*
*
*
*

31.10.03

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah..syukur banyak-banyak. Aku baru jek buat weblog sendiri ni. Saja nak mencuba. Tak tau le jadi ke idak. Kalo jadi tu, aku suke le sesangat. Kalo tak jadi, aku gelak sensorang. Muahahahaha....

Aku bukan ape, jeles gak le bila tengok sumer kengkawan ada weblog. Teringin gak nak ada weblog sendiri. Hehehehe....ok, skang aku stop sini dulu. Aku nak tengok jadi ke idak weblog aku.

Ok ek, adios dulu...

[Agi Idop @ 11:58 PM]

Ok kengkawan, the last post for today :-

Aku cuma nak habaq yang kalau le korang sumer nak contact aku by e-mel, ni e-mel aku ek :-

gadiscute82@yahoo.co.uk

Aku takder YM coz pc aku takleh nak download ler. Lagipun aku bukannye pandai sangat bab-bab ni.

Hehehe...balik keje ari ni aku nak naik PUTRA. Pastu turun kat JELATEK coz nak singgah pasar malam jap. Nak beli apa yang dihajati. Pastu, balik le jalan kaki ke rumah sewa aku. Muahahaha...SELAMAT BERBUKA ye korang...

Babai,...

[Agi Idop @ 3:43 PM]

Hem...aku jeles sebenonye. Masa 26hb tu, GJ wat gathering kat Bigshot tapi aku tak dapat nak join sebab aku balik kampung. Huwaaa....tak best nye.

Ala...takpe, sok-sok ada lagi.

24hb ari tu, aku balik kampung. Sambut raya kat kampung. Hehehehe...aku amik cuti 2 ari. Ari Isnin baru aku balik KL balik. Aku naik bas kat Ipoh. Sementara nak tunggu bas tu bergerak, ade la dalam 5 orang kot peminta sedekah ngan pengutip derma naik atas bas tu dan mula menjalankan operasi diorang dari sorang penumpang ke penumpang yang lain. Naik nyampah gak aku. Tapi tak baik. Bulan pose ni. Aleh-aleh, dua orang jek aku kasi duit. Yang lain-lain tu maleh nak kasi.

Dalam perjalanan ke KL, hujan turun punye le lebat. Driver bas lak baran tah hape-hape. Biasa le, bulan pose. Bawak bas macam pelesit. 2-3 kali aku rasa driver tu membrekkan bas nye daripada tercium bontot lori. Aku hanya mampu mengurut dada. Kalo eksiden le mau teruk ni. Fuh! nasib baik le sumernye selamat.

Lebih kurang pukul 6.15 petang, aku pun sampai kat Hentian Duta. Mesej kat member suh tunggu gak aku sampai, sebab kitorang dah janji nak balik sama ke rumah.

Aku taknak naik bas sebab perjalanan sure le lagi lambat. So, kitorang tunggu teksi. Malangnya, teksi pada masa tu sebijik pun tarak. Passenger yang nak naik teksi dah berderet-deret menunggu. Teksinye ada sebenonye cuma diorang taknak amik passenger lagi coz diorang nak bukak pose dulu. Aku ngan member kene le tunggu jugak. Nasib baik le kitorang berdua ni tak pose. So, idak le risau sangat camne nak berbuke. Tunggu punye tunggu, azan Maghrib pun berkumandang menandakan masuk waktu berbuke pose.

Oleh kerana, perut kitorang pun dah lapo, member pun kuor kan le bekal dia. Sebotol air mineral ngan se tupperware kecik agar-agar laici. Dengan tak sabau nye, kitorang pun makan le. Konon-konon cam bukak pose le. Hehehe...

Setelah penat menunggu, kitorang pun dapat le naik satu teksi tu yang membawa kitorang pulang semula ke rumah sewa di Keramat. Alhamdulillah..pukul lapan lebih baru sampai rumah. Aku tipon mak bagi tau yang aku dah selamat sampai. Mak terkejut sebab dah malam sangat. Ape nak buat. Lumrah dok KL camtu le.

