*
*
*
*

28.2.04

Tajuk : Cita-Cita

Selamat pagi anak-anak murid. Heh, heh, heh...berangan le pulak aku ni nak jadik cikgu. Dulu masa kekecik, tu le cita-cita utama kalo cikgu tanya. Tapi skang, lain yang dicita..lain lak yang jadi. Kekekekekee..

Memang masa kekecik dulu aku bercita-cita nak jadik cikgu. Kan ke dulu...masa cikgu mintak nak isi lam kad kemajuan tiap sorang kena ada tiga cita-cita kan...so, aku pun pilih le tiga cita-cita yang aku dok impikan masa tu. Takde pikir cita-cita haprak dah...pikir yang best-best jek. Konon....

Cita-cita first aku nak jadik cikgu. Pastu second aku nak jadik polis. Heh! pastu..third lak aku nak jadik doktor. Muehehehehe....skang, adakah tiga cita-cita tu aku dah jawat? O tidak....jauh sate dari lidinya yang dah masuk lam perut. Ngee...ngeee...ngeee....

Ok. Kenape aku pilih cikgu? Sebabnya...aku suka budak-budak. Pastu...aku suka diorang hormat aku sebagai cikgu. Hehehehe...tengok tu. Kekecik lagi dah pandai suka budak-budak. Orait la tu.

Hemmm...second lak aku pilih polis. Kenape? Sebab...aku suka uniform diorang yang cantik tu. Nampak kemas jek. Kalo yang lelaki nampak ensem jek. Kalo pompuan nampak cute jek. Tapi, aku rasa..aku tak layak pun nak jadik polis. Tak cukup syarat rasanya. Kekekekeke...sekali perompak kejor...lari tak cukup tanah. Uiks, aku ke perompak tu yang kejor aa? Sape yang kejor sape nih? Lantak ekau laa...

Ok, third aku pilih doktor. Kenape? Tak tau. Mungkin sekadar nak memenuhi tiga cita-cita yang cikgu nak tu kot. Gamaknye la. Sebenonye..aku tak suka doktor. Aku benci doktor. Tapi aku tak boleh benci sesangat sebab aku tau satu ari nanti aku perlukan doktor jugak. Heh, heh, heh...untuk apa? No komen...:P

Skang ni..cita-cita tu hanya berkubur cenggitu jek. Sebab..cita-cita aku dah pun terisi. Keje kat opis pun kita orait gak la. Haprak ke keje ni? Idak kan..? :) Aku bangga sebab keje cenggini. Alhamdulillah...

Tajuk : Berita Dari Kampung

Semalam, ati aku tak sedap sesedap ati ayam. Gelisah, resah dan sah-sah tak menentu. Pikiran aku asyik teringat kat kampung jek. Apsal aa? Sementara nak tunggu isyak, tangan aku merayap mencari henset. Hah! dah dapat. Henset dah betuko ke tangan aku. Aku picit-picit keypad. Pastu..aku dekapkan kat telinga.

"Tooot....tooot....." senyap
"Tooot....tooot....." senyap lagi
"Tooot....tooot....." pun senyap jugak.

Aiseh! mana tuan umah ni? Takde kat umah ke? Ati aku dah berdup-dap..dup-dap. Tak keruan ala-ala ikan haruan. Aku sabor menunggu lagi.

Klik! telefon diangkat.

Halloooo...! mak, assalamualaikum...

O hohohohoho...mak aku yang angkat. Apsal lambat sangat? Laaa...dia kata, aku rupanya yang tipon. Ingatkan sape tadi. Tu yang dia bior jek tu. Hampeh! buat aku suspen'ded' jek.

Dengan ati yang ceria dan berbunga-bunga, aku tanya kabor diorang sefamily. Alhamdulillah..diorang sihat. Aku pun sihat jugak. Muehehehe...

Tapi, dari nada suara mak, aku dah dapat tangkap yang mak cam ada problem jek. Aku tanya mak. Mak kata...a big-big problem. Dup! jantung aku berhenti berdenyut. Oh no! aku tak mati lagi. Belum. Aku raba dahi. Elok. Still panas. Aku raba kaki. Pun panas jugak. Maknanya darah aku still berjalan. Tapi, apsal jantung aku tak berjalan? Aiyaaa...nak berjalan cemane. Dia kan takde kaki. Ape daa...Kekekekeke...

Silap lak. Tu selingan jap. Hemmm...aku mintak mak citerkan pada aku the problem tu dari A sampai Z. Mak takmo. Aku suruh jugak. Last-last dia citer jugak. Tiba-tiba jek ati aku nak nangis. Tapi aku tahan. Aku takmo mak dengor. Aku cover. Aku dengor citer mak dengan penuh teliti. Tiba-tiba rasa sakit ati terus menerpa datang ke pintu ati aku. Berapi-api jek rasa.

Ikutkan ati, kalo aku ada transport...malam tu jugak aku balik kampung. Tapi mengenangkan yang aku ni ada drebar setiap ari...bukan saja nak gi keje..tapi nak balik kampung pun ada drebar..so, aku batalkan niat tu. Huhuhuhuhu...terror dak aku? Ada drebar yang tak diiktiraf. Bila la aku nak drebar sorang-sorang ni?

Lepas mak abih citer...aku senyap jap. Aku tau...diorang kat sana tengah dok berperang ngan keadaan. Sabor ye mak. Sabor bebanyak. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Citer mak tak berat lagi. Citer kakak yang paling berat tu. Adusss...eiiii...!!!kenapa le aku takde kat sana masa ari tu? Takpe...balik kampung sok..akan ku sekeh-sekeh kepala orang tu. Bior dia jadik bengong macam si barbara hampeh tu.

Malam tu, aku hanya dapat menciterkan atau lebih tepat lagi meluahkan the problem tu kat Kak Kiroh dan Kak Ilah. Kak Izan takde sebab dia balik kampung. Aku citer kat diorang. Sudahnya...ternganga le diorang sekejap. Aku bukan apa...kalo problem tu jadik serius...aku risaukan pembelajaran adik-adik aku jek. Ye le...tahun ni, adik aku yang sorang tu nak PMR. Aku takut terjejas jek pembelajaran dia.

Hemph! entah lah. Bila dipikir mau botak kepala. Tak dipikir...tak senang ati. Cemane tuh! Cemane ape? Kene terima je le. Sumer orang ada problem. Antara setel ngan tak jek. Paling penting ingat Allah selalu walau dalam keadaan apa sekalipun .Susah senang bior le mengadu pada DIA saja.

[Agi Idop @ 8:44 AM]

27.2.04

Tajuk : Semalam Yang Best

Muehehehe...kelako betoi le kitorang semalam (malam tadi). Kelako...kelako..Apsal aa sejak dua tiga menjak ni..aku suka buat mende yang pelik-pelik aa? Kompius gak aku? Berkali-kali jugak le aku ketuk-ketuk kepala semalam. Tonggeng-tonggeng...terteleng-teleng..tapi tak jugak jumpak jawapannya. Apsal aa? Aku nak tanya kat korang ni. Apsal ngan aku ekk??

Semalam, elok jek turun dari bas balik dari keje..kitorang ramai-ramai gi shopping mende-mende yang nak di shopping le. Aku cam biasa le. Shopping mende yang dah abih kat umah nun. Ubat gigi, berus gigi (tuko baru-hijrah), pembersih muka, pelembap..ish! banyak lagi la. Tak larat aku nak sebut dah. Lepas abih bershopping, kitorang pun mulakan le langkah pertama untuk pulang ke umah. Tapi aku ngan Kak Kiroh terpaksa memberhentikan langkah kaki sebab terdengor bunyik perut memasing yang meragam ala-ala lagu hindustan gitu. Uish! nasib baik tak kuat jek. Kalo tak...mau lari aku balik umah sambil tutup perut. Malu....malu.

Hehehehe..matlamat kitorang berdua sebenonye nak beli laksa jek. Dah terbekenan pulak. Nak buat guano laie. Sementelah lak dah lama aku tak pekena laksa. Ish! menitik ayaq lioq weh!!!

" Kak, laksa dua!"

