*
*
*
*

30.3.04

Tajuk : Keceriaan Yang Beraja Dihati

Huh! Sudah lama aku menyepi. Bukannya aku merajuk. Tidak juga aku sakit. Cuma...aku terlalu sibuk dua tiga hari ini. Sibuk melawat blog teman-teman. Menjenguk seketika, membaca tulisan mereka dan sudah semestinya mencelah sepatah dua. Hemmm...sesungguhnya aku tidak pernah lupa pada hubungan sebuah persahabatan.

Bila aku sibuk, tidak bermakna aku lupa. Semalam, niat aku memang untuk 'mengupdate' halaman ini tetapi apakan daya....teknologi moden tidak berupaya untuk bertahan selama-lamanya. Akibatnya..'server' kurang aktif petang itu. Lembab. 'Slow'. Itulah perkataan yang boleh aku keluarkan pada masa itu. Alamatnya...lupakan sajalah niat aku itu....

Seawal jam 7.45 pagi tadi, aku dan teman-teman selaku ahli PUSPANITA cawangan kementerianku telah menghadiri satu Mesyuarat Agung di INTAN Bukit Kiara. Antara agendanya ialah membincangkan dan membentangkan laporan tahunan kepada semua ahli. Nampaknya tiada perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baru tahun ini. Ahh..tak apalah...

Terus terang aku katakan, mesyuarat-mesyuarat yang sebegini sungguh membosankan. Itu pendapat aku. Walaupun ramai yang menghadirkan diri tetapi komitmen yang diberi tidak memberangsangkan. Aku sendiri pun begitu. Hemph! apalah yang dimahukan oleh mereka kecuali cenderahati untuk dibawa pulang. Itu saja.

Ahli-ahli jawatankuasa yang ada seolah-olah berbincang antara mereka saja. Kalau pun ada...cuma dua tiga kerat. Yang lain..masing-masing buat kerja sendiri. Ada yang tidur, ada yang bersembang, ada yang dengar..tapi tak tahu apa-apa, ada yang ghairah bercakap dibelakang tapi bila diajak kedepan...menyorokkan kepala. Alahhh..aku pun sama juga. Dua kali lima...lima kali dua. Jawabnya...sepuluhlah..!!!Hehehehe...

Biasalah...sudah lumrah manusia. Jika tiada habuan, buat apa memenatkan diri pergi sana....pergi sini..!! mesyuarat sana...mesyuarat sini..!!..tercungap-cungap mengejar masa...buat penat badan saja. Walau mesyuarat kecil sekalipun..secawan teh dan sebiji kuih itu sudah menjadi kewajipan. Itu belum mesyuarat yang dihadiri oleh berpuluh-puluh manusia. Tentu habuannya lebih besar kan??

Oh ya! Semalam, ketika menjengah ke blog teman-teman membuatkan hati aku berasa lapang. Baru aku sedar, yang aku masih punya teman walau tidak bersua muka, tidak mendengar suara. Masing-masing punya citarasa tersendiri. Ada yang berbicara tentang perasaan, ada yang berbicara tentang kehidupan malah ada juga yang berbicara tentang insan-insan tersayang.....

Pertama kali bertemu mereka, hati aku berbunga ceria. Tidak lekang dengan gelak tawa, usikan demi usikan hingga akhirnya aku lupa pada secebis hati yang sedang dilanda duka. Aku abaikan itu semua. Bukan kesedihan yang aku mahukan. Bukan kedukaan yang aku inginkan. Tetapi kegembiraan, keceriaan dan keriangan teman-teman. Ketika itu, aku merasa yang secebis kedukaan itu telah dibuang jauh dari asalnya. Ohhhh...

Mula melangkah....aku ragu-ragu. Bimbang jika aku tersalah jalan. Manalah tahu...ada kawan yang makan kawan. Tapi ternyata segala keraguan yang menyelimuti diriku selama ini telah ditutup oleh keyakinan yang mendalam. Aku tidak salah. Syukur alhamdulillah...aku punya ramai teman yang memahami.......:)

[Agi Idop @ 1:35 PM]

27.3.04

Tajuk : Masih Aku Terasa


Mengimbas kembali satu kisah yang terjadi ketika menghadiri kenduri kahwin rakan serumahku dua minggu lepas sungguh memedihkan hati. Tidak aku sangka sama sekali, seorang kawan dan sahabat yang selama ini sangat-sangat aku rindui ternyata telah membuatkan aku langsung hilang kepercayaan padanya. Sungguh-sungguh aku katakan yang aku tidak boleh melupakannya sampai bila-bila.

Memang dalam perancanganku untuk bertemu dengan sahabat lama ini yang satu waktu dulu...belajar di dalam kelas yang sama. Aku kepingin sekali untuk bertemu dengannya kerana aku tahu, dia tinggal di situ. Sudah lama kami tidak bersua atas desakan sibuk dengan tugas masing-masing.

Hari itu, aku terlalu gembira kerana dapat berjumpa dengannya walaupun pada mulanya aku yang menyapanya dahulu. Ahhh..aku tak kisah semua itu. Mungkin dia tidak mengenaliku.

Perlahan-lahan, aku sentuh bahunya dan menghulurkan tangan untuk berjabat salam sambil melemparkan senyuman. Ternyata dia terkejut. Aku langsung memperkenalkan diriku sebagai rakan sekelasnya dulu. Setelah aku memperkenalkan diri, dia tersenyum. Tetapi aku tahu..senyumannya itu tidak ikhlas. Sengaja dibuat-buat. Sepanjang masa itu, aku yang banyak bertanyakan soalan padanya. Maklumlah..sudah 4 tahun tidak berjumpa. Dia hanya menjawab saja. Itupun..jawapannya memang tidak memuaskan hatiku. Hemm..aku tak peduli itu semua. Janji, aku sudah bertemu dengannya.

Dari segi fizikal, dia tidak jauh berubah. Masih lagi 'maintain' seperti dulu. Cuma...aku lihat..dia sudah pandai mencukur bulu kening. Hemm..tak apalah itu. Aku tersenyum sendirian. Dalam hati aku, tidak sedetik pun hendak memperlekehkan dirinya. Memang bukan itu niat aku.

Sayangnya, perbualan kami hanya berlangsung sekejap sahaja kerana katanya..ada kerja lain yang perlu diuruskan. Aku tahu, dia sekarang sedang memohon pekerjaan yang lebih baik sesuai dengan kelulusan yang diperolehi. Seorang pelajar lulusan IKBN (Manjung). Dibandingkan dengan aku, apalah yang aku ada. Tapi aku bersyukur kerana aku punya pekerjaan yang tetap.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, telefon bimbit aku berbunyi. Aku terima satu mesej. Ohh...dari sahabat aku tadi. Aku senyum. Mungkin dia ingin mengatakan dia gembira bertemu dengan sahabat lamanya. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Berlainan sungguh mesejnya kali ini. Aku baca dan ketika itu juga hatiku pedih, sakit dan terasa begitu kerdil. Apa salah aku? Apa dosa aku? Apa tujuannya mengirim sms yang sedemikian. Adakah kerana dia ingin menyakitkan hati aku semata-mata?

Mesej yang ditulis ternyata bukan untuk aku tapi untuk rakannya yang lain kerana memang berlainan sungguh bunyinya. Mungkin dia sengaja mengirim sms itu untuk menyakitkan hati aku. Aku tak anggap itu sebagai 'tersalah kirim' tapi memang itu disengajakan.

"Tadi aku pegi kenduri Fadhilah. Tiba-tiba ada orang pegang aku. Ko tau sape? Ct....siot. Rupanya dia dok serumah ngan Fadhilah kat KL. Heh! takde le lawa manapun. "

Aku pelik. Apa maksud dia dengan ayat tu. Sungguh-sunguh aku tak sangka dia sanggup mengirim mesej sebegitu. Aku tidak memintanya untuk memuji aku jauh sekali untuk menilai kecantikan aku kerana aku tahu kecantikan itu hanyalah sementara saja. Aku cuma minta hargailah persahabatan yang terjalin kerana harga sebuah persahabatan itu lebih tinggi dari harga sebuah kecantikan.

