*
*
*
*

31.12.03

Ari ni aku rilek sket. Keje tak banyak. Tipon pun jarang bebunyik. Kalo tak...mau sakit telinga tiap saat bunyik tipon. Pening kepala.

Hemm..oleh kerana aku dah posting dah untuk pagi tadi...kira...untuk petang ni nye posting...tak panjang le..nak tulis sesikit jek untuk hari terakhir dalam tahun 2003 ni. Huhuhuhu..sedihnye...

Diam tak diam..dah bertambah rupanya tahun masihi kita. Diam tak diam jugak..dah bertambah satu angka usia kita. Selama usia kita yang ada ni..dah brape banyakkah amalan kita sebagai bekalan untuk hari kemudian? Tak dapat nak menghitungnya. Tak dapat nak meramalkannya. Hanya tuhan saja yang tau.

Sebenarnye..apa yang aku nak tuliskan kat sini...semoga apa yang aku impikan..semoga apa yang aku harapkan akan beroleh kejayaan. Azam untuk tahun depan..rasanye takde..cuma aku nak tunaikan azam yang tak abis tahun ni...agak2 ada rezeki tak? Mana le tau..dah tercatat dalam Loh Mahfuz...mengatakan yang hayat aku hanya setakat ini sahaja. Ahh...sudah tentu aku tak dapat nak menunaikannya..

Walaupun sayang nak tinggalkan tahun ni..tapi terpaksa jugak kerana masa itu berjalan tanpa henti. Semakin hari semakin cepat. Tak terasa langsung. Banyak kenangan yang aku ciptakan sepanjang tahun ni..ada suka, ada duka, ada geram, ada benci, ada sayang...macam-macam lagi...sumernya pasti kan tercatat dalam kotak memori aku. Selagi belum hilang nikmatnya ditarik oleh Allah..selagi itulah...memori itu sentiasa terpahat di ingatan.

Kepada kengkawan sumer...aku mendoakan semoga tahun 2004 yang akan muncul beberapa jam saja lagi akan membawa 1000 malah sejuta kebahagian dalam hidup kalian sumer. Biarkanlah yang lepas itu berlalu..marilah kita buka lembaran baru dalam hidup kita sekalian...

Berakhirlah sudah setahun ini
Setahun yang lain kita jejaki
Memori semalam biarkan di sini
Lembaran baru kita terokai...

Dua ribu tiga menyusul pergi
Meninggalkan kita seribu erti
Dua ribu empat telah menanti
Binalah kenangan sematkan dihati...


>>Selamat Tahun Baru 2004 (^_^)<<

[Agi Idop @ 2:37 PM]

Heh! malam semalam aku telah bertindak kejam pada salah seorang housemate aku. Kenape aku cakap cenggitu? Kerana..............(melebihi 15 patah perkataan)

Housemate ni bakal berkahwin bulan tiga ni. Dia tinggal satu negeri, satu bandar cuma berlainan kampung jek dengan aku. Kebetulan...masa sekolah menengah dulu..kitorang belajar di sekolah yang sama.

Kelmarin...dia ajak aku balik kampung. Aku memang tak plan nak balik tahun baru ni. Aku nak balik raya haji jek. Tapi dia beria ajak aku balik. Hangin la aku. Apsal yang beria sangat nak ajak aku nih? Dah dia nak balik..pi la balik. Aku tak halang. Takkan tak tau jalan nak balik kot. Aku memprotes dalam hati. Tak tergamak nak luahkan sebab nak jaga hati kawan. Bimbang tersentap lak nanti. Susah pulak.

Semalam...kat opis...dia tipon aku. Macam biasa...dia ajak aku balik jugak. Kalo aku cakap 'Ya'..ini bermakna kitorang akan beli tiket petang ni. Merayu-rayu dia ajak aku balik. Huh! senang sungguh. Apa dia ingat...selama ni..aku selalu mengalah..dan aku akan mengalah lagi hari ni? Oh tidak...

Aku tak suka berdendam. Apatah lagi nak kecikkan hati kawan. Tapi...oleh kerana dah tak tertahan...maka lava api yang dah lama tak kuar tu akan kuar jugak akhirnya. (hehehe..ayat geram). Sebelum ni...kalo aku ajak dia balik...sikitpun dia taknak. Bukan sekali...dua tiga kali. Bermacam-macam alasan yang dia beri. Puas aku pujuk..tapi jawapannya hampa. Last-last aku balik sensorang. Aku tak kisah....taknak balik pun takpe...ingat aku tak reti nak balik sendiri ke? Tapi semalam...beria dia ajak aku. Ikutkan hati nak jek aku cakap macam hari ni tapi taknak le...kot kang bergaduh lak. Kalo sebelum ni...dia ajak aku balik...aku ikut jek..tapi sekarang tidak lagi. Aku pun ada pendirian jugak.

Malam tu..aku citer kat akak dua orang tu. Diorang nasihatkan aku. 'Kenapa nak ikut dia? Biar le dia nak balik. Kenape nak ajak ko jugak? Takkan dia tak tau jalan nak balik kot?'

Aku pikir. Betoi jugak cakap diorang tu. Selama ni...aku selalu mengalah. Mungkin diorang tengok aku selalu berlembut, tak penah nak membantah..tu pasal le jadi macam tu. Kalo kat opis..memula keje dulu..aku selalu gak kene tegur, diperlekehkan..seolah-olah aku ni (kakitangan baru) tak tau nak buat keje. Aku rela terima kutukan diorang yang senior. Aku tak pernah nak melawan cakap diorang sebab aku tau..aku kene hormat diorang sebagai senior. Diorang tu dah sebaya mak aku. Kalo nak protes pun dalam hati je le. Bukan aku tak berani...tapi atas dasar hormat dan sedar kita masih baru...aku ketepikan tu sumer. Berbeza ngan housemate yang lain..diorang sanggup melawan sehinggakan pernah tak bertegur beberapa hari. Aku tak suka macam tu sebab aku tau...kita sesama Islam, jika tidak bertegur sapa melebihi tiga hari...kita takkan dapat mencium bau syurga. So, aku sematkan dalam hati..biarlah aku mengalah demi kebaikan bersama.

'Mengalah tak bererti kita kalah'. Betul tak?

Oleh sebab tu lah...lepas aku pikir dua tiga kali malam tadi...aku nekad dalam hati...aku taknak balik. Biarlah dia balik sorang. Aku pun kene pikir diri aku jugak. Jangan terlalu banyak mengalah. So, lepas solat isyak semalam..aku cakap ngan dia baik-baik yang aku taknak balik. Dia diam. Aku tahu dia marah. Dari gerak geri dan perbuatannya aku tau yang dia marah kat aku. Tak berapa lama..aku dengar bunyi sok sek sok sek...aii, menangis ke? Takkan pasal tu pun nak menangis...teruk la macam ni.

Akibat daripada tu...kitorang tak bercakap pagi tadi. Adakah aku bertindak kejam pada seorang kawan? Adakah tindakan aku ni betul?

Hemph..!! susah aku nak cakap. Demi kawan..aku sanggup mengalah. Kalo nak berkorban tu..rasanya tak sampai le sumer benda nak dikorbankan. Pikir jugak patut ke tak patut. Jangan ingat aku mengalah sebab aku takut tapi ingat le yang aku ni hormatkan diorang sebagai orang yang lebih tua walaupun beza umur cuma setahun...dan aku taknak besar-besarkan perkara yang kecik.

Dari sekolah dulu..sampai le sekarang...aku selalu mengalah. Ntah le...aku pun tak tau...kenapa aku macam tu? Aku jugak le yang selalu nak menghubungi kengkawan lama...bila sumer dah berpisah...aku jugak le yang selalu nak mengatur pertemuan dengan kengkawan lama. Kenape aku? Kenape diorang taknak buat macam aku? Kenape diorang tak terpikir nak jaga hati aku? Raya puasa lepas...aku jugak le yang plan nak beraya umah kengkawan lama. Kalo tak....jangan harap le nak jumpa walaupun dah 4 tahun lebih tak berjumpa. Aku selalu ingat kengkawan. Tapi...diorang ingat kat aku tak?

Ntah la...malas aku nak pikir lagi. Skang ni..biar la aku pikir pasal diri aku...pasal keluarga aku...pasal mak abah...pasal adik-adik...pasal kengkawan yang ada bersama-sama skang ni...

[Agi Idop @ 7:20 AM]

30.12.03

Hari ni..macam biasa aku buat keje. Pepagi lagi bos dah kuar gi meeting. Tak silap aku dia gi meeting kat EPU (Economic Planning Unit). Macam tu la bos aku. Tak abih-abih ngan meeting, meeting dan meeting. Sibuk 24 jam. Tapi aku tak penah nampak dia tension. Wajah dia happy jek. Mungkin kepala dia serabut gak tapi dia pandai cover. Aku salute ngan dia. Walaupun dia ni dah pertengahan 40-an..tapi wajah dia masih lagi berseri. Tu salah satu sebab kenapa aku taknak tinggalkan unit ni. Ramai orang yang berangan nak jadi P.A (Personnal Assistant) dia tapi..tak kesampaian. Diorang kata..aku beruntung sebab dapat bos baik macam dia. Bayangkan...orang lelaki pun minat kat dia inikan pulak pompuan. Tapi aku idak le..tidak le sampai ke tahap tu. Kalo ye..memang aku dah buang tebiat. Heh!

Emmm..kemungkinan cuti tahun baru ni...1hb Januari..aku ngan housemate nak gi survey umah sewa. Banyak tempat gak kitorang nak pegi ni. Kampung Baru le, Wangsamaju le..area-area Damansara ni pun ada. Dalam hati aku..ishh...kenapa la aku takde keter. Lesen dah ada cuma keter jek takde. Kalo ada cam kak sal ke..kak azah ke...bleh le nak pegi mana pun. Senang nak bergerak. Nak bawak barang banyak pun buleh. Aku tekad nak beli jugak keter bila dah confirm nanti. Nak buat loan pun senang. Tapi, tak semudah tu. Banyak lagi benda lain yang aku kene buat. Nak beli keter bukan seringgit dua. Kalo nak jugak..aku kene ikat perut.

Mudah-mudahan segala apa yang aku hajatkan tahun ni..akan tercapai tahun depan. Insyaallah...

Sehari selepas Tahun Baru...sumer orang akan mula keje balik. Tapi aku rasa tak ramai yang keje. Ye lah...sehari jek. Rugi aaa..Mungkin ramai yang ambik keputusan untuk cuti terus ke ari Ahad. Sebenonye..aku tak bercadang nak balik kampung minggu ni..tapi dah kerana dipujuk jugak oleh Kak Ilah..aku tewas jugak. Bukan apa...kesian pulak kat dia. Balik sensorang. Kang jadi apa-apa susah pulak. Hemphh..kalo sebelum ni..aku ajak dia balik kampung..sikit pun dia taknak...tapi bila tiba kat dia...beria dia pujuk aku. Takpe...aku mengalah...malas nak bertekak. Masam muka kang tak baik pulak. Dah le tinggal serumah. Lagipun..dia dah nak kawin bulan tiga ni. Tak kisah laa....

So, ari Jumaat...aku just keje setengah ari. Eceh..macam keje kilang lak boleh amik setengah-setengah ari. Gaji kira setengah jugak ke? Ekekeke...tiba waktu balik nanti..suh la mama aku punch kan. Kali ni aku taknak turun kat Ipoh dah walaupun Ipoh tu banyak meninggalkan kenangan. Sebab apa? Sebab....'dia' tinggal kat Ipoh. Bukan apa...susah la skang. Stesen bas bukan lagi kat Medan Kidd. Dah berpindah ke tempat lain. Medan Kidd tu hanya untuk bas-bas tertentu jek.

Kalau dulu, setiap kali aku balik kampung...aku mesti nak singgah Ipoh. Tu salah satu cara aku ngan dia nak berjumpa. Tak lama..sekejap saja. Just pegi makan-makan...sembang-sembang..pastu balik. Tapi...aku tak berapa yakin dengan kisah kami skang ni. Tak macam orang lain. Mungkin masing-masing masih lagi malu kot untuk berterus terang. Ntah la...malas nak pikir. Biarlahhh....

Dalam posting aku kali ni...aku muatkan sebuah lagu yang memang aku minat ngan suara penyanyi ni. Lelaki tau. Bukan pompuan. Dia ni masih baru lagi dalam bidang hiburan. Mungkin ramai lagi yang tak kenal ngan dia. Nama dia Farish. Suara dia sedap. Ooppss..aku tak minat ngan dia..just minat suara dia.

Haruskah Diuji-Farish

Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

( 1 )
Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutia
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
Hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan isytihar di hatimu
Mungkin kerinduan
Belum kau peduli
Haruskah diuji

Namun pernah terkandas
Hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan
Masihkah kau sangsi
Perlukah diuji


Ada lagi satu lagu dia yang memang aku minat sangat. Tajuknya...'Mahligai Bernama Cinta'. Memang best. Ari-ari kuar RMKL.
Try le dengar. Tapi malangnya...aku masih tak dapat lirik dia lagi..Insyaallah..kalo ada..aku akan letak kat sini.

Ok la korang...aku berenti sini dulu. Lain kali sambung lagi ye...adiosss...


[Agi Idop @ 9:19 AM]

29.12.03

Aku menghitung...
21 tahun
Jangkamasa umurku di bumi
Aku masih juga disini.......
Berbaring, duduk, berjalan dan berlari....
Ketawa, menangis, gembira dan sedih......

Adakala aku masih derhaka...
Merasa selesa di dunia yang sementara
Terlupa akan pedihnya neraka
Tatkala tersentak kesedaran di kepala
Keinsafan mula menyusup jiwa

Adakala aku menyesali...
Mula meratapi kealpaan diri
Menyedari kasih Ilahi yang tak bertepi
Mengakui kekerdilan diri
Mula mensyukuri nikmat Ilahi
Di ketika ini aku masih menanti
Rasa takut menyelubungi diri
Menghitung amal, mencongak bakti
Berkira kira di manakah rumah ku yang abadi
Tatkala tiba panggilan sakaratul maut nanti
Aku pasrah sendiri....

(^_^)




[Agi Idop @ 3:31 PM]

Rindunye....dah lama aku tak post kat blog aku nih. Ececeh...lama ke? Lama le jugak tu...Bukan apa...tak sempat nak post pun..setakat jenguk-jenguk sekejap tu buleh laaa..