" Ok."


Setelah penat menunggu (penat ke?) lebih kurang 10 minit, laksa dan duit dua ringgit pun bertuko tangan. Aku dapat laksa. Akak tu dapat duit. Ciss...!!

Sampai umah pukul 6.15. Tersemput-semput aku berlari masuk dalam tandas. Nak amik ayaq semayang. Asar belum laie. Kekekekee...pastu lak nak kejor si Maria Clara takut terlepas. Takleh miss tu. Citer peberet!!!

Lepas solat, aku dok mengadap tv sambil menikmati semangkuk laksa yang baru jek dibeli tadi. Mak ooii..! pedas giloss babas sungguh. Cili apa yang dia taruk nih. Sib baik aku ni tahan pedas. Kalo tak...mau tercirit aku malam ni. Bagi aku, sedap tak sedap tu belakang kira. Lapor nye pasal..hentam jek. Lagipun, aku ni bukan reti nak membeza-bezakan antara sedap ngan tak. Makan jek. Asalkan kenyang udah le...muehehehehe...

Sambil menyuap laksa ke mulut aku tengok citer..Maria Clara la. Secreto de Amor. Nak tengok si Barbara hampeh tu. Silap ari bulan, dia yang masuk pusat mental tu. Hah! baru padan ngan muko dan badan ekau. Amik..! amik..!!! (aku cekik-cekik dia).

Hehehehehe...cenggitu le citernye. Cop! citer tak abih lagi. Ada lagi ni haa. Malam tu..macam biasa kitorang tengok tv lagi. Ripleys! Believe It Or Not . Lepas abih rancangan tu...aku nengok Kak Ilah tengah buat milo. Fuh! terror tu. Dah malam ni. Pukul sepuluh weh. Dalam ati aku, taknak le makan lagi. Tapi bila terkenangkan balik mee goreng yang Kak Siti kasi kat kitorang semalam tu masih berbaki..sejuk siot dok dalam peti ais tu..maka ati aku berdup dap...dup dap. Sah! nafsu aku untuk makan datang lagi.

Aiyaaa..jeles sebenonye bila tengok orang lain makan. Kekekeke..aku pun apa lagi. Dengan segera aku pun bangun. Sebenonye pukul sepuluh dah memang time aku untuk tido. Tapi, bila dah digoda, digoda dan digoda untuk bangun..maka..aku pun terbangun le jugak. Kak Ilah dah senyum. Mengekek dia gelakkan aku. Kak Kiroh pun sama. Memasing pakat bangun buat air. Ish! ish! ish. Ni bukan dinner ekk. Supper dah ni.

Aku bangun. Keluarkan mee yang dah sejuk menggigil. Aku amik kuali. Aku panaskan minyak. Tunggu dua minit dan terus masukkan mee yang dah tak sabor menunggu kepanasan tuh. Aku kacau-kacau. Agak-agak dah panas gilos tu..aku angkat. Masukkan lam mangkuk. Hampeh Kak Ilah. Awal-awal lagi dia dah amik pinggan. Huh! pantas dan cepat tanpa disuruh. Makan...sape taknak. Ye dak?

Lepas abih panaskan mee, aku panaskan pulak sambal ikan bilis. Cadang nak makan ngan roti. Hehehehe..idea beras. Eh, beras lak. Bernas.

So, malam tu...kitorang buat kenduri. Makan-makan sambil nengok tv. Makan lagi dan lagi. Tak pernah nye kenyang. Lepas sumer makanan tu dan masuk lam perut...tetibe jek...dia nak kuar pulak. Aiseh..!! tak sempat nak hadam lagi. Maka...tandas le tempat yang sesuai. Kekekekeke...

Pagi ni pun...buat citer lagi. Adusss...sakit perut wey..!! Hah! padan le ngan muko tu. Makan pedas-pedas lagi. Dah tu..sape yang susah? Perut sendiri jugak yang susah. Muahahahahahaha....ye le...makan tak ingat sakit :P

" Perut o perut kenapa engkau sakit? "

" Macammana aku tak sakit. Ekau la yang buat aku sakit. Udah makan tak ingat dunia. Hampeh tul la...huhuhuhuhu".


[Agi Idop @ 7:46 AM]

26.2.04

Tajuk : Bengongkah Aku????

Hahahahaha...nak gelak la ni. Bengong ke aku? Ke...dah buang tebiat? Korang tau apsal? Pasal...entri terbaru aku ari ni le. Cuba baca dan cuba tengok gaya bahasa aku cemane?

Muehehehehe...jiwang ke? Ada sorang kawan aku kata...aku nak bersastera. Kekekekee..

Sebenonye...aku sesaje jek nak buat entri cenggitu. Nak berbahasa-bahasi sket. Taper...taper...bahasa tu hanya kekal untuk ari ni jek. Esok lusa...gayanya akan balik semula kepada yang asal. Hehehee..so, jangan kompius.



[Agi Idop @ 3:13 PM]

Tajuk : Kekeliruan Memenuhi Ruang Emosi

Tatkala aku duduk mengadap skrin komputer ini, sedang jari-jemariku pantas menari di atas papan keyboard bersama sepasang mata yang asyik merenung dan menatap bait-bait kata yang disusun, emosiku masih belum baik lagi. Aku diserang perasaan marah, benci, geram, kecewa, sakit hati dan sebagainya. Mujurlah di rumah hatiku tenang semula setenang air di laut yang hanya menampakkan riak-riak airnya tanpa segulung ombak yang bisa menggegarkan pantai.

Mungkin juga hatiku terhibur dek keletah dan gelak tawa teman-teman serumah. Aku tersenyum. Tangan yang dari tadi asyik menekan satu persatu huruf perlahan-lahan ku dekatkan ke pipi. Aku tersenyum lagi.

Kini, jari-jemariku menyentuh semula papan kekunci. Otakku ligat lagi mencari idea-idea baru untuk disusun menjadi satu ayat. Jangan pelik. Jangan hairan.

Hari ini, aku telah mendapat satu penemuan baru. Bukan kajian saintifik. Bukan juga hasil dari penyelidikan bahan nuklear tapi aku akan mengolah gaya penulisan blog aku menjadi satu cerita yang berlaku dalam hidup aku. Cerita yang tak mungkin akan sampai penghujung melainkan terpisahnya roh dari jasad barulah ceritaku akan berakhir.

Semalam, blog aku tiada cerita terbaru. Aku sibuk. Terlalu sibuk. Menguruskan kerja-kerja yang bersifat pentadbiran ini sungguh memenatkan. Setiap hari aku berhadapan dengan timbunan surat-surat, dokumen-dokumen, fail-fail dan pelbagai lagi. Tugas seorang aku sememangnya begini. Tiada pertikaian. Tiada bantahan. Menurut saja arahan tanpa melawan. Selagi kepala kita tidak dipijak, selagi arahan mereka tidak bercanggah dari tugasan kita selagi itulah tugas tetap tugas.

Kerja adalah satu jihad. Walaupun nilainya tidak sebesar mana...tetapi pahalanya berlipat ganda. Kerja kerana Allah. Bukan kerana nama, pangkat, wang ringgit dan sebagainya. Ikhlas kerana Allah. Tapi...adakah manusia di alam maya ini yang menganggap kerja kerana Allah. Mungkin ada. Mungkin juga tiada. Dalam sejuta mungkin ada seorang dua. Rata-rata yang menganggap kerja adalah kerana wang. Gaji. Itu mungkin hasil dari pemikiran seorang aku.

Apa yang penting, perbanyakkanlah kesabaran di dalam diri supaya api kebencian dan kemarahan akan hilang dan terus lenyap dari dalam diri. Aku redha dengan tugas ini. Aku akur dengan kehendak yang di beri. Aku terima takdir ketentuannya.

Sesekali, jari-jemariku berhenti menari. Mungkin letih agaknya. Suasana ruang pejabat sunyi dan sepi. Bukan tiada penghuni tetapi disebabkan ruangnya yang terlalu luas dan dimonopoli oleh seorang dua manusia maka segala tugas-tugas harian tenggelam dalam arusnya.