Memang aku akui, sebelum ini..aku pernah bersua dengan beberapa orang sahabat yang lain..kecuali dia dan mereka memang memuji aku tapi aku tidak termakan dengan pujian itu semua. Bukan itu yang aku harapkan. Sungguh..!!!

Kali kedua aku menerima sms darinya, ayatnya berbunyi " Ct, sorry for the interruption". Hem..aku tersenyum sendirian. Mungkinkah ini tujuannya selama ini. Begitu kepingin sekali dia untuk bertemu dengan aku pada hari raya puasa tahun lepas...bukan disebabkan kerinduan terhadap seorang sahabat lama tapi terselindung niat lain disebaliknya.
Malangnya..aku tidak dapat berjumpa dengannya kerana terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur.

Hari ini, barulah aku mengerti sekarang betapa sukarnya mencari seorang sahabat yang benar-benar mengerti akan perasaan sahabatnya yang lain. :(

[Agi Idop @ 8:42 AM]

26.3.04

Tajuk : "Blues Selamanya"

Tengah ari tadi lepas pi makan kentaki, aku sambaq satu majalah yang memang first time aku beli. "Blues Selamanya". Tak penah-penah aku beli. Ni la seumoq idop..aku pegang. Walaupun citer kat dalamnye...memang besh gilos..malah citer feveret aku pun ada skali..tapi aku tetap tak penah beli sebab mengenangkan yang benda tu..tak brape penting sangat lam idop aku. Banyak lagi benda yang aku kena bagi perhatian.

Aku ni bukan la jiwang sangat pun. Apatah lagi sampai berkarat. Tapi aku sukakan benda-benda yang berseni dan ada nilai keseniannya. So, untuk menilai seni tu..aku sendiri ada tiga hobi yang memang dari kecik lagi tak penah berubah iaitu membaca, melukis dan menyanyi.

Majalah ni..cover dia memang cantik. Ya la..katun feveret aku. Kalau dulu, aku beli "Ujang" tapi kali ni..aku nak try la beli majalah ni pulak. Tu pun, pasal sahabat aku promote suh beli majalah ni. First time karya dia masuk dalam ni.

"Warkah Untuk Adik". Tu karya sahabat aku ni..Nile_Chem. Aku kagum dengan dia. Tak aku sangka sama sekali yang 'orang sains' macam dia pun pandai jugak bersastera. Hemmm...tapi aku tak nafikan yang karya dia memang menyentuh perasaan aku.

Maklum la, aku ni memang sorang yang mudah tersentuh. Ekekeekke..Maksud aku..tersentuh dari segi perasaan la. Bila baca tulisan dia tu, hampir-hampir lagi aku nak menitiskan ayaq mata..huhuhu..sedihnye...

Tadi pun..masa tengah sedap dok gigit peha ayam tengah ari tu..ada sorang budak pompuan mai sengap-sengap kat aku sambil bawak satu tepawai. Sambil dok gigit, aku tengok muka dia. Sah! aku dah tau tujuan sebenaq dia. Adusss...

So, macam besa..aku tolak hajat dia tu. Ya la..kalau dia sorang tu..insyaallah la aku bagi. Tapi ni..3 orang...aisehhh...lingkup la..aku bukan kedekut..tapi...ntah la..susah nak kata..mudah sangat nak simpati kat orang.

Actually, aku beli majalah ni pun..ada sebab jugak. Mungkin aku buleh intai-intai peluang kat sini kot. Sebagai permulaan. Ya la..aku ni masih lagi bertatih. Mana tau..kot-kot aku buleh jadi macam Kak Sri Diah tu. Penulis novel. Yeahh...!!! tu memang impian aku dari kecik lagi tapi sampai skang tak tertunai-tunai.

Buat sahabatku Nile, aku doakan semoga kau berjaya dengan jalan yang dipilih. Pilihlah yang terbaik antara yang terbaik....aminnn...

[Agi Idop @ 2:24 PM]

25.3.04

Tajuk : Bila Hati Mula Berbicara

Aku tak mahu cerita panjang-panjang walaupun aku punya idea yang banyak untuk ditulis hari ini. Aku tahu...ramai yang bosan, boring, meluat, muak, mengantuk dan sebagainya bila aku tulis panjang-panjang. Aku juga tahu kebanyakan cerita-cerita aku bukannya 'best' sangat untuk dibaca oleh setiap orang. Kadang-kadang cerita-cerita tu...membuatkan aku ini kembali semula seperti budak sekolah. Budak sekolah yang masih lagi merangkak-rangkak bila nak membaca.

Aku tahu..aku punya banyak kekurangan. Aku juga tak sesempurna sifat dan perbuatan seperti isteri-isteri Rasullullah tapi aku ingin sekali menjadi seperti mereka.

Puas aku tepis perasaan buruk yang menular dalam diri. Aku tak mahu itu. Aku tak mahu. Bagaimana harus aku mengelaknya?

Apa beza tulisan yang serius dan tidak serius? Apa beza tulisan yang serius dengan tulisan yang kelakar? Apa beza tulisan yang menggunakan seratus peratus bahasa buku dengan bahasa yang digunakan sehari-hari? Aku pelik. Memang pelik sebab aku tahu..aku tidak bersekolah tinggi. Aku tidak pandai. Pengajianku hanya setakat di bangku sekolah menengah. Mungkin aku tidak bertuah seperti mereka tapi aku juga punya pendirian tersendiri.

Bila berada dikalangan sesetengah daripada mereka, aku berasa terlalu kerdil. Kerdil bila dibandingkan diri aku dan diri mereka. Aku akur. Aku tak punya buah fikiran yang bernas. Aku tak mampu untuk menguruskan satu-satu benda yang memerlukan komitmen yang besar. Aku bukan orang-orang itu. Aku tidak pandai tapi aku ingin berusaha supaya aku jadi pandai. Aku bukanlah seorang yang jujur tapi aku ingin berusaha untuk menjadi seorang yang luhur.

Maaf, jika aku katakan..mereka tak seharusnya berada disampingku. Mereka tak seharusnya mengenali orang seperti aku. Aku bukan seorang yang jujur. Aku juga bukan seorang yang bijak dan aku juga bukan seorang yang terbaik. Ideaku terbatas. Tidak seperti mereka yang ideanya sentiasa mencurah-curah. Mungkin kempampuanku hanya setakat ini saja.

Oh ya, maaf sekali lagi jika tulisan aku hari ini terlalu panjang untuk dibaca. Baru saja sebentar tadi aku katakan yang aku tidak mahu tulisan ini terlalu panjang tapi aku sudah terlajak. Aku sudah mungkir. Maafkan aku.

Aku akui, kesemua tulisan aku sebelum ini memang membosankan. Tiada makna pada sesiapa pun. Hanya sekadar untuk melampiaskan rasa lega atas apa yang berlaku pada diri aku.

Oleh itu, aku pohon pada mereka yang sudi dah tidak jemu menjengah ke halaman ini..bacalah jika itu hasrat murni kalian...dan jika tidak...tinggalkan saja atau aku rela menerima komen atau ulasan yang buruk kerana aku tahu...itu semua dapat membina keyakinan diri aku untuk menjadi seorang insan yang lebih tabah.

Harap kalian tidaklah hairan jika tulisan aku yang akan datang sudah jauh berbeza dari sekarang....

P/S : TERIMA KASIH, KALIAN.....

[Agi Idop @ 8:15 AM]

24.3.04

Tajuk : Kenangan Lama

Emmm...ari ni aku pakai kebaya kaler kuning. Kekekeke...kuning is my peberet kaler. Sambil dok buat keje tu...syok gak aku dok melayan lagu-lagu nih. Lagu 80-an dan 90-an. Kalo tak silap...sumer lagu ni..pemes masa aku kekecik dulu. Skang neh aku dah besor. So, bila dengor lagu-lagu neh..maka, teringat le balik kat nostalgia-nostalgia lama..

