*
*
*
*

29.1.04

Assalamualaikum sumer. Hehehehe...sesaje nak ambik kesempatan yang ada ni...dalam ruang waktu yang ciput ni...nak tulis le sesikit apa yang aku rasa nak tulis. Actually, aku tak abis kursus lagi. Ari ni..ari last. Esok baru aku masuk keje cam biasa. Jap lagi...dalam kul 8..aku dah nak ke RTM. Jumpa kalian lagi ye esok...key la...adiosss...!!

[Agi Idop @ 7:46 AM]

26.1.04

Hehehhehe...aku datang lagi. Kali ni..aku nak post satu entry sebelum aku attend kursus esok, lusa dan tulat hinggalah aku datang balik pada 30hb Januari 2004.

Dah tentu aku akan merindui kalian sumer. Kalian le kengkawan aku yang aku kenal melalui dunia saiber nih. Dah tentu aku akan merindui pc aku yang dah banyak berjasa nih. Huhuhuhu..opppss...!! takmo sedih-sedih...aku nak ceria..!! ceria...sokmo..!!!

Pasal entry last ari tu..banyak lak aku dapat mesej kat tagboard. Kat gesbuk pun ada. Terima kasih sumer. Aku sayang kalian.

Hemm..sebenonye kan...aku ada cita-cita baru nih. Dah lama hajat ni dipendamkan sebab aku rasa..aku belum cukup baik lagi untuk laksanakan hajat tuh. Ekekekeke..sebenonye...masa gath ari tu..aku nampak Kak Sal pakai tudung labuh. Tetibe jek aku jadik jeles. Dah lama aku tinggalkan tudung tuh. Lepas jek SPM..terus aku tak pakai lagi. Skang nih..aku jadik rindu pulak nak pakai. Tapi aku rasa..aku tak sesuai. Kalo aku pakai kat opis..atau kemana saja...apa kata orang sekeliling ekk? Hehehehe..sure diorang kata..aku ni dah buang tebiat. Betul tak? Hemmm..tunggu lah..aku akan cari masa yang sesuai untuk berubah camtu....

Ok, sebagai hadiah buat kalian sumer...ambiklah renungan ni..sebagai ilmu dan pengajaran dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang manusia....

10 Hak yang harus diamalkan

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Malaikat Penjaga Neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat Penjaga Syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Adehhh...sakit perut lagi la...eiii...bila le nak ilang nih...ok, kengkawan..aku stop dulu...jumpa lagi 30hb ye...babai...a'kum...

[Agi Idop @ 2:22 PM]

Hai, hai, hai...welcome back again..!! Huh! dah puas cuti empat ari. Rasa maleh lak nak pi keje. Tapi..apa boleh buat. Dah jadik tanggungjawab kita sebagai sorang pekerja. Kan, kan, kan...selama cuti empat ari nih...aku tak pi memana sebab aku baru jek pindah ke rumah baru kat Gombak. Dah duduk situ selama empat ari. Best..!! seronok dan macam-macam lagi lah. So, apa kata..untuk posting kali ni..meh aku citer sket apa yang aku buat selama empat ari cuti tuh...teng tereng......

Khamis-22 Januari 2004

Pepagi lagi aku dan housemates yang lain dah kemas rumah. Pack sumer barang. Bimbang kot ada yang tertinggal lak. Kitorang 'book' dua keter. Hehehehehe..keter abang-abang housemates aku. Penuh dan padat. Hahahahhaa...

Mulanya..aku ingat tak muat dah nak join sekali dalam keter tu. Ye le...kancil. Besor mana jek. Tapi, oleh kerana sumernye...saiz kecik-kecik...maka...berhimpit-himpit le kitorang kat belakang tuh. Aku, Kak Kiroh dan Kak Ilah. Kak Izan lak join ngan abang dia. Lepas selesai bersalaman ngan bebudak belakang rumah kitorang tuh..dan mintak maaf dari Kak Ana yang tak ikut serta...kitorang pun beredar. Acara konvoi ke rumah baru pun bermula. Segala jalan disusuri hinggalah sampai ke destinasi yang dituju.

Sekali lagi..kitorang dera dan didera untuk mengangkut barang ke tingkat atas. Nasib baik barang-barang dah sikit. Kalo tak...maunye kene sumpah..!! :P Dalam pada tu...kitorang siap diperli lagi oleh orang-orang yang berkenaan.."Lepas ni nak pindah mana pulak?" Heh! kan dah kena. Kitorang jawab ape tau? Takde ape...just sengih jek...:P

Jumaat-23 Januari 2004

Ari ni..kitorang plan nak kuar beli barang-barang keperluan. Eceh, jalan kaki jek. Kedai dekat sangat. Lintas dua tiga batang jalan...dah sampai. Hah! beli le apa yang nak beli. Sumer ada. Ready duit je le.

Sabtu-24 Januari 2004

Masih lagi aktiviti yang sama. Kitorang kuar kedai lagi sebab ada lagi barang-barang yang perlu dibeli memandangkan semalam..tak cukup tangan nak bawak balik..heh, heh, heh...tah hape-hape le...

Petang tu pulak...aku jahit baju kurung yang nak pakai esok. Alah...just kecikkan jek. Besor sangat. Macam kelambu lak bila pakai. Kekekekekeke...

Ahad-25 Januari 2004

Hemmm..ari ni baru best. Kitorang ke Selayang kerana menghadiri majlis perkahwinan salah sorang teman sekerja yang muda setahun dari aku. Ekekekeke...mudanya le...dah sampai jodoh dia. Aku bila lagi? Entah le....

Kat sini...kitorang dihidangkan ngan makanan ala buffet. Nasik beriani. Malangnya...aku tak puas ati sebab nasik yang disendukkan sikit sangat. (Ceh! tak bersyukur langsung). Mungkin kerana dia nak melayan kami ni sebagai rakan kepada si pengantin..maka eloklah dia menyendukkan nasik untuk kami. Emm...tak kisah lah..janji niat dia ikhlas.

Lepas makan..kitorang masuk dalam umah. Niat nak jumpak pengantin. Tapi pengantin lak sibuk bersolek. Tunggu le pulak kat situ lebih kurang setengah jam. Bukan apa...nak salam ngan dia jek. Nak ucap tahniah.

Tak lama menunggu...pengantin pun dah siap disolek. Kitorang pun ambik le peluang untuk berklik-klik. Mana le tahu...kot-kot dapat sket tempiasnye. Hehehehehe...Dah siap sumer...kitorang mintak diri nak balik tapi pengantin suh tunggu jap. Dia suh tunggu nak tengok bakal suami dia.

Lebih kurang jam pukul 2..pengantin lelaki pun sampai. Kompang dipalu sebagai memeriahkan lagi majlis. Mak aii..besaunye..husband dia. (Oit! kalo tak diam takleh ke?) Hehehehe...biasa le kannnn...jam 2 lebih, kitorang pun blah. Maleh nak tunggu lama-lama lagi. Majlis dah jadik sesak. Jem lak kang.

Petang tu...sampai umah...sumernye bergelimpangan. Penat giler sih!! Untuk memenuhkan aktiviti...malam tu, lepas Maghrib kitorang kuar ke Pasar Malam. Beli apa bende yang nak dimakan. Balik umah terus melantak. Cam nak balas dendam kat kenduri tengahari tadi jek. Hehehehehe...

Pagi ni...sumer housemate tak terkecuali aku pun sekali...diserang sakit perut. Ni sumer dah tentu le kenduri nye pasal. Dua tiga kali masuk tandas. Aku rasa...tandas tu pun dah menyampah tengok muka kitorang tak abis-abis. Hemph! tu le..buat lagi. Skang ni pun masih lagi terasa sakitnya. Huh!

Tapi kan...memang seronok le duk kat situ. Jiran-jiran sumer ok. Sepanjang kitorang duk kat situ...dah ramai jiran yang kitorang kenal. Siap sponser lagi periuk belanga kalo kitorang nak buat kenduri nanti.

Paling best bila tiap-tiap ari kitorang main ngan baby. Puas main ngan baby nih...ambik baby tu pulak. Hehehehe...pendek kata..kalo baby sitter diorang takde le kan...diorang bleh le kasi kitorang jaga baby-baby diorang tuh. Hehehehe..bila mak dia nak ambik balik baby dia...tengok-tengok jek dah lembik kena uli. Don't play-play. Aku nih suka ngan baby. :)

Jap tadi...aku hantar SKT. Sempat lagi aku jeling markahnya. Wow weee...jangan memain..."9_ something gitu." Hehehe..cam tak caya lak. Anyway...keje tetap keje...kan...

Ok, Adiossss....

[Agi Idop @ 11:12 AM]

21.1.04

Siapalah aku? Siapalah aku untuk bersama dengan mereka. Kenapa aku rasa terlalu rendah diri? Kenapa aku rasa terlalu kerdil? Kenapa aku rasa serba kekurangan??

Aku tau...aku tidak sepandai mereka. Aku tidak secantik mereka. Aku tidak sekuat mereka. Tapi aku punya perasaan. Aku punya jiwa yang sama seperti mereka. Aku juga punya pancaindera seperti mereka. Tapi kenapa aku rasa betapa kurangnya diriku.

Aku tak maksudkan sesiapa cuma kenapa begitu sukar sekali untuk seseorang itu memberikan sedikit perhatian terhadap kawannya yang lain. Bukannya banyak. Sekelumit pun jadi lah. Aku hairan. Aku pelik. Aku cuba untuk menjadi seorang kawan yang baik. Tapi aku tahu...aku tak mampu untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

Aku selalu melawati blog-blog mereka..tapi jarang sekali mereka melawati aku. Aku selalu bersms dengan mereka tapi jarang sekali mereka bersms dengan aku. Kalau ada pun..balasannya tak seperti yang aku harapkan. Seandainya mereka sibuk dengan urusan lain sekalipun tapi sekurang-kurangnya..jawapan yang diberi itu biarlah memuaskan hati.

Aku bukanlah manusia yang terlalu mengharap. Aku bukanlah manusia yang terlalu berkira dan aku bukanlah manusia yang selalu mengharapkan balasan. Aku tak pinta itu semua.

Apa yang aku pinta...berikanlah sedikit ruang di hati untuk aku menjadi kawan kepada mereka. Aku akui, aku tidaklah seriuh mereka-mereka yang lain bila berjumpa. Namun, adakala...aku terluah kata juga.

Aku tak ingin berkecil hati tapi itu juga lah yang selalu terjadi pada diriku. Semakin aku membuang perasaan itu...semakin kuat ia membenam di hati.

Aku bukanlah seorang manusia yang suka berhuha...huha...kerana aku tau...aku seorang perempuan. Pesan abah, pesan mak..masih lagi terpahat dalam hatiku. Aku perlu kekalkan adab sopan tapi kadangkala aku terbabas juga.

Hari ini, baru aku ketahui yang mungkin juga...blog aku tidak lawa seperti orang lain. Aku tahu...aku tak pandai dan kerana itulah aku cuba juga untuk membinanya sendiri. Aku takkan minta pertolongan mereka selagi aku terdaya untuk melakukannya.

Aku tahu..blog aku bukanlah tempat untuk mencari ilmu seperti blog orang lain. Ia sekadar tempat untuk meluahkan segala rasa hati. Sakit hati, kecil hati, rasa cinta, rasa rindu, rasa marah, benci dan bermacam-macam lagi. Pendek kata..segala apa yang berlaku pada diri aku...semuanya kan termuat disini.

Tak lama lagi..aku akan wujudkan satu lagi blog yang didalamnya termuat seribu kisah zaman kehidupanku sepanjang aku bergelar manusia dalam tempoh 22 tahun. Biarlah aku kongsi segalanya disini kerana hanya dialah yang sudi mendengar dan menerima segalanya.

Apa pun, aku bangga punya kawan seperti mereka. Aku bangga punya kawan yang datang dari pelbagai peringkat usia dan status. Aku bangga kerana bersama-sama mereka, aku boleh berkongsi pengalaman suka dan duka. Kawan yang aku kenal setahun yang lalu. Kawan yang aku kenal tanpa melihat rupa. Tatkala berjumpa riuh jadinya. Terima kasih kawan kerana sudi menjadi kawanku. Aku hargai persahabatan ini...sehingga akhir hayat.

..::Forever Friends::..

