*
*
*
*

19.1.06

Masa Yang Berlalu


Sejak kebelakangan ini, aku semakin sibuk. Penggunaan internet sudah jarang-jarang aku gunakan. Ditambah pula dengan kelembapan perjalanan 'bumi' (server) yang ada, mood aku untuk menulis di ruangan ini semakin hilang.

Telah sebulan lebih ruangan ini kosong dan sepi begitu saja. Tiada pembaharuan walaupun dunia ini sudah menginjak ke tahun baru. Aku pernah katakan pada tahun lepas, bahawa...tahun akan datang (2006), blog ini mungkin akan berwajah baru. Banyak informasi..Namun...kata-kata itu tenggelam dek kesibukan dan kekurangan masa yang aku ada. Blog ini masih berwajah lama...

Untuk pengetahuan kalian...kemungkinan aku sudah tidak boleh lagi menjenguk dan menulis selalu di sini kerana...tahun ini..aku perlu menguruskan sesuatu. Sesuatu yang bakal menjadikan aku seorang suri tidak lama lagi...

Alhamdulillah..masa yang datang terasa cepat benar berlalu. Kadang-kadang...aku menjadi marah pada masa. Kenapa cepat benar engkau pergi? Yalah, belum sempat aku buat ini, masa untuk itu sudah hilang. Datang pula dengan tugas baru. Tugas ini belum selesai...diganti pula dengan tugas baru. Aduhhhh...tanpa sedari....setiap saat itu berlalu begitu saja.

Sungguhlah..Allah pernah berfirman dalam surah Al-Asr. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian". Kita mesti kejar masa...bukan masa yang kejar kita. Kerana masa yang datang..tidak akan menunggu kita. Jika kita tidak pandai menguruskan masa....aduhhh...sampai bila-bila kita sering akan ditinggalkan dan ketinggalan.

Insyaallah...pertengahan tahun ini iaitu bulan Jun 2006, aku akan melangsungkan perkahwinan dengan cik abang. Bila tarikhnya nanti aku berikan. Jangan risau...aku akan khabarkan pada kalian sesiapa saja yang pernah menjadi sahabatku....Jemput kalian ke majlis itu. Datang atau tidak..aku tidak kisah.

Oleh itu, sepanjang bulan ini sehinggalah ke tarikhnya...aku harus mempersiapkan kelengkapan yang perlu....macam-macam. Jadi..maafkan aku seandainya blog ini kosong dan tidak lagi ceria seperti dulu....

Ampun maaf dariku,
tulipbiru.....

[Agi Idop @ 7:45 AM]

16.11.05

Mana Satu Nak Pilih??

Apa dah jadi? Hampir sebulan blog aku senyap sunyi. Langsung takde kabar berita. Tapi...itu tak bermakna tuan punya blog jugak sunyi. Cuma....biasalah. Kalau dah guna harta pejabat, dah semestinya segala-gala mesti dipantau. Terutamanya penggunaan internet. So, itu pasal le blog aku ni suram dan muram je. Hemmm..ntah le. Kalau nak ikutkan, macam-macam cerita yang aku nak tulis dalam ni. Banyak....tapi...bila dah jadi macam ni..satu persatu hilang dan terus padam macam tu aje. Huhuhuhu..sedih tau..!!!

Oklah...sekarang ni, bila dah ada peluang tu...apa tunggu lagi. Kita sambar aje lah. Hehehehe...o ye, bulan ni...merupakan bulan makan dan berjalan. Minggu depan aku kena pergi Kursus ICT kat Cherating, Pahang. Seminggu ooo. Sebelum tu..hari Sabtu ni...Kak Siti nak buat open house tapi hari tu jugak aku ada jemputan kahwin ex-classmate aku kat Taiping. So, mana satu aku nak pilih ni? Yang dekat ke yang jauh??

Actually, aku teringin nak pergi yang jauh. Sebab dah enam tahun kami tak berjumpa. Bayangkan le..lepas tamat SPM, masing-masing terus bawak haluan. Tak sangka pulak ramai yang merantau ke KL ni. Merantau sebagai seorang pelajar dan ada jugak yang dah bergelar pekerja termasuk aku. Hehehehe...so...kesempatan inilah yang kami ambil untuk menyambung kembali persahabatan yang telah terputus.