Slow and sentimental. Mueskeskeskes...masa ni la..pikiran aku dok merewang kemana ntah le. Undur balik ke zaman persekolahan aku. Zaman skolah rendah. Ecehhh..bila ingat zaman ni..mula le aku dok ingat my ex-boipren dedulu. Bukan le boipren pun..sesaje jek..kira..aku ni admire kat dia. Hehehe..kekecik pun dah pandai no. Aku slaloo digosipkan ngan dia. Diorang kata...kitorang neh..sepadan. Hehehehehe...dalam dok menapikan tu...tersangkut gak le seco'et...perasaan suke tu.

Dia ni..memang pandai. Tak heran le..kalo setiap kali exam..dia slaloo dapat nombor satu. Ish! jeles gak aku. Tapi nak wat cemane..kekecik dulu..aku just top-5 jek. Kekekeke..

Bila amik result UPSR...dia dapat 4A. (Tahun kitorang..highest result 4A bukan lagi 5A). Huhuhuhu..aku tak berjaya. Just 3A jek. Masa ni la..kitorang berpisah bawak haluan memasing. Dia masuk SBP. Aku continue skolah biasa jek. Sedih neh...

Sampai skang, kalo aku balik kampung...bila nampak mak dia tengah jual kuih kat pekan nun..aku terus teringat kat dia. Hehehe..cemane le rupa dia skang ni. Lepas masuk skolah menengah, sampai skang aku tak penah lagi jumpak ngan dia walaupun kitorang satu pekan. Mueskeskeskes...Kalo dulu..kecik molek jek..macam aku..tapi skang, ntah-ntah..dah jadik cam bapak budak. Hehehehe..orang laki..biasak aaa...

Tapi aku rasa, kalo jumpak pun..dia dah tak kenal aku lagi sebab rata-rata ex-classmates aku dulu..memang tak dapat nak 'cam' muka aku ni. Ketara sangat ke perubahannya? Ish! mosykil gak..

Tak kisah la. Aku takde simpan ape-ape perasaan dah pun kat dia..just..ingat sebagai kawan. Ye le..orang kata..zaman skolah tu zaman cinta monyet. Aku pun heran, apsal le..monyet lak yang kene. Awat tak letak menatang lain? Hehehehe...ada sebab la tu.

Bila naik skolah menengah..fuh!!..lagi kuat godaannya. Kalo tak kuat godaan..abisss...hancusss...!!!

Biasak le..jiwa remaje le katakan. Kali ni...ati aku tergoda lagik. Masa tu...aku dalam form two. Peh! dasat tu. Dalam kelas, kitorang main-main mata. "Menjeling-menjeling..ku bertentang. Mata kita sama memandang. Ecewahhh...Tapi kene pande cover le..kot kang kene ketuk kepala dek cikgu laks. Tapi..bila dah nama laki...ego dia tu..tau-tau je le...dalam ati lain..kat luar lain...menyampah..!!!

Sekali tu...ati aku bener-bener sakit bila tengok dia dok layan budak pompuan lain. Member sekelas aku gak. U-hooo...pande nak cemburu dah ni. Memang aku tak puas ati masa tu. Ari tu..kat skolah...aku monyok jek..kekekeke...

Actually, kitorang tak penah bertegur sapa pun..just berbalas senyum dari jauh. Hinggalah dia ngan family dia berpindah ke Tapah..aku pun terus lupa kat dia. Ntah cemane..dua ari seblom nak raya pose ari tu...aku terserempak ngan dia kat satu kedai kat kampung la. Aku ingat dia tak kenal aku..so, aku buat 'dek' je le. Sambil tu..dok usha-usha jugak. Ceh! jahatnya aku.

Bila nak balik..aku usha dia dari jauh..sebab diorang pun dah beredar dari situ. Kekekekee...sekali..dia berpaling semula memandang aku seolah-olah cam mengingati sesuatu. Wakakakakakaa...sah! dia kenal aku lagi...

Tapi..skang ni..aku takde ape lagi dah ngan watak-watak yang aku citerkan ni...sebab aku anggap itu sebagai citer dulu. Dah tutup kisah kekecik tu. Takde apa lagi dah. Aku pun anggap diorang just kawan jek. Sebab...bila dengor lagu-lagu lama ni..pikiran tu mula le nak flashback balik citer suka dan duka...ye dak?

P/S : Memori yang terlalu berharga...

[Agi Idop @ 1:13 PM]

22.3.04

Tajuk : Demam dan Rindu

Aduhhh..! demam still tak ilang lagi. Masih lagi terasa. Terasa kat sana..terasa kat sini...terasa kat sinun....ouch..! demam kali ni memang sakit sket. Pasal pe arr?? Ntah laa...aku pun tak tau...

Heh! demam yang aku maksudkan kat sini..bukan demam yang slaloo-slaloo tu..tapi ni demam pilihanraya. Kan tak ilang lagi tuh? Kepeningan yang melanda kepala otak aku ni...dah semakin surut bila sumer-sumer bendera, poster dan segalanya yang berkaitan ngan pilihanraya dah dimasukkan ke dalam tong sampah.

Hemmm..kat sini..aku nampak dah berlaku satu pembaziran. Memang membazir. Tapi ape nak watt...government kan manyak duit. Membazir untuk pilihanraya takpe...tak salahhh...hehehehe...

Malam menjelang nya pilihanraya, suasana kebisingan mula melanda kat tempat aku. Bingit telinga. Seolah-olah macam pesta lagaknya. Tempat korang tak tau le pulak. Ari Sabtu, malam Ahad. Malam tu...aku bleh pulak tak mengantuk. Nak kata tidoq siang...idak le pulak. Tapi, memang sah! aku tak nangtuk. Just baring-baring...kelip-pok...kelip-pok..bijik mata memandang kipas siling...sementara pikiran dok ligat berputaq memikirkan si "dia' yang sangat-sangat aku rindui...huhuhu..merindu dari jauh je le...

Aku memang rindu sangat kat dia. Dah lama kitorang tak berkontek. Ape le yang dia tengah dok wat skang neh arr? Ntah-ntah...dia pun tengah bz dok berkempen. Aku dok harap-harap, dia tipon le aku malam tu..tapi harapan aku tak menjadi kenyataan. Udahnye...malam tu kan...aku nangis. Takde le nangis giler-giler...sorok-sorok le jugak...kekekekeeke...

Ntah cemane...malam tu..ati aku terhibur sket bila dengor laungan dan pekikan penyokong-penyokong parti memasing...semangat sungguh aku tengok. Terubat le kejap..sedih, pilu dan duka aku.

Oleh kerana ati aku meruntun-runtun untuk menyaksikan gelagat diorang tuh..maka aku pun tak jadik le nak baring-baring. Pelan-pelan..aku bangun, bukak pintu dapur dan lepak kat luor tu. Fuh! dok kat situ memang nampak segalanya. Best pulak. Aku tengok...yang semangatnye..bukan orang-orang tua..tapi bebudak muda yang masih skolah. Seronok sangat depa dok kibaq bendera parti dacing. Muehehehehehe...

Opppss..diorang berkonvoi rupanye...hehehe...best le pulak. Rasa cam nak join jek. Ape nak wat...nengok dari ateh je le. Tu pun dah kira okeshhh...kat satu tempat, sayup-sayup aku dengaq laungan kemenangan untuk parti diorang diikuti oleh suara bebudak kecik yang aku rasa masih lagi di skolah rendah. Huh! tak sesuaiii..awat depa kaitkan politik ni ngan bebudak kecik? Depa bukan tau..main ikut jek. Apa yang mak bapak depa sokong..tu la yang depa sokong.

Aku rasa la kan...bagi bebudak kecik cenggini..depa bukan tau apa itu pilihanraya. Yang depa tau..gantung-gantung bendera, tampal-tampal poster...dapat duit wat banjer skolah...tu jek. Depa sure rasa cam ari raya. Heh! dah nama pun pilihanraya. Tentu le...raya jugak suasananya..