Sometimes in life
You find a special friend
Someone who changes your life
Just by being part of it
Someone who makes you laugh
Until you can't stop
Someone who makes you believe
That there really is good in the world
Someone who convinces you
That there really is an unlocked door
Just waiting for you to open it

This is a forever friendship
When you're down
And the world seems dark and empty
Your forever friend lifts you up in spirit
And makes that dark and empty world
Suddenly seem bright and full
Your forever friend gets you through
The hard times...the sad times
And the confused times
Your forever friend holds your hand
And tells you
That everything is going to be okay
And if you find such a friend
You feel happy and complete
Because you need not worry
You have a forever friend for life
And forever has no end


P/S: Maafkanku seandainya ada yang terasa...

[Agi Idop @ 8:01 AM]

20.1.04

Petang semalam...aku dapat berita baik. Nak tau apa dia? Teng tereng....!!!

Aku dah dapat tawaran untuk mengikuti Kursus Induksi Khusus selama tiga hari. Wow weee..!!! sukanya aku. Dah lama aku tunggu-tunggu tawaran ni. Baru skang dapat. Bayangkan le..dah dua tahun aku keje kat sini. Asyik dok menunggu bila le..nak kursus. Bila le..nak kursus. Alih-alih...dapat jugak.

Gembiranya aku tak terkira. Ye le...ni le salah satu syarat untuk pengesahan dalam jawatan aku skang. Dah lepas satu kursus nih..aku tunggu lagi dua kursus iaitu Kursus Induksi Umum dan Kursus Biro Tatanegara. Mungkin dalam tahun ni jugak kot. Hehehehehe...seronok le...

Oleh kerana itu, sepanjang tiga hari bermula minggu depan..aku takde le kat opis sekaligus dalam blog coz aku start kursus pada 27hb Januari sehingga 29hb Januari 2004 di RTM, KL. Hahahaha...kitorang le first batch yang gi kursus kat RTM. Sebelum ni..buat kat kementerian aku jek. Sure jeles kengkawan lain.

So, aku nak le..gi tau awal-awal. Kalo blog aku senyap jek..tu tandanya aku dah takde. Hehehe...masa tu, sure aku banyak tertinggal berita-berita penting ngan korang. Lagi satu, aku akan merindui pc aku ni..!! Huhuhu...takpe le..balik kursus nanti..aku citer kat korang ye.

Jeng, jeng, jeng...balik dari kursus...keje sehari pastu...BALIK KAMPUNG..!!! RAYA..!!!..

Hehehe..suka sangat aku. Ok lah..stop dulu. O ye, kalo korang perasan...aku ada tambah tiga rangkap pantun kat atas tu..sebagai mukadimah blog aku dan juga diri aku sendiri. Penulis Misteri. Hahahaha..aku suka gelaran tuh...terima kasih kepada yang memberinya. :)

Sebagai ending posting aku ari ni..aku nak le citer sket yang aku seronok dapat kawan cam korang. Aku seronok dapat kongsi pengalaman ngan korang dan aku seronok dapat geder-geder ngan korang..tapi aku mintak jangan le korang lupakan aku. Tak kira apa yang berlaku...walau kat mana saja...kita tetap kawan dunia akhirat. :)

[Agi Idop @ 1:49 PM]

19.1.04

Aku rasa...aku nak kasi le pendapat sket pasal gedering kali nih..walaupun ni le first time aku join gedering gengjurnal. Aku bukan le baik sangat pun..memang setiap yang berlaku tu takkan sempurna sumernye. Dari segi yang lelain tu..macam anugerah..memang aku puas ati sebab yang dapat anugerah tu pun..memang patut dapat. Tapi dari segi pengurusan memang aku rasa tak best. Tak sesuai. Bukan aku sorang yang cakap cenggitu..tapi..ramai lagi. Mungkin yang cakap macam aku ni..terdiri dari geju-geju yang first time datang. Aku pun tak tau le..macammana suasana gedering tahun-tahun lepas. Aku nampak cam berserabut sket. Terlalu bising. Nak cakap pun kene jerit-jerit. Sape yang tak pay attention tu memang terlepas le apa yang dijeritkan. Aku harap, gedering tahun depan tak lagi macam ni. Anyway, thanks bebanyak kat sumer AJK yang dah banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk menjayakan gedering nih. Bukan senang kan..!! Biarlah apa yang kita buat tu..orang akan sebut-sebut kebaikannya..bukan mengharap..tapi sekurang-kurangnya..kebaikan tu memberi seribu makna dan kepuasan kepada yang menghadirinya...Insyaallah...

[Agi Idop @ 1:38 PM]

Date : 17 January 2004
Time : 7.30 p.m.
Venue : Restoran Nelayan, Titiwangsa


Ari Sabtu tu...aku dah plan nak gi umah Mush. Housemates lak plan nak gi jenguk umah baru. Ada lagi yang perlu diuruskan. Aku, awal-awal dah mintak permission yang aku tak dapat join diorang. Sorang lagi housemate kene attend kursus kawin lak. So, tinggal le aku sensorang kat umah tu memandangkan diorang sumer dah kuar pepagi lagi. Nak ilangkan boring, aku on radio. Pastu, aku sms Kak Ungku. Hehehe..sesaje nak kaco dia. Kepala otak dok ligat memikirkan...pukul brape aku nak pi umah Mush nih? Kak Ungku suh kitorang tunggu dia kat Komuter Bandar Tasik Selatan. Ish! penin la.

Aku tengok jam. Dah Pukul 10.30 pagi. Elok le aku bersiap dulu. Kang kelam-kabut. Dalam dok bersiap tuh..henpon aku berbunyik. Eh, Kak Sal lak tipon. Ape hal? Ooo..dia tanya..boling tu start pukul brape? Hehehehe..ni sure nak gi boling le ni..!!...

Siap punye siap.....jam dah pukul 11 lebih. Aku capai beg dan terus kuar umah. Mak aaii..panas nyek. Ahhh..tak kisah la..

Aku naik bas ke Jelatek pastu tukar Putra ke Masjid Jamek. Hehehe..kat sini le aku tersasul. Sebenonye, aku jarang naik Star nih. Tu pasal le tak ingat nak beli tiket kat mane. Elok jek turun dari Masjid Jamek tuh, aku terus lintas jalan ke Star seberang sana. Mana ada Star yang nak ke Maluri lalu kat sini. Hahahaha...kantoi, kantoi...dengan muka selamba-OAG, aku pun lintas le balik jalan tu. Tu diaa..baru nampak rupanya. Eceh..!..cam menyuruk disebalik stesen Putra jek. Hish! penat jek aku pi balik...pi balik...

Buat gelak dek orang jek. Dok KL bertahun..tapi Star pun tak reti naik lagi. Bukan tak reti...tak hafal le...:P

Lepas beli tiket, aku terus naik ke platform. Dalam pada tu, aku sms Mush..yang aku on the way ke sana. Ting-tong, ting-tong...15 minit dalam perut Star tu..aku pun sampai. Aku call Mush. Yup! dia on the way. Aku jalan-jalan...pastu nampak le dari jauh..kulat pun datang. Dia senyum bila nengok aku dah pakai baju gedering. Hahahaha..pedulik kan !! aku malas nak bawak barang banyak-banyak. Kitorang pun terus le berjalan mengikut langkah kaki. Sempat lagi kitorang 'masak' kat luar. Cepat dan pantas. Tapi berbayar le. Hehehehe....

Kat umah Mush, aku lepak-lepak situ sambil belek-belek majalah. Mush kata..Nile pun on the way jugak. Hehehehe..penuh le umah dia nanti. Lepas solat, aku ikut diorang gi main boling kat satu shopping kompleks area-area situ gak. Tak dapat main kat Bukit Jalil pun..main kat situ pun jadilah..!! Heh! Dua-dua game aku kalah. Sori le...aku tak pandai. :P

Elok jek kitorang abis main...Nile tipon. Dia kata...dia dah sampai. Emm..lepas ni..ada geng le aku. Takde le sensorang jek. Sampai kat satu jalan, aku ngan Mush terus gi carik Nile. Rugi aa..Nile takde tipon. Hehehe..sib baik le..jumpa. Nengok dari gaya dia menunggu tu cam kehilangan something barang lak. Kui, kui, kui...Kitorang pun bersalam-salaman pastu terus naik atas.

First time jumpa Nile, memang aku agak dia pun macam aku. Tak banyak sangat cakap. Tapi memula jek. Bila dah geng skali ngan Kak Ungku...abis sumer.....Dok tak lama...Kak Ungku lak sampai. Ekekeke...pandai pun dia naik Star. Lepas ni sure dah expert. Kan, kan, kan...Hem...bila dah jumpa ni...gelak ketawa pecah berderai le..berterabur. Sampai nak tercekik le. Rasanya..bijik buah delima tu..kecik jek..tapi Kak Ungku dah separuh mati. Hahahahaha...dah sure ada orang ngumpat dia. Betul tak? :P

Sembang punye sembang, jarum jam masih tak letih bergerak. Dah pukul 7 dah pun. Apa lagi...aku pun amik keputusan nak pi mandi dulu...kang berebut-rebut, tak sempat. Lepas siap pakai baju...tunggu azan bergema..dah solat apa sumer...baru le kalut nak bersolek. Kak Ungku sibuk menyolek si Mush. Wow weee..!! gaya wahida dia malam tuh. Kak Ungku pekena gaun. AKu biasa jek. Nile lagi sempoi !!

Tetibe si Zhoulsz tipon kata..yang dia dah menunggu kat bawah ngan si Fariz. Kitorang pun kelam kabut turun..Sampai kat bawah..melilau pakat dok cari mana satu keter dia...pusing punye pusing baru jumpa. Maka, berhimpit-himpit le kitorang kat dalam tu...Aku, Kak Ungku, Nile dan Mush. Hehehehe..Kak Ungku siap pesan, kalo jumpa bumper kat depan...kitorang kene turun le..takut tak lepas. Muahahahaha...gelak Kak Noi...gelak..(tuko nama Kak Ungku). Pecah perut lagi dok gelak bila si Fariz berciter ala-ala citer romantik padahal tu citer pasal exsiden. Ekekeke...:D

Sampai jek kat Restoran Nelayan tuh...aku tengok orang dah ramai. Alamak! kitorang ke yang last sekali. Macam tetamu VIP lak. Ehek! Maka, berjalan le kitorang...mencari kerabat-kerabat gejuis. Nun....dihujung sana...aku nampak Hayazi. Kemain lagi dia memanggil kitorang. Lepas daftar, uiks! ada nametag...aku jumpa Cik Nana @ Cipan. Terkejut gak nengok dia. Pastu..jumpa Cik Daun, Amy, emm...ramai lagi le. Banyak sangat nak sebut. Jumpa webmaster Mie..cool jek brader ni. Tengah dok melilau mencari geng..aku nampak Kak Azah, Kak Sal ngan Kak Zar. Wuish..!! satu meja tuh. Sah le..berbegar meja ni nanti. Kat meja tuh..aku kenal ngan Kak Sri, Kak Aida dan MBA. Smart aa..MBA. Ekekeke...First time jumpa diorang. Ada lagi yang aku jumpa tau. Emmayeayea. Hehehe..cute jugak dia nih. Kata nak pakai kaler itam. Tapi itam putih ada le. Yang aku kompius tu..takde spek itam pun..!!Heh! Pastu..aku jumpa ngan manmoncang. Nama dia...kene sebut bebetul. Kui, kui, kui...

Bermula le acara bergambo. Klik, klik, klik...snap sana..snap sini...waaa..macam artis lak. Lepas bergambo..kitorang pun MAKAN..!!..aku tak banyak makan..just amik nasik jek..tak bleh nak masuk le. Tapi aku tengok Kak Ungku ngan Mush..laju jek.

Seketika kemudian...acara penyampaian anugerah pun bermula. Kat sini le aku mula rasa tak best. Sebabnya...suasana nye terlalu bising. Tak sesuai aku rasa. Nak umumkan pemenang pun kene jerit-jerit. Tapi..acara tetap berjalan lancar. Dalam pada tu..aku tanya Fariz..Ep mana? Kalo tak datang..maknanya..hadiah pantun nih kene forward ke tahun depan le. Tengah dok sebut-sebut nama dia...Ep pun muncul. Huh! nasib baik. Acara diteruskan. Nampaknya..aku bukan le seorang yang bertuah sebab setiap kali ada lucky draw..nama aku mesti tak naiknya. Apsal aaa? Huhuhuhuhu...tapi takpe...sekurang-kurangnya..aku dapat cenderamata dari gejuis berupa frame gambar, puding karamel dan oren dari merry hearted. Terima kasih geng..!!..tak lupa jugak..sebuah buku agama dari EP. Thanks..!! Aku makin seronok bila sorang geng aku telah dinobatkan sebagai woman's in a aday. Mushroomcute menang pakaian tercantik kategori wanita. Wahahahaa..tak sesia le dia pakai baju rerama. Tak sesia le Kak Ungku nyolek dia. Hehehehe...Tahniah Mush..!!