Pagi tadi, aku sempat tanya Kak Siti. Takpe ke kalau aku tak join open house dia? Dia kata...tak kisah. Hemm..so...keputusan di tangan aku. Sekejap tadi, aku telefon kakak. Mintak dia maklumkan kat mak ngan abah pasal ni. Bukan apa...sekurang-kurangnya..diorang tau aku pegi mana. Jauh pulak tu. Jadi, takde le diorang risau sangat kan? Mintak restu ibubapa tu kan lebih baik....

So...tepuk dada tanya selera. Mana satu nak pilih???? Buat pilihan yang tepat.......kan, kan, kan..???

[Agi Idop @ 7:41 AM]

21.10.05

Diam tak diam, dah 17 hari kita semua berpuasa. Maknanya..hari ni Nuzul Al-Quran le. Kalau tak silap aku...Selangor cuti hari ni. Perak pun cuti. Tapi, KL tetap kerja. Hemm...sekejapnya rasa. Lagi 13 hari kita nak berpuasa. Lepas tu..masing-masing sambut hari raya. Alhamdulillah...

Semalam jugak, ada berita tergempar. Isteri kepada Perdana Menteri kita Datin Seri Endon Mahmud telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman rasmi mereka di Putrajaya. Setahu aku...Datin ni baru saja selesai menjalani pembedahan kat London. Tapi..dah pulang ke Malaysia. Aku ingatkan...dia dah sembuh. Rupa-rupanya..pagi semalam..aku dengar pengumuman kat radio KLFM. Innalillahiwainnailaihiroji'un...seorang lagi umat Muhammad pergi mengadap Ilahi...

Dalam pada tu, hati aku jadi sayu. Kesian Pak Lah. Mungkin dia sedih sangat. Menyambut hari yang mulia keseorang tanpa teman tersayang di sisi macam selalu. Tapi..kita kena redha kan? Sebab...tak lama lagi pun..kita jugak akan ikut serta. Bila dan di mana tu...terserah pada Allah.

Pagi tadi, aku kelam-kabut. Gara-gara bermesej dengan abang dan rasa mengantuk yang amat sangat..aku terlupa nak kunci jam. Selalunya..aku kunci jam henset tu pukul 4 pagi. Memang itu masa yang terbaik pun. Sebab kalau aku lewat bangun..maknanya..aku akan jadi kelam-kabut macam hari ni le. Mujur le aku terjaga masa dengar bunyi jam loceng jiran sebelah pukul 4.30. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak..maunya aku bangun pukul 5. Haaa..masa tu, aku dah tak sempat nak panaskan lauk lagi. Pakai minum air suam ngan kurma je le...huhuhuhuhu...

Malam tadi jugak, abang suruh aku sebut diri aku dengan nama "yang". Sebab dia panggil aku macam tu. Dia taknak aku sebut "kite" lagi. Muahaahahaha..nak tergelak pun ada. Aku geli sebenornye. Pulak tu..segan pun ada. Ye le..eeeiii...kalau dia je panggil macam tu, takpe jugak. Tapi aku pulak nak kena sebut macam tu...alamakkkk...tunggu lepas kawin je le bang...ahaks!!!! Tapi takpe...aku cuba. Ekekeekekeke....

[Agi Idop @ 8:27 AM]

11.10.05

Cari Pengalaman

Semalam, aku dapat sms dari abang. Dia kata..ada satu cerita yang nak dikongsikan dengan aku. Cerita panjang. Uishh..macam saspen je. Tapi takpe..aku tunggu. Tak lama lepas tu, lepas solat Maghrib...henset berbunyi. Ada panggilan. Tapi dari sape? Aku pun angkat. Sembang punya sembang, sambil tu hati aku berbunga-bunga ceria. Mulut pulak tak habis-habis senyum. Hehehehe...

Rupanya, panggilan tu dari officemate abang. Dia tanya aku, betul ke aku nak tukar ke Ipoh? Betul le. Dia kata..dia nak tukar ke KL. Wahhh...cantik la tu. Maknanya..nanti kami akan tukar suka sama suka le ni. Syukur Alhamdulillah. Tak sia-sia aku berdoa tiap-tiap hari kepada Allah supaya hajat aku untuk tukar kerja ke Ipoh tu termakbul. Dan aku tak sangka pulak boleh dapat secepat ini. Syukur nikmat. Nampaknya..kalau hajat aku ni tercapai..puasa yang aku nazarkan tu mesti ditunaikan. Insyaallah.