Ditemani sebuah radio usang peninggalan teman sekerja, aku mengaluni pelbagai irama lagu yang diputarkan ke corong radio. Dibelakangku pula penuh dengan timbunan fail-fail tutup yang akan kukemaskan tidak lama lagi. Kemaskini setiap hari agar tidak berlaku kekeliruan.

Sesungguhnya hidup sebagai manusia ini memang banyak cabaran, dugaan dan rintangan. Sabar memang mudah dilafazkan. Sesetengah orang menganggap 'Ah! itu perkara enteng.' Tapi untuk mengotakannya dan tanamkan dalam hati memang sukar jika tidak disertai dengan azam yang jitu.

Maka dengan ini, bermulalah satu pembaharuan dalam bulan Penghijrahan. Itu matlamat aku. Pembaharuan kepada yang lebih baik. Insyaallah...

[Agi Idop @ 8:59 AM]

24.2.04

Tajuk : Aku Terima Segala Ketentuannya

First sekali, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Islam (Awal Muharram)untuk semua umat Islam muslimin dan muslimat di seluruh dunia ini. Diam tak diam, dah 3 hari kita berada di dalam tahun 1425 Hijrah. Umur pun dah meningkat. Tapi amal ibadat kita...meningkat tak?

Pagi tadi, aku bukak emel. Aku dapat lagi balasan emel dari sorang adik tu. Student KUSTEM. Dua tahun lebih muda dari aku. Masa mula-mula dia emel aku..aku terkejut bila dia kata dia kagum ngan diri aku. Allamak..apsal pulak? Dia kata...aku ni tabah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan yang melanda diri aku ni. Hemmm..dalam hati aku 'Tabah ke aku?' Dia kata...dia selalu tewas bila diuji dengan bermacam dugaan. Misalnya...detik-detik menunggu tibanya exam, buat assignment..macam-macam lagi le. Aku pulak..tak tau nak kata apa. Cuma aku ucapkan terima kasih kat dia sebab sudi jenguk blog aku selalu...sempat jugak aku kasi kata-kata nasihat kat dia buat bekalan menempuh hari-hari mendatang. Aku ni takde pengalaman sebagai student IPT tapi sekurang-kurangnya aku tau corak kehidupan diorang.

Hari ni kepala aku penin sangat. Buntu. Henset aku tak henti-henti berbunyik sampai bateri dah pat lima kali bagi warning. Tak jawab..kesian. Bila dah jawab...macam tu la jadi. Terpikir jugak aku nak tukar nombor lain. Biar padan muka diorang. Tapi...ntah la...mungkin aku ni mudah sangat kesiankan kat orang kot.

Macam-macam gaya. Macam-macam bahasa. Lelaki yang dulu dah senyap sunyi tak contact aku tetibe jek contact balik. Cakap dia masih tak berubah macam dulu. Seolah-olah memujuk aku untuk jadi special person dia. Dah berapa kali aku cakap kat dia..yang aku tak boleh terima tu sumer..tapi...perkataan jodoh tu tetap tak lekang dari mulut dia. Dia selalu kata..yang dia akan tetap tunggu aku sampai bila-bila. Hemph..! lantak kau la.

Aku hargai perasaan diorang tu kat aku dan aku ucapkan terima kasih banyak-banyak...tapi diorang kene le paham diri aku. Aku tak suka nak kecikkan ati orang. Aku terima jek sape-sape pun jodoh aku. Asalkan dia buleh terima family dan diri aku seadanya. Yang penting...dia dapat membimbing aku ke arah yang lebih baik...tu jek.

Hari ni jugak mood aku tak elok. Aku rasa nak marah...jek. Bengang semacam. Rasa nak campak jek henset tu. Biar berterabur satu badan. Ntah laa...musim dia kot agaknya...:P

Aku tau..bukan aku sorang yang ada problem cenggini. Ramai lagi. Malah ada yang lebih teruk dari aku..tapi sekurang-kurangnya..bila aku luahkan kat sini...aku rasa lega. Lega selega-leganya...ahhh.....



[Agi Idop @ 1:24 PM]

20.2.04

Tajuk : Tukar Langsir Blog

Hahahaha...

Aku tukor langsir lagi..coz ari Ahad nih dah masuk Tahun Baru laks..aku just nak tau..apa pendapat korang ngan background baru nih? Okess tak? Aku rasa..aku nak stay cenggini jek. Dah nampak cantik.

Aku tukor kaler biru kepada pink (pink ke peach?) sebab birunye background tak lawa..Pink pun sesuai pe kan? Ada bunga tulip lagi. Orait la tu...hehehehe...

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 2:05 PM]

Tajuk : Forever Friends



Sometimes in life
You find a special friend
Someone who changes your life
Just by being part of it
Someone who makes you laugh
Until you can't stop
Someone who makes you believe
That there really is good in the world
Someone who convinces you
That there really is an unlocked door
Just waiting for you to open it

This is Forever Friendship
When you're down
And the world seems dark and empty
Your forever friend lifts you up in spirit
And makes that dark and empty world
Suddenly seem bright and full
Your forever friend gets you through
The hard times, the sad times
And the confused times.
Your forever friend holds your hand
And tells you that
Everything is going to be okay
And if you find such a friend
You feel happy and complete
Because you need not worry
You have a forever friend for life
And forever has no end




Semalam atau lebih tepat lagi aku sebutkan sebagai malam tadi, adalah merupakan satu sejarah. Sejarah yang pertama kali berlaku dalam hidup aku. Masa tu, fikiran aku betul-betul buntu. Aku tak tau nak buat apa lagi. Pertama kali masalah ni datang kat aku. Selama ni, aku tak pernah bersungut. Aku tak pernah merungut pun. Tapi semalam...memang aku terpaksa bersungut dan merungut. Aku garu-garu kepala. Terasa hati aku yang ada kat dalam tu dah menangis.

Sebelum ni, aku tenang saja bila orang lain ditimpa masalah yang sama. Tapi sekarang...aku dah tak tahan. Bukan sebab apa...sebab aku tak tau nak buat macam mana lagi. Tak payah le aku citerkan masalah apa sebab aku harap masalah ini akan hilang bila tiba masanya nanti tak lama lagi.

Aku terharu sangat semalam bila housemate aku sudi nak settlekan masalah aku sama-sama. Puas aku cari jalan lain...tapi..tak jumpa. Aku faham, diorang pun ada masalah macam aku jugak tapi masalah diorang tak berat macam aku sebab aku rasa macam aku dah tak boleh bernafas lagi. Pasal tu le aku tolak jemputan Tipah untuk join perjumpaan ngan diorang malam tu. Aku pun tolak jugak jemputan Fariz untuk datang ke majlis tunang dia. Maaf lah kengkawan, aku terpaksa excuse selagi masalah ni masih melekat kat diri aku.

Malam tadi, aku suarakan masalah aku ni kat Kak Kiroh dan Kak Izan. Aku tak kisah...dia nak tolong atau tak. Sekadar yang dia mampu aku terima. Malangnya...dia pun tak mampu. Kitorang bertiga memang gelak gila-gila malam tu sebab tak percaya dengan apa yang terjadi kat diri aku. Sambil tu...aku nangis. Aku malu sebenonye dengan diorang. Kak Kiroh cakap, sebelum ni dia memang salute kat aku sebab berjaya menyingkirkan masalah ni daripada menyerang aku sebaliknya diorang le yang begitu teruk sekali menepis dan mengelaknya. Tapi malam tadi, dia jadi kesian sebab dia tengok aku dah lemah longlai. Aku tau, ni merupakan satu ujian buat diri aku untuk lebih tabah lagi sebab aku tau..bukan aku sorang jek yang pernah kena masalah ni.

Dalam aku dok menangis lagi, Kak Izan hulurkan bantuan. Dia sudi nak tolong aku sebab dia kata dia masih mampu lagi. Aku tolak. Tapi dia hulurkan jugak. Masa tu...aku rasa terharu sangat. Aku ucap terima kasih kat dia. Bantuan dia ni, walaupun kecik..tapi amat bermakna buat diri aku. Dia kata, mungkin hari ni..hari aku. Mana tau, esok lusa hari dia pulak. Aku bersyukur sangat pada tuhan. Aku rasa nak nangis tapi cepat-cepat aku sembunyikan.