Pindah

Sabtu lepas adalah ari terakhir buat En. Padzli kat KPKT nih. Dia datang sekejap jek. Bersalam-salaman ngan sumer staf kat sini. Jumpa geng-geng ngan member-member lama untuk kali terakhir sebelum balik ke kedah. Best nyek dia. Aku....bila lagi? Nampaknya takde kawan le aku nak nyembang-nyembang, nak gaduh-gaduh, nak sakat-menyakat, nak tanya-menanya...sensorang le aku kat sini. Isk...sedihnye. Eh, takmo sedih-sedih...aku nak ceria ari ni...:-)

Mak abah dok tanya...bila lagi aku nak mintak tuko balik Perak. 'Ish, susah le mak..abah. Orang tak confirm keje lagi. Susah nak dapat tuko. Lain le kalo suka sama suka.' Lagi pun...aku ni tak kawin lagi....dah kawin sok kene ikut suami le..ekekekeke...

Ok, stop kat situ. Masuk bab lain lak. Aku sebenonye nak pindah ni. Nak pindah umah ngan pindah opis. Memandangkan dua orang housemate aku bakal kuar dari umah tu tak lama lagi...so, aku kene pakat-pakat cari umah untuk disewa mulai sekarang. Kalo tak...susah. Mungkin orang akan kata...

'Apsal tak stay jek kat situ? Just cari jek housemate baru dua tiga orang. Kan senang.'

Diorang tak paham. Kitorang sebenonye lama dah nak kuar dari situ. Tapi kerana kesiankan kat akak senior dua orang tu..kene jugak le stay situ. Umah tu dah tak sesuai untuk kitorang. Aku rasa..kalo nak cari housemate baru pun blum tentu diorang akan duduk situ. Heh! Tuan umah tah hape-hape. Hanya kitorang jek yang dapat bertahan dua tahun oooo...dok situ. Orang lain sumer takat bulan-bulan jek.

'Hanya tuhan yang tahu-UNIC'

Hehehehe..tu pasal le...lagi pun akak senior tu dah nak pindah opis ke Putrajaya. So, maybe diorang dapat kuarters kat sana. Hitung punye hitung, congak punye congak...tinggal le aku, Kak Kiroh dan Kak Izan. Tu pun blum tau lagi. Aku nampak Kak Izan tu pun macam bakal mengikut jejak housemate yang nak kawin tuh. Adoiii..!!!

'Pergilah korang...kalo tak..korang akan menyesal'Heh, heh, heh....

Ikutkan...aku nak cari umah area-area opis ni. Tapi...masalah transport le pulak. Kalo tak pun..area-area keramat tu pun ok le. Dekat ngan LRT ke..ada laluan bas...dah sure orait le tu. Umah flat tak best. Susah nak sidai baju. Hehehe...pot..pet..pot..pet..cerewet ke aku? Idakkk...tu sumer adalah untuk kebaikan diri sendiri jugak. Kene plan betoi-betoi. Kalo tak...nyesal.

Masuk bab opis lak...memang tak lama lagi kitorang kene pindah gak. Bukan pindah ke Putrajaya...lambat lagi. Tapi pindah bahagian. Opis asal aku sebenonye bukan kat JKT nih..tapi kat JPN (Jab. Perumahan Negara)...Unit R&D. Huh! kalo pindah situ...jadik orang baru balik le aku. Sape sorang pun aku tak kenal. Ye le..mana nak kenalnya kalo dah mula-mula masuk dulu aku terus ditempatkan kat unit ni. Ingatkan unit ni berstatus tetap le..rupanya sementara. Selagi projek-projek masih berjalan. Dah abis sok...balik tempat asal semula la...Eeiihh..benci le camni.

Aku dah sayang dah kat JKT ni. Walaupun ada le sorang dua yang 'kureng' sket tapi...aku dah seronok dok kat sini. Teruk le unit ni nanti bila sumer dah balik ke tempat asal. Sape jek yang tetap? Bos? Hahahahaha....pengsan le dia nanti kalo sumer post yang ada...diganti dengan orang baru. Dua officer unit aku ni dari Kem. Kesihatan. Dua orang lagi dari Kem. Kerja Raya. Sumernye dipinjamkan. So...tinggal le bos sensorang....hak, hak, hak....

Tapi kan...orang kata...lebih elok kalo pindah-pindah ni..tuko tempat keje sebab kiter dapat kutip pengalaman sket-sket. Kat tempat ni macam ni..kat tempat nu macam nu...dapat timba ilmu sebanyak yang mungkin. Dapat tambah ramai kawan dan kenalan. Tak gitu?

Jenjalan ngan Cendawan

Ape-ape pun...kira ok le tu..O ye, Sabtu kelmarin aku kuar ngan Cendawan (Kak Ungku panggil)..lepas keje. Kitorang jumpa kat Masjid India. Hehehee...isi perut jap kat gerai sebelah Maidin tu...pastu trus jenjalan shopping-shopping...Kak Ungku tanya...'korang shopping ape?' Hehehehehe...shhh...dendiam. Takleh gi tau. ekekeke...lebih kurang pukul 5 aku ngan cendawan berpisah kat Sogo. Best jenjalan ngan cendawan nih. Ajak jek gi mana. Sure dia ikut nye. Memang kaki berjalan sungguh!! Tak letih ke? Takpe...sok-sok kita jenjalan lagi ye cendawan.....

Juara Lagu ke-18

Esoknya ari Ahad..aku tak gi memana. Macam biasa...lepak kat umah. Malam tu...riuh umah aku bila kitorang start menonton Siaran Langsung Juara Lagu ke-18...wow! hebat-hebat sumer pesertanya. Tak rugi aa..nengok nye. Tapi ada satu yang aku tak best. Noraniza Idris tu kalo tak masuk final takleh ke? Pulak tuu..buat persembahan lak tah hape-hape. Boring aaa..kan dah kene perli ngan Sarimah. Kumpulan Kebudayaan Negeri Sarawak. Hahahahaha...Pengacara pun okey. Tapi ada gak satu dua perkataan yang tak okey. Biasa le tuu. Paling aku suka bila nama Misha Omar diumumkan sebagai pemenang...Yeahhh..!! aku dah agak. Memang aku dah agak dia menang nye. Tak sesia le aku bagi sokongan kat dia. BUNGA-BUNGA CINTA. Fuh! suara dia memang power. Lagi satu..tak sesia le dia tak makan budu. Heh! Kira...puas ati le nengok semalam. Keputusan adil. Siti dah nampak 'kureng'. Mungkin nak kasi peluang pada orang lain kot. Ape pun TAHNIAH le untuk sumer yang menang.

Merapu

Ari ni...aku bizi lagi. Keje..keje dan terus keje. Sampai bila pun keje takkan abis. Kalo abis..orang kat dunia ni akan goyang kaki jek takde keje. Nak duit, pi jek cop kat mesin-mesin cop duit. Satu umah satu mesin. Mana tau...teknologi canggih zaman depan-depan sok...takde lagi jutawan kaya-raya. Yang fakir pun bleh jadik jutawan. Masa tu...barang-barang...makan harga puluh-puluh ribu. Sebiji kek berharga RM15,000. Heh! okey dak? Segelas teh tarik berharga RM1000. Hahahaha...

Terrornye otak aku membayangkan keadaan zaman depan. Entah maju ke tidak..Wallahua'lam...sumernye ditangan tuhan. Dengan lafaz..'Kun fa yakun'...sumer bleh jadi. Entah sampai ke tidak zaman itu pun tak tau le. Dah duduk dalam kubur gamaknya. Hehehehe...dah start merapu...

Ok la..aku stop sini le. Kang melalut kelain lak. Hemph..esok ada kengkawan yang nak gi Kem Lambaian Danau tu. Aku doakan semoga korang sumer selamat dalam perjalanan pergi dan balik semula ke sini...okey bebehh...adiosss...

[Agi Idop @ 10:41 AM]

26.12.03

Fuh!...lega rasanya. Lapang dada. Dah settle. Baru jap tadi aku gi naik tingkat tujuh semata-mata nak gi jumpa Amyz. Kalo tak..jangan harap le aku nak pi situ tanpa ada apa-apa urusan. Maleh le...hehehe..(mengaku rajin tapi maleh. cemane tu)...

Mula-mula masuk opis dia...aku terserempak ngan sorang budak kontraktor situ yang aku kenal la. Selalu gak dia turun opis aku pasal bab-bab komputer nih. Aku pun tanya le dia...eh, bukan aku yang tanya...dia yang tanya aku dulu.

'Cari sape?'

'Err...Amy Zuraida ada tak?'

'Amy Zuraida? Amylia ke? Amylia ada la...'

'Ish..bukan Amylia..Amy zuraida.'

'Oo...yang baru masuk tu ek? (aku angguk) Dia ada kat dalam. Pi la masuk'

'Kat dalam? Ok, thank you.' hehehehe...

Dalam hati aku punye le bedebar-debar. Cam nak jumpa lelaki lak. Alah...biasa le..first time jumpa nih. Aku pun melangkah le dengan gaya gentlewoman nya ke bilik Amyz. Ish, takutnya aku. Bismillahirrahmanirrahim...fuh! fuh!!!

Pintu biliknya pun dikuak. Muncul le kepala aku terjengul di pintu. Segala kata-kata yang aku susun masa nak jumpa ngan dia tadi terus ilang entah kemana. Heh!

'Err..Amy Zuraida ke nih?' (aku ingat-ingat lupa rupa dia cemane..agak-agak ye dah dia nih)

Amyz ngan dahi berkerut menjawab..'A'ah, saya le..'

Dalam hati aku...Yess..!! dah jumpa dah.

'Hai, ni ct nih.' Aku senyum. Dia pun senyum. Aku tak cakap. Dia pun tak cakap. Sama-sama terdiam. Pastu...aku tanya dia...

'Dah makan ke?' (soklan peberet)

'Udah...' (Aisehh...sepatah gak dia jawab. Ni mesti malu-malu meow cam aku gak)

'Huh! jumpa jugak akhirnya ye. Hehehehe...ni le Amyz ek..' (aku mencari-cari kata-kata seterusnya)

'A'ahh..baru jumpa...so, nak bayor duit gathering le ni?'

'A'ah...nak bayor le nih. Alang-alang dah seopis tu..bayor direct je le. Maleh nak gi bank. (maleh lagi)...

Betul le kata Salji. Amyz ni memang suka senyum.

'Nak bayor untuk brape orang?' Dia bertanya. Aku senyum.

'Heh! untuk tiga orang...'ekekekeke......

Ok lah...aku benti kat sini le dialog kitorang ek. Panjang lagi kalo nak tulis. Kang tak balik kang. Suka aku dapat jumpa Amyz. Macam Salji cakap...bleh kamcing le kitorang nanti. Memula memang le malu-malu..tapi bila dah selalu jumpa...riuh le ye dak?

Korang tau tak..lepas jek aku bayo duit tu kat dia..lepas aku sembang-sembang ngan dia sesikit..aku pun mintak le diri untuk balik ke opis aku. Hehehe..takde gi jenjalan pun. Takde gelak kow-kow sangat pun. Just balas-balas senyum jek. Hahahahaha..lenkali le ye Amyz. Malu siot. Ala...sok-sok ok le tu...

Emm..pepagi semalam..kakak kedua aku call. Konon nak kacau aku le tuh. Ape? dia ingat aku ni tido lagi ke? Heh! aku ni...walaupun cuti...kalo dah bangun solat subuh tu..jangan harap le aku nak tido balik. Tak buleh le...dah memang takmo tido. So, untuk mengisi masa yang terbuang lepas subuh tu..aku baca le buku ke..atau buat le apa bende yang berfaedah sket selain dari tido. Basuh kain ke...buat breakfast ke...ape-ape la...

Ekekeke...oleh kerana dia call aku dan masa tuh mak abah aku takde kat umah..pegi kebun..maka aku pun mula la mengorek berita darinya. Aku tanya dia..apsal mak suh sangat aku balik raya aji nanti tuh? Mula...dia takmo cakap. Tapi bila dah dipujuk, dipujuk dan dipujuk...akhirnya terluah jugak..

Dia kata...raya haji nanti ada orang nak datang merisik dia. Bukan aku. Fuh! lega rasa hati. Terasa macam satu beban berat atas kepala dah ilang sama sekali. Oleh kerana diorang tuh tinggal jauh..kat Sungkai..(Sungkai ngan Beruas jauh ooo..) maka, diorang takleh nak datang selalu. Tu pasal le diorang nak datang ari raya. Di samping dok pot..pet..pot..pet tuh bleh le makan kuih raya. Kui, kui, kui....

Yesss..!!nanti aku bakal mendapat sorang lagi abang ipar. Hahahaha...kira orait le tuh. Dalam keadaan umur dia skang nih..dia dah memang patut kawin. Ciss..jahatnya aku. Tapi kan...mak aku nanti kepatahan sebelah sayap le. Takde sape le nak tolong dia kat umah nanti. Sampai le giliran aku pulak. Aisehh...masa ni le aku kene blajo memasak dari mak. Kalo takkk...naya. Aku kene timba ilmu banyak-banyak dari mak. Macam-macam ilmu. Emmm...orang tua-tua kata...masa kecik anak pompuan adalah milik keluarga pompuan tapi bila anak pompuan tu dah berumahtangga maka dia bukan lagi milik keluarganya tetapi milik suaminya. Hehehehe...kiranya terlepas le tanggungjawab untuk anak pompuan tuh. Kan, kan, kan....

Ok le...aku pun nak gi solat jap ni..ada masa jumpa lagi...bye...

[Agi Idop @ 1:15 PM]

Hehehehehe...salam pagi jumaat ye korang sumer. Sukanya aku ari ni. Bukan apa...korang tengok le tajuk kat atas tuh. Aku dah jumpa Amyz...

So, senang le aku nak bayor duit gathering kat dia nanti. Sebenonye camni. Aku e-mel Salji...pasal markah peraduan sambung pantun tuh. Dah lama dah nak emelkan markah tuh tapi masih belum berkesempatan. Nasib baik ari tuh aku curi-curi gak masa nak emelkan cecepat. Gathering dah nak dekat. Risau kot tak sempat. Kebetulan lak dia kata...kalo aku seopis ngan Amyz..dia nak mintak aku tolong bayorkan. Maleh nak gi bank. Hehehehe..aku bukan apa..kompius sebenonye Amyz tu keje kat mana...MOE ke...MHLG. Last..last aku mintak no. tipon Amyz kat dia. Bior aku tanya sendiri kat tuan punya diri.

