku dapat kongsi sama-sama pengalaman yang every team kutip dari first round sampai ke final. Aku agak, Sanjeev and Ravin kureng pengetahuan dari segi lokasi setiap aktiviti. Tu satu kelemahan diorang. Lagi satu, diorang memang confident yang diorang bleh menang. Aku rasa, nak confident menang tu boleh tapi jangan terlalu mengharap yang kita akan menang sebab kita tak tau kat mana kelemahan kita.

Kelebihan yang ada pada team Fariz and Rina ialah both of them memang cool. Rileks dari awal hingga akhir. Tak penah nampak diorang desak each other. Everything yang diorang lakukan tak penah nampak kelam kabut. Maybe tu merupakan kelebihan diorang as a husband and wife. Aku harap lepas diorang menang ni...ikatan kasih sayang antara diorang akan lebih erat. Muehehehe..doa ni..doa.

Sebagai peringatan jugak pada aku untuk masa-masa akan datang, jangan nervous. Kalo buleh...try to cool myself. Aku tau..aku sorang yang mudah gelabah. Silap ari bulan...bleh buat orang marah..tapi aku akan cuba. I'll try the best.

So, conclusion nye..team Fariz and Rina menang. Dapat le RM100,000.00 untuk di bawak pulang. Jerry and Maria jatuh di tempat yang kedua while Sanjeev and Ravin telah tersingkir coz diorang tak dapat nak memperabihkan dua lokasi lagi. Huhuhuhu..sedih aku. Bila nengok ramai orang sambut the winner kat Putrajaya semalam, aku naik semangat laks. Hehehehe...cam aku laks yang menang. Ye le..menumpang kejayaan anak melayu. Heh!

Lastly, the winner nye motto memang menarik. "Never stop! Never surrender! And never give up!!!" Yeyehhhhh...!!!


[Agi Idop @ 9:57 AM]

14.4.04

Tajuk : Diekori

This morning, sebaik saje aku dan housemates nak turun pi keje...tanpa di sedari kitorang telah diekori. Uhuhuhu...takut weh. Tapi, aku tak takut. Aku still maintain. Buat cam takde ape-ape. Aku rilekkk..jek.

Kalo tak silap aku, 'menatang' tu ikut kitorang dari tingkat dua lagi. Puas kitorang jalan laju-laju..taknak kasi dia ikut...tapi dia tetap gak nak ikut. Adussss...

Dah le pepagi buta. Jalan kat situ pulak takde lampu. Gelap sih. Kalo jadik ape-ape kang...cemane? Sape nak jawab..??? Nak kata dia 'belaan' orang-orang kat situ pun..tak mungkin le dia ikut sampai ke sini. Hemmm..ni mesti 'belaan takde tuan' ni...

Last-last...sampai jek kat Petronas tu...dia stop. Maybe kompius kot..orang ramai sangat. Taktau nak ikut sape. So, selamat le kitorang dari diekorinye lagi. Muehehehehe...

Aku rasa, kalo le..aku tak keje ari tu, dah sure aku akan mendukungnya lalu membelainya dengan penuh kasih dan sayang. Maybe..dia takde mak abah. Maybe jugak dia lapo susu. Hemmm...ciannn..kat dia. Rupa dia bleh tahan. Cute. Bulu dia pun bersih. Alerrr..kalo kat kampung ni..dah sure aku amik buat kawan ngan memember dia. Hehehehehehe...

Tajuk : Malam yang Kelako

Mueskeskeskes...geli perut aku bila ingat citer malam semalam. Nasib baik bukan aku yang kene. Kalo takkk..dah sure aku akan menggelikan perut aku sendiri. Kekekekee...

Malam tu, lepas maghrib kitorang (aku ngan housemates) kuar makan kat sebuah kedai makan area-area umah aku jugak. Hajat di hati nak merasa le Tomyam dia. Sedap ke idak? Best ke tak best? Terangkat ke...tak terangkat? Hehehehe..ada orang nak blanjer. Ape lagi...bedal je le.

Sekali kitorang order dua mangkuk Tomyam. Peh! meleleh ayaq lioq dah woi! So, untuk menyedapkan lagi rasa di blanjer..aku order Nasik Goreng Kampung ngan ayaq temikai. Ceyy..! Best gilos la masa tu. Memasing makan sampai tak toleh-toleh lagi. Keskeskeskes...khusyuk le tu konon. Nak concentrate....