Tanpa aku sedari, jari aku memicit-micit keypad henpon. Aku tulis mesej untuk mushroomcute. Entah kenapa tiba-tiba aku teringat kat dia. Aku rindukan dia sebenarnya. Dah lama aku tak jumpa dia semenjak gathering ari tuh. Dalam diam-diam, aku dah mula rasa sayang kat dia. Rasa sayang sebagai seorang kawan dan sahabat. Petang ni dia balik Batu Pahat. Aku doakan semoga dia dan family selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Apa yang aku harapkan agar persahabatan antara aku dan mushroomcute serta housmate aku akan menjadi lebih erat lagi dah terus berkekalan buat selama-lamanya.

==Selamat Jalan, Mush==

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 10:07 AM]

19.2.04

Tajuk : Blog Aku

Ni..nak citer le sket pasal blog aku. Semalam, aku dah miss satu ari untuk posting. Pasai apa jadi lagu tu? Pasai..aku dok ralit sangat berYM. Kekekekekee...apa daaa...bila dah berYM, keje pun tak menjadi. Tapi nasib baik le..keje aku tak banyak mana sangat pun semalam. :P

Okeh, masuk tajuk balik. Seblom ni kan...aku nak lawakan lagi blog aku ni dengan mengeditkan tiga bijik bintang kat template nih. Bila aku preview, wuishh...!! penin jap aku seketika. Lepas beberapa minit aku dah ok balik. Bintang tu bergerak-gerak rupanya. Masa aku copy dia punya url ari tu, idak le pulak dia bergerak. Pastu..bintang tu ada sebijik jek. Sekali bila dah edit, mak ooiii..tiga bijik tuu. Siap gerak-gerak lagi. Hehehehehe..sekali aku tengok..cantik le pulak. Dua kali aku tengok..rasa cam nak ikut sama bintang tu gerak-gerak terhoyong-hayang. Tiga kali tengok, sah! aku sure buleh pengsan nye. Penin nye pasal. Korang tak penin ke?

Aku tengok wkdin pun dah penin semacam. Tambah pulak si zhoulsz. Siap suh aku tambah lagi bunga matahari. Biar cerah seisi dunia. Muehehehehe...aku paham...aku paham...korang pun sure le penin cam aku jugak. Ye dak? Sebenonye..aku bukan le nak kekalkan bintang-bintang tiga bijik tu kat sini..aku cuma nak tengok komen korang jek. Ok ke..tak ok. Ada yang kata ok..ada yang kata tak ok. Tapi bagi aku...biar le aku amik yang tak ok. Senang kan. Aku pun dah delete balik url tu. Kekekekee..bahagia le balik rasanya dunia..

Skang ni aku tengah mencari benda-benda yang aku rasa best untuk diedit sebagai menggantikan tempat si bintang tiga tuh. Hahahaha..apa yang sesuai aaa?? Pikir...pikir....

Tajuk : Explorace

Malam tadi...(malam tadi ke..malam semalam? Ahh...gasak laaa) aku tengok rancangan Explorace kat tv3. Masuk ni...dah 4 kali kot aku tengok tanpa miss satu minggu pun. Aku sebenonye dah terminat kat Explorace tuh. Bila aku tengok diorang tercungap-cungap berlari, aku pun ikut jugak tercungap-cungap. Ekekkk...macam kita pulak yang join nye.

Bagi aku, Explorace ni macam Survivor kat luar negara tu. Tapi yang bezanya cuma Survivor tu..berbulan-bulan lamanya tanpa ada alat-alat bantuan yang diberikan. Kalau Explorace lak...hanya sehari jek. Lagipun..berpadanan le dengan kebolehan warga Malaysia nih. Masih tak dapat nak menandingi orang putih kat sana. Henpon di beri...duit seratus ringgit pun diberi...apa nak...bantuan kecemasan pun ada. Pendek kata...ok le tu.

Tapi, seronok le aku tengok semalam. Kiranya...kalau kita join Explorace nih...ia merupakan satu pengalaman yang manis untuk disimpan dalam kotak memori kita. Memang tak bleh nak lupa le. Jelajah satu tempat ke satu tempat dalam sesebuah negeri tuh. Memang seronok. Aku yang tak join pun bleh kata seronok. Apatah lagi orang yang join. Ye dak? Hehehehe..tak sabo nak tunggu Kursus Biro Tatanegara (BTN) nih. Adusss...bilakah agaknya ye?

Tajuk : Kelam-Kabut Punya Cerita

Petang semalam, Aku asyik sangat melayan perasaan kat YM..berchatting ngan member-member geju..si Tipah le ketuanya diikuti oleh Mushroomcute, Nile_Chem, Zhoulsz, Fariz, Kak Zar, Kak Melor, Sis Dona, Bajonz, Sya (Wife Bajonz), Adk77 eh, ramai lagi le..tak tersebut dah aku punye ramainye. Si Tipah le ni. Main jemput-jemput cekodok. Hehehehe...bila dah masuk ramai-ramai..penin kepala le jawabnya. Orang ni tanya...orang nu jawab...Last-last...mengong le.

Tanpa ku sedar, jam dah pun pukul 4.05 petang. Tu pun aku tak sedar lagi hinggalah Kak Ita tegur aku, " Tie, ko taknak balik ke? Dah pukul 4 dah. Kang tinggal bas kang." " Hah! biar betul..(Biar betul. Biar betul-betul) Aku dah lambat nie." Maka, tanpa membuang masa dan tenaga lagi, aku pun terus shut down pc tanpa log out YM terlebih dulu. Nak cepat nye pasal. Pastu aku terus capai beg, off suis dan terus blah.

Huf! Hufff! termengah-mengah le aku berlari ke bus stop. Dari jauh, aku nampak dah batang idong bas. Arghhh...cepat-cepat aku berlari meredah onak dan duri serta jalan raya yang penuh dengan kenderaan berderet-deret. Sumer tu bisa melambatkan pelarianku. Heh! Elok jek sampai kat bas, bas tu dah nak jalan. Apa lagi..aku pun terus lompat naik ke dalam bas sambil mengurut-urut dadaku yang berombak kencang macam baru lepas kene kejar dek anjing. Maka, berjalan le bas tu dengan tayarnya menuju ke destinasi yang kitorang nak pegi.

Kekekekekeke...begitu le citer aku untuk semalam dan malam tadi punye. Ada sorang member tu pelik. Kenape le aku punye YM buleh online sampai ke malam. Ish! Ish! Ish!....musykil..musykil...

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 8:03 AM]

17.2.04

Tajuk : Tersirat disebalik yang tersurat

Ari ni aku keje macam biasa. Opps..! aku pose lagi ari ni. Cadangnye...kalo sempat, aku nak teruskan sampai masuk tahun baru ni. Insyaallah le...

Keje kat opis ari ni takde sangat. Bos ngan opiser sumer g seminar. Kat mana tu tak diberitahu le pulak. Sunyi jek opis. Aku baru jek abis masukkan surat-surat dalam fail-fail. Tu pun surat-surat yang berkaitan ngan projek. Surat-surat biasa tak settle lagi. Penin la cenggini....dah le sejuk. Menggigil satu badan. Grrrr....

Aku sebenonye tak tau nak citer apa ni. Tapi, takpe lah. AKu citer le jugak. Walaupun tak best...kira orait la.

Semalam kan..masa kitorang dalam bas nak balik ke umah..(balik keje)..Kak Ilah..duduk seblah aku. Tengah asyik dok melayan perasaan..dia tanya aku.

Kak Ilah : Sal, sejak bila ko kenal ngan Kak Siti tu aa?

Aku : (Dengan muka kompius) Emm..sejak kita masuk keje la.

Kak Ilah : Takde le..maksud akak, ko kenal ngan Kak Siti tu..masa mula-mula kita kat KPKT le ye?

Aku : Ye le..lagipun dia tu kan satu jabatan ngan kiter. Dah sure le kiter kenal dia. Nape tanye cenggitu?