Dan malam tu, aku sms abang. Aku tanya dia..apa cerita yang nak diceritakan tu? Padahal tadi aku dah agak, mesti cerita ni yang dia nak ceritakan..hehehehe..saja aku buat-buat suspen. Dia pun cerita la dari awal sampai akhir. Aku senyum. Lepas tu, aku pun bukalah cerita sebenar....
So, kisahnya..kalau hasrat aku ni berjaya..maknanya...tak lama lagi aku akan berubah angin. Mencari pengalaman kerja di tempat baru. Kat mana? Kat Pejabat Tanah dan Galian Ipoh. Agaknya le. Satu office dengan abang. Cuma lain bahagian aje. Satu saja masalah. Aku pernah utarakan pada abang. Dari segi tempat kediaman macam mana? Nak tinggal kat mana? Ala...itu kacang aje. Staf-staf pompuan bujang lain ramai yang duduk rumah sewa. Boleh aje kalau nak tinggal dengan diorang...hemm...kalau dah macam tu..aku ok aje.
Ape pun, terima kasih kat abang....:)

[Agi Idop @ 11:45 AM]

6.10.05

Aku merapu di bulan puasa

Huh! Dah hampir sebulan aku tak menjenguk blog ni. Rindu pulak rasanya. Bukan apa...hati tu teringin nak mencoret cerita-cerita baru tapi...peluang tu takde. Peluang takde ke..atau aku yang sengaja taknak ambik peluang? Hemmm..entah le...

Hari ni, hari yang kedua umat Islam menunaikan rukun islam yang ketiga ni. Aku pun tak terkecuali. Pagi tadi, bangun sahur pukul 4.30. Sebenarnya..aku kunci jam pukul 4. Tapi bila jam bunyi, aku pulak yang malas nak bangun. Sekali..terjaga pukul 4.30. Cadang sahur ni nak makan nasik. So, aku panaskan semua lauk berbuka semalam. Ingatkan sempat. Udah terkejar-kejar aku pagi tadi. Pukul lima dah masa aku untuk mandi. Ishhh...alih-alih...aku ambik keputusan kena bangun jugak pukul 4. Esok le. Pagi ni memang tak sempat. Hadoiiii...ni le jadinya kalau malas nak bangun.

Semalam, ingatkan sampai rumah macam biasa. Rupanya pukul 6 baru sampai. Huishhh..lewat setengah jam. Adehhh..kalau hari-hari macam ni, mau semput aku. Hari ni, aku kena solat Asar siap-siap kat opis. Bukan apa, takut tak sempat. Aku kena kejar masa. Bukan masa yang kejar aku. Sebab masa tu takkan tunggu kita dan tak pernah tunggu kita.

Minggu lepas, aku balik kampung. Ambik kursus pra-perkahwinan sekali dengan kakak dan sepupu. Kursus tu buat kat KEMAS, Manjung. Apa yang bertuahnya ialah...batch kitorang bulan tu memang takde exam. So, beruntung le kitorang. Tapi aku tak kisah. Kalau ada exam pun, Insyallah..aku buleh jawab. Sebab soalan pun takde le susah benor. Semuanya soalan yang asas. Kalau tak tau tu..saja le. Kena minum air setokin 44 hari. Heh!

Masa nak balik sini, macam biasa..aku dah janji dengan abang nak jumpa. Sekejap pun jadi le. So...awal-awal lagi aku dah book tiket pukul 2. Senang nak jumpa. Abang pun keje. So...kitorang jumpa masa staf opis semua tengah rehat. Ikutkan memang le tak syok. Sekejap sangat. Tapi...daripada tak jumpa langsung, lebih baik jumpa sekejap. Orang kata..hilang le sket rindu tu..muahahahaha...

Huhuhuhu...tahun ni, aku berpuasa sorang lagi. Eceh..!! Sorang dalam erti kata tanpa ada peneman di sisi. Housemate tu lain...Alah..korang paham-paham aje lah. Bila le masa aku nak berdua nih? Ahaks! Sabor...sabor...sampai masa berdua jugak le akhirnya :-)

Hehehehe...ok lah...aku berenti dulu. Esok kalau aku free, aku taip lagi. Nak kata tulis tak buleh..sebab zaman dah berkomputer skang. Dah tentu le menaip. Ye dak!! Ehehehe..okeshhh...stop now...bubbye...