Kekekeke...apa pun..kebanyakannya keputusan udah diketahui malam tadi. Sape lagi yang menang kalo tak...*toot*. Hehehehe...Menang besor nampaknya. Ada beberapa tempat yang dulu takleh nak takluk, skang dah bley rampas dah. Okeshh le tu.

Cuma, ramai yang tak berpueh ati ngan pengurusan pihak SPR. Banyak nama yang takde lam senarai..pengundi. Cemane leh jadik centu. Tak baguih la. Kan dah ramai yang tak mau pi mengundi termasuk la aku. Mueskeskeskes...so, SPR jadikan la tu sumer sebagai satu pengajaran untuk lebih terurus lagi pada lima tahun akan datang. Dah sure time tu aku akan turut serta. Mengundi calon yang aku suke. Kekekekee..

Pagi esonye aku bangun, terkojut gak bila nengok ada satu mesej kat henpon. Sambil genyeh-genyeh mata, aku bukak. Aku besorkan bijik mata...nengok dari sape. Huh! ati aku kembang berbunga-bunga. Dan-dan tu aku rasa cam di awang-awangan. Mesej dari 'dia' le. Kekekeke...sukenye aku. Cam biasa, dia wishkan "good night, ******"...Ngeeeeee.....

P/S : Undi calon, bukan undi parti.... Jom main jongkang-jongket...


[Agi Idop @ 8:26 AM]

19.3.04

Tajuk : Sekadar Renungan Hari Jumaat
Sumber : Emel


Lucu kan..
Duit RM50 nampak cam besar jek bila nak masukkan lam kotak derma masjid, tapi nampak cam kecik jek bila nak bawa ke Starhill.

Lucu kan..
30 minit rasa cam lama jek nak wat zikir, tapi rasa cam pendek jek bila 'time' nak nengok tv.

Lucu kan..
Rasa lama cam 2 jam jek bila dok lam masjid, tapi 2 jam tu rasa cam cepat sangat lak bila dok tengah syok nengok wayang.

Lucu kan..
Punye le susah nak susun ayat bila 'time' nak doa lam solat, tapi rasa senang sangat lak nak cari topik bila 'time' bersembang ngan kawan-kawan apatah lagi bopren ngan gepren.

Lucu kan..
Punye le syok menjerit ngan melalak sampai nak kuar anak tekak bila nengok bola sepak kat stadium tapi punye le bosan bila ikut imam lam solat terawih sebab bacaan dia yang lama dan panjang.

Lucu kan..
Punye le susah nak baca Al Quran 1 juzu' jek, tapi majalah hiburan ngan novel best seller 100 muka surat pun bleh abis baca satu ari.

Lucu kan..
Ramai orang pakat dok berebut kusi paling depan bila nak nengok bola atau konsert tapi yang peliknya..ramai pulak yang berebut nak cari saf paling belakang bila 'time' solat jumaat sebab boleh kuar cepat.

Lucu kan..
Kita kene dijemput seawal 3-4 minggu seblom sesuatu majlis agama diadakan coz bleh masukkan agenda kita tapi bila acara lain cam nengok wayang ke...annual dinner ke...atau high tea ke...bleh plak jadual kita diubah.

Lucu kan..
Punye le susah nak ngajak orang sebarkan dakwah tapi senang pulak orang join, tak ngajak pun bleh jadik bila dengor pasal gosip. Ye le..pakat-pakat nak sebarkan...nak wat citer baru...

Lucu kan..
Sumer orang teringin nak masuk syurga tapi takdek iman, tak berpikir, tak berbicara ataupun wat suruhan Allah. Bende yang DIA larang buat, nak wat jugak...so, pikir sendiri laaaa...

Lucu kan..
Kita bleh plak nak kirim beribu-ribu citer lucu, citer blue ataupun surat berantai melalui emel tapi bila nak kirim pasal ibadah atau agama sure kene pikir dua tiga kali..

P/S : Merenung akan kebesaran tuhan....

[Agi Idop @ 11:17 AM]

18.3.04

Tajuk : Budak Penjual Kuih-Renungan
Sumber : Emel (Kisah Benar)


Hari itu, selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang semula ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk dan sesak, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik saja memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di depan saya.

"Abg nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

"Tak apalah dik...abang dah pesan makanan," jawab saya ringkas.

Dia tersenyum sambil berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian, saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain. Sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak pelawaannya. Dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya...

"Tak nak beli kuih saya, bang..pak cik...kakak atau makcik." Molek budi
bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan
di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi sudah berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan saya sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya agak umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang," katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan
menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya. Bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.

"Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu." Saya
berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih dan terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira kerana dapat membantunya.

Setelah enjin kereta dihidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula wang RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang? Nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Kan duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu
saya mengemis. Kata mak, kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat ni pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal, saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu untuk berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan wang RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu dari situ.

Saya perhatikan dia sehingga hilang dari pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya?? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya sebagai satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya.

P/S : Impikan anak soleh & solehah..aminnn...

[Agi Idop @ 8:16 AM]

17.3.04

Tajuk : Perang Bendera (Pilihan Raya)
Tarikh : 21 Mac 2004 (Ahad)
Tempat : Seluruh Malaysia
Masa : Pagi hingga Petang


Muahahahaa...perang...!!!!!!...kita gempur..! kita tempur..!! warghh..!! kah! kah! kah...!!...serang...!!!! Hiyap! Hait! Wachaaaaa....!!

O-ho-ho...jangan kompius kengkawan. Aku bukannya nak berperang. Apatah lagi nak menyerang. Sebenonye...tu sumer...aku acah jek. Kan ke...negara kita ni tak lama lagi nak sambut raya. Raya yang menjadi penentuan sapekah yang bakal memimpin dan mentadbir negara neh...betoi dak?

Kat tempat tinggal aku skang neh..dah start berperang. Macam-macam kaler...macam-macam warna. Penin jugak oo. Kaler blue black ada, kaler ijo ada...kaler biru laut ada, kaler merah putih pun ada...hai....penin..penin....

Bila kuar umah nak pi keje jek...nengok sekali flat kitorang tu dah rupe...flat amende lagi ntah. Penuh bendera parti. Sana biru, sini ijo, sinun merah...ish! ish! ish!...hebat betoi le deme ni berkempen.

Tapi kan...bila aku renung sesekali...idak ke tu sumer membazir. Bila berkempen..udah semestinye le..bendera-bendera dan kertas-kertas akan digantung...pulak tu...kertas-kertas sumernye yang jenis plastik. Tak bleh lupus. Bila dah jadik cenggitu...aku nengok udah rupe..tempat sampah pulak. Tak cantik la. Uiks, bleh ke komen cenggini aaa??

Hemmm...nak wat cemane kan. Udah adat berparti. Bila berparti..kene le berkempen. Bila berkempen..kene le gantung-gantung. Berkempen untuk sumer pemilih. Undilah aku..!! undilah aku!! vote me..! vote me!!

Muahahahahaa.....buat le pilihan yang tepat. Mengundi tu tanggungjawab kita. Tanggungjawab kepada negara. Tapi..aku tak ngundi pun. Hehehehe...tak daftar...cemane nak ngundi.

P/S : nak tilik sape yang layak..!! mueskeskeskes...



[Agi Idop @ 8:43 AM]

16.3.04

Tajuk : Long Journey to My Hometown
Tarikh : 14 Mac 2004 (Ahad)
Tempat : Beruas, Perak
Masa : 7.00 pagi


Muehehehehe...long journey...long journey...tak sangka ekk. Sambil nyelam bleh minum air. Pastu...bleh tangkap ikan...pastu...bleh main kuak lentang...kekekekekee...

Ahad lepas aku balik kampung. Balik ari. Tak tido sana pun. Apsal aa? Ntah!