Lepas aku mengkontek dia...maka...tuan punya diri pun mengaku jugak yang dia keje kat dot..dot..dot..seopis le dengan aku cuma lain bahagian. Aku dah agak dah memang dia keje kat situ tapi tak kompiden jek. Dah ramai orang dari bahagian dia aku tanya...

'Err..kenal tak amy...amy...'(lupa nama dia seterusnya..)..aku kompius dia ni pakai spek. Hehehehe...last-last...

'Sori le..rasanya takde officer yang baru masuk pakai spek kat tempat kitorang.'

Ah sudah..! aku le yang silap. Tapi akhirnya bertemu gak jawapannya. Syukran..syukran....

Oleh kerana itu...rehat tengahari kang...aku nak gi cucuk duit dulu...pastu..nak masukkan duit ke kampung pulak...pastu baru nak gi jumpa Amyz...aku nak bayorkan untuk Mush dan Salji. Err...sesapa yang nak mintak aku tolong bayorkan pun boleh....tapi, kasi duit le...hehehehhee....setakat ni duit masih mencukupi...lagipun aku kan budak rajin.

Skang ni aku tengah dok pikir nak beli apa le untuk hadiah pantun nanti ek? Tak reti le bab-bab nak kasi hadiah nih...susah. Opps...shhh...dendiam..aku takmo kasi tau sesapa...rahsia...rahsia...kang bocor kang tak surprise lak. ekekeke...

Ok le..lagi satu pasal rombongan 30hb tu..aku nak mintak maaf le. Tak dapat nak mengjoinkan diri le coz ari tu ari keje. Aku susah nak mintak cuti skang. Banyak keje. Tu pasal le aku dah tak boleh nak update ari-ari blog nih. Ni pun...aku curi-curi masa sket. Korang yang nak pegi tu..aku ucapkan semoga selamat dalam perjalanan pegi dan balik semula ke sini. Kalo makan ke...kalo gelak ke...waima nak tido sekalipun..jangan lupa kat aku tau. Muehehehehe...Ape pun...kita jumpa le masa gathering 17hb tu nanti ek.

Petang sok, lepas keje aku nak kuar KL ngan Mush. Kitorang plan nak gi semalam tapi tak jadi coz ada hal lain. Kene gi umah KSU kat gombak. Open house kat sana. Moga tercapai le hasrat aku nak beli kain pasang...isk, isk, isk....

Ok korang...aku stop sini dulu...bubbyyeeiiii....

[Agi Idop @ 9:53 AM]

23.12.03

Kisah berlaku sewaktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju, para guru pelatih
mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa...lengang, sepi!

Maka guru pelatih pun mulalah turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat
kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatat dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedari dah tertinggal.

Trainer lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka pun balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mulalah gabra..... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak berjumpa sesiapa. Start
lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. So dia pegi ketuk pintu. Keluar sorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: Siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak
didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai orang hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tu bermalam di pondok dia je sementara tunggu subuh untuk hantar dia pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai beralaskan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu pulak tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pegi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut le perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang..menggeletar giler maut...

Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi......
........??????............................

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ke tempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amat lah sangat.

Si bapak pun pergi le ke tempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si
bapak tadi heran tengok jari-jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...??????

So, lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam di pondok beliau. sudah tentu pada ketika itu syaitan dan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau
membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa pun mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya dengan
lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur
di katil nya 2 malam yang sudah..................................................

MOTIF CERITA....................

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan
halal seumur hidup...............

So apa lagi korang.... kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang!!!! Hahahahaha...

[Agi Idop @ 8:21 AM]

Maaf le kengkawan sumer. Aku betul-betul sibuk semalam. Ari ni pun aku tak tau le cemane. En. Padzli mintak cuti lagi. Balik kampung ari ni. Keje dia still blum settle. Seharian kat opis, aku ke hulu ke hilir membuat preparation untuk jamuan tengahari tu. Kepala pening memikirkan apa benda yang nak dicakapkan masa kat depan nanti.

Aku tau, posting aku semalam kuar sampai dua kali. Aku dah delete tapi kuar jugak. Nak belek-belek semula pun dah tak sempat. Lepas anto posting tu...terus tak sentuh pc lagi sampai le waktu balik. Arghhh...!!!

Surat-surat berlambak atas meja. Langsung tak terusik. Bayangkan le...aku ngan mama aku jek yang nak buat tu sumer. Unit aku memang tak ramai pompuan. Biasa le..keje-keje bersifat teknikal ni lebih kepada lelaki.

Ari ni lak ada jamuan jabatan aku. Jabatan Kerajaan Tempatan. Ada lucky draw ngan pertandingan pakaian tercantik. Hehehehee...hadiahnya aku dah tau. Mana taknye...kitorang yang belikan. Kalo le nasib baik...hadiah tu akan dapat kat kitorang balik. Hahahaha..masing-masing pakat dok merisik dari kitorang apa benda yang kitorang beli? Tapi aku tetap aku. Shhhhh....

Pepagi semalam, lebih kurang kul 9...buku yang aku order dah pun sampai. Penerbit Nadi Minda Sdn. Bhd. Buku tu bertajuk Bimbingan Solat. Harga RM 68. Kulit tebal. Mula-mula nak beli tu, aku pikir dua tiga kali. Untung ke kalo aku beli buku ni? Mahal tak? Okey tak? Tapi bila dipikirkan semula...buku ni buku ilmu. Takkan ruginya kalo kita beli. So, tanpa membuang masa aku terus mengorder. Seperti yang dijanjikan...buku tu telah sampai semalam dan harga buku tu pun aku dah bayor. Takmo berhutang. Susah nanti.

Balik kerumah...sumer housemates tanya. Belek-membelek buku tu. Nampak cam berminat tapi aku tau diorang dah sure takkan belinya. Aku ni pelik sket. Suka mengumpul buku-buku dan majalah. Bukan majalah hiburan tapi yang berunsur ilmu pengetahuan. Tu la hobi aku skang nih.

Waktu malam..sambil-sambil tengok tv, aku bukak buku tu. Sempat baca gak empat lima helai muka surat. Rupanya aku ni masih banyak lagi kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Tiba-tiba mata aku tertancap pada satu ayat dalam buku tu berkenaan dengan wudhuk. Ayat tu mengatakan yang jika wudhuk untuk setiap anggota kita berlebih dari tiga kali..(was-was)..itu bermakna yang kita memang ada buat satu kesalahan tanpa disedari. Astaghfirullahal'azim....kengkadang tuh..aku pun ada jadi gak macam tu. Alhamdulillah...moga-moga buku yang aku beli tu dapat memberikan banyak manfaat untuk diri aku.

Seblum tido...aku sms Mush. Aku ajak dia kuar KL krismas ni. Dia setuju. Bukan apa..aku boring dok kat umah jek sebenonye. Cadang tuh..aku nak beli kain pasang. Teringin nak buat sendiri. Mesin jahit dah ada dah kat umah. Bila lagi nak pakai baju hasil jahitan sendiri kan? Aku bukannya pandai sangat nak menjahit ni tapi sekurang-kurangnya aku tau le jugak. Kalau seblum ni aku asyik suh mak buat jek tapi kali ni aku nak buat sendiri. Mintak-mintak le jadi. Alah...agak-agak takut kain tu rosak..beli le kain yang murah dulu kan? Hehehehe...blajo..blajo....

Sian korang kan. Terpaksa baca blog aku yang striking giler ni. Striking ke? Aku tengok...idak pun. Ok jek. Emmm..takpe la. Aku try pilih kaler lain ek. Jaga hati pelanggan. Betul tak? Ekekekeke...

Ok, stop dulu...adiosss....

[Agi Idop @ 7:10 AM]

22.12.03

Uwaaa..posting untuk ari jumaat nye takde...!!! Aku sibuk betul la dua tinggu minggu ni...takde masa langsung nak sentuh pc. Curi-curi masa sesikit jek. Arghhh...!!!

Pagi ni pun aku sepatutnya dah sibuk dah. Kena prepare untuk jamuan perpisahan tengahari nanti. Nak masak nasik la. Nak serve tu la..ni la..Eiii..tolong la..tolong la. Keje opis lagi nak kena buat. Tu...hadiah pun blum berbalut lagi. Sape nak buat kang? Aku jugakkkk...tapi takpe...aku kan budak rajin. Ekekeekkee...

Malam tadi, jenuh aku dok call si Nor tu suh dia buatkan air untuk meeting ngan Dato' pagi ni. Udah henpon dia pulak suh tinggal mesej. Seblum tu aku dah sms dia dah. Bukan apa..aku cuma nak confirmkan jek. Mana le tau..kot-kot dia takleh. Haaa..udah satu lagi problem. Nak harap dia call balik, sampai besok pun takde. Ari tu nak order tak sempat. Nasib baik dekat-dekat nak tido dah aku call dia lagi. Huh! ada pun. Lepas cakap-cakap, dah confirm betul-betul baru hati aku rasa lega. Settle satu benda.

Tinggal satu lagi. Mama angkat aku call semalam. Dia suh aku jadik MC untuk jamuan perpisahan tu. Ahh...aku jugak. Takde orang lain ke? Nak taknak..berbekalkan semangat yang ada..aku akan tunjukkan kebolehan aku. Hehehehe...bukan senang nak jadik MC ni. Korang sure tak caya nye kan. Aku...kalo kena cakap kat depan orang ramai..insyaallah le boleh. Cuma...ge..ge..ge..gementar le sket. Sket jek..tak banyak. Alah..tu pasal le aku bleh nyanyi atas pentas masa family day ari tu...ekekekekekee...

Okay la..skang aku nak citer sket apa benda yang membuatkan aku sibuk sampai takleh nak posting ari jumaat tu dan aktiviti aku masa ari sabtu dan ahad. Hehehehe..

Jumaat-19hb Disember 2003

Ari tu, macam biasa..aku buat keje-keje seorang pembantu tadbir di opis tu le. Bermandikan surat-surat, fail-fail...dan yang seangkatan dengannya le. Lega rasa hati bila En. Padzli dah mula menunjukkan dirinya ari tu. Ringan le sket keje aku. Dia macam biasa...settlekan surat-surat ke dalam fail. Ntah macammana..dalam dok sibuk tu..Kak Ita lak ajak aku teman dia gi shopping hadiah untuk jamuan perpisahan ari ni. Masa tu..jam bergerak ke angkat 10.30 pagi. Eh, boleh ke kuar awal ni? Risau lak aku. Kang kene tegur kang. Naya jek. Alah...takpe....hehehehehe

Untuk tidak menghampakan permintaan beliau yang tengah pregnant anak ketiga tu, aku pun meminta izin dari En. Padzli untuk kuar ikut Kak Ita. Aku suh dia buat memo untuk meeting unit aku Isnin ni le. Dia kata Ok. Kebetulan lak bos-bos sumer kena jumpa Dato'. Heh! ambik peluang le sekejap.

Lepas jek dapat green light, bergegas aku turun ke lobi menunggu Kak Ita dan mama angkat aku untuk ke destinasi yang hendak dituju. Dalam kete, aku dok pikir. Kak Ita ni kan..aktif sungguh le. Dalam keadaan camtu pun masih boleh lagi bergerak ke sana kemari. Dia lak tu yang bawak kete. Aku nak bawak pun takleh. Takut. Kete orang ni susah sket. Lain le kalo aku ni memang dah expert bawak kete. Kalo kete aku sendiri takpe. Hehehehehe...

Destinasi pertama, kami pegi ke MACRO di Selayang kot. Kalo tak silap aku le. Kat situ le kami beli hadiah untuk En. Padzli tuh. Sebijik rice cooker dan sebijik iron. Ok le tu kan. Pastu...pukul 12.30, kami bergerak pulak ke Taman Melati untuk menghadiri open house salah sorang staff KPKT. Terpaksa kuar awal takut berebut ngan orang nak ke masjid. Oleh kerana umah akak tu umah flat so, paham-paham aje le kan. Sempit. Aku makan pun main sumbat-sumbat jek. Nasik lak tu. Mujur le tak tercekik. Mana idaknya. Kak Ita nak cepat. Lepas ni nak gi umah mama angkat aku lak. Tetamu yang datang lak semakin ramai. Lepas aksi suap-menyuap, lepas jek minum segelas air..kami pun mintak diri untuk blah. Hahahaha...sian kat aku. Nasik pun takdan nak turun ke perut lagi. Ahhh...pedulik kan...

Lepas singgah umah mama, ambik barang sket...kami mintak satu beg plastik beso untuk memuatkan segala barang-barang yang kami beli kat MACRO tadi. Kalo tak...pengsan le nak bawak naik ke opis nanti. Sebenonye..mama aku terpaksa balik awal sebab dia kene balik kampung dia di Perlis. Maybe ada hal le tu.

Pukul 1.30..aku ngan Kak Ita bertolak balik ke opis. Aku dapat agak..time tu orang pun dah nak balik dari masjid dah. Hemm....mujur selamat sampai. Aku hampir tak cukup nafas bila kena angkut beg plastik yang berisi barang-barang tu tadi. Bukan apa...aku cuma kesiankan kat Kak Ita jek. Dia tu dah le macam tu. Aku tengok dia semput semacam jek. Pulak tu..orang sumer pandang. Wuih! banyaknya barang. Nak buat apa? Heh! nak buat main-main le. Bodoh punya soklan.

Sampai kat opis, jam dah pukul 2. Ah...blum solat lagi ni. Lepas letak barang kat dalam bilik melepak...aku berlari-lari ke tandas untuk aktiviti seterusnya. Lepas solat...aku tolong Kak Ita balut hadiah lak. Hadiah untuk En. Nik. Dia pesan. Cisss..takleh balut sendiri ke? Itu pun nak suh orang. Hehehehe..

Memang kepala otak aku masa tu rasa bagai nak bergegar. Aku lari ke sana. Aku lari ke sini. Confirmkan bilik meeting. Rekodkan surat masuk yang berlambak atas meja. Uruskan penghantaran surat menyurat. Angkat tipon. Letak tipon. Jawab panggilan. Jadik operator. Huh! sungguh memenatkan. Aleh-aleh..air pun tak sempat nak order. Ntah cemane..aku dipanggil masuk ke bilik bos. Ct, meeting kita ni memang dah confirm ke pukul 10.30 pagi ni? Ntah la bos. Saya pun tak tau sebenonye meeting ngan Dato' tu abih pukul berapa. Susah-susah..saya buat pukul 2.30 le ye. Takde ganggu memane. Okeh! Hemph..aku jugak lagi.