Oppsss...before i forgot..aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, selamat bersahur dan berbuka. Puasa bior full. Jangan ponteng pulak. Aku lain le....kih, kih, kihh....

[Agi Idop @ 3:09 PM]

==SENYUM SELALU==

[Ct_Cute]
[14 November 1982]
[Membaca]
[Beruas,Perak]
[Pembantu Tadbir]
[gadiscute82@yahoo.co.uk]
[YM :-gadiscute82]


" Blog Aku Ni Takde Mende Best Pun. Takde Ilmu Untuk Dikutip. Aku Tulih Pun Berdasarkan Apa Yang Ati Aku Nak Tulih. Pengalaman Masa Lalu Banyak Memberikan Aku Kematangan Dalam Berfikir. Menguji Sejauh Mana Tahap Kesabaran Aku, Keegoan Aku, Rasa Kasih Sayang Aku, Hubungan Persahabatan Dan Kekeluargaan Aku. Setiap Entri, Terselit Pelbagai Emosi. Macam Ni Le Cara Aku Menulih. Apa Yang Penting, Dengan Adanya Blog ni..Aku Buleh Mengimbas Kembali Kenangan-Kenangan Lama..


==PUTARAN WAKTU==

Dynamic clock

==MENITI HARI==

==MUTIARA KATA==

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada."

==JALINAN UKHWAH=

==SAHABAT JURNAL==

::Abasan:: ::Abe:: ::Abrar:: ::Abuzar:: ::Addeen Bandarsepi:: ::Adk77:: ::Ady:: ::Akbar:: ::Akmal:: ::Alia:: ::Al-Qadiri:: ::Amran:: ::Amyz:: ::Analogi:: ::Arul:: ::Ashran:: ::Ast3:: ::Ayares151:: ::Ayie:: ::Ayobkelubi:: ::Azmie:: ::Bajonz:: ::Banai:: ::Basrinmd:: ::Biskut:: ::Boi:: ::Cill:: ::Ct Zila:: ::Cnma:: ::Dark Avenger:: ::Deanz:: ::Dragon:: ::Emmayeayea:: ::E-take:: ::Firdee Firdaus:: ::Idham:: ::Ifaa:: ::Ikoko:: ::Ilhami:: ::Kak Attyn:: ::Kak Ayaka:: ::Kak Azah:: ::Kak G:: ::Kak Melor:: ::Kak Merry:: ::Kak Nina:: ::Kak Noy:: ::Kak Sal:: ::Kak Sri:: ::Kak Siti:: ::Kak Zar:: ::Katarsis:: ::Koben:: ::KureKure:: ::Lan:: ::Lenz:: ::Leny:: ::Luqman:: ::Macknet:: ::Madi:: ::Mal:: ::Manmoncang:: ::Mat:: ::Mat Jan:: ::Mawar:: ::Mba:: ::Mbs:: ::Mely:: ::Mimi:: ::MissJaja:: ::Mizan:: ::Muring-Wien:: ::Mushroomcute:: ::Nazmi:: ::Nazri:: ::Nile_Chem:: ::Nurul:: ::Onizuka:: ::Paichowan:: ::Pak Wattan:: ::Pek Thong:: ::Purbe:: ::Queen:: ::Readme.txt:: ::Rick:: ::Safprin:: ::Salji:: ::Salleh Kamil:: ::Shanot:: ::Therion:: ::Tipah:: ::Toped:: ::Uncle Ep:: ::Walkthrulife:: ::Wannieda:: ::Wizurai:: ::Wkdin:: ::Zhoulsz:: ::Zino:: ::Zuril::

==INSPIRASI==

::Gengjurnal::
::Forum Gengjurnal::
::Galeri Gengjurnal::
::Ikiemasane::
::JAD-Novel Online::
::Dr. Tuah:: ::Komuniti Extro::
Design By :
Minority Blog

==ILHAM==

::Blogger::
::Blogskins::
::Bravenet.Com::
::Flowers.Net::
::Mylovelypooh::

==CATATAN TETAMU==

Baca / Tinggalkan Catatan

==DIARI SILAM==

October 2003 November 2003 December 2003 January 2004 February 2004 March 2004 April 2004 May 2004 June 2004 July 2004 August 2004 September 2004 October 2004 November 2004 December 2004 January 2005 February 2005 March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 November 2005 January 2006


This page is powered by Blogger.
Gengjurnal

==PEACE & HARMONY==