Actually, aku ngan housemate nak gi kenduri. Kenduri housemate aku...Kak Ilah..kebetulan, umah dia dekat umah aku. Tu pasal le aku cakap...sambil nyelam bleh minum air. Kitorang bertolak dari KL ari tu kul 7 pagi. Awal tuh. Sampai kat Beruas kul 10 lebih. So, tak salah kan kalo kitorang singgah jap kat umah aku. Ah haaaa..diorang seme kata..best...best...dapat sampai umah aku. Siap ada angin-angin sepoi bahse lagik. Ada sungai...ada kolam...ada anak kucing...ada burung...ada ikan....hik, hik, hik..pendek kata..seme ada lah. Biasa le kannnn....nama pun kampung.

Lepas minum-minum untuk basahkan tekak, kitorang pun bergerak untuk ke umah kenduri. Aku sempat le salam-salam ngan mak dan abah, kakak dan adik-adik..huhuhuhu..sedihnye..tak dapek nak berlama-lamaan...

Sampai kat sana, aku carik mak pengantin. Mujur le aku nih kenal ngan mak dia. So, senang citer le. Lepas bersalaman...kitorang pi jenguk pengantin pompuan lam bilik jap. Wow! lawa dia. Al maklum le..raja sehari. Hehehehe...mata aku neh..sempat lagi melilau ke segenap pelusuk bilik tuh. Cantik. Warna tema..kuning. Warna peberet aku.

Muahahaha...satu jek yang aku nak kata...aku ni sebenonye jeles gak le ngan pengantin tuh. Huhuhuhuhu...bila le masa aku nak sampai neh? Wahahahahahaa...jeles nak jadik pengantin jugok. Lepas Kak Ilah ni...dah tentu le Kak Zam lak. Lepas Kak Zam..dah tentu le Kak Izan...lepas tu..tinggal le aku berdua ngan Kak Kiroh...kekekeke..menghitung hari....ada rezeki ada le...don't worry be eppi..

Sampai umah..kul 7. Huh! letih gilos wooo. Sakit pinggang tau dok lelama lam keter tuh. Mengantuk pun ada. Huhuhu..jeles la diorang seme leh tido...aku jek takleh tido. Kene jadik penunjuk jalan. Bencik..!!

Ape pun..aku bersyukur coz segala-galanya dah settle dengan sempurna walaupun aku rasa..ada gak satu dua yang spoil. Tak kisah le tu. Mana nak cari yang sempurna seme. Ye dak? Setiap kejadian tuhan...ada kekurangan dan kelebihannya. Kita jek yang tak sedar. Takmoh amik pengajaran atas setiap yang berlaku. Takmoh menginsafi dengan setiap kesalahan diri.

P/S : huhuhuhu...nak balik kampung...

[Agi Idop @ 10:40 AM]

15.3.04

Tajuk : Futsal
Tarikh : 13 Mac 2004 (Sabtu)
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru
Masa : 5.00 Petang


Ah haaaaa...Futsal. Apa itu futsal? Futsal adalah sejenis permainan indoor atau outdoor yang baru jek diperkenalkan di negara ni. Ala...lebih kurang cam bola sepak le. Tapi..futsal ni aku rasa main pakai hentam jek. Takde le ikut rule sangat. Muehehehehe...ni pendapat aku. Takde kene mengene ngan pendapat korang sumer ekk samada yang idop ataupun yang mati.

So, ari Sabtu lepas, aku dan geng-geng lain telah berjanji untuk berjumpa kat LRT Kg. Baru. Ni sumer idea si Tipah. Aku ikut jek. Lepas keje, aku follow akak housemate kuar KL jap. Bukan apa...just nak buang masa kat situ jek. Pusing-pusing...masuk kedai kuar kedai...last-last..kul 3.00 kitorang gi Masjid India. Lepas solat kat situ, pukul 3.30..kitorang berpisah bawak haluan masing-masing. Sebelum tu, aku dah gi tau kat diorang yang aku balik lambat sket ari tu. Takyah le diorang tertanya-tanya lak nanti.

Pukul 3.40, aku dah sampai kat LRT Kg. Baru. Sunyi. Tak ramai orang. Untuk pengetahuan korang...tu le first time aku sampai kat LRT Kg. Baru tu. Kekekekekee...sib baik aku tak jadik jakun. Pelik semacam. Tunggu nye tunggu...tunggu nye tunggu...batang idong si Tipah tak nampak lagi. Opsss...! aku bukannya kenal ngan Tipah pun lagi. Cemane ekk nanti kalo nak kenal. Dah le henpon takleh nak kontek. Tader kredit lorr. Benci laa. Ahhh..gasak le. Tawakkal je le. Aku tengok jam dah kul 4. Aiyaaa...mana deme nih? Aku....kalo jam kul 5 pun deme tarak lagi...memang aku nak chow jek. Lagipun...bila dipandang ke langit masa tu...fuh! gelap sungguh. Sah le petang ni deme berhindustani. Wahahahahahahaaa...

Tiba-tiba..mata aku tertancap pada sebuah keter kelisa biru yang memang kalernye menarik minat aku. Cun abiss. Ni yang buat aku jeles neh? Bila la..aku nak drebar sendiri ni...Wahahaahaha..Lawa owner nyek. Ni ke Tipah tuh? Ish, bukan kot. Eh, rasanya ye dah...Jap, nak nengok ada rupa katun kartini dak? Emmm...Ye ke tak aaa? Nengok sekali...memang ada. Nengok dua kali...ada jugak. Hehehehee..takpe. Aku akan perati segala gerak geri dia. Kalo betul dia ni Tipah, haaa...memang terror le aku meneke.

Tak lama lepas tu, henpon aku berbunyik. Hah! sms. Tipah dah sampai. Wahahahahaa..sah le...member tu le Tipah sebab aku nampak dia tadi dok pegang-pegang henpon. Aku pun dengan bangganya berjalan le menuju ke keternye. Dari jauh aku tengok dia ni dah perati kat aku dah. Tapi muka dia cam serius jek. Tak senyum pun. Ish! musykil gak aku. Kok silap orang kang...malu jek. Takpe..aku nekad. Pelan-pelan, aku pi kat dia...dan terus menegur. Ecewahhh...dan tanpa berselindung lagi dia mengaku yang dia le Tipah Vouge tuh! Hehehehee..suke aku dapat member baru lagik.

Maka, bersembang-sembanglah kitorang lam keter tu sementara menunggu dua orang lagik member. Sape lagi...si Mushroom ngan Kak Aida la. Lebih kurang 10 minit kitorang berborak, aku dah nampak Mushroom ngan Kak Aida berjalan ke arah kitorang dengan penuh santunnya. Kekekeke..ye ke? Waaahhh..semangat la diorang nih. Siap pakai tracksuit dah. Aku jek yang memang takmo main sebab aku pakai sandal tumit tinggi. Nak main buleh...aku rasa le. Tapi kalo patah riuk ke..terpeleot ke...padan le muka ye dak? Kekekekeke..

Bila sumer dah berjumpa..dah bersalam-salaman..dah peluk cium...kitorang pun bergerak ke Masjid Jamek Kg. Baru. Aku stop situ kejap untuk bersolat. Sebelum masuk ke masjid, Tipah dah bagitau kat aku yang Langsat pun ada kat dalam masjid tuh. Tapi, dia tak tau le pulak cemane nak kaborkan Langsat tuh cemane rupa. Kalo aku...aku dok bayangkan..buah langsat tu jek la..kekekekeke...

Masuk dalam masjid, lepas solat...aku bersiap jap. Pakai-pakai bedak..tiba-tiba..ada le sorang minah tu dok seblah aku. Dalam pengamatan aku...ni ke Langsat nye? Nampak dia cam nak cepat. Macam aku jugak. Nak tegur kot salah orang. Ah..biaq le dia.

Kuar masjid, kitorang tak bergerak lagi. Tipah kata...nak tunggu si Purbe jap. Dia naik ngan Langsat. Hehehehehe...Mushroom kata apa tau? Purbe tu ada rupa P. Ramlee la...muehehehehhe...bagi aku, ada le sesikit. Lepas sumer dah ada...kitorang pun bergerak ke KSS Kg. Baru berdasarkan penunjuk arah Kak Aida. Berseri lak dia ni lepas bertunang. Lupa lak nak tanya Fariz datang ke tak...sampai kat KSS tuh...ujan dah turun. Rintik-rintik kecik. Blom besau lagi. So, yang ada kat situ masa tu hanyalah Aku, Tipah, Mushroom, Kak Aida, opps..Fariz pun ada, Purbe, Langsat, (Terkejut dia nengok aku. Tak pecaye le tu jumpak kat masjid tadi), Tiga orang member chatting Tipah bersama aweks-aweks diorang dan dua orang member sekelas Tipah. Hahahahaha...okes tak?