Selesai sudah sumer acara..kitorang pun mula beransur nak balik. Kak Ungku ngan Kak Azah awal-awal lagi dah mintak diri bimbang komuter Kak Ungku terlepas. Sebelum mengundur diri...sumer gejuis dimintak naik kepentas untuk sesi bergambar kenangan. Aku dan geng-geng lain tak terkecuali. Dah abis snap, kitorang cari Kak Sri dan MBA. Malangnya..diorang dah takde. Alamak..!!..siannye. Kat luar..kitorang berkumpul. Bincang-bincang sket...borak-borak sket...aku mintak izin Kak Zar, nak tumpang keter dia. Kitorang pun berpecah ke destinasi masing-masing. Pukul 12 lebih baru aku sampai kat umah.

Lepas solat...terus tido. Letih sangat. Rasa cam nak demam lak. Ekekekek..

Ahad-18 Januari 2004

Aku dok kat umah jek. Beristirehat sambil nengok tv. Petang tu, sorang kawan datang....kitorang borak-borak jap kat luar pastu...balik. Takleh borak lelama..banyak mata yang memandang. Actually, dia ajak aku kuar..tapi aku taknak. Sori le ye...satu hari nanti kita kuar jugak ekkk.

Cenggitu le citernye...sori le..kalo entri panjang sangat sebab apa yang aku nak citerkan..sumer nye tertulis kat sini......

[Agi Idop @ 10:50 AM]

16.1.04

Salam ari Jumaat ye korang sumer. Ari ni...aku nak nulis apa yang aku dah buat semalam. Hehehehe...citer best. Bagi aku la..bagi korang..tak tau le best ke idak...coz..apa yang terjadi ni adalah sebagai pengalaman bagi diri aku. Pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan. Teng...tereng.......

Semalam..kan aku dah citer yang aku dah kemas barang ape sumer kan. Tinggal nak ready angkut ke umah baru jek. Nak jadikan citer, petang semalam lebih kurang kul 2.30, housemate aku call. Ala..call kat opis jek. Dia tingkat empat..aku tingkat tiga. Aku pun dengan rasa maleh..angkat le tipon tu.

Rupanya...dia tanya aku nak balik ke tak. Aku yang terkejut ni pun pelik le..apsal? Dia pun menciterkan le kat aku..dari A sampai Z. Aku angguk jek. Oo..rupanya..pakcik housemate aku tu nak datang umah kitorang kul 3 nanti. Apa? Cepatnya..Weyy..!! kita kan tengah keje. Memang le..tu le pasal..dia ajak balik. Lak Ishhh..cemane ni. Nak balik ke tak...nak balik ke tak. Tak balik kang...pakcik dia tercongok lak depan umah. Ahhh..balik je le. Lagipun..opiser-opiser aku sumernye sporting gilos..ekekekeke...

Lepas abih bercakap lam tipon, aku pun dengan kelam kabutnya mintak le izin kat En. Nazri selaku KPP(1)..menggantikan tempat bos aku yang masih lagi bercuti tu untuk pulang ke umah. Aku citer kat dia terus terang. Bior dia paham. Takde le tanya banyak soklan sangat kan. Hehehe..lepas abih citer..dia pun kasik jalan...!!..aku telah diberi permisi. Yess..!!!

Tepat kul 3, aku ngan akak housemate tu memblahkan diri. Cecepat kejor feeder bas Putra ke Bangsar. Then, terus ke Jelatek. Peh tu lak...jalan kaki ke umah. Tepat kul 4...baru kitorang sampai. Dari jauh..aku dah nampak sebijik lori dah tercegat kat depan umah aku tu. Mak oii..besau nyek. Hehehe..segan le pulak kat jejiran lori besau dok depan umah. Ahhh...gasak la.

Tanpa membuang masa, kitorang bedua pun terus berlari naik ke umah..dan terus tuko baju. Kang nak ngangkut barang kang takkan nak pakai baju kurung. Ye dak? Lepas tu...bermula le acara angkat-mengangkat barang. Lori dimasukkan ke dalam pagar untuk memudahkan urusan. Aku dah tercungap-cungap menolak kotak-kotak yang besau bagak tu. Ape kebende barang pun tak tau le. Hehehe..dalam ati aku..muat ke tak lori ni ngan barang-barang kitorang. Sekali bila dah abih..uiks! banyak ruang kosong lagik. Hahahahaha...Lori besau ke barang kitorang sket? Ntah le....

So, kat sini le bermulanya pengalaman adventure aku yang paling seronok. Hahahaha..nak tau apa dia? Kitorang bertiga naik lori. Kih, kih, kih...memula ingatkan...tak muat nak dok kat depan lori tu tau...kalo kene dok kat belakang, aku takmo..segan aaa..tapi, mengenangkan yang saiz kitorang ni kecik-kecik jek..alah...muat nyek. So, berhimpit-himpit le kitorang semalam kat depan lori tu. Wuisshhhh..!! best aaa. Terasa adventure nye. Nampak clear jalan raya. Ni yang buat aku kepingin sangat nak memiliki sebijik keter nih. Dapat kancil sekor pun jadik aaa..Buat senang nak ke opis. Ye dak?

Hehehe..dikiri kanan jalan, aku tengok ada yang mengerling semacam jek kat kitorang. Hahahaa..tiga anak dara naik lori. Eh, nak segan apa? Bukannya kita buat salah. Dalam ati aku, kot terserempak le ngan sesape yang aku kenai..hehehe..sengeh je le.

Best gak naik lori ni. Selalu tu naik bas jek. Tak penah naik lori. Sekali dah naik...gian lak jadinya. Ekekekeke..

Bila dah sampai kat flat tu, kitorang pun turun. Masa tu, banyak mata yang memandang. Bermula le pulak acara punggah-memunggah barang. Aku mula bayangkan..cemane le nak bawak naik kotak-kotak tu ke tingkat empat aa? Ish! berat tuh. Blom sempat nak bayangkan...aku tengok pakcik housemate aku tu dah sampai dah ke tingkat empat. Aik! cepatnye. Camne dia naik? Terbang ke? Hulalalalala...dia laki..kita pompuan. Beza kederat tuh. Kitorang just tolong angkat dari satu tingkat ke satu tingkat je le. Pastu..dah abih baru bawak masuk dalam umah. Elok pun masa tu Kak Siti pun balik dari opis. Melenggang dia datang bawak sebotol air. Fuh! memang saat-saat yang dinanti. Kedahagaan nih.

Mau putus urat nafas aku bila angkat barang tuh. Semput weh. Tak cukup nafas. Rasa macam baru lepas lari track 10,000 kilometer jek. Huh! memang penat giler. Aku tengok pakcik tu..selamba rock jek angkat barang tuh. Cam takde apa. Ala..dia dah biasa angkat-angkat barang ni. Keje pun angkat perabut. Mana taknya.

Lepas sumer dah semput, pakcik tu pun nak mintak balik dulu coz dia nak kene anto lori awal. Oo..patut la dia nak cepat. Kitorang pun turun le melepak kat umah Kak siti tu. Makan-makan sket...minum-minum sket...lepas solat...dok lepak sket lagi..pastu elok jek nak maghrib kitorang pun mintak diri dulu. Lega rasa. Tamat sudah acara angkat-mengangkat. Takyah nak memikir lagi dah. Takyah nak penin-penin kepala otak.

Elok jek azan..(ces..! waktu azan gak nak balik nye.)..kitorang jalan kaki ke Putra Taman Melati. Terpaksa gak balik awal coz mengenangkan diri yang tak mandi lagi. Lencun dibasahi peluh. Jangan le ada yang tutup idung lam Putra kang. Kalo tak...kene tendang kuar. Hahahaha...

Sampai jek kat umah...masuk jek lam bilik...tu dia..!! bilik jadik tongkang pecah. Cam baru lepas kene serang ngan garuda. Berselerak. Bersepah-sepah. Hadoiii...satu hal lagi nak kemas. Uwaaaa...!!

Nasib baik le ari ni tak terasa sangat sakit badan nye. Just lenguh tangan jek. Ok le tu. Selamat sudah barang-barang aku. Malam ni aku tidur beralaskan sebijik bantal kecik aku jek. Yang lain dah telepas ke umah baru. Huhuhuhu...

*****************

Ok, ni citer lain lak. Baru jap tadi..aku terima call dari 'dia'. Alelele..rindu le. Lama tak dengo suara. Ekekeke..takde apa yang kitorang bualkan..just tanya kabor jek. Dalam pada tu, aku risau gak. Umur dia skang dah 25. Orang kata...kalo lelaki umur dah suku abad tu..dah mula nak atur plan. Hehehe..seram pulak rasa. Ye ke cenggitu? Aku ni muda lagi. Ada gak tadi dia dok sebut-sebut pasal kawin. Bila nak tuko ke state la..hape la...Alahaii..bab ni yang aku sensitif sket nih. Segan aa..lidah aku terus kelu bila dia sebut pasal kawin nih. Ececehh..aku bukan apa..aku tak ready lagi. Ntah bebetul ntah kan dia main-main. Tapi dia cakap, elok le aku keje dulu. Kasi confirm keje betul-betul...bantu mak abah dulu...baru le pikir pasal tu. Yess..!! bagus cenggitu. Nampaknya dia paham. Aku pun tak tau jodoh aku ngan sape. Kalo ada rezeki ngan dia..aku terima. Kalo tak pun..aku terima jugak. Hehehehe....

[Agi Idop @ 10:45 AM]

15.1.04

Emm..nak citer ape ekk? Pikir jap..ok lah..aku nak citer sket pasal ari ni. Ari ni aku kat opis bz lagi. Skang dah ok sket. Pagi tadi jek macam katun. Fotostat tu la..ini la..biasa le..opiser-opiser aku sumer nye jenis kelam-kabut peh tu lak..jenis nak cepatttt...je semedang. Aiyaaaa..!!

Pukul 4.30 petang satgi, opiser aku ngan Dato' KP ada presentation ngan PM..aaa..don't play play tuh..PM nak nengok presentation kitorang. Ala..berkenaan ngan Insinerator tu le. Tak abih-abih lagi. Ari tu, kasi taklimat kat Polis Bukit Aman..dah abih..kasi lak kat PM. Ishh..penin..penin...

Nak citer pasal isu Insinerator ni pun..dah tak lalu aku. Naik maleh dah. Hehehehe...

Lepas abih sibuk fotostat sumer-sumer tu..aku bizi lak siapkan SKT ngan Laporan Penilaian Prestasi. Tak siap lagi. Minggu depan dah nak kena submit. Allemakk..mati..mati...

Pastu..dok pikir lak cemane nak gi boling sabtu sok. Aku ni bukannya terror sangat naik STAR. Putra tu..buleh le..ekekeke..ala...hentam je le kemana pun. Dah janji ngan mush nak jumpa kat sana. Mintak-mintak le sumer selamat.

Malam tadi, aku sibuk kemas umah. Dah siap kemas sumer. Tinggal ready nak kene angkut jek. Angkut ngan apa? Ade la..pakcik housemate aku ni menawarkan lori nye untuk mengangkut barang-barang kitorang. Aku bajet...sket jek..tapi bila skali sumer dah kemas..mak ooiii...banyak giler tu..berkotak-kotak weh..tapi, bukan barang aku ler..barang-barang deme yang lain. Aku sket jek. Hehehehe...Kene kemas seksiap...supaya tak kelam-kabut kendiannya. Susah nanti....

Emm..ok la..takde ape lagi la yang aku nak tulis. So, untuk tak memboringkan korang..aku letak le satu citer lucu kat sini. Ntah lucu ke tak..tak tau le...

Kisah 3 Ekor Kambing

Dalam sebuah kampung yang tak diketahui namanya, ada 3 ekor kambing yang pandai bercakap. 3 ekor kambing ini telah berinisiatif untuk menghiburkan manusia iaitu penduduk kampung yang sedang berhari raya. Kambing pun mengadakan pertunjukan di dewan orang ramai kampung tersebut. Maka, ramailah penduduk kampung yang datang, maklum lah bukan satu yang biasa apabila kambing akan mengadakan pertunjukan istimewa!!!