Lepas tuko masa meeting kat memo tu, aku kasi dia sign. Lepas dia sign...dia baca-baca sket agenda yang tercatat di situ. Aik! renungan kali ni memang turn saya ke? Alah...banyak ngomel le pulak dia ni. Aku maleh nak tuko dah. Ok le tu. Err...bagi orang lain le dulu. Saya blum ready lagi. Hampeh! bos pun tak ready. Ok la..ok la..saya tuko le ni.

Lepas tuko agenda meeting..sekali lagi aku tunjukkan kat dia. Okeh...set. Tapi takpe...aku tak marah...ekekekeke..settle dah lagi satu benda. Ari tu jugak aku edarkan memo meeting tu. Aku ni macam tu le. Kalo dah kelam kabut...sumer benda tak jadi. Hehehehe...

Tepat jam pukul 4, aku terus capai handbag dan berlari menuju ke mesin punch. Maleh nak tunggu lagi. Kang lagi banyak keje.

Sabtu-20hb Disember 2003

Ari ni open house umah Kak Zar. Aku janji ngan Mush nak turun kat Setiawangsa. Malam tu..tanpa disedari...kredit aku tinggal RM 0.45 gara-gara bersms dengan Kak Ungku, HS, Mush, Kak Zar dan Mal. Hahahahaha....kredit...kredit...bising siot le henpon aku malam tu. Housemate jelllless jek. Henpon diorang sunyi sepi. Muahahahaha....

Mana taknya..bila aku tanya diorang tau ke tak jalan nak ke umah Kak zar tuh..sape sorang pun tak tau. Kak Ungku lagi le. Ingat-ingat lupa. Hahahaha...Aku lagi le tak ingat. Pegi umah Kak zar ari tu pun waktu malam. Mana nak cam. Gelap pekat. Pulak tu..kalo aku yang drive bleh le jugak nak mengecam jalan.

Takpe, Kak Zar call aku malam tu. Dia suh kami tunggu kat McD Sri Rampai le senang sket. Nak dipanjangkan citer...housemate ajak aku gi shopping kat Jalan TAR. Tempat terpopular. Hehehehe. Aku ni..oleh kerana tak tahan godaan..pegi le jugak. Lagi pun..aku takut nak tunggu bas sensorang petang nak gi umah Kak Zar tu. Maklum le..kat tempat aku tu dah banyak berlaku kes peragut..ragut-meragut. Heh!

So, bermula le citernye pada pagi Sabtu yang cerah cuacanya. Aku kuar ngan housemates gi jenjalan kat KL nun. Aku tak beli ape. Just ikut diorang gi beli hadiah..(hadiah lagi. ) Hadiah untuk jamuan hari raya Selasa ni. Aku bajet masa, kul 2.30 nak bertolak ke Setiawangsa dari Masjid Jamek. Lepas abih shopping, makan-makan (aku tak makan)..aku mintak diri untuk gi solat dulu kat Masjid India dan terus ke Setiawangsa. Kami berpisah di Semua House. Aku ke Masjid India. Diorang still shopping lagi. Lepas solat..elok jek nak kuar dari Masjid tu..Mush call aku. Rupanya dia dah sampai kat Setiawangsa. Aiseh...tak penah-penah aku lambat..kali ni aku terlambat lak. Dia heran cemane lak aku bleh ada kat Masjid Jamek. Ahhh...nanti le kiter citerkan Mush. Nak kejo masa nih. Sian dia nunggu aku sensorang.

Dalam perut Putra kat Masjid Jamek tu..aku bagaikan tak cukup nafas untuk kali kedua. Ye le..kalo dah berasak-asak cenggitu mana tak lemas nye. Nasib baik takde bau jek. Kalo tak...hehehehe..aku bukan ape. Memikirkan Mush yang dah lama menunggu aku. Tu pasal le aku sanggup masuk gak berhimpit dalam perut Putra tu. Lepas jek dari Damai baru rasa lega. Tarik nafas dua tiga kali. Ekekeke..

Sampai kat Setiawangsa, aku dah nampak Mush. Kitorang berjalan menuruni tangga. Aku call HS. Elok jek kitorang nampak kete dia kat sinun. Lepas masuk dalam kete..kitorang berhenti kat depan R&K. Aku call Kak Ungku. Mush call Salji. Kak Ungku tersekat lam jem. Salji baru sampai kat Kampung Pasir. Area mana Kampung Pasir tu pun ntah le. Kak Ungku suh kitorang tunggu Salji dan puterinya tapi Salji suh kitorang gi dulu. Kitorang pun amik le keputusan nak redah jek tanpa banyak bicara. Maleh nak tipon Kak Zar. Maybe dia sibuk kat dapur. Bior le sesat pun takpe. Nak sesat bior le ramai-ramai. Jangan sensorang.

Ikutkan HS, dua tiga kali kitorang pusing kat area-area situ semata-mata nak cari McD Sri Rampai. Eheh! Nasib baik le....si Mush ni bermata tajam. Dia nampak si Zhoulsz. Apa lagi. Kitorang pun panggil le dia untuk menjadi penunjuk arah. Hahahaha..kesian..aku nampak muka dia cam ada problem jek. Kui, kui, kui...kata nak balik kampung. Apsal tak balik gi? Hehehehe...(aku tak tanya bebetul..aku tanya dalam hati jek)

Lepas paksa dia suh lukis peta untuk ke umah Kak Zar, kitorang pun redah lagi ikut peta tuh. Kalo sesat lagi tak tau le. Hahahaha...

Tak berapa lama lam kete..Salji call Mush. Dia kata...dia skang kat McD. Hahahaha..padan muka dia. Kitorang lak bagi jalan kat dia. Jumpa kete tebako le..jumpa bas banyak-banyak le...jumpa tasik le...pastu belok kiri sket..jumpa pak guard. Eh, umah Kak zar le. Dah sampai.....

Aku nengok, dah ramai tetamu yang datang. Eh, cam kenal jek dia tuh. Oooo...Uncle EP rupanya. Ada dia. Panjang umur. Ingatkan tak abih kusus lagi. Hehehehe...dok tak lama...Putera Salji ngan Puterinya lak sampai. Hahahahaha...kat situ le baru aku kenal ngan PIN. Gejuis baru. Rupanya dia dah kawin. Ingatkan solo-molo lagi. Eceh!

Agak-agak dah panas punggung, Kak Ungku and Family lak sampai. Wow! abangnya dah ensem le. Rambut dah ilang. Hehehehe...(jangan mare ye kak) (salah satu cara nak ang-pow raya tahun depan) hik, hik, hik....

Macam biasa..aku takmo makan banyak cam kat umah Abas ari tu. Takut takleh nak berjalan. Just makan Roti Jala jek. HS lak dah jumpa peberet dia. Pengat Deghoyan. Ekekekeke...beratur kitorang dok sembang. Puteri Salji, Mush, Kak Ungku, Aku dan HS. Bila amik gambo jek..aku terus tenggelam. Hahahaha..kemana aku menghilang? Tak hilang kemana. Ada jek di sebalik Kak Ungku ngan HS. Hahahahha...sian kat aku. Huhuhu...

Lagi satu,group kitorang berjaya mengekalkan kejuaraan dengan melepak di umah Kak zar selama 3 jam lebih. Agak-agak aku le. Orang lain ramai yang dah beransur-ansur betuko. Paling best bila Wkdin kata lagi dua minit dia nak sampai umah Kak Zar tapi rupanya dah berakor dah kitorang menunggu. Dua minit tu lama ke? Hehehehe...takpe, dua saat kang mesti sampai.

Uncle EP dah maleh menunggu. Tapi, kitorang sabokan dia. Hehehehe..lebih kurang pukul 6 baru le nampak geng-geng Wkdin ni sampai. Uiii..ramainye eskot. Mal ada, Mawar ada, Jolliekins ada..ish! ramai lagi le. Lepas tu le..group kitorang pakat join dok buat bulatan tak cukup 360 darjah...nyembang-nyembang ngan diorang. Sesi bergambo pun bermula. Klik sana. Klik sini. Eceh...posing jangan tak posing. Lepas dah jumpa sumer...Ep mintak izin nak balik dulu coz dia nak pi nengok Mem kat spital. Cian dia.

Dok tak lama...sampai lak sorang lagi gejuis yang kata nak balik kampung tuh ngan member dia. Ni sumer citer Kak Ungku. Aku tak masuk campur. Heh!

Lepas borak-borak...Aku, HS, Mush, Kak ungku n Family, Putera n Puteri Salji pun nak balik....Berpisah le kitorang kat situ. Bersalam-salaman..bermaaf-maafan...

HS anto aku ngan Mush kat Jelatek. Masa tu ari dah gelap. Tapi aku nekadkan diri. Ye le...jalan sensorang nak masuk dalam tu. Ekekekeke...ape pun mekasih le buat sumer kengkawan....jasamu tetap dikenang.

Hehehehe...untuk citer ari ahd..rasanya takde ape. Aku just melepak kat umah. Maleh nak kuar lagi. Tak larat le. Ok, stop sini...nak gi wrap hadiah le. Ekekekeke...

[Agi Idop @ 7:28 AM]

18.12.03

Ekekekeke...kalo Mat Jan kata Bosantara...aku lak kata Bosannova...hahahahaha..pasal ape aku cakap cenggitu? Pasal...aku betoi-betoi bosan ari nih. Nak kata takde keje..ada. Tapi, aku bosan sungguh.

Bukan apa, ari nih pepagi lagi bos-bos aku kuor meeting kat Kementerian Kewangan. Mama angkat aku ngan En. Rahman pulak pegi lawat site. So, tinggal le aku, Kak Ita ngan sorang lagi staff company luor (dah lama dipinjamkan kat unit aku untuk urusan projek). Dah le unit aku ni tak ramai staff nye tambah pulak kuor meeting cenggitu..hai..sunyi giler le jawabnya.
Nak buat keje pun rasa tak seronok.

Tapi, jap tadi hati aku baru rasa seronok sket lepas 'dia' tipon. Walaupun tak lama tapi bila dah dengo suara..alah..rindu tu terubat jua. Ekekekeke...

Hemm...jamuan KPKT semalam memang aku tak pegi. Puas diorang pujuk tapi aku tetap takmo pegi. Heh! kalo dah aku takmo tu jangan dipaksa. Nak kata degil ke aku ni..kira boleh la...tapi kengkadang tuh..boleh gak cairnya..hehehehe...

Jap tadi aku try nak masuk GJ. Malangnya...bandwith pulak. Ahh...sampai bilakah perkara seperti ini akan berlaku?? Nasib baik sempat masuk pagi tadi dan sempat jugak la aku mengopi satu entry gejuis mana..ntah, lupa pulak berkenaan dengan bulan kelahiran. Haa...so, kat sini aku nak letak le beberapa statement tentang bulan kelahiran aku...

NoVeMbEr

-Banyak idea dalam perkara=kengkadang jek...
-Sukar utk dimengertikan @ difahami sikapnya=betul
-Berfikiran kehadapan=ntah le..
-Penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa=kengkadang jek..
-Pemikiran yg tajam=rasa-rasa....tak
-Daya firasat yg sgt halus & tinggi=(geleng kepala 2x...)idak...
-Bagus utk jadi doktor=langsung tak minat!!
-Cermat & teliti=betul
-Personality dinamik=tak tau..
-Sifat yg berahsia, pandai mencungkil & mencari rahsia=kengkadang jek..
-Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra=Ini memang betul. Takde penafian..ekekeke..
-Berani, pemurah, setia & byk kesabaran=betul tp kengkadang jugak...hehehe
-Terlalu degil & keras hati=tak selalu
-Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya=betul
-Tak suka marah kecuali digugat=betul
-Mudah ambil berat terhadap org lain=maybe
-Pandai muhasabah diri=ada jugak
-Cara berfikir lain dr org lain=tak perasan
-Otak yg sgt tajam=idak
-Pandai mendorong diri sendiri=betul
-Tidak hargai pujian=idak..@ tidak harapkan pujian=betul
-Kekuatan semangat & daya juang yg sgt tinggi & bila hendak sesuatu akan dicuba sampai berjaya=betul
-Badan yg tough=ekeekeke..langsung takdek..
-Kasih sayang & emosi yg sgt mendalam=betul
-Romantik=tak perasan
-Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang=ntah le
-Suka duduk di rumah=Kalo maleh nak kuor berjalan
-Sgt rajin & berkemampuan tinggi=kengkadang..
-Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia=ada le jugak..
-Tak berapa berjaya dlm mengawal emosi=kengkadang
-Bercita-cita tinggi=memang ada
-Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah=memang betul....

Aku lak nak tambah lagi satu
-suka sedekahkan senyuman-Muahahahahaha...

So, kat atas tu adalah antara ciri-ciri yang ada kat diri aku. Aku buat penilaian pada diri aku sendiri. Korang nye penilaian tak tau le pulak. Yang berwarna hitam tu memang tepat skali kene kat aku. Yang lain tu...ada gak..tapi paling tak best bila kata sesuai jadi doktor. Arghhh...mati patient kalo aku jadik. Kih, kih, kih....

Ok la..nak buat keje nih..adios....

[Agi Idop @ 10:53 AM]

17.12.03

Fuh! busy sungguh aku ari ni. Tak bergerak kemana pun. Toilet pun baru jejak tadi. Dari pagi tadi sampai skang keje melambak ateh meja. En. Padzli blum balik sini lagi. Gamaknya dah terus keje kat sana kot. Memang saat-saat kesibukan untuk aku tu semakin menampakkan dirinya.

Sekejap-sekejap tipon ateh meja aku bebunyik. Tak penah nye senyap. Tension aa. Maklum le...line tipon pegawe-pegawe aku kat sini still lagi tak O.k. So, tipon aku le jadik sasarannye. Tak cukup tangan nak buat keje. Nak rekod surat masuk le, nak masukkan surat dalam fail le, nak fotostat le, nak print le, nak anto surat le, nak draf surat le, nak itu le...nak ini le sumer dah jadi keje aku. Uwaaa.....tu blum masuk bab-bab kewangan lagi. Adehhh...bila la nak ada pengganti baru nih?