Aku rasa...kalo le..Tipah tak invite dia nye member-member tu..sah le..futsal tak jadik sebab tader orang. Hehehehe...ciannye. Tapi, oleh kerana semangat yang ada lam diri diorang tu dah berkobar-kobar...maka...game pun berjalan cam biasa walaupun lam ujan. Sib baik tak lebat sangat. Kok tak...mau lencun diorang.

Tengah syiok menunggu Wkdin n his son, kitorang lepak-lepak. Aku dan Langsat sekadar jadik pemerhati. Sembang-sembang...borak-borak...Wkdin pun sampai. Wah..ni lagi semangat. Ekekekekeke...pukul 5, game pun bermula. Wahhh...masa ni aku tengok pemain yang paling menonjol ialah Kak Aida. Macam ada pengalaman jek main futsal neh. Yang lelain aku tengok biasa jek. Hehehehe...Wkdin lagi kelako. Kasut dia dua tiga kali tertanggal. Mueheheheh....jangan kang nak sepak bola tersepak kasut dah le ekk. Aku tak tau..sape menang lam game ni. Tapi...best la. Langsat tak abih-abih menyakat Tipah.." Woit! ko jadik tukun tiruan jek ke?" Muahahahaha..sabo Tipah...sabo.

Dok tak lama...Kak Sal (Walinongsari) pulak sampai. Uish! berbaju kurung. Ni..nak join jugak ke tak ni? Ekekekeke...dia tak join cam aku jugak. Just nak jengok-jengok je..tepat kul 7, game over. Takde pengisytiharan sape menang sape kalah. Hehehehehe....tengah memasing dok rehat carik napeh, Wkdin kuarkan dia nye kamera. Nak interview lagi le tuh. Hahahahaha...Sumer muka di talanya. Bila sumer dah diinterview, kitorang pun diinvite untuk minum petang merangkap malam..kat satu tempat yang besh jugak le. Dua orang member sekelas Tipah tak join sebab diorang awal-awal lagik dah balik. Lepak nye lepak...sembang nye sembang..azan Maghrib pun berkumandang. Wkdin mintak permission dulu untuk beransur. Kak Sal pun cenggitu. So, tinggal le kitorang-kitorang ni jek yang asyik lagi dok bersembang. Kul 8 kitorang pulak nak beransur. Member chatting Tipah tak ikut. Maybe..diorang ada plan lain lak kot lepas ni. Ayarkkk..!!solat idak lagi. Kelam kabut aku ngan Kak Aida berjalan ke masjid. Lepas solat, kitorang pun memulakan journey baru. Nak cari port untuk memenuhkan ruang perut yang kelaparan.

Pusing nye pusing...jalan nye jalan...kitorang ni gi makan angin sebenonye. Dari Kg. Baru..lajak ke...Setapak. Pehtu lajak ke...Gombak. Pehtu...patah balik..lajak ke Damansara...masuk Bangsar...(Dalam ati aku..besh ni kalo pi umah Abasan. Muehehehehe..) pehtu...masuk Damansara balik..pehtu..baru jumpak Istana Negara...pehtu..baru sampai ke lokasi yang sebenonye. Kekekekeke...

Restoran Tupai-Tupai. Uiks, Fariz dah tercongok kat depan dah. Cepatnya dia. Fuh! aku mula dok terbayang. Mampukah aku? Mampukah? Dalam dok tertanya-tanya tu, kaki dah pun memijak anak-anak tangga. Mak aiii...lawanya. Telan ayaq lioq aku skali. Lawa la duit aku lepas ni. Mushroom ngan Tipah dah laju ke depan. Aku ikut diorang. Kitorang amik meja hujung.....skali. Cukup untuk tujuh orang. Aku, Mushroom, Tipah, Langsat, Kak Aida, Fariz ngan Purbe. Ekekekekee...memasing aku nengok dah tersengeh. Pasal pe? Pasal rege dia murah sangat la..Pes time lam idop aku makan kat tempat cenggini. Taper...taper...pengalaman..bila lagi nak merasa. Ye dak?

Ummm...kitorang oder nasik dan lauk-lauknye le. Sambil makan...sembang-sembang...amik-amik gambor. Peh tu..ada lak permintaan lagu. Mushroom cam biasa le..mintak lagu peberet dia...You Look Wonderful Tonight. Ewahhh..Lepas abih makan...bila memasing nak bayor...tetibe ada sorang dah volunteer nak bayor. Tima kasih le kat mamat tuh. Hehehehehe..kul 10 lebih..kitorang bersurai. Aku ikut Tipah sebab kitorang satu jalan jek. Mushroom ngan Kak Aida ikut Purbe ngan Langsat. Salji ikut motor dia le. Kekekeke..

On the way balik ke umah, aku borak-borak ngan Tipah. Best jugak dia ni. Rupanya...dia ex-housemate ngan Kak Liza. Opismate housemate aku. Haaa..pi mai, pi mai..kot tu jugak. Tu la...dunia ni kecik jek. Wahahahahahaa...kul 11 lebih, aku sampai dengan selamatnya kat umah. Thanks Tipah. Sok-sok bleh jumpa lagi. Hehehehe...

P/S : Adakah citer ni dah over limited? (Okey le tuuu..)

[Agi Idop @ 7:55 AM]

12.3.04

Tajuk : Hujan O Hujan

Adusss...sejuk giler le pagi ni. Nak bangun pagi tadi pun rasa maleh jek. Bukan hape..kalo le ujan time ari cuti, fuh! memang best la. Aku tunggu jam dinding tu berdetik ke angka 6 baru aku bangun. Kalo tak....heh! ala...paham-paham je la. Kalo dah ujan, kene pulak tengah tido...memang tu la saat-saat yang dinantikan oleh manusia-manusia cam aku nih. Sedap ooo..

Tapi, aku idak le sorang manusia yang maleh bangun pagi. Aku rajin bangun hape. Tetiap pagi aku bangun kul lima. Biasa le..tu kalo ari keje. Kalo cuti, aku bangun kul nam atau nam suku. Lepas solat, aku rehat-rehat jap. Kalo aku rajin...aku masak air prepare untuk breakfast. Kalo aku maleh, aku sambung tido balik. Heh! tapi jarang la aku buat cenggitu. Kalo maleh nak masak lak, aku masuk bilik air...basuh kain. Takpun...mandi seksiap. Haaa..takyah susah-susah dah nak kejor 'Dragon Ball'.

Kat opis ni, aku masih lagi bersweater. Hajat takmo tanggal dah sampai balik. Sejuk sangat la. Tambah lak ekon yang manjang jek sejuknya. Menggigil aku. Grrrrr.....

Tajuk : Tengok Futsal

Hah! bila nak tengok futsal ni? Hehehehehe...esok petang la. Ni sumer...Tipah nye planning. Aku ikut jek. Balik keje sok...rehat-rehat jap, lepak-lepak jap...pastu baru plan nak pi sana. Awal-awal lagi aku dah angkat tangan takmo join futsal tu. Just nak nengok jek. Bukan apa...aku tak reti la. Lagipun, sejak kebelakangan ni...aku semput sket. Semput poket. Heh, heh, heh....

Tajuk : Kawin

Hemmm..tengok tajuk kat atas ni. Kawin. Sapa kawin? Dimana nak kawin? Dengan sapa nak kawin?