Maka, citer pun bermula. Kambing 1 naik ke pentas dengan menyanyikan lagu...'ba ba black sheep." Penduduk kampung pun gembira melihat kepandaian kambing itu. Mereka pun bertepuklah tangan...

Seterusnya..tiba giliran kambing 11, kambing betina yang bernama Joji. Joji pun naiklah kepentas. Joji lebih pandai dan hebat dalam nyanyiannya. Lagu Inggeris Celine Deon dari filem Titanic. Selesai sudah
persembahan Joji, kedengaran tepukan gemuruh dari penduduk kampung. Mereka sangat gembira dan
terhibur dengan nyanyian kambing betina itu. Pemuda-pemuda kampung bersiul-siulan, bersahut-sahutan.......

Berikut tibalah giliran kambing 111. Seekor kambing jantan yang diberi nama Jojo. Jojo berjanggut tapi rapi. Dengan penuh yakin dan bersemangat sekali, dia pun naik ke pentas untuk membuat persembahan
fantastiknya. Kedua-dua rakannya pun amat yakin dengan persembahannya nanti. Penduduk kampung dah tentu akan lebih terhibur dengan persembahan rakan mereka itu. Pasti tepukan yang lebih gemuruh akan diberikan dan siulan lebih nyaring akan bersahut-sahutan mengiringi nyanyian Jojo.

Jojo pun memulakan persembahannya dengan aksi yang sangat menarik dan yakin. Suaranya memang merdu. Nyanyiannya memang hebat!! sebiji macam suara Zainal Abidin!!!!.....

TAPI MALANG SUNGGUH!!!!! Penduduk kampung tidak bertepuk, tidak bersiul sebaliknya memaki hamun, menjerit malah membaling kearah Jojo di atas pentas. Kesian Jojo! Kehairanan dia begitu juga dengan si Joji dan seekor lagi rakannya itu.

Korang tau kenapa orang kampung tak suka dengan nyanyian Jojo???? Kerana......

Scroll....

Scroll....

Scroll....


Jojo nyanyi lagu Zainal 'KITA SERUPA'..hehehehe...begitulah seadanya.

* Lucu ke tak..bergantung pada korang sendiri untuk menilainya...

[Agi Idop @ 1:43 PM]

14.1.04

Eiii...aku rasa nak marah le pulak ari ni. Apsal? Pasal tadi..aku dah post posting yang ni..tapi tak kuar. Tu pasal le aku kata posting kuiz tu posting yang kedua. Agaknya..blog ni penin kot..banyak-banyak sangat. So, aku buat le satu-satu. Kalo semalam rasa nak nangis..rasa limau masam..ari ni lak rasa cili. Pedas semacam. Hehehe..tau le tak breakfast lagi. Bawak tengahari le...:P

Pagi ni aku ngan housemates kuar umah awal. Takut kene tinggal bas lagi. Actually, bas yang kitorang naik ni ikut turn. Tuko turn every week. Kalo minggu lepas turn bas Damansara..minggu ni lak turn bas Jalan Duta. Memandangkan driver Jalan Duta ni jenis angin sket...maka bas yang dia bawak pun rasa berangin. Kalo tak kuat pegang mau melayang cam superman. Sampai kat selekoh sure amik korner baringnya. Ish, ish, ish...bawak bas cam ribut. Report kat LPKP kang..baru tau..!!

So, pagi ni...tepat jam 6.15..sah bas tu memang sampai awal. Kebiasaanya..6.20 atau 6.25 baru sampai. Kosong giler bas nye. Ada dua tiga kerat jek penumpang. Aku tau..ada yang tak sempat solat lagi. Of course le diorang nak solat kat opis. Sket ari lagi..kitorang pun kene solat kat opis gak. Kalo tak...kene tinggal. Aku dah plan lam kepala..dok kat Gombak nanti...aku nak tuko WP2. Senang sket. Takyah gopoh-gapah. Semput.

Ari ni...aku dapat berita sedih. Bos aku amik emergency leave. Mak dia meninggal. Aku tak tau bila...maybe malam or pagi tadi kot. So, kene le dia amik cuti 3 ari. Next week baru dia start keje. Huhuhuhu...aku takmo sedih sangat. Sebab aku dah janji ari ni yang aku nak ceria sokmo. Takmo sedih-sedih...tak best. Kan, kan, kan...

This Friday lak..opis aku ada assembly kat INTAN. Tak penah-penah buat kat INTAN..tetibe jek nak buat...apsal? Ada citer baru ke? Katanya...minister nak buat Perhimpunan Tahun Baru. Ececehhh...tahun baru dia..bukan tahun baru kita..ye dak? Ape pun..kita sebagai orang bawahan..kene le ikut.

Ok lah...sebelum mengundur diri..kat bawah ni aku nak selitkan satu lagu yang aku baru salin lirik dia malam tadi...Sembilu nyanyian Zed Zaidi hero ensem drama Pak Usop tuh..ekekeke...so, kepada sesape yang nak lirik dia ari tuh...ni haaa...amik la..

Sembilu-Zed Zaidi

Andainya ada cinta lagi
Kan kupetik subur mekar mewangi
Tersimpul rindu dua hati
Berputik warna-warna sang pelangi

Resah kian menghimpit hati
Kabus menyelubungi di pagi hari
Cinta kan datang dan pergi
Mengharap kembali sebuah memori

Kini semua sudah berlalu
Ku terhiris bagaikan sembilu

Kau....pergi.....
Bersama angin yang menghiris kenanganku
Gugurnya....
Bebunga cinta yang mekar di hati ini

Namunku mengerti dirimu telah pergi
Ku terhiris bagaikan sembilu....


~The End~

P/S : Aku bukan jiwang aaa..just hobi aku yang suka kumpul lirik lagu. Hehehehe...

[Agi Idop @ 10:39 AM]

Hemm..posting aku yang kedua ari ni. Aku tau..korang sure boring nya. So, Untuk tidak memboringkan korang membaca citer aku nih..apakata..aku kasi korang satu kuiz yang bener-bener menguji minda korang. Oleh itu..korang dikehendaki menjawabnya dengan hati yang jujur dan ikhlas ekk. Jawab dengan cepat dan pantas. Tak perlu amik masa. No need pencil or paper ok..! Soalannya berbunyi begini...teng tereng......

FIRST QUESTION:

You are participating in a race. You overtake the second person. What position are you in?

Scroll...

Scroll...

Scroll...


ANSWER:

If you answer that you are first, then you are Absolutely Wrong! If you overtake the second person and you take his place, you are second! Try not to Screw up in the next question..!!

Scroll...

To answer the second question, don't take as much time as you took for the first question. (You know you took too much time.)

SECOND QUESTION:

If you overtake the last person, then you are...?

Scroll...

Scroll...

Scroll...


ANSWER:

If you answered that you are second to last, then you are wrong again. Tell me, how can you overtake the LAST person?!

Scroll...

THIRD QUESTION:

Very tricky math! Note: This must be done in your head only. Do NOT use paper and pencil or a calculator. Try it.

Take 1000 and add 40 to it.

Now add another 1000.

Now add 30.

Add another 1000.

Now add 20.

Now add another 1000.

Now add 10.

What is the total?

Scroll...

Scroll...

Scroll...


ANSWER:

Did you get 5000? The correct answer is actually 4100.

Don't believe it? Check with your calculator! Today is definitely not your day. Maybe you will get the last question right?

LAST QUESTION:

Mary's father has five daughters:

Nana, Nene, Nini, Nono.

What is the name of the fifth daughter?

Scroll...

Scroll...

Scroll...


ANSWER:

Nunu? Nana? Nene? NONO! Of course not. The fifth daughter's name is Mary.



>If electricity comes from electrons, does morality come from morons?>

Hehehehe...bleh jawab tak? Betul tak jawapan korang? Cuba le test kat sesape lagi...Ok, adios...Have a nice day..!!!

[Agi Idop @ 9:26 AM]

13.1.04

Ececeh...nengok pada tajuknya..cam lagu Ukays lak. Sebak?

Bergenang....airmata ini...
Sebak..sudah..namun..tidak...jatuh juga...


Hahaha..:D

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni..hati aku cepat sungguh terasa. Kenape ye? Bukan terasa macam mana...hati aku cepat sebak bila tengok citer-citer yang berkaitan dengan penderitaan, kesengsaraan, kemiskinan tambah pulak kalau sumer tu berkaitan dengan warga tua, anak-anak yatim dan golongan yang tidak berkeupayaan. Memang aku tak dapat nak bendung airmata ni sebab ia akan keluar jugak.

Masa aku pegi cat umah ari tu, ada le sorang jiran tu...dalam kategori makcik le...sebijik gaya macam mak aku. Bila tengok dari belakang...cara dia berjalan...aduhhh...buat aku rindu pada mak kat kampung. Masa tu jugak aku rasa macam nak nangis. Rindu aaaa...bukan mak jek...abah pun macam tu...

Ntah le..kenape aku rasa, bila aku dok kat umah baru tu nanti...aku rasa macam diri aku berada dekat dengan mak dan abah...bila tengok pada keletah bebudak kecik kat flat tu pulak....fikiran aku menerawang terus kat adik-adik..gelak tawa diorang...jerit pekik diorang...memang betul-betul membuatkan hati aku jadi rindu pada family. Ish, macam dah bertahun pulak tak balik...rasa macam nak duduk jek kat kampung tu lama-lama. Nak tinggal ngan family lama-lama. Taknak datang KL lagi. Tapi tak boleh. Aku keje. Kalau aku dok kat kampung, cemane aku nak datang keje. Jauh...Nak bawak family datang sini? Uishh...nak dok kat mana? Uwaaaa...tak sabau nak balik raya nihh...

Bila aku citer kat housemates pasal family, pasal kisah aku kecik-kecik dulu...aku menangis. Bergetar suara bila cakap pasal family. Memang dah sifat aku semulajadi macam tu kot. Aku mudah simpati pada orang. Tak kira le...sape pun.

Kalau kuar KL, bila nampak ada bebudak kecik baya-baya adik jadik pemintak sedekah...aku cepat-cepat paling kepala kelain. Aku taknak tengok. Tak sanggup. Sebab aku bayangkan...adik-adik aku yang buat keje-keje macam tu...Kalau aku tunggu lama lagi...dah sure aku tak boleh kemana. Mau heran orang tengok aku dok nangis kat situ. Gilo ka po? hehehehee...

Semalam, aku tengok 7 di Pihak Anda. Macam biasa....kisah ibu tunggal ni masih lagi dipaparkan. Ibu yang sudah tua...dah lanjut usia...hanya menunggu masa untuk mengadap Ilahi bila-bila saja lagi. Sungguh tabah. Sungguh sabar seorang ibu menjaga anak lelakinya yang tidak berkeupayaan selama setengah abad. Terharu aku. Sedih. Tengok pulak pada keadaan rumah usang yang ditinggalkan arwah suaminya...membuatkan aku tertanya-tanya...kalau NTV7 ni..tak buat liputan isu macam ni...apakah nasib ibu tua ni akan datang?? Mujur lah masih ada saudara-mara yang sudi menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Hemm...aku bukan boleh tengok lama-lama. Kang banjir lak kat situ. Hehehehe..sensitifnya aku bab-bab macam ni.

Memang aku cenggini. Tak dapat dinafikan lagi. Hati aku cepat tersentuh dengan hal macam ni. Kalau tengok citer sedih...kalau tak nangis tak sah. Tah hape-hape laaa..Sok..sek...sok..sek...

Malam tadi pun...masa dia sms aku...bila baca kata-kata dia tu...aku nangis lagi...hehehehe..kenape aku nangis? jeng...jeng...jeng.....

[Agi Idop @ 8:26 AM]

12.1.04

Cat Umah

Letih sungguh aku semalam. Bulan ni..boleh dikatakan, tiap-tiap minggu atau ari cuti...aku ngan housemates akan ke umah baru di Gombak. Kitorang nak pastikan sumer nye dah clear. Dah ok. Bila dah puas hati, baru kitorang nak duduk situ.

Semalam, pepagi lagi kitorang dah kuar. Kali ni ramai sket. Cam biasa le. Lima orang. Kitorang naik LRT dan turun kat Taman Melati. Hehehehe...oleh kerana nak adventure, maka kitorang amik keputusan untuk jalan kaki jek ke umah tu. Alah...bukan jauh sangat pun. Lebih kurang dari Jelatek ke umah skang. 15 minit perjalananan jek. Dalam perjalanan...kitorang singgah kat kedai-kedai runcit kat area situ untuk membeli beberapa alat dan perkakas nak cuci umah tu. Sambil tu, sambar gak roti canai lapan keping buat mengalas perut sebelum nak mulakan keje nanti.