Jenguk blog kengkawan pun aku curi-curi peluang sket. Sekejap jek. Takleh lama-lama. Kang keje tak jadi.

Hem...bulan ni aku aktif bejalan ke sana ke mari. Ngikut kengkawan gi beraya. Open house le...open office le sumer ada. 20hb beraya umah Kak zar lagik. Sebenonye aku dah pegi umah Kak Zar tu (Cehh..!! ikut dialog Zizan-Ponds) Heh, heh, heh....so, bleh pegi lagi ke?? Ha, ha, ha....

Alah....kalo dah dijemput tu..pegi je le..kan, kan, kan...

Aku ngan Mush sebenonye ada plan lain lagi nih..tapi, aku tak sure le bleh ikut ke tak. Jauh sangat le. Luor KL. Aku ni susah sket. Kalo nak pegi memane kene mintak izin kat housemates (pengganti kakak-kakak aku kat sini), kat parents (di kampung). Ish! ramai lagi le. Mintak izin baru selamat hidup. Bukan apa, skang kan dah macam-macam terjadi kan. Dok pulak kat KL. Tentulah diorang risau. Tapi aku memang macam tu. Tu pasal le aku banyak tak tau tempat kat mana-mana. Ekekekeke....

Pasal kenduri tu aku memang takmo pikir sangat. Bior le. Maleh nak memikir. Lagi penin kepala ada le. Nak tau citer ke ape ke..tunggu balik raya sok la. Bukan raya kesmas ataupun raya cina tapi raya haji le.

Tadi...nengok gambo raya lam blog Kak Ungku jap. Best jugak. Sempat le aku copy dua tiga. Hahahaha...nampaknya suasana raya masih blom abih lagi. Raya, raya, raya. Tahun depan pun raya lagi. Heh! esok aku nak puase. Puase ganti aku tak abih lagi. Puase enam syawal pun tinggal sehari lagi. Nak perabihkan pun tak sempat. Hemph!

Petang satgi ada jamuan raya KPKT kat Dewan DRB tu. Aku maleh nak pi. Dok kat opis lagi best. Siapkan keje mana yang patut. Arghhhh....

[Agi Idop @ 12:35 PM]

16.12.03

Ari ni aku betul-betul busy. Maklum le, tak lama lagi aku bakal ditinggalkan keseorangan. Isk, isk, isk...sedihnye. Hehehehe...En. Padzli dah dapat tuko ke Kedah. Seronok le dia. Wife dia jek stay lagi sini. Takpe, dia ada alasan kukuh le kalo nak tuko sama nanti. Aku kat sini kena aktif lagi le. Sumernye aku yang kena buat. Nasib baik le akak-akak kat sini bleh tolong. Meeting pagi tadi pun diorang yang tolong serve kan air. Nak harapkan aku alamat tak siap le keje.

Diorang asyik dok tanya. Takde pengganti baru ke? Aiseh...mana le aku tau. Aku bukannye menguruskan hal-hal kemasukan kakitangan baru nih. Bior le. Nak buat cemane. Nampak gayanye...aku kene tuntut ilmu dengan lebih mendalam lagi le dari En. Padzli tu seblum dia pegi meninggalkan aku. Kalo tak, mau mati aku kat opis ni. Pening kepala. Buatnye pengganti dia tu orang baru (fresh lagi), hah! bakal trainer le aku. Kalo muda dari aku takpe le jugak. Kalo tua dari aku? Ish! bab ni yang aku maleh sket nih. Susah le kalo nak ngajo orang yang lebih tua dari kita nih. Tapi, ape-ape pun aku mintak le sumernye dalam keadaan baik.

Semalam, (malam semalam le) tengah dok sedap menyuap nasik ke mulut...tipon aku bebunyik. Aiseh...sape la pulak ni. Masa tu, aku bedua ngan Kak Izan. Oo...kampung aku yang tipon. (Kakak aku le) Mak aku tak pande.

Macam biasa le perbualan kitorang. Bertanya kabo mak, abah dan adik-adik. Tak lupa jugak Comel ngan anak ensem dia tu. Pastu....kakak aku mula le mengalihkan topik perbualan. Aku mula rasa tak keruan. Mak suh balik Raya Haji ni. Katanya nak buat kenduri sket. Aku agak, takkan le kenduri berkhatan adik kedua aku tu kot. Kecik lagi. Ish! musykil betul la. Lepas penat bertanya, kakak kata kenduri tu kenduri untuk aku. Ah sudah!! Aku mula syak yang bukan-bukan. Tak bleh jadi macam ni.

Segera pikiran aku melayang mengingati balik jalan citer cerpen "Selamat Tinggal Sayang" yang penah aku buat ari tu. Arghhh...!!! tak patut! tak patut! Aku takmo balik. Mak takkan tak tau kot.

Aku tak kira. Ape-ape hal pun aku serahkan pada kakak aku tu. Bior dia yang settle dulu. Aku takmo dia kecewa lagi. Dah banyak sangat dia berkorban untuk aku dan adik-adik. Bior le dia yang lepas dulu. Kalo tak...hati aku takkan senang. Aku tau, dia dah banyak sangat pendamkan perasaan. Apa-apa pun yang penah menyakitkan hati dia, tak penah sekali dia luahkan pada kitorang. Dia lebih suka pendamkan. Aku tau, dia cemburu dengan apa yang ada pada aku sekarang. Bila aku ingatkan dia...aku selalu nak nangis. Ish! aku terlalu sayangkan dia. Pengorbanan dia pada aku memang tak terbalas.

Tu pasal le kali ni, aku nak dia yang lepas dulu. Aku nak dia hidup bahagia. Aku nak apa yang dia hajatkan dan impikan tu tercapai. Mungkin orang boleh kata, alah...langkah bendul jek. Kakak ko pun untung. Memang le boleh. Tapi bagi aku, aku tetap tak setuju. Apa sekalipun, kali ni bior kakak aku yang lepas dulu. Cukup le dia dengan beban keje rumah. Bior le dia bahagia dengan bakal keluarga baru dia.

Tentang mak dan abah, toksah le dirisaukan. Aku dah janji kat diri aku yang aku akan tanggung diorang pulak. Aku nak tengok sumer adik-adik aku berjaya. Membesar menjadi sorang lelaki yang berguna pada keluarga.

Aku tau, kalo kakak aku ni kawin dah tentu mak abah aku akan susah. Lumpuh lah keluarga aku. Takde sape lagi yang nak tolong mak buat keje umah. Takde sape lagi yang nak tolong abah menoreh kat kebun sorang-sorang. Nak harapkan adik-adik dua orang tu sumernye kecik lagi. Syukurlah adik yang sulung dah nak masuk form three. Boleh le dia bantu abah sket-sket. Nampaknya, mak tak buleh le lagi nak tolong abah kat kebun. Abah dah tua. Kengkadang tu kene gak sakit demam. Kalo dia demam?

Tu pasal aku takmo study lagi bila aku tamat SPM dulu. Aku dah tau macammana keadaan keluarga aku nanti. Bior le aku keje. Aku rela. Bior le aku pulak berkorban untuk diorang. Dah banyak sangat yang diorang korbankan untuk aku. Bior le aku bantu adik-adik pulak. Umur aku muda lagi. Masih banyak lagi masa untuk aku pikirkan pasal jodoh. Tapi kalo aku mati dalam umur yang semuda ni?

Sekurang-kurangnya...kalo nak berlaku apa sekalipun...bior le ketiga-tiga adik aku tu dah beso dan dah boleh berdikari. Dah boleh bantu mak abah. Aku nak tengok sangat diorang berjaya. Aku nak tengok sangat mak abah aku tersenyum gembira.

Berjayakah aku? Tercapaikah hasratku? Insyaallah...

Citer macam ni jugak le yang aku citerkan pada Kak Izan malam semalam. Dia pun setuju dengan pendapat aku. Bior le kakak aku yang lepas dulu. Dia pun nak juga merasa kebahagiaan. Aku takleh le..kalo aku cerita panjang-panjang lagi, dah sure le aku nangis nye. So, aku terpaksa pendekkan citer. Apa-apa pun, aku tunggu raya haji je le.

So, skang ni aku tak tau samada citer aku ni bakal berakhir macam cerpen tu atau tak. Ahhh...abaikan.

[Agi Idop @ 11:02 AM]

15.12.03

Assalamualaikum..salam pagi Isnin..

Hik, hik, hik..aku nak gelak sekejap. Aku rasa le kan, start dari bulan posa ari tu sampai le skang ni memang bulan makan sungguh. Pi sana makan. Pi sini makan. Pendek kata, pi mai-pi mai makan la!! Heh, heh, heh...makan, makan...jangan tak makan. Selagi buleh makan, kita makan. Sok-sok dah tak buleh...nyesal lak. Kan, kan, kan....

Sabtu dan Ahad adalah hari makan-makan bagi aku. Kenape aku kata macam tu? Sebab...................teng, tereng.......!!!!!

Sabtu-13hb Disember 2003

Petang ni, lepas keje aku ikut mama angkat aku gi makan-makan kat umah dia. Hahahaha, mama angkat selaku opis mate unit aku. Dia ngaku aku ni anak angkat dia. Nasib baik dia takde anak lelaki bujang. Yang ada pun baru lepas PMR. Heh! kalo tak...dah lama aku ngorat. (cakap jek..buat idak pun..)

Umah dia kat Taman Melati. So, kalo aku nak balik nanti sonang jo la. Naik LRT jo. Mudah dan pantas. Kan, kan, kan...straight to Jelatek.

Rupanya, bukan aku sorang jo yang poei. Ado lagi duo orang. Akak satu kementerian gak. Diorang ni selalu jo tumpang mama aku nih. So, nak taknak kene le jemput sekali. Kok tak kang kecik ati pulak.

Lebih kurang satu jam gak la sebab campur ngan jem..(lupa nak bawak roti) kitorang pun sampai le umah dia. Wuishhh..ada makanan peberet aku le. Laksa penang weh. Hehehehe, apo laie. Aku tambah sampai dua pinggan jo. Jadi le tu. Kang berat lak LRT tu kang. Jenuh lak nak jalan. Muahahahahha......tak sampai umah le aku.

Oleh kerana hanya kitorang bertiga jek tetamu yang hadir masa tu, so...kitorang belasah le cukup-cukup. Malangnya...perut aku dah betul-betul full so, cepat-cepat aku stopkan. Kalo tak..naya jek.

Pukul 3, mama aku anto akak dua orang tu balik. Tinggal le aku sensorang bersama ngan anak-anaknya. Aku lepak2 situ sambil nengok tv. Tak lama kemudian, datang le kengkawan anaknya (lepasan SPM) beraya. Aku stay lagi situ. Dok tak lama..mama balik. Dia suh aku balik lewat sket. Takpun tido jek umah dia. Ishh! tanak le aku. Dah le tak bawak kain baju. Nak pinjam, anak-anak dia dah le sumer saiz beso. Bukan cam aku. (hehehehe...)

Takpe le..aku cakap kat dia..sok-sok aku mai lagi dan tido sini. Toksah risau nye. Elok jek sedap menyembang..umah dia diserbu oleh kengkawan anak dia tuh. Hampir sepuluh orang gak kot. Rasa nye le..humang aih...laki sumernye. Ahhh..takleh jadi nih. Aku kene balik. Segan aku cenggini. Kok kecik takpe jugak. Last-last...pukul empat aku telah dihantar pulang ke stesen LRT. Hehehehehe...mekasih mama. Babai...

Begitulah citernye makan-makan aku part I. Part II blum citer lagi. Rasanya lagi panjang kot dari part I nih. Ahaks, baca le korang sampai berpinau mata ye...

Ahad-14hb Disember 2003

Aku janji ngan Mush nak jumpa kat LRT Bangsar. Kak Sal pun tunggu kat situ. Lokasi yang strategik. Pepagi lagi Kak Ungku dah sms aku. Hahaha...dia suh tunggu kat Bangsar gak.

Tepat jam 12.15, aku sampai Bangsar. Tunggu Mush kejap. 12.30..dia lak sampai. Kitorang dua pun turun le gi jumpa Kak Sal. Dah lama dia nunggu rupanya. Elok jek dok dalam kete, Kak Ungku lak sampai. Hah! cantik sangat aku bajet masa. Hik, hik, hik.....

Setelah sumernye dah bersiap sedia...kitorang pun berlepas le ke umah abasan. Tapi, kitorang tak tau gi umah dia kat mane. So, kene amik masa jugak le nak cari umah dia tu. Jalan punya jalan...tak jumpa jugak. Kak Sal depan, Kak Ungku belakang. Kak Ungku depan, Kak Sal belakang. Depan belakang, depan belakang...tak jumpa jugak. Aisehh..mana lak umah dia ni. Nak cari Jalan Turi ni tak jumpak-jumpak. Petunjuk nya Apartment Wangsaria dah jumpak. Hah! apa lagi...U-turn balik la. Hehehehe...biasa la tu kan....tak sesat maka tak jumpa. Heh! betoi ke peribahasa aku ni??

Pusing pi..pusing mai..Jalan turi pun telah dijumpai. Masuk dalam....hah! no. 16 pun dah jumpak. Mak oiii..ni ke umah dia. Ekekeke...segan le pulak. Takpe, Kak Ungku ada. Ahaks..

Kitorang kat luar tu dok berkira-kira..nak masuk ke tak..nak masuk ke tak..nengok tetamu yang datang pun cam best jek. Hehehe..Kak Ungku tipon Salji. Mush tipon Zhoulsz. Rupanya dedua blum mandi lagi. Heh! apa le nak jadi.

Pikir nye pikir..ahh..masuk je le. Nama pun open house. Mak aih..pelan-pelan jek nak pijak lantai. Kih, kih, kih...(aku le. Orang lain tak tau le pulak). Mana si Abas nye? Tak nampak batang idong pun. Jangan-jangan dia pun tak mandi lagi. Kah, kah, kah....sekali si Abas jeling aku. First time jumpa dia nih. Memang sebijik cam jepun.

Hehehehe..seblum kitorang makan tuh..Kak Ungku dah pesan. Kene simpan suara. Jangan gelak kuat-kuat. Kena kontrol. Buat cam umah orang. Heh! aku gelak dalam hati. Betoi ke kata akan dikota????

Tanpa membuang masa lagi dengan menunggu jejaka dua orang nu sampai..kitorang pun angkat kaki pi makan dulu. Pilihan pertama, western food. Kitorang ikut Kak Ungku. Hahhahaha..makananan pertama Tauhu bakar ngan rojak buah. Aku tak amik sotong coz takut takleh masuk. Kitorang dok semeja. Still gelak dikontrol lagi.