Kak Ilah : Takde le...Kak Siti cakap kat akak, ko ni pemalu orangnya.

Aku : Uiks, iye ke? Dia kata cenggitu? Hehehe...pemalu ke? Betul la kot..


Dialog TAMAT di sini.

Dalam ati aku dok pikir...nape Kak Siti cakap macam tu aa? Ish! pelik la. Tapi, aku mengaku jugak le yang aku ni pemalu. Walaupun dah lama kenal...boleh usik-usik..tapi..aku masih lagi diselubungi perasaan malu dan segan. Segan kat sini..bukan le malas. Tapi lebih kurang cam malu le jugak.

Aku akui..kengkadang tuh..aku ni mulut becok gak kalo beborak ngan housemate tapi kabhi-kabhi...aku naik segan bila diorang tak segan ngan aku. Contohnya macam semalam. Aku berbuka dengan mee goreng Kak Siti. Dia sanggup panjat tangga satu tingkat lagi semata-mata nak anto mee tu kat kitorang. Dia kata...dia kesian kat aku. Takde ape benda nak bebuka. Tu pasal le..dia anto tu. Masa tu le aku jadik segan ngan dia. Susah payah banyak sangat. Sebab aku tak suka nak nyusahkan orang.

Aku try jugak nak buat muka selamba...tapi..tak buleh la. Takkan jadik nye. Hehehee...susah betul le aku ni kan....orang yang nak memahami diri aku mesti kena betul-betul rapat dengan aku. Baru tau..aku ni cemane...hehehe...tersirat disebalik yang tersurat.....

Yelah, macam post lama dulu kan ada aku cakap. Kebanyakan staf opis aku..ramai yang tak pecaye..dalam pendiam dan pemalu macam aku ni...buleh pulak menyanyi kat pentas. Heh!

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 10:24 AM]

16.2.04

Tajuk : Citer Bola-Superleague 2004

Huhuhuhu...sedih aku. Sedih. Perak tak dapat ape-ape gol pun malam tu. Keputusannya...dedua pasukan seri. 0-0. Tapi...ok le tu..aku ni beria le menyokong dengan sepenuh tenaga dan kudrat yang ada untuk membantu pasukan Seladang menang malam tu. Tapi apa yang aku harapkan hampeh belaka.

Mutu permainan masih nampak tak best. Hambar. Tak ceria langsung. Harapan untuk menengok Frank Seator menyumbat bola ke dalam gol pun tak kesampaian bila bola tu asyik-asyik terhantuk kat palang gol jek. Nyampah!

Satu lagi kan...terkejut aku bila Indra Putra Mahyuddin pun dah tuko ke Pahang. Ish! ni yang tak best nih. Kureng le Perak. Tapi dia pun nampak cam tak seronok jek nak main. Selalu jek kena halang ngan bekas ahli pasukan dia dulu bila tiap kali nak sumbat bola dalam gol. Mungkin...diorang tu dah tau kot taktik dia cemane...lagipun..mungkin dia masih lagi dihantui dengan perasaan serba salah. Nak gol kan Pahang ke...nak gol kan Perak. Ish! susah kan cenggitu.

Hehehehe..tapi bagi aku..ok le tu. Mungkin tu sumer sebagai permulaan untuk dua-dua pasukan ni menunjukkan tahap kecemerlangan diorang. Ye le..Liga Super beb..!!

Tajuk : Melukis

Hemm..nape tetibe jek aku letak tajuk cenggini nih? Apsal aaa? Hehehehe..sebenonye kan..aku takde idea nih. So, ntah cemane..datang pulak idea nak citer pasal melukis lak. Ekekekeke...muleh le tuuu..

Actually, hobi aku memang suka melukis. Tak kira le lukis apa pun. Asalkan sesuatu benda tu boleh buat aku lukis.

Aku suka lukis katun sebab katun ni takde le skema sangat. Boleh lukis sesuka ati jek nak letak idong kat mane...mata brape bijik..mulut cemane...kan. Satu jek yang aku takleh nak lukis. Potret. Benda ni memang aku tak reti nak lukis. Nak lukis boleh...tapi tak jadik le sebijik macam gambar tu. Ada iras-iras sesikit jek.

Aku penah tiru lukisan katun Leen Mafia-Ujang. Katun dia cantik even nampak serabut. Comel. O ye...penah dulu...masa tu aku darjah enam. Kebetulan masa tu...bulan pertama aku dalam darjah enam. Cikgu kelas aku ada le tanya..sape anak murid dia yang pandai melukis sebab dia nak kasi satu bahan untuk dilukis. Dia nak buat poster kelas. Masa tu...sumer kengkawan tuding jari kat aku. Aku terkejut. Cess..!! konon-konon nak rendah diri le...padahal dah ada unsur-unsur riak dah tu. Tah hape-hape le...

Cikgu pun panggil le aku suh lukis benda yang dia nak tu. Nak tau apa dia? Ala...lukis katun. Cikgu kasi aku satu kad kecik lebih kurang business card tuh. Dalam tu..ada gambor katun banyak-banyak. Ada le mesej yang nak disampaikan. Bayangkan le...katun tu kecik-kecik jek..banyak lak tu. Cikgu suh aku besorkan semuat-muat manila card le. Heh! dalam ati aku...kacang jek ni.

So, oleh kerana minat aku yang mendalam pada lukisan..maka..balik jek umah terus aku tertonggeng nak buat lukisan tu. Cikgu nak lukisan tu minggu depan. Tapi esoknya aku dah siapkan. Fuh! Congratulations diucapkan untuk aku. Sumernye...terlopong nengok lukisan tu. Cantik wehh..Hehehehe...dengan itu, terpampang le poster lukisan hasil air tangan aku di kelas tu hinggalah ia kusam..pudar...dan reput dimamah waktu sebab citer tu sumer berlaku 10 tahun yang lalu.

Skang nih..aku dah tak aktif lagi ngan hobi aku nih. Apsal pun tak tau la. Tapi minat melukis tu masih tebal dalam diri ni. Insyaallah..esok lusa aku nak start kembali hobi aku nih supaya ia tak padam selamanya.

Sayang sekali..sekolah menengah dulu...aku takde kelas seni. Huhuhuhu...dan
ari ni..aku bangga sebab bakat aku ni..dah berjaya diwarisi oleh adik lelaki aku yang form three tu. Pandai melukis. Dua orang adik lagi masih belum nampak hasilnya. Hehehehe...ok, chioww dulu...

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 10:10 AM]

14.2.04

Tajuk : Liga Super 2004 (Perak + Pahang)

Hehehehe...tau tak tajuk kat atas tu? Apsal aku letak tajuk cenggitu? Pasal...aku ni antara salah sorang peminat bola sepak...mueheehehe..ntah cemane aku boleh terminat dan terjatuh chenta kat bola sepak ni pun tak tau le. AKu pun pelik. Ripleys believe it or not???? Heh!

Nak dipendekkan citernye...malam ni le malam penentuan pasukan Seladang ngan Tok Gajah tuu. Kat mane? Ala...kat Stadium Bukit Jalil le...kat mane lagi...Aku tak pegi. Tapi aku akan tengok kat tv. Tu pun kalo le ada rezeki dan ada jodoh aku malam ni. Buatnye sumer housemate aku takmo seblah aku...maka..aku nak kata apa lagi? 3 lawan satu sape menang? Heh! Kalo aku ni kuat...mungkin le kot buleh menang...kalo aku lemah.....abisss le.....

Korang tau tak sejak bila aku buleh terminat kat bola sepak nih? Haaa...ni sejarah nye...cemane aku bleh jadik satu antara beribu-beribu peminat bola sepak tuh...citer nye bermula cenggini....

Kalo tak silap aku...pada tahun 2001 gamaknye le...ada satu perlawanan bola sepak antara Terengganu ngan Perak dan kalo tak silap aku lagi...masa tu masing-masing nak merebut kejuaraan dalam Liga Malaysia. Peringkat akhir beb..!!