Lebih kurang jam 9..kitorang pun sampai le kat umah Kak Siti. Macam biasa...pekena roti canai dulu. Lepak-lepak jap...bagi hilang penat pastu baru tukar pakaian. Nak ngecat kang..kene le pakai baju lain...kang kene cat kat baju baru kang...nangis lak. Hehehehehe...

Aktiviti pertama...kemas umah. Sapu sampah dulu. Cuci tingkap. Pastu mula mengecat. Kaler biru laut lagi. Luar dan dalam. Hehehehe...cun giler ooo..pintu lak kaler coklat. Lepas mengecat...baru kitorang basuh lantai umah. Memang nampak baru. Walaupun letih tapi seronok....Kak Siti lak tak abih-abih jamu kitorang ngan makanan. Sambil keje sambil makan. Huish.!! best sungguh...

Bila dah tengahari..kitorang berenti sekejap. Kak Siti panggil makan. Hehehehe..makan lagi. Lepas makan..lepak-lepak lagi pastu...aku ngan Kak Izan sambung lagi mengecat mana yang tak kene...yang lain...pegi solat dulu. Bila aktiviti mengecat dah abih...kitorang basuh tikar getah lak. Ish, ish, ish....kira ni memang basuh giler-giler la...best..best...takde langsung istilah curi tulang. Sumernye buat keje.

Hampir jam 7 malam..baru keje kitorang tamat. Sayangnya...grill tak sempat nak dicat...sebab cat tak beli. Hehehehe..ape daaa....

Tapi kan..sesungguhnya memang aku puas hati. Tak terasa penat dan letihnya bila sumer keje siap ikut kehendak kita. Sejuk hati bila tengok umah dah jadi lawa...setanding ngan umah jiran-jiran lain...lepas ni..memang sah kene buat kenduri...sebagai tanda kesyukuran...

Pukul lapan...kitorang bertolak balik umah. Memasing aku tengok...mata dah merah. Apsal mata aku tak merah? Ciss.!! Tak tengok dalam cermin mana nak nampak..akak-akak sumer dah kepenatan. Jalan pun laju-laju jek. Diam membisu seribu bahasa. Kui, kui, kui...

Sampai umah..pukul 9.30 malam. Ikut turn pulak...nak mandi. Lepas mandi jek baru badan terasa segar. Fuh!! tidur pun rasa syok jek..dalam hati..kalo le esoknya tu cuti..kan ke best..!! kenape aku tak cuti aaa?? Ekekekeke...kenape? Hanya aku jek yang tau...

So, minggu depan..Sabtu..aku takleh le nak pegi jenguk umah tu sebab aku kene pegi gathering. Kira Ahad tu boleh le kot.

Lewat Sampai Opis

Ari ni...aku lewat sampai opis. Selalunya..sebelum pukul tujuh aku dah tercongok kat depan pc dah...melayari alam internet..tapi ari ni...aku masih lagi dalam bas. Uwaaaa....korang nak tau kenape? Bas tu jahat...dia tinggalkan aku. Kenape ntah ari ni dia cepat sangat. Selalu tu ok jek. Eiii..benci le. Aku ngan dua lagi housemates..tak sempat nak kejar bas tu. Dari jauh...aku dapat melihat..bas tu berdesup jek lajunya. Memang tak sempat le kalo nak lari lagi...cepat sangat. Ari tu..buleh le nak kejor sebab dah dekat...ini...baru jek kuar dari pintu pagar. Cess..!! memang tak sempat. Alamatnya...kitorang bertiga ditinggalkan. Dua lagi housemates dah selamat sampai..best le diorang. So, aku kene le gandakan tambang bas dari RM 1.20 kepada RM 2.40...naik bas 16 ke Chowkit pastu tukar bas 21A ke Pusat Bandar Damansara. Dalam bas, aku sms mama..suh dia punchkan kat aku tapi rupanya dia pun sampai lambat. Hampeh..!! Nasib baik kitorang sampai awal. Awal pun..tak jugak le...lagi 5 minit pukul 7.30. Ok le tu...

Sampai jek kat opis, aku tengok Kak Ita dan dua opiser aku dah tunggu depan pintu. Hehehehehe...lupa lak. Kunci ada kat aku. Kui, kui, kui...Tu le pasal...tak kunci, pencuri masuk...dah kunci...kene tunggu le kalo aku lambat sampai. Sori boss..

Jerawat

Ntah cemane semalam...masa aku belek-belek muka..rasanya ok jek..takde lak apa-apa tanda pun..taik lalat ade la...ekekekee..tapi..masa sibuk dok ngecat tuh...aku dapat rasakan sesuatu kat muka aku ni. Bila digaru terasa sakit lak. Aisehmen....jerawat le pulak...tak best nyek. Nasib baik sebijik jek. Orang kata, kalo jerawat tu sakit..tu tandanya jerawat batu. Ekekeke..betul ke? Ntah le..Aku ni kan..pantang nampak jerawat jek sure nak picit nyek. Mak cukup marah kalo nampak jari aku ada kat muka. Pantang dia.

'Toksah dok picit-picit jerawat tu. Biaq dia pecah sendiri. Hang tau dak..kuku kita ni bisa tau.'

Ekekeke...ok, ok...tak buat lagi...so, aku biarkan je la jerawat ni setempek kat muka ni..esok lusa ilang le tu...kan, kan, kan....

Keje

Pagi ni..keje aku maintain jek. Tak banyak macam selalu. Skang, aku nak masukkan surat lam fail. Berlambak-lambak. Kalo dibiarkan mau tenggelam aku. Bukan aku tangguh nak masukkan lam fail ni..tapi bila dah sekali opiser letak atas meja..udah setinggi 10 inci...mana tahan...sibuk ngan urusan surat menyurat lagi...kalo tangan banyak takpe gak. Ini dua jek. Robot leh le....tu pasal le..aku amik kesempatan ari ni nak settlekan sumer. Tapi ntah kenape..ari ni aku rasa tenang jek...damai jek...tak macam selalu..aku rasa kelam-kabut.

Walaupun keje banyak gak le..tapi memang aku rasa rilek jek..mood pun ok aaa..takde tension-tension..syukur le.....hehehehehe....

So, untuk hilangkan tension buat sementara...tarik nafas sekejap..pastu lepaskan...aahhhh.......

[Agi Idop @ 11:29 AM]

10.1.04



Forwarded Email-Sebagai Renungan

Zaman persekolahan aku memang cukup gemilang. Maklum le aku ni kira
popular gak le masa tuh. Kalau korang nak tau, best student masa kat sekolah aku, sportsman pun aku..di tambah lagi dengan kemachoan aku nih. Aku bukan perasan tapi kenyataan. He..he..he..jangan mare.

So, masa tu peminat aku cukup ramai. Boleh dikatakan everyday ada aje le posmen yang tak bergaji yang datang hantar surat kat aku. Bangganya aku. Tapi tu lah manusia ni...pantang ada kelebihan sket mesti riak punya termasuk le aku sendiri.

Aku cukup gah masa tu hinggalah pada suatu hari, "Selamat pagi semua... ni cikgu kenalkan S kawan baru kamu. S, sila ambil tempat duduk di sebelah Jay." Masa tuh macam nak pengsan aku. Yelah, ustazah mana lak nih duduk sebelah aku. Boringnya...

Masa tu lah member-member sakan dok kutuk aku. "Tak lama lagi mesti
jadi ustaz la kau," kata-kata diorang membuatkan aku tension. Aku pun heran gak dengan S ni apasal le nak tutup sangat padahal bebudak pompuan lain kat kelas aku semuanye brutal giler..

Satu hari tuh pasal dah tension sangat dengan kutukan kengkawan, aku
terus direct to the point dengan S.."Besok, jangan pakai tudung tau! Kalau kau pakai gak jangan dok sebelah aku. Faham!!!" (terukkan aku masa tuh)

Tapi S tetap S. Langsung tak goyah dengan ugutan aku. Esoknya dia tetap bertudung tapi tak duduk sebelah aku. Dia tukar tempat dengan Fauzi. "Tak baik kau buat dia cam tu." kata Fauzi..."Apa salah dia bertudung" ..aku diam aje. Tapi hati aku puas.

Sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan keputusan peperiksaan penggal pertama telah pun di ketahui. Aku tewas di tangan S. Cis!! Balik-balik pompuan nih. Sakit betul hati aku nih. Member sekelas lak asyik dok puji dia je. Geramnya aku.

Kehadirannya membawa perubahan dalam kelas aku. Ye lah, dulu semua orang puji aku tapi sekarang tak lagi. Sikit-sikit S. Menyampah aku. So, untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku, aku mesti singkirkan S dari sekolah ni. Yeah..itu janji aku..

KEEGOAN ITU MENJADIKAN AKU SEORANG MANUSIA YANG KEJAM

Dah macam-macam aku buat untuk sakitkan hati dia. Tapi dia tetap tak
marah sebaliknya aku pulak yang sakit hati. Kenapalah..

Kat sekolah aku pulak ada sorang cikgu Andartu. Nama dia Miss K. Dia cukup anti dengan pelajar pompuan tapi paling sayang kat student lelaki terutamanya aku le. he..he..he. So, kesempatan ini le yang aku ambil untuk menyingkirkan S.

25 ock masa break time aku tak keluar. Fauzi tanya gak apasal tapi aku
kata perut aku meragam. Bila line clear aku pun apalagi selongkar le beg
pompuan tuh. Ha...jumpa pun. Sehelai demi sehelai homework yang Miss K bagi aku koyak. Puas hati aku. Lepas tu aku terus gi kantin makan. Fauzi lak tercengang-cengang pandang aku.

After break, kelas cikgu K pun bermula macam biasa. First thing
mesti dia tanya pasal homework yang dia bagi punya. Aku pun senyum sampai ke telinga le sedangkan S aku tengok muka dia dah lain macam sebab homework dia dah missing. Hari tuh S kena marah teruk dengan Miss K dan petang tu dia ditahan di dalam kelas.

"Engkau cakap betul-betul Jay ni semua kerja engkau kan?" Alamak budak
Fauzi ni buat aku tension betul la. "Habis tu engkau nak ngadu le. Nak jadi peguam bela?" "Tak le tapi tak baik kau buat camtu...apa salah budak S tu pada kau?" Aku diam, entahlah!! yang pasti hati aku puas.

Aku makin bersemangat membuli S ditambah lagi dengan sokongan dari kengkawan aku Mizi, Lan, Joe dan termasuklah Miss K sekali. One day, aku cakap kat Lan aku teringin sangat nak tengok rambut S. “Dia tu botak kut sebab tu pakai tudung,” kata aku. So aku pun atur strategi. Petang tu masa loceng balik berbunyi, Mizi buat-buat terlangar S. Masa S sibuk kutip buku dia tu, aku ngan Lan pun apalagi..datang jek dari belakang dan terus tarik tudung dia. Merah padam muka S aku tengok apalagi aku ngan geng ketawa sakan. Cuma Fauzi je aku tengok dia tak gelak.

Esoknya S tak datang. Gembiranya aku tak terkira. "Jay, engkau tak rasa
apa-apa ke?" "Eh, apasal lak ngan budak Fauzi ni.." "Ye lah, lepas apa yang
kau dah buat kat dia semalam. Ini soal maruah Jay. Dia tu pompuan. Malu dia kau buat cam tu". Terdiam aku. Kadang-kadang, aku heran gak dalam ramai-ramai geng aku ni, cuma Fauzi je yang selalu tegur perangai aku.

Sejak hari tuh, hubungan aku ngan Fauzi makin renggang. Alah...aku pun tak kisah. Aku kan ramai kawan. Mak bapak aku pun tak pernah kisah apa aku
buat. So, go to hell lah ngan budak Fauzi tu!!!

SESUNGGUHNYA KEJAHILAN ITU BAGIKU SATU KERUGIAN

Tanpa Fauzi, kegiatan aku semakin galak. Petang tu masa balik dari rumah geng aku, aku nampak S. So idea cangih aku pun berjalan macam biasa. Aku pulas minyak motor sekuat hati pas tu aku jeling Lan yang dok membonceng motor. Lan bagi isyarat OK. So aku pecut motor. Lan dengan pantas menarik beg S pas tu campak dalam longkang. Gelihati aku bila tengok S menangis. Hari tuh aku pulang dengan hati yang cukup puas. Aku rasa esok mesti S tak gi sekolah.