Makanan kedua. ABC. Makan, tinggal sket. Pi ambik makanan ketiga. Lamb chop & chicken chop. Hehehe..aku rasa le. Chop-chop le jugak. Makan. Sapu habis sumer. Ni makan ke melantak nih? Ahhh..tak kira. Masa tu, gelak dah takleh nak kontrol. Belasah je lah...

Dok tak lama, dua jejaka tuh pun sampai. Hah! time ni memang group kitorang le yang paling riuh sekali. Pesanan Kak Ungku tadi memang dah hilang lepas kemana. Aku cari tapi tak jumpa. Ahaks...Group lain dah dua tiga kali bertukar orang tapi kitorang still maintain. Dari pukul satu sampai dekat-dekat pukul 4. Cayalah..!!Banyak muka yang memandang tapi kitorang buat tak duli jek. Ahh...buat cam umah sendiri. Hehehe...paling kesian bila tiga kali Abas dibuli untuk membuat air resipi baru dia. Cam Salji kata..Pepsi+F&N+Aiskrim Soda. Fuh! memang sedap. Giler-giler le perut aku nanti.

Lepas modal nak bersembang pun dah abih, kitorang pun pakat beratur nak masuk toilet. Pastu, dok lepak amik gambo kat umah Abas yang best tuh. Mekasih ye Bas. Eh silap lak. Bukan Bas...Abas. Jangan marah ek. Sok-sok...jemput le kitorang lagi.

Dah abih sesi bergambo, kitorang pun nak beransur le pulang ke rumah. Cadang nak gi Mid Valley ngan Kak Ungku tapi tak jadi takut jem. Last-last...balik umah le. Lepas bersalam-salaman..kitorang pun blah le. Kak Sal anto aku ngan Mush ke LRT Bangsar. Aku lak berpisah ngan Mush di Masjid Jamek. Dia nak gi shopping. Aku terus ke Jelatek. Yang lelain aku tak tau kemana hala tuju diorang lepas tu. Biarkan lah....hahahaha..

Sampai umah kul 5 petang. Fuh! raya sakan sungguh. Memang best. Thanks to Abas. Nasib baik aku pi. Kalo tak...sure kena panah nye. Hahahaha...aku lak takde buat open house. Close house ada. Sebenonye..tahun lepas aku dah buat kat umah sewa aku tu. Tahun ni tak dapek nak buek coz bajet nyo kocik. Duo orang housemate nak kawin tahun depan. So...kalo aku buek kat Perak nun korang nak pegi tak? Hahahaha....

Okess...stop dulu. Dah panjang dah aku menaip ni. Jari pun dah lenguh. Nak buat keje lak. Ok, bye...wassalam...

>>Sesungguhnya apa yang aku coretkan kat atas tuh tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka>>

[Agi Idop @ 7:55 AM]

13.12.03

Seribu Bayangan-Damasutra

Kau masih menduga sehingga kini
Andai ku bersenda dengan teka teki
Seribu bayangan aku gambarkan
Masih lagi kau tak mengerti
Sedalamnya lautan tingginya bulan
Bisa disentuh dengan pengetahuan
Sepahitnya henpedu bisa ditelan
Jika itulah penawarnya
Inikan pula perasaan
Yang lahir dari jiwa
Dan kita sama sama merasa
Denyut kasihnya
Bukan sengaja aku merahsiakan cinta
Tapi curiga kau kan tersalah sangka
Kerana kita rasa bangga bila dipuja
Dan rasa keji bila dihina
Kerna kita menolak segala bencana
Dan asyik bergembira dengan nikmatnya
Sedangkan semua ini adalah takdirNya
Dan kita harus bersyukur sentiasa
Bukannya teka teki gurauan hati
Sekadar melindung kasih yang tersembunyi
Bukan mudah mencari kasih abadi
Dalam terang ia sembunyi


Heh, heh, heh...Salam pagi Sabtu. Uish..sejuknya le ari ni. Mana taknye..hujan jek manjang. Kalo tak silap aku le..dari petang semalam lagi. Hujan, hujan, hujan..Best le katak-katak kat luor tu dapat mandi hujan.

Pagi ni aku letak satu lagi lagu yang aku rasa liriknya cukup best. Korang tau tak..aku bukan sesaje jek nak letak lagu kat sini. Sebenonye sumer lagu yang aku letak sini adalah antara lagu yang memang bermakna bagi aku...hehehehe...

Hem..sebenonye semalam aku dah post satu citer dah pase ex-classmate aku tuh. Tapi aku dah delete sebab post tuh kuor dua kali. So, aku pun delete le terus daripada menyemak jek kat sini. Aku tuko ngan posting lain. Sajak aku. Huh!

Nak citer lagi aku pun dah lupa apa yang aku citer semalam. Allamak..!!lupa lagi. Apa yang aku ingat?Ntah..mana la aku tau.

Ari ni, lepas keje aku kene ikut akak opis ni gi umah dia kat Taman Melati. Dia buat makan-makan sket. Nak taknak aku kene pi jugak le. Dah orang ajak. Lagipun bab makan nih tak tolak nye. Hahahahaha...

Esok lak aku tak tau gi nak gi ke tak umah si Abas tu. Kalo takde kawan @ geng aku taknak gi la. Tak best. Setakat ni aku baru ajak Mush ngan Kak Sal. Kak Ungku blum confirm. Kak Zar sure tak gi nye. Yang lelain aku tak tau. Bukan apa...sian kat Abas lak. Nanti sape pun tak datang umah dia. Kecik ati dia lak.

Wahhh...!! hujan gila-gila betul le kat luor tu. Menggigil dibuatnye. Dah le ekon pun sejuk. Mati le camni.

Aku baca weblog Mush tadi. Uiks, tekejut lak bila dia kata dia tengah dok survey baju pengantin. Mak aaii..takkan senyap-senyap jek kot. Tak aci le cenggini. Heh, rupanya bukan dia yang nak sanding. Orang lain. Hehehehee...korang..kalo nak kawin tu jangan tak gi tau kat aku lak. Aku marah nanti. Hahahahaa..

Merapu le aku ari ni. Takde mende ape nak citer. Ok lah..aku selitkan satu renungan sebagai pengajaran kita semua...

Allah menolak satu doa dari tiga doa Rasulullah S.A.W

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T : Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :

"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya Dia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)."

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini seronok kita melihatnya ?


Astaghfirullahal'azim...
Wassalam (^_^)

[Agi Idop @ 8:10 AM]

12.12.03

Ketika ini...
Tatkala mentari mula terbenam di ufuk barat
Aku masih leka di sini..
Leka memerhati suasana rembang senja
Dengan sinar suria yang kemerahan jingga..
Kicauan unggas tidak lagi kedengaran
Kerna semuanya sudah pulang ke sarang
Aku mengucap panjang..
Memuji kebesaran ilahi..
Dengan kasih dan rahmatnya
Aku kecapi rezeki
Yang tak pernah henti...
Ku dengar laungan azan..
Merdunya suara muazzin..
Agungnya tuhanku..
Allhuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!
Ku langkahkan kaki
Membawa diri
Untuk menyucikan hati..
Dari dipalut noda kehitaman..

Ketika ini..
Aku bersujud..
Memohon keredhaan dan keampunan dariNYa.
Memohon keberkatan dan limpah kurniaNYa
Ampunkan aku Ya Allah..!!!!

tulipbiru 23 September 2003
1.19 p.m
_________________

[Agi Idop @ 3:48 PM]

11.12.03

Tengahari ni..aku rilek kejap. Bos masih blum balik lagi. Esok baru aku dapat jumpa dia. Oleh kerana itu, aku duduk mengadap pc yang sentiasa setia menanti aku di sini.

Maka bermulalah ayat-ayat yang dikeluarkan dari kepala satu demi satu. Aku cuba untuk mengorek idea sebanyak mungkin namun tak berjaya. Idea cukup payah nak dikorek waktu-waktu sebegini. Mungkin waktu macam ni sesuai untuk duduk atas sejadah saje kot.

Sekian lama aku mengidam ingin mempunyai blog sendiri baru kini tercapai hasratku. Itupun setelah aku mendaftar di Gengjurnal. Aku cuba melawat beberapa blog teman-teman yang lain. Masing-masing dengan kreativiti sendiri. Masing-masing dengan cetusan idea sendiri. Aku kagum dengan mereka.

Kini, blog aku telah terpampang di depan mata. Nah! apa saje yang ingin kutulis, tulislah di sini. Tulislah sesuka hati. Tiada siapa yang melarang. Semuanya terdiri atas usahaku sendiri. Walaupun kadang-kadang ada satu dua kesilapan, namun aku pedulikan kerana aku tahu setiap insan yang hidup, setiap insan yang berjaya sudah tentunya belajar dari kesilapan. Tanpa kesilapan tiadalah kejayaan.

Aku bukan insan sempurna. Asal pun dari zat yang sama dengan insan yang lain. Aku juga melakukan kesalahan dan kesilapan. Setiap insan takkan terlepas dari itu melainkan Rasul Kekasih Allah.

Satu saja pesan mak kepadaku. Jagalah dirimu dan hiasilah peribadimu agar hidup kita akan selamat walau dimana berada. Ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat segala perbuatan kita.

...:Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalimu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu...:

Wassalam, adios..(^_^)

[Agi Idop @ 1:03 PM]

10.12.03

Sebagai Renunggan-Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Oleh itu, jalanilah hidupmu sehingga pada ketika kamu meninggal, kamu pula tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu akan menangis.

Ari ni, pepagi lagi aku dah excercise. Naik tangga turun tangga. Huf, huf, huf...penat ehhh.....bukan ape, dah lama dah stok kertas A4 kat unit aku ni dah abih. Nak gi ambik kat atas tu selalu jek terlupa. Nak kata aku makan kepala ikan idak le pulak. Nak kata makan kepala ayam lagi le idak. Buang tabiat le kalo cenggitu. Ye dak? Tapi, apsal ntah. Sejak dua menjak ni asik lupa jek. Dah nak mati ke? Hish! mulut...(tampor-tampor mulut dua tiga kali)

So, bila dah teringat tu tak kira le pagi ke petang ke..asal aku dah teringat, baik aku gi ambik cepat. Kang terlupa pulak kang susah lak. Jenuh lak nak terkejar-kejar gi cari kertas. Ada lif, jauh lak tu. Hiii...susah betul le dok tingkat tiga ni.

Nasib baik le aku ni sorang yang penyabor sket. Heh, penyabor ke aku? Buleh le di kategorikan. So, bila dah ambik, satu hal le pulak nak bawak turun...pasal aku ambik 2 rim. Satu rim ada 5...(5 apa ntah. Susah nak nyebut). Berat lorr..tak larat. Nak taknak, oleh kerana aku ni penyabor...so, aku kena le ngangkut sket-sket. Bak kata orang, sket-sket lama-lama jadik bukit. Ye dak? Heh, heh, heh...maka bermula le acara angkut-mengangkut dari tingkat empat ke tingkat tiga. Tak kira le penat ke idak. Janji, keje aku ni dah setel. Tiga kali aku naik turun tangga. Wahahaha...selim melim lagi le aku. Heheheee....

Bos tak balik lagi. Lamanya dia kat sana. Buat apa le lama-lama sangat. Tak boring ke? Ape yang best sangat kat Labuan tu? Heh, aku tanya cenggitu pasal aku tak tau. Nak ikut, dah dia pulak tak kasi. Hehehe..ada ke. Bukan apa, bos aku tu sebenonye memang baik. Ramai orang kata, aku bertuah dapat bos cenggitu. Bagi aku biasa jek. Memang dia baik. Nasib baik dia dah kawin. Kalo tak.......hahahahaha..sori ek bos. Minta maaf. Aku dah merapu dah ni. Biasa la..boring tak abih lagi. Boring gila tahap cap babas dah ni.....

Tadi, masuk GJ jap. Aku blum round-round weblog kengkawan lagi pasal GJ dah tak selalu aku masuk dah. Tu le pasal kan. So, oleh kerana skang nih aku dah berjaya memotong Countselar, so.....aku akan teruskan lagi dengan selalu menjenguk ke GJ. Sian GJ. Lama aku tinggalkan dia. Hem...mesti dia rindu giler kat aku. Kui, kui, kui.....aku hanya sempat menyembang dua tiga patah kata jek kat blog kengkawan..lepas tu aku masuk sini pasal nak tulis satu posting untuk ari ni....

Huh! Aku mengeluh lagi dua tiga kali. Tak tau nak tulis apa. Apa kata aku letak aku nye 'karya bodoh' kat sini. Hasil tulisan aku. Takde ciplak mana-mana. Key, korang yang tak kisah tu..meh le baca ek..

KETIKA INI I

Ketika ini..
Aku hanya mampu tersenyum..
Melihat keriangan rakan-rakan
Gelak tawa teman-teman
Yang bisa memikat hatiku
Untuk menyertai mereka
Tapi aku tak terdaya..
Kerana ku tahu..
Siapa diriku yang sebenarnya..

Ketika ini..
Aku sedang dibuai keresahan
Aku sedang dihayun rasa kebimbangan
Apakah masanya sudah tiba
Oh tuhan !
Aku belum bersedia
Untuk menjadi tetamu jemputan mu Ya Allah..
Masih banyak lagi yang harus kusediakan
Masih banyak lagi yang harus kubekalkan
Untuk menjadi tetamu Mu Tuhan...

Ketika ini...
Aku sedang berkira-kira..
Sudah berapa banyakkah dosaku?
Sudah berapa banyakkah amalan ku?
Apakah yang perlu ku bawa bila di sana nanti?
Aku tak rela dijemput dalam keadaan diri
Yang penuh dengan dosa dan noda
Aku mahu bertaubat
Ampunkan dosaku Ya Allah..!!

Ketika ini...
Aku sedang menangis
Menangis memikirkan nasib anak bangsaku
Bagaimanakah nasib mereka suatu waktu nanti
bangunlah wahai muslimin dan muslimah
Marilah kita semua berjihad
Memerangi musuh Allah
Biarlah kita mati menjadi mujahid dan mujahidah..
Bangunlah kalian !! bangunlah !!