Hari ni aku boring...tatau ape nak tulis. Aku sambung esok le. Eh, silap. Minggu depan ek. Esok ngan lusa aku cuti. Dok umah nak rest. Dah panjang dah ni aku tulis. Kang korang boring lak.

Key, babai...(^_^)

[Agi Idop @ 11:41 AM]

Hehehe....mintak maaf le sumer kengkawan. Aku sebenonye tak pandai dalam hal-hal weblog nih. Tu pasal le aku terpost dua kali bende yang sama. Aku dah delete, tapi still kuor jugak. Eheh, aku ke atau blog ni yang silap. Ahh...tak kisah la. Janji rock. Ye dak?

Sampai skang ni, aku penin kepala. Macam mana le aku nak masukkan guestbook nih. Aku tak reti le. Nak bertanya, malu lak. Hehehe...orang tua-tua kata, kalau malu bertanya sesat jalan le jawabnye. So, aku ambik keputusan, bior le aku bertanye kat sesape kengkawan yang tau pasal weblog nih especially yang guna blog ni.

Aku boring sebenonye. Maklum le, bulan pose. Tapi, aku tak pose pun. Hehehehe...minggu depan baru aku start pose. Biasa le kan, pompuan...mana penah full pose.

Ok la, aku rasa...aku perlu tanya pasal ni pada seseorang yang aku agak-agak tak malu sangat le nak bertanya. Ekekekeek...ok, chow dulu..nanti aku masuk balik. Adios....

[Agi Idop @ 10:33 AM]

Muahahaha...memang jadi le. Suke nye aku. Hehehe...lepas ni buleh le aku canang-canangkan kat sumer kengkawan aku pasal weblog aku ni.

Hem...ari ni sumer orang pastinya bersedih coz kita punya
PM, Che Det dah bersara dari jawatannya setelah 22 tahun beliau memegang jawatan tu. Huk, huk..aku pun sedih jugak. Lepas ni, Malaysia ada PM baru iaitu Pak Lah. TPM nye tak tau lagi.

Ok la, rasanya ari ni aku tak tau bende apa yang aku patut tulis. Rasanya elok le kalau aku muatkan satu renungan untuk pengajaran kita semua.


SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan :-

-Ramadhan bererti panas terik;
-Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana);
-Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan;
-Bulan di mana nabi mengambil kembali Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala;
-Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan;
-Dipilih untuk ibadat puasa;
-Dipilih untuk ibadat-ibadat lain-bertadarus Al Quran;

Kelebihan Bulan Ramadhan :-

-Umat Islam akan dinaungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia, dia akan terlepas dari siksa kubur);
-Bulan yang penuh dengan keberkatan;
-Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan-Lailatul Qadar;
-Pahala amalan sunat sama dengan solat fardhu;
-Manakala pahala solat fardhu mendapat 70 kali ganda;
-Bulan kesabaran dan pahalanya;
-Bulan menambah rezeki;
-Memberi buka banyak pahala;
-Bulan keampunan :- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa juga doa pada sepertiga malam;
-10 hari pertama adalah mulanya rahmat;
-10 hari pertengahan-pengampunan;
-10 hari terakhir-kemerdekaan daripada api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan :-

-Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan;
-Menempah pakaian untuk Ramadhan;
-Berniat puasa selama sebulan pada permulaan Ramadhan;
-Apabila hendak tidur, bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam;
-Berazam akan melakukan Solat Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat);
-Bertadarus secara bersemak (bukan bersendirian);
-Solat berjemaah setiap waktu;
-Solat berjemaah di masjid/surau;
-Amalkan Qiyamulail walaupun pendek;
-Bersahur di waktu akhir imsak;
-Bersahur-untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu;
-Mandi Janabat (mandi wajib) sebelum Imsak;
-Kurangkan tidur;
-Tunaikan Solat Sunat Fajar (Solat Sunat Subuh);
-Tunaikan Solat Sunat Dhuha;
-Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor);
-Tunaikan Solat Sunat Rawatib;
-Jaga pancaindera dari perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa;
-Elakkan gosok gigi pada waktu petang;
-Hadiri majlis ilmu;
-Buat baik pada ibubapa;
-Isteri hendaklah taat pada suami;
-Banyakkan bersedekah;
-Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api;
-Berbuka bersama orang tua;
-Jemput tetamu berbuka bersama;
-Kurangkan berat badan;
-Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja);
-Baiki hubungan suami isteri;
-Baiki hubungan sesama jiran;
-Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan;
-Elakkan berbelanja berlebihan;
-Kuatkan kesabaran;
-Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih;
-Berazam akan beramal (pada malam Lailatul Qadar);
-Mengejutkan anak dan isteri pada malam Lailatul Qadar;
-Elakkan menonton TV yang boleh mempengaruhi nafsu;
-Elakkan mendengar radio yang berunsur hiburan;
-Berdoa dengan nada lembut dan merayu;
-Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri;
-Mendoakan ibu bapa samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia;
-Melazimkan solat waktu;
-Elakkan sebelum berbuka, bersiar-siar yang boleh menjadikan pandangan liar;
-Elakkan banyak berhutang;
-Melepaskan perasaan sedih iaitu melepaskan Ramadhan ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang;
-Tunaikan zakat fitrah;

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) :-

-Orang Tua Lemah-Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar;
-Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang-Baca ayat akhir Surah Al Baqarah, ayat Kursi, Surah Yaasin, Surah Al Zalzalah, Surah Al Kafirun dan Surah Al Ikhlas;
-Orang yamg kuat dan cergas-Bangunkan isteri dan anak untuk mandi dan solat malam-Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran.

NUZUL Al QURAN (17 Ramadhan) :-

-Tarikh turunnya Al Quran;
-Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal-amal yang baik.

Cara Sambut Hari Raya :-

-Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan;
-Pada petang akhir Ramadhan, orang-orang yang meninggal dunia akan menangis kerana peluang untuk mereka berehat telah berakhir. oleh itu, adalah disarankan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca Doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yang meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak-anaknya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak-anak supaya mengirimkan bacaan doa, sekurang-kurangnya Al Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu, janganlah terlalu gembira dan ingatlah orang-orang tua yang sudah meninggal, semoga nanti bila sampai giliran kita maka anak-anak akan ingat kepada kita.

Takbir Di Malam Raya :-

Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, takbir bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan yang berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) dan di akhirnya peperangan ini diberi pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya :-

Bulan Ramadhan datang hanya setahun sekali dan ia merupakan sebaik-baik bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar-benar mengubah sikap kita kepada yang lebih baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga kita dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa untuk menghilangkan baran :-Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (untuk diri sendiri, anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

Wallahua'llam.
SELAMAT BERPUASA (^_^)

[Agi Idop @ 10:19 AM]

Sebagai permulaan, aku ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua umat muslimin dan muslimat di dunia ini.

Sebenarnya, aku tak tau apa yang aku nak taip kat sini. Aku baru jek buat weblog ni ari ni. Tak tau le jadi ke idak. Aku bukan ape, jeles tengok sumer kengkawan ada weblog. Aku pun teringin jugak nak ada jurnal sendiri. So, tanpa ilmu pengetahuan dalam bab-bab pembinaan weblog ni, aku pun main le godek-godek pc ni. Walaupun aku ada keje, tapi aku curi-curi masa sket untuk buat weblog ni.

Ari ni masa rehat panjang. Boleh le aku godek-godek lagi. Ok la, aku berenti kat sini dulu. Nanti-nanti bila aku rajin, aku post lagi sini key. Adios....!!!

[Agi Idop @ 9:09 AM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==