Esoknya aku bukan main seronok lagi sebab tak nampak kelibat S. Ni mesti tak datang le ni. Tapi sangkaan aku meleset sebab S ada. Cuma dia lewat sket sebab bas rosak. Ahh..!!! boringnya aku.

Pagi Sabtu, perut aku sakit betul. Dah banyak kali aku muntah-muntah. Aku cakap kat mama dan papa. Mama suruh aku gi klinik. Siap bagi duit lagi. Terkedu aku. Aku kata tak larat nak gi sorang. Pas tu, papa lak cakap, "Makan
panadol dulu kalau dah reda nanti baru gi klinik. Mama ngan Papa sibuk. Dah dekat pukul sebelas tak ada tanda pun yang sakit aku nak reda. Aku dail nombor telefon Lan. Dia tak de. Mizi ngan Joe lak ada hal. So aku tak ada pilihan lain dan terpaksa mendail nombor telefon Fauzi. Nasib aku baik sebab Fauzi ada kat rumah. Masa tu aku dah tak larat lagi dah. Aku cuma sempat cakap, "Tolong aku
Jie, aku dah tak tahan sakit dah nih."

Sedar-sedar, aku dah ada kat Hospital. Fauzi ada kat situ so aku tahu dia
yang hantar aku. "Kenapa sampai jadi camni Jay? Kenapa tak suruh mama
ngan papa kau bawa gi klinik???" Tanya Fauzi. Masa tu airmata aku dah mula
mengalir. Aku peluk Fauzi. "Jie, kadang-kadang aku rasa aku ni...dah macam anak yatim. Diorang tak kisah kat aku langsung. Mama ngan papa aku sibuk cari duit, duit, duit. Selama ni pun makan pakai aku semua aku buat sendiri. Diorang cuma tau bagi duit je."

3 hari di hospital, Fauzilah pengunjung setia aku. Masa tu aku dapat rasakan cuma Fauzi aje yang ambil berat pasal aku. "Jie, aku mintak maaf. Selama ni aku selalu marah kat engkau. Sekarang ni baru aku tahu kaulah
kawan aku yang terbaik." Fauzi senyum. "Sudahlah Jay. Aku pun dah lupa
semua tu."

SPM makin hampir. Sejak keluar hospital aku makin rapat dengan Fauzi.
Kami belajar bersama untuk menghadapi SPM. Kegiatan liar aku pun macam dah
pupus. Mungkin sibuk buat persiapan SPM ataupun dah taubat, macam
geng-geng aku cakap. Entahlah...yang pasti aku tak akan ulangi kesilapan itu lagi.

Result SPM akan di umumkan esok. Aku call Fauzi suruh tunggu. Maklum le aku dari KL. Mungkin lambat sikit. Dari jauh aku nampak Fauzi senyum kat
aku. "Alhamdulillah...kita berjaya Jay." Bersyukur aku kerana keputusan aku
cukup cemerlang. "Jay, ini ada surat untuk kau dari S." "Assalamualaikum Jay, terimakasih S ucapkan kerana tanpa Jay mungkin S tak akan dapat keputusan sebaik ini. Kerana sikap Jaylah S berusaha untuk berjaya. Terimakasih sekali lagi. S janji selepas ni Jay tak akan jumpa S lagi. Itu janji S dan S akan tunaikan insyaallah."

Terasa dunia berhenti berputar. Surat S yang ringkas itu meruntuhkan
tembok keegoanku. Menyesalnya aku kerana perbuatan ku pada S dulu. "Jie, kau tahu alamat S tak??" "Kenapa ??? Engkau nak buat apa lagi kat budak tu Jay ???" "Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat dia."

SESUNGGUHNYA TAKDIR ITU PENENTU SEGALA

Hari tu aku tidur di rumah Fauzi. Aku try call mama dan papa tapi,
entahlah. Kadang-kadang aku ada gak terfikir aku ni bukan anak dia orang kot??? Selepas kenduri kesyukuran kat rumah Fauzi, aku balik KL malam tu. Aku
tunggu mama dan papa balik. Pukul 11.00 lebih baru dia orang sampai. Mama tanya, "Kenapa tak tidur lagi ??" Aku kata, "Tunggu papa dan mama balik." "Kenapa???" Tanya papa. Terkedu aku. Langsung dia orang tak tanya tentang
result aku, so aku pun dah tak de hati nak bagi tau diorang.

Aku dah buat keputusan untuk keluar negara. Biarlah...Mungkin itu lebih
baik buat aku. Fauzi lak still nak stay kat M'sia, so dia masuk USM. Aku lak terima offer untuk ke Jepun. Bila aku cakap pada mama dan papa, diorang cam
biasa. No komen. Lebih-lebih pun, diorang kata akan masukkan duit kat akaun aku je.

Masa aku kat airport, cuma Fauzi ngan abah dia aje yang hantar aku. Papa dan mama outstation. Aku pun dah tak kisah sangat, janji Fauzi ada untuk hantar aku. Aku masih ingat pesan Fauzi kat aku. "Jay, walau apapun yang kau buat kau kena ingat yang kau masih ada family dan aku kat sini. Walaupun family kau tak take care kat kau tapi jangan sampai kau jadi anak derhaka. Kau kena ingat tu. Sembahyang jangan tinggal." "Ya..aku akan ingat semua tu."

Hampir 6 bulan aku kat Jepun dan hampir setiap minggu jugak aku akan hantar surat kat Fauzi dan S, tapi cuma Fauzi je yang balas surat aku. S.. Ahh..mungkin dia masih marah pada aku. Kadang-kadang tu ada gak aku hantar surat kat mama. Cerita tentang keadaan aku kat sini, tapi mama tak balas pun surat aku, call pun tak. Akhirnya aku dapat jugak balasan surat dari S walau pun ringkas tapi aku cukup puas. Sekurang-kurangnya dia telah maafkan aku. Sedih aku dengar ayah S meninggal dalam kemalangan. So dia terpaksa bekerja untuk menyara adiknya.

3 tahun kat Jepun cuma surat-surat Fauzi dan S saja yang menjadi teman setia aku. Tahun ni final semester untuk Fauzi. Aku harap dia akan berjaya. S lak dah naik pangkat dan bertukar ke JB. Sejak tu surat S untuk aku makin kurang. Aku menjadi seorang perindu. Rindu pada bicara S. Rindu pada segala-gala yang ada padanya. Ahhh..!! jatuh cinta ke aku??? Tapi itu semua aku pendamkan.
Insyaallah... satu hari nanti aku akan jadikan S milikku. Pada Fauzi pun tak
pernah aku ceritakan soal hatiku ini. Malu lak sebab jatuh hati pada perempuan
yang paling aku benci dulu. Tapi aku tahu Fauzi tak mungkin mentertawakan
aku kerana aku cukup kenal dengan Fauzi.

Alhamdulillah, aku berjaya juga akhirnya. Aku call Fauzi. Dia cukup
gembira. Pas tu dia tanya aku bila nak balik??? Aku diam..entahlah. Sebab aku
rasa aku nak bekerja dulu setahun dua kat sini. "Dah 5 tahun kau tak balik
Jay, kau tak rindukan aku ke???" "Aku rindu kat kau lah Jie, aku akan
balik jugak nanti. Masa tu nanti aku nak bagi kejutan kat engkau!!!" Aku dah diterima bekerja di head off Com. Aku sekarang seronok gak bekerja dengan orang Jepun ni. Lepas setahun aku ambil keputusan untuk kembali
ke Malaysia aku nak jumpa Fauzi, pas tu nak suprisekan dia tentang hasrat aku
kat S. Sebulan sebelum pulang aku call Fauzi. Aku kata nak gi melancung dulu sebelum balik. So Fauzi tak payah tulis surat atau call aku.

24 Dis aku menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Hampir 7 tahun aku di Jepun. Terlalu banyak yang berubah. Aku terus pulang ke rumah. Mama terkejut
nampak aku. Mama peluk aku. "Jay, mama rindu kat Jay" Aku senyum. Aku
rasa cukup bahagia. Malam tu kami makan bersama, bercerita dan ketawa. Aku rasa malam tu masa terlalu cepat berlalu. Aku bagitau mama dan papa tentang
hasrat aku untuk melamar S. Mereka setuju asalkan aku bahagia kata papa. Aku
peluk papa.

25 Dis hari lahir aku dan Fauzi. Aku nak buat kejutan. Selepas solat
subuh, aku bertolak ke kampung Fauzi. Sampai je kat rumah Fauzi, aku tengok
ramai betul orang pas tu terdengar pulak paluan kompang. "Ehhh...sapa lak yang kahwin, tak kan Fauzi kot???" Langkah kaki ku terhenti. Aku terpaku apabila melihat pasangan mempelai di pelamin. Fauzi dan S. Tapi kenapa??? Selama ni Fauzi tak pernah pun cerita kat aku apa-apa. "Jay bila balik ???" Terasa bahu ku di tepuk seseoang. "Semalam, Pak Man.." "Syukurlah kau dah balik. Dah puas si Fauzi tu telefon dan hantar surat kat kau tapi tak dapat. Macam mana dengan pilihan Pak Man, Jay??" ..Aku terkedu. "Pilihan Pak Man ???" "Yelah.. kalau nak tunggu si Fauzi tu, jawabnya tak bercucu le Pak Man ni." Ketawa Pak Man hampir membuat kolam airmataku melimpah. Tak...aku tak patut menangis. Semuanya salah aku juga sebab tak berterus-terang dan sekarang semuanya telah terlewat. Aku terus mendapatkan Fauzi. Fauzi peluk aku. "Jay, aku rindu sangat kat kau." "Aku pun sama Jie. Taniah dan selamat hari lahir."

Aku kembali ke KL. Aku cakap pada papa aku nak gi Jepun balik. Mama
terkejut.. "Kenapa Jay??? Jay masih marahkan kami lagi???" "Tak ma, Jay
nak kerja kat sana dulu. Bila dah puas nanti.. Jay balik lah." Papa angguk..mama lak dah mula menangis. Aku pujuk mama.

1 Jan aku berlepas ke Tokyo. Cuma mama dan papa yang hantar aku. Aku tak bagi tau Fauzi sebab tak nak mood honeymoon dia hilang. Seminggu lepas
tu baru aku call Fauzi. Terkejut dia.."Tapi kenapa Jay???" "Saja nak cari pengalaman." Itu saja jawapan yang mampu aku beri.

2 tahun di head off aku minta di tukarkan ke Malaysia. Alhamdullilah... permohonan aku diterima. Berita gembira ini aku sampaikan pada mama dan
papa. Pada Fauzi..aku nak suprisekan dia. Aku tempah sepasang jam tangan untuk hari lahir aku dan Fauzi nanti. Buat S..aku belikan kimono sutera berwarna
putih, dan buat bakal anak angkat ku macam-macam aku belikan. Tak sabar rasa aku nak balik.

Seminggu sebelum balik, Fauzi call aku.. "Jay, balik lah. Aku rindu sangat
kat kau. Aku teringin nak tengok kau." Aku ketawa.. "Yelah... nanti aku balik le
tapi tak tahu bila lagi..." "Balik le Jay. Aku nak tengok kau sangat-sangat."

25 Dis aku bersama papa dan mama ke rumah Fauzi. Hari tu hari Jumaat so aku singgah untuk solat Jumaat. Pukul 4.20 petang aku sampai ke kampung Fauzi. Heran aku. Ramai betul orang tapi kali ni keadaannya lain. Kalau dulu aku
disambut dengan paluan kompang tapi kali ni tak. Hati aku mula terasa sesuatu. Aku mencari-cari kelibat Fauzi tapi tak ada. Aku naik ke atas. Aku nampak sepasang mayat terbujur kaku. Kaki aku longlai. Aku menangis. Aku peluk Mama. "Ma, Jay dah kehilangan mereka ma. Kenapa Jay selalu terlewat??? Kenapa ma?" Papa pujuk aku, "Sabar Jay, bawa bertenang nak." Pak Man muncul. "Jay,
sudahlah nak... tak baik macam ni. Fauzi kemalangan sewaktu nak ambil mayat S. S meninggal selepas bersalin." Hadiah di tangan ku bertaburan ke lantai.