Ketika ini..
Aku terbayang saat-saat aku
Di ambang kematian
Aku dimandikan..
Aku dikafankan..
Aku disembahyangkan..
Aku dikebumikan..
Aku ditalkinkan...
Aku ditinggalkan...

Ketika ini..
Aku keseorangan..
Bertemankan papan-papan keranda
Dan tanah merah serta kain putih
Yang kian mereput dan terus mereput menjadi baja..
Aku hanya menunggu masa dan ketika
Untuk ditanya dua pesuruh Allah
Munkar dan Nakir..

Ketika ini..
Aku terbayang wajah-wajah kesayanganku
Selamat tinggal ayah..
Selamat tinggal ibu..
Halalkanlah segala makan dan minumku
Halalkanlah air susumu
Ampunkanlah segala kesalahanku
Kerana tak sempat untuk mencapai
Impianku menjadi seorang anak yang solehah
Yang sentiasa mendoakan akan kesejahteraanmu berdua..
Kepada teman-teman tersayang..
Maafkan aku kerna pergi dulu..
Relakanlah pemergianku
Biarlah di sana nanti kita bertemu
Terimakasih kerana menjadi
Teman-teman terbaikku...
Ketika ini dan suatu waktu dulu..


Perahan idea
tulipbiru 19 September 2003-12.00 p.m.


Sajak ni (sajak ke? buleh la..) aku tulis masa hati aku ni rasa macam dah nak mati. Aku rasa macam dah dekat nak menghembus nafas terakhir. Hampir-hampir. Aku rasa macam aku dah nak tinggalkan segala-galanya yang aku sayang kat dunia ni. Sedih. Tapi, aku bersyukur yang aku masih lagi diberi peluang untuk terus beribadat dan bertaubat kepada Yang Maha Esa.
Amalan aku ke sana tak cukup lagi. Ntah ada ke tidak? Astaghfirullahal'azim....

Korang tau tak...cita-cita aku masa kecik dulu ialah nak jadi penulis. Sampai skang cita-cita tu masih lagi tersimpan kukuh dalam hati aku ni. Aku memang minat menulis. Masa tingkatan empat dulu, aku nak masuk kelas sastera sebab ada subjek lukisan dan sastera. Tapi tak dapat, sebab cikgu dah suruh aku ambik akaun dan perdagangan. Huh! tak suka. Tak sampai sebulan, aku tukar sekolah ke SMKASAS Seri Iskandar. Lagi le takde sastera. Ahh...tensionnye.

Aku rasa, kalau aku ambik sastera dan lukisan dulu, adakah aku akan jadi penulis skang nih? Hem...belum tentu lagi. Betul tak? Yang penting usaha. Takpe...ape pun mula dari bawah. Begin with the first step.

Ok lah, aku nak berenti dulu. Nanti, kalo aku rajin..aku sambung lagi. Biasa le, posting setakat satu jek rasa tak puas. Kalo boleh nak post dua tiga. Hehehehehe...

Adios..!!! (^_^)

[Agi Idop @ 12:08 PM]

9.12.03

Adoiii....!!!!boring tau boring. Aku nak buat ape sebenonye nih? Keje dah le takde. Nak sembang ngan bos pun, bos pun takde. Pi outstation ke Labuan 4 hari. Lusa baru masuk keje. Hallamak...rindu le pulak...ececeh.....(^_^)

Dua ari yang lepas, aku dapat berita yang En. Padzli dah nak betuko ke Kedah. Arghhh..!!tensionnye. Lepas ni aku sorang-sorang le yang kene buat keje sementara nak nunggu pengganti baru. Mati le aku macam ni. Kalo dapat pengganti baru (fresh), maknanye aku le yang kene mengajo dia tapi kalo aku dapat penggantinya yang dah ada experience maknanye aku leh le rilek-rilek sket. Aiseh....apsal le aku ni. Teruk betul! Hehehehee...

Untuk menghilangkan keboringan tahap melampau dah ni...aku on kan winamp. Dengo lagu jiwang-jiwang sket. Rasa melayang-layang sekejap. Heh, heh, heh..

Kat PC (depan) dengo winamp. Kat belakang dengo RMKL. Huh! mana satu yang aku nak dengo ntah. Suka aku la....!!!

Lepas ni aku kene tingkatkan lagi kualiti keje aku. Takmo lagi main-main. (Kadang-kadang tu aku main-main tau). Bukan main-main, orang kata buat keje tak sungguh-sungguh. Iye dak? Aku angguk dua tiga kali.

Tahun depan 19hb, sumer bahagian dah nak kena submit Laporan Penilaian Prestasi. Bahagian aku pun tak terkecuali tapi kitorang satu hapa pun blom sentuh lagi. Dah last minute sok baru le kelam kabut. Aku pun masuk sekali la.....

Bila diingat-ingat balik citer open house masa dua malam tu, aku nak gelak pun ada. Gelak kat diri aku sendiri. Apsal le aku ni pemalu sangat? Bukannya ada buat salah pun. Bukan malu...tapi.........Ahhh...sama le tu cuma perkataan jek berbeza. Amende le....

Seronok sebenonye bila jumpa-jumpa macam tu. Dapat kenal-kenal satu sama lain. Aku tengok sumer-sumer nye sporty. Eh, silap pulak. Sporting bukan sporty. Tah hape-hape le. Ni le padahnya bila dah boring terlampau. Nak mengeja pun dah tak reti. Masuk darjah satu balik laaaa...!!

Tapi, lain kali kalo ada perjumpaan aku takmo balik malam lagi dah. Aku takut. Bukan takut ngan keadaan malam tu tapi aku takut sebab aku tak penah balik malam. Terus terang aku cakap, kalo nak jumpa pun bior le waktu siang. Kalo boleh jangan bawak sampai ke malam. Susah hati rasa. Hehehee...

Oppss..! dah pukul satu? Cepat sungguh. Sedo tak sedo kang dah pulak pukul 4. Jeng, jeng, jeng.....masa tu dah ready le ngan beg nak angkat kaki. Hehehehe...Balik...!!!!!!!

Hem...tarik napeh jap. Lepas. Tarik lagi. Lepas. Ahhh...baru segar rasa mata nih. Nak segar lagi pi ambik ayaq semayang. Sure best nyek. Kan, kan, kan....

Sebenonye, dah dua tiga kali aku round-round weblog kengkawan. Bukan apa, kalo ada modal tu, nak gak menyampuk seratus-dua ratus patah. Memasing nye citer takde citer lain melainkan citer open house kat umah Kak Ungku, Salji ngan kenduri umah Jigo. Gi weblog Wkdin, dapat le nengok gambo kitorang masa gi umah malam tu. Tapi gelap sket jek. Apsal ek? Gelap pun gelap la....asalkan nampak batang idong aku..heh, heh, heh......

Hem...gi weblog yang lain tu, ada lagi yang blom mengupdate. Tak kisah la...aku rasa, kalo le setiap weblog diorang tu diletakkan alat pengesan bekas tapak kaki, dah sure tapak kaki aku yang paling banyak sekali. Tak caye tanya doraemon sebab alat pengesan bekas tapak kaki tu ada kat dia. Hish, ape bende le yang aku merepek ni. Dah boring cenggitu le gayanye.

Kufikir-fikir, kufikir-fikir (ala-ala lagu Dunia Belum Berakhir-Sha Den), kalo le gaya aku bercakap masa kat luor sama dengan telatah gaya aku bercakap masa kat dalam ni, dah sure best kan. Tapi kenapa tak boleh???? kenape???? Mesti boleh jugak!!! Mesti..!!!

Mungkin masa kecik-kecik, mak aku tak kasi aku makan togel (cenonggeng) ayam kot. Kalo tak dah sure mulut aku jadik mulut murai. Ha...masa tu dah tentu korang-korang sumer tak berjaya nak menepis segala percakapan aku kan. Tepis lah ala-ala silat gayung tapi aku akan tembak bagai sebutir bom yang jatuh di Hiroshima. Kebabommmm...!!!Tak cukup dengan tu, aku akan bedil korang bagai peluru berpandu yang memusnahkan Bangunan WTC tuh. Bior korang sumer kena tembak......Ekekekekeke...

Tapi, itu sumer hanyalah impian dan angan-angan aku saja. Mungkinkah aku akan jadi seperti tu? Bila? Esok? Lusa? Tahun depan? Dah nak mati? Di Akhirat? Astaghfirullahal'azim.....Aku taknak jadik Mat Jenin. Sedang berangan, bedebuk!!! jatuh buah kelapa atas kepala. Tak ke naya.

Aku harap impian aku berjaya. Aku mintak angan-angan aku tercapai. Semoga dikabulkan tuhan. Okeylah, jam dah satu setengah dah pun. Aku nak rehat kejap. Jumpa lagi esok. Babai.....adios..(^_^)


[Agi Idop @ 12:44 PM]

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Sejak kecil, aku telah dididik oleh mak dan abah dengan didikan yang sempurna. Cukup dengan didikan agama, dunia dan akhirat. Aku bersyukur kerana mak dan abah tak pernah sedikit pun mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa walaupun keadaan keluarga yang susah pada masa itu. Aku sebagai anak bongsu dan masih kecil hanya tahu meminta sahaja.

Aku tak pernah ke sekolah tadika. Kata orang, kalau tak ke tadika nanti, anak-anak takkan jadi pandai. Mak dan abah hanya tersenyum. Biarlah dengan kata orang. Pedulikan mereka.

Tanggal 1989, aku mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Beruas. Bayangkan, abah terpaksa menyara sekolah tiga orang anak-anaknya iaitu aku dan dua orang kakak.

Dengan bekerja sebagai penoreh getah di kebun orang, berapa sangatlah yang abah dapat. Mak hanya menjadi suri rumah masa tu. Aku ingat lagi. Pendapatan sebulan abah untuk menampung kami sekeluarga hanyalah RM250. Cukupkah sebanyak itu? Tapi aku bersyukur, abah tak pernah sekali merungut dengan jumlah tu melainkan semakin berusaha untuk menambahkannya.

Abah dan mak tak bersekolah tinggi. Abah hanya bersekolah selama satu hari dalam darjah satu manakala mak pula langsung tak bersekolah. Walaupun begitu, abah tahu juga membaca. Kadang-kadang aku ajar mak mengeja dan membaca. Alhamdulillah...sekarang ni mak dah pandai membaca dan menulis. Syukur aku kepada tuhan.

Kami adik beradik amat menghormati mak dan abah. Tak pernah sekali kami meninggikan suara kepada mereka. Dengan sekali jelingan, kami dah tau yang mereka tak suka. Kami tak pernah menipu mak dan abah. Jika ada buat salah, mengaku sajalah dan tunggulah hukuman yang akan dikenakan. Sekurang-kurangnya ia memberi pengajaran kepada kami.

Mak dan abah amat mementingkan pergaulan anak-anaknya antara lelaki dan perempuan. Jika aku ingin kemana-mana selepas tamat sekolah, aku mesti maklumkan kepada mak dan abah. Aku tak mahu mereka tertanya-tanya dan risau denganku kerana aku tahu, mereka dapat merasakan apa yang anak-anak mereka lakukan bila diluar pemerhatian mereka. Mungkin kerana kami ni perempuan.

Kejayaanku dalam UPSR amat menggembirakan hati kedua orang tuaku. Aku ditawarkan ke sekolah berasrama penuh tapi malangnya aku gagal dalam ujiannya. Mak begitu kecewa. Aku sedih. Aku taknak lihat mak menangis. Aku tekadkan dalam hati yang aku akan gembirakan mak lagi satu hari nanti.

Sebaik saja keputusan PMR diumumkan, aku bersyukur kerana keputusan yang aku perolehi agak baik. Aku tunjukkan pada mak. Aku tunjukkan pada abah. Ternyata mereka berdua gembira. Tak lama selepas tu, aku ditawarkan sekali lagi ke sekolah agama di Sri Iskandar kerana dari tingkatan satu hingga tiga aku belajar di kelas aliran agama. Aku ambil matapelajaran Bahasa Arab. Mak seronok. Abah gembira. Aku nak terima tawaran tu tapi aku berfikir kembali. Darimana abah nak dapatkan wang untuk pembiayaan aku ni nanti? Jumlah tu terlalu banyak bagi kami. Niat aku untuk meneruskan persekolahan di sana aku batalkan. Aku tak mahu lihat lagi mak dan abah susah hati kerana aku.

Tanpa aku sedari, abah telah mengeluarkan wang simpanannya untukku. Aku terkejut. Nak taknak, aku kena terima. Dengan iringan airmata, mak dan abah merestui persekolahanku di sana. Aku pergi dengan hati yang rawan. Sedih kerana mak dan abah sanggup bersusah payah kerana aku. Setiap hari abah menoreh. Sakit demam abah dah tak peduli lagi semata-mata untuk mencari wang membiayai segala yuran-yuran aku di sini.

Ternyata, setelah kakiku memijak lantai bumi SMKASAS, hatiku bergetar. Ini sekolah anak-anak orang kaya. Berbezanya dengan aku. Waktu hari pendaftaran, ramai mak ayah mereka hantarkan tapi aku? Aku pandang di sisi. Tiada orang lain cuma mak dan ayah saudaraku saja. Itu pun kerana mereka berkereta.

Dua tahun aku mendapat pendidikan di situ, tak pernah sekali pun aku rasa gembira. Walaupun kelihatan pada zahir tapi batinnya setiap hari aku menangis. Setiap kali hujung minggu, aku akan berdiri termenung di hujung koridor memandang ke bawah. Ku lihat ramai rakan-rakanku bersama dengan ibu bapa mereka. Bila pulang saja ke dorm, tak cukup tangan menjinjit barang-barang yang dikirim tapi aku?

Bertemankan airmata setiap malam, aku nekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku akui, aku tidak sebijak mereka. Aku tidak sepandai mereka tapi aku harus berusaha. Segala kritikan yang cikgu lemparkan, aku jadikan semangat untuk terus belajar.

Setiap kali pihak asrama menganjurkan sesuatu, aku selalu tak berpeluang. Mungkin aku masih dianggap baru di sekolah tu. Aku akui, aku ada bakat cuma mereka saja yang tidak mengetahuinya. Bergaul dengan anak-anak orang kaya terasa begitu kerdilnya diriku. Ah...pedulikanlah mereka.

Aku tak suka bergaduh. Aku tak suka bermasam muka. Biarlah mereka rebut peluang tu. Biarlah mereka ambil semuanya. Sampai bila mereka begitu?