Malam tu...aku ngan housemate dah ready dok depan tv semata-mata nak tengok perlawanan tu. Aku ni..dah set dah lam kepala otak yang aku akan tetap menyokong Perak, negeri kelahiran aku. Walau cemanepun..aku tetap akan menyokongnye dengan sepenuh hati. Maka...perlawanan pun bermula. Jerit-pekik dan sorak-sorai penonton (kitorang le) memecah keheningan malam di umah sewa aku masa tu. Konon-kononnye...kitorang ni...pompom girl le untuk pasukan Seladang. Muehehehehe....

Pecah abih suara..serak dan terbatuk-batuk...gara-gara...jadik penyokong di balik tabir. Konon...masa tu kan...mula le mencari-cari pemain-pemain yang hensem-mensem sket..yang ada ketokohan le sebagai pemain nih...kekekekekee...buat inspirasi. Cisss..!!

Tamat jek perlawanan...aku tergamam. Member terkedu. Lepas tu aku gigit jari. Hampeh! Pasukan yang aku dok sokong-sokong selama ni...kecundang malam tu. Huh! Aku sungguh kecewa. Aku sungguh sedih. Nak buat cemane.....beras dah jadik nasik...nasik lak dah jadik bubur...tu pun...sib baik bleh makan lagi..bubur pun..bubur la...Terengganu menang. Perak sekadar mendapat gelaran naib juara. Aku sungguh hampa.

Lepas pada tu la...hati aku sikit demi sikit berjaya di curi oleh bola sepak nih. Aku pun tak tau ngape. Aku dah jatuh cinta la sampai le skang nih...aku masih lagi setia. Tak penah beralih arah. Dan cinta aku hanya tetap pada pasukan Seladang. Muahahahaa...tah hape-hape la...

Tapi...aku idak le sampai...makan bola...tidur bola...mandi bola...just minat jek. Nak suruh main dah sure le aku tak reti. Kekekekee...apa yang aku harapkan...pasukan yang aku harap-harapkan ni..akan berjaya menggondol kejuaraan kali ni. Kalahkan Tok Gajah. Hehehehee...idop yeop..!!!

Tajuk : William Shakespeare in Love

Citer ni aku tengok malam semalam. Bukan sesaje nak tengok. Ntah cemane...lepas abih jek citer kul 9 tuh...citer ni pulak terus bersambung. Memula tengok...rasa mengantuk jek. Tapi..ntah cemane...aku ternampak tajuknya ada Shakespeare...trus jek aku nak nengok. Bukan apa...kalo dalam sejarah omputih..Shakespeare nih...pandai bersastera kan. Poetry le katakan.

Aku yang sememangnya minat gak le bersastera nih...teringin le nak nengok jalan citernye macam ne...walaupun aku tau...citer omputih nih..kalo dah citer cintan-cintun dah sure le ada unsur-unsur XXX sket. Tapi aku bukan nak tengok itu...aku nak tengok jalan citer dia. Tu jek. Bagi aku citer dia best. Nak tunggu sampai abis...malangnya...bersambung selepas Nightline le pulak...so, aku pun amik le keputusan untuk terus tido mengenangkan...esok aku keje. Kalo cuti....takyah cakap le..

Bukan apa...sekurang-kurangnya...aku tau jugak le...serba sikit pasal Shakespeare nih..tak le tergaru-garu bila ditanya....ye dak?

Ok, takmo tulis panjang-panjang...kang penat jari nak menaip. Aku stop dulu....adiosss...

[Agi Idop @ 9:12 AM]

13.2.04

Tajuk : Apa Ada Pada Hari Valentine

Aku penin kepala sebenonye ni. Tak tau nak citer apa ari ni. Penin...penin....blurrrr....

O ye...baru dapat satu idea. esok 14hb kan? cakap pasal 14hb ni...dah sure le ramai orang tau..ari tu ari valentine. Ari yang disambut oleh kaum-kaum lain especiallynya..orang putih kat barat sana. Tapi aku konfius...kenape kat sini pun ramai jugak yang tak terkecuali dari menyambut ari tu. Majoriti budak-budak melayu sumernye beragama Islam. Yang peliknya...diorang pun teringin jugak nak sambut ari tu. Aku tak tau samada berdosa ke idak kalo sama-sama menyambut ari valentine tu. Kalo orang cina ke...india ke yang sambut tu tak kisah le..takde salah bagi diorang...

Masa tu...banyak le kedai-kedai bunga yang dapat untung. Ye le...dengan menjual sekuntum bunga ros...tak kira le apa warna...sure le mahal. Ye dak?

Bagi aku le kan...umat Islam macam kita ni..tak sesuai nak sambut ari kekasih tu sama-sama cam diorang. Kalo nak sambut jugak...aku rasa tak payah tunggu 14hb. Bila-bila pun boleh. Tapi...kalo dah nama pun Islam...nak sambut ari kekasih bagi aku tak bermakna sebab...dah termaktub dalam kitab-kitab yang antara lelaki dan perempuan ni ada batas-batas tertentu. Mana ada istilah couple dalam Islam.

Sumer tu hanyalah cara-cara orang kafir untuk menyesatkan kita yang beragama Islam ni kan? Ye le..macam April Fool, New Year..Good Friday...macam-macam lagi le...sumer tu ada maksud yang tersirat disebaliknya. Kan ke...orang kafir ni..dari dulu lagi..dah bersumpah nak memesongkan aqidah Islam dengan cara halus...

Ok lah..aku taknak le citer panjang-panjang bab ni sebab aku bukannya tau sangat. Takut terkeluar maksud lak. Apa pun..bagi aku..takde beza ari kekasih ngan ari-ari lain melainkan ari-ari penting yang disambut oleh umat Islam.

So, aku stop sini dulu..chiowww...

++Majulah Blog Untuk Negara++

[Agi Idop @ 9:56 AM]

12.2.04

Tajuk : Emel

Satu, dua, tiga, empat...bla...bla...bla....uiiii...banyak le pulak mesej kat emel aku ari ni. Bila aku kira-kira..ada lebih 30 mesej. Heh! rajin le deme ni mengirim emel kat aku. Sampaikan dah over quota dah. Anyway, terima kasih kawan..!! Untuk mengelakkan dari over quota maka terpaksa le aku menapis dan kalo perlu aku delete terus dari inbox. Kang penuh lagi..takleh masuk lak emel lain. Cesss!!

Kebanyakan emel aku tu sumernye yang forwarded...forwarded...forwarded. Ala..biasak le tu kan. Bila dah dapat emel forwarded..aku pun nak jugak le forward kan kat memember lain..tapi aku tak sempat. Nak nunggu proses penghantaran tu pun dah berminit-minit masa terbuang. Dalam banyak-banyak emel tu..ada le kot dalam empat lima emel personal yang aku dapat. Pastu...dalam banyak-banyak tu pulak...ada satu emel dari sorang kawan yang aku pun tak kenal. Mungkin dia penah masuk dalam blog aku kot. Nak tau apa kata dia? Hehehehehee...dia nak mintak kat aku lirik lagu Zed Zaidi dalam drama Sembilu tuh. Uyoooo...terrornye aku. Kekekekeke...but it's okay. Aku akan kasi kat dia. Hehehehee...cam aku ni tau sumer lirik lagu lak. :P

Lain-lain emel...takde ape. Citer biasa jek. Ekekekekee...ape pun..aku seronok le coz dapat emel banyak-banyak. Hahahahahaa...nak balas pun tak sempat.

Ada sesetengah emel nih..ada gambo. Aku..kalo bab-bab gambo nih..aku kena tapis dulu. Agak-agak gambo yang ada unsur-unsur XXX tu...aku cecepat delete. Buat ape tengok kalo gambo tu boleh mengurangkan pahala yang kita ada selama ni...dah le tak tau pahala tu banyak ke idak. Kalo dah pahala sikit...bila tengok..lagi le sikit jadinya. Ye dak? Pastu...kurang pulak daya penglihatan. Aku rasa le cenggitu. Tak tau pulak orang lain cemane. Eheh!

Hem...cenggitu le berakhirnya citer aku ari ni pasal emel. O ye, kepada kengkawan yang kasi komen pasal wajah baru blog aku nih...aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tanpa anda sape le aku ni. Kekekekeke...