Pemergian Fauzi dan S benar-benar memberi kesan pada aku. Esoknya aku ke hospital. S melahirkan sepasang kembar yang comel. Aku dakap kedua-dua bayi itu. Airmataku mengalir lagi. "Jie, S, anak kamu berdua comel betul." Aku minta izin pada Pak Man untuk menjaga mereka. Walaupun keberatan akhirnya Pak Man akur setelah aku berjanji tak akan mensia-siakan mereka.

Benih kasih Fauzi dan S kuberi nama Muhammad & Siti Aisha. Mama pun dah tak kerja kerana sibuk nak jaga cucu. Aku cukup bahagia. Kini, si kembar ku dah pun berusia 3 tahun lebih. Setiap kali terpandang mereka, aku pasti terkenangkan dua orang sahabatku yang paling aku kasihi dan setiap kali aku menziarahi pusara mereka pasti si kembar ku bertanya, "Kenapa ibu dan ayah abang duduk kat dalam ni Abah???" Hati aku cukup sedih. Biarlah..satu hari nanti pasti mereka akan mengerti jua. Aku lak sampai sekarang still sorang. Biarlah. Demi amanah ini sesungguhnya aku terlalu sayangkan mereka berdua...


Bila aku baca citer ni..aku nangis...isk, isk, isk...sedih sangat. Kenape ekk?



[Agi Idop @ 11:34 AM]

9.1.04

Ahh.....lega rasa. Sumer keje dah settle. Tinggal nak masukkan surat-surat dalam fail jek. Hari ni, keje kurang sket. Tak macam semalam. Fuh!! berpinau mata.

Jap gi..aku nak naik atas. Ada makan-makan sket. EO kat admin kitorang dah naik pangkat dan ditukarkan ke Kementerian Kesihatan. Sepatutnya minggu lepas dia dah pegi dah..tapi oleh kerana banyak lagi keje dia yang tak disettlekan maka...dia mintak tangguh sampai minggu ni. Tu pasal le dia blanje kitorang anak-anak buah dia nih...hehehehehe..selamat duit aku.

Dua tiga hari ni...aku nak godek-godek pc. Bior sampai lumat. Aku nak hias umah aku bior lawa sket. Maklum le..raya kan dah nak dekat. Kang orang datang kang...tak syok le..

Ok, stop dulu..nak gi makan ni..bubbyeeii....

[Agi Idop @ 11:49 AM]

8.1.04

Sebenonye kan..aku pun penin jugak dengan kaler blog aku ni tapi kan...aku dah janji kat diri aku sendiri...kaler ni le yang akan menjadi tema untuk blog aku tahun ni..taknak tuko-tuko dah..kang korang pulak yang penin. Letih aku dok suai-padankan kaler tapi satu pun tak menambat hati. Aku taknak kaler lain..sebab aku memang suka kaler biru...tu pasal le aku letak kaler ni. Mintak maaf la ye korang..kalo blog aku ni membuatkan korang penin. Aku taknak letak banyak-banyak kaler sebab nanti lagi penin. Berserabut kepala otak. So, kaler ni pun cukup la..asalkan citer aku tetiap ari best..!! Aku tau...aku ni idak le pande nak cantik-cantikkan blog ni..tapi aku akan usahakan sampai buleh...aku nak buat sendiri...:) Terima kasih atas kritikan korang kat blog aku ni. Aku terima dengan hati terbuka kerana kritikan korang tu la yang memberikan semangat untuk aku lebih berjaya dalam mencantikkan blog ni. Hehehehehee...

Hari ni..bas khas yang aku naik tu buat hal lagi. Bontot bas berasap. Takde air la tu. Siap terbakar lagi. Terpaksa le kitorang naik bas lain. Eiii...menguji kesabaran betoi le...Memang hitam legam bontot dia. Hehehehe...bas...bas...baskaran sungguh..!!!!

Lepas ni...aku nak pikir pulak cemane nak letak gambo lam blog ni. Susah betul la...mintak-mintak le kali ni...berjaya...hehehehehe...okey...stop dulu..babai...

>>Aku tau aku tak pandai..tapi aku nak usaha jugak biar pandai...>>

[Agi Idop @ 7:21 AM]

7.1.04

Huh! tercungap-cungap aku berlari kesana kemari dalam ofis. Nasib baik le aktiviti naik turun tangga kurang hari ni. Kalau tak....mau semput jugak la aku.

Tak menang tangan nak buat keje. Ekekekee..banyak permintaan dan peminat sungguh. Pepagi tadi...dalam kul 8.30, Dato KP nak jumpa semua staf JKT. Katanya nak kasi amanat sket. Heh! dalam hati aku...macam nak kasi wasiat jek orang tua ni. Mana le tau, semua staf JKT akan dapat sebuah rumah banglo setiap sorang. Wow! Weee...!! seronok le cenggitu. Ekekeeke..tapi kan...sangkaan aku salah sama sekali. Wasiat-wasiat cenggitu buang sepak terajang le masuk tong sampah. Sape nak kasi wasiat cenggitu. Tak betul ape..

Rupanya..takde apa dia nak cakap sebenonye pun...pot..pet..pot..pet..sket jek pastu...MAKAN..!!!!..hehehehehe..tu yang nak tunggu pun tu. Makan. Sape taknak. Ye dak? Aku pun taknak tolak. Rezeki beb...

Oleh kerana pepagi tadi aku dah makan kuih..so, aku pekena soto jek lah..nak makan berat-berat pun takleh sangat. Tank tak cukup beso. Hahaahha...lagi pun..aku dok ingat meeting unit aku nanti pun..nak makan jugak lagi. Mana nak taruk semua tu.

Hemm...lepas selesai..habis licin semua makanan dibedal, semua staf pun beransur ke tempat memasing. Aku pun tak terkecuali. Aku kerling jam kat tangan. Haii..lagi sejam nak meeting. Ish, apa aku nak prepare nih? Kang bos panggil kang...ternganga lak. So, aku pun prepare le apa yang patut.

Lebih kurang jam 10.10...meeting pun bermula. (Janji melayu..mula meeting pukul 10...biasa le tu kannnn...). Macam biasa...bos aku jadik pengerusi. POt..pet..pot..pet...dia dok berceloteh kat depan. Aku just dengor jek. Ntah masuk ke tak pun aku tak tau lah...mama aku dua tiga kali menguap. Cesss...ngantuk pulak dah. Jangan jangkit kat aku sudah. Aku jeling jam dinding. Dah pukul 12.55. Ahh..bila nak abih ni. Boring nye...

Hehehehe...rupa-rupanya..kata hati aku tu telah di dengari oleh bos aku. Maka....

"Okey lah, kita stop takat ni dulu. Dah pukul satu dah pun."

Yess..!! habih pun. Cepat-cepat aku kemas fail dan terus keluar dari bilik mesyuarat tuh. Maleh nak tunggu lama-lama. Kang ada meeting lak lagi petang ni. Sampai jek kat meja aku...aku cari henset. Mak oooii..4 misscalled. Eceh, glamor lak aku hari ni. Elehh..setakat misscalled tu tak heran la. Hehehehe...

Kepada sesapa yang ada call aku hari ni..mintak maaf le ye. Aku tak dapek nak bermesra-mesraan ngan henset aku hari ni sebab aku betul-betul sibuk :P

Lepas semua dah clear dalam bilik meeting tu..aku pun cepat-cepat kemas sebab petang nanti ada meeting lagi. Kitorang lak yang serve minuman. Ahhh..penin la camni. Biasa le...jepun nye meeting. Tiap-tiap minggu. Dah le tu..punctual betul. Memang sharp pukul 2 meeting tu start. Kelam kabut aku ngan mama serve air. Sepatutnya bukan kitorang yang buatkan..tapi dah takde orang..terpaksa le...nak buat guano laie...

Dah le keje berlambak atas meja. Terkejar sini terkejar sana. Last-last mati jugak aku nanti tetengah ofis ni. Nak fotostat la..bukan nye sikit-sikit...puluh-puluh weh..pastu lak..nak print color la...hesh..macam-macam. Tapi takpe...aku kan budak rajin :P

Nasib baik le..petang ni dah ok sket. Tak sibuk sangat macam pagi tadi. Tu pasal le aku bleh posting untuk ari ni nye. Aku taknak miss posting sehari pun sebab aku akan post apa yang aku buat dalam sehari tu. Hehehehe...

So, skang ni...dah dekat pukul 4. It's time for me to go home. Jap gi nak turun Jelatek..nak beli tiket balik raya haji..yeyeh....!!! balik kampung..oo..balik kampung...best nyek..

Okeh..stop now. See ya'll tomorrow..babaiii...:)

[Agi Idop @ 3:27 PM]

6.1.04

Malam tadi...kakak aku call dari kampung. Emm..lama jugak la diorang tak call. Hehehehe...aku pun call jugak diorang tapi tak lama..kalau nak berlama-lamaan..kena call kat public le..

Takde apa yang kitorang bualkan. Macam biasa...aku bertanya kabar mak dan abah, adik-adik serta sedara-mara yang lain...Apa perkembangan terbaru kat kampung aku tu. Eceh..rindu le pulak...

Tiba-tiba...tengah sedap dok sembang ngan kakak..aku dengar suara adik bongsu aku. Cepat-cepat aku suruh kakak pas tipon kat dia.

Aku : Adik, adik ape habaq?

Adik Aku : Baik...

Aku : Macammana sekolah? Seronok?

Adik Aku : Seronok.


Hem..tu antara ayat perbualan aku ngan adik bongsu aku. Rindu aku kat dia. Rasa macam dah bertahun tak balik tapi hakikatnya...raya puasa hari tu aku baru jek balik.

Adik bongsu aku ni..baru jek masuk tadika. 6 tahun umur dia. Dalam family, dia sorang je le yang sekolah tadika. Yang lain-lain tu...terus sekolah darjah satu. Aku teringin nak tengok dia baca buku, menulis dan mengira. Syukur le..kakak kata...dia tak nangis bila kena tinggal semalam. Mungkin pasal dia ni jenis yang becok sket...pot..pet..pot..pet..tak renti. Pasal tu le senang dapat kawan. Berbeza dengan abang-abang dia. Masa nak kena tinggal dulu tu...nangis giler-giler oo..Huh! Tak lelaki langsung..!!

Lepas cakap ngan dia, aku cakap pulak dengan adik bawah aku tu. Tahun ni dia amik PMR. Aku bagi kata-kata nasihat kat dia. Dalam pada tu...aku cabar dia supaya dapat result lebih gempak dan lebih banyak A dari aku dulu. Sambil tu, aku janjikan dia ngan satu benda yang berfaedah le untuk dia. Bakar sket semangat dia untuk terus belajar. Bukannya tak pandai. Pandai...tapi malas tu yang banyak.

Habis cakap ngan diorang...hati aku sebak. Oh tuhan...!! sekejap sungguh masa berlalu. Dah tiga orang yang bersekolah tahun ni. Teruklah sikit beban mak abah. Aku kena bantu diorang. Tiga-tiga adik aku lelaki. Tak sabar aku nak tengok diorang membesar. Alhamdulillah...adik yang form three tu dah boleh diharap. Adik-adik yang dua orang lagi pun dah boleh tolong mak abah sket-sket.

Insyaallah..raya haji ni aku balik kampung. Aku nak tengok keadaan pembelajaran adik-adik aku. Aku nak tambah apa yang kurang disamping jadik cikgu sementara untuk diorang bertiga.

Sekolah..sekolah...sekolah...kalau nak ikutkan, banyak kenangan waktu sekolah dulu. Sekolah rendah dan menengah. Banyak sangat. Kalau masa tu boleh diundur balik...aku nak pegi sekolah balik. Aku nak jumpa cikgu-cikgi yang mengajar aku dulu. Apa kabar le diorang skang ni. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas cikgu-cikgi aku dulu...kalau tak kerana diorang...dah tentu aku takkan jadik macam ni..

TERIMA KASIH CIKGU !!!

[Agi Idop @ 7:45 AM]

5.1.04

Hari ni aku sibuk lagi. Rasanya...macam dah jadi orang penting pulak. Kalau takde aku alamatnya...bengkok le semua orang. Ye lah, sekarang ni..aku macam dah jadi setiausaha bos yang tak diiktiraf. Nak taknak...kene terima jugak. Mungkin sebab bos aku ni baik..dan aku sebagai orang bawahannya kena lah ikut arahan. Tambah pulak...semua urusan rujuk kat aku. Nasib baik lah aku dah tuntut ilmu sikit-sikit dari En. Padzli hari tu..kalau tidak..sakit jugak la.