Selepas tamat SPM, aku mengajak adik lelakiku sebagai peneman. Kelihatan rakan-rakan sekelas begitu gembira dengan keputusan mereka. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat. Walaupun tak sehebat mereka tapi sekurang-kurangnya aku masih ada lagi harga diri. Pelajar Terbaik SPM 1999. Aku dekati dirinya untuk menghulurkan salam tahniah namun sedikitpun tidak diendahkannya. Aku benar-benar terkilan. Terkilan dengan sikapnya. Bukan dia saja, malah pelajar lain pun begitu. Mungkin bagi mereka, aku dah tak layak lagi untuk merapati mereka. Aku tarik nafas. Tangan adik kutarik lalu kami berdua terus melangkah pulang. Dalam hati, aku benar-benar terluka.

Baru-baru ni, aku dapat tahu yang dia (Best Student) tu baru saja melangsungkan perkahwinan. Sikitpun aku tak dijemput. Mungkin aku ni dah tiada lagi dalam senarai teman sekelasnya. Aku tak kisah..biarlah dia dengan dirinya. Walaupun ada teman-teman sekelas lain yang mengajak aku pergi tapi aku menolak. Kalau tidak dijemput untuk apa aku pergi?

Sejak dari itulah, aku nekadkan dalam diri yang aku tak ingin sekali-kali melepaskan segala peluang yang aku dapat kepada orang lain. Aku nak rebut dan jika ada kesempatan, aku akan tunjukkan pada mereka yang aku bukan lagi seperti dulu. Biar mereka buka mata. Biar mereka ternganga.

*****************************************

Sebenonye, aku takde ceghite apa yang nak diceghitekan kat sini hari ni. Hehehehe...ceghite kat ateh tu pun saje je aku nak letak. Bese le..imbeh balik dulu-dulu. Kalo aku tak pueh hati, aku akan tulih kat sini.

Gaye bentuk bahase, aku nak pelbagekan. Aku takmo seronok je. Kadang-kadang tu ade juge sedih kan. Rase marah, tak pueh hati, geram, takut dan sebagenya.

Okeh, aku kene beghenti sini dulu. Nanti ade mase, aku sambung lagi....adios, (^_^)

[Agi Idop @ 7:22 AM]

8.12.03

Posting kedua dan terakhir untuk ari ni. Rasanya tak banyak yang nak aku tuliskan memandangkan masa dah semakin suntuk. Sebenarnya, hati ni telah memaksa aku untuk tuliskan jugak apa yang tersirat kat dalam nih ari ni. Bukan aku tak puas hati tapi..sekurang-kurangnya beginilah realiti diri aku yang sebenar. Maafkan aku kawan.

Mungkin aku agak pendiam atau pemalu semasa berjumpa di open house dua malam tu tapi kalian semua harus faham bahawa kita berjumpa bukannya setiap hari. Baru pertama kali bagi aku. Oleh kerana itulah aku menghadapi sedikit masalah nak berkomunikasi di luar, secara berdepan. Maklumlah...aku ni perempuan. Rasa malu tu tak boleh nak dilarikan.

Ikutkan hati, memang aku nak menyampuk bila setiap kali kalian semua bukak mulut tapi tak boleh. Minta maaf lah. Kalau dalam forum memang kalian yang belum pernah jumpa aku akan kata yang aku ni peramah dan sebagainya tapi sebenarnya tidak. Aku memang macam ni.

Sebenarnya, jika kita semua berjumpa setiap hari sudah tentu aku tak macam ni dan korang semua akan tau perangai sebenar aku. Suka mengusik. So, nantilah..aku citer lagi untuk esok. Ari ni memang tak sempat. Ada banyak sebab dimana aku jadi begini....

Maaf ye kengkawan semua. Insyaallah...di lain hari kalau kita jumpa aku pasti tak macam dulu lagi...............

Wassalam..(^_^)

[Agi Idop @ 3:47 PM]

Huh! selama dua malam berturut-turut aku balik lewat malam. Pukul 12 baru tercongok depan rumah. Nasib baik ada orang hantarkan. Hehehee..Terima kasih to Uncle Ep, HS dan kengkawan lain.

Ari Sabtu, 6 Disember 2003 aku dan gejuis lain dah bercadang nak gi umah Kak Ungku. Cepat-cepat aku sms Mush ajak dia gi sekali. Hehehe...aku taknak gi sensorang. Takde kawan segan lak.

Petang tu, lepas keje aku suh housemate balik umah dulu. Jangan tunggu aku sebab aku nak gi beraya. Hem..sure diorang pelik. Kemana la budak ni nak pegi..
Ahh..aku citer kat diorang kang buat muka tak senang lak. So, lebih baik aku takyah citer. Walaupun tak sumer cenggitu tapi tak best la kan.

Tepat jam 2 petang baru aku dapat Triton ke Bangsar. Aku janji ngan Mush nak jumpa kat KL Sentral. Err...sebenonye, ni le first time aku naik komuter. Seblom ni aku tak penah naik. Tu sebab aku ajak Mush gi sekali. Sambil-sambil tu buleh le aku belajar. Kan kan kan.

Pukul 2. 30 baru aku sampai kat KL Sentral. Mush blom sampai lagi. Takpelah, aku tunggu. Untuk tak susah nak mencari nanti, aku amik keputusan taknak turun ke bawah lagi so, senang le nak jumpa. Malangnya, ari tu orang ramai sangat. Macam nak balik raya jek. Tak pernah-pernah ramai cenggini.

Lebih kurang 10 minit Mush call aku. Dia tanya aku kat mana. Aku kata aku kat depan lif. Tak sempat nak cakap yang aku tak turun lagi. Berpinau gak mata nak cari Mush dalam beratus-ratus orang yang kuar dari perut PUTRA tu. Tak jumpa. Aah..sudah! Mati aku nak mencarinya. Dia pun tak jumpa aku. Last2 aku turun jugak ke bawah. Cari dia lagi tapi tak jumpa. Dia sms aku cakap yang dia ada kat entry PUTRA. Aku gi le kat situ tapi tetap gak tak jumpa. Waaa...mana dia ni? Susahnya nak cari. Pegi balik, pegi balik aku lalu situ tapi tak jumpa jugak. Hadoii..!!awat susah sangat ni? Ke....aku yang tak cam dia lagi.

Dalam dok mencari tu, aku toleh gak belakang. Tup-tup nampak le sorang gadis specky jalan ke arah aku. Ha...!!baru jumpa. Huh! Penat weh..

Lepas dah jumpa, kitorang plan nak gi beli makanan. Ringan jek taknak berat-berat kang takut tak muat lak nak masuk makanan Kak Ungku. Hehehe..Masuk 7-Eleven. Beli makanan pastu terus gi beli tiket komuter. Nak beli secara manual, fuyooo...ramainye orang. Beratur panjang beb. Terus gi beli guna mesin. Tiba nak masuk duit, ahh...mesin taknak terima. Pulak dah...apsal cenggitu. Penat aaa beratur panjang-panjang. Last-last kitorang pun terpaksa la beratur panjang gak. Mujur le elok jek kitorang masuk, barisan telah betuko kepada dua. Fuh! selamat....

Tambang komuter ke Seremban sebanyak RM 6. Pukul 3.30 kot tak silap aku la baru kitorang dapat komuter tu. Ooo..cenggini ke komuter nye. Pernah nengok jek tapi tak pernah naik. Hehehe..ape la aku ni. Nama jek dok KL. Ye la, aku nak berjalan kemana naik komuter ni?

Dalam perut komuter tu, Kak Sal @ Salina (Aku kene panggil kak sebab dia lebih tua dari aku) sms aku yang dia baru jek dapat komuter ke Seremban gak. Sah! kitorang naik komuter yang sama. Aku toleh Mush. Sian dia. Terpaksa pakai sweater. Demam-demam pun aku ajak dia jugak. Tapi takpe, kalo tak...takde le kitorang jumpa kan.

Sampai kat mana ntah, Kak Ungku lak sms. Dia cakap sampai Nilai kang gi tau le dia. Senang dia nak bajet sampai ke Seremban. Aku yang hampeh ni tanya dia balik. Sampai Nilai? Abih tu..kitorang nak naik ape lak dari Seremban ke Nilai tu? Wakakakakaa....apsal la lembab sangat aku nih? Sure dah kene gelak dek Kak Ungku nye. Ye lah...padan le. Aku mana pernah sampai Seremban tu. Tu pasal le aku tanya cenggitu. Hehehe..malu...malu....

Elok je sampai Batang Benar, Mush sms Kak Ungku. Pastu, Kak Ungku reply balik yang dia tunggu kitorang kat kanopi kaler biru dengan keter ford kaler merah. Aku lak sms le kat Kak Sal pasal ape yang Kak Ungku gi tau tu.

Sampai jek kat Stesen, kitorang terus cari kanopi tuh. Tu dia..kat sana nun. Nampak le dua orang bebudak comel dan sorang akak tuh. Hehehe...first time jumpa Kak Ungku nih. Yang paling aku suka bila dengo Kak Ungku gelak. Kitorang berdua dah sampai. Kak Sal jek blom lagi. Ish, mana dia ni. Dah la tak kenal lagi. Hemmm..aku dok bayangkan Kak Sal ni mesti brutal giler. Sebab aku baca blog dia cenggitu brutal ayatnya. Hehehe....rupanya nun di sana kelihatan sorang gadis bertudung labuh sedang berjalan menuju ke arah kami. Aku dah dapat agak bila dia buka mulut nak tanya nama aku. Hahahaha....

So, Kak Ungku pun meneruskan perjalanannya ke umahnya di Senawang. Uncle Ep jadik orang pertama sampai kat umah Kak Ungku. Wow...!!!sampai jek kat umah, terus kitorang take turn untuk ke toilet. Hahahaha..siannye.....

Aku pandang-pandang atas meja. Mak oiii..penuh ngan makanan. Bihun Sup, Nasi Impit ke ketupat ntah. Aku pun tak tau. Sama le tu. Rendang limpa kot aku rasa le. Pastu kuih-muih raya le. Tanpa membuang masa, kitorang pun memulakan le acara makan-makan. Seblom ramai orang datang, baik makan dulu. Kang susah. Jem lak. Hehehee...

Dalam dok bersuka-ria, bergurau senda..kedengaran suara di luar memberi salam. O...Kak Zar pun dah sampai ngan Ika nye. Masuk, masuk..buat le cam umah sendiri. Pastu, sampai lak lagi...segerombolan pasukan yang diketuai oleh zhoulsz pun sampai. First time aku jumpa diorang sumer nih. Hayazi ngan cousinnya, Mat Jan dan member si Zhoulsz tu. Diorang ni kalo tak silap aku dari umah si Jigo. Ada kenduri. Jigo Morrison dah kawin. SEMOGA BERBAHAGIA & BERKEKALAN.

Riuh umah Kak Ungku dengan gelak tawa kitorang. Aku lebih suka nyampuk jek sesikit. Maleh nak citer panjang-panjang.....kan kan kan...

Entah cemane, si Hayazi lak kata muka aku ni familiar. Tapi kat mana pun tak tau. Mati-mati dia kata cenggitu. Aik! macam tak puas ati jek. Siap tumbuk-tumbuk tapak tangan lagi. Aiseh..udah le tu Yazi. Kalo ye pun familiar...nak buat cemane. Tapi bagi aku lak...rupa deme-deme nih sumer memang aku tak pernah nengok melainkan lam gambo jek. Hehehe..tu kire familiar le jugak tu kan.

Sekejap lepas tu, Kak Sal pun cakap muka aku familiar. Bukan tu saje...Mush pun cakap cenggitu masa first time jumpa dia dulu. Aiseh....korang nih...pelanduk dua serupa kot.

Lepas tamat acara makan-makan, borak-borak, sakat-menyakat, tapau-mentapau, posing-memosing, kitorang pun mintak diri nak beransur. Lepas ni nak gi umah Salji lak. Kalo tak pegi kang nangis lak dia. Wahahahaha...

Aduss...aku, mush, Kak Sal dan Kak Zar naik satu keter ngan Uncle Ep. So, kitorang pun berkonvoi le ke Bandar Tasik Selatan lak. Kak Ungku tak pegi sebab dia still tak siap memacking barang lagi untuk ke Penang. Dua tiga kali kitorang sesat (sesat ke?) ahh...buleh la..maklumlah...tour guide nye dua orang. Hehehee...ikut je le memane Ep. Aku diam jek sebab aku tak tau......

Lebih kurang jam 9.15 malam, kitorang pun sampai. Rupanya..group Yazi sampai dulu. Uisssh..penuh gak le umah Salji. Dapat jumpa Salji bersama ngan Puteri Saljinya. Hahahaha....makan-makan, minum-minum, amik gambo, sembang-sembang..gelak ketawa..sumer ada. Mat Jan siap dapat nasihat lagi dari Mak Salji. Aku tak biasa panggil Faris sebab aku dah biasa panggil Salji. Nak buat cemane kan...hehehehehh...dalam dok sembang-sembang tuh...aku kene lagi. Mak Salji kata muka aku familiar. Ahh..sudah. Apsal ramai sangat kata aku ni familiar? Buat aku takut jek. Mana le tau kot-kot ada buat salah kang, ke..hutang tak berbayor ke...ish, aku tak kenal diorang le......mintak ampun mintak maaf ye.....sungguh! aku tak kenal korang lagi. Baru ari tu la aku kenal korang. Risau la aku.

Lepas sumernye dah mengah aku tengok, kitorang pun nak balik le. Macam biasa, aku naik keter Uncle Ep ngan Mush, Kak Zar dan Mat Jan. Kak Sal balik naik keter dia. Yang lelain tu balik sendiri aaa..hehehehe...

Mula-mula anto Mush dulu ke umah dia dengan selamatnya, pastu anto aku..pastu anto Kak Zar pastu baru le Mat Jan. Hem...Thanks again Ep. Aku sampai umah pukul 11.45 kot. Sorang member blom tido lagi. Yang lain dah pengsan. Fuh! lega rasa.....

Esoknya, aku amik keputusan nak rehat giler-giler kat umah. Penat oooo gi jenjalan ni...ape pun aku kesian kat Wkdin pasal tak dapat nak datang umah Kak Ungku coz takde sape yang dia nak contact. Okay, aku kene stop here untuk memulakan keje aku. Dah 8.30 dah..So, jumpa lagi di lain posting...

Wassalam (^_^)



[Agi Idop @ 7:28 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==