*
*
*
*

21.11.03

Hem..mungkin inilah entry aku untuk kali terakhir sebelum aku balik ke kampung esok. Hai...tak sabar rasanya nak jumpa family. Aku bukan apa, rasa bangga la jugak bila dok berjauhan dengan family ni sebab bila sesekali balik kampung tu, sumer mata orang kampung akan melihat. Kalo yang kenal tu, bertegur le.

'Kamu ni anak sape?'
'Balik dari mane?'
'Keje ke blajo?'


Hehehe...dan aku akan menjawab dengan kembangnya. Sekurang-kurangnya, mak abah aku seronok jugak la bila sesekali jiran-jiran tetangga datang ke rumah dan menyebut-nyebut tentang aku. Tu le pasal aku suke dok berjauhan ni.

Esok, 22 November 2003 aku akan bertolak pulang ke kampung. Tapi, aku tetap jugak pegi keje. Alah..nak menatap muke opis untuk kali terakhir sebelum balik. Sian pulak nak tinggal dia sensorang. Ekekekeke...

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku ngan Kak. Kiroh nak terus angkat kaki dan angkat beg menuju ke Hentian Duta. Sebenonye, tiket bas aku pukul 12.30 tengahari. Tapi, aku nak keluo awal untuk mengelakkan jalan dipenuhi dengan jem. Susah kang. Tak balik aku. Aku dok hitung-hitung, katakan le pi mai pi mai, bas tu jalan pukul 1.00. Maka, aku akan sampai ke Ipoh pukul 2.00 atau 2.30 petang. Tu belum masuk kalo highway jem. Ahh...takpe, sempat nak bebuke kat umah.

Tahun ni, aku tak beli apa-apa pun untuk bawak balik ke kampung. Kuih raya pun aku tak beli. Alah, beli kat kampung je la. Berbanding tahun lepas, macam-macam yang aku beli. Lenguh tangan nak mengangkutnya. Tapi, lenguh-lenguh pun tak terasa bila hati tu dah suka. Duit 'Angpau' pun aku tak tuko kat bank. Malas ah. Kasi jek le ape yang ada.

Ape le yang mak aku buat kat kampung nun skang nih. Tengah buat kuih ke? Balik ni, bleh le aku tolong-tolong sket. Hehehe...tolong menggoreng ke membakar ke tu buleh la. Kalo nak tolong mengadun aku tak reti. Aku bukan pakar macam second sister aku tu. Sumer nye dah pande. Jeles aku. Emm..mesti mak tengah dok sibuk jahit langsir. Takpun sibuk jahit baju yang tak sesiap lagi. Mungkin jugak baju tu baju aku. Ekekekeke...

Takpe mak...takpe, sok...anak mak ni balik...bleh le tolong apa yang patut.

Macam tahun-tahun lepas, kalo dekat-dekat nak raya tu abah aku sibuk dok cari buluh lemang. Ntah ada ke tak tahun ni. Susah dah nak cari skang ni. Hutan dah semakin lupus. Antara lemang ngan ketupat, aku prefer ketupat lagi. Lemang tu, kureng sket. Alah...senang citer, bab-bab pulut ni aku tak gemor sangat. Sket-sket buleh. Tapi, kalo buat wajik atau pulut kacau (orang kampung aku panggil), yang tuh sure aku tak tinggal nye. Tapi, tu la kan, nak mengacau nye tu yang jenuh. Kene berurut le malam tu. Kan kan kan...

Selalu, kuih popular le kat umah aku macam kuih goyang ke loyang aa? kuih tu le, pastu kuih mazola, kuih siput (kadang-kadang jek), kuih bahulu (pun kadang-kadang), kuih tempeyek (favourite aku), emm..banyak lagi la. Tak ingat. Tengok rupa baru ingat. Hehehehe...

Tapi, makanan wajib mesti le dua tu iaitu lemang atau ketupat. Tu mesti ada.

Raya tahun ni, insyaallah kalo takde ape halangan aku nak pegi semayang raye. Dah lama tak join. Kali terakhir kalo tak silap aku masa tu tahun 1996 kot. Cam tu le..hehehe...lama dak? Tingkatan dua. Lama tu. Pastu, nak pegi ziarah kubur arwah tokwan ngan sedara-mara. Ada geng nak pegi ok la.