Sepatutnya aku kene isi borang untuk tanggung kerja. Boleh le masuk income sikit. Tapi, aku tak dapat nak buat lagi. Hari-hari bos panggil aku. Pening kepala. Tapi, bila dah kenangkan yang kita ni bekerja...so, kene buat jugak lah.

Hem..masa tetap jugak berjalan macam biasa. Hari gathering bakal tiba tapi hadiah untuk pantun pun aku belum cari lagi. SKT 2003 pun aku tak buat lagi. Tengok sekali lalu macam tu saja. Tak tau lah..AJK Gengjurnal masukkan atau tak acara penyampaian hadiah untuk pantun tu. Ntah laaa...

Pagi-pagi tadi..aku masuk blog kengkawan. Ternyata cerita di Kem Lambaian Danau masih belum habis lagi. Seronok sangat agaknya. Cemburunya aku. Kenapa aku tak pegi sekali? Kenapa? Ohh...aku keje masa tu. Macammana nak pegi. Seumur hidup..aku belum pijak lagi bumi Melaka. Setakat lalu tu ade lah. Insyaallah...aku akan sampai sana jugak nanti.

Tahun ni..aku rasa mungkin tahun aku berkursus. Rasanya lah. Tak dapat nak konfirm lagi. Kursus Induksi Umum, Kursus Induksi Khusus dan Kursus Biro Tatanegara. Kalau dapat...seronoklah aku. Kalau tak dapat, mungkin takde rezeki lagi.

Semalam..aku dan dua lagi housemate pegi Gombak. Melihat rumah baru yang bakal diduduki tak lama lagi. Berjumpa tuan rumah..berbincang dengannya tentang pembayaran dan pengubahsuaian rumah. Takde apa sebenarnya...cuma..kitorang nak cat sikit-sikit le dinding rumah tu. Biar nampak cantik. Kata orang biarlah tinggal lama. Bukan sehari dua. Tuan rumah pun ok. Sebaya abah aku rasanya. Bila dah masuk dalam rumah...ligat je kepala otak memasang angan-angan nak cantikkan rumah tu. Aku harap, angan-angan aku tu bukan angan-angan kosong..tapi berisi. Hehehehe...

Semalam jugak..bila aku baca paper..page luar negara..muka depan sekali, aku nampak gambar sebuah masjid yang masih lagi berdiri teguh dan kukuh walaupun di sekelilingnya rosak binasa akibat daripada tragedi gempa bumi di Iran yang mengorbankan berpuluh-puluh ribu nyawa. Pelik kan? Kuasa Allah...takde sape yang dapat menghalang. Kat masjid tu la..para penyelamat dan wartawan kita menunaikan solat.

Sebenarnya...semua kejadian itu ada sebabnya. Kenapa dan mengapa Tuhan jadikan sesuatu itu? Mungkin sebagai peringatan dan pengajaran kepada hamba-hambanya...yang masih lagi leka, lalai, dan alpa dengan urusan dunia.

Hari ini...dunia sudah semakin uzur. Hanya menunggu hari untuk rebah mengadap Ilahi. Dunia sakit. Sakit akibat dari perbuatan manusia. Lukanya terlalu dalam dan tak dapat diubati lagi melainkan dengan kekuasaan Tuhan. Tak simpatikah kita dengan keadaan yang menimpa dunia tu? Astaghfirullahal'azim...

Tadi, masa mula-mula masuk blog...wow..banyaknya mesej. Dah ramai rupanya kawan-kawan aku. Walaupun ada yang masih tak kenal..tapi...kemesraan tu tetap terasa. Ada yang kenal dalam blog saja...ada juga yang dah bertentang mata. Kenal gambar saja pun ada jugak...pendek kata..kalian semua memang kawan aku. So, sebagai tanda terima kasih aku kepada kalian semua...ambiklah lagu ni dan sematkan kat hati...takde apa-apa..sekadar suka-suka...

Here's my favourite song...

mAhLiGaI BeRnAmA cInTa-FaRiSh...

Kupeluk jasadmu dalam bayangan
Biar tak terasa namun ku bahagia
Bersatu berlalu rindu pun bertakhta
Mengharap mimpi berputik kenyataan

Tersentuh di jiwa terkesan di hati
Kemelut nan melanda di mindaku ini
Ingin kukatakan tapi tak berani
Bimbang jika kau berubah hati menjadi benci.

Satukan dua jiwa ini
Dimahligai bernama cinta
Biar harus aku korbankan
Kaulah segalanya

Kasih dapatkah kau mengerti
Apa yang tersirat di hati
Bukan gurauan
Satu kebenaran

Kata impianku bukan khayalan
Kesabaran kini ternyata bererti
Kesetiaanku telah dihargai
Kujanjikan kebahgiaan untuk selamanya...

Rapatlah hatimu oh kasihku
Harungi dugaan
Ku tetap di sisimu oh kasihku
Usah kau curiga
Percayalah sayangku


Sekian, terima kasih...(^_^)


[Agi Idop @ 12:39 PM]

2.1.04

Rezeki

Hehehhe...suka hati aku skang. Apa yang aku impikan dah dapat. Ni la yang dinamakan rezeki tahun baru. Syukran, syukran....

Sebenonye kan...aku dah dapat umah sewa baru. Lokasinya strategik jugak. Area Gombak. Ok le tu....nak tau citer cemane? Heh, heh, heh....

Semalam...1hb Januari 2004 bersamaan dengan tahun baru...aku dan dua lagi housemate telah kuar untuk mencari atau mensurvey umah baru yang nak disewa. First target, kitorang pegi kat Kg. Baru. Umah flat betul-betul belakang Maybank. Umah tu dah ada penghuni cuma ketidakcukupan 3 orang saja lagi. Kira...cam kitorang ni dah ok le dah. Tingkat bawah sekali..umah tuan umah. Umah atas dan seterusnya adalah umah penyewa-penyewa yang majoritinya adalah budak-budak nurse. Satu flat tu adalah milik tuan umah tadi. Fuh! kaya dia. Bayangkan le..satu umah RM950 sebulan sewanya...kalo ada lima umah..mak datukk..!! ribu-ribu maaa...tapi ngam la..umah pun beso..bilik ada 3. Bilik air ada dua. Tapi............

Memula aku jejak kaki dalam umah tu..hati aku dah tak berkenan. Nengok pada situasi penghuni pun...dah naik rimas. Walaupun sesama pompuan..tapi...dari segi pakaian..alahhaaiii...mintak maaf la ye..pastu, nengok pulak keadaan sekeliling. Pakaian yang dibasuh..bergantungan lam umah. Ala...tak best le cenggitu. Bukan kitorang cerewet..tapi sekurang-kurangnya..bior le nampak kemas. Nampak cantik. Emm...salah satu faktor mungkin sebab ramai orang dalam satu umah. Ye le...bajet ngan duit sewa. Aku ni...kalo keadaan umah tak kemas, serabut..pening kepala ooo...cukup le dengan keadaan umah kitorang yang sediada tuh. Tu pasal le kitorang nak kuar.

Lepas tu lak..nak duduk kitorang bertiga dalam satu bilik pun takleh..sebab memasing bilik hanya kosong satu jek. Hemph..kalo camtu takyah la. Nanti, nak muatkan lagi ngan barang2 kitorang..dah tentu le..jadi lagi serabut. Heh!

Nengok dalam bilik, dalam dapur...ishh..takyah la..baik cari umah lain. Lepas beborak lebih kurang 1 jam..kitorang pun mintak diri untuk kuar mengisi perut terlebih dahulu memandangkan hari pun dah tengahari.

Kitorang pun jalan le..menuju ke Medan Selera Jalan Raja Muda. Isi perut kat situ. Okey la..hehehee..jauh tu jalan kaki dari Maybank ke situ. Takpe..kitorang dah biasa. Pasal tu la..berat aku makin turun. Uwaaa..tak best betul. Ingatkan bleh maintain le. Maybe..pasal puasa kot..kan.

Tengah sedap menjamu selera..tetiba tipon Kak Kiroh bebunyik. O..akak cahaya tipon. Nama Cahaya tapi tak bercahaya pun..hehehehee...dia ajak kitorang gi makan-makan kat umah Kak Siti yang seopis gak ngan kitorang. Satu jabatan. Umah akak tu kat Gombak. Peh! tension punye pasal. Tak dapat umah...dapat makan pun jadik le. Isi perut lagi. Kui, kui, kui...

Maka...lebih kurang jam 2 petang...kitorang pun berangkat le menuju ke Gombak. Walaupun hati kecewa...tapi biarkan...sebab dapat makan. Ekekeke...Sampai jek kat situ...kitorang terus menuju ke umahnye yang terletak di tingkat 3 Flat Sri Langkawi. Sedihnye..dia ni tinggal sensorang selepas kematian suami yang dicintai. Kira bujang balik la..Yang bestnye..dia ni pandai masak oo. Memang sedap aaa..Ari tu..dia buat Laksa Johor ngan Bihun Goreng. Peh..!! sedap. Aku cadang nak tambah untuk kali kedua tapi tak bleh dah..dah tak muat. Perut sendat. Ekekeke...rugi...rugi...

Dalam dok bersembang tuh..dia tanya le kitorang. 'Dapat ke belum umah yang nak disewa?' Kitorang pun ngan muka sememeh nye cakap le..'belum kak. takde rezeki kot.

Macam ni le..dia pun ajak le kitorang mulakan pengembaraan mencari umah sewa di setiap blok umahnya..hehehehe...mujur le dia ni jenis peramah. Sumer orang kenal dia. Memang banyak umah kosong yang nak disewa..malangya..tuan umah le takde...nombor tipon tuan umah takde...sewa tinggi...macam-macam lagi le..tercungap-cungap kitorang naik tangga turun tangga...ye le..lepas makan banyak-banyak..buat eksesais cenggitu lak..semput la. Last-last..dengan pertolongan jiran-jiran kat situ...kitorang dapat target dua umah. Satu umah..seblok ngan akak tadi..satu umah lagi..lain blok. Survey nye survey..kitorang pilih umah yang satu blok tadi..

Balik umah akak tu semula..kitorang isi perut lagi. Hahahahaha...penat ooi penat. Hilang tenaga eksesais cenggitu. Mana tak turunnya berat badan. Heh! lepas ni kene timbang lagi. Lepak melepak kat situ...makan minum sumer...kitorang suh akak tadi tipon tuan umah tu. Tipon nye tipon...cakap nye cakap...YESSSS..!!!!! confirm. Dapat..!!!

Sewa sebulan RM380 termasuk maintenance. Cadang nak duduk tiga orang jek tapi buat masa ni..ajak le housemate dua orang tuh..nak kawin sok..kuar la..kitorang tak kisah dah. Gas takyah beli. Pakai meter jek. First time aku dengo gas pakai meter. Hehehehe...tuan umah tu kata...raya cina ni dia datang untuk membersihkan umah tu..nak cat-cat sket..nak baiki apa yang rosak. Okeh..cantikkk..kitorang dah nekad nak lawa-lawakan umah tu nanti. Dalam kepala otak aku dah plan nak tanam pokok bunga, nak hias-hias umah bagi nampak lawa...nak gantung langsir...waahhhh..lepas ni lawa le umah baru kitorang.

Tapi ape pun...aku harap segala-galanya akan tercapai. O ya...lupa lak..umah tu cuma ada dua bilik jek. Kira orait le..kalo nak stay 4 orang. Aku rasa tuan umah tu mungkin seronok..tu sebab dia beria nak ngecat-ngecat umah tu. Ye le..penyewa sebelum kitorang..kuar umah tu tanpa membayar sewa selama 6 bulan. Dasat tak? Tak tau le..family ke tak? Laki ke pompuan. Tapi memang tak patut le diorang buat cenggitu. Sian le..

Lepas raya cina ni..umah aku bukan lagi kat Keramat tapi kat Gombak. Jalan sket jek..sampai le Stesen PUTRA Taman Melati. Flat Sri Langkawi berdekatan ngan Loji Pembetungan. Hehehe..bila nengok jek pemandangan dari umah aku tu..tingkat atas sekali...sekali pandang nampak loji tu cam tasik jek. Dua kali pandang nampak cam laut lak. Ekekeke..okey le tu..petang-petang pegi le situ...sure best nyek.

Lepas dah confirm...kitorang pun dengan rasa gumbiranya...mintak le diri untuk pulang ke rumah. Maghrib baru sampai. Ekekeke..lepas ni..bertungkus lumus le kitorang mengemaskan barang....

Fuh! tercapai sudah satu impian...

[Agi Idop @ 8:58 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==