Tiba time nak balikkk...kitorang sumer kuar dengan perut kekenyangan. Hehehe...tima kasih le untuk Kak Izan coz dia yang blanjer kitorang. Tengah sedap dok berjalan tu...Kak Kiroh sempat lagi ngutuk sms yang dia dapat tu. Hehehe...sms dari orang yang tak sepatutnya.

Huh! Aku tak suka orang tu. Sungguh. Lega ati aku sebab dia dah pindah ke Kedah. Dulu, kat unit ni..dia dok seblah aku. Buat keje sama-sama. Memang masa tu...ati aku tak tenteram. Ye lah...dia dah kawin tapi perangai still lagi cam orang muda. Bila bercakap suka nak ngendeng-ngendeng kat orang. Eiiii...mintak simpang la. Kalo dia cakap ngan aku, aku buat tak layan jek. Tapi tu la masalahnya...aku tuntut ilmu keje ni dari dia. Ish! payah betoi la.

Ok, sambung citer balik. Sms dia tu memang meremangkan bulu tengkuk aku. Eiii..dia tak ingat ka yang dia tu laki orang. Tak baguih la dia buat macam tu. Elok jek kitorang dok mengutuk dia...tetiba Kak Kiroh menjerit. Udah...apsal pulak? Kekekekeekkee..

Sandal dia putus la. Memang tak bleh nak jalan lagi. Aduiiiii..ni gara-gara kutuk orang tu la. Hambik kau! Hampeh tul la. Jalan pun nak kena seret-seret. Kekekekeke...aku tak tahan nak gelak. Kesian pun ada. Aku try la lindung dia. Nasib baik la waktu malam. Gelap. Kalo sianggg...abihhhh...dalam pada tu, ada jugak yang tertinjau-tinjau nak tengok apa yang riuh sangat.

Aku suh dia tanggalkan jek sandal tu. Jalan je le ngan seblah sandal. Hehehe...dia takmo. Dia malu. Orang nengok dia. Lerrr...kalo aku, aku pun malu. Tapi...nak buat cemane...udahhhh..nak jadi. Kira nasib le jadik waktu malam. Sian pulak aku nengok dia. Jalan udah jadik cam orang cacat lak. Last-last...tak tahan nye pasal...dia tinggalkan sandal tu kat situ dan terus jalan ngan seblah kaki yang bersandal. Muehehehehe..cian pulak kat sandal seblah tu. Sure dia nangis sebab tak dapat nak bersama-sama ngan yang seblah lagi. Huhuhuhuhu...

Bagi aku, aku takmo gelak. Aku gelak lam ati jek. Takmo gelak kat orang sebab nanti...jadik kat kita balik. Pasal kutuk orang tu...aku dah terlepas. Aku mintak maaf le sebab seblom ni aku dah cakap yang aku nak berubah. Tapi, bila cakap pasal orang tu..memang aku takleh dengor. Sure aku jadik hangin.
Bukan apa..sian kat bini dia jekkk...

Ape daaaa...


[Agi Idop @ 8:17 AM]

13.4.04

Tajuk : Aku dan Diri Aku

Mulai semalam, aku dah pesan kat housemates aku, "kalo korang nampak kiter cam maleh jek nak wat keje..korang cubit kiter ekk??" Tu pesan aku kat diorang. Aku suruh diorang cubit aku bukan apa..sebagai peringatan untuk diri aku sendiri. Ye lah..kengkadang aku terlupa. Kengkadang aku khayal. Ntah lah! sejak akhir-akhir ni..aku rasa macam aku nak buat, aku nak sempurnakan sumer keje-keje aku. Risau takut ada yang tertinggal pulak. Baik kat umah maupun kat opis.

Aku ni..banyak pikir sebenonye. Aku pikir pasal family kat kampung, aku pikir pasal adik-adik, aku pikir pasal keje...pikir pasal diri aku dan pikir pasal masa depan.

Sori geng..takder idea la..sambung esok la ekk...

[Agi Idop @ 9:38 AM]

12.4.04

Tajuk : Kematian

Pagi ni aku datang opis dengan berbekalkan wajah yang ceria. Hehehe...aku nak senyum sokmo. Takmo masam-masam lagi. Tak best. Orang kata..senyum tu sedekah. So, oleh kerana aku takde ape-ape untuk disedekahkan kat diorang-diorang sumer..maka..aku sedekah le sebuah senyuman. Hehehe...ikhlas dari aku yang hampeh ni.