Muahahahaha...sabo...sabo...segala persoalan tu akan aku jawab one by one. Okey, sebenonye...citer pasai kawin ni..bukan aku yang kawinnya. Housemate aku. Kak Ilah. Housemate yang satu negeri ngan aku tu. Dia yang nak kawin Ahad nih. Baru jek semalam dia balik kampung. Jeles gak aku bila sebut-sebut pasal kawin ni. Hehehehehe...bila la....aku nak kawin. Huhuhuu..menghitung...hitung..mencongak...congak...bilakah masanya?
Bila? Adakah IKIE MASANE? O...jauh lagi tuuu...ada rezeki...ada le..takde rezeki..takde le...ye dak? Muehehehehehe...

P/S : IKIE MASANE=INI MASANYA..(bahasa wkdin)


[Agi Idop @ 12:29 PM]

11.3.04

Tajuk : Ghumah Baru

Assalamualaikum suma..wah, wah, wah....lamanya aku bercuti dari mengupdate blog. Nak kata aku cuti betoi, dak la pulak. Aku keja. Kemarin, semalam, ari ni, esok, lusa, tulat, tungging.....Heh, heh, heh...

Sebenaqnyakan...aku sibuk sket kebelakangan nih. Aku sibuk buat ghumah baru. Ghumah yang ada dulu dah aku lanyak habih-habisan. Walaupun still elok rupa paras lagi tapi ati aku dah tak berkenan. So, aku tinggalkan dia..for eva and eva. Muehehehehhee...ciannnnn...dia. Biasa la aku. Tak tetap pendirian. Bila-bila masa ja buleh berubah. Tu la satu perangai aku yang aku rasa memang tak elok la. Kes berat kalau buat orang marah. Adussss...

Skang nih, ghumah baru yang dok ada ni pun...still under construction lagi. Aku nak decorate sana sket. Decorate sini sket. Biasa la..ghumah murah. Dapat pun periii. So, kena la appreciate sket ngan apa yang ada. Kalau ada perubahan sket demi sket tu, hangpa jangan la terkejut beruk pulak. Rilek key....cool. Muahahahhaa...

Ops!...dalam setahun ni..brapa kali la aku tukaq ghumah haaa? Aku rasa dah pat lima nam kali kot. Cemuih aku dah tau dak? Penat. Lepas ni aku takmau lagi dah tukaq-tukaq ghumah. Biaq la maintain macam tu. Lawa ka tak lawa ka...ilmu ka tak ilmu ka...hentam ja la. Yang penting, aku buat apa aku suka...kua..kua..kua...

Okey la...Oleh kerana aku bercuti lama dari mengupdate blog nih, maka segala ceghita suka dan duka aku masa cuti tu...akan aku ceghitakan ari ni. Sedia....satu....dua....tiga. Teng...terenggggg....!!!!!

Tajuk : Piknik Sg. Congkak

Muahahahaha...time ni aku nak gelak sesangat. Hangpa tau dak, aku beriya-iya nak pi piknik tu..aleh-aleh...tak jadik pulak. Memang aku hangin ja masa tu. Tapi nak wat cemana...Nasik dah jadik buboq. Buboq dah kena 'ngap'. Aku terpaksa kensel program tu atas sebab-sebab yang tak dapat aku nak elakkan lagi walau terror cemana sekalipun. Masa aku sms Mushroomcute yang aku takleh pegi tu pun...aku dah rasa bersalah. Siannnn depa.

Malam tu pulak...Kak Noy sms aku. Dia nak dapatkan kepastian yang aku ni jadi pi ke dak. Aku pun reply la balik kat dia dengan jawapan yang sangat-sangat la tak best bagi aku. Lepas tu, henpon aku sengap. Sah! diorang ni mesti marah kat aku. Aiyooo...sori la geng. Aku memang takleh nak pi. Sori la bebanyak.

Esoknya...dalam pukui 9 lebih la kot...Wkdin lak sms aku. Dia tanya aku kat mana? Hulalalalala....siannya kat depa. Depa mesti dok harap-harap aku pi sekali kat sana. Dengan hati yang gundah gulana dan tak keruan tu, aku reply sms dia. Huhuhuhuhu..sedih aku tau!!

Nak buat cemana...dah takdak rezeki aku ari tu. Mungkin rezeki aku lenkali kot. Kali ni...Kem Lambaian Danau...aku mesti pi. Tak buleh tak pi. Mesti!!!!

Semalam, aku masuk blog mushroomcute, aku baca ceghita dia pasai piknik tu, wuh lalalalalala...best tuh. Dia jumpak ramai wajah-wajah baru. Walaupun tak ramai yang pi..tapi aku rasa meriah havoc jugak la. Adussss....aku yang tak pi pun kata best...inikan la pulak kalau aku pi.

Jap tadi, aku masuk pulak blog Kak Noy. Hah! ceghita dia memang panjang. Lengkap dari A sampai Z. Macam cerpen. Tapi ceghita dia BEST..!!! Dapat aku bayangkan macam mana bestnya piknik ari tu. Uwaaaaaa...!! (Aku nangih ni..)

So, macam tu la ceghita aku untuk ari ni. Esok, aku masuk ceghita baru pulak. Aku nak ceghita lagi sebenaqnya...tapi, memandangkan takut terpanjang lak dan terboringkan hangpa...maka, terpaksa la aku menoktahkan dulu kat sini. Okey, chow chin chan...(^_^) kekekekeke...

[Agi Idop @ 7:54 AM]

3.3.04

Tajuk : Sg. Congkak, tunggu la kedatanganku

Tik, tik, tik...

Jarum jam berputar mengikut waktu. Ish, apsal lambat sangat? Aku bukan apa, tak sesabo sebenonye nak nunggu piknik Sabtu ni. Hehehehe...

Best nye le...aku dah terbayang-bayang dah ni. Weh, korang..!!! tak terasa ke apa yang aku rasa...muehehehehe....best...best...

Jom la korang..!! sape nak ikut aku? Jom le..aku ajak ni. Bukan ajak-ajak ayam ekk. Ni ajak-ajak orang. Kua, kua, kua...jom le...kalo tanak...nyesal kang...

Tajuk : PsychoBlogger

Hem...semalam, aku baru jek selesai menampe satu logo yang korang nampak pelik sket kat bawah tu. Hehehehe..aku ni idak le psycho sangat pun. Just suka-suka jek. Nengok logo macam nak tergelak jap. Muehehehehe..pek, ko jangan marah aaa..tapi taper...kawan nye pasal..aku tampe jugak.

Logo tu bukan le melambangkan apa-apa persatuan pun. Tader apa sebenonye. Just untuk menambahkan kawan jek. Kekekekee...tapi aku rasa, kalo diubahsuaikan lagi best. Hehehehe...

P/S : Sekali tengok logo tu memang macam psycho sungguh..!!!

Tajuk : Sembilu dan Secreto de Amor

Daripada tajuk kat atas ni, korang dapat teke dak apa benda yang aku nak sampaikan sebenonye? Huahahahaha...

Ni le tajuk sebuah drama melayu dan drama...err...apa yek? Aku tak tau le..drama sepanyol ke...perancis ke..ntah le. Janji rockkk. Ye dak?

Sembilu-Drama arahan Dato' Yusof Haslam. Bagi aku..citer ni citer bodoh. Tapi, sebodoh-bodoh drama ni..aku lagi bodoh sebab aku tengok. Walaupun bodoh, tapi best. Hah! cemane tuh?

Sebab apa aku kata bodoh? Ala...biasa le kan, kalo dah arahan Yusof Haslam tu...lokasi strategik sure le kat umah dia. Mueheheheh...(takde umah lain ke?) Ala...nak save budget le tu. Lagi satu, pelakon-pelakon nye sumer sama kecuali si Zetty, Fendi, Maria, Sharul, Shima dan cikgu-cikginya. Yang lain tu sumer pelakon dah tetap. Kalo tader Aziz Singah...tak best..!!

Heh! aku kutuk drama tempatan sendiri. Kutuk pun..aku tengok jugak sebab ada hero-hero ensem. Heroin pun bleh le tahan. Mueheheheh..tu salah satu faktornye.