So, mulai ari ni...aku nak letakkan slogan kat bawah ni untuk setiap kali posting aku...okay dak?

++Majulah Blog Untuk Negara++


[Agi Idop @ 8:16 AM]

11.2.04

Tajuk : Blog Berwajah Baru

Ekekekee...jadi pun. Ingatkan tak jadi. Saje jek nak tuko-tuko rupa. Lagipun...tak lama lagi kan ke kita umat Islam ni nak sambut tahun baru kan. Seminggu jek lagi. 22hb nanti...masuk tahun baru le kita. Ye dak? Hem...bila diingatkan balik...puasa ganti aku pun tak abih lagi. Cadangnya...esok nak puasa le. Yess..!! confirm..!..

Sebenonye...template ni aku amik dari blogskin. Ni terus terang aku cakap. Sebab aku tau...aku bukannya pandai pun dalam reka-mereka template blog nih. Setakat nak olah sana...olah sini tu buleh le. Banyak lagi yang aku blom tambahkan.

Link ke Gengjurnal pun aku blom masukkan lagi sebab aku tak pasti nak letak alamat yang mana satu. Tengah kompius nih. Pastu...aku nak letak le gambo sket-sket. Bagi lawa lagi. Kan, kan, kan...then, bila dah senang nanti...baru le aku nak masukkan album gambo aku.

Hemm...aku rasa le...bagi aku dah ok dah cenggini kan? Cuma nak hias sket-sket jek lagi...aku nak dengor komen korang lak cemane...tak kisah le...komen apa pun..sebab bagi aku sumer komen dari korang merupakan satu komen yang membina.

Ok lah..aku stop sini dulu. Panjang-panjang sangat karang pun...tak best pulak. Hehehehe...ok bebeh..!! bubbyee...

[Agi Idop @ 3:26 PM]

10.2.04

Hehehehe...sukenye aku ari ni. Dapat pegang keyboard lagi. Dapat ngadap muka pc lagi. Dapat jumpa kengkawan opis lagi. Paling aku suke...bila aku dapat bernafas lagi kat bumi ni macam dulu-dulu. Itu maknanya...aku hidup lagi. Bila dah hidup...aku kena le tambahkan amal ibadat aku banyak-banyak. Buat bekalan untuk hari kemudian. Betul tak? O ye...apa perasaan aku sepanjang seminggu aku berada kat kampung? Jawapannya...RINDU..le! aku rindu kat kalian sumer...tau tak!! Walaupun tak dapat jumpa...walaupun tak dapat nengok muka...tapi sekurang-kurangnya...dapat berborak dalam internet pun jadi le. Lepas gak rasa rindu tu. Kan, kan, kan.....

Hem...bila dah lama tak update blog, idea nak menulis pun lama gak le...tak kunjung tiba. Bukan apa...masa ada idea..taknak update. Bila dah ilang...baru le terhegeh-hegeh nak tulis. Tu le manusia. Eceh, bukan manusia....AKU sebenonye. Heh, heh, heh....

Banyak citer sebenonye yang nak aku kongsikan kat sini. Tak tau mana satu nak mulanya. Hem...macam ni la. Apa kata aku citer masa mula-mula aku start cuti ari tu. Sebelom tu kan, aku nak citer sket pasal kursus aku ari tu.

Bermula 27 Januari-29 Januari 2004 yang lepas, aku attend satu kursus yang merupakan salah satu syarat untuk aku sah dalam jawatan. Alhamdulillah...sumernye dah tamat dengan jayanya. Even sijil tak dapat lagi..tapi aku rasa..sumer peserta lulus lah!! hehehehe..:) Sepanjang tiga ari aku kursus kat sana...alhamdulillah le...aku dapat tau serba sikit pasal jabatan-jabatan kat kementerian aku ni. Dalam pada tu..aku dapat gak le berkenal-kenalan ngan sorang dua peserta kursus kat situ yang rata-ratanya dari kalangan PTD, Engineer, Technician, P.A dan Pembantu Tadbir...orait la tu kan...

Balik jek dari kursus..(lepas tamat kursus le)...aku macam biasa...nak bukak le internet. Malangnya...tak buleh bukak lak. Server down. Dua ari cenggitu gaya. Tension aku. Dua ari tu le...aku jadik bengong tanpa dapat melayari internet. Hahahahaha...dah gilos la tu. Aku bengong sampai le ari aku nak balik kampung esoknya...Huhuhuhuhu...

31hb Januari 2004-Sabtu

Ari ni ari aku balik kampung. Kiranya...dua bulan le aku tak balik. Cemane le citer kat sana ekk. Housemate sumer pakat dok nyakat. " Eh, ko kalo balik sini tu...citer le kenduri apa yang ko dok risau sangat ari tu ekk" hahahahaha...aku dah gelak dah. Mana taknya...aku rasa bukan kenduri aku. Saja jek nak buat gimik sesekali. Hehehehehe....lebih kurang jam 9.30 pagi, aku dah chow dah. Kuar opis sesenyap takut bos tau. Actually, dia dah tau...aku nak balik ari ni...cuma tak tau bila jek. Aku just kaborkan kat mama jek yang aku dah nak balik kampung. Best ooo balik kampung ni. Sampai kat Hentian Duta pukul 10. Tiket bas aku pukul 12.45 tengahari. Hehehehe...jahat dak aku? Berapa jam lagi nak nunggu tuh. Tapi aku tak kisah...balik kampung nye pasal. Tunggu berjam-jam pun takpe....cuci-cuci mata jap. Kan, kan, kan....

Aleh-aleh..bila dah naik bas turun bas...aku sampai kat umah pukul 6 petang. Lama tu. Tak singgah memana pun. Sampai jek kat umah..aku tengok kakak sulung aku dah balik dah. Hehehehee..ada can le..main ngan anak sedara lagi. Nyakat weh....tu keje aku. Ekekekekee....

Sebenonye kan, lepas jek abih kursus..aku mula rasa tak sedap badan. Aku takut, penyakit demam aku akan datang lagi masa raya cenggini. Panas semacam jek badan. Dua botol dah air cap badak aku teguk. Panas still tak kurang. Malam tu, aku pekena air asam jawa. Nak ilangkan batuk. Mintak-mintak le panas badan tu kurang. Bila nak tido, aku selimut satu badan. Fullamak..!! panasnye kemain lagi. Gegila nye panas. Dalam ati aku..sah le..esoknye aku tumpor. Mujur le...malam tu badan aku berpeluh. Penangan selimut ngan air asam jawa.

1hb Februari 2004-Ahad

Bangun pagi ni..alhamdulillah...panas badan ilang. Takde pening-pening kepala lagi. Syukur nikmat padaNya. Tapi, batuk-batuk still ada lagi. Tak kisah le tu. Emmm...ari ni ari raya. Tapi aku tak rasa cam suasana ari raya. Walaupun takbir bergema..berkumandang membelah suasana...aku rasa cam ari-ari biasa jek. Kenape yek? Aku tak rasa semeriah raya puasa. Mungkin raya aji ni..bukan untuk kita..tapi untuk jemaah haji yang ada kat mekah sana. Diorang kat sana mungkin lagi seronok kan. Dapat tunaikan rukun Islam kelima tuh. Aku bila lagi? Insyaallah...cukup segala kemampuannye..akan ku pegi jugak kesana satu ari nanti. Ari raya ni...aku tak pakai baju raya pun. Just pakai baju biasa jek. Ada le dua tiga orang bebudak yang datang beraya. Tu pun datang pasal nak mintak duit. Ciss..! hampeh..!!

Petang nya...selepas zohor, satu rombongan datang umah aku. Tujuannya...datang nak merisik kakak aku. Rombongan tu datang dari Sungkai. Hahahaha...perak mali jugak ooo. Sembang nye sembang, borak nye borak...kata sepakat telah diambil. Kononnye nak datang Ahad ni. Bermakna 8hb le diorang nak datang. Dalam ati aku, emm..aku takde le masa tu. Dah nak balik KL dah. Tak dapat le nak meraikan majlis tu.