Semalam, aku dah nekadkan dalam diri yang aku nak berubah. Berubah untuk jadik sorang insan yang lebih baik dari dulu..dulu..dan dulu. Aku nak berubah jadik sorang yang rajin sebab seblom ni aku rasa..diri aku ni tak cukup rajin. Pastu laks..aku nak berubah jadik sorang yang mematuhi jadual harian sebab seblom ni aku rasa..diri aku ni sorang yang kelam kabut. Buat mende pe pun..ikut suka ati jek. Rasa nak buat...aku buat...rasa takmo buat...aku abaikan jek..huh!

Mungkin..sesape yang dapat menghidu perubahan aku ni..sure diorang akan cakap aku dah buang tebiat. Ye le..takde angin, takde ribut..tetibe jek nak berubah. Nak kata..azam tahun baru...dah lama dah lepasnye. Hehehee..tapi, betoi aku cakap...aku nak berubah especially nye..dari segi penampilan diri. Maybe..aku akan berubah secara slow...and slow. Takleh berubah mengejut, kang ada yang terkejut.

Ntah le. Aku sendiri pun heran ngan diri aku ni. Aku dapat kesedaran ni lepas aku tengok citer "Deep Blue Sea" ari tu. Aku bayangkan cemane le nasib orang-orang yang kene telan dek ikan jerung tuh. Dan aku bayangkan pulak, diri aku berada di tempat diorang. Dengan amalan yang aku rasa still tak cukup lagi, dengan salah-silap yang penah aku buat ngan orang-orang disekeliling aku secara sengaja atau tak, dengan dosa-dosa aku pada Tuhan, dengan diri aku yang tak cukup bersih nak mengadap Tuhan..aku rasa aku tak patut mati lagi.

Biarlah..aku dapat mengubah diri aku ni menjadi sorang yang lebih baik walaupun tak sempurna dan sebaik diorang..tapi aku akan cuba. Lepas aku tengok citer tu...aku betoi-betoi takleh tidor. Aku terbayangkan kematian. Aku mula terbayangkan diorang-diorang yang mati akibat kemalangan, kebakaran, mati lemas..aduhhhh..sempat ke diorang tu bertaubat? Bila teringat tu sumer..aku jadi takut. Lepas pada tu...hati aku ni secara pelan-pelan...mula jadi sejuk. Aku rasa macam aku baru dapat tenaga dan semangat baru untuk terus idop.

Aku nak buang sumer perangai aku yang tak elok tu..dan aku cuba nak mendekatkan diri dengan amal kebaikan. Sekurang-kurangnya...kalo aku mati nanti...bolehlah aku tarik nafas sekali dan menghembusnya untuk kali terakhir tanda kelegaan walaupun aku tak tau...cemane untung nasib aku kat sana.

Aku tak tau bila aku akan mati. Aku tak tau...kat mana aku akan mati. Aku jugak tak tau..dengan cara apa aku akan mati. Sumer tu hanya Tuhan jek yang tau. Segalanya dah tercatat dalam Loh Mahfuz. Ape pun..aku redha segalanya. Kalo aku mati pun..biar le aku dapat mati dengan aman dan dengan penuh kesenangan. Mati dengan keadaan jasad yang sempurna. Itu pun jika Tuhan izinkan.

Seblom aku mati...aku nak mintak ampun dan maaf kat mak dan abah yang tersayang, adik beradik aku, sedara-mara aku, cikgu-cikgu yang penah ngajo aku serta sahabat handai, rakau taulan yang mengenali aku..baik di alam persekolahan, pekerjaan mahupun..di alam syber. Aku mintak maaf kalo aku ada buat silap ngan korang sumer sebab aku takut..aku takkan dapat mati dengan aman kalo korang tak maafkan kesalahan aku walaupun kecik sebesor kuman.

Impian aku..nak cuba jadi sorang anak yang solehah untuk kedua-dua insan tersayang aku..mak dan abah. Aku teringin nak anto diorang gi haji. Aku taknak tengok lagi diorang keje kuat-kuat untuk cari rezeki. Aku nak tengok diorang idop senang..dekatkan diri pada Tuhan..tu yang penting. Impian aku lagi...aku nak cuba jadi sorang isteri yang solehah untuk bakal suami aku yang aku tak tau sape dia. Aku akan tunaikan segala tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin. Aku jugak mengimpikan untuk menjadi sorang ibu yang baik untuk anak-anak aku satu hari nanti. Aku nak didik diorang dengan segala ilmu yang mampu aku beri. Lastly, impian aku nak cuba jadi sorang muslimah yang sejati. Hehehe..tak tau le aku mampu ke takkk...tapi aku akan cuba...

Tapi...aku tak tau...sempat atau tak aku nak penuhkan sumer impian-impian tu..tapi sekurang-kurangnya..kalo aku sempat memenuhinya antara salah satu tu...boleh le aku mati dengan aman nanti. Ye dak? Impian yang berkesudahan.

Pulak tu nanti...terasa sedih dan sayang pulak nak tinggalkan diorang-diorang yang di kasihi dan di sayangi. Mak abah, kakak-kakak, adik-adik...suami tercinta (kalo sempat kawin), anak-anak tersayang (kalo sempat jadik mak) dan sahabat handai sekalian....huhuhuhuuhu...sayang nak tinggal. Ye le..nak pegi jauh nun......

Ntah le...aku selalu pikir pasal mati. Aku selalu terbayang..cemane kalo aku mati eksiden dalam keadaan yang penuh tragis..mungkin kepala aku melayang ke..badan aku putus dua ke..mana tau..aku dah tak sempat nak mengucap. Paling penting...aku tak sempat nak mintak maaf kat diorang sumer. Nak kebumikan pun...sumer organ dalaman dah tak cukup satu. Hehehehe..tu le yang menyebabkan aku berpikir demikian. Mati.

Kalo tanya kat orang lain..sape nak mati? Mungkin diorang akan cakap...ish! tak cukup enjoy lagi ni. Hehehehe...aku pun nak enjoy gak..tapi ingat-ingat le mati tu sama. Sok dah mati...nak sambung enjoy lam kubur pun buleh...

Oleh itu, tak salah kan kalo aku nak mintak ampun dan maaf dari korang seandainya...aku ada buat salah ngan korang. Kalo aku ada terhutang ape-ape tu..kalo ada..cakap le..brape..mungkin aku sempat melunaskannya..kalo tak..aku mintak halalkan je le..dunia akhirat. Aku bukanlah yang terbaik antara yang terbaik....

[Agi Idop @ 7:51 AM]

10.4.04

Tajuk : Speaking English

Ari ni aku tak blur. Aku ok jek. Perjalanan otak dan akal fikiranku dah berfungsi dengan baik. Darah pun dah bergerak lancar. Idea pun dah mula nak keluar. Kalo sebelom ni aku rasa macam nak hentak-hentak kepala..tapi ari ni aku rasa macam nak belai-belai jek. Ehehhehhehe...Fuh! macam teknologi canggih lak..

Semalam...aku jenjalan. Bukan jenjalan kemana..jenjalan lam internet jek. Hehehehe..ntah cemane..aku bleh tersesat masuk ke blog sape ntah yang aku memang tak kenal. Bukan orang Melayu..dan bukan orang Malaysia aku rasa...kalo tengok dari profile dia..dia tu orang cina. Not Malaysian citizen.

Humm..blog dia cantik. Nice and cool. Segala-galanya ditulis dalam English. Oleh kerana aku ni memang minat English..dan untuk mengimprovekan lagi penguasaan English aku..maka..aku pun drop le sekeping mesej untuk dia...nak try speaking maaa..cececeyyy...sempat le aku letak url aku sekali supaya dia bleh mai blog aku pulak...o ye, kalo tak silap..tu haaa...nama kat seblah tu..Adrian. Tu la nama dia...

Actually, dari skolah rendah sampai le ke tahap skang ni..Bahasa Inggeris merupakan satu-satunya subjek yang berjaya mencurik ati aku. My favourite subject. Aku memang minat English. Oleh kerana tu..kalo aku masuk library..dah sure aku akan pinjam dua buah buku. Malay n English. Ntah le...kenapa aku minat pun tak tau le. Tapi bagi aku...aku suka sebutan dan gaya bahasanya yang kalo kena gaya cakap..memang sedap dengar.

Cuma masalahnya..aku ni tak berapa fluent nak speaking. Aku boleh menulis dengan baik dalam English...aku boleh membaca dengan baik dalam English...tapi..kalo nak suruh aku bercakap..ehehehe..aku kureng boleh. Bukan tak boleh...tak mahir cam orang lain. Aku paham apa yang diorang cakap..tapi bila aku nak cakap balikkk..aku tak pandai.

Kepala otak aku memang ligat menyusun ayat-ayat yang nak dicakapkan..tapi lidah kelu tak terkata. Aku tak yakin dengan apa yang akan aku cakapkan. Tu sebab..aku beruntung dok kat unit ni..sebab tiap-tiap ari kami berurusan dengan orang-orang luar. Mostly, orang-orang Jepun la.

Kat sini..aku cuba belajar berkomunikasi ngan diorang. Aku tau...diorang pun bukan le pandai sangat speaking..tapi..kesungguhan dan usaha diorang nak speaking tu...membuatkan aku ni jadi bersemangat lak nak join skali. Hehehehe...setakat ayat-ayat budak skolah tu buleh laaaa...nak pegi kepada yang lebih tinggi..aku kureng lerrr...

Tu pasal le..aku cuba nak berkomunikasi ngan mereka-mereka yang memang ber'speaking' tetiap ari. Ekekekeke...cam orang Malaysia skang ni...broken english tu dah jadik kemestian...kan, kan, kan......

Kat opis aku ni..dulu..ada buat Kursus Komunikasi Bahasa Inggeris..tapi sampai skang...senyap jekkk..huh! tak profesional langsung..!..kita dah iya-iya nak join..dah bagi nama punggg..tapi..sampai skang..habuk pun tarak..!!
Adehhhh....

[Agi Idop @ 7:30 AM]

9.4.04

Tajuk : Blur Yang Tidak Berkesudahan

Arghhhh...i'm blur. I'm blur again. I don't know what to do. I've no idea today. No idea. Arghhhh...!!!

Ohhh..pening..pening..bilakah kepeninganku ini akan berakhir? Humm..day after day, I feel lonely. Kak Kiroh ngan Kak Zam kene attend Kursus Induksi kat Johor pulak next week. Aku? Aku jek yang blom lagi. Bila dan dimana..aku pun tak tau. Ikut jek le dimana aku akan dicampakkan. Be independence. Do it myself! Ohhh...

Sometimes, I feel like I miss about something. Miss someone. Hahahahaa...giler nye ayat. Tah hape-hape le. Biasa le..aku tengah blur skang. Blur yang boleh membuatkan aku terus 'zzzzz' bila sampai umah nanti. Dalam bas takyah cakap la. Mata separuh tertutup separuh terbukak. Nasib tak keluar ayaq lioq basi jaaa..ekekekeke..

Ish! melalut ape kebende aku nih. Takkan la sampai cenggitu sekali teruknya aku. Mengantuk sangat pun aku bleh 'cover' lagi weh!! Kena pulak duduk seblah mat bangla. Adehhhh...!!

Sori le geng. Ari ni aku merapu teruk sangat. Betoi-betoi takdak idea nih. Idea tak naik. Nak hentak palotak kat pc takut pecah lak. Hehehe..pecah kepala le. Pecah pc bleh ganti lagi. Kepala pecah..sape nak ganti? Ada sesape sanggup gantikan kepala? Uiii...mintak mahap la. Bayaq sejuta ringgit pun tak sama nilai tau. Huhuhuhu...terlalu le berharganya. Kepala...kepala..so, marilah kita sama-sama menghargai kepala kita ni yang didalamnya tersimpan berjuta-juta maklumat, idea, ilham dan pelbagai lagi. Kat situ jugak le terletaknya akal fikiran kita. Jadi, jangan letak kepala sembarangan yek. Simpan elok-elok. Muehehehehee...

[Agi Idop @ 2:41 PM]

8.4.04

Tajuk : Blurrrrr..

Pening...pening...takde idea..abisss...tolong la aku nehh..!! Dah puas aku ketuk-ketuk kepala..tetap tak keluar jugak. Cemane nak buat ni...adussss...

Tadi, aku pi mengundi. Mengundi untuk calon-calon jawatankuasa tertinggi Kelab Sukan Kementerian aku-KESKEP. Ajaibnya..nama aku boleh takde dalam banyak-banyak senarai ahli tu. Hampeh..!! Dah la aku malas nak berulang-alik kesana kemari. Nasib baik aku tunjuk slip gaji tu. Kiranya sebagai bukti la untuk kitorang yang hampeh ni. Huh!!

Sebagai pulangannya..dapat le bawak balik sehelai t-shirt ngan sekeping not RM5..heh, heh, heh...walaupun lima hinggit..tapi nilainya begitu besar bagi aku yang hampeh nihhhh...bley buat beli nasik lemak kan, kan, kan...

So, ari ni..sori le bebanyak. Aku betoi-betoi kekeringan dan kekontangan nehh..no idea...arghhhhhhh....!!!! lagipun, takyah le aku letak sini kan..idea aku bukannya best sangat. Bagi kat bebudak kecik pungggg...tak lalu..muehehehe...

Okeshhh...chowww....

[Agi Idop @ 10:22 AM]

7.4.04

Tajuk : Shin Chan yang Selamber...




Muehehehehe...gelak pagi...gelak pagi. Nak awet muda neh..ekekekeke...untuk pengetahuan korang, bos aku dah masuk keje ari ni setelah dua ari dia outstation ke Labuan. Heh! banyak keje balik le aku. Taper...taper...aku kan budak rajin...hehehehe...

O ye! pagi tadi aku bukak emel. Aku dapat satu emel yang bertajuk Original Shin Chan. Sape sini minat Shin Chan angkat kapla..!! Heh! lupa la pulak..aku ni bukan le peminat Shin Chan apatah lagi sedara mara dia. Tapi, taper lah...oleh kerana aku ni peminat katun...so, aku bukak le jugak...

Uiks! Shin Chan ni wujud betul le kat muka bumi nih. Memang ada. Sorang budak kecik laki...memang sebijik muka cam katun Shin Chan tu. Dengan bulu kening tebal nye..dengan mata sepet nya...dengan muka semek nye..ekekekeke...sebijik la aku cakap. Takde dua bijik, takde tiga bijik. Mueskeskeskes....

Ni haaa...aku letak gambo katun Shin Chan tu kat sini..nak bagi korang tengok..kiut dak? Sori..le. Gambo original dia aku nak letak tadi..tapi takleh lak. Tah nape ntah! Eheh! aku kot yang tak reti...ok la..tak cukup dengan tu..aku letak sikit lawak Shin Chan buat basah tekak korang..Kekekekeke...kira..orait la tu ekkk..!!

Baca pelan-pelan...kalo gelak tu..tutup mulut ye. Takut masuk sesuatu yang tak diundang laks..ekekekeke...

LAWAK 1

Shin Chan : Mak, kenapa mak nangis?

Mak : Uuhuhuhu..mak nangis bila baca buku ni..sad ending laaa...uhuhuhu...

Shin Chan : Uiks! Buku apa mak??

Mak : Buku bank abah kau lah..!!!

LAWAK 2

Pada satu petang, Shin Chan dan emaknya sedang bersiar-siar sambil menaiki kereta. Tiba-tiba...dalam perjalanan, emaknya membunyikan hon.

Shin Chan : Nape mak bunyikan hon dan sape orang tu?

Mak : Tu sedara kite, kenalah hormat.

Shin Chan : Ooo..sedara ke...

Dalam perjalanan seterusnya, mereka terserempak dengan seekor lembu yang
nak melintas jalan lalu emaknya pun membunyikan hon.

Shin Chan : Eh, eh..itu pun sedara kite jugak ke mak???

Mak : Errkkkk!!!!

LAWAK 3

Satu hari, ada la sorang lelaki datang ke rumah Shin Chan untuk meminta derma.

Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua..!!

Shin Chan pun membuka pintu. Kebetulan emaknya tiada dirumah. Hanya tinggal dia bersama atuknya.

Shin Chan : Derma ape bang?

Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua, dik. Adik ada apa-apa yang nak didermakan?

Shin Chan : Nanti jap ekk. Saya ambilkan atuk saya.

Lelaki : ?????

LAWAK 4

Dalam kelas, Shin Chan sedang asyik mendengar cikgunya mengajar. Tiba-tiba cikgu itu menyoalnya..

Cikgu : Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam buah, tiba-tiba kebun tu terbakar. Semua buah-buahan musnah kecuali 2 buah je yang terselamat..
Shin Chan, boleh beritahu pada saya buah ape ye?

Shin Chan : Dah tentu le boleh cikgu...

i-buah cempedak sebab buah cempedak diluar pagar
ii-buah keranji sebab buah keranji didalam perahu, dah dibawa belayar

Cikgu : :)

Ekekeke...Shin Chan yang selamber..ya..ya..

[Agi Idop @ 7:45 AM]

6.4.04

Tajuk : Jom gelak jom..!!!

Adoiii..masih terasa lagi sakitnya. Walaupun dah tak teruk cam semalam..tp kira sakit jugak le..sesekali tu..uuuu..ngilu gak beb. Hehehehe..sakit pompuan. Biasa le...rasa cam nak demam gak le. Chesss..tak penah pun sakit teruk sangat cam semalam tu...pagi elok jekk..petang lak dia buat hal.

Sampai umahh...aku terus baring. Gila-gila sakit wooo...ari ni kurang sket. Sapu minyak angin semalam tu..sib baik lega. Adussss...

Mueskeskeskes...kat bawah ni aku ada selitkan satu lagu yang aku kidnap dari blog kawan aku Lenz (nak promote blog kengkawan ni sebenaqnya...). Hehehehe....aku bukan apa...bila baca lagu niiii..walaupun aku tak tau nak nyanyi cemane...kira..sakit perut aku ni..bley le ilang sket-sket...ye dak?

Kekekeke..tah hape-hape laaa...

Mak..!! mak..!! sakit perut
Kenape?
Makan asam janggut
Sape bagi?
TOK JANGGUT
Mane die?
Dah cabut
Naik ape?
Moto bot
Keje ape?
Korek bontot..!!
Hahahahahaa (gelak ramai2)


Korang gelak dak? Keh, keh, keh...sesape yang ada janggut tu jangan le terasa lak ekkk? Ekekeke....:P
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tajuk : 'Aku dan 'dia'

Actually, disebalik gelak ketawa aku neh...ada citer sedey sebenonye. Tapi..takyah le aku citer kat sini..huhuhhu..biaq le aku simpan sensorang...citer aku dan 'dia'. Citer yang membuatkan malam tadi aku nangis. Sebak rasa ati sampai skang pun ada lagi.

Aku tak gaduh ngan 'dia'. Aku tak salahkan 'dia'. Cuma..aku kecewa sket le. Aku...kalo ikutkan taknak sikit pun kecikkan ati 'dia'. Aku taknak lukakan ati 'dia'. Biaq le aku mengalah ngan 'dia'. Sebab aku tau..aku pompuan. Mungkin aku ni lembut ati sangat. Mudah mengalah. Tapi tak bermakna aku dah kalah. Aku simpan kepercayaan kat 'dia'. Aku simpan kesetiaan kat 'dia'. Aku tau...'dia' pun macam aku jugak. Berpisah jauh tak bererti ati kitorang pun berpisah. Aku paham situasi 'dia'. Sebab..aku taknak paksa-paksa 'dia'...aku taknak kongkong idop 'dia'...lagipun, aku ngan 'dia' bukannya suami isteri.

Apa yang aku nak citerkan..walaupun aku sayang kat 'dia'..tapi aku tak mengharap sangat..aku taknak menaruh harapan yang terlalu tinggi kat 'dia' sebab aku taknak diri dan ati aku ni nanti kecewa yang amat sangat. Tak dapat aku nak bayangkan kemungkinan-kemungkinan tu sumer. Isy! mintak dijauhkan le.

Sebenonye..ntah le..kalo aku cakap kang..mungkin ramai yang kata..betoi ke aku akan jadi macam tu..tapi tak tau le..aku nak cuba jadi sorang isteri yang terbaik kat 'dia' kalo aku ditakdirkan ada jodoh ngan 'dia'. Aku nak buang sumer perangai aku yang tak elok tu..dan aku dah janji kat diri aku sendiri..dari dulu lagi..yang sampai skang tak penah berubah..aku nak pakai tudung labuh. Memang tu impian aku. Dah lama aku tak pakai. Lepas sekolah ari tu, tudung tu aku simpan jek.

Mungkin orang akan cakap, "Elehhh..setakat tudung labuh jek bakpe...kalo perangai tak elok." Ye betoi..aku tau..perangai elok tak elok bukan terletak kat tudung tu sebab aku tau..aku pun bukannya elok sangat. Tapi, sebagai muslimah..aku nak tunaikan kewajipan aku tu..impian aku. Tu jek. Cuba untuk menjadi sorang muslimah yang solehah...aminnnnn...

[Agi Idop @ 8:57 AM]

5.4.04

Tajuk : Aku kembali....!!!!!!

Yeahhhhoooo...!!! Yabeda bedu...bedi...yait...!!! yahoo..dot com dot my..sumer ada..amende lagi yang buleh dikategorikan sebagai yahooo...!! haaa???? Meh sini..aku nak taruk sini.....supaya buleh aku gambarkan kat korang cemane le...perasaan aku sekang ni...

Meh nak habaq bagi...dengan perasaan yang berbunga-bunga cinta...idong yang tengah kembang ala-ala katak si lepat lam Ujang, muka yang tersengeh ala-ala kerang yang tak busuk....cenggitu le perasaan aku sekang neh...fuh! betapa gumbiranya aku ari ni....gumbira tak terkira....tak terucap ngan kata-kata..tak terlafaz dek mulut aku yang comel nih..hak, hak, hak....

Korang...setelah seminggu ati aku kosong, sunyi dan sepi..bak temasek dilanggar todak...baru ari ni le ati aku kembali semula ceria, bangga, riang seperti kanak-kanak ribena...heh, heh, heh.....cenggitu le lagaknya diri aku neh...diri aku semakin ceria bila pc aku pun ceria...heh!

Tadi, tepat jam 11 brape minit brape saat pun ntah le..(sori...tepat pun tak tepat le jugak..)..pada ari senin...bersamaan 5 haribulan April tahun 2004, aku mula menggodek pc aku neh dengan segala ilmu yang baru diperturunkan sebentar tadi. Aku klik sana...aku klik sini...aku godek sana..aku godek sini...godeknye godek...klik nye klik...tetibe............

Yeyyyyyyy!!!! melompat aku seperti sorang pom-pom girl akibat terlalu gumbiranya kerana telah berjaya menyelamatkan pc aku dari demam kebisuan selama-lamanya....u-hu-huhuhu....walaupun tetiap ari pc aku neh menyanyi..tapi...stakat nyanyi jek tak cukup...kan, kan, kan??? Tak sanggup aku nak nengok pc aku berdiam diri tanpa dapat berkata apa-apa pun...tak sanggup....!! Uhuhuhu...Sib baik le bos takde. Kalo takkk..maunye pengsan orang tua tuh...silap aribulan masuk sepital lak...ekekekekeke...

" Errr..doktor, bos saya tu sakit apa?"

" Umm...saya dapati dia mendapat kejutan elektrik laaaa"


Huwarghhhh...kah, kah, kah....kejutan letrik weh!!!....siannnn...uiks! nauzubillah...mintak le dijauhkan. Bos aku elok jek kat Labuan sana. Outstation. Dah le dia baik..kalo dia takde...aku takmo bertirikan bos lain..uhuhuhuhuhu....sebanyak-banyak bos kat Mesia ni..manakan sama ngan bos aku sorang neh...ekekekeke...(aku puji dia..sebab dia baikkkk) :P

Hummm...so, bila dah berjaya..apa lagi..!! masuk blog aku le yang dah seminggu tak dijenguk, tak dibelai dan tak dimanja...ciannn kat dia kan? Sekali masuk...omakkkkkkk...!!! banyak nye le mesej. Mana satu harusku jawab neh? Yang ini ka...yang itu? Yang itu ka..Yang ini...Uhuhuh...main tunjuk-tunjuk lak. Kudung jari kang. Ilang seribu. Mueskeskeskes....Sesungguhnya korang...aku tak terdaya nak menjawab kesumernye..pasal aku rasa..banyak gak le mesej yang aku dah miss. Sori le ye. Aku jawab untuk sumer le...senang sket.

Ah-haaaa...maka dengan itu, aku mengumumkan yang ari ni..aku dah update entri terbaru aku. So, untuk citer-citer yang lepas...dan lepas..dan lepas lagi...aku citer kendian le ye...kang panjang-panjang tak best lak..

P/S : Aku dah lama tak dengor brite pasal uncle ep ngan mem dia..ape pun..aku doakan semoga dia sekeluarga..special to his 'mem'...sihat sejahtera hendaknya......aminnnn..

[Agi Idop @ 11:50 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==