Cuma...citer ni nampak cam bodoh sket le. Bila aku tengok semalam...memang sah-sah aku tergelak kaw-kaw nye. Bukan apa...dah dapat agak dah adakah si Azman tu berjaya menghalang pemergian Zetty dan Fendi ke Siam. Lepas tu lak...pandai pulak mak bapak dia cari kat situ. And then...jiran-jiran pun datang. Udah tau Azman tu akan cari diorang, idak pulak nampak cam tergesa-gesa. Buat selamber jek. Hape daaa...

Lagi satu citer bodoh, citer sepanyol tu. AKu panggil citer bodoh sebab watak-watak dalam citer tu sumer nye nampak cam lembab jek. Tambah lak si Carlos. Sib baik skang ni aku tengok dia dah pandai melawan bini dia. Kalo tak...ikut...jek apa kata bini.

Tapi pada aku, walaupun dedua citer ni nampak cam bodoh, aku tengok jugak sebab jalan citer nye best. Ye dak? Hehehehe..aku pun jadik bodoh. Sama la cam diorang. Tapi, aku tak kata orang lain pun bodoh. Aku kata kat aku sorang jek sebab ni pendapat aku. Muehehehehe...jangan mare yek..!!!!



[Agi Idop @ 7:55 AM]

2.3.04

Tajuk : Takder Citer Best

Emm..ari ni aku nak citer pasal pe aa? Takde modal la wey...Jenuh aku perah-perah otak ni...aku ketuk-ketuk...pun tetap takmo kuar jugak. So, aku nak buat guano laie. Tu pasal le aku lambat sket update ari ni...muehehehehe...

O ye..kaler blog aku tuko lagi. Maaf le korang. Blog aku ni asyik betuko jek. Hehehehe...rimas lak aku nengok bunga tu. Menghalang sepasang mata untuk membaca tulisan aku. Tu pasal aku tuko. Biasak aaa..:P

Aku takde nak citer pasal pe la rasanya. Just tak sabo nak nunggu ari Sabtu jek. Geng-geng kitorang nak gi Sungai Congkak. Ada sesape nak ikut? Meh le...meh le memeriahkan lagi piknik ke Sungai Congkak tu. Aku tak tau nak gi sok cemane..tompang-tompang member je la. Ada nak kasi tompang..aku naik. Takde..aku balik umah. Kekekekeke...

Sori, sori...takde citer...chow dulu..babai...!!!



[Agi Idop @ 1:14 PM]

1.3.04

Tajuk : Idea o idea...mana ko ni haaa...

Ari ni..aku tak tau nak citer pasal pe. Aku takde idea le. Idea aku tak mai lagi. Ke...dah ilang ntah kemana.

Ish! bila cakap pasal idea ni...susah sket le. Sebab nak citer pasal idea pun kena ada idea yang best. So, kalo idea tu tak best maka...citer yang bertajuk idea pun jadik tak best le. Muehehehehe..aku dah penin balik.

Bukan apa...pepagi ni...aku dah mula sibuk. Menyetelkan keje yang tak sempat disetelkan Sabtu lepas sungguh-sungguh le memboringkan. Taip entri ni pun..aku cilok sekejap jek. Bukan cilok pe pun...just curik masa sket. Errkk!!curik? Aiyaaa...curik ni kan ke berdosa. Allamakkk..cemane neh? Ala...takpe...sekejap jek..kekekekeke..muleh kan? Mulehhh....

Fuh!Sib baik kena taip. Kalo kena tulih..mampus aku tak tulih dah. Sejak ada teknologi baru ni...teknologi lama ditinggal-tinggalkan le. Cecececece...bak kata pepatah : Sayang anak tangan-tangankan. Sayang teknologi lama tinggal-tinggalkan. Muahahahaha...pepatah yang dah patah akibat ciptaan gila yang kuar dari otak bengong aku nih. Amende le...

Idea...idea...please come to me...o..idea...come to me lah...(bukan milah ekk).

Ish! jenuh aku korek idea ni. Tak muncui-muncui gak. O ye...pagi tadi aku bukak emel jap. Hemm..ada satu emel tu..mintak kat aku lirik lagu sembilu tu. Adehhhh...apsal ramai sangat mintak lirik lagu kat aku aaa? Muka aku ni ada muka pemberi lirik lagu ke? Kekekekee..

Tapi takpe, untuk tak menghampakan permintaan peminat...ecewahhhh..perasan le pulak...bukan..bukan...aku tak perasan...cuma nak riak le sekejap. Muehehehehe...riak le ekau. Kot kang...dapat sebijik "toing" dosa dok ateh tengkuk. Wakakakakaa...tanggung le jawabnye...sama gak ngan tanggungjawab. Ye dak? Hehehehehe...

Aku dah start memeninkan diri. Ok, masuk citer balik. Lepas abih baca emel dia..aku pun dengan susah payah berbekalkan kudrat yang ada...terus mengopy dan mengepastekan lirik lagu tu...yang sememangnya aku simpan sebagai koleksi ke emelnye. Hak, hak, hak...dan lepas tu, aku pun terus le send kat dia. Moga-moga terkabul le harapan dia nak wat mp3. Kih, kih, kih...

Sebenonye...dia mintak lagu tu dalam bentuk mp3. Tapi memandangkan aku ni yang tak reti bab-bab cenggitu...maka, aku postkan je le..lirik dia. Kira orait la tu kan...

O ye..dah dapat dah satu lagi idea. Jeng..jeng...jeng....

Tajuk : Menatang Makan Orang

Heh! percaya dak korang dengan tajuk kat atas tuh? Betoi ni...aku tak tipu. Ada menatang tu makan orang. Dah banyak la..aku tengok menatang makan orang. Korang tau dak menatang tu hape? Muehehehe...menatang tu haiwan le. Menatang ni cakap orang utara. Haiwan tu cakap bahasa buku le. Kekekeke..

Ari Sabtu tu...aku tengok sambungan citer Sotong Makan Orang part II. Tajuk dia aku dah lupa lak. Best ooo..sanggup tunggu sampai pukul 12.32 malam semata-mata nak nengok citer tu. Kira midnight movie la ni. Habih jek pukul 2.30 pagi. Huyooo...tak penah-penah aku buat seblom ni. Orait la tu..kan, kan, kan...

Eiii...cian dia. Anak mati kene tembak. Mak lak mati kene letupan. Tu la...sape suh makan orang. Kan dah kene tembak. Besau bagak sotong nye weh! Aku rasa la kan..sotong tu kalo wat kering ke...wat sambal sotong ngan nasik lemak ke..sure tak abih tu untuk setahun. Kenyang jek orang mesia makan sotong. Takyah makan nasik dah..

Eiiiyekk!! udah le dia makan orang. Kita lak makan dia balik. Lepas ni sure trauma cam pilem Incik Aziz M. Osman tu kan. Bila jumpa jek sotong kat pasar mana-mana ke terus jerit-jerit cam histeria. Trauma nye pasal. Kekekeke...

Ada satu lagi citer semalam..ni..aku nengok pakai cd. Orang lain dah nengok..aku baru nak nengok. " Eight Legged Freak". Penah nengok kan korang...aku baru jek nengok semalam. Ketinggalan tul la.

Haaa..citer ni pun menatang makan orang gak. Labah-labah. Gilo ka po? terlompat-lompat kejor mangsa. Pastu lak bunyik cam budak kecik. Nampak cam pelahap sungguh. Sure makan kira ganas giler le ni. Kelako ada...takut pun ada.

Ye le..nengok malam-malam. Tutup lampu lak. Pastu...mata tepat nengok skrin tv. Aiyaaa..aku rasa le kan...kalo le ditakdirkan sekor cik labah-labah lalu kat depan mata aku masa tu...mau jerit nye. Pastu...cecepat amik penyapu. Ready jek..kot dia nak jadik besor. Kekekekeke...

Tu dia..penangan bila nengok citer seram ni. Bagi aku seram tu idak le. Tapi buleh le kalo nak dikategorikan. Aku....takleh masuk panggung. Bukan apa..mengganggu ketenteraman orang lain. Mau kene kejor satu panggung tu. Ouch..!!! tolong...!!!!

[Agi Idop @ 8:27 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==