Petang tu jugak, dalam kul 6 lebih...kakak sulung aku nak beransur balik ke Pantai Remis. Tu nama tempat tinggal dia yang merupakan salah satu bandar jugak dalam negeri Perak. Husband dia tak dapat cuti. Tinggal aku jek yang takmo balik-balik. Hehehehehe...dah lama cuti ni, nak balik keje pun rasa maleh. Apsal ha??

2hb Februari 2004-Isnin

Aku tak pegi kemana-mana. Dok umah jek. Nak pi berjalan rasa maleh pulak. Petang tu...aku, 2nd sister ngan mak naik motor pi umah tokwan. Bukan le naik bertiga. Aku bawak adik aku. Kakak lak bawak mak ngan sorang adik lagi. So, kitorang berkonvoi le...hehehehehe...alah..jenguk sekejap..orang tua.

3hb Februari 2004-Selasa

Pagi ni, aku ajak mak pegi Parit nak ambik tiket. Haaaa...ni Parit bukan sebarang parit. Parit adalah nama tempat atau salah satu bandar dalam negeri Perak. Hehehehe...biasa le..nama unik sket. Ikutkan, kalo sebelom ni..aku lebih suka naik kat Ipoh, tapi kali ni aku nak naik kat Parit lak. Ipoh tu jauh sangat nak pegi. Actually, aku memang dah bercadang nak ambik tiket ari ahad tu. Dah confirm!! Tup-tup, mak lak pujuk aku suruh ambik ari Isnin. " Ala...cuti pi la sehari lagi. Kakak hang pun nak bertunang ahad tu. Takkan hang takmau tengok kot". Aku pun sebagai sorang anak yang tidak mahu membangkang...ikut le kata mak tu. Maka, terbeli le tiket untuk ari Isnin, 9hb. Ekekeke....

Petang tu, mak sedara aku selaku 'orang tengah' kepada kakak aku ni..datang. Dia kabor berita yang sungguh-sungguh aku takmo dengor. Nak tau apa? Tak jadik pulak nak buat ari Ahad 8hb tu. Ditunda kepada 15hb pulak. Eiii...berasap jugak le telinga aku masa tu. Bengang gilos. Nasib baik tak tebako jek. Kalo tak..." Apa nak jadi...apa nak jadi..." Haaa...nyanyi lagu S. M. Salim le. Kui, kui, kui...Tiket dah ambik. Aku tengok muka mak lain jek masa tu. Mungkin dia rasa bersalah kot pada aku sebab suruh aku ambik tiket ari Isnin. Takpe le mak...benda dah nak jadi. Aku tak marah mak. Aku faham....

4hb Februari 2004-Rabu

Kalo kat tempat aku, ari ni ada pasar malam. Tapi, orang-orang kat sini tak panggil pasal malam. Diorang panggil Pekan Rabu. Haaa...orait la tu kan. Kecik je pekannye. Tak besor mana pun. Biasa le...bukan glamor sangat Beruas ni...hehehehehe...cadangnya aku nak pegi. Tapi, tak tau pulak nak beli apa. Setakat nak jalan-jalan tu baik takyah. Buang masa jek. Ada gak pekdah dok umah tolong-tolong masak ke..hape ke..last-last, aku batalkan hasrat tuh. Lenkali la...kalo panjang umur, ada rezeki...aku pegi.

5hb Februari 2004-Khamis

Ari ni..aku tak ingat aku buat apa. Sebab rasanya...takde citer best pun. Rasanya...aku dok kat umah jek. Nengok-nengok buku adik-adik. Tegur mana yang tak kena. Sempat jugak le aku perabihkan dua buku citer adik aku yang form three tu. Hehehehe...cenggitu le aku. Tak best kalo balik kampung tak baca buku.

6hb Februari 2004-Jumaat

Kalo tak silap aku, ari ni aku ngan kakak gi kedai beli barang-barang hantaran. Opps, bukan aku le. Mak aku ngan kakak aku. Aku tak pegi sebab kene buat keje kat umah. Ekekeekeke...sian kat aku. Diorang gi beli kat Ayer Tawar. Tak beli banyak pun, just kasi sejadah, towel ngan kain pasang. Yang lain-lain tu...cokelat, gula-gula dan makanan jek. Okey le tu kan.

Malam tu jugak aku ngan kakak berhempas-pulas nak siapkan gubahan. Lipat sana, lipat sini...alah, gubah sesikit jek. Aku bukannya pandai sangat. Hias sana...hias sini..teng tereng...!! jadi jugak. Dapat kat diorang nanti pun...berkecai jugak hape.

7hb Februari 2004-Sabtu

Ari ni pun...aku takde nak citer apa-apa. Takde citer best. Kalo ada pun...sure dah ilang ntah kemana. Tapi yang nyatanya...rindu aku pada pc ni..semakin membuak-buak. Aku taknak pegi CC. Tiap-tiap malam aku mimpi pasal blog aku. Uwaaaa....rindu kat kengkawan le....!!!

8hb Februari 2004-Ahad

Kosong. Idea dan segala-galanya kosong. Cuma yang pasti...malam tu..aku dah mula packing barang untuk bertolak ke KL esok.

9hb Februari 2004-Isnin

Aku balik KL ari ni. Apa kabar le opis aku sepanjang aku takde nih. Dah sure le tunggang langgang sumer. Dari Parit, aku bertolak jam 1.30 tengahari. Sampai di Hentian Duta jam 5 petang. Sepanjang perjalanan...hujan menggila-gila turun. Aku dah mula kecut perut. Macam-macam citer menerawang kat kepala otak. Teringat pasal eksiden bas ekspres kat merapoh. Hisy! jauhkan le segala mara bahaya. Aku mintak doa pada tuhan supaya permudahkan segala urusan. Takde jadik apa-apa. Pat lima kali tipon aku berbunyik. Kakak aku dari kampung call. Risau bila aku belom lagi tipon diorang mengatakan yang aku dah sampai umah. Mana taknya...kalo aku dah sampai, aku tipon la.

Lebih kurang jam 6.30 petang, baru le aku selamat sampai kat umah di Gombak. Lega rasa. Dalam dok naik tangga tu..aku tipon kampung. Kaborkan yang aku dah sampai. Toksah le risau lagi.

Sampai kat umah, sumer pakat dok tanya. Aku cuti ari ni apsal? Bertunang ke semalam? Heh! nasik baik aku balik sini tak pakai inai kat jari. Kalo tak...dah sure diorang tanya. Ko kawin ke semalam? Hehehehee...biasa le..tu soklan famous dah tu untuk orang-orang yang macam aku nih. Kan, kan, kan....

Untuk tidak membingungkan diorang dengan soklan-soklan yang tidak berjawapan..aku pun citer le kat diorang dari A sampai le ke Z. Abih citer...aku pun masuk bilik air. Mandi..uhhhh..baru terasa segar badan.

10hb Februari 2004-Selasa

Datang opis pagi, lepas solat sumer...aku on pc. Aku masuk blog aku. Wahlauuuu..banyak nye le mesej. Hehehehe...kepada kengkawan sumer..don't worry lagi ekk. Aku dah ada di sini. Nak cuti lagi rasanya....lambat lagi kot. Mungkin dua tiga bulan lagi. Selagi aku ada di sini...selagi itulah blog aku akan terus di update selalu dan mungkin jugak akan bertukar wajah baru. Hehehehe...ada rezeki..ada kemampuan bertukar le dia.

Tengahari kang...jabatan aku ada jamuan ari raya. Yey!...makan lagi. selagi idop..selagi tu le makan. Dah mati, takleh nak makan lagi. Ye dak? Ok lah...aku chow dulu...senang-senang nanti...aku datang le ke blog engkorang lak ye....chiowwww....:)

P/S : Perkataan yang aku itamkan tu...adalah nama tempat kat Perak. Tak termasuk le tarikh ngan nama aku tu. Hehehehe...Saje jek..nak kenalkan tempat-tempat kat Perak. Kot-kot..kalo telepas kesana..bleh le tolong-tolong...tolong tengok jek. Kui, kui, kui..ok, bubbyeee...!!

[Agi Idop @ 8:35 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==