Raya ketiga, aku plan nak buat gathering ex-classmates aku. Alah..PMR ngan SPM candidates tahun 97 ngan 99. Alah..dapat jumpa beberapa kerat pun jadi la kalo tak dapat jumpa sumer. Dah lama tak bersua. Rindu pulak. Yelah, lepas abis SPM jek masing-masing sumer bawak haluan sendiri. Aku pun masuk skali le..

Muahahaha..kali ni aku rasa, entry aku panjang sket. Takpe la...panjang pun. Janji aku dapat citer sumer kat sini.

Sukenye hati aku. Tak sabo nak naik bas. Harap-harap nanti, drebar bas tu pasang le radio ke...kot-kot ada lagu raya tu, seronok le sket rasa. Hehehehe..macam le bertahun tak balik. Eleh, ok le tu. Merasa gak nak jadi perantau. Kan kan kan...

Malam ni, malam terakhir aku bebuke pose kat Hotel. Kebetulan, bukak pose ni anjuran bahagian kat Jabatan aku gak. Tapi yang sponsor sumer ni ialah Majlis Perbandaran Manjung. Hehehe...Majlis aku tu. Beruas kan ke dalam daerah Manjung. Bangga sekejap. Biasa le kan...antara salah satu cara nak bodek bos. Muahahaha...tapi, makan tetap gak kene makan. Dah ada peluang kene pegi. Kang rugi. Untung-untung lak kalo ada yang aku kenal orang-orang dari Manjung tu. O ye, lupe lak nak citer. Malam ni aku bukak pose kat Hotel Pan Pacific. Balik keje trus jek aku gi umah member kat Sentul. Dari Sentul trus gi Hotel tu. Malas nak balik umah dulu sebab nak save duit. Lepas makan-makan, balik le. Ape tunggu lagi.

Malam ni jugak le aku nak pack barang-barang untuk pulang ke kampung esok. Kalo tak, kelam kabut le esoknya. Bawak beg kecik dah le. Malas nak bawak besau-besau. Tak larat. Pose le katakan. Hehehehe...

Ok la, aku ni kalo bercerita tak sedo jadinya. Cukup le dulu setakat nie. Lepas raya aku sambung lagi dengan citer-citer yang best yang aku bawak dari kampung. Weblog ni pun aku nak mekap lepas raya ni. Buat masa ni, bior le aku buat sendiri dulu. Tanak mintak tolong kat sesape lagi walaupun dah ada yang menawarkan diri nak tolong. Aku ucap terima kasih bebanyak. Esok-esok, kalo aku rasa dah takleh nak buat tu, baru aku mintak tolong ek. Aku nak cari jugak cara-cara nya macam mana. Moga-moga dapat ilham lepas makan kuih raya nanti. Muahahaha....

So, di kesempatan ini aku nak mintak maaf le kat kengkawan sumer samada yang kenal ataupun tak kalo ada salah silap, terkaso bahse, terngutuk terngate, cakap lepas ke hape ke..mintak maaf la banyak-banyak. Kadang-kadang tu kita bukannya sedo dengan apa yang kita cakap. Betul tak? Main lepas jek. Kepada yang nak balik kampung tu, aku doakan semoga sumernya selamat sampai, selamat dalam perjalanan pergi dan balik semula ke sini. Mudah-mudahan, kita sumer dapat jumpa lagi. Kalo ada peluang, dapat le join gathering raya lak nanti. Kalo ada. Kalo takde pun takpe...

Dengan harapan, raya tahun ni membawa lebih banyak makna kepada kengkawan sumer. Semoga kita sumer dipelihara Allah S.W.T dan ditetapkan iman setiap masa. Amin.....

So, aku nak stop dulu. Dah banyak dah berceloteh. Jumpa lagi. Babai, Wassalam....(^_^)


[Agi Idop @ 11:02 AM]

19.11.03

Hari ni...macam biasa, keje government goyang kaki jek. Hehehe...aku takde keje sebenonye so terpaksa le mencari keje. Jap lagi nak masukkan segala surat-surat ke dalam fail. Dalam aku dok menaip ni, aku jeling sekejap keluor tingkap yang sememangnya bersetentang dengan meja aku. Mak ooiii..gelapnya. Nak hujan ke? Sah! memang nak hujan. Kesejukan lagi le aku hari ni.

Semalam, keluor jek dari opis, aku, Kak Zam, Kak Izan ngan Kak Kiroh terus jek menonong ke gerai pakcik tu. Alah...nak beli lauk bebuke le. Apa lagi. Dari jauh lagi aku dah nampak ada sorang pakcik tu dengan hanya bersinglet warna biru, dah beruban pun sedang asyik mencedok lauk-pauk yang diinginkannya. Aku telan air liur. Dalam hati aku 'apsal la orang tua ni ada kat sini?' Hehehehe...korang paham-paham je le.

Bila dah dalam keadaan yang macam tu, segala macam bende bleh masuk. Aku jeling pakcik tuan punye gerai tu. Dia senyum-senyum. Kitorang gelak-gelak. Ish, jahatnya aku. Nak taknak beli jugak le. Hehehe...lauk pauk tertentu jek.

Tu le orang bujang. Malas nak masak sebenonye. Alasan, lambat sampai umah. Ye la, hari-hari dalam bulan pose ni kitorang naik teksi. Cepat sket. Kalau nak naik bas khas tu alamatnye bebuke dalam bas le.

Bebuke semalam, tak cukup korum. Sorang takde. Sape dia? Kak Ilah. Dia bebuke umah member dia. Tido sana sekali la. So, tinggal le kitorang berempat. Macam biasa, dalam dok bebuke tu sempat lagi diselitkan dengan gelak tawa kitorang. Sorang buat lawak, habis sumer nak gelak. Tah hape-hape la.

Lepas mandi, badan pun dah segar...aku nengok tv jap sebelom tido. Citer 'Sembilu' lakonan Zek Zaidi, Hetty Sarlene, Faizal Hussien (Hero favourite aku) dan ramai lagi. Citer best gak. Sambil nengok tv tu, tangan aku sibuk jek menyapu ubat yang doktor kasi tu. Aku sapu kat muka, kat badan tapi tetibe jek tipon seblah aku bebunyik. Aku tengok nama. Hemph! dia ni ke? Aku angkat. Pastu...bla, bla, bla......

Beborak lama gak la kitorang sampai bateri pun abis. Bukan bateri aku, bateri dia le. Ish, ish, ish....kesian. Nak buat lagu mana? Hehehehehe...Nak ilangkan boring, dia ajak aku keluor minum. Ish, dah malam le. Aku, bukan ape...tak penah keluor memalam ni apatah lagi ngan lelaki. Kalau siang tu bleh tahan lagi. Hehehehe..mintak maaf le kawan. Kalau ramai takpe.

Lagi satu, aku sebenonye tak suka nak buatkan orang menunggu aku. Menunggu nak bersiap. Kalau dah nama pompuan, mesti le lama nak siapnye. Nak calit itu, calit ini. Itu aku tak terkecuali. Tapi idak le over sangat. Sket-sket jek. Kalau menunggu mesti le boring. So, aku takmo orang boring sebab tunggu aku. Tak kira le tunggu buat amende pun. Asal dah nama tunggu memang aku tak berkenan. Tapi, aku takleh nak lari daripada masalah tu. Sesekali tu, penah gak aku buat orang menunggu aku. Tapi, aku dah tanya banyak kali dah kat diorang, sanggup ke menunggu? Diorang kata takpe. Ha..dah kata takpe tu, tunggu le korang. Hehehehe....

Kalau nak pegi mana-mana, kene bagi tau awal-awal supaya orang takkan menunggu aku. Aku ni, kalau dah orang menunggu bleh kelam kabut jadinye. Bila dah kelam kabut, sumer barang penting bleh lupa. Kang ada le yang tertinggal. Bior aku tunggu orang takpe, jangan orang tunggu aku. Aku taknak susahkan orang. Tak suka!

Insyaallah, kalau berkesempatan lagi aku akan join next gathering GJ. Taknak miss lagi kalau tak rugi. Aku jugak yang jeles nanti.

Okay la, aku stop sini dulu ye. Senang-senang aku masuk lagi. Nak buat keje le. Cewahhh...keje konon. Key, jaga diri korang bebaik...babai..adios..!!!


[Agi Idop @ 8:28 AM]

17.11.03

Alhamdulillah...itulah kalimat yang dapat aku lafazkan untuk meluahkan segala perasaan aku sekarang ni. Aku betul-betul bersyukur pada tuhan kerana telah menyembuhkan aku dari demam tu dengan cepat walaupun tak sepenuhnya.

Sebenarnya, bintik yang aku nampak kat perut tu adalah permulaan kepada demam campak. Dan sekarang ni, muka aku dah penuh dengan parut-parut kesan dari bintik tu la. Untuk menghilangkan parut tu, aku sapukan muka aku dengan ubat yang doktor beri hari tu. ' Calomine Lotion'. Nama sedap. Rupa dia seakan-akan bedak sejuk. Warna pink. Itu la yang aku pakai tiap-tiap hari sepanjang aku M.C. 5 hari kat rumah.

Patut la, masa aku berbuka kat rumah Kak La ngan Ati hari tu, rasa semacam jek badan. Kawan-kawan memang dah syak aku kena demam tu. Nasib baik petang tu, kat Pasar Ramadhan, kitorang beli air kelapa. Satu untuk minum satu untuk mandi. Ahhh....Terima Kasih le sumer kengkawan.

Hari Ahad, 9 November 2003-Majlis berbuka puasa ramai-ramai geng GJ kat Setiawangsa. Petang tu mush sms aku dan aku bagi tau dia yang aku tak dapat nak pegi. Aku sempat berkirim salam je kat member-member lain.

Malam tu, mush call aku. First time dengar suara dia. Hehehee...lawak nya. Aku pun terketar-ketar gak nak cakap. Takut-takut jek. Belum sempat nak kata apa lagi, handphone dia dah betuko tangan kepada Kak Ungku. Amboi kak, kemain lagi dia. Macam nasihatkan anak lak. Hehehehe...dalam tipon pun Kak Ungku dah riuh, inikan pulak bila cakap kat luar. Mau ribut jadinya.

Hehehee...jangan mare ye kak.

Ok, aku rasa badan aku skang dah ok sket dah. Kepala pun dah ilang pening. Lenguh-lenguh pun dah ilang. Suke nye rasa.

Lastly, terima kasih untuk sumer housemates, officemates, dan sumer gejuis Kak Ungku, Kak Zar, Mush, Uncle Ep, HS, Zhoulsz, Salji, dan ramai lagi......sayang korang sumer.....

[Agi Idop @ 3:11 PM]

8.11.03

Dah lama aku tak update weblog aku ni. Bukan pasal apa, aku tak tau nak tulis apa kat dalam ni. Hari ni, tergerak hati untuk aku menulis lagi.

Sebenarnya, aku tak tau apa yang dah jadi pada diri aku ni. Mungkinkah aku akan mati tak lama lagi? Orang kata, seseorang tu akan mati pada tarikh hari lahirnya. Mungkinkah aku jugak akan jadi macam tu?

14 hari bulan ni, hari lahir aku. Enam hari saja lagi. Mungkinkah ajalku akan tiba pada hari itu? Aku pun tak tahu. Astaghfirullahal'azim....

Aku betul-betul rasa tak sihat hari ni. Kepala aku sakit. Rasa macam nak demam. Mungkin kerana perubahan cuaca. Di pejabat, air-cond terlalu sejuk. Sejuk sangat. Hari-hari aku pakai sweater. Tak cukup dengan tu, aku balut tubuh aku dengan blazer. Aku tak tahan. Memang tak tahan. Orang-orang kat pejabat kata, air-cond dah tak boleh dikontrol lagi. Kalau kurangkan sejuk di level 3 kat ofis aku ni, level 6 dan 7 akan kepanasan.

Sekarang kan musim hujan. Keadaan sejuk di level aku ni menjadi semakin sejuk bila hujan turun. Masa tu, aku dah tak boleh nak keluarkan tangan lagi. Aku dah tak boleh nak berkata-kata lagi. Bibir aku jadi biru. Mulut aku terketar-ketar. Aku dah tak boleh nak buat keje lagi. Ya Allah....ampunkan lah dosa-dosa aku.

Pernah aku terfikir, kalau lah aku mati nanti..mungkinkah aku akan mati dalam kesejukan? Astaghfirullahal'azim.

Semalam, lebih kurang jam 10.30 pagi, aku beritahu kat akak opis aku yang aku nak kuar KL jap. Aku nak pegi pejabat KWSP. Nak check penyata. Sepanjang aku keje, aku tak penah dapat penyata. Risau jugak. Mana la tau, kot-kot sumer caruman tak masuk dalam akaun aku. Aku pegi dengan sorang member kat BHR dan sorang lagi kat JPP. Kedua-duanya housemate aku. Kedua-duanya kakak.

Kami kuar awal untuk mengelakkan jem sementelah semalam Hari Jumaat. Aku jalan dengan Kak Zam sampai ke hujung blok Pasaraya GIANT. Alhamdulillah, teksi berderet-deret menunggu pelanggan. Kami ambil salah sebuah teksi kat situ dan terus bergerak menuju ke destinasi. Sampai je kat Wisma Damansara, teksi berhenti sebab nak ambil Kak Ilah yang keje kat JPP tu. Teksi pun meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, lebih kurang jam 11.30 kami pun sampai kat pejabat KWSP. Tapi, Kak Zam dan Kak Ilah nak pegi ke Bank Rakyat dulu sebab diorang nak ambil borang untuk pinjaman. Aku ikut aja.

Setelah urusan di Bank Rakyat selesai, kami terpaksa melintas jalan kembali untuk ke pejabat KWSP. Mujurlah masa tu, jam baru menunjukkan ke pukul 12 tengahari. Hajat aku untuk semak penyata termakbul. Alhamdulillah, lengkap sumernye. Kami pun berjalan kuar menuju ke Pertama Kompleks sebab Kak Ilah nak cari kedai saloon kat situ katanya. Apa benda yang dia nak beli pun aku tak tau lah. Dengan berjalan kaki, kami berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat. Boleh dikatakan habis sumer tingkat bangunan itu kami jelajahi. Malangnya, barang yang diinginkan tak ditemui.

Kaki aku dah lenguh. Betul-betul lenguh. Aku tak larat. Sesekali aku rasa macam nak pitam. Aku rasa, sahur pagi tu, aku makan nasik. Tapi kenapa hari tu aku rasa betul-betul tak bermaya. Mungkinkah disebabkan faktor kesejukan? Aku tak tau. Langkah kaki diteruskan ke Kamdar. Kak Ilah kata, kalau nak tunggu bas untuk balik ke pejabat, kene tunggu kat situ la. DAlam hati, aku sabar banyak-banyak. Mujurlah kami terserempak dengan akak satu ofis jugak sedang membelek-belek pakaian kat satu kedai tu. Kak Miah namanya. Borak-borak jugak dengan dia hinggalah dia menawarkan untuk balik ke ofis bersama-sama dengannya. Aku mengurut dada tanda kelegaan kerana aku betul-betul dah tak boleh bertahan lagi. Sementara menunggu sorang lagi officemate kat NAGOYA tu, aku duduk di kaki lima tu betul-betul sebelah dengan makcik dan pakcik yang buta yang selalu menyanyi tu. Dalam hati, jangan la ada pulak yang menghulurkan duit kepada ku.

Mungkin disebabkan terlalu lama menunggu, aku, Kak Miah dan Kak Ilah terus bergerak menuju ke car park. Kak Zam pulak terpaksa menemankan officemate tu la. Katanya, ada satu barang lagi yang dia nak beli.

Sebagai buah tangan nak balik ke ofis, tanganku tersangkut beg plastik yang berisi 4 biji buah delima yang berharga RM 10 dan sebuah novel 'Sehangat Asmara'. Novel yang aku cari-cari selama ni. Itulah salah satu hobi aku.

Sampai saja di ofis, aku terus menunaikan solat. Sesekali menyeringai kerana dah tak tahan untuk berjalan lagi. Kedua-dua kaki aku betul-betul lenguh. Dari pangkal paha sehinggalah ke hujung kaki. Tak boleh jadi. Malam ni, aku kene urut. Sementara itu, kesejukan masih lagi menyelubungi ofis aku. Hujan lebat rupanya di luar. Patut la. Oh tuhan, aku dah tak tahan lagi.

Tepat pukul 4, aku dah angkat kaki. Lepas punch, aku bergegas turun ke lobi. Petang tu aku terpaksa memakai sweater. Aku mengadu pada Kak Kiroh, Kak Zam dan Kak Izan yang aku rasa macam nak demam. Kepala aku sakit. Kaki aku lenguh. Diorang pun pelik bila tengok keadaan aku. 'Sal demam ke?' Itu je ayat yang diorang tuturkan padaku.

Sampai je kat rumah, lepas solat aku terus baring kat ruang tamu. Aku selimutkan seluruh tubuh aku. Ya Allah, apakah aku ni dah nak mati? Sesekali aku mengggigil. Kedua-dua kaki ku ketuk-ketuk dengan genggaman tangan. Apsal dengan aku ni? Aku tak mampu nak buat apa-apa lagi. Tiba waktu berbuka, aku gagahkan diri untuk bangun. Alhamdulillah, aku masih mampu lagi untuk menunaikan segala suruhannya. Lepas solat Maghrib, sepertimana malam-malam yang lepas, aku baca Quran. Surah Ar-Rahman dan Al-Waqi'ah. Perlahan-lahan airmata aku menitis. Suara aku bergetar. Aku raba dahi. Panas. Aku sentuh telingaku. Panas juga. Ya Allah! aku nak demam ke?

Lepas mandi malam tu, aku baring lagi. Setengah jam kemudian, aku bangun semula. Aku ambil minyak urut dan sapukan pada kedua-dua kakiku. Moga-moga lenguh kaki aku ni hilang esoknya.

Jam 10.32 malam, aku dapat mesej dari abang. Macam biasa, dia ucapkan Selamat Malam untukku dan begitu juga denganku. Aku tersenyum. Syukurlah, dia masih lagi ingat padaku. Tiba-tiba, aku dapat mesej lagi dari salah satu nombor yang begitu asing padaku. Ya Allah, memang sah aku kene tukar nombor phone baru lepas raya ni. Ramai sangat orang sesat. Rupa-rupanya, nombor tu dari kawan lama aku. Satu tempat keje kat Ipoh dulu. Lelaki. Aku memang dah agak tapi aku saja ja buat-buat tak kenal. Last-last dia mengaku jugak. Heh, kalau tak mengaku, jangan harap aku nak balas mesej tu lagi.

Malam tu, aku tido lambat sket. Lenguh kaki aku pun dah semakin kurang. Jam 11 malam, aku tido. Aku janji pada diri aku yang aku nak bangun pukul 4 pagi. Aku nak pack pakaian. Nak buat keje awal-awal sket. Kalau tak, aku akan lambat lagi kuar rumah. Aku setkan jam handphone. Member perli aku, awalnya nak bangun sahur. Tepat jam 3.50 aku tersedar. Jam handphone aku offkan. Dalam hati, ah! bangun 4.30 lah. Malas pulak rasanya. Alih-alih, pukul 4.36 pagi baru aku bangun. Tiba-tiba jek aku rasa tekakku rasa tak sedap. Mulutku pahit. Nak sahur pun tak lalu. Last-last, aku bancuh kopi jek. Sambil hirup kopi panas tu, aku iron blaus aku untuk ke tempat keje hari ni. Pakaian untuk ke rumah Kak La dan Ati dah pun aku pack.

Syukur Alhamdulillah, lenguh-lenguh pada kaki aku dah hilang walaupun tak sepenuhnya. Tapi, kepala aku pulak rasa berat. Pening. Rasa macam nak melelong. Aku kene cari minyak cap kapak jugak la. Tiba-tiba aku terkejut. Ada satu bintik yang menggelembung pada perut aku. Mungkin air bisa. Sedikit gatal. Nasib baik tak pecah lagi. Hati aku berdebar-debar. Apa tandanya ni? Aku bingung. Patut la sebelum ni, bila aku garu jek kat bawah leher aku, pedih yang aku rasa. Berair. Mungkinkah gelembung yang sama?

Ya Allah! jauhkanlah segala penyakit pada diri aku tuhan. Cukuplah sekadar menanggung pedih ulser mulut aku ni. Bila la nak hilang.

Sekarang ni, aku sebenarnya teringin nak join member GJ berbuka puasa kat Setiawangsa tu. Aku ajak Kak Kiroh dan Kak Ilah tapi diorang taknak pegi. Malu. Aku takut nak pegi sorang-sorang. Aku takut nak balik malam. Ish, macammana la aku nak buat keputusan ni..tolonglah aku.


[Agi Idop @ 8:44 AM]

3.11.03

Hem..hari ni aku boring sesangat. Mana taknye..keje langsung takde. Nasib baik ada gak surat-surat masuk yang aku nak rekodkan ke pc. Selebihnya, aku masuk GJ.

Tengahari tadi, aku turun ngan member dua orang. Hajat kitorang nak pi bayaq zakat. Hehehe...tahun ni, biaq la aku pulak yang bayaq. Aku ambik kesempatan tu sebab kaunter zakat tu pun dekat ja dengan opis aku. Betul-betul berdepan ngan Dewan DRB DHMSB tuh. Amil nye pun orang opis aku gak cuma lain jabatan jek.

Pelan-pelan kitorang pi dekat ngan amil tu. Err, kitorang nak bayaq zakat. Hehehe...malu le pulak. Tu la dia. Nak buat benda baik pun buleh malu. Hapa la...Amil tu senyum jek.

Memula kawan aku duduk dulu. Amil tu suruh dia baca (berniat) dalam hati jek lafaz zakat tu. Lepas abis baca, dia pun bayar le zakat tu dengan harga RM 4.50 jek seorang. Alah, kacang jek. Senang nye. Kalau camni, tahun depan pun sure le bayaq sendiri.

Malam satgi, aku nak tipon kampung. Aku nak habaq kat mak yang zakat untuk aku tak payah bayaq. Satgi, dibuatnya abah bayaq untuk aku...hehehe..dua kali le jawabnye...

Ececeh...hari ni baru la aku buleh masuk GJ. Sebelum-sebelum ni, GJ tak buleh masuk. Bandwith lagi le tu. Sian betoi le...

Nengok gambaq gathering masa kat Big Shot dulu. Wow, meriahnya korang..jeles aku. Huhuhuhu..

Ok la, aku berenti sini dulu ek. Kat bawah ni, ada satu renungan untuk sama-sama kita hayati bersama
:-

Di Sebalik Permainan

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Dia duduk mengadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur sementara di tangan kanannya pula ada pemadam.

Si guru berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan pulak ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka kamu semua mesti menyebut "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka sebutlah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikutnya. Si guru pun berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian si guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka kamu sebut "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka sebutlah "Kapur!".

Si guru pun mengulangnya seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat kemudian, permainan itu berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita sebagai umat Islam. Mulanya yang hak itu hak dan yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh- musuh kita memaksa kita melalui berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang hak menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tamanya mungkin agak sukar bagi kita menerima perkara tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita terbiasa juga dengan perkara itu. Dan kita mula dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak
pernah berhenti mempengaruhi dan menukar nilai dan etika kita."

"Keluar berdua-duaan, berkasih-kasihan bukan lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi perkara yang lumrah, seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, kita sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."

"Baiklah, kita teruskan dengan permainan kedua..." Si guru berkata.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah-tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan diambilnyal Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...lerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari tepi sehingga anda tidak sedar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunkanlah aqidah yang kuat.Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepala.

*Sumber e-mel.
SELAMAT BERPUASA...(^_^)
Wassalam..





[Agi Idop @ 3:33 PM]

1.11.03

Muahahaha...memang jadi le. Suke nye aku. Hehehe...lepas ni buleh le aku canang-canangkan kat sumer kengkawan aku pasal weblog aku ni.

Hem...ari ni sumer orang pastinya bersedih coz kita punya PM, Che Det dah bersara dari jawatannya setelah 22 tahun beliau memegang jawatan tu. Huk, huk..aku pun sedih jugak. Lepas ni, Malaysia ada PM baru iaitu Pak Lah. TPM nye tak tau lagi.

Ok la, rasanya ari ni aku tak tau bende apa yang aku patut tulis. Rasanya elok le kalau aku muatkan satu renungan untuk pengajaran kita semua.

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan :-

-Ramadhan bererti panas terik;
-Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana);
-Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan;
-Bulan di mana nabi mengambil kembali Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala;
-Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan;
-Dipilih untuk ibadat puasa;
-Dipilih untuk ibadat-ibadat lain-bertadarus Al Quran;

Kelebihan Bulan Ramadhan :-

-Umat Islam akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia, dia akan terlepas dari siksa kubur);
-Bulan yang penuh dengan keberkatan;
-Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan-Lailatul Qadar;
-Pahala amalan sunat sama dengan solat fardhu;
-Manakala pahala solat fardhu mendapat 70 kali ganda;
-Bulan kesabaran dan pahalanya;
-Bulan menambah rezeki;
-Memberi buka banyak pahala;
-Bulan keampunan :- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa juga doa pada sepertiga malam;
-10 hari pertama adalah mulanya rahmat;
-10 hari pertengahan-pengampunan;
-10 hari terakhir-kemerdekaan daripada api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan :-

-Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan;
-Menempah pakaian untuk Ramadhan;
-Berniat puasa selama sebulan pada permulaan Ramadhan;
-Apabila hendak tidur, bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam;
-Berazam akan melakukan Solat Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat);
-Bertadarus secara bersemak (bukan bersendirian);
-Solat berjemaah setiap waktu;
-Solat berjemaah di masjid/surau;
-Amalkan Qiyamulail walaupun pendek;
-Bersahur di waktu akhir imsak;
-Bersahur-untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu;
-Mandi Janabat (mandi wajib) sebelum Imsak;
-Kurangkan tidur;
-Tunaikan Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh);
-Tunaikan Solat Sunat Dhuha;
-Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor);
-Tunaikan Solat Sunat Rawatib;
-Jaga pancaindera dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa;
-Elakkan gosok gigi pada waktu petang;
-Hadiri majlis ilmu;
-Buat baik pada ibubapa;
-Isteri hendaklah taat pada suami;
-Banyakkan bersedekah;
-Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api;
-Berbuka bersama orang tua;
-Jemput tetamu berbuka bersama;
-Kurangkan berat badan;
-Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja);
-Baiki hubungan suami isteri;
-Baiki hubungan sesama jiran;
-Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan;
-Elakkan berbelanja berlebihan;
-Kuatkan kesabaran;
-Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih;
-Berazam akan beramal (pada malam Lailatul Qadar);
-Mengejutkan anak dan isteri pada malam Lailatul Qadar;
-Elakkan menonton TV yang boleh mempengaruhi nafsu;
-Elakkan mendengar radio yang berunsur hiburan;
-Berdoa dengan nada lembut dan merayu;
-Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri;
-Mendoakan ibu bapa samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia;
-Melazimkan solat waktu;
-Elakkan sebelum berbuka, bersiar-siar yang boleh menjadikan pandangan liar;
-Elakkan banyak berhutang;
-Melepaskan perasaan sedih iaitu melepaskan Ramadhan ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang;
-Tunaikan zakat fitrah;

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) :-

-Orang Tua Lemah-Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar;
-Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang-Baca ayat akhir Surah Al Baqarah, ayat Kursi, Surah Yaasin, Surah Al Zalzalah, Surah Al Kafirun dan Surah Al Ikhlas;
-Orang yamg kuat dan cergas-Bangunkan isteri dan anak untuk mandi dan solat malam-Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran.

NUZUL Al QURAN (17 Ramadhan) :-

-Tarikh turunnya Al Quran;
-Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal-amal yang baik.

Cara Sambut Hari Raya :-

-Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan;
-Pada petang akhir Ramadhan, orang-orang yang meninggal dunia akan menangis kerana peluang untuk mereka berehat telah berakhir. oleh itu, adalah disarankan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca Doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak supaya mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu, janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti bila sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.

Takbir Di Malam Raya :-

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, takbir bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan yang berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) dan di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya :-

Bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali dan ia merupakan sebaik-baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap kita kepada yang lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga kita dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa untuk menghilangkan baran :-Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA (^_^)


[Agi Idop @ 